Anda di halaman 1dari 5

KATA-KATA HIKMAT TOKOH TERKENAL

Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha


seumur hidup untuk mendapatkannya.
-Albert Einstein

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan
usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya
menaikkannya
-John Petitsenn
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu..
-Whittier
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi
pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
-Saidina Ali
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke
sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran
disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai
daripada dirinya sendiri
-Said Mustafa
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
-Charles Cahier
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah
-Rahmohan Ghandi
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan
-Mognon Me Lauhlin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran
-Horatius
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika
tiada agama?
-Benjamin Franklin
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
-William J. Siegel
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran
.-Flower A. Newhouse
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu
-Whittier
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
-Abdullah Mansur M.H
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
-Samuel Johnson
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah
benteng yang tidak dibela
-Napoleon Bonaparte
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada
seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti
singa -Goethe
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan
banyak hutang
-Anonim
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya
-Voltaire
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu
kekuatan pun yang boleh menghentikannya Voltaire

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang Hamka

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat
binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -
Khong Hu Cu
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan
terseksa jika tidak cukup mempercayai -Frank Crane

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak
menyebutnya dengan perkataan yg mudah.-T.S Matthews

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu,
kejayaan akan menjadi milik anda
-Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.-Lao Tze

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
-Confucius
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. -Harieta Wahab

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam
jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang
terbuka setelah mengukur dalamnya-Stahl P.J

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada
orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -
Emerson
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. Marcus Aurelius

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan
terpuji. -La Roche

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert
Einstein

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara
-Abraham Lincoln

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi
pekerti -Hukama

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu
bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka Soekarno

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan
lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh
perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu -Aflatun

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Cecil B.
DeMille

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. -
Albert Camus

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.-
Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. -
Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah
kesan langsung pemikirannya. James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.- Peribahasa Cina
KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK
1.Penyakit datang dari perut-Nabi Muhammad S..A.W.
Jangan kamu makan, melainkan kamu lapar.dan bila kamu makan jangan
sampai kenyang. Bila kamu makan pastikan satu pertiga untuk makanan
dan satu pertiga untuk pernafasan.
2.Hanya yang terbaik akan menang!-pepatah inggeris
3.Pisau tersarung dalam senyuman", kunci utamanya ialah kaedah untuk
mendapatkan kepercayaan pihak musuh supaya mereka tidak lagi
berwaspada terhadap tindak-tanduk kita. Kemudian, barulah kita boleh
bertindak terhadap pihak musuh yang tindak mempunyai persediaan.
4.Man jadda wa jada ialah sebuah
> pepatah arab yang maksudnya dalam bahasa melayu ialah "siapa yang
> berusaha, dia akan berjaya". Sememangnya sesiapa sahaja yang
melakukan
> sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insyaallah
kejayaan
> menjadi hasilnya.
5.Pepatah Arab mengatakan; sabar itu ,anak kunci kejayaan
6.Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata,maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba-usman awang
7.Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggin ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya-Hamka
8.Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu
sabda Rasululah S.A.W
9.Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh ditepi
jalan.dilempar buahnya dengan batu,tetapi tetap dibalas dengan buah-
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
10.Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau dan engkau menjaga
harta. Harta itu kurang apabiladibelanjakan tetapi Ilmu bertambah apabila
dibelanjakan-Saidaina Ali bin Abi Talib
11.Menyimpang seinci,rugi seribu batu-Pepatah Cina
12.Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka-Charles Cahier
13. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum-Aristotle
14. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan
manusia yang keras. Hamka
15. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi
darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan
akal budinya.-Hamka
16. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa
hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang
dapat kita kutip manfaatnya.
-Hamka
17.Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.-Imam Al-Ghazali
18.. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang
yang paling baik akhlak dan adab sopannya.-Maksud hadis
19. Alexander Graham Bell -Genius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat
21. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan
menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali
22. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah
Melayu)
23. Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
24. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
25.Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar.
(Marsekal Foch).
26 .Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa
Melayu)
27. Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah
nasihat.(peribahsa China).
28. Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
29. Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
30. Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.-pepatah
31. Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam
hidupnya.
32.Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih
sempurna.
33. Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,masa akan
memancung kamu.
34. Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
35.Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
36. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan
yang tiada senjata.
37. Pena lebih berkuasa daripada pedang."-sukarno
38. "Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah
gunung berpindah." Kalimat itu merupakan retorika Bung Karno yang
menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda
39.Pepatah Inggeris ada menyebut, kita adalah apa yang kita makan.
40. kita adalah apa yang kita makan sama seperti yang Nabi Muhammad
SAW sebut. Penyakit datang dari perut, yang bermaksud jika kita tidak
mengawal makan minum, kita terdedah kepada penyakit.
41.Nabi berpesan, jangan kamu makan melainkan kamu lapar dan bila
kamu makan, jangan sampai kenyang.

Anda mungkin juga menyukai