Anda di halaman 1dari 6

BI

ATUCARA

SKRIP PENGACARA

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka

CATATAN

Diminta semua
murid senyap
kerana sebentar
lagi majlis akan
bermula

Dengan alunan madah yang indah.


1

PERMULAAN
MAJLIS

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara
Sebelum majlis bermula diminta semua
hadirin untuk bangun dan sama sama
menyanyikan lagu kebangsaan negaraku
Hadirin dipersilakan duduk

Alu aluan
Pengacara Majlis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahhi
wabarakatuh
Yang Berusaha
Tuan Haji Abd Halim Zaki Bin Mustafa
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Rokan
Yang Dihormati
En. Ramamoorthy a/l Ramanaudu
Penyelia Hal Ehwal Murid wakil dari PPD
Tampin
Yang Dihormati
Tuan Inspektor Zarina Bte Zailani
Pegawai daripada IPD Tampin yang juga

Nyanyian lagu
negaraku

merangkap Pegawai angkat Polis Sekolah


Menengah Kebangsaan Bukit Rokan
Barisan barisan Guru Penolong Kanan
Guru guru dan murid murid yang dikasihi
sekalian
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
swt kerana dengan izin dan limpah rahmatNya
dapat kita berkumpul di kerapatan ini dalam
Melaksanakan Majlis penyampaian watikah
pelantikan kepada pemimpin pelajar.
Untuk pengetahuan para hadirin, Majlis
penyampaian watikah pelantikan ini adalah
gabungan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya
dan Ketua Tingkatan serta penolong Ketua
Tingkatan

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,


marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi.

Untuk Itu majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Encik Mohd Yunus Bin Jailani
untuk memimpin bacaan doa.
Bacaan Doa

En. Mohd Yunus

((Bacaan Doa)
Amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan
terima kasih kepada en mohd yunus atas
bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada pagi
ini akan diberkati dan dirahmati allah swt.
4

Ucapan Pengetua

Para hadirin sekalian


Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
kata aluan pemanis kalam
Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari
ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Abd
Halim Zaki Bin Mustafa Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Rokan untuk
menyampaikan ucapan alu aluan. Dengan

Pengetua

Segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Tuan Pengetua di atas ucapan beliau itu
tadi.
Para hadirin sekalian
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi

Ucapan Perasmian

Untuk menyerikan majlis pada pagi ini dengan


berbesar hati majlis menjemput yang dihormati
En. Ramamoorthy a/l Ramanaudu Penyelia hal
ehwal murid wakil dari ppd tampin untuk
menyampaikan sepatah dua kata seterusnya
merasmikan majlis penyampaian watikah
pelantikan kepada pemimpin pelajar sesi 2016.

Perasmi
En Ramamoorthy
a/l Ramanaudu

(Ucapan perasmi)
Pihak majlis merakamkan terima kasih kepada
yang dihormati En. Ramamoorthy atas ucapan
beliau itu tadi

Penyampaian surat
6.

7.

Penurunan kuasa
merotan

Penyampaian
watikah pelantikan

Sebelum penyampaian watikah pelantikan


kepada pemimpin pelajar dijalankan. Pihak
majlis dengan ini menjemput yang dihormati
Inspektor Zarina Bte Zailani diiringi Tuan
Pengetua Smk Bukit Rokan untuk naik ke atas
pentas seterusnya menyampaikan Surat
Penurunan Kuasa merotan kepada En. Mohd
Azrul Effendi Bin Kamaruddin ketua guru
disiplin sesi 2016 yang juga mewakili semua
guru disiplin SMK Bukit Rokan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati
Tuan Inspektor Zarina Bte Zailani dan Tuan
Pengetua. Di pohon agar Tuan Inspektor kekal
di atas pentas untuk penyampaian watikah
pelantikan kepada pemimpin pelajar sambil
diiringi oleh En Zainal Bin Ismail yang juga
merupakan guru penolong kanan Hal Ehwal
Murid SMK Bukit Rokan.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
watikah pelantikan bagi ketua Tingkatan dan

Tuan Pengetua
Tuan Inspektor
Cikgu Zainal
Ismail
En Azrul Effendi

En Zainal

Penolong Ketua Tingkatan serta Pengawas


Pusat Sumber Sekolah.
Majlis menjemput ........
Senarai nama
1. Ketua Tingkatan
2. Pen Ketua Tingkatan
3. Pengawas PSS
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang
dihormati Tuan Inspektor Zarina Bte Zailani
dan En Zainal Bin Ismail atas kesudian
menyampaian watikah pelantikan kepada
pemimpin pelajar
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
watikah pelantikan kepada
1. Pembimbing Rakan Sebaya
Ketua Tingkatan dan
pen ketua tingkatan
serta Pengawas Pusat
Sumber

2. Pengawas Sekolah
Dengan ini majlis menjemput yang dihormati
En. Ramamoorthy a/l ramanaudu untuk
menyampaikan watikah pelantikan kepada
pemimpin pelajar sambil diiringi oleh yang
berusaha Tuan Haji Abd Halim Zaki Bin
Mustafa Pengetua SMK Bukit Rokan
Majlis mempersilakan .......
Senarai nama
1. PRS
2. Pengawas Sekolah
** Majlis mempersilakan _____ Penolong
ketua pengawas sesi 2016
Majlis mempersilakan Lukman yang juga
Ketua Pengawas SMK Bukit Rokan sesi 2016.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
Dihormati En Ramamoorthy A/L Ramanaudu
dan Yang Berusaha Tn Hj Abd Halim Zaki Bin
Mustafa yang mengiringi perasmi majlis kita
pada pagi ini.

Tuan Inspektor

Majlis diserikan lagi dengan lafaz ikrar yang


akan dipimpin oleh Ketua Pengawas SMK
Bukit Rokan iaitu Lukman
8.

Bacaan Ikrar oleh


Lukman Ketua
Pengawas

Dipohon agar semua pemimpin pelajar


bersedia
Terima Kasih di atas bacaan ikrar itu tadi.
Diharap agar semua pemimpin pelajar dapat
menjalankan amanah yang diberi oleh pihak
sekolah dengan rasa tanggungjawab.
Majlis kita sudah hampir sampai ke
penghujung dengan ini kami menjemput yang
berusaha tuan haji abd halim Zaki Bin Mustafa
untuk naik ke pentas diiringi oleh En Zainal
Bin Ismail untuk menyampaikan cenderahati
kepada tetamu kehormat kita.
Dengan ini majlis menjemput Yang dihormati
En Ramamoorthy a/l Ramanaudu yang juga
perasmi majlis kita pada pagi ini untuk
menerima sedikit buah tangan daripada pihak
sekolah

9.

Penyampaian
cenderahati

Seterusnya pihak majlis menjemput yang


dihormati Tuan Inspektor Zarina Bte Zailani
untuk naik ke atas pentas untuk menerima
cenderahati daripada pihak sekolah.
TENANG-TENANG AIR LAUT
SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJONG
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT
BUDI BAIK RASA NAK JUNJUNG

TANAM LENGGUN TUMBUH KELAPA


TERBIT BUNGA PUCUK MATI
BUDI TUAN KAMI TAK LUPA
SUDAH TERPAKU DALAM HATI

10

Sesi Bergambar &


Jamuan

Sebelum majlis ini melabuhkan tirainya pihak


majlis menjemput Tuan Pengetua, Tetamu
tetamu kehormat dan barisan guru penolong
kanan untuk sesi fotografi bersama dengan
pemimpin pelajar
Seterusnya tetamu tetamu kehormat diiringi
tuan pengetua dan barisan pentadbir

dipersilakan untuk ke kantin menikmati


kudapan yang disediakan
Berakhirlah sudah majlis watikah pelantikan
kepada pemimpin pelajar sesi 2016.

Anda mungkin juga menyukai