Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTIS DAN SINDROM DOWN

SK SULAIMAN
( NIZA DAN DZARI)

Tarikh: 25 Mac 2021


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Sulaiman

CUE ANN CHECK


Diumumkan ketibaan Tuan Guru Besar SK Sulaiman, Tuan Haji Ismai
bin Haji Bakar diiringi oleh barisan guru penolong kanan
1.
Ketibaan
jemputan dan
ibu bapa ** Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Hadirin yang dihormati,


Senamrobik Acara majlis kita pada hari dimulakan dengan Aktiviti Senamrobik
sebagai simbolik kesihatan dan kecergasan badan membawa
kesejahteraan kepada minda yang sihat dan perasaan yang gembira.
Dijemput adik adik Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Kebangsaan
Sulaiman untuk mngetuai aktiviti ini. Marilah kita bersama-sama
merenggangkan kaki dan tangan untuk turut serta menjayakan
senamrobik ini. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada


adik adik ini. Dengan badan dan minda yang bertambah cergas dan
bertenaga dapat kita teruskan sambutan majlis ini hingga ke akhirnya.
Inshaallah.

3. Seterusnya, dijemput insan-insan teristimewa yang kita raikan


Anak-anak sempena Sambutan Hari Kesedaran Autisme dan Sindrom Down pada
Autisme hari ini. Pihak majlis mempersilakan

Loke Jun Mei (ds)


Lim Ri Sean (autism)
Kobir Andrea (autism

Begitulah tadi, serba sedikit pengenalan tentang insan-insan istimewa


yang diraikan pada hari ini. Begitu tersentuhnya hati dengan jati diri
dan keberanian mereka yang sentiasa melangkah ke hadapan dengan
sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi oleh guru-guru PPKI
dan ibu bapa.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
4. Doa dipohon penuh pengharapan,
Bacaan Doa Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Tuan Haji Junaidi
bin Mohamad, GPK Hal Ehwal Murid Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

5. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian Jong Jong Inai .


Persembahan Pihak majlis dengan berbesar hati menjemput adik-adik PPKI untuk
Semua Murid mempersembahkan tarian ini. Dipersilakan.
PPKI
******* TARIAN JONG JONG INAI**************

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar


tadi.
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik Pendidikan khas membuat
persembahan. Semoga sidang hadirin terhibur........
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera
YANG DIHORMATI
EN ZIHAN BIN MOHD ZAKI
GPK PENTADBIRAN DAN KURIKULUM

TUAN HAJI JUNAIDI BIN MOHAMAD


6. GPK HAL EHWAL MURID
Pembukaan /
Aluan EN.ALSHISAM BIN AHMAD
GPK KOKURIKULUM

PUAN NORJANAH BT SUFFIAN


GPK PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Seterusnya guru-guru Pendidikan Khas, guru-guru dan murid-murid


Pendidikan khas yang dikasihi sekalian.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta


limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Sambutan Hari Kesedaran Autisme dan Sindrom Down
Peringkat Sekolah bagi tahun 2021. Pihak sekolah mengalu-alukan
kedatangan barisan pentadbir, guru-guru, dan murid-murid
Pendidikan khas yang diraikan sekalian ke majlis pada hari ini. Setiap
tahun pada tanggal 2 April adalah tarikh keramat bagi sambutan Hari
Kesedaran Autisme Sedunia. Manakala 21 Mac pula adalah Sambutan
Hari Kesedaran Sindrom Down Sedunia. Warna bagi menunjukkan
kerbersamaan dan sokongan kepada program ini adalah warna biru
muda dan kuning. Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang memahami ciri istimewa anak-
anak autism dan sindromdown ini. Masih ada dalam kalangan anggota
masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme
kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal
seperti kanak-kanak biasa.Dengan terlaksananya program ini, di harap
semua warga Sekolah Kebaangsaan Sulaiman khususnya menzairkan
rasa empati yang tinggi terhadap anak anak autisme dan sindrom
down ini agar mereka boleh berjalan dan berlari seiring seperti kanak-
kanak lain di dunia ini.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
7. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan GPK
PPKI Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Norjanah binti Sufian selaku GPK Pendidikan Khas Intergrasi untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan GPK PPKI atas
ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
8.
Ucapan dan Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar
gimik ucapan perasmian daripada Yang Berusaha Tuan haji Ismail bin haji
Perasmian Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sulaiman seterusnya
Oleh GB menyempurnakan gimik perasmian . Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada


pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
Tuan haji Ismail bin haji Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Sulaiman menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

.
9. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan lagu “Oh Fatimah dan
Persembahan Itulah sayang” oleh murid Autisme dan sindrom down. Dipersilakan
Murid adik Loke Jum Mei, Shanmuganathan dan Sharan……

** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang amat


menghiburkan hati sebentar tadi
10. Sidang hadirin sekalian,    
GB serahkan
cendehati Seterusnya majlis penyampaian hadiah berupa Jambangan Bunga dan
kepada yang Coklat dari pihak sekolah kepada anak-anak Sindrom Down dan
diraikan Autisme yang diraikan

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan Puan


Norjanah, GPK PPKI menjemput dan mengiringi Tuan haji Ismail bin
haji Bakar untuk menyampaikan hadiah kepada anak-anak ini .
Dipersilakan.....
                                      (penyampaian hadiah)

Acara diteruskan lagi dengan pemotongan kek sempena sambutan


11. Potong Kek hari lahir bagi anak-anak sindrom down dan autism yang diraikan
serta murid-murid kelas PPKI yang lahir pada bulan Januari sehingga
Mac. Dijemput anak-anak ini dan barisan pentadbir Sekolah
Kebangsaan Sulaiman untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
acara ini. Dipersilakan.

********* LAGU HARI LAHIR DAN POTONG KEK***************

PIhak Majlis merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir buat semua.


Semoga anak-anak sentiasa diberi kesihatantubuh badan yang baik
dan terpelihara daripada sebarang perkara yang tidak baik. Terima
kasih kepada barisan pentadbir kearana sudi Bersama meraikan anak-
anak ini.

12.Cenderahati Hadirin yang dikasihi sekalian ;


Perasmi
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
                                      Adab Menghiasi Jambangan Jiwa;
                             Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
                                      Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
sekali lagi Puan Norjanah bt Sufian untuk menyampaikan cenderahati
sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan haji Ismail bin
haji Bakar, dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

12. Cop Tibalah kita kepada kemuncak acara sambutan Hari Kesedaran
sensori Sindrom Down dan Autisme peringkat sekolah pada tahun ini iaitu Cop
Sensori sebagai tanda simbolik kebersamaan kita mendukung,
menyokong dan mengasihi anak-anak Sindrom Down dan Autisme.
Untuk itu, dijemput Tuan Guru Besar untuk memulakan langkah dan
diikuti oleh barisan guru penolong kanan, guru-guru dan anak-anak
PPKI sekalian. Dipersilakan.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan


13. kepada semua barisan pentadbir, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis
Penutup & Sambutan Hari Kesedaran Sindrom Down dan Autisme peringkat
Jamuan sekolah 2021, guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya


daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang
kami pinta.

Barisan pentadbir dan guru-guru dipersilakan untuk menikmati


jamuan yang disediakan di Kelas PPKI.
Untuk makluman hadirin, selepas jamuan aktiviti tayangan video dan
mewarna akan diteruskan di Kelas PPKI.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai