Anda di halaman 1dari 52

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LITERASI UNDANG-UNDANG BAGI


PEMANTAPAN PROFESIONALISME
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Literasi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Undang-
undang d a n g -u n d a n g mampu
Literasi u n
a h p e rs e p s i individu yang
mengub
a n g g a p u n d a ng-undang
meng
a g a i s u a tu y ang kompleks
seb
dan digeruni.

literasi undang-undang
kementerian pendidikan malaysia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 Literasi undang-undang

1 Apa itu literasi undang-undang?


Literasi undang-undang bermaksud celik undang-undang. Ia
merupakan satu inisiatif untuk memberi kefahaman tentang undang-
undang. Kefahaman yang betul akan menjadikan kumpulan sasar
peka tentang apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan
bertindak mengikut ketetapan undang-undang. Literasi undang-
undang juga mampu mengubah persepsi individu yang menganggap
undang-undang sebagai suatu yang kompleks dan digeruni.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 Literasi undang-undang

2 Mengapa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)


perlu tahu undang-undang? Apa kepentingannya?
Pengetahuan tentang undang-undang dalam kalangan PPP amat
penting untuk diperkasakan. Hal ini kerana PPP mempunyai hubungan
langsung dengan kanak-kanak semasa menjalankan tugas. Kanak-
kanak memiliki hak dan perlindungan tertentu di sisi undang-undang
yang berbeza dengan hak orang dewasa. Selain itu, guru tidak sahaja
bertanggungjawab mendidik murid dan menyampaikan ilmu semata-
mata. Undang-undang menetapkan guru adalah ibu bapa gantian
kepada murid-murid semasa mereka berada di sekolah. Maka,
guru perlu memahami peranan mereka sebagai ibu bapa gantian
selain mempersiapkan diri dalam mendepani cabaran mendidik dan
mencapai misi dan visi pendidikan yang telah ditetapkan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 Literasi undang-undang

3 Apakah hak dan


tanggungjawab PPP di
sekolah secara amnya?
Umumnya, PPP sebagai penjawat
awam mempunyai hak-hak yang
diberikan oleh undang-undang.
Antaranya, PPP tidak boleh
disaman atas kapasiti dirinya
sebagai individu sekiranya
terdapat implikasi undang-
undang yang menjejaskan pihak
lain semasa PPP menjalankan
tugas rasminya. PPP juga diberi
hak untuk didengar sebelum Literasi undang-
sesuatu tindakan tatatertib undang bermaksud
celik undang. Ia
diambil terhadapnya.
merupakan satu
Selain itu, PPP bertanggungjawab inisiatif untuk
memberi kefahaman
untuk mematuhi peraturan-
tentang undang-
peraturan yang telah ditetapkan undang. Kefahaman
di bawah peruntukan khusus yang betul akan
menjadikan kumpulan
seperti Peraturan-peraturan
sasar peka tentang
Pegawai Awam (Kelakuan dan apa yang dibenarkan
Tatatertib) 1993. oleh undang-undang
dan bertindak
mengikut ketetapan
undang-undang.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 Literasi undang-undang

4 Bagaimana PPP boleh menjalankan tugas dengan


sempurna sekali gus mengelak daripada liabiliti
undang-undang semasa menjalankan tugas sebagai
guru?
Untuk mengelak daripada tindakan undang-undang yang tidak
sewajarnya terhadap seseorang PPP, elemen sedar, peka dan tindak
perlu diamalkan. Setiap PPP digalakkan untuk sedar dan mengetahui
undang-undang dan peraturan yang mengawal tugasnya sebagai
guru. Pengetahuan ini akan membantu PPP untuk sentiasa peka
terhadap persekitaran dan situasi yang berlaku semasa menjalankan
tugas sebelum PPP bertindak berdasarkan kerangka undang-undang
dan peraturan yang ditetapkan.

5 Apa konsep kejahilan undang-undang bukan


pembelaan?
Terdapat sumber undang-undang yang mengatakan – ignorantia
juris non excusat bermaksud kejahilan undang-undang bukan
pembelaan. Dari frasa itu, kita sudah faham bahawa kejahilan tidak
boleh diterima sebagai alasan. Maka, penting untuk setiap individu
tahu undang-undang apatah lagi guru yang sangat dekat dengan
kumpulan kanak-kanak.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 Literasi undang-undang

6 Tidak tahu? Jawapan PPP apabila


disabitkan kesalahan undang-undang
di mahkamah. Adakah ia boleh
diterima? Apakah pula risikonya?
Ini bermaksud jika seseorang itu ditahan dan
dituduh di mahkamah, “saya tidak tahu perbuatan
ini salah di sisi undang-undang” tidak boleh
dijadikan alasan untuk membela diri. Sebagai
contoh, kesalahan gagal mengemukakan dokumen
pengenalan diri apabila diperiksa. Setiap warga
negara Malaysia hendaklah sentiasa membawa
kad pengenalan sebagaimana yang diterangkan
pada Peraturan 6, Akta Pendaftaran Negara
1959 (Akta 1978) dan Peraturan-peraturan 1990
(Pindaan 2007) iaitu tanggungjawab menjaga kad
pengenalan menyatakan,

orang yang kepadanya suatu kad pengenalan


telah dikeluarkan hendaklah, selepas itu dan
selagi dia masih menjadi orang berdaftar semula
di bawah peraturan-peraturan ini, pada setiap
masa membawa pada dirinya kad pengenalan
dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
peraturan-peraturan ini. Kegagalan mana-mana
individu mengemukakan dokumen pengenalan
diri ketika diperiksa oleh pihak polis adalah satu
kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7 Literasi undang-undang

Untuk mengelak daripada


tindakan undang-undang
yang tidak sewajarnya
terhadap seseorang PPP,
elemen sedar, peka dan
tindak perlu diamalkan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 Literasi undang-undang

7 Apakah skop undang-undang di Malaysia yang


secara asasnya perlu diketahui PPP?
Secara amnya, skop undang-undang di Malaysia dapat dibahagikan
kepada dua iaitu undang-undang sivil dan undang-undang jenayah.
Undang-undang sivil mengawal hubungan di antara individu dengan
individu manakala hubungan di antara individu dan kerajaan dikawal
oleh undang-undang jenayah.

Apabila seseorang individu mendapati haknya telah terkesan akibat


perbuatan atau peninggalan seseorang yang lain, individu tersebut
akan menuntut melalui prosiding undang-undang sivil di mahkamah
terhadap pihak satu lagi bagi mendapatkan ganti rugi atau remedi
yang dibenarkan oleh undang-undang.

Prosiding jenayah melibatkan tindakan pendakwaan jenayah yang


dimulakan oleh pendakwa raya terhadap mana-mana individu yang
melakukan kesalahan jenayah di sisi undang-undang. Kesalahan
jenayah lazimnya melibatkan jenayah kepada negara, jenayah
kepada mahkamah, jenayah harta dan jenayah terhadap diri sendiri.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 Literasi undang-undang

8 Boleh berikan contoh kes terbaru melibatkan PPP


yang wajar diberi perhatian?
Seorang pesara guru telah dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama
6 tahun bagi kesalahan pertama dan 3 tahun penjara bagi pertuduhan
kedua. Tertuduh dituduh atas kesalahan memberi sokongan kepada
kumpulan pengganas Islamic State dengan cara menggunakan
aplikasi media sosial Facebook atas nama “Abu Hassan Chan” di
bawah seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan pertuduhan kedua
memiliki item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas
Islamic State (IS) dalam akaun Facebook atas nama “Abu Hassan
Chan”.

Kes ini boleh memberi panduan kepada PPP agar tidak menggunakan
media sosial sebagai medium yang boleh menyebabkan pelanggaran
undang-undang.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 Literasi undang-undang

GLOSARI
Literasi – kebolehan menulis dan membaca, celik huruf.

Frasa – kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu


klausa.

Remedi – cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan


dipampasi.

Prosiding – sebarang tindakan mahkamah yang diambil terhadap


seseorang.

Item – barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan.

Medium – bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi


menghasilkan sesuatu kesan.

Mutlak – tidak terbatas (hak, kuasa dan lain-lain).

Faktual – berdasarkan kenyataan.

Plaintif – pihak yang mendakwa.

Defendan – orang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam


mahkamah undang-undang.

Tort – salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang


boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.

Prosedur – cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau
cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara.

Relevan – ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan.

Rentan – mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit.

* Rujukan: Kamus Online DBP - PRPM Kamus Dewan Edisi Keempat (https://prpm.dbp.gov.my/)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ada beberapa undang-undang yang


telah berkuatkuasa di negara kita yang
mengawal tindakan individu dalam
mengeluarkan kata-kata lisan atau
menerbitkan perkataan.

Pandangan Peribadi
dan kaitannya dengan
Pengaruh
Intensiti Media
literasi undang-undang
kementerian pendidikan malaysia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

1 Media sosial hari ini menjadikan maklumat dihujung


jari. Masyarakat ghairah berkongsi berita, isu dan
peristiwa di platform digital. Kumpulan pendidik
tidak terkecuali. Adakah ini sebahagian dari apa
yang dinamakan sebagai kebebasan bersuara yang
dibenarkan oleh undang-undang?

Umumnya, hak kebebasan bersuara diberikan di bawah Perkara


10 Perlembagaan Persekutuan. Namun penting untuk disedari
bahawa ia bukanlah hak yang mutlak. Setiap warganegara Malaysia
mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah
fikiran mereka selagi pandangan itu tidak menyentuh isu-isu sensitif
yang telah dikenal pasti. Sekatan tersebut perlu demi kepentingan
keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain,
ketenteraman awam atau prinsip moral.

Bila dikatakan kebebasan bersuara tidak mutlak, ada beberapa


undang-undang yang telah berkuatkuasa di negara kita yang
mengawal tindakan individu dalam mengeluarkan kata-kata lisan
atau menerbitkan perkataan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

2 Adakah perkongsian pandangan peribadi PPP


di media sosial merupakan satu kesalahan?

Umumnya, pandangan peribadi PPP di media sosial semata-mata


tidak secara automatik menjadi satu kesalahan. Intipati pandangan
peribadi tersebut dan tujuan ia diterbitkan perlu dinilai untuk
memastikan ia tidak melanggar apa-apa ketetapan undang-undang
atau peraturan yang telah dikuatkuasakan terhadap PPP.

Sebagai contoh, larangan daripada membuat


Seseorang pegawai
pernyataan awam seperti dalam Peraturan 19 awam termasuk
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan PPP adalah dilarang
dan Tatatertib) 1993. daripada membuat
pernyataan awam
secara lisan, bertulis
Seseorang pegawai awam termasuk PPP
atau apa-apa cara
adalah dilarang daripada membuat pernyataan berhubung dengan
awam secara lisan, bertulis atau apa-apa cara apa-apa dasar,
program atau polisi
berhubung dengan apa-apa dasar, program
atau keputusan
atau polisi atau keputusan kerajaan tentang Kerajaan.
apa-apa isu atau memberi maklumat faktual
tentang jabatannya atau memberi apa-apa penjelasan berkenaan
insiden atau laporan berhubung jabatannya kecuali dengan
kebenaran bertulis Menteri. Pernyataan awam termasuk ulasan
dalam akhbar atau kepada orang ramai atau dalam syarahan.

Jika pandangan peribadi PPP melibatkan maklumat sebagaimana


yang dilarang di dalam Peraturan 19, maka PPP terdedah kepada
tindakan tatatertib oleh Ketua Jabatan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

3 Boleh kongsikan contoh peruntukan undang-undang


penerbitan yang penting diketahui oleh PPP?

Peruntukan undang-undang berkaitan penerbitan menjadi sangat


relevan untuk diketahui dengan mengambil kira situasi masyarakat
hari ini yang menjadikan media sosial sebagai cara komunikasi
baharu dan meluas. Adalah disarankan agar PPP didedahkan
dengan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang
memberikan peruntukan yang luas terhadap penggunaan internet
secara tidak wajar.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998


memperuntukkan seperti berikut-

233. 
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

(1) Seseorang yang :


(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian
atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
secara sedar :
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,apa-apa komen, permintaan,
cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat
untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu orang lain; atau
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

(b) 
memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan
mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara
berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam
masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku,
dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan
niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor
atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

(2) Seseorang yang secara sedar :


(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi
lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang;
atau
(b) 
membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk
digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam
perenggan (a), melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen


ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh
didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan
itu diteruskan selepas pensabitan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

4 Bagaimana pula peruntukan undang-undang


berkaitan perbuatan PPP yang wajar diketahui?

Skop peranan PPP ini boleh dikaitkan dengan tiga komponen


undang-undang yang perlu diketahui iaitu peranan PPP sebagai
seorang individu atau warganegara, peranan PPP sebagai seorang
penjawat awam dan peranan PPP sebagai seorang guru atau ibu
bapa ganti kepada murid-murid di sekolah.

Sebagai seorang individu atau warganegara Malaysia, PPP adalah


terikat kepada peruntukan undang-undang yang terpakai secara
umum seperti Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia
dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.

Sebagai seorang penjawat awam pula PPP semestinya perlu


mengetahui tentang perbuatan-perbuatan yang dilarang di bawah
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
seperti larangan tidak hadir bertugas tanpa kebenaran Ketua Jabatan
atau berkelakuan dengan cara yang menyebabkan kepentingan
peribadi bercanggah dengan tugas awam seseorang PPP.

Selain itu, peranan seorang PPP sebagai seorang ibu bapa gantian
di sekolah juga perlu diketahui kerana ia melibatkan peruntukan
undang-undang tidak bertulis yang telah ditetapkan melalui
keputusan mahkamah di Malaysia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

5 Apakah peranan PPP di media sosial yang


ditekankan agar platform digital itu tidak
disalahguna?

Jika kita lihat media sosial merupakan satu platform yang amat besar
dan berpengaruh dalam kehidupan seseorang individu pada masa
kini. Maka adalah baik jika medium ini dapat digunakan dengan
sebaiknya untuk menyebarkan ilmu dan kefahaman selari dengan
peranan dan tanggungjawab PPP itu sendiri.

Oleh hal yang demikian, seorang PPP itu perlu memastikan setiap
perkataan atau pernyataan yang dilakukan adalah tidak bercanggah
dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang ada dalam
mengawal selia jaringan internet dan media sosial di negara kita.
Sebagai contoh, setiap perkataan, pernyataan atau ucapan yang
dibuat dalam media sosial tidak melanggar peruntukan yang
termaktub di dalam Akta Fitnah, Akta Komunikasi dan Multimedia,
Akta Hasutan dan lain-lain akta yang berkaitan.

Ini kerana PPP perlu menjadi suri teladan kepada masyarakat


khususnya kepada murid-murid di negara ini. Mereka perlulah
memastikan setiap kandungan atau mesej yang hendak dikongsi
adalah benar dan bukan berita palsu. Dengan cara ini institusi
pendidikan itu akan lebih dihormati oleh segenap lapisan masyarakat
di negara kita.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

6 Apakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan


kepada PPP akibat penyalahgunaan media sosial?
Boleh berikan contoh?

Hukuman yang boleh dikenakan adalah bergantung kepada proses


undang-undang yang diambil ke atas PPP. Sekiranya perbuatan
penyalahgunaan media sosial tersebut diambil tindakan di bawah
seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, maka hukuman
yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah adalah berbentuk denda,
pemenjaraan atau kedua-duanya sekali.

Manakala jika PPP diadukan kepada ketua jabatan berkaitan


perbuatan penyalahgunaan media sosial sehingga mencemarkan
nama perkhidmatan awam, PPP akan terdedah kepada hukuman
tatatertib seperti amaran, tahan gaji, tangguh pergerakan gaji atau
yang melibatkan hukuman yang paling serius iaitu buang kerja.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 pandangan peribadi dan kaitannya dengan pengaruh intensiti media

GLOSARI
Literasi – kebolehan menulis dan membaca, celik huruf.

Frasa – kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu


klausa.

Remedi – cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan


dipampasi.

Prosiding – sebarang tindakan mahkamah yang diambil terhadap


seseorang.

Item – barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan.

Medium – bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi


menghasilkan sesuatu kesan.

Mutlak – tidak terbatas (hak, kuasa dan lain-lain).

Faktual – berdasarkan kenyataan.

Plaintif – pihak yang mendakwa.

Defendan – orang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam


mahkamah undang-undang.

Tort – salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang


boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.

Prosedur – cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau
cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara.

Relevan – ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan.

Rentan – mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit.

* Rujukan: Kamus Online DBP - PRPM Kamus Dewan Edisi Keempat (https://prpm.dbp.gov.my/)
Tugas Guru
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sebagai
In loco
Parentis

Prinsip in loco parentis menyatakan tentang


kewajipan tugas berhati-hati seorang guru dalam
menilai dan mengawal selia aktiviti murid-murid
sepanjang sesi atau waktu persekolahan.

literasi undang-undang
kementerian pendidikan malaysia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 tugas guru sebagai in loco parentis

1 Apakah in loco parentis?

In loco parentis adalah terma latin yang membawa maksud ibu bapa
gantian. Prinsip ini merupakan suatu prinsip yang diambil daripada
common law dan diterima pakai di Malaysia. Selain itu, prinsip in loco
parentis menyatakan tentang kewajipan tugas berhati-hati seorang
guru dalam menilai dan mengawal selia aktiviti murid-murid sepanjang
sesi atau waktu persekolahan. Hal ini membawa kesan bahawa guru
memiliki kewajipan berhati-hati untuk mengambil langkah yang
munasabah bagi menjaga murid-murid di sekolah. Langkah yang
munasabah yang perlu diambil oleh guru akan dilihat dari kaca mata
orang yang munasabah.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 tugas guru sebagai in loco parentis

2 Apakah asas prinsip in loco parentis yang diamalkan


di Malaysia? Apakah perbezaan dengan negara luar?

Kerajaan telah mengeluarkan beberapa tatacara dan peraturan


dalaman bagi menyusun atur dan mentadbir hal ehwal disiplin dan
keselamatan murid-murid di sekolah. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa tatacara dan peraturan ini konsisten dengan pemakaian
konsep prinsip in loco parentis. Bahkan kedudukan ini telah disahkan
melalui keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Government
of Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud & Anor.

Kes Government of Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud & Anor
berkaitan dengan seorang murid Darjah 5 di Sekolah Kebangsaan
Dato’ Klana Maamor, Seremban yang telah menyaman guru, pihak
sekolah dan Kerajaan Malaysia melalui bapanya untuk menuntut
ganti rugi akibat kecuaian. Plaintif telah mengalami kecederaan di
bahagian mata kanan ketika berada di dalam kelas Cikgu Kenny.

Semasa Cikgu Kenny sedang mengajar, kawan plaintif bernama


Azmi telah mencucuk paha plaintif dengan pin yang menyebabkan
plaintif terkejut dan berpaling ke belakang. Ketika itulah, mata kanan
plaintif tertusuk mata pensel yang tajam yang dipegang oleh Azmi.
Akibatnya, mata kanan plaintif terpaksa dibuang. Keterangan yang
diberikan menunjukkan bahawa Azmi ialah seorang budak yang nakal.
Sebelum kejadian ini, Azmi pernah mencucuk plaintif dan murid lain
dengan pin dan pensel tetapi tidak terkena bahagian mata. Kejadian
itu tidak diketahui oleh Cikgu Kenny. Murid-murid sekelas juga tidak
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 tugas guru sebagai in loco parentis

pernah mengadu tentang kenakalan Azmi sama ada kepada Cikgu


Kenny atau guru kelas.

Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan telah dibenarkan


semasa prosiding di Mahkamah Tinggi. Cikgu Kenny didapati cuai
dalam memantau murid sehingga menyebabkan plaintif mengalami
kecederaan. Defendan-defendan yang tidak berpuas hati dengan
keputusan telah memfailkan rayuan ke peringkat Mahkamah
Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan memutuskan satu prinsip yang penting


dalam kes ini, iaitu guru mempunyai hubungan istimewa dengan anak
murid. Guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga atau tugas berhati-
hati untuk menjaga keselamatan murid. Sungguhpun demikian,
undang-undang tidak meletakkan tanggungan yang ketat ke atas
guru dalam kes tort berkaitan dengan murid. Perkara yang mustahak
ialah guru telah menjalankan tugas berhati-hati yang munasabah
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 tugas guru sebagai in loco parentis

dalam mengawal murid bagi mengelakkan kecederaan. Prinsip


undang-undang ini jelas telah meletakkan hubungan guru sebagai
in loco parentis kepada murid yang berada di bawah jagaan dan
kawalannya.

Kes Government of Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud & Anor
telah merujuk kes Full Court in Richards v State of Victoria (Australia)
yang membangkitkan prinsip bahawa kewajipan berhati-hati guru
timbul hanya apabila dia perlu mengambil langkah-langkah untuk
memastikan bahawa dalam semua keadaan, adalah munasabah
untuk mengelakkan kecederaan fizikal kepada murid. Kewajipan ini
bukanlah tugas untuk memastikan tiada kecederaan yang berlaku,
tetapi melaksanakan kewajipan berjaga-jaga yang munasabah untuk
menghalang risiko kecederaan yang boleh diramalkan terhadap
murid.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 tugas guru sebagai in loco parentis

3 Peranan guru sebagai in loco parentis adalah untuk


melindungi murid dari kecederaan atau risiko
yang boleh diramal. Bagaimana dikatakan wujud
hubungan istimewa antara guru dan murid?

Peranan dan prinsip ini telah ditentukan oleh Mahkamah dalam


kes Government of Malaysia v. Jumat bin Mahmud [1977] 2 MLJ
103. Mahkamah telah memutuskan bahawa oleh sebab hubungan
istimewa antara guru dengan murid, guru mempunyai kewajipan
terhadap murid untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang
munasabah untuk keselamatan murid. Tugas berjaga-jaga guru
kepada murid mestilah setara atau sepadan dengan peluang atau
keupayaan untuk melindungi murid daripada bahaya atau risiko
yang diketahui atau yang boleh dijangkakan. Tugas berjaga-jaga
yang diperlukan adalah sebagaimana seorang bapa dalam sebuah
keluarga yang besar bertindak untuk melindungi anaknya. Tugas
tersebut bukanlah tugas untuk memastikan bahawa tidak wujud
kemudaratan, tetapi kewajipan untuk mengambil langkah-langkah
munasabah bagi menjamin keselamatan murid.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7 tugas guru sebagai in loco parentis

4 Adakah tugas guru sebagai ibu bapa gantian


masih lagi terletak di bahu guru selepas waktu
persekolahan?

Undang-undang menetapkan tugas guru sebagai ibu bapa gantian


semasa murid berada di dalam kawasan sekolah atau dalam lain
perkataan semasa waktu persekolahan. Melalui konsep in loco
parentis, guru mempunyai tugas berhati-hati untuk mengambil
langkah yang munasabah melindungi murid dan mengelakkan
perbuatan yang mungkin menyebabkan kecederaan yang boleh
diramal.

Adakah tugas guru sebagai ibu bapa gantian masih terletak di atas
bahu guru-guru selepas waktu persekolahan? Bagaimana pula
dengan ibu bapa murid? Dalam keadaan negara masih berdepan
dengan ancaman wabak Covid-19, seharusnya ia memberi kesedaran
kepada semua pihak khasnya ibu bapa untuk lebih prihatin terhadap
keselamatan diri dan kebajikan kanak-kanak. Meletakkan beban
tersebut di bahu guru sehingga di luar waktu persekolahan
merupakan langkah yang tidak wajar.

Masyarakat sepatutnya sedar bahawa skop tugas guru sebagai ibu


bapa gantian selesai dengan tamatnya waktu persekolahan atau
ketika murid-murid berada di luar pagar sekolah. Jika pun guru
mengambil tanggungjawab memantau murid-murid diluar pagar
sekolah selepas tamatnya sesi persekolahan, ia merupakan khidmat
sukarela dan bukannya tugas rasmi di bawah prinsip in loco parentis.
Garis pemisah sebegini perlu difahami oleh semua individu
khususnya ibu bapa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 tugas guru sebagai in loco parentis

5 Panduan dan Standard Operasi


Prosedur (SOP) yang penting
dan terperinci telah dikeluarkan
oleh KPM. Adakah penyediaan
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
boleh membantu guru dalam
melaksanakan tugas sebagai in
loco parentis?

Sekiranya diteliti kandungan di dalam Surat


Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang dikeluarkan
oleh KPM, ia mengandungi tatacara atau
prosedur yang perlu diambil oleh PPP semasa
sesuatu aktiviti dilakukan di sekolah. Sebagai
contoh, SPI Bil. 9/2000 mengenai panduan
keselamatan diri pelajar semasa pengajaran
pendidikan jasmani dan kesihatan serta
kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan

Guru tidak di luar kawasan sekolah. Tujuan SPI tersebut


sahaja dapat secara langsung adalah untuk mengelakkan
melindungi risiko kecederaan yang mungkin berlaku
murid dari risiko kepada murid-murid. Justeru, SPI telah
kecederaan,
menyediakan langkah-langkah munasabah
tetapi juga dapat
mengelakkan yang boleh diambil oleh PPP dan sekiranya ia
diri daripada dilakukan, guru tidak sahaja dapat melindungi
implikasi cuai. murid dari risiko kecederaan, tetapi juga dapat
mengelakkan diri daripada implikasi cuai.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 tugas guru sebagai in loco parentis

6 Sekiranya PPP disaman berkaitan dengan kegagalan


melaksanakan tugas sebagai in loco parentis dan
murid mengalami kecederaan, apakah hak-hak PPP
yang diberikan oleh undang-undang?

Undang-undang memberikan hak kepada PPP untuk menafikan dan


membela diri terhadap tuntutan saman tersebut. Sekiranya insiden
kecuaian yang dituntut melalui saman yang difailkan berlaku semasa
PPP menjalankan tugas rasminya dan majikan turut dinamakan
sebagai defendan, PPP serta majikan berhak untuk diwakili oleh
Peguam Persekutuan.

Penjawat awam dilindungi oleh undang-undang yang menjaga


kepentingan penjawat awam iaitu Public Authorities Protection Act
1948 terhadap tuntutan saman difailkan oleh pihak yang terjejas.
Mana-mana pihak yang ingin menyaman seseorang PPP, tuntutan
saman hendaklah difailkan dalam masa 36 bulan dari tarikh perbuatan
kecuaian berlaku berbanding dalam keadaan biasa
tuntutan kecuaian boleh difailkan dalam masa
6 tahun.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 tugas guru sebagai in loco parentis

GLOSARI
Literasi – kebolehan menulis dan membaca, celik huruf.

Frasa – kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu


klausa.

Remedi – cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan


dipampasi.

Prosiding – sebarang tindakan mahkamah yang diambil terhadap


seseorang.

Item – barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan.

Medium – bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi


menghasilkan sesuatu kesan.

Mutlak – tidak terbatas (hak, kuasa dan lain-lain).

Faktual – berdasarkan kenyataan.

Plaintif – pihak yang mendakwa.

Defendan – orang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam


mahkamah undang-undang.

Tort – salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang


boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.

Prosedur – cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau
cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara.

Relevan – ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan.

Rentan – mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit.

* Rujukan: Kamus Online DBP - PRPM Kamus Dewan Edisi Keempat (https://prpm.dbp.gov.my/)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

guru &
tugas
berhati-hati

Guru mempunyai
tugas berhati-hati
untuk menjaga
dan memantau
murid-murid
sewaktu dalam
empat penjuru
kawasan sekolah.

literasi undang-undang
kementerian pendidikan malaysia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 guru dan tugas berhati-hati

1 Frasa guru dan tugas


berhati-hati sering
dibincangkan sejak lama
dahulu. Dari segi undang-
undang, adakah ia masih
relevan dan penting?

Tugas berhati-hati merupakan


prinsip undang-undang tort
yang diterima pakai di Malaysia.
Berdasarkan kepada hubungan
istimewa yang wujud di antara guru
dan murid, guru mempunyai tugas
berhati-hati untuk menjaga dan
memantau murid-murid sewaktu
dalam empat penjuru kawasan Undang-
undang adalah
sekolah tersebut.
jelas bahawa
guru sekolah
Bahkan tugas berhati-hati dan
mempunyai tugas
kewajipan berjaga-jaga guru yang untuk memantau
dinyatakan dalam kes Govt. Of murid-murid
Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud semasa murid
yang diputuskan pada tahun 1977 berada di premis
sekolah, termasuk
adalah masih relevan dan dipakai
di bilik darjah dan
dalam kes-kes yang diputuskan
taman permainan.
oleh Mahkamah di negara kita pada
hari ini.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 guru dan tugas berhati-hati

2 Boleh terangkan kaitan antara tugas berhati-hati


dengan peranan seorang guru?

Tuntutan oleh pihak plaintif dalam kes-kes kecuaian adalah di bawah


tort kecuaian. Oleh itu, untuk berjaya dalam tuntutannya, elemen-
elemen di bawah tuntutan kecuaian hendaklah dibuktikan oleh
plaintif. Elemen-elemen tersebut adalah:

i. Sama ada wujud tugas untuk berjaga-jaga (duty of care)


antara defendan dengan plaintif;

ii. Sama ada terdapat pelanggaran tugas berjaga-jaga (breach


of duty of care) oleh defendan; dan

iii. Sama ada terdapat kecederaan atau kerosakan yang


dialami oleh plaintif yang membolehkan ganti rugi dibayar.

Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor v Kerajaan Malaysia dan lain-
lain merupakan antara kes yang sering menjadi rujukan dalam kes
kecuaian guru. Perkara yang menarik dalam kes ini ialah mahkamah
telah membuat perbandingan antara fakta kes ini dengan fakta
dalam kes Government of Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud &
Anor. Melalui perbandingan yang akan ditunjukkan nanti, kita akan
mudah memahami tugas untuk berhati-hati yang perlu dilaksanakan
oleh seseorang guru.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 guru dan tugas berhati-hati

Pihak menuntut dalam kes ini yang bernama Mohamed Raihan ialah
murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Inggeris, Port Dickson. Pada
hari kejadian, seramai 38 murid mengambil bahagian dalam kelas
amali pertanian di bawah seliaan Cikgu Hau Kan Yong. Murid-murid
telah diarahkan oleh Cikgu Hau Kan Yong untuk mengambil peralatan
berkebun seperti cangkul, penyodok dan bakul dari bilik stor. Murid-
murid turut diarahkan untuk bergerak ke tapak untuk menyiapkan
batas tanaman.

Cikgu Hau Kan Yong tidak memeriksa keadaan peralatan berkebun


sama ada masih selamat atau tidak untuk digunakan semasa
kelas amali itu. Semasa sesi kelas amali tersebut, perayu telah
menggunakan penyodok untuk meratakan ketinggian batas,
manakala rakannya, Raja Aminudin yang berada di sebelahnya
membuat batas dengan menggunakan cangkul. Cangkul itu
digunakan untuk meninggikan batas. Oleh sebab jarak antara
mereka yang dekat, perayu meminta Raja Aminudin jangan
menghayun cangkul sehingga perayu selesai meratakan batas.
Namun, Raja Aminuddin mengatakan bahawa dia tidak akan cuai
dan terus menghanyun cangkul. Malangnya, hayunan cangkul Raja
Aminuddin terkena bahagian kepala perayu.

Semasa kejadian itu berlaku, Cikgu Hau Kan Yong sedang duduk di
bawah pokok dalam jarak 3.6 meter dari perayu. Dia tidak melihat
pun ke arah murid-muridnya. Dia hanya menoleh setelah terdengar
namanya dipanggil dan terlihat perayu memegang kepalanya
yang berdarah. Perayu mengalami kecederaan di bahagian kanan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 guru dan tugas berhati-hati
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 guru dan tugas berhati-hati

tempurung kepala. Plaintif telah menyaman defendan-defendan


untuk mendapatkan ganti rugi kecederaan. Semasa diperiksa balas,
Cikgu Hau Kan Yong menyatakan bahawa secara umumnya, dia
sudah memberikan amaran kepada murid-murid supaya berhati-hati
dan jangan bermain dengan peralatan tersebut.

Beliau juga bersetuju bahawa untuk tujuan keselamatan, Raja


Aminudin dan perayu tidak patut berada dalam kedudukan yang
dekat kerana perayu mungkin akan terkena cangkul. Alasan yang
diberikan oleh Cikgu Hau Kan Yong ialah dia tidak melihat perayu
sebelum kemalangan. Jika tidak, pasti dia tidak akan membenarkan
perayu berada di situ. Menurut mahkamah, memang tidak dapat
dinafikan bahawa dalam kes ini, Raja Aminuddin telah cuai. Namun,
perkara yang penting bagi mahkamah adalah sama ada responden
cuai kerana tidak memberikan pemantauan yang sepatutnya selain
gagal memberikan arahan yang betul tentang penggunaan peralatan
berkebun.

Undang-undang adalah jelas bahawa guru sekolah mempunyai


tugas untuk memantau murid-murid semasa murid berada di premis
sekolah, termasuk di bilik darjah dan taman permainan. Tahap
pemantauan yang diperlukan bergantung pada keadaan kes seperti
umur murid dan aktiviti yang sedang dilakukan pada masa kejadian.
Mahkamah memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh
perayu merupakan akibat kegagalan Cikgu Hau Kan Yong mengawal
selia murid-murid yang terlibat dalam kelas pertanian. Cikgu Hau
Kan Yong juga telah gagal untuk memberikan arahan kepada Raja
Aminudin tentang cara yang betul untuk menggunakan cangkul.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7 guru dan tugas berhati-hati

Sekiranya guru tahu bahawa murid-murid terlibat melakukan


kegiatan yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan kepada
orang lain, maka guru itu mempunyai tugas berhati-hati untuk
mengambil tindakan bagi memastikan keselamatan murid-murid
terjaga semasa kegiatan itu dilakukan. Amaran semata-mata yang
diberikan kepada murid untuk berhati-hati bukanlah pemantauan
yang sesuai, terutamanya jika melibatkan murid-murid yang muda
dan suka bergembira. Mahkamah selanjutnya telah membezakan
kes ini dengan kes Kerajaan Malaysia & Ors. v Jumat bin Mohamad
& Anor yang memutuskan bahawa guru telah membuat pemantauan
yang mencukupi. Dalam kes ini, Cikgu Hau Kan Yong mengakui
bahawa murid-muridnya mengendalikan peralatan berbahaya tetapi
tidak memberikan amaran yang mencukupi tentang penggunaan
peralatan dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menjarakkan
kedudukan murid-murid untuk mengelakkan kejadian kecederaan.
Menurut mahkamah, terdapat perbezaan yang besar antara
penggunaan cangkul dalam kes ini dengan penggunaan pensel
dalam kes Government of Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud &
Anor.

Cikgu Hau Kan Yong telah diputuskan cuai kerana gagal untuk
mengambil langkah yang munasabah bagi mengelakkan perayu
daripada tercedera. Cikgu Hau Kan Yong juga tidak menyemak
keadaan peralatan berkebun ataupun menyediakan sistem
keselamatan dalam mengendalikan kelas pertanian sebelum
menjalankan aktiviti berkebun.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 guru dan tugas berhati-hati

3 Bagaimanakah membantu guru dalam melindungi


diri mereka daripada implikasi undang-undang?

Program berkaitan literasi undang-undang bagi pemantapan


profesionalisme PPP yang dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan
Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu
usaha proaktif untuk melindungi PPP daripada implikasi undang-
undang semasa menjalankan tugas. Apabila PPP mempunyai
pengetahuan undang-undang dan memahami hubungan di antara
tugas, pemecahan tugas dan implikasi yang mungkin akan berlaku,
secara langsung PPP akan dapat melindungi diri daripada tindakan
undang-undang.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 guru dan tugas berhati-hati

4 Guru telah memberi amaran kepada murid tentang


kemungkinan bahaya. Sejauh mana peranan dan
tanggungjawab guru untuk berbuat demikian?
Adakah undang-undang menetapkan kewajipan
guru sehingga tahap pasti bahawa bahaya tidak
berlaku?

Peranan dan tanggungjawab guru untuk memberi amaran kepada


murid tentang kemungkinan bahaya adalah terhad setakat mana
guru boleh menjangkakan atau meramal bahaya tersebut mungkin
akan berlaku.

Guru perlu meletakkan diri mereka dalam kedudukan seorang


yang munasabah. Terdapat empat perkara yang boleh dilihat dalam
menentukan sama ada guru adalah seorang yang munasabah
ataupun tidak, iaitu orang yang munasabah bukan bermaksud
orang yang sempurna. Orang yang munasabah juga bukan model
terbaik individu atau orang yang lengkap dan sempurna dari segala
segi dan perlakuannya. Sebaliknya orang yang munasabah adalah
dalam kalangan orang yang mengambil langkah berhati-hati yang
munasabah untuk mengelakkan perbuatan yang boleh dijangkakan
berlaku terhadap murid-murid.

Berdasarkan konsep tersebut, undang-undang tidak meletakkan


tanggungjawab yang ketat ke atas guru untuk memastikan tidak ada
kecederaan yang berlaku terhadap murid-murid. Jika undang-undang
menetapkan sedemikian, ia akan mendatangkan ketidakadilan
kepada PPP.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 guru dan tugas berhati-hati

5 Adakah tahap pemantauan yang perlu diberikan


oleh guru bergantung kepada umur dan aktiviti
murid?

Guru perlu memastikan tahap pemantauan yang diberikan kepada


murid-murid semasa di sekolah adalah bergantung kepada umur
murid dan aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid pada ketika
itu. Sekiranya murid sedang melakukan aktiviti menggunakan
peralatan sukan atau alat pembelajaran yang merbahaya, maka
tahap pemantauan haruslah lebih tinggi berbanding dengan aktiviti
murid yang sedang belajar di dalam bilik darjah. Prinsip tersebut
telah dirujuk dan diputuskan dalam kes Mohamad Raihan b. Ibrahim
& Anor v Kerajaan Malaysia dan lain-lain [1982]. Undang-undang
adalah jelas bahawa guru sekolah mempunyai tugas untuk memantau
murid-murid semasa berada di premis sekolah termasuk di bilik
darjah dan taman permainan. Tahap pemantauan yang diperlukan
bergantung pada keadaan kes seperti umur murid dan aktiviti yang
sedang dilakukan pada masa kejadian.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11 guru dan tugas berhati-hati

6 Adakah terdapat tempoh had masa pemantauan


murid yang perlu dilakukan oleh guru bagi
mengelakkan murid daripada terlibat dalam bahaya?

Tugas guru memantau murid adalah terhad semasa murid berada di


dalam kawasan sekolah iaitu ketika waktu persekolahan. Tugas guru
sebagai in loco parentis berakhir apabila tamat waktu persekolahan
kerana tugas sebagai penjaga murid berpindah kepada ibu bapa. Kes
Mohamad Raihan b. Ibrahim & Anor v Kerajaan Malaysia dan lain-
lain [1982] – Cikgu Hau. Undang-undang jelas bahawa guru sekolah
mempunyai tugas untuk memantau murid-murid semasa berada di
premis sekolah termasuk di bilik darjah dan taman permainan. Tahap
pemantauan yang diperlukan bergantung pada keadaan kes seperti
umur murid dan aktiviti yang sedang dilakukan pada masa kejadian.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12 guru dan tugas berhati-hati

7 Adakah wajar meletakkan tanggungjawab kepada


guru pada setiap masa dalam memastikan murid-
murid tidak cedera semasa berada di kawasan
sekolah? Perlukah peraturan yang ketat?

Penting untuk difahami bahawa undang-undang tidak meletakkan


beban yang sangat ketat di bahu guru dalam menjaga keselamatan
murid-murid di sekolah. Sekolah bukanlah zon perang yang perlu
dijaga dan dikawal secara ketat. Prinsip undang-undang jelas
menyatakan peranan guru tersebut adalah seumpama seorang bapa
dalam keluarga yang besar.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13 guru dan tugas berhati-hati

GLOSARI
Literasi – kebolehan menulis dan membaca, celik huruf.

Frasa – kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu


klausa.

Remedi – cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan


dipampasi.

Prosiding – sebarang tindakan mahkamah yang diambil terhadap


seseorang.

Item – barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan.

Medium – bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi


menghasilkan sesuatu kesan.

Mutlak – tidak terbatas (hak, kuasa dan lain-lain).

Faktual – berdasarkan kenyataan.

Plaintif – pihak yang mendakwa.

Defendan – orang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam


mahkamah undang-undang.

Tort – salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang


boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.

Prosedur – cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau
cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara.

Relevan – ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan.

Rentan – mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit.

* Rujukan: Kamus Online DBP - PRPM Kamus Dewan Edisi Keempat (https://prpm.dbp.gov.my/)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Akta Kanak-kanak
2001 merupakan
undang-undang yang
memperuntukkan
tentang pemeliharaan,
perlindungan dan
pemulihan kanak-kanak.

