Anda di halaman 1dari 7

SMK BUKIT ROKAN (F)

LAPORAN
MERENTAS DESA
PERINGKAT
SEKOLAH TAHUN
2020

1
HARI : KHAMIS
TARIKH : 09 JANUARI 2020
1. PENDAHULUAN

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai
pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar MSSNS yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan. Melalui Kejohanan Merentas Desa ini, setiap orang murid diberi peluang
menyumbangkan markah untuk rumah sukan masing-masing dan segala keputusan pemarkahan akan
dikira dan dibawa ke Kejohanan Balapan untuk menentukan pemenang keseluruhan antara rumah.

Setiap peserta yang memenangi acara masing – masing berpeluang untuk mewakili sekolah
dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah yang akan diadakan di SMK Bukit Rokan. Selain itu,
sukan Merentas Desa dapat melahirkan gaya hidup sihat di kalangan murid-murid. Tambahan pula,
kejohanan ini memupuk semangat juang pada setiap atlit yang bertanding untuk menjadi juara
individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili mereka menjadi juara
berpasukan. Maka dengan ini semoga usaha-usaha ke mercu kejayaan ini akan mencapai realiti
dengan komitmen padu seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan.

2. MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09 Januari 2020 (Khamis)


Masa : 7.40 – 10.00 pagi
Tempat : SMK Bukit Rokan (Felda) dan laluan trek merentas desa Felda Bukit Rokan

3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

2
Semua warga SMK Bukit Rokan telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan kejohanan ini
berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta
berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Guru- guru dan AKP juga telah menjalankan tugas
yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu baik sekali. GPK dan wakil PIBG sendiri telah
turun padang untuk melepaskan para peserta.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Terdapat empat kategori yang dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu:

1. Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun (6 km)


2. Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun (4 km)
3. Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun (4 km)
4. Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun (4 km)

5. KEKUATAN

Kerjasama yang kuat dari semua pihak termasuk PIBG telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini.. Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju
untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Guru-guru dan AKP juga
begitu komited dalam menjalankan tugas. Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti
acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6. KELEMAHAN

Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak mengganggu perjalanan
acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang kurang teratur di mana ada
peserta yang berlari tidak menggunakan sebelah lorong yang telah ditetapkan. Ada dalam kalangan
pelajar yang tidak bersungguh-sungguh sewaktu berlari sebaliknya hanya berjalan-jalan sahaja.

7. KEWANGAN

Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini.
Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang - barang serta bahan yang diperlukan seperti yang
terkandung dalam kertas kerja.

8. PENUTUP

Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang
besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam
penganjuran pada masa-masa akan datang.

3
Disediakan oleh:

………………………………
(MOHD HAZUAN BIN ABD MANAP)
Setiausaha Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
SMK Bukit Rokan

LAMPIRAN

1. SENARAI PEMENANG

BAWAH 15 TAHUN LELAKI

Kedudukan Nama Peserta Nombor Rumah Masa


1 Mohammad Rizuan Hakimi Bin Zamrizal M201 Merah 35.17
2 Muhamad Idzham Hakimi Bin Amin M203 Merah 36.04
3 Ahmad Afiq Azfar Bin Mohd Rafi M207 Merah 37.00
4 Fadzreen Shah Bin Mohd Fairuz M213 Merah 38.40
5 Muhammad Akma Nabil Bin Md Fakar B207 Biru 40.12
6 Muhammad Haziq Irfan Bin Hariffin K205 Kuning 41.17
7 Mohammad Iqram Khai Bin Muhammad Fais K208 Kuning 42.30
8 Muhammad Danish Hadif Bin Mahadzir M210 Merah 42.35
9 Amirul Haikal Bin Mohamad Roshaniza M203 Merah 43.25
10 Muhammad Danish Bin Abd Razak M206 Merah 43.25

BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN

Kedudukan Nama Peserta Nombor Rumah Masa


1 Noor Manisha Binti Sultan M256 Merah 51.49
2 Anis Sakinah Binti Mazalan M264 Merah 55.10
3 Puteri Nurizzati Aqila Binti Raja Harmanshah K257 Kuning 55.27
4 Nur Fatin Amirah Binti Razali B258 Biru 56.22
5 Nasrifa Ayuni Binti Saharudin K253 Kuning 56.33
6 Nur Dania Insyirah Binti Mahadzir B257 Biru 56.56
7 Nurnabila Najwa Binti Mohd Yazid K255 Kuning 57.39
8 Nurul Nazmiera Binti Abdullah K256 Kuning 57.58
9 Nurul Ain Umairah Binti Mohd Riduan B261 Biru 59.22
10 Iman Najihah Binti Ibrahim B253 Biru 1.00.00
4
BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN

Kedudukan Nama Peserta Nombor Rumah Masa


1 Noor Shahida Binti Sultan M102 Merah 47.33
2 Nur Intan Nadhirah Binti Kamaruddin M152 Merah 49.15
3 Nor Hafizah Binti Harun M155 Merah 50.47
4 Nuur Liyana Farhah Binti Azman B156 Biru 51.01
5 Nur Fariesha Binti Shaharom K157 Kuning 52.22
6 Pravena A/P Arumugam M120 Merah 55.12
7 Puteri Shazwani Binti Nazman K155 Kuning 56.24
8 Nurul Syahida Binti Anuar M160 Merah 1.00.03
9 Nur Maisarah Balqis Binti Faizul M150 Merah 1.01.07
10 Aruna A/P Ganesan B152 Biru 1.01.10

BAWAH 18 TAHUN LELAKI

Kedudukan Nama Peserta Nombor Rumah Masa


1 Ammar Danial Bin Yusri K106 Kuning 45.52
2 Saiful Ashfaqullah Khan Bin Amir Muhammad Khan M117 Merah 45.54
3 Muhammad Syakir Bin Abdullah K115 Kuning 47.05
4 Muhammad Muzhaffar Bin Amin B109 Biru 47.37
5 Ahmad Danial Bin Khalid M115 Merah 47.58
6 Amar Haqimi Bin Ashrul M124 Merah 49.52
7 Awangku Mahady Bin Nooraidi B107 Biru 49.57
8 Pratipp A/L Arumugam K104 Kuning 50.00
9 Arvind Naidu A/L Gobalan K116 Kuning 51.09
10 Muhammad Azadi Husyairie Bin Mohd Tarmizi B113 Biru 51.53

KEPUTUSAN RASMI ACARA BERPASUKAN

BIL KATEGORI RUMAH MERAH RUMAH KUNING RUMAH BIRU


1 PEREMPUAN BAWAH 15 91 MATA 53 MATA 52 MATA
2 LELAKI BAWAH 15 27 MATA 147 MATA 64 MATA
3 PEREMPUAN BAWAH 18 29 MATA 68 MATA 70 MATA
4 LELAKI BAWAH 18 59 MATA 56 MATA 67 MATA
5 KESELURUHAN 206 MATA 314 MATA 263 MATA

KEDUDUKAN MERENTAS DESA TAHUN 2020

JOHAN : RUMAH MERAH

NAIB JOHAN : RUMAH BIRU

KETIGA : RUMAH KUNING

5
2. LAMPIRAN BERGAMBAR

3.

LAMPIRAN LAIN

A. KERTAS KERJA
6
B. BUKU PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai