Anda di halaman 1dari 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/367519737

Meningkatkan Kemahiran Pemfaktoran Ungkapan Algebra Menggunakan


“CM Kit” Bagi Pelajar Tingkatan 2

Conference Paper · January 2023

CITATIONS READS

0 2,781

3 authors, including:

Zamri Rajab
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
26 PUBLICATIONS 28 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Nilai shahid al-Quran dalam kitab Tashil Nayl al-Amani karangan Sheikh Ahmad al-Fatani View project

All content following this page was uploaded by Zamri Rajab on 29 January 2023.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMFAKTORAN UNGKAPAN


ALGEBRA MENGGUNAKAN “CM KIT” BAGI PELAJAR
TINGKATAN 2

Maizatul Fathiyyah Binti Dellah1 (g-24386082@moe-dl.edu.my)


Norisin Bin Mohamad, Ph.D2 (norisin@ipgmksm.edu.my)
Zamri Bin Rajab, Ph.D2 (zamri@ipgm.edu.my)

1Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, Hulu Terengganu


2Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

ABSTRAK

Ungkapan Algebra merupakan salah satu konsep asas matematik yang utama dalam
pembelajaran Matematik Tingkatan 2. Dalam kelas saya, didapati bahawa terdapat 15
orang murid yang mengalami masalah dalam topik Ungkapan Algebra. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan intervensi CM Kit dalam
meningkatkan kemahiran murid dalam pemfaktoran ungkapan algebra. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi,
perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai
konsep pemfaktoran ungkapan algebra, , keliru dengan nilai positif dan negatif , tiada
keyakinan diri dan guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada semua murid.
Selepas intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara
dalam memahami dan menguasai kemahiran dan menulis nombor bulat dalam angka dan
perkataan. Penggunaan CM Kit berjaya mengukuhkan kemahiran asas, meningkatkan
minat dan keyakinan murid. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah
dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra.
Oleh yang demikian saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid
yang akan datang.

Kata Kunci: Matematik, Pemfaktoran Ungkapan Algebra

PENGENALAN

SMK Ajil merupakan sebuah sekolah yang berada di Daerah Hulu Terengganu. Tahap
pencapaian Matematik di sekolah ini berada dalam tahap memuaskan. Subjek Matematik
juga dianggap sebagai satu mata pelajaran yang mencabar dan ini telah menyebabkan para
pelajar mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan. Oleh itu, guru perlulah

532
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM
memikirkan kaedah yang kreatif bagi meningkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam
Matematik.

Saya sebagai seorang guru Matematik ingin memperbaiki cara yang sesuai untuk
meningkatkan kebolehan para pelajar dalam menjawab soalan Matematik, terutamanya
dalam topik Ungkapan Algebra bagi pelajar 2 Ar-Rahim kerana mereka tidak dapat
menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra semasa Pentaksiran Pertengahan
Tahun 2022. Sebagai guru yang bertanggungjawab saya perlu memikirkan kaedah yang
terbaik agar para pelajar saya dapat menjawab soalan berbentuk pemfaktoran pada masa
akan datang dan menggunakan pengetahuan untuk menjawab soalan pendaraban dan
pembahagian ungkapan algebra.

Permasalahan dan Isu

Dalam mendepani kehidupan yang penuh cabaran, saya sebagai guru ingin meningkatkan
penguasaan anak murid saya dalam mata pelajaran Matematik. Saya telah mendapati ada
pelajar yang tidak dapat melaksanakan tugasan pemfaktoran ungkapan algebra dengan
baik, kerana mereka gagal untuk memilih nombor dan tanda positif dan negatif semasa
menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan kuadratik bagi tiga sebutan. Pengetahuan ini
mesti dikuasai oleh pelajar supaya mereka boleh menggunakannya dalam menjawab
soalan.

Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati pelajar bermotivasi untuk mempelajari


Matematik. Sikap mereka juga sentiasa positif. Namun, mereka tidak dapat mengingati
proses menyelesaikan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan kaedah pendaraban
silang. Semasa peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan baru-baru ini saya telah
mendapati pelajar tidak dapat menjawab soalan pemfaktoran ungkapan algebra
menggunakan kaedah pendaraban silang. Semasa pembelajaran dalam kelas mereka
berjaya melaksanakan soalan tersebut, namun mereka tidak berjaya menjawabnya semasa
peperiksaan. Oleh itu, saya ingin mengambil tindakan sewajarnya agar situasi ini tidak
berulang.

TINJAUAN LITERATUR

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Matematik

Pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan akan berlaku sekiranya guru
berjaya membuat murid memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang nyata
(Skarky 2020), iaitu dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar
boleh membantu murid memahami pembelajaran dengan lebih mudah (Ririn et al. 2018).
Penggunaan bahan bantu mengajar akan merangsang pemikiran dan menambah baik
persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah di mana penggunaan bahan tersebut akan
533
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM
menggantikan persekitaran bilik darjah yang monotonus. Dalam situasi sedemikian, murid
akan dilatih untuk mengembangkan dan meningkatkan kefahaman kendiri dalam bidang
yang dipelajari dan mereka akan lebih berjaya dalam persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan (Ririn et.al 2018). (Rahayu Ab Rahman, 2021)

Pemasalahan Isu berkaitan Ungkapan Algebra

Reese (2007) ada menyatakan hal yang sama dalam kajiannya iaitu masalah dalam
pembelajaran algebra sering dialami oleh pelajar sama ada di peringkat rendah
mahupun tinggi. Manakala kesilapan atau miskonsepsi yang sering dilakukan dalam
menyelesaikan algebra pula adalah hampir sama di setiap peringkat umur (Lerch, 2002).
Jika diteliti dengan lebih mendalam, dapat dilihat masalah ini terjadi kerana
penguasaan pelajar terhadap kemahiran pengembangan ungkapan algebra itu sendiri
sangat lemah terutamanya yang melibatkan penolakan sebutan yang mempunyai tanda
negatif.

Selain itu, pelajar menganggap kaedah darab ke dalam dua kurungan agak sukar untuk
dikuasai kerana pelajar lemah dalam kemahiran mendarab dan sering keliru untuk
membuat proses mendarab khususnya yang melibatkan dua kurungan dan proses
penambahan atau penolakan yang melibatkan tanda negatif (Rusita & Effandi, 2016).
Kebiasaannya pelajar sering berpendapat bahawa ungkapan algebra bukan sahaja sukar
malah ia juga merupakan satu topik yang tidak menarik serta membosankan. Ini kerana
kebanyakan konsep bagi ungkapan algebra banyak melibatkan konsep yang abstrak.

Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang bersifat tradisional tidak lagi sesuai
digunakan dalam pembelajaran Matematik pada abad ke-21 ini. Untuk menyelesaikan
masalah ini guru perlu bersifat lebih kreatif dan inovatif dalam menambah baik kaedah
pengajaran dengan menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) atau bahan manipulatif
yang sesuai. Seperti ditegaskan oleh Smaldino, Lowther, dan Mims (2018) bahawa
bahan manipulatif adalah seperti objek yang boleh dilihat yang dikendalikan dalam sesi
pembelajaran. Seiring dengan pembelajaran abad ke-21, kaedah pengajaran seperti kaedah
visualisasi banyak dilaksanakan menggunakan bahan-bahan pengajaran manipulatif.

Kajian yang dilaksanakan oleh Garderen (2006) ada mengatakan bahawa pembelajaran
menggunakan visualisasi adalah merujuk kepada keupayaan kognitif pelajar dengan
menggambarkan secara mental tentang proses dalam soalan dengan menggunakan imej
visual yang wujud dalam bentuk model, gambar rajah atau sebarang bentuk konkrit.
Menurut kajian Kribbs dan Rogowsky (2016) pula menghujahkan bahawa pelajar
mampu meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah atau sebarang soalan
Matematik dengan hanya menggunakan kaedah visualisasi.

534
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM

METODOLOGI

Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu:
pemerhatian (isu), refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi
semula. Kajian ini melibatkan urutan langkah berikut:

1. Mengenalpasti isu
2. Membuat pemerhatian (I)
3. Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I)
4. Membuat perancangan iii. Intervensi: Menggunakan CM kit
iv. Indikator /petunjuk kejayaan intervensi:
- Penilaian prestasi melalui kerja rumah dan buku latihan (soalan topical)
- Kurang kesilapan dan markah ujian sekurang-kurangnya 40% dan lulus.
5. Melaksanakan tindakan
- Dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut selama 5 waktu mengajar.
6. Membuat pemerhatian semula (II)
7. Membuat refleksi semula (II)

Responden terdiri daripada 10 orang murid Tingkatan 2 Ar-Rahim yang mendapat markah
bawah 50 % semasa Pentaksiran Pertengahan Tahun 2022.

DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian
1. Murid menghadapi masalah untuk memilih hasil pendaraban yang sesuai
berdasarkan kaedah cuba jaya.
2. Murid menghadapi masalah untuk memilih tanda positif dan negatif.
3. Murid menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan pemfaktoran melibatkan
kaedah pendaraban silang.
4. Murid tidak menjawab dengan baik soalan pentaksiran pertengahan tahun
berkaitan pemfaktoran kaedah menggunakan pendaraban silang.

535
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM

Jadual 1: Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri

INKUIRI KENDIRI REFLEKSI

Apakah latar belakang murid ini? Murid – murid ini terdiri daripada murid yang
mempunyai tahap pencapaian yang agak lemah
dalam subjek Matematik

Apakah tahap kebolehan asas yang Murid perlu menguasai pengetahuan asas
perlu murid kuasai sebelum mengenai pendaraban nombor positif dan negatif
mempelajari kemahiran
pemfaktoran ungkapan algebra?

Mengapa murid kurang mahir dan Murid tidak menguasai kemahiran mengenal
tidak dapat selesaikan soalan itu? ungkapan algebra.
Murid kurang penekanan dan pemahaman jelas
kemahiran asas Matematik dalam nombor positif
dan negatif

Mengapa murid alami masalah untuk Murid keliru untuk memilih hasil pendaraban di
memilih hasil pendaraban yang mana pelajar untuk memilih (1 x 9) dan (3 x 3)
betul?

Mengapa murid kurang bermotivasi Murid mengalami masalah dalam pembelajaran


untuk belajar? melibatkan pemboleh ubah.

PEMERHATIAN SEMASA INTEVENSI DILAKUKAN

Murid dilihat lebih memahami cara untuk menyelesaikan pemfaktoran ungkapan algebra
menggunakan kaedah pendaraban silang dengan menggunakan “CM kit”. Objektif tercapai
kerana saya dapat melihat kemampuan murid menggunakan cara memilih hasil pendaraban
yang sesuai berdasarkan kaedah cuba jaya serta tanda positif dan negatif. Murid telah
berupaya untuk menjawab soalan pemfaktoran menggunakan kaedah pendaraban silang
dengan yakin dan betul.

REFLEKSI SELEPAS PEMERHATIAN TERHADAP INTEVENSI


Saya mendapati setelah murid menggunakan “CM Kit” kit ini telah meningkatkan
keupayaan murid untuk menjawab soalan pemfaktoran menggunakan kaedah pendaraban
silang. Saya juga dapat melihat kemampuan murid menggunakan cara memilih hasil
pendaraban yang sesuai berdasarkan kaedah cuba jaya serta tanda positif dan negatif. Saya

536
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM
mendapati motivasi pelajar meningkat setelah berupaya menggunakan “CM Kit” semasa
belajar di dalam kelas. Saya juga mendapati para pelajar seronok kerana mereka boleh
menyelesaikan tugasan dengan mudah setelah menggunakan “CM Kit”.

Gambar/Rajah 1 : Pemerhatian Program intevensi menggunakan “CM Kit”

Temu bual Bersama murid-murid

“Saya dapati setelah menggunakan CM kit, saya dapati saya mudah untuk
menjawab soalan pemfaktoran ungkapan algebra kerana saya dapat memilih
tanda positif dan negatif dan hasil darab yang sesuai.”
(Marsya Damia)

“Penggunaan bahan CM kit ini memudahkan saya untuk menyelesaikan


pemfaktoran ungkapan algebra, kerana sebelum ini saya keliru dan tidak
dapat menyelesaikan soalan pemfaktoran dengan tepat”
(Muhammad Zarif)

537
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM

Rajah/Rajah 2: Program intervensi menggunakan “CM Kit

Rajah 3 : Hasil tugasan pelajar selepas intervensi

538
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM
PERBINCANGAN

Saya dapati bahawa penggunaan CM Kit membolehkan murid menguasai kemahiran


memilih hasil pendaraban yang sesuai berdasarkan kaedah cuba jaya serta tanda positif dan
negatif. Perkara ini adalah selari dengan kajian Skarky (2020) yang menyatakan bahawa
pembelajaran matematik yang berkesan boleh berlaku dengan menggunakan bahan yang
nyata. CM Kit yang saya hasilkan ini adalah untuk membantu menarik minat murid
terhadap matematik dan meningkatkan kemahiran memilih hasil pendaraban yang sesuai
berdasarkan kaedah cuba jaya serta tanda positif dan negatif. Dalam situasi bilik darjah
sedemikian, pembelajaran adalah lebih menyeronokkan (Ririn et. al. 2018) dan akan
meningkatkan kefahaman dalam bidang yang dipelajari. Aktiviti melalui CM Kit ini juga
dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid apabila mereka sendiri yang
menyelesaikan pemfaktoran algebra secara individu atau berkumpulan yang lebih
menyeronokkan dan mencabar.

Dapatan ini adalah selari dengan kajian Adamson & Lewis (2017) yang menyatakan
bahawa penggunaan alat bantu mengajar akan menyebabkan murid terlibat secara aktif
semasa pembelajaran berlangsung. Saya juga mengamalkan pelaksanaan langkah-langkah
intervensi konsep pengajaran dari mudah ke sukar. Murid-murid didedahkan dengan
kemahiran sesuai berdasarkan kaedah cuba jaya serta mengenal tanda positif dan negatif.
Dengan ini, murid lebih faham dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan kefahaman
dan ingatan bagi kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra. Murid-murid Tingkatan 2 Ar-
Rahim ini memerlukan sesuatu bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat mereka
untuk terus menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat mereka malah dapat meningkatkan
penguasaan dalam kemahiran pemfaktoran algebra dengan baik. Sepanjang tempoh
pelaksanaan kajian tindakan, murid menunjukkan minat dalam menggunakan CM Kit yang
diperkenalkan kepada mereka.

