Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Harian ( Semangat Kejiranan )

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Selain ibu bapa, keluarga, dan saudara-mara, jiranlah orang yang paling hampir dengan kita. Sehubungan dengan itu, kepada jiran biasanya kita meminta pertolongan ketika menghadapi kesusahan. Dalam hal ini, kita harus sedar bahawa setiap agama menyeru pengikutnya agar hidup berjiran dan bermasyarakat. Hal ini demikian, kerana banyak manfaat yang dapat kita perolah jika kita mengamalkan semangat kejiranan. Malangnya, akhir-akhir ini semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar. Kebanyakkan penduduk di bandar pada umumnya bersikap mementingkan diri. Biasanya masyarakat di bandar tidak mahu mengambil tahu tentang hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak tidak suka jiran tetangga mencampuri beramah mesra dengan jiran. Sikap mereka ini adalah seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sebenarnya dalam kehidupan di bandar yang lebih mencabar dan menekan inilah kita harus lebih kaut mengamalkan semangat kejiranan. Apabikla kita mengabaikan semangat kejiranan, maka keselamatan harta benda dan diri kita mudah teramcam. Oleh sebab tidak bersedia untuk bekerjasama menjaga keselamatan di sesuatu kawasan kediaman, kejadian pecah rumah, rompakan dan jenayah lain kerap berlaku. Selain itu, apabila kita hendak bercuti atau meninggalkan rumah, kita tidak perlu bimbang kerana ada jiran yang dapat diharapkan untuk mengawasi rumah kita. Oleh hal yang demikian, masyarakat di bandar tidak harus memandang ringan terhadap manfaat konsep kejiranan. Jesteru, masyarakat di bandar harus mengubah cara hidup dengan mengamalkan semangat kejiranan. Saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersikap hormatmenghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai toleransi dengan jiran supaya boleh hidup dengan manfaat.

Anda mungkin juga menyukai