Mengenai
Kanak-kanak
di sisi
perundangan
literasi undang-undang
kementerian pendidikan malaysia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

1 Undang-undang telah mentakrifkan kanak-kanak,


melalui Akta Kanak-kanak 2001. Bolehkah jelaskan
secara ringkas apakah hak mereka?

Akta Kanak-kanak 2001 berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002.


Umumnya, Akta Kanak-kanak 2001 merupakan undang-undang
yang memperuntukkan tentang pemeliharaan, perlindungan dan
pemulihan kanak-kanak.

2 Mengapa kita perlu


tahu dan memahami
takrifan kanak-
kanak ini?

Kanak-kanak adalah
salah satu daripada
kumpulan w di negara
kita. Mereka disifatkan
sebagai tidak matang dari
segi mental, fizikal
dan emosi serta memerlukan perlindungan dan bantuan khas
daripada orang dewasa. Oleh itu, undang-undang memberikan hak
dan keistimewaan kepada kanak-kanak agar kepentingan dan hak
mereka sentiasa terpelihara.

Adalah amat penting untuk kita mengetahui dan memahami takrifan


kanak-kanak ini.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

3 Siapa kanak-kanak di sisi undang-undang? Adakah


undang-undang melayan kanak-kanak berbanding
orang dewasa?

Berdasarkan seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak


ditafsirkan sebagai seseorang yang di bawah 18 tahun dan jika
berkaitan dengan prosiding jenayah, ia bermaksud seseorang
yang sudah mencapai umur tanggungjawab jenayah seperti yang
ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Takrifan ini juga menunjukkan layanan undang-undang kepada


kanak-kanak adalah berbeza berbanding layanan yang diberikan
kepada orang dewasa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

4 Apakah keistimewaan atau perlindungan yang


diberikan oleh undang-undang kepada kanak-kanak?

Terdapat banyak keistimewaan atau perlindungan yang diberikan


oleh undang-undang kepada kanak-kanak. Antara keistimewaan yang
diberikan adalah dari segi tanggungan jenayah, proses tangkapan
dan perbicaraan dan perlindungan daripada liputan media.

Undang-undang juga menyediakan mekanisme perlindungan bagi


kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan penjagaan seperti
kanak-kanak yang didera atau terdedah kepada kesan penganiayaan
fizikal atau seksual.

5 Apakah imuniti kanak-kanak dari tanggungan


jenayah?

Pada tahap umur tertentu, kanak-kanak dianggap tidak berkeupayaan


melakukan kesalahan jenayah. Jika mereka melakukan apa-apa
kesalahan jenayah, kanak-kanak tidak boleh didakwa di mahkamah.
Ini diperuntukkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan yang
menetapkan tidak menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan
oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun. Ini
bermaksud kanak-kanak berumur kurang daripada 10 tahun tidak
memiliki tanggungjawab jenayah.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

6 Adakah imuniti lain diberikan kepada kanak-kanak


dari sudut perundangan?

Antara contoh imuniti undang-undang yang diberikan kepada kanak-


kanak diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950.

Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 menyatakan :

Anggapan bahawa budak lelaki yang berumur di bawah 13 tahun


tak berupaya melakukan rogol.

Maka hendaklah menjadi suatu anggapan undang-undang yang tak


boleh dipatah bahawa seseorang kanak-kanak lelaki yang berumur
di bawah tiga belas tahun tak berupaya melakukan rogol.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

7 Apakah perundangan yang melindungi kanak-kanak


berkaitan kesalahan-kesalahan seksual oleh orang
dewasa?

Dalam konteks kesalahan-kesalahan berkaitan seksual oleh orang


dewasa yang dilakukan terhadap kanak-kanak, terdapat beberapa
peruntukan undang-undang yang sangat tegas.

Ketegasan undang-undang dilihat dari sudut skop keluasan


kesalahan, hukuman yang diperuntukkan, cara pembuktian dan
elemen hubungan amanah yang menjadi faktor kepada hukuman
tambahan sekiranya tertuduh disabitkan dengan kesalahan tersebut.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

8 Adakah kanak-kanak
berwibawa menjadi saksi dan
memberikan keterangan di
mahkamah? Mengapa?

Umumnya, seseorang kanak-kanak


yang menjadi saksi di mahkamah perlu
diuji keupayaannya sebelum memberi
keterangan. Kanak-kanak akan dinilai
tentang keupayaan untuk bercakap benar
dan kemampuan untuk membezakan
antara perkara benar dan salah.
Kanak-kanak akan
Namun begitu, seksyen 17 Akta dinilai tentang
Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap keupayaan
Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan untuk bercakap
benar dan
kanak-kanak yang menjadi mangsa
kemampuan untuk
gangguan seksual dianggap berupaya
membezakan
menjadi saksi. Ini bermaksud kanak-kanak antara perkara
tersebut menjadi saksi berwibawa dan benar dan salah.
layak memberi keterangan di mahkamah.

Selain itu, keterangan kanak-kanak


yang menjadi mangsa juga boleh
digunakan oleh mahkamah sebagai asas
mensabitkan tertuduh walaupun tiada
keterangan sokongan yang lain.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 mengenai kanak-kanak di sisi perundangan

GLOSARI
Literasi – kebolehan menulis dan membaca, celik huruf.

Frasa – kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu


klausa.

Remedi – cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan


dipampasi.

Prosiding – sebarang tindakan mahkamah yang diambil terhadap


seseorang.

Item – barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan.

Medium – bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi


menghasilkan sesuatu kesan.

Mutlak – tidak terbatas (hak, kuasa dan lain-lain).

Faktual – berdasarkan kenyataan.

Plaintif – pihak yang mendakwa.

Defendan – orang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam


mahkamah undang-undang.

Tort – salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang


boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.

Prosedur – cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau
cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara.

Relevan – ada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan.

Rentan – mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit.

* Rujukan: Kamus Online DBP - PRPM Kamus Dewan Edisi Keempat (https://prpm.dbp.gov.my/)

Anda mungkin juga menyukai