Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

SLOT MASA PERKARA


Alu-aluan Selamat datang pemanis kata,
Dan Salutasi Lafaz bismillah kalimah mulia,
(nama diikuti Tuan diundang merai bersama,
dengan Bertambah seri itulah hendaknya.
jawatan rasmi)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, selamat
sejahtera dan salam Amazing Laksamana.

Alhamdulillah…
Dimulakan majlis dengan nama Allah Yang Maha Mulia,
Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,

Yang Berusaha,
i. Cikgu Samion bin kassim
Ayahanda Pengetua SMK Laksamana

Yang Dialu-alukan, tetamu kita pada pagi ini,


i. Tuan Inspektor Deris Bin Jerman
Jawatan Inspektor Kepolisan Am
Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik
Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi

Yang Dihormati,
i. Cikgu Nor Azizah Binti Basiron
Penolong Pengetua Pentadbiran
ii. Cikgu Hj Salohi Bin Mansor
Penolong Pengetua HEM
iii. Cikgu Zaleha Binti Ngarip
Penolong Pengetua Kokurikulum
iv. Cikgu Mohd Rizan Bin Abd Hamid
Penolong Pengetua Pra-U

Yang Dihormati,
i. Barisan ketua bidang, guru cemerlang, guru-guru
serta rakan-rakan sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya,


dapat sama-sama kita berkumpul di dewan ini bagi
menjayakan satu program, iaitu Taklimat Keselamatan
Pelajar Berkenderaan Ke Sekolah bagi tahun 2020.

Untuk makluman semua, tujuan program ini adalah untuk


memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pelajar
tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dan
dijadikan amalan ketika menaiki kenderaan ke sekolah sama
ada berkenderaan sendiri atau sebaliknya.

Diharapkan semua rakan dapat memberikan tumpuan yang


baik sepanjang taklimat ini berlangsung.

1
Slot
Penceramah Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Agar Majlis dapat diteruskan.

Tanpa membuang masa, majlis kini diteruskan dengan


Taklimat Keselamatan Pelajar Berkenderaan Ke Sekolah
yang akan di sampaikan oleh Tuan Inspektor Deris Bin
Jerman, Inspektor Kepolisan Am, Bahagian Siasatan &
Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Tinggi,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Inspektor di atas


penyampaian taklimat beliau sebentar tadi. Diharapkan
semua rakan dapat mengambil pengajaran di atas
perkongsian ilmu tadi.

Penyampaian
cenderahati Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah,


majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan ayahanda
pengetua Cikgu Samion Bin Kassim diiringi oleh Cikgu Hj
Salohi Bin Mansor untuk menyampaikan cenderahati kepada
tuan penceramah kita, iaitu Tuan Inspektor Deris bin Jerman.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ayahanda pengetua di atas


kesudian menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati
itu tadi.

Penutup
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini. Terima kasih


diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat di
dalam program ini. Semoga apa yang disampaikan dapat
dijadikan panduan untuk kita semua.

Terima kasih dan assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai