Anda di halaman 1dari 2

1.

Istilah sejarah boleh dikaitkan dengan perkataan bahasa Melayu,bahasa Arab


dan bahasa Inggeris
a. Apakah perkataan yang boleh dikaitkan dengan istilah sejarah berdasarkan
bahasa berikut

i. Arab : syajaratun(pokok)

ii. Inggeris : history (cerita tentang seseorang)

b. Nyatakan 3 sejarawan tersohor yang memberi pandangan tentang definisi


sejarah berdasarkan aspek berikut

i. Sejarah merupakan tindakan manusia

Herodotus

ii. Sejarah ialah catatan sesuatu peristiwa

Muhd Yusof Ibrahim

iii. Sejarah ialah interaksi antara sejarawan dengan fakta

E.H.Carr

c. Ibn Khaldun telah melahirkan karya Muqaddimah yang mengupas


kehidupan manusia sejak zaman primitif hingga kehidupan di
bandar.Apakah 3 perkara yang disebut oleh Ibn Khaldun dalam
mendefinisikan sejarah?

Tiga perkara yang disebut oleh Ibnu Khaldun dalam mendefinikan sejarah
ialah membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat.

d. Apakah manfaat kepada seseorang yang mempelajari ilmu Sejarah?

Seseorang yang mempelajari ilmu sejarah dapat menjadikan sesuatu


peristiwa sejarah itu sebagai pengajaran serta dapat menghargai
perjuangan untuk memperolehi kemerdekaaan negara.

2. Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku.


a) Jelaskan konsep masa berikut:

i. Alaf : 1000 tahun

ii. Abad : 100 tahun

iii. Dekad :10 tahun

b) Senaraikan 3 contoh ruang masa dalam konteks sejarah Malaysia

sebelum mencapai kemerdekaan.

i. Penjajahan British

ii. Pendudukan Jepun di tanah Melayu (Perang dunia kedua)

iii. Majlis menandatangani perjanjian kemerdekaan

a) Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan. Bagaimana


anda memanfaatkan nilai kebebasan yang diperoleh oleh pemimpin dan pejuang
negara terdahulu dalam mencapai kemerdekaan?

Saya dapat memanfaatkan nilai kebebasan yang diperoleh adalah menjadi


warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara, serta akan menjaga
keamanan negara.

Anda mungkin juga menyukai