Anda di halaman 1dari 2

7.

Masyarakat Penyayang Tonggak Aspirasi Negara


Ciri Masyarakat Penyayang
Dalam era modenisasi ini, nilai-nilai kemasyarakatan semakin luntur. Sikap individualistik yang
hanya
mementingkan diri sendiri semakin ketara.
2 Norma-norma kemanusiaan makin terhakis dan budaya penyayang dalam masyarakat kian
menipis.
Oleh yang demikian, keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat kian longgar dan
membimbangkan.
3 Antara punca yang membawa kepada terhakisnya sikap penyayang dalam masyarakat adalah
(a) Sikap masyarakat yang terlalu materialistik dan sibuk mengejar kekayaan. Mereka tidak
memberi
perhatian yang sewajarnya kepada kehidupan bermasyarakat dan tidak mempunyai masa
mahupun
ruang untuk berinteraksi dengan jiran dan komuniti setempat.
(b) Corak kehidupan masyarakat bandar yang kurang mementingkan ciri-ciri kerjasama. Mereka
keberatan untuk melibatkan diri datam aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong- royong atau
menghadiri kenduri- kendara
(c) Sikap individualistik yang hanya menjaga kepentingan diri dan keluarga semata-mata.
4 Implikasi lunturnya budaya penyayang dalam masyarakat
(a) Menjejaskan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum
(b) Menghakis norma-norma kemasyarakatan yang positif
(c) Masyarakat berpecah-belah dan sering bertelagah
(d) Kemajuan serta kepesatan pembangunan negara terjejas
5 Masyarakat penyayang merujuk kepada masyarakat yang hidup bermuafakat, mesra, bertolak
ansur dan saling bekerjasama.
6 Antara ciri masyarakat penyayang termasuklah
(a) Ambil berat
(b) Bertanggungjawab
(c) Rajin membantu
(d) Toleransi
(e) Peramah
(f) Prihatin
(g) Belas kasihan

Cara-cara Memupuk Masyarakat penyayang


1 Antara aktiviti yang boleh memupuk masyarakat yang penyayang
(a) Misi memberi bantuan kepada mangsa bencana alam seperti mangsa banjir dan kebakaran
(b) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran taman perumahan
(c) Memberi bantuan kepada golongan OKU agar mereka dapat hidup dengan sempurna
(d) Menyertai rukun tetangga bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan
(e) Memperbanyak aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat
2.Nilai-nilai yang dikategorikan dalam masyarakat penyayang iaitu kasih saying, kerjasama ,
baik hati hormat dan toleransi

Anda mungkin juga menyukai