Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BOLA SEPAK
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Bola sepak merupakan sukan yang paling popular
di dunia pada masa kini. Sukan ini dipercayai berasal
daripada tamadun Mesir dan turut diwarisi oleh tamadun
Rom, China dan Greek seawal tahun 200 Masihi.
Walaupun demikian, perkembangan pesat permainan ini
hanya bermula pada abad ke-19.
Persatuan Bola Sepak England yang ditubuhkan pada
tahun 1863 merupakan pertubuhan bola sepak yang
pertama di dunia. Piala FA yang diperkenalkan pada
tahun 1871 untuk pemain amatur telah membuka pintunya
kepada pemain profesional mulai tahun 1885. Tahukah
anda bahawa
peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan
ditetapkan pada tahun 1870? Di peringkat antarabangsa, Persekutuan
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai FIFA
(Federation of International Football Associations) telah ditubuhkan di
Paris pada tahun 1904.
Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung empat tahun
sekali adalah pertandingan bola sepak yang berprestij di peringkat
antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan rumah pertandingan Piala Dunia
yang pertama pada tahun 1930. Di Malaysia, permainan bola sepak telah
dibawa masuk ke negara ini oleh tentera British pada abad ke-19 ketika
mereka bertugas di negara ini. Kini, bola sepak adalah permainan yang
paling popular di kalangan pelajar lelaki dan kaum belia di negara kita.
Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM (Football Association of
Malaya)
yang ditubuhkan pada tahun 1927
adalah badan bola sepak
kebangsaan yang mengawal
perkembangan permainan bola sepak di
seluruh Malaysia melalui
persatuan-persatuan bola sepak di
peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka,
Piala FAM, Piala Malaysia dan Liga Semi
Pro adalan antara beberapa pertandingan
bola sepak yang dianjurkan oleh FAM 51 di
negara
ini.

Anda mungkin juga menyukai