Anda di halaman 1dari 5

ARAHAN TUGASAN SEMESTER OKT 2022/2023 (A221)

GMJC3233 KEUSAHAWANAN DAN PEMBANGUNAN


TUGASAN INDIVIDU (20%)

TUGASAN 1

Sejak kemunculan internet pada pertengahan tahun 90-an, dunia telah mengalami
transformasi yang signifikan dari segi kaedah perniagaan, ekonomi, sosial dan politik.
Misalnya, konsep e-dagang yang dijalankan melalui infrastruktur internet telah
menyebabkan landskap perniagaan berubah secara menyeluruh. Disebabkan oleh
pembangunan e-dagang, media sosial juga mendapat sambutan luas dalam perniagaan.
Malaysia juga tidak terkecuali dari dunia perniagaan melalui media sosial ini walaupun
menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.

Huraikan secara terperinci penggunaan e-dagang oleh usahawan-usahawan di Malaysia.

Huraian, perbincangan dan cadangan perlu mengandungi :

i. Sejarah dan perniagaan melalui media sosial


ii. Kepentingan media sosial dalam perniagaan.
iii. Penggunaan media sosial secara global
iv. Tahap penggunaan media sosial di Malaysia dalam perniagaan
v. Cabaran/ halangan penggunaan media sosial.
vi. Faktor-faktor pendorong penggunaan media sosial.

FORMAT TUGASAN:

1. Bahan rujukan perlulah yang TERKINI (keluaran 2015-2022).


2. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan langkau 1.5 baris (1.5 spacing).
3. Gunakan tulisan (font) Arial atau TIMES NEW ROMAN berskala 12 point.
4. Tugasan hendaklah tidak melebihi SEPULUH (10) halaman.
5. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat kesalahan menaip (typo
error), kesalahan ejaan (spelling error) dan kesalahan tatabahasa (grammatical error).
6. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan atau persamaan
isi kandungan, susunan ayat dan sebarang bentuk kecurangan akademik tidak akan
diberikan sebarang markah.
7. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat seperti yang ditetapkan
di atas, maka markah keseluruhan tugasan akan dipotong dengan sewajarnya.
8. Rujukan perlu menggunakan format APA
RUBRIK PEMARKAHAN

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukan diperolehi

1 Pengenalan 5

2 Huraian, perbincangan 20
dan cadangan

3 Kesimpulan 5

4 Rujukan dan lampiran 5

5 Kualiti penulisan 5

JUMLAH MARKAH 40 MARKAH


GMJC3233 KEUSAHAWANAN DAN PEMBANGUNAN
TUGASAN KUMPULAN (30%)

TUGASAN 2

ARAHAN

Setiap kumpulan terbahagi kepada EMPAT (4) orang pelajar sahaja dan perlu mencari
artikel/ rujukan yang bersesuaian bagi menyiapkan tajuk tugasan seperti berikut :

1. Penyertaan usahawan wanita dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ke arah
meningkatkan ekonomi keluarga.

2. Kesedaran masyarakat luar bandar terhadap budaya dan kepentingan bidang


keusahawanan.

3. Kesediaan usahawan muda dalam menghadapi halangan dan cabaran Industrial


Revolution (IR 4.0).

4. Pengaruh dan kepentingan media sosial dalam konteks pembangunan keusahawanan


pada masa kini.

5. Penglibatan mahasiswa dalam bidang keusahawanan

6. Kepentingan pendedahan bidang keusahawanan pada peringkat sekolah

RANGKA TUGASAN (Mohon patuhi format struktur tugasan seperti berikut) :

1. Pengenalan 5 Markah
2. Latar belakang perbincangan kajian 5 Markah
3. Isu dan Masalah (berdasarkan tajuk) 15 Markah
4. Bagaimana keusahawanan dan pembangunan 15 Markah
dapat membantu menyelesaikan isu dan masalah
yang dibincangkan.
5. Hubung kait keusahawanan dan pembangunan 15 Markah
dalam Dalam konteks pembangunan
keusahawanan
6. Kesimpulan 5 Markah

PANDUAN GAYA PENULISAN :

a) Tugasan hendaklah tidak melebihi LIMA BELAS (15) halaman.


b) Setiap fakta perlulah disokong dengan rujukan yang bersesuaian
c) Font Arial atau Times New Roman (12); Sela (spacing) 1.5
d) Rujukan perlu menggunakan format APA
GMJC3233 KEUSAHAWANAN DAN PEMBANGUNAN
TUGASAN KUMPULAN (10%)

TUGASAN 3 (PEMBENTANGAN VIDEO)

Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu bentuk video/ visual persembahan dalam
tempoh 10-15 minit yang bertujuan untuk membentangkan tugasan bertulis (Tugasan 2).
Sesi pembentangan akan bermula pada minggu ke 11.

SKEMA PEMBENTANGAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut :

1. Kreativiti (10 Markah)


2. Komunikasi (10 Markah)
3. Pemikiran Kritikal (10 Markah)
4. Keyakinan dan Penampilan Diri (10 Markah)
5. Komitmen dan Kerjasama (10 Markah)

Anda mungkin juga menyukai