Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM JALINAN PDRM DAN SMK SIMPANG

AGENDA TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha ACP HJ. OSMAN BIN HAJI MAMAT,
PENGUMUMAN Ketua Polis Daerah Taiping diiringi oleh Yang Berusaha EN. KHAIRUDDIN BIN
KETIBAAN PUAAT , Pengetua SMK Simpang dan Yang Berusaha EN MOHAMAD
SHAFIKBIN MOHAMAD AMIN, Timbalan Pegawai Pejabat Daerah Larut
Matang dan Selama, serta para tetamu jemputan.

LAGU Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan lagu Negeri Perak.
NEGARAKU Semua hadirin diminta bersedia.
DAN LAGU
NEGERI PERAK NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN NG PERAK

Semua hadirin dipersilakan duduk.


BACAAN DOA Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebagai menyatakan kesyukuran kita kepada ilahi, marilah kita sama-sama


menadah tangan memohon keberkatan. Majlis dengan ini mempersilakan
MUHAMMAD ADAM MIRZA THAQIF BIN MUHAMMAD ZAIMI untuk
memimpin bacaan doa, Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin Ya Rabbal ‘Alamin…Majlis merakamkan terima kasih di atas bacaan doa


itu tadi.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, dan selamat


SALUTASI datang ke Program Jalinan PDRM bersama SMK Simpang bagi tahun 2022

Yang Berusaha
En Khairuddin bin Puaat
Pengetua SMK Simpang

Yang Berusaha
En Mohamad Shafik bin Mohaamd Amin
Timbalan Pegawai Pendidikan Larut Matang dan Selama.

Yang Berusaha
ACP Haji Osman bin Haji Mamat
Ketua Polis Daerah Taiping

Yang Berusaha
Superitendan Razlan bin AB Hamid
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping

Barisan Penolong- penolong Kanan

Guru-guru Kanan Bidang

Para guru

Dan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.


Ucapan alu Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi dapat kita bersama-sama pada pagi
aluan yang indah berkumpul untuk menjayakan Program Jalinan PDRM bersama
SMK Simpang. Pelaksanaan program ini bertujuan mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang lebih mantap pihak sekolah dengan Pegawai
Perhubungan Sekolah ( PPS ).

Dengan jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan disiplin
murid lebih terkawal selaras dengan konsep sekolah selamat dan amalan guru
penyayang.
Di samping itu, program ini juga diharapkan dapat membantu mencegah murid
daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan tingkah laku tidak bermoral di
dalam dan luar sekolah.
UCAPAN Tanpa melengahkan masa majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha
PENGETUA En Khairuddin bin Puaat, Pengetua SMK Simpang untu menyampaikan
ucapan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas
ucapan yang disampaikan tadi.

UCAPAN PPD Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha, En. Mohamad Shafik bin
Mohaamad Amin, Timbalan Pegawai Pendidikan Larut Matang dan Selama.
Untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PPD

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan atas ucapan yang telah
disampaikan itu tadi.

UCAPAN Kini, dengan penuh takzim majlis menjemput Yang Berusaha, ACP Haji Osman
KETUA BALAI bin Haji Mamat, Ketua Polis Daerah Taiping menyampaikan ucapan. Majlis
POLIS TAIPING dengan sukacitanya mempersilakan.

dan UCAPAN OCPD dan PERKONGSIAN MAKLUMAT


PERKONGSIAN
MAKLUMAT Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, ACP Haji
BERSAMA Osman bin Haji Mamat, Ketua Polis Daerah Taiping atas ucapan dan
GURU DAN perkongsian ilmu itu tadi.
PELAJAR.

PENYAMPAIAN Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita kenangkan jasa.
CENDERAMAT
A KEPADA Sebagai tanda penghargaan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
TETAMU Yang Berusaha En Khairuddin bin Puaat untuk menyampaikan cenderahati
kepada Yang Berusaha, ACP Haji Osman bin Haji Mamat, Ketua Polis Daerah
Taiping diiiringi oleh En. Zahrom Shah bin Hj Salleh, Pen Kanan Tadbiran SMK
Simpang. Dipersilakan.

Seterusnya dijemput pula, Yang Berusaha En. Mohamad Shafik bin Mohaamad
Amin, Timbalan Pegawai Pendidikan Larut Matang dan Selama untuk
menerima cenderahati
PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan
penolong kanan tadbiran atas penyampaian cenderahati itu tadi.

JAMUAN Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka tibalah kita ke


RINGAN penghujung majlis.Sebelum tirai dilabuhkan, dengan penuh rasa
rendah diri, saya memohon maaf atas segala kesilapan sepanjang saya
mengendalikan majlis ini.

Dengan ini majlis menjemput para tetamu jemputan untuk menikmati juadah
yang telah disediakan. Semua hadirin diminta berdiri untuk meraikan tetamu
keluar daripada dewan.

Moga bertemu di lain masa. Sekian, terima kasih.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai