Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PEMANTAPAN KEPIMPINAN PELAJAR (PENGAWAS, MPP , PRS, KETUA KELAS 2012) ANJURAN UBK DENGAN

KEERJASAMA UNIT DISIPLIN, UNIT MPP & PENYELARAS TINGKATAN SMK. NARINANG, KOTA BELUD Tema: Kepimpinan Terarah Menjana Keutuhan Modal Insan

1.0

PENGENALAN Program Pemantapan Kepimpinan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk para pelajar membina asas-asas kepimpinan dan menyedari tanggungjawab serta peranan diri. Ianya juga dapat mewujudkan kumpulan pelajar yang bermotivasi tinggi, berpandangan jauh, berkeyakinan, mempunyai daya juang dan tahan yang tinggi serta berupaya memupuk semangat juang dan kerjasama berkumpulan yang tinggi. Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan persediaan yang berguna kepada kumpulan para pengawas, MPP, PRS dan ketua kelas tentang peranan dan tanggungjawab terhadap diri dan sekolah. 2.0 MATLAMAT

Menyediakan diri pelajar yang berkebolehan, mempunyai keyakinan diri dan berkebolehan dalam memimpin diri, rakan sebaya dan sekolah serta berdisiplin dan cemerlang dari segi akademik, sahsiah, mental dan rohani yang kuat, teguh dan tahan menghadapi cabaraan dan dugaan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang serta menjadi warganegara yang baik pada masa akan datang.

3.0

OBJEKTIF i) Menyediakan diri pelajar yang sedar akan tanggungjawab dan peranan diri. ii) Membentuk daya tahan, berkeyakinan dan motivasi diri yang tinggi iii) Membentuk pengawas, MPP, PRS dan ketua kelas yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang. iv) Memperbaiki dan menyedari kelemahan diri secara berterusan. v) Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental para pelajar terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran kepimpinan mereka.. vi) Melengkapkan diri dengan pelbagai strategi memimpin dan dipimpin yang berkesan. vii) Memupuk semangat kerjasama berkumpulan yang mantap.

4.0

TARIKH 24 -26/2/2012 ( JUMAAT AHAD ) TEMPAT Berkhemah di kawasan Homestay Melangkap, Kota Belud KUMPULAN SASAR Pengawas sekolah Pembimbing Rakan Sebaya MPP Ketua Kelas ( 3, 4,5,6 ) 60 orang 40 orang 23 orang 27 orang

5.0

6.0

Pembantu Jumlah

10 orang 160 orang

7.0 TEMPOH MASA 3 hari 2 malam

8.0

AKTIVITI KEMPEN 5 MINIT SEMASA PERHIMPUNAN MELUKIS POSTER MELUKIS BANNER PERTANDINGAN KATA-KATA HIKMAT

9.0

TENTATIF PROGRAM

Lihat Lampiran A 10.0 PERBELANJAAN

Lihat Lampiran B. 10.0 AJK PELAKSANA Lihat Lampiran C. 11.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

12.0

RUMUSAN

Diharapkan melalui Program Pemantapan Kepimpinan Pelajar ini akan dapat melahirkan kumpulan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, tahan fizikal, mental dan mempunyai ketanggungjawaban serta berfikiran positif dalam semua tindak-tanduknya. Disamping itu boleh mengaplikasi kan segala pengalaman semasa kem ketika menjalankan tugas sebagai pengawas, PRS, MPP, ketua kelas dan seterusnya membantu merealisasikan slogan SMK Narinang NO. 1.

Disediakan,

(JOSEPHA ZADAH BT LIPON) Pengarah Program, Ketua Guru kaunseling, SMK Narinang, Kota Belud. 10 FEB 2012

Anda mungkin juga menyukai