Anda di halaman 1dari 3

Kata Hikmah dari Ahli Falsafah dan Tokoh-Tokoh BAHAGIAN 1

Salam.. Koleksi kata-kata hikmah ini gua himpunkan khas untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan motivasi yang berguna untuk semua... selamat membaca.. Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya. -Albert Einstein Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. -Joseph Conrad Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. -Whittier Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya -Saidina Ali Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. -Charles Cahier Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -Rahmohan Ghandi Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. -Richard Brinsley Sheridan

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan -Mognon Me Lauhlin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran -Horatius

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. -William J. Siegel

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran .-Flower A. Newhouse

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. -Samuel Johnson

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang

-Anonim

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Anda mungkin juga menyukai