Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga dimana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh
yang boleh dari tempat yang dituju. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada
Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama
berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.

Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh
Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik padaYunani Purba.
Seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban
ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum
dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Antara yang
paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada
Olimpik 656 SM mencatatkanlompatan sejauh 7 m 5 cm.

PRINSIP-PRINSIP LOMPAT JAUH

mencapai jarak lompatan yang maksimum berupaya berlari dengan pantas,


melompat dengan kuat,
mempunyai kelenturan badan dan daya koordinasi baik larian dan lonjakan bergerak
mengikut satu lingkungan parabola,
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persedian untuk
mendarat dengan selamat dan berkesan.

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH

Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :-

Gaya layar
Gaya gantung
Gaya tendang

Anda mungkin juga menyukai