Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PEMBENTANGAN Saya dan rakan saya, Jo Quen Elip telah ditugaskan untuk membentang tajuk yang amat

menarik. Tajuk pembentangan kami adalah Teori Teleologikal yang merangkumi Utilitarianisme dan Egoisme. Ketika mendapat tajuk ini, fikiran saya menjadi kosong. Ini kerana, sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkataan-perkataan tersebut. Tetapi apabila kami mendengar penerangan daripada pensyarah kami, Tuan Syed, kami mula memahami tajuk yang diberikan ini. Sememangnya agak susah kami membuat penyediaan bagi pembentangan ini, tetapi dengan adanya kerjasama yang baik di antara kami berdua, kerja ini menjadi agak senang. Selain itu, maklumat-maklumat yang terdapat di dalam internet yang begitu banyak memudahkan lagi kerja kami ini. Apa yang boleh saya simpulkan mengenai Teori Teleologikal ini adalah nilai betul dan salah yang bergantung kepada kesan atau hasil atau akibat sesuatu pebuatan. Selain itu, ia adalah berdasrkan logik sesuatu perkara. Sesuatu perlakuan itu baik jika ia membawa lebih banyak kebaikan berbanding daripada keburukan. Egoisme pula adalah sikap mementingkan diri sendiri manakala utilitarianisme adalah tindakan seseorang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti. Selepas membuat pembentangan dan aktiviti bersama rakan-rakan sekelas, saya sedar bahawa bukan sahja teori ini, malahan kesemua teori-teori dan tajuk-tajuk yang kami pelajari adalah amat penting dan kita patut mengetahuinya supaya dapat menjadi insan yang bermoral dan yang lebih penting menjadi guru contoh pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai