Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
semangat kejiranan semakin terhakis dalam masyarakat dan kebaikan-kebaikan hidup
berjiran. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Antara budaya yang semakin dipinggirkan oleh kebanyakan anggota masyarakat kini
termasuklah budaya hidup berjiran. Jiran merujuk kepada seseorang atau sekelompok
orang yang tinggal berhampiran atau bersebelahan dengan rumah kita. Oleh sebab jiran
merupakan orang yang dekat dengan kita, maka sudah menjadi tanggungjawab kita selaku
anggota masyarakat untuk berbaik-baik dan berhubungan antara satu dengan yang lain.
Sikap ini dapat memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas kepada keharmonian
kehidupan masyarakat di negara ini.
Namun, fitrah manusia yang memerlukan kehidupan berjiran telah diselewengkan.
Punca kepada kebobrokan yang berlaku adalah disebabkan sikap mengutamakan
kebendaan atau materialistik dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sikap individualistik,
iaitu hanya mementingkan diri telah menyekat manusia daripada bercampur gaul. Malah,
kongkongan sifat ini menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh
sehingga terpaku kukuh sifat ego dalam diri masing-masing. Hubungan kemasyarakatan
yang semakin renggang juga ada kaitan dengan sikap masyarakat sekarang yang lebih
suka hidup bersendirian tanpa gangguan dan sikap ini begitu menular dalam kalangan
anggota masyarakat dewasa ini. Kemewahan yang dikecapi oleh masyarakat kini juga
menjadi punca yang menyebabkan seseorang itu berasakan tidak perlu bergantung pada
orang lain. Bagi mereka, apa-apa yang dimiliki sudah mencukupi untuk menjalani kehidupan
tanpa bantuan jiran.
Hidup berjiran juga semakin renggang apabila aktiviti-aktiviti gotong-royong seperti
membersihkan kubur, membersihkan kawasan perumahan dan sebagainya tidak lagi
diamalkan selaras dengan peredaran zaman. Begitu juga kerjasama dalam menjayakan
sesuatu majlis kenduri tidak lagi diamalkan kerana telah diambil alih oleh pembekal
makanan, restoran dan hotel yang menerima tempahan untuk mengendalikan majlis-majlis
kenduri. Akibatnya, hal ini telah menutup peluang anggota masyarakat untuk
menyumbangkan tenaga bagi menjayakan sesuatu majlis, menghalang anggota masyarakat
untuk bersua muka dan menyekat peluang mereka untuk menjalinkan kemesraan sesama
ahli masyarakat.
Kerenggangan dalam kalangan anggota masyarakat juga berlaku kerana masingmasing sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak berkesempatan untuk bertegur sapa
antara satu dengan yang lain. Selain itu, trend masyarakat moden yang hanya memikirkan
hal ehwal keluarga sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain turut merenggangkan
hubungan masyarakat. Seperkara lagi masyarakat hari ini mengambil pendekatan tidak
suka menjaga tepi kain orang lain hingga menyebabkan mereka tidak langsung
mempedulikan kehidupan berjiran. Mereka lupa bahawa hidup berjiran adalah sesuatu yang
penting. Selain memenuhi tuntutan agama, kehidupan berjiran mustahak untuk sesebuah
negara kerana keutuhan dan kekuatan sesebuah negara itu boleh diukur melalui semangat
kejiranan yang ada pada warganya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


Sikap Individualistik Menghakis Amalan Kejiranan
oleh Izani Hj Daud,
Milenia, Mei 2009.)

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata memupuk budaya.


[2 markah]

(ii)

Pengarang mengemukakan beberapa kesan daripada tiadanya amalan kerjasama


dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri.
Nyatakan dua kesan tersebut.
[3 markah]

(iii)

Andaikan jiran anda sedang sakit. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk
membantu jiran tersebut.
Berikan tiga tindakan.
[4 markah]

Rumusan
Pendahuluan / Pengenalan (2 markah)
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca semangat kejiranan semakin terhakis
dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.

2M

Isi Tersurat
S1
Sikap mengutamakan kebendaan (atau) materialistik.
2M
S2
Sikap individualistik.
2M
S3
Sikap masyarakat sekarang yang suka hidup bersendirian tanpa gangguan.
2M
S4
Kemewahan yang dikecapi oleh masyarakat kini.
2M
S5
Aktiviti-aktiviti gotong-royong tidak diamalkan.
2M
S6
Kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri tidak diamalkan lagi.
2M
S7
Masing-masing sibuk dengan tugas seharian.
2M
S8
Trend masyarakat moden yang hanya memikirkan hal ehwal keluarga sendiri tanpa
mempedulikan nasib orang lain.
2M
S9
Masyarakat mengambil pendekatan tidak suka menjaga tepi kain orang lain.
2M
Isi Tersirat
T1
Jiran dapat membantu ketika kita menghadapi kesusahan.
T2
Jiran menjadi tempat untuk mengadu sesuatu masalah.
T3
Jiran dapat menolong mengawasi kediaman sewaktu ketiadaan kita.
T4
Merapatkan hubungan silaturahim.
T5
Hidup berjiran dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
(lain-lain jawapan yang sesuai)

2M
2M
2M
2M
2M

Penutup/ Kesimpulan
Semua pihak perlu berusaha menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan anggota
masyarakat agar rakyat dapat hidup dengan harmoni.
2M

Pemahaman
(i)

Maksud rangkai kata memupuk budaya adalah menyuburkan/menggalakkan cara hidup/


amalan masyarakat.
2m
(ii)

(iii)

Kesan tiada amalan kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis kenduri:


- menutup peluang anggota masyarakat untuk menyumbangkan tenaga
menjayakan sesuatu majlis
- menghalang anggota masyarakat bersua muka
- menyekat peluang masyarakat untuk menjalin kemesraan sesama ahli
masyarakat
Tindakan untuk membantu jiran:
- menziarahi jiran
- membawa jiran ke hospital

bagi
1m
1m
1m
1m
1m

- mendoakan jiran
- memberi bantuan kewangan
- menasihati jiran supaya bersabar
(lain-lain jawapan yang sesuai)

1m
1m
1m

Anda mungkin juga menyukai