Anda di halaman 1dari 10

"Salam Satu Pasukan"

Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
DSP Mohd Basirul Hapi bin Ibrahim,
Pengerusi Kelab Kebajikan Polis IPD Jempol.

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Bahagian IPD Jempol,
Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jempol,
Seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang
dihormati sekalian,

1
Salam Sejahtera dan Selamat Petang.

Syukur kita diberi kekuatan dan keizinan untuk bersama-sama hadir


pada majlis pertubuhan Kelab Kebajikan Polis Jempol sepertimana yang
dirancangkan. Ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja yang
berusaha keras untuk menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Semenjak saya mengambil alih jawatan selaku YDP Kelab Kebajikan


Polis Jempol, antara perkara utama yang saya tekankan adalah mengenai
aspek kebajikan dan penglibatan aktif warga kerja IPD dalam aktiviti-

2
aktiviti sosial, sukan, rekreasi, pendidikan, kebudayaan serta keagamaan.
Penekanan dalam aspek tersebut adalah penting dalam melahirkan warga
kerja yang sentiasa ceria, aktif, bersemangat, berdisiplin dan berfikiran
positif. Nilai-nilai ini secara tidak langsung akan menjadi pemangkin
kepada kecemerlangan warga kerja IPD dalam menjalankan tugas
seharian.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Ketahuilah, cabaran yang berbeza pada hari ini menuntut PDRM supaya
berubah seiring dengan peredaran zaman. Justeru itu, aspek kebajikan
adalah penting dan disifatkan sebagai releven pada masa kini.
Penubuhan Kelab Kebajikan Polis Daerah difikirkan sebagai sesuatu
3
yang menjadi kemestian dan keperluan untuk menjaga dan membantu
warga kerja IPD khasnya dari aspek kebajikan.

Matlamat penubuhan kelab kebajikan ini amat dititiberatkan dan


merupakan asas kepada kelab. Perkara ini memastikan kelab kebajikan
polis daerah mengikut hala tuju dan berada dilandasan yang betul dalam
membantu warga kerja IPD. Apalah ertinya penubuhan sesebuah kelab
jika ia gagal memainkan peranannya. Jangan jadikan sesebuah kelab
seperti enau di dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masing-masing
sedangkan nun jauh di hadapannya tersirat seribu satu macam agenda

4
yang belum diterokai. Tujuan/ matlamat penubuhan Kelab Kebajikan
Polis daerah adalah :-

1. Mengukuhkan ikatan muhibah dan kerjasama antara ahli


2. Menganjurkan kegiatan sukan, rekreasi, sosial, kebajikan,
pendidikan, kebudayaan dan keagamaan di kalangan ahli
3. Memberi bantuan/ sumbangan kepada ahli serta keluarga dalam
aspek khairat, pendidikan dan kebajikan
4. Menjalinkan hubungan rapat di kalangan masyarakat setempat
melalui aktiviti/ riadah

5
Kejayaan sesebuah kelab bukan sahaja terletak kepada daya
kepimpinan Pengerusinya yang dinamik serta karsimatik tetapi
memerlukan sokongan yang padu dari kesemua ahli-ahli yang
menganggotai kelab tersebut. Seperti mana kata yang bijak bestari,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Selain dari sokongan yang padu
ahli-ahli kelab juga harus mempunyai perancangan yang jitu bagi
merancang keperlbagaian aktiviti sepanjang tahun. Apa yang menjadi
sinonim kelab-kelab yang sedia ada kegiatan yang dirancang amat
cenderung kepada “seasonal activities” atau kegiatan bermusim
mengikut takwim. Apa yang membezakan kejayaan sesebuah kelab
dengan yang lain ialah idea yang “noble” dalam merancang atau

6
mengadakan suatu aktiviti yang bukan sahaja belum atau tidak pernah
diadakan malah ia juga mampu memberikan nilai tambahan baik kepada
keanggotaan ahli-ahlinya tetapi juga kepada masyarakat di sekelilingnya.

Di samping penganjuran aktiviti-aktiviti sukan, reakreasi, sosial,


kebajikan, pendidikan, kebudayaan dan keagamaan, saya juga ingin
melihat ahli jawatankuasa kelab kebajikan polis daerah memainkan
peranan secara lebih pro-aktif dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti

7
kebajikan kepada ahli kelab kebajikan polis daerah yang ditimpa
bencana dan kesusahan. Dalam hal ini, saya berharap agar sumbangan
yang diberikan ini dibuat secara konsisten dan menyeluruh kepada setiap
ahli yang berhak untuk menerimanya. Sumbangan yang mungkin tidak
seberapa nilainya ini sedikit sebanyak akan membantu meringankan
beban warga kerja IPD yang memerlukan seterusnya akan membuat
mereka lebih dihargai dan mewujudkan “sense of belongging” terhadap
pasukan.

8
Saya berharap setiap ahli jawatankuasa dan ahli-ahli kelab memainkan
peranan yang proaktif dan dinamik dengan semangat penuh toleransi,
saling hormat-menghormati bekerja sebagai satu pasukan. Jangan
biarkan budaya parasit meresap masuk di dalam kelab kebajikan polis
daerah. Jika parasit ini merebak dan tidak ditangani dengan segera, ia
akan menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan dan lambat-
laun kelab akan berkubur begitu sahaja bagai angin lalu.

9
Sebelum mengakhiri ucapan pada petang ini, sempena bulan Ramdhan
yang akan tiba saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Pegawai, Anggota dan
Pegawai Awam yang beragama Islam IPD Jempol. Semoga ibadah puasa
Tuan, Puan pada kali ini lebih diberkati.
“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Sesungguhnya “Muafakat itu membawa berkat”.
Sekian, Terima kasih.

10

Anda mungkin juga menyukai