Anda di halaman 1dari 3

Semangat kejiranan

Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang atau golongan


yang tinggal berhampiran dengan kita. Malahan, tidak keterhaluan
kalau dikatakan pembentukan sebuah masyarakat adalah berperanan
daripada wujudnya jiran, iaitu orang yang tinggal bersebelahan,
berhadapan, di belakang atau 40 buah rumah sekeliling kita. Pendek
kata, setiap individu yang berada dalam masyarakat akan hidup
dikelilingi oleh jiran.

Untuk hidup berjiran, kita perlu memiliki semangat kejiranan. Semangat


ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya.
Sekiranya ahli masyarakat tidak mempunyai kesedaran terhadap
masalah kejiranan ini, akan pincanglah perhubungan antara ahli
masyarkat yang akhirnya membawa perpecahan, perbalahan dan huru-
hara. Soal siapa yang harus membentuknya tidak penting, tetapi rasa
kemesraan dalam pergaulan, sikap berbudi bahasa, bertolak ansur, dan
rasa persahabatan itu sebenarnya yang akan mewujudkan semangat
kejiranan ini secara tidak langsung.

Semangat kejiranan ini sangat penting kerana perhubungan erat


sebagaimana ''aur dengan tebing'' akan dijalinkan. Sikap seperti ''enau
dalam belukar'' yang hanya mementingkan diri sendiri tidak patutlah
ditunjuk dalam kehidupan bermasyarakat. Sampai bila kita boleh
menunjukkan sikap bongkak, jika pada suatu hari nanti kita sendiri
memerlukan pertolongan orang lain. Tidak ada orang yang boleh hidup
bersendirian dalam dunia ini. Sekiranya kita ditimpa bencana atau
musibah, pertolongan jiran tetangga amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau
sanak saudara. Jika semangat kejiranan diamalkan, perpaduan
masyarakat akan dicapai. Secara tidak langsung, semangat ini juga
mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan
ketenteraman di negara ini.

Semangat kejiranan akan membawa banyak kemaslahatan kepada kita


semua. Kita perlulah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah
jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran.
Jiran kita terdiri daripada berbeza latar belakang dan bangsa dan akan
menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu semasa berkunjung
atau menziarahi mereka. Sebagai contoh, jika berjirankan seorang guru,
kita dapat menanyakan soalan yang berkaitan dengan pelajaran dan
akan meyelesaikan masalah kita dengan senang. Contoh kedua, jika
berjirankan seorang yang tidak sama kaum dengan kita, kita akan
mengetahui adat resam dan cara hidup mereka.

Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan


kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan
sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga dan
Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti
bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung
jika jiran tetangga memainkan peranan dan mengambil inisiatif yang
efiesien melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari
berlaku perkara- perkara yang meragukan.
Dengan adanya semangat kejiranan ini diamalkan, sesuatu masalah
akan dapat diatasi dengan segera. Contohnya, kenduri-kendara dapat
senang dijalankan. Gotong- royong membersihkan tanah perkuburan,
balai raya, membuat jambatan dan sebagainya juga dapat dilakukan
tanpa mengeluarkan belanja kerana semua ini dilakukan secara
sukarela. Secara tidak langsung, kita dapat menjimat wang.

Hidup berjiran boleh membentuk perpaduan. Negara yang maju


memerlukan rakyat yang bersatu agar tenaga dapat digembleng
bersama seperti bersatu teguh, bercerai roboh untuk mencapai
kemajuan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan segera jika ada
persefahaman dan tolenrasi dalam membuat sesuatu keputusan.

Anda mungkin juga menyukai