Anda di halaman 1dari 3

Yang Berusaha, Encik Rahmat bin abd Rahim, Guru Besar SK Ibrahim,

Yang Di hormati, Sarjan Mejar Noor Azlan bin Hashim, Penolong Pegawai
Penyiasat Jenayah , IPD Kuala Muda, selaku penceramah jemputan pada hari
ini,
Encik Muhammad Khairi bin Ahmad Shahabuddin, Penolong Kanan
Pentadbiran
Encik Mohd Nazir bin A Kechik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Ust Mohd Fathi bin Mohamad Yusop, Penolong Kanan Kokurikulum
guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulil lah , marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kehadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental
untuk sama-sama berkumpul di Dewan Temenggung ini bagi satu program
Pembentukan Sahsiah Dan Disiplin Murid.

Program Pembentukan Sahsiah dan Disiplin Murid merupakan satu gerak


kempen menangani gejala disiplin murid. Objektif program ini adalah untuk
melahirkan murid yang berkeperibadian mulia, berpegang kepada nilai-nilai
murni, berbudi Bahasa, bertanggungjawab dan menghormati ibu
bapa,guru,masyarakat dan undang-undang, di samping meningkatkan kuantiti
disiplin murid dan mengurangkan salah laku disiplin di kalangan murid.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku

######

Hadirin dipersilakan duduk,

Bagi memberkati majlis pada pagi nan berbahagia ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan al-fadzil ustaz Ridzuan bin Seman untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

###

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fadzil ustaz. Semoga


program ini akan berlangsung dengan penuh keberkatan dari Ilahi.

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang berusaha Encik Rahmat bin Abd Rahim, Guru Besar SK
Ibrahim untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.
******

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Tuan Guru
Besar.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Rimbun meranti di hujung kota

Berbuah lebat sipohon Kuini

Bersama hargai diri kita

Sahsiah dijaga Disiplin ditangani.

Bagi memulakan bingkisan ceramah pada pagi nan berbahagia ini, majlis
mempersilakan yang dihormati Sarjan Mejar Noor Azlan bin Hashim,Penolong
Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Kuala Muda untuk menyampaikan ceramah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai