Anda di halaman 1dari 3

Bismillah ………..

Assalam……….. dan Selamat sejahtera.


Terlebih dahulu terima kasih kepada Pn. Azizah Mohamad selaku
pengerusi majlis.
Yang Dihormati ACP Mohd.Nor Bin Hj Mansor, Ketua Polis Daerah
Temerloh,
Yang Berusaha, Tuan Yang Dipertua PIBG SK. Tanjong Lalang,
En Hamzah Bin Osman serta Ahli jawatankuasa,
Semua Guru Penolong Kanan, Ketua kampong-ketua kampong serta
Tok-tok Empat, Guru-guru, Para Ibu bapa dan penjaga murid,
seterusnya murid-murid yang saya kasihi sekelian.

Alhamdulilah, bersyukur kita, kerana dengan limpah izinnya pada


pagi ini, dapat kita bersama-sama berada dalam satu acara di
peringkat sekolah iaitu Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke 37.

Terlebih dahulu saya mewakili pihak sekolah, dan PIBG,


merakamkan selamat datang, dan jutaan terima kasih, di atas
kesudian menerima undangan kami, dan seterusnya, merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke 37 ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan di atas kerjasama dan


sokongan yang diberikan oleh PIBG, Ketua kampong dan Tok Empat,
Pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, JPA 3,
Wakil AADK, para ibu bapa dan penjaga murid, guru-guru,
kakitangan Sekolah, yang banyak menolong, dan seterusnya dalam
menjayakan sukan pada kali ini.
Semangat setiakawan, dan saling bantu membantu, atau dengan
kata lain permaufakatan yang ditunjukkan, dari pelbagai pihak
merupakan satu daripada objektif yang hendak kita capai, selain
daripada, mencari bakat-bakat atlit muda, dikalangan anak-anak kita
dalam kejohanan sukan pada kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Dengan bersukan


kehidupan menjadi sihat, cergas dan kuat. Amalan ini mesti dipupuk,
di peringkat rendah lagi, dan sudah tentulah, pihak sekolah dan
barisan ibubapa menjadi teraju utama, agar amalan yang baik ini,
menjadi satu budaya di jiwa anak-anak kita. Sekarang ini, sukan juga
merupakan satu industri yang berdaya saing. Dunia yang semakin
mencabar ini, telah menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang
kerjaya yang amat menarik. Saya kira tidak mustahil satu hari nanti,
ada di kalangan anak- anak kita akan menjadikan bidang sukan ini
sebagai satu kerjaya pilihan mereka.

Akhirkata tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam acara yang


dipertandingkan, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat
menghulurkan bantuan samada kewangan, tenaga atau buah fikiran
bagi menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini. Sekali iagi
terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Temerloh yang sudi
bersama-sama kita pada pagi ini.

Sekian. Wabillahi............

Anda mungkin juga menyukai