Penerapan peneguhan positif seperti pujian dan kata-kata galakan membantu saya
meyakinkan murid untuk menyempurnakan lembaran kerja. Melalui cara ini, murid lebih
fokus dan cuba menyempurnakan lembaran kerja sebaik mungkin. Pengalaman
menghasilkan sendiri CM Kit merupakan perkara paling berharga bagi saya. Melalui
pendekatan ini, murid-murid menunjukkan perubahan positif terutamanya semasa sesi
PdPc. Aktiviti ini telah membantu murid saya meningkatkan keupayaan murid untuk
menjawab soalan pemfaktoran menggunakan kaedah pendaraban silang. Dapatan ini
adalah seiring dengan hasrat dalam kurikulum KKSR yang berfokuskan kepada
penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan
konsep, prinsip, dan proses matematik yang dipelajari (BPK 2017). Berdasarkan kepada
kajian tindakan yang telah dilaksanakan, saya mendapati sikap murid-murid terhadap
matematik pada peringkat awal telah berubah berbanding sebelumnya. Prestasi yang
memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan saya. Murid-
murid berupaya meningkatkan keupayaan untuk menjawab soalan pemfaktoran
menggunakan kaedah pendaraban silang dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah
539
Prosiding Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi PdPc 2023
Anjuran Bersama: JPN Terengganu & IPG Kampus Sultan Mizan
e ISBN: 978-967-2432-27-2 ©JPNT & IPGKSM
mahir dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pemfaktoran menggunakan kaedah
pendaraban silang Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran
matematik dari mudah ke sukar. Penilaian dibuat selepas pelaksanaan CM Kit didapati
kebanyakan murid telah menunjukkan peningkatan pemahaman bagi menjawab soalan
pemfaktoran menggunakan kaedah pendaraban silang dengan betul. Ini adalah sebab,
murid yang berjaya dalam matematik adalah murid yang memahami bahasa matematik
serta mampu memanipulasi dan mengaplikasikan makna matematik dalam bentuk simbol,
imej dan perkara. (Rotman 2000).

RUMUSAN

Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran matematik akan lebih bermakna
sekiranya kita sebagai guru berjaya menarik minat dan keyakinan mereka mempelajari
matematik dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu lebih kreatif
menjayakan PdPc mengikut keperluan murid dan sentiasa mencari jalan penyelesaian
untuk menjadikan mereka meminati pembelajaran matematik bagi memenuhi aspirasi
murid dalam PPPM 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir dan berpengetahuan.

Saya akan terus mendapatkan kaedah yang bersesuaian dengan topik yang diajar dan
meningkatkan tahap profesionalisme saya dengan mencari bahan yang boleh menimbulkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dalam bilik darjah secara bersemuka. Kajian
Tindakan menggunakan “CM Kit” yang dijalankan ini telah sedikit sebanyak dapat
membantu murid-murid menyelesaikan soalan pemfaktoran menggunakan kaedah
pendaraban silang. Di mana para pelajar dapat memilih hasil pendaraban yang sesuai
berdasarkan kaedah cuba jaya serta tanda positif dan negatif

RUJUKAN

Bahariah Baharam et al. (2017). Pemfaktoran dan Pecahan Algebra. Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Matematik Tingkatan 2. (pp. 35-38). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Janet Jahudin dan Nyet Moi Siew. (2021). Kesan kaedah Model Bar Terhadap Kemahiran Berfikir
Algebra Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah Algebra. Universiti Malaysia Sabah.
Marliana Binti Ali dan Nurul Hafiza Binti Abdul Aziz. (2015). Tahap Kefahaman Dalam Tajuk
Ungkapan Algebra Pelajar Tingkatan 2. Universiti Teknologi Malaysia.
Noor Azimah Binti Abdul Ghani. (2019). Pembangunan Set Lengkap ASK (Algebra Story Kit)
membantu PdP Dalam Matematik. Politeknik Tuanku Sultan Bahiyah.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Penerbitan
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rahayu Binti Ab Rahman. (2021. Kemahiran Menulis Nombor Bulat Dalam Angka dan Perkataan
dalam kalangan murid Tahun 5. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
KPM.
Zaida Bin Sangit. (2007). Kesilapan Ungkapan Algebra di kalangan pelajar Tingkatan 4. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

540

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai