Anda di halaman 1dari 4

"Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani"

Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Berhormat,
Tuan Haji Mustapha bin Nagoor
Ahli Dewan Undangan Negeri Palong merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan

Yang Berhormat,
Dato’ Mohd Razi bin Mohd Ali
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui

Yang Berhormat,
Dato’ Mohd Zaidy bin Abdul Kadir
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang

Yang Berbahagia,
Puan Nawal Binti Mohamed Amin
Pegawai Daerah Jempol

Yang Mulia,
Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol

Yang Berbahagia,
Puan Han Yei Lieng
Pengerusi PERKEP Jempol

Wakil Adun
Wakil-wakil Jabatan
Ketua-Ketua Bahagian IPD Jempol,
Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jempol,
Ahli Jawatankuasa PERKEP,

Seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang


dihormati sekalian,

1
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Sebagai pembuka kata, saya amat berbesar hati dan bersyukur kita diberi
kekuatan dan keizinan untuk bersama-sama hadir pada hari ini untuk Latihan
Menembak bersama Ketua Jabatan dan PERKEP di Lapang Sasar D’Sury
Titi, Jelebu. Semoga Tuan-tuan dan Puan-puan dalam keadaan yang sihat,
sejahtera dan ceria. Ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja yang
berusaha keras untuk menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan


dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha Nagoor, Exco
Kerajaan Negeri Sembilan, dan hadirin sekalian kerana sudi hadir dalam
melaksanakan program ini. Tanpa sokongan dari semua pihak, tentunya
program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Pada hari ini, IPD Jempol telah mengambil inisiatif untuk menjayakan
latihan menembak bersama Ketua Jabatan dan PERKEP ini. Program ini
merupakan acara menembak yang julung kali diadakan pada tahun ini yang
dibuat khas melibatkan semua jabatan kerajaan di dalam daerah Jempol.
Latihan pada hari ini dianjurkan bukan sahaja untuk memberi fokus kepada
persaingan yang mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing bagi
melihat siapa yang lebih handal atau siapa mempunyai kemahiran yang lebih
baik, malah ianya turut bertujuan untuk memberi pendedahan, menambah

2
ilmu dan meningkatkan kemahiran mengenai pengendalian senjata api serta
perkara-perkara yang berkaitan kepada semua yang hadir pada hari ini.

Saya percaya bahawa, perkara yang lebih berharga yang dapat diperoleh
daripada penganjuran pertandingan ini adalah peningkatan jalinan kerjasama
dan muhibbah dalam kalangan PDRM dan Adun-Adun serta Ketua-Ketua
Jabatan-jabatan Kerajaan disamping peningkatan kemahiran, daya saing,
disiplin serta jati diri masing-masing.

Selain itu, penganjuran latihan ini juga diharap akan dapat memupuk
semangat kekitaan, kebersamaan dan kekeluargaan dikalangan PDRM IPD
Jempol dan Adun-adun serta Ketua-ketua Jabatan-jabatan kerajaan didalam
daerah Jempol. Syabas saya ucapkan di atas semangat semua peserta yang
terlibat dalam latihan ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan jutaan terima


kasih kepada Adun-adun kerana telah memberikan sumbangan dalam
menjayakan program kita pada pagi ini dan juga terima kasih juga diucapkan
kepada YDP Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Bin Raja Nordin
kerana telah menyediakan santapan bagi menjayakan keselurahan majlis kita
pada hari ini. Tidak lupa juga kepada YDH DSP Maslan bin Udin, Ketua
Polis Daerah Jelebu kerana sudi meminjamkan lapang sasar ini untuk
menjayakan latihan tembak kita bersama Adun, Ketua Jabatan dan PERKEP
pada tahun ini.

Sekian. Terima kasih.

3
4

Anda mungkin juga menyukai