Anda di halaman 1dari 1

Langkah Mengatasi Kemerosotan Disiplin

Pelajar

Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam


menangani gejala yang tidak sihat ini. Hal ini demikian
kerana mereka merupakan individu yang paling berkesan
untuk mempengaruhi perlakuan anak-anak mereka.Oleh itu,
ibu bapa perlulah mendidik dan menasihati anak-anak
mereka supaya menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang melanggar peraturan disiplin di
sekolah.Tamsilnya, ibu bapa boleh menasihati dan
menghukum anak-anak mereka yang terlibat dengan
masalah pelanggaran disiplin, bak kata pepatah melentur
buluh biar dari rebungnya.Sememangnya peranan ibu bapa
amat penting dalam menangani permasalahan ini yang
bermula dari rumah lagi.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu peka dengan
pelanggaran disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar
.Hal ini demikian kerana terdapat di sesetengah sekolah,
gejala ini dibiarkan sahaja tanpa mengambil sebarang
tindakan untuk mengatasinya. Lantaran itu, pelajar menjadi
lebih berani dan secara terang-terangan melanggar
peraturan sekolah seperti menghisap rokok,berambut
panjang, bergaduh dan sebagainya.Tamsilnya, pihak sekolah
boleh memberikan kaunseling atau mengenakan hukuman
yang berat kepada pelajar yang terbabit. Kerjasama
daripada pihak sekolah amatlah diperlukan bagi menangani
gejala ini daripada berterusan.
Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat
penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat
akandapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilainilai moralakan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik.
Pendidikan inimembantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat
keputusan berdasarkan nilaimoral diri, keluarga dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai