Anda di halaman 1dari 204

PROSIDING

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
(SPTMTE 2011)

 Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak


Cetakan 2011

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Ketua Jabatan Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri,
Sarawak.

ISBN 978-967-0162-05-8

Reka Bentuk Kulit: Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Rusdi Bin Rabi

Diatur Huruf : Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Rusdi Bin Rabi

Dicetak oleh ________________., Miri, Sarawak, Malaysia

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam
98009 Miri
Sarawak
Malaysia
Tel: 085-421201
Faks:085-43417

1
PRAKATA

Salam Sejahtera

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah),
PISMP bertujuan melahirkan guru am sekolah rendah dalam bidang Matematik Pendidikan
Rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan
keterampilan profesionalisme. Program ini cuba menghasilkan pelajar yang berupaya untuk
merangkakan dan menjalankan penyelidikan untuk penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran.

Maka, kursus MTE3113 Penyelidikan Tindakan I dan MTE3115 Penyelidikan Tindakan II


telah ditawarkan dalam program ini pada pengajian tahun 4. Kursus ini memberi
pengetahuan tentang pelbagai kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan asas penyelidikan.
Ia juga meneroka cara-cara memperolehi kemahiran merancang dan melaksana satu kajian
tindakan, menganalisis dan menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi
hasil penyelidikan tindakan dalam bentuk laporan atau kertas kerja kajian. Kursus ini juga
memberikan peluang kepada pelajar mengorganisasikan satu seminar penyelidikan tindakan
dan membentangkan kertas penyelidikan tindakan dalam seminar itu.

Prosiding SPTMTE 2011 diterbitkan sempena Seminar Penyelidikan Tindakan oleh


kumpulan pelajar Ambilan Januari 2008 yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak, Miri pada 14-15 September 2011. Dengan usaha gigih ahli jawatankuasa, prosiding
ini dapat disiapkan dengan jayanya dan merupakan prosiding kedua yang dikeluarkan oleh
Jabatan Matematik.

Prosiding SPTMTE 2011 memuatkan 17 kertas yang telah dibentangkan pada seminar dan
dicetak dalam prosiding ini. Kertas dalam prosiding ini menjurus kepada penyelidikan
tindakan dalam pendidikan Matematik. Kepada penyumbang artikel, jutaan terima kasih
diucapkan.

Akhir kata, jutaan penghargaan kepada pihak pensyarah Jabatan Matematik, pensyarah
Jabatan Sains dan Pelajar PISMP (Matematik Pendidikan Rendah) Ambilan Januari 2008
kerana memberi sokongan yang tak terhingga dalam menjayakan seminar dan penerbitan
prosiding SPTMTE 2011 ini. Segala kekurangan pihak kami memohon kemaafan dan
diharapkan akan dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Dr Hu Laey Nee

ii
KANDUNGAN

PRAKATA ii

KEBERKESANAN PENGGUNAAN “NUMBER WHEEL” DALAM


PENGUASAAN SIFIR 7 DI KALANGAN MURID TAHUN 5 1
Mariana bt Aban, Jong Chee Fook
“KAEDAH PETAK SIFIR” DALAM PENGUASAAN SIFIR 2 HINGGA
SIFIR 9 BAGI MURID TAHUN 4 13
Sharinie bt Haji Pelin, Hu Laey Nee

KAEDAH TABULAR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN


KEMAHIRAN PENDARABAN 26
Siti Nur Mariana bt Md. Amin, Hu Laey Nee

KAEDAH PEMBENTUKAN SIFIR 12, 13 DAN 14 DALAM MEMBANTU


MURID TAHUN 5 MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK YANG
MELIBATKAN OPERASI BAHAGI 38
Rusdi b Rabi, Balkisnah Shaharuddin

MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID-MURID TAHUN 4 DALAM


PENDARABAN DUA NOMBOR DUA DIGIT MELALUI KAEDAH
PENDARABAN BERGAMBARAJAH 50
Assila bt Abdullah, Lee Chuo Hiong

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCONGAK FAKTA ASAS


DARAB MELALUI PERMAINAN DOMINO 63
Tan Moi Yen, Lu Chung Chin

MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MENOLAK MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK ”COUNTING UP” 72
Zuraidah Bt Jamahari, Mohamad Zailani Haji Jaya

PENGGUNAAN LAGU SIFIR UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN


TIGA MENGUASAI SIFIR 2, 3, 4 DAN 5 84
Ahmad Noor b Roslan, Abu Bakar Abdullah

POLA PENDARABAN SIFIR 21, 22 DAN 23 MEMBANTU MURID


TAHUN 5 DALAM MENYELESAIKAN OPERASI BAHAGI NOMBOR
BULAT DENGAN PEMBAHAGI 21, 22 DAN 23 95
Mohamad Aiman b Mohamad Sa’ed, Lu Chung Chin

PENGGUNAAN SUSUNAN NOMBOR TELEFON MEMBANTU


MURID TAHUN 3 MENGUASAI SIFIR 7 DAN 9 107
Frankie ak Peter Langan, Hu Laey Nee

iii
PENGGUNAAN KAPUR BERWARNA UNTUK MEMBANTU
MURID TAHUN 4 MENYELESAIKAN OPERASI PENAMBAHAN
DAN PENOLAKAN NOMBOR PERPULUHAN 119
Md. Azwan b Kamis, Abu Bakar Abdullah

PENGGUNAAN TEKNIK PENAMBAHAN BERULANG


DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK YANG
MELIBATKAN OPERASI DARAB 127
Mohd Fazlie b Asbi, Abu Bakar Abdullah

PENGGUNAAN KAEDAH LATTICE UNTUK MENINGKATKAN


KEFAHAMAN MENDARAB DALAM KALANGAN
MURID-MURID TAHUN 3 137
Mastura bt Herman, Jong Chee Fook

PENGGUNAAN KAEDAH “TIC-TAC-TOE” DALAM MEMBANTU


MURID MENGUASAI SIFIR 6 148
Siti Safinah bt Ulis, Jong Chee Fook

PENGGUNAAN KAEDAH KITE UNTUK MENINGKATKAN


KEFAHAMAN PENDARABAN 2 DIGIT NOMBOR DENGAN
2 DIGIT NOMBOR YANG LAIN DI KALANGAN
MURID-MURID TAHUN 5 161
Siti Mazullah bt Abdullah, Balkisnah Shaharuddin

RANGSANGAN MUZIK DAN NYANYIAN: MEMBANTU


PENGUASAAN SIFIR 8 BAGI MURID TAHUN 5 175
Heli Listrian bt Datong, Jong Chee Fook

TEKNIK MEMBINA GAMBARAJAH SIFIR DALAM


MEMBANTU MURID MENGUASAI SIFIR 2, 3 DAN 4 188
Nor Amilia bt Uni, Habibah Marzuki

iv
KEBERKESANAN PENGGUNAAN “NUMBER WHEEL” DALAM
PENGUASAAN SIFIR 7 DI KALANGAN
MURID TAHUN 5

MARIANA BINTI ABAN1


JONG CHEE FOOK2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan sifir darab tujuh bagi pelajar-pelajar
Tahun 5 dengan menggunakan kaedah “Number Wheel”. Seramai empat orang
pelajar Tahun 5 terlibat dalam kajian selama empat minggu yang dilaksanakan
sebanyak dua kitaran. Pemilihan responden berdasarkan ujian pra dan pemerhatian
awal penyelidik. Ujian pra dijalankan bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar
terhadap sifir darab 7. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar-pelajar mengalami
masalah dalam menguasai sifir darab 7. Kesukaran mengingat sifir darab ini
menyebabkan pelajar-pelajar mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan
soalan yang berkaitan pendaraban. Temu bual dijalankan selepas ujian pra bagi
mengenalpasti masalah pelajar-pelajar ini. Ujian pasca pula ditadbir bagi mengetahui
tahap penguasaan sifir darab 7 selepas menggunakan kaedah “Number Wheel”.
Selepas itu,barulah soal selidik dijalankan bagi memperoleh maklumat daripada
responden tentang kaedah “Number Wheel”. Min markah dan masa ketiga-tiga ujian
diambilkira. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min masa responden menjawab
soalan ujian pasca 2 ialah 67.27 % lebih cepat daripada min masa ujian pra. Ini
menunjukkan bahawa kaedah “Number Wheel” mendatangkan kesan yang positif
terhadap penguasaan sifir darab 7 responden.

ABSTRACT

The research is conducted to improve the mastery of multiplication of 7 for Year 5


students by using the Number Wheel method. There are four Year 5 students
involved in two cycles in four weeks time. The respondent was chosen based on their
pre-test and early observation by researcher. Pre-test was conducted to find out their
mastery level of multiplication of 7. The result showed that student is having
difficulties in mastering multiplication of 7. The difficulty to memorize it caused the
students to take long time to solve the question involving the multiplication
operation. Interview was carried out after the pre-test to find out their problems. Post
test then conducted to find out their level of mastery after practicing the Number
Wheel method. Then, the questionnaire is given to the respondent to get their
opinion of the Number Wheel method. Mark and time mean of each test is counted.
The result showed that time mean post test 2 is 67.27% faster than time mean for
pre-test. This showed that the Number Wheel method gives positives impact toward
respondents’ mastery of multiplication of 7.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar sehingga ke


peringkat tertinggi. Dalam masa enam tahun di pendidikan rendah, pelajar dibimbing
untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemiliran kuantitafit mengikut
langkah yang logik (Nik Azis, 1992). Keadaan ini memerlukan pelajar memahami

1
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

konsep asas matematik seperti sifir darab di samping menghayatinya dalam


kehidupan seharian. Kegagalan pelajar untuk menguasai salah satu daripada konsep
asas ini memberi impak yang besar dalam penguasaan topik matematik.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Keperihatinan untuk membantu pelajar-pelajar untuk menguasai sifir darab


bermula sejak kali pertama pengkaji berpraktikum. Saya mendapati salah satu punca
pelajar-pelajar saya lambat menjawab soalan matematik adalah kerana tahap
penguasaan sifir darab yang lemah. Terdapat perbezaan yang amat ketara diantara
pelajar yang menguasai sifir darab dan pelajar yang tidak mampu menguasai sifir
darab. Mereka yang lemah penguasaan sifir darab ini selalunya boleh menjawab
soalan matematik di dalam kelas tetapi gagal berbuat demikian ketika peperiksaan.
Hal ini amat membimbangkan pengkaji.
Memandangkan masalah pelajar-pelajar dalam Matematik berpunca daripada
kurangnya penguasaan sifir darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk
mengetengahkan kajian saya bagi membantu pelajar-pelajar menguasai sifir darab
yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Saya berharap
sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan
kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and
easy’.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada masalah penguasaan sifir 7 dengan penggunaan


kaedah “Number Wheel” dalam pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan
penguasaan sifir 7.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:


a) Mengenalpasti kesan penggunaan “Number Wheel” dalam penguasaan sifir
darab 7 terhadap pelajar tahun 5.
b) Meningkatkan tahap penguasaan sifir darab 7 dengan menggunakan “Number
Wheel”.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut :


a) Adakah pengaplikasian kaedah “Number Wheel” mendatangkan kesan yang
positif terhadap penguasaan sifir darab 7 pelajar tahun 5?
b) Adakah kaedah “Number Wheel” berkesan dalam meningkatkan tahap
penguasaan sifir darab 7 pelajar tahun 5?

TINJAUAN LITERATUR

Kaedah “Number Wheel” ini diasaskan oleh Tom Biesanz atau lebih dikenali
sebagai “Mister Numbers ” di Youtube dan juga laman video yang lain. Beliau

2
Mariana binti Aban & Jong Chee Fook

mengajar matematik tambahan di sebuah sekolah piagam dan mengajar kelas yang
akan menghadapi peperiksaan. Beliau memperkembangkan Right Brain Math untuk
membantu pelajar secara individual yang menghadapi masalah dalam matapelajaran
matematik. Beliau hanya menggunakan corak dan mengubah kemampuan dan sikap
mereka terhadap matematik dan tidak berniat untuk mengubah sistem matematik.
Beliau juga telah menulis sebuah buku bertajuk EZ Time Table dan
mempunyai hak kesinambungan dengan Right Brain. Math. EZ Time Table ini telah
ditulis dalam Curriculum Review magazine dalam isu 08 bulan September. Mister
Number juga pernah membuat pembentangan di California Math Council (CMC
ialah persekutuan terbesar dalam National Council of Teacher of Mathematics,
NCTM ) di persidangan di Monterey dan di Palm Springs. (dipetik dari laman
sesawang Right Brain Math)
Tay Siew Hui (2004) pula membentangkan bahawa penggunaan jari jemari
mampu meningkatkan penguasaan fakta asas darab 2 hingga 9 di kalangan pelajar
tahun 3. Mohd Fairuz bin Dollah (2010) juga menyatakan bahawa kemahiran
mendarab sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan jari telah mendatangkan kesan-
kesan positif terhadap murid tahun tiga seperti peningkatan dari segi tahap minat dan
penglibatan responden terhadap aktiviti pembelajaran.
Lain pula pendapat Zainudin Abu Bakar (2007) yang menyatakan bahawa
kaedah yang bersifat “hand on” memberikan kesan yang positif terhadap prestasi
pelajar. Kaedah petak sifir sebagai contoh menjelaskan tentang prinsip “hands-on”
tersebut. Dalam hal ini pelajar mengalami sendiri dan merasai proses menghasilkan
sifir-sifir tersebut sehingga dapat meningkatkan penguasaan mereka kepada prinsip
asas darab dan bahagi.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 di


sebuah sekolah di Miri yang terdiri daripada dua orang responden lelaki dan dua
orang responden perempuan. Profil sasaran kajian ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Profil Sasaran Kajian

Sasaran Jantina Pencapaian Ujian


Pertengahan Sem 1 (%)
R1 Lelaki 39
R2 Lelaki 36
R3 Perempuan 39
R4 Perempuan 46

PROSEDUR KAJIAN

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengaplikasikan kaedah“Number


Wheel”. yang berpandukan model Kurt Lewin (1952) yang melibatkan dua kitaran
seperti dalam Rajah 1.

3
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Maklumat Awal
(temu bual tidak rasmi dengan murid dan guru matematik,
pemerhatian di dalam kelas, keputusan markah ujian pertengahan
semester)

Empat responden dikenalpasti

Merancang Tindakan
(Cara mengumpul data: Ujian Kaedah
Pra, Ujian Pasca, temu bual, “Number
pemerhatian dan soal selidik) Perubahan Wheel”

Kitaran seterusnya

Refleksi Pemerhatian

Analisis dapatan

Tafsiran

Rajah 1: Model Kurt Lewin

Kitaran Pertama
Langkah 1 : Sediakan roda nombor dari 1 hingga 10.
Langkah 2 : Buat garisan dari angka 0 kepada 7 iaitu selang dua nombor. Di sisi
kirinya, ditulis 1 × 7 = 7.
Langkah 3 : Dari angka 7, buat satu garisan selang dua nombor iaitu nombor 4. Di
sisi kirinya ditulis 2 × 7 = 14. Nombor 1 di hadapan 4 ditambah
kerana 4 lebih kecil daripada hasil darab yang pertama .
Langkah 4 : Langkah diteruskan sehingga nombor yang terakhir iaitu 0.

0 1×7=7
1 2 × 7 = 14
9 3 × 7 = 21
4 × 7 = 28
2
8 5 × 7 = 35
6 × 7 = 42
3 7 × 7 = 49
8 × 7 = 56
7
4
9 × 7 = 63
6 5 10 × 7 = 70

Rajah 2 : Kitaran pertama


4
Mariana binti Aban & Jong Chee Fook

Kitaran Kedua

Langkah 1 Langkah 2

0 7 8 9 0
9 1
4 5 6
2
8 1 2 3

3
7
4
6 5

7 28 49 70 7 28 49 70

14 35 56 14 35 56

21 42 63 21 42 63

Rajah 3: Kitaran kedua

CARA PENGUMPULAN DATA

Data dikumpul dengan menggunakan empat instrumen iaitu ujian pra dan
ujian, temu bual, pemerhatian, dan soal selidik.

Ujian Pra

Ujian dijalankan sebelum menggunakan kaedah “ Number Wheel” bagi


mengenalpasti responden yang mempunyai masalah dengan sifir darab 7 sekaligus
mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penguasaan sifir darab tersebut.

Temu bual

Menurut Morgan (1998) yang dipetik dalam Ainah Julhee (2004), temu bual
adalah perbualan yang bermakna di antara dua orang. Temu bual dijalankan selepas
ujian pra untuk mendapat mengetahui masalah responden kajian mengenai sifir darab
7 dengan lebih mendalam.

5
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan sepanjang kaedah “Number Wheel” dijalankan


bertujuan untuk menilai sikap dan reaksi responden terhadap kaedah “Number
Wheel” yang digunakan dalam kajian ini.

Ujian Pasca

Ujian Pasca dijalankan selepas pengkaji mengajar kaedah “Number Wheel”


kepada responden untuk mengkaji keberkesanan kaedah “Number Wheel” dalam
menguasai sifir darab 7.

Soal Selidik

Soal selidik diberikan selepas ujian pasca selesai untuk mendapatkan


pendapat daripada responden setelah menggunakan kaedah “Number Wheel”

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Keputusan markah dan jumlah masa yang digunakan untuk menjawab semua
soalan diambil kira. Min markah dan masa antara dua ujian ini akan dibandingbeza.
Min markah dan min masa dikira menggunakan rumus berikut:

Hasil tambah markah semua responden


Min markah =
Jumlah responden

Hasil tambah masa semua responden


Min masa =
Jumlah responden

Temu bual

Bagi menganalisis instrumen ini, pengkaji telah menilai sama ada responden
memberikan maklum balas yang positif ataupun negatif mengenai sifir darab tujuh.

Pemerhatian

Pemerhatian ini dilakukan selepas setiap sesi berakhir dalam kitaran pertama
dan kitaran kedua. Antara aspek yang diberi perhatian adalah mimik muka
responden, tahap keyakinan semasa menjawab soalan, suasana pembelajaran di
dalam kelas dan ketangkasan mereka menjawab soalan.

Soal Selidik

Pengkaji perlu mencari purata responden yang berpendapat kaedah “Number


Wheel” sangat bermakna untuk mereka menguasai sifir darab 7. Cara pengiraan
purata tersebut adalah seperti berikut:

6
Mariana binti Aban & Jong Chee Fook

Σ( ℎ × )
×

Jadual 2: Nilai purata

Nilai purata Catatan


4.3 -5.0 Sangat baik
3.5 – 4.2 Baik
2.7 – 3.4 Sederhana
1.9 – 2.6 Tidak baik
1.0 – 1.8 Sangat tidak baik

DAPATAN KAJIAN

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Keputusan ujian pra responden seperti dalam Rajah 2 menunjukkan bahawa


keempat-empat responden ini tidak menguasai sifir darab 7 dengan baik. Bukan itu
sahaja, mereka mengambil masa yang lama untuk mennyelesaikan masalah berkaitan
sifir darab 7. Keputusan markah ujian yang sama iaitu 100 markah bagi keempat-
empat responden pada kedua-dua ujian pasca membuktikan kaedah “Number Wheel”
mengukuhkan penguasaan responden terhadap sifir darab 7. Perbandingan markah
bagi keempat-empat responden ini dalam tiga ujian digambarkan dengan lebih jelas
pada Rajah 4.

Perbandingan Markah Ujian


Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2

100 100 100 100 100 100 100 100 100

80

40 40

A B C D

Rajah 4 : Perbandingan markah ujian

Hal ini dikukuhkan lagi dengan jumlah masa yang diambil oleh setiap
responden untuk menjawab ketiga-tiga ujian. Berdasarkan rajah 3, masa yang
diambil oleh keempat-empat peserta untuk menjawab ujian semakin menurun.
Responden A mengambil masa 180 saat untuk menjawab ujian pra, 131.3 saat
untuk menjawab ujian pasca 1 dan 65 saat untuk menjawab ujian pasca 2. Responden
7
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

B pula bermula dengan 134 saat dalam ujian pra, 96.4 saat dalam ujian pasca 1 dan
62.4 saat dalam ujian pasca 2. Masa menjawab ujian pra bagi responden C adalah
sama dengan responden A iaitu 180 saat, diikuti dengan 129.8 saat untuk ujian pasca
1 dan 45.3 saat untuk menjawab ujian pasca 2. Bagi responden D pula, beliau
mengambil masa 139 saat untuk menjawab soalan ujian pra, 81.5 saat untuk ujian
pasca 1 dan hanya 34.8 untuk ujian pasca 2. Pengurangan masa bagi keempat-empat
responden lebih jelas pada rajah 5 iaitu min masa bagi setiap ujian.

Perbandingan Masa Ujian

200 180 180

131.3 134 139


150 129.8
96.4
100 81.5
65 62.4
45.3
34.8
50

0
1 2 3 4

Ujian pra Ujian pasca 1 Ujian pasca 2

Rajah 5 : Perbandingan masa ujian

Min masa bagi setiap ujian


180
160 158.25
140
120
109.75
Masa

100
80
60
51.8
40
20
0
Ujian pra Ujian pasca 1 Ujian pasca 2

Rajah 6 : Min masa bagi setiap ujian

Min masa bagi ujian pra ialah 158.25 saat dan min ujian pasca 1 menurun
sebanyak 30.65% daripada min ujian pra iaitu 109.75. Min masa bagi ujian pasca 2
ialah 51.8 saat iaitu 52.8% lebih cepat daripada min ujian pasca 1 dan 67.27 % lebih

8
Mariana binti Aban & Jong Chee Fook

cepat daripada min ujian pra. Hasil ini berjaya menjawab kedua-dua soalan kajian
iaitu kaedah “Number Wheel” mempercepatkan masa responden mendapat jawapan
sifir darab 7 dan meningkatkan tahap penguasaan sifir darab 7 dengan keupayaan
mendapat jawapan yang betul adalah tinggi.

Temu bual

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, keempat-empat responden


menyatakan bahawa sifir darab 7 adalah sifir yang agak susah untuk dikuasai kerana
tiada corak yang sama. Responden-responden ini juga menggunakan teknik
penghafalan dan penambahan berulang untuk menyelesaikan masalah sifir darab 7
ini. Cara yang digunakan ini mengambil masa yang agak lama.

Pemerhatian

Hasil pemerhatian dicatatkan seperti dalam Jadual 3 dan Jadual 4.

Jadual 3 : Reaksi responden semasa kitaran yang pertama

Hari
Responden 1 2 3 4 5
A Keliru Berminat Boleh buat Baik Bagus
tetapi dengan dan cepat
perlahan baik
B Keliru Kekeliruan Sederhana Baik Baik
dan kesilapan
C Berminat Perlahan Sederhana Baik Baik dan
cepat
D Berminat Baik Baik dan Cepat dan Cepat dan
cepat yakin kemas

Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa responden bermula dengan perasaan


yang keliru dan berminat terhadap kaedah yang baru diperkenalkan ini. Mereka
kemudian menggunakan kaedah ini dengan perlahan kepada semakin cepat dan baik.
Responden B sahaja yang membuat kesilapan sepanjang kitaran pertama ini. Hal ini
kerana beliau tidak menunjukkan kesungguhan dan bermain-main ketika membuat
latihan. Namun begitu, pada akhirnya, beliau mampu membuat dengan baik.

Jadual 4 : Reaksi responden semasa kitaran yang kedua

Hari
Responden 1 2 3 4 5
A Berminat Suka Suka Gembira Gembira
B Berminat Suka Suka Gembira Gembira
C Berminat Suka Suka Gembira Gembira
D Berminat Suka Suka Gembira Gembira

Dalam kitaran kedua, responden sudah berminat dengan kaedah ini dan
menunjukkan kesungguhan ketika membuat latihan. Mereka suka dan gembira
dengan kaedah ini.
9
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Soal Selidik

Jadual 5 menunjukkan data yang dikumpul dari soal selidik skala likert 5 ke
atas empat orang pelajar. Jadual tersebut mengandungi item, responden yang
menjawab dan skala yang dipilih oleh responden tersebut.

Jadual 5 : Data yang dikumpul daripada skala likert 5

Item
Responden 1 2 3 4 5 6
A 5 5 5 5 5 4
B 5 5 5 5 4 5
C 5 5 5 5 5 3
D 5 4 4 5 5 4

Jadi,
Σ( ℎ × )
×
=
×

= 4.71

Daripada data yang diperoleh, purata yang diperolehi daripada skala likert 5
ialah 4.71. Nilai purata ini sangat tinggi kerana kesemua responden faham dan
mendapat kelebihan dalam kajian ini dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan
dengan sifir darab 7 dengan menggunakan kaedah “Number Wheel”.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian tindakan yang telah penulis jalankan, kekuatan-kekuatan yang dapat
ditunjukkan sepanjang kajian :-
a) Pengkaji telah mengajar dengan jelas dan terang.
b) Pengkaji telah memberi latihan yang secukupnya kepada responden.
c) Pengkaji sentiasa menitik beratkan masa yang diambil oleh responden untuk
menjawab soalan bagi membiasakan mereka menjawab soalan dengan cepat.
d) Responden memberikan kerjasama yang baik ketika melakukan kajian.

Kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan oleh sepanjang kajian ialah :-


a) Pengkaji tidak membekalkan ruang yang sesuai bagi sesi pembelajaran dan
pengajaran kepada responden.
b) Salah seorang responden tidak memberikan tumpuan penuh pada semasa sesi
kajian.

10
Mariana binti Aban & Jong Chee Fook

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini amat berguna kepada semua peringkat murid-murid yang


memerlukan mereka untuk menguasai sifir darab tujuh. Ini kerana kaedah yang dikaji
ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengingat apa-apa dan hanya perlu
melukis bulatan dan membuat garisan sahaja. Oleh yang demikian, untuk kajian
lanjutan pengkaji mencadangkan kaedah “Number Wheel” ini diperkenalkan kepada
semua peringkat murid dari tahun dua hingga tahun enam. Ini kerana cara ini lebih
mudah dan menyenangkan. Bukan itu sahaja, murid-murid di peringkat rendah lebih
cepat untuk menguasai kaedah ini dan lebih lama jangka masa mereka
menggunakannya.
Bukan itu sahaja, pengkaji juga mencadangkan agar kaedah ini diperkenalkan
bukan sahaja untuk sifir tujuh sahaja tetapi juga untuk sifir-sifir yang lain seperti sifir
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, dan 9. Ini kerana, murid boleh menggunakan kaedah yang sama
untuk mendapat sifir darab yang lain. Oleh yang demikian, setelah mereka faham
cara menggunakan teknik ini, mereka sudah boleh menguasai semua sifir darab dan
tidak perlu lagi menghafal sifir-sifir ini.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar jangka masa pelaksaan kajian
dipanjangkan agar responden dapat menguasai kaedah yang diajar dengan lebih baik.
Hasilnya, masa yang dicatatkan juga lebih cepat. Pengkaji juga berpendapat bahawa
setiap kali latihan dijalankan, 10 soalan berkaitan sifir darab tujuh diberikan dan
masa mereka membuat latihan juga dicatat. Dengan cara ini, tahap kecekapan
responden menggunakan kaedah ini akan bertambah. Oleh yang demikian, soalan
untuk ujian pra dan ujian pasca hendaklah diperbanyakkan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kaedah yang diperkenalkan ini sangat sesuai


dipraktikkan kepada semua golongan pelajar tidak kira umur dan tahap penguasaaan
mereka. Kaedah ini boleh sahaja boleh membantu mereka mneguasai sifir darab
tetapi meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap sifir darab 7.

RUJUKAN

Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak. (2009). Kemahiran Ingat Sfir Melalui Operasi Darab dan Bahagi
dalam Kalangan Murid-murid Tahun Empat dan Tahun Lima. Kajian Tindakan. [Online]
Available: http://www.scribd.com/doc/21952149/KEMAHIRAN-INGAT-SIFIR-MELALUI-
OPERASI-DARAB-DAN-BAHAGI. [2011, February 13]
Nik Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Tay Siew Hui. (2004). Meningkatkan Penguasaan Fakta Asas Darab 2 hingga 9 Di kalangan Pelajar
3 Merah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab
Perguruan Batu Lintang 2004 di Santubong Resort, Kuching pada 1-3 September 2004.
Tom Biesanz. (n.d). Creator of Right Brain Math and Author of EZ Times table. [Online] Available:
http://rightbrainmath.com/about.htm [2011, January 29]
Zainudin Abu Bakar.(2007). Kaedah Petak Sifir: Kajian Perbandingan Matematik Tahun 4 dalam
Penguasaan Fakta Asas Darab. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia , Jilid 12,
Oktober 2007 hal. 91-98. [Online] Available:
http://eprints.utm.my/10453/1/ZainudinAbuBakar2007_KaedahPetakSifirKajianPerbandinga
n.pdf.[2011,March 30]

11
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1maynahairina@gmail.com 2 jongcf57@gmail.com

12
“KAEDAH PETAK SIFIR” DALAM PENGUASAAN SIFIR 2 HINGGA SIFIR
9 BAGI MURID TAHUN 4

SHARINIE BINTI PELIN1


HU LAEY NEE2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid yang tidak dapat
menguasai sifir 2 hingga sifir 9.Murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai
3 orang dari kelas tahun 4 di sebuah sekolah di Miri.Peserta-peserta kajian ini
dikenalpasti melalui peratus markah Ujian Pertengahan Penggal Semester 1
2011(UPPS1), temu bual dengan guru matapelajaran dan tinjauan terhadap buku
kerja peserta.Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah penggunaan
Kaedah Petak Sifir bagi meningkatkan penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 di kalangan
murid tahun 4.Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Pra, Ujian Pasca,
pemerhatian dan temu bual. Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk
mengenalpasti kesan pengaplikasian Kaedah Petak Sifir, manakala pemerhatian dan
temu bual digunakan untuk mengesan minat murid terhadap pengaplikasian Kaedah
Petak Sifir. Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian
mendapati bahawa Kaedah Petak Sifir mendatangkan kesan yang positif terhadap
pencapaian murid dalam penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 pada kitaran pertama.
Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah ini dapat menarik minat dan mengubah
sikap murid terhadap pembelajaran sifir.

ABSTRACT

This study was conducted to overcome the problem of pupils who cannot master the
multiplication table 2 to 9. Pupils who involved in this study were three people from
the fourth year class at a school in Miri. The participants of this study are identified
by the Mid-Term Test semester one 2011 (UPPS1) scores, interviews with the
subject teacher and review of the participant workbook. The approach used in this
study is the use of “Kaedah Petak Sifir” to improve the mastery of multiplication
tables 2 to 9 among the Year 4 pupils. Research instrument used were the pre-test,
post test, observation and interviews. Pre and Post Test were used to identify the
effects of applicationof “Kaedah Petak Sifir”, while observation and interviews are
used to identify pupils interest on the application of “Kaedah Petak Sifir”.The data
collected are analyzed by descriptive.The study found that the method “Kaedah
Petak Sifir” cause positive impact on student achievement in the mastery of
multiplication tables from 2 to 9 on the first cycle. The study also shows that this
method can attract pupil’s interest and change the attitude of pupils towards learning
multiplication tables.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-


sekolah di negara kita. Matematik mula diajarkan dari peringkat tadika, menengah
dan seterusnya hingga ke peringkat universiti. Menurut Siti Ana Hamdan (2007),
penguasaan matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara untuk
mencapai status negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat. Namun,
13
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

untuk memastikan penguasaan ilmu matematik dikuasai sepenuhnya oleh pelajar, ia


perlu bermula dari asas matematik iaitu jadual sifir. Sekiranya kemahiran ini tidak
dikuasai, seseorang murid akan mengalami masalah untuk memahami konsep
matematik yang seterusnya kerana hampir keseluruhan ilmu matematik adalah
berpaksikan sifir. Berdasarkan pemerhatian praktikum yang lalu, masalah yang
sering dihadapi oleh murid ialah menyelesaikan soalan latihan yang berkaitan dengan
pendaraban. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mengingati sifir.Sekiranya mereka
diberi latihan yang berkaitan dengan mendarab, perkara yang sering mereka lakukan
adalah mengeluarkan buku sifir sebagai rujukan terutamanya bagi murid yang lemah.
Menurut Mario Ganny Micheal (2006) dan Aida Ibrahim (2006), kesukaran
mengingat sifir menyebabkan murid mengambil masa yang lama menyiapkan soalan
yang melibatkan operasi darab.

FOKUS KAJIAN

Daripada pemerhatian praktikum, ramai murid menghadapi masalah dalam


penguasaan sifir. Terdapat beberapa faktor penyebab masalah ini iaitu murid malas
menghafal sifir, tidak tahu bahawa sifir bersifat tambah berulang dan tidak tahu
menyusun sifir yang dibina terutama sifir 5. Sekiranya masalah ini berterusan, murid
akan terus bersikap malas dan mengakibatkan murid lemah dalam matematik
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Mengetahui serta memahami sifir dapat membantu tugas-tugas mudah
diselesaikan dan menjimatkan masa dan tenaga. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Fischbein et al.(1985), pendaraban adalah penambahan berulang. Murid akan
mendapat jawapan bagi hasil darab dengan menambah secara berulang.
Walaubagaimanapun, murid tidak mempunyai masa untuk menambah nombor
tersebut sekiranya mereka ingin menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan
pendaraban semasa ujian atau peperiksaan.
Murid mula belajar tentang sifir sebelum mereka menguasai sepenuhnya
penambahan dan penolakan yang mudah. Setelah konsep sifir dapat dibentuk oleh
murid, aktiviti mempelajari dan mengingati dapat dilakukan dengan mudah. Proses
menghafal sifir akan memerlukan pengorbanan masa dan usaha yang berterusan.
Oleh itu, murid perlu mengetahui beberapa panduan dan kaedah yang dapat
membantu mereka mengingat kembali apa yang telah mereka lupakan. Jesteru, murid
perlu menguasai penambahan dan penolakan sebelum menguasai sifir.
Bagi murid Tahun 4, mereka seharusnya telah menguasai dan menghafal sifir
2 hingga sifir 9. Hal ini kerana kerana terdapat hasil pembelajaran secara spesifik
yang menekankan agar murid menghafal sifir 2 hingga sifir 5 bagi murid Tahun 2
dan menghafal sifir 6 hingga sifir 9 bagi Tahun 3.
Disebabkan isu seperti ini, kajian ini memfokuskan Kaedah Petak Sifir untuk
membantu meningkatkan penguasaan murid dalam sifir 2 hingga sifir 9.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:


a) Mengenalpasti kesan Kaedah Petak Sifir dalam membantu peningkatan
penguasaan murid dalam sifir 2 hingga sifir 9.

14
Sharinie Binti Pelin & Hu Laey Nee

b) Mengenalpasti minat murid terhadap penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 melalui


Kaedah Petak Sifir.
Persoalan dalam kajian ini adalah :
a) Adakah Kaedah Petak Sifir dapat membantu dalam peningkatan prestasi
murid dalam menguasai sifir 2 hingga sifir 9?
b) Adakah Kaedah Petak Sifir dapat membantu menarik minat murid dalam
penguasaan sifir?

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Guskov (2010), terdapat tiga penyebab utama bagi masalah yang
dihadapi oleh murid dalam mengusai sifir. Murid mula mempelajari sifir sebelum
mereka menguasai operasi tambah sepenuhnya. Pendaraban adalah penambahan
berulang. Murid tidak dapat menguasai pendaraban dan sifir sekiranya mereka masih
gagal menguasai penambahan. Sekiranya murid tersebut memahami bahawa
pendaraban dan sifir adalah penambahan berulang, mereka dapat mengetahui bahawa
jawapan bagi 6 3 ialah sama dengan 6 + 6 + 6, jika mereka lupa hasil darabnya.
Sebab kedua ialah, murid mempelajari pendaraban dan sifir tanpa membuat perkaitan
di antara fakta baru dan fakta lama dalam otak mereka. Sebagai contoh, pembelajaran
stimulasi mengaitkan bahawa 6 3 = 18 dan 3 6 = 18, membantu memudahkan
proses menghafal. Sebab seterusnya adalah murid menghafal daripada awal asas
sahaja. Sebagai contoh, apabila mereka disoal 5 7, mereka hanya dapat memberi
jawapan dengan mengulang menyebut sifir daripada 1 7. Murid perlu haruslah
memahami maklumat dan dari sini, mereka dapat menghafal dengan mudah.
Faddreen Jingan (2006) melakukan satu kajian untuk meningkatkan
penguasaan sifir murid dengan “Kaedah Mudah Sifir”. Beliau memperkenalkan
kaedah alternatif untuk menghafal sifir dan hasilnya, murid dapat menjawab semua
soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Minat murid terhadap sifir juga dapat
ditingkatkan. Kaedah yang digunakan adalah memperkenalkan kad sifir mudah
kepada murid untuk membantu mereka menghafal sifir 2 hingga sifir 9. Kad ini
membolehkan murid menyelesaikan semua soalan yang berkaitan dengan
pendaraban dan mereka berjaya lulus dengan cemerlang dalam ujian Matematik.
Yong (2010) telah menggunakan kaedah hafalan nombor ajaib untuk
meningkatkan penguasaan sifir 7 murid tahun 4. Dalam kaedah ini, murid diminta
mengisi sifir 7 dalam kad ajaib tersebut mengikut susunan yang telah ditetapkan.
Hasil kajian menunjukkan peningkatan ke atas penguasaan sifir 7 murid.
Marten (2008) telah memperkenalkan “arrays” untuk mengajar sifir di
sekolah rendah. “Arrays” boleh digunakan untuk mengajar murid yang baru mula
hendak mengenal sifir. Kaedah ini membantu murid untuk menggambarkan dan
meningkatkan kefahaman mereka terhadap soalan sifir. Kaedah ini menunjukkan
konsep kumpulan. Bilangan kumpulan didarab dengan bilangan titik dalam
kumpulan adalah soalan sifir. Contohnya, jika menggunakan kaedah ini dengan blok,
bahagikan blok tersebut kepada beberapa kumpulan. Warna yang berbeza boleh
digunakan untuk menunjukkan kumpulan yang berbeza.
Thesok Kumar (2009) menjalankan satu kajian untuk meningkatkan
penguasaan sifir murid Tahun 3. Kajian beliau memfokuskan penggunaan
pendekatan ‘hands-on’ seperti penggunaaan karton telur. Berdasarkan dapatan
kajian, sebanyak 45.7% peserta gagal dalam Ujian Pasca. Sebab utama murid gagal

15
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

adalah bukan disebabkan mereka tidak dapat menguasai konsep asas sifir tetapi
disebabkan mereka masih gagal menghafal dan menguasai sifir. Oleh itu, mereka
gagal untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban dengan betul.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan tiga orang peserta iaitu murid tahun 4 di sebuah
sekolah di Miri. Peserta terdiri daripada dua murid perempuan dan seorang murid
lelaki. Peserta dipilih berdasarkan markah penilaian pertengahan semester tahun
2011. Menurut pencapaian peserta dalam subjek Matematik dan guru yang mengajar
Matematik, mereka adalah dalam kategori yang sangat lemah iaitu memperolehi
markah kurang daripada 30%. Profil peserta kajian diringkaskan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Profil Peserta Kajian

Peserta Jantina Pencapaian 2011 (%)


P1 Lelaki 27
P2 Perempuan 23
P3 Perempuan 20

PROSEDUR TINDAKAN

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah merangkakan satu konsep kajian
yang merupakan ringkasan daripada model Kurt Lewin. Kerangka konsep ini
ditunjukkan dalam Rajah 1.

MENGENAL PASTI ASPEK MERANCANG


AMALAN Menyelesaikan masalah dengan
Pernyataan masalah: menggunakan Kaedah Petak Sifir.
Murid tidak menguasai sifir 2 - 9 Cara menganalisis data:
i) Analisis markah Ujian i) Ujian Pra
Pertengahan Penggal Semester 1 ii) Ujian Pasca
ii) Temu bual tidak rasmi iii) Pemerhatian
iii) Pemerhatian tidak berstruktur iv) Temu bual

TINDAKAN / IMPLEMENTASI
Melaksanakan strategi yang dipilih.
Kitaran Seterusnya

MELIHAT KESAN TINDAKAN


REFLEKSI Menganalisis data menggunakan:
Membuat refleksi mengenai i) Ujian Pra
keberkesanan tindakan ii) Ujian Pasca
berdasarkan data yang dikumpul. iii) Pemerhatian
iv) Temu bual

(Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002)


Rajah 1 : Kerangka Konseptual

16
Sharinie Binti Pelin & Hu Laey Nee

Kitaran Pertama
Berdasarkan Bahagian Pendidikan Guru (2002), langkah pertama dalam
model Kurt Lewin adalah mengenal pasti aspek amalan. Berdasarkan prosedur
tindakan, langkah seterusnya ialah menemu bual peserta mengenai kaedah yang
digunakan oleh mereka untuk menghafal sifir dan minat mereka terhadap sifir.
Setelah selesai sesi temu bual, pengkaji memperkenalkan Kaedah Petak Sifir kepada
peserta.
Kaedah Petak Sifir adalah pendekatan pembelajaran sifir 2 hingga 9
berdasarkan jadual petak sifir yang terdiri daripada 9 kali 9 kotak yang disediakan.
Pertama sekali, murid diminta mengisi baris dan lajur pertama dengan nombor 2
hingga 9.

× 2 3 4 5 6 7 8 9
2
3
4
5
6
7
8
9

Rajah 2 : Contoh Petak Sifir

Seterusnya murid mengisi ruangan pada sifir 9 menegak dengan menulis


nombor 1 hingga 8 secara menaik dalam satu baris di sebelah kanan. Kemudian,
mereka menulis nombor 1 hingga 8 secara menurun pada baris di sebelah kiri.

2 x 9 = 18 1 8
3 x 9 = 27 2 7
4 x 9 = 36 3 6
5 x 9 = 45 4 5
6 x 9 = 54 5 4
7 x 9 = 63 6 3
8 x 9 = 72 7 2
9 x 9 = 81 8 1
Rajah 3 : Cara Mengisi Sifir 9

Seterusnya, peserta menulis nombor 1 dalam petak lajur sifir 5 secara


menegak dua kali di sebelah kiri, diikuti nombor 2, 3 dan 4.

× 2 3 4 5 6 7 8 9
2 1 18
3 1 27
4 2 36
5 2 45
6 3 54
7 3 63

17
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

8 4 72
9 18 27 36 45 54 63 72 81

Rajah 4 : Cara Melengkapkan Sifir 4

Kemudian, peserta dibimbing untuk menulis 0, diikuti 5 secara selang-seli


dalam petak lajur sifir 5 secara menegak di sebelah kanan, kemudian isikan sifir 5
secara melintang.
× 2 3 4 5 6 7 8 9
2 10 18
3 15 27
4 20 36
5 10 15 20 25 30 35 40 45
6 30 54
7 35 63
8 40 72
9 18 27 36 45 54 63 72 81

Rajah 5 : Cara Melengkapkan Sifir 5

Seterusnya peserta dibimbing untuk mengisi ruang yang belum diisi dengan
operasi tambah bermula dari sifir 2, 3, dan 4. Kemudian peserta mengisi secara baris
dengan menyalin jawapan sifir yang diisi secara menegak. Akhirnya, peserta diminta
untuk mengisi ruang lain yang belum dilengkapkan dengan menggunakan operasi
tambah sehingga selesai semua petak sifir ini seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.

× 2 3 4 5 6 7 8 9
2 4 6 8 10 12 14 16 18
3 6 9 12 15 18 21 24 27
4 8 12 16 20 24 28 32 36
5 10 15 20 25 30 35 40 45
6 12 18 24 30 36 42 48 54
7 14 21 28 35 42 49 56 63
8 16 22 32 40 48 56 64 72
9 18 27 36 45 54 63 72 81

Rajah 6 : Petak Sifir Yang Lengkap

Pengkaji akan membimbing peserta mengisi petak sifir yang telah disediakan
oleh pengkaji. Langkah seterusnya ialah peserta mengisi petak sifir yang disediakan
tanpa bimbingan daripada pengkaji. Selepas itu, pengkaji akan membimbing peserta
membina dan mengisi petak sifir. Kemudian, peserta membina dan mengisi petak
sifir tanpa bimbingan daripada pengkaji. Sepanjang proses ini, peserta turut
diperhatikan berdasarkan beberapa aspek. Berikutnya, peserta akan diberikan Ujian
Pasca untuk menilai keberkesanan Kaedah Petak Sifir terhadap penguasaan sifir 2
hingga sifir 9 peserta kajian. Setelah itu, temu bual kedua dijalankan untuk mengesan
minat peserta terhadap penggunaan Kaedah Petak sifir.
Mengikut model Kurt Lewin, langkah seterusnya adalah membuat penilaian
terhadap kaedah yang telah dipilih dan seterusnya membuat refleksi terhadap
rawatan yang telah diberikan terhadap peserta kajian. Selepas menganalisis dan

18
Sharinie Binti Pelin & Hu Laey Nee

mengambil kira data yang dikumpul, pengkaji meneruskan satu lagi kitaran bagi
penambahbaikan dan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam kitaran pertama.

Kitaran Kedua
Dalam kitaran kedua, peserta masih lagi mengaplikasikan kaedah ini tetapi
terdapat perubahan strategi. Strategi yang diperbaiki adalah dari segi pembinaan
petak sifir dengan pantas dan menggunakan kaedah hafalan sifir. Pengkaji
menggunakan kaedah tersebut kerana pengkaji merasakan peserta memerlukan
dorongan dan bantuan untuk menghafal sifir. Sifir yang memerlukan hafalan adalah
sifir 6, 7 dan 8. Sifir dipilih kerana peserta mengalami kesukaran untuk menjawab
soalan yang berkaitan dengan sifir tersebut. Cara penulisan sifir lain, masih sama
seperti yang dijalankan dalam kitaran pertama.
Pemerhatian kedua dijalankan selepas perlaksanaan penambahbaikkan dalam
kitaran kedua. Peserta didapati menunjukkan minat dan keyakinan semasa membina
petak sifir. Ujian Pasca kedua dilaksanakan seminggu selepas selesainya rawatan
kedua yang bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah baru yang digunakan iaitu
kaedah hafalan bagi sifir 6, 7 dan 8.

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan 4 instrumen untuk


pengumpulan data. Ujian Pra dan temu bual digunakan sebelum sesi rawatan
dijalankan ke atas peserta. Semasa proses rawatan, pengkaji menggunakan instrumen
pemerhatian dan Ujian Pasca. Instrumen temu bual digunakan sekali lagi setelah
proses rawatan selesai.

Pemerhatian

Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


Sepanjang perlaksanaan kajian, pengkaji telah memperhatikan dan merekodkan
beberapa perkara seperti sikap dan minat peserta terhadap sifir semasa
mengaplikasikan Kaedah Petak Sifir. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk menilai
sikap dan minat peserta terhadap penggunaan Kaedah Petak Sifir bagi meningkatkan
penguasaan sifir 2 hingga sifir 9.

Temu bual

Dalam kajian ini, temu bual dijalankan sebelum dan selepas perlaksanaan
kajian. Temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti minat murid terhadap sifir dan
Kaedah Petak Sifir. Sepuluh soalan telah dikemukakan dalam sesi temu bual
tersebut.

Ujian Pra

Ujian Pra diberikan sebelum proses rawatan dijalankan dan dijalankan


selama 40 minit. Ia bertujuan untuk menguji tahap kemampuan seseorang murid
menguasai sifir 2 hingga sifir 9. Sebanyak seratus soalan telah diberikan. Soalan
adalah berkenaan dengan sifir 1 hingga sifir 10 dan disusun mengikut urutan sifir.

19
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Ujian Pasca

Ujian Pasca diberikan kepada peserta selepas Kaedah Petak Sifir


diaplikasikan dan turut dijalankan dalam masa 40 minit. Ujian ini diberikan untuk
menilai keberkesanan pengaplikasian Kaedah Petak Sifir terhadap penguasaan sifir 2
hingga sifir 9 peserta. Kandungan soalan adalah sama dengan soalan Ujian Pra.

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis data dilakukan untuk menentukan keberkesanan Kaedah Petak Sifir.


Perbezaan markah dikira untuk mengesan perkembangan yang dilakukan oleh
peserta. Pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti tingkah laku peserta semasa
melakukan Kaedah Petak Sifir. Temu bual dijalankan untuk mengesan latar belakang
dan minat mereka.

Ujian Pra

Dalam kajian ini, Ujian Pra dianalisis menggunakan peratusan. Soalan terdiri
daripada sifir 1 hingga sifir 10 iaitu sebanyak 100 soalan dan setiap soalan mewakili
peratus sebanyak 1%. Markah peserta ditentukan dengan soalan yang dapat dijawab
dengan betul dan jawapan salah peserta. Setiap soalan yang dijawab salah akan
menyebabkan penolakan markah sebanyak 1%. Min markah turut dikirakan.

Ujian Pasca

Seperti Ujian Pra, Ujian Pasca juga dianalisis menggunakan peratusan dan
soalan yang terlibat adalah sama dengan Ujian Pra. Setiap soalan membawa
peratusan 1%. Satu soalan yang dijawab dengan betul membolehkan peserta
mendapat 1% markah. Jika terdapat peningkatan markah daripada Ujian Pra, ini
menunjukkan bahawa pengaplikasian Kaedah Petak Sifir ini mampu meningkatkan
penguasaan sifir peserta. Kemudian, min markah peserta juga dikira.

Pemerhatian

Pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian tidak berstruktur. Peserta


diperhatikan berdasarkan beberapa aspek (Jadual 2).

Jadual 2: Aspek Yang Dinilai Dalam Pemerhatian

Aspek Ciri-ciri
Perhatian Minat terhadap Kaedah Petak Sifir, membina petak sifir tanpa
gangguan atau masalah.
Kecekapan Keupayaan membina petak sifir.
Keyakinan Penglibatan semasa membuat kerja, masa yang digunakan untuk
membina petak sifir.
Integrasi Interaksi, bercakap dengan rakan

20
Sharinie Binti Pelin & Hu Laey Nee

Temu bual

Temu bual tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit. Bagi menganalisis


instrumen ini, pengkaji menilai maklum balas positif atau negatif peserta terhadap
penggunaan Kaedah Petak Sifir. Daripada temu bual, pengkaji dapat mengetahui
kaedah yang digunakan oleh peserta untuk menghafal sifir sebelumnya dan
pandangan mereka terhadap Kaedah Petak Sifir.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa sama ada pengkaji telah


mencapai objektif kajian. Dapatan yang diperolehi oleh pengkaji daripada
pengumpulan data telah dianalisis dan hasilnya telah diperolehi.

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Ujian Pra dan Pasca untuk
menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Petak Sifir terhadap penguasaan sifir 2
hingga sifir 9 murid. Analisis data bagi ujian itu ditunjukkan dalam Jadual 3 berikut.

Jadual 3: Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Perbezaan Markah (%)
P1 63 98 35
P2 55 84 29
P3 32 42 10

Jadual 3 menunjukkan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi ketiga-tiga
peserta kajian. Peserta 1 telah mendapat 63% dalam Ujian Pra dan mendapat 98%
dalam Ujian Pasca. Peserta 2 pula mendapat markah sebanyak 55% dalam Ujian Pra
dan 84% dalam Ujian Pasca. Peserta 3 pula mendapat 32% dalam Ujian Pra dan 42%
dalam Ujian Pasca.
Dapatan data daripada Jadual 3 menunjukkan terdapat perbezaan markah di
antara Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap peserta. Bagi peserta 1, peningkatan
markah adalah sebanyak 35%, peserta 2 sebanyak 29% dan peserta 3 sebanyak 10%.
Jadual 4 menunjukkan perbezaan markah bagi Ujian Pasca kitaran pertama
dan kitaran kedua bagi ketiga-tiga peserta yang terlibat dalam kajian. Peserta 1 telah
mendapat 98% dalam ujian kitaran pertama dan 97% dalam kitaran kedua. Peserta 2
pula mendapat 84% dalam ujian kitaran pertama dan 80% dalam kitaran kedua.
Peserta 3 telah memperolehi 42% dan 38% dalam ujian kitaran pertama dan kedua.

Jadual 4: Markah Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%) Perbezaan Markah (%)
P1 98 97 -1
P2 84 80 -4
P3 42 38 -4

21
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Dalam Ujian Pasca tersebut, tidak ada seorang pun peserta yang memperolehi
peningkatan markah. Ketiga-tiga peserta mengalami penurunan markah.

Jadual 5: Markah min setiap ujian

Jenis Ujian Min (%)


Ujian Pra 50
Ujian Pasca Kitaran Pertama 74.7
Ujian Pasca Kitaran Kedua 71.7

Jadual 5 menunjukkan min markah bagi ketiga-tiga ujian yang dijalankan


dalam kajian ini. Min markah yang dicapai oleh ketiga-tiga peserta dalam Ujian Pra
adalah sebanyak 50% dan meningkat kepada 74.7% dalam Ujian Pasca kitaran
pertama. Peningkatan min yang berlaku adalah sebanyak 24.7%. Namun begitu
berlaku penurunan min markah dalam Ujian Pasca kitaran kedua. Penurunan adalah
sebanyak 21.7% daripada Ujian Pra dan sebanyak 3.0% daripada Ujian Pasca kitaran
pertama.

Temu bual

Dalam kajian ini, terdapat dua fasa temu bual yang dijalankan. Berdasarkan
temu bual fasa pertama, dapat dilihat bahawa ketiga-tiga peserta meminati dan suka
dengan matapelajaran Matematik tetapi tidak suka dengan sifir. Mereka menyatakan
bahawa sifir sangat susah kerana mereka tidak menghafal sifir. Terdapat dua peserta
yang menggunakan kaedah mengingat untuk menghafal sifir dan seorang peserta lagi
menggunakan kaedah tambah berulang dan menulis sifir.
Semasa temu bual fasa kedua, peserta kelihatan lebih aktif dan mempunyai
kefahaman yang lebih terhadap soalan yang diajukan. Ketiga-tiga peserta
menunjukkan perubahan sikap yang positif terhadap sifir. Peserta merasakan bahawa
Kaedah Petak Sifir memudahkan mereka menguasai sifir seterusnya menambahkan
minat mereka terhadap matapelajaran Matematik.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian dalam kitaran pertama, peserta 1 menunjukkan minat


dan kelihatan bersungguh-sungguh untuk belajar kaedah baru. Dia cepat faham apa
yang diajarkan dan rajin bertanya sekiranya menghadapi masalah dan suka
membantu rakannya. Peserta 2 turut menunjukkan minat tetapi perlukan bimbingan
yang berterusan untuk membina petak sifir. Dia agak pasif dan kurang berinteraksi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Peserta 3 pula mengambil masa yang
agak lama untuk memahami cara pembinaan petak sifir dan kelihatan kurang
berminat untuk mempelajari kaedah tersebut.
Bagi pemerhatian dalam kitaran kedua, didapati peserta-peserta menunjukkan
sikap yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaraan Kaedah Petak Sifir ini.
Mereka didapati lebih berminat dan bermotivasi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan mereka nampak ceria dan selesa sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Peserta 1 dapat membina petak sifir tanpa masalah dalam masa yang
singkat dan turut membantu rakannya yang menghadapi masalah. Manakala peserta 2
dan peserta 3 memerlukan masa yang agak lama untuk membina petak sifir.

22
Sharinie Binti Pelin & Hu Laey Nee

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji telah membuat refleksi dapatan kajian.


Perbincangan adalah untuk menjawab persoalan kajian yang meliputi 2 perkara iaitu
kesan pengaplikasian Kaedah Petak Sifir dalam peningkatan penguasaan sifir murid
dan kesannya dalam meningkatkan minat murid terhadap penguasaan sifir.

Kesan Pengaplikasian Kaedah Petak Sifir dalam membantu peningkatan


penguasaan murid dalam sifir 2 hingga sifir 9

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan markah peserta dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi sifir 2 hingga sifir 9 sebelum dan selepas
mempelajari Kaedah Petak Sifir. Peserta 1, 2 dan 3 mengalami peningkatan dalam
markah mereka dari Ujian Pra dengan Ujian Pasca 1.
Hasil dapatan bagi kitaran pertama dalam kaijian ini selari dengan hasil
dapatan kajian oleh Faddreen Jingan (2006) dimana, walaupun tidak semua peserta
mampu menguasai 100% sifir tersebut tetapi kesemua peserta menunjukkan
peningkatan dalam menyelesaikan soalan pendaraban yang diberikan kepada mereka
selepas mempelajari “Kaedah Mudah Sifir”. Ini juga selari dengan dapatan kajian
Thesok Kumar (2009) yang menggunakan pendekatan ‘hands-on’ untuk
meningkatkan penguasaan sifir dan pendaraban.
Walaupun begitu, penggunaan kaedah hafalan untuk membina petak sifir
dalam kitaran kedua agak kurang berkesan kepada peserta untuk menguasai sifir 2
hingga sifir 9. Tiada peningkatan markah atau pencapaian yang ditunjukkan oleh
peserta dalam kitaran kedua. Hal ini selari dengan pendapat Artherton (2010) yang
menyatakan bahawa mengingat adalah sesuatu yang rumit. Penggunaan kaedah
ingatan atau hafalan kurang sesuai untuk membantu peserta mengusai sifir tersebut.
Faktor lain yang menjadi penyebab kepada penurunan markah peserta dalam
Ujian Pasca kitaran kedua adalah kesilapan ketika melakukan penambahan berulang
dalam membina petak sifir. Jesteru itu, peserta turut memberikan jawapan yang salah
dalam menjawab soalan sifir tersebut.

Kesan Pengaplikasian Kaedah Petak Sifir dalam meningkatkan minat murid


terhadap penguasaan sifir 2 hingga sifir 9

Berdasarkan rekod pemerhatian, di antara ketiga-tiga peserta, peserta 3


didapati agak kurang motivasi dan sikap yang kurang memberansangkan dalam
pembelajaran. Peserta 1 menunjukkan sikap yang baik semasa pembelajaran. Dia
menunjukkan minat untuk belajar kaedah baru tersebut dan rajin bertanya sekiranya
menghadapi masalah. Dia turut membantu dan membimbing rakannya yang
menghadapi masalah untuk membina petak sifir tersebut. Peserta 2 turut
menunjukkan minat untuk belajar tetapi berbeza dengan peserta 1, dia agak pasif dan
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan petak sifir. Keseluruhannya, ke
semua peserta menunjukkan sikap yang positif sepanjang pembelajaran kaedah ini
dan menunjukkan bahawa kaedah ini mampu menarik minat murid terhadap sifir.
Berdasarkan rekod temu bual, peserta menyatakan bahawa mereka
menunjukkan minat untuk mempelajari matapelajaran Matematik sebelum dan
selepas mempelajari Kaedah Petak Sifir. Sebahagian peserta menunjukkan minat
terhadap sifir selepas diperkenalkan dengan kaedah ini. Ini menunjukkan peserta
mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran. Dapatan ini selari dengan kajian

23
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

yang dijalankan oleh Janting Ringkai (2005) yang menyokong bahawa kaedah
alternatif lebih disukai oleh murid daripada kaedah mengingat sahaja. Sikap peserta
terhadap pembelajaran mungkin boleh ditingkatkan sekiranya kaedah baru, unik dan
yang melibatkan bahan konkrit diperkenalkan kepada mereka.
Kesimpulannya, kedua-dua objektif kajian ini dapat dicapai dengan
menggunakan instrumen yang telah dipilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah ini berkesan membantu murid menguasai sifir 2 hingga sifir 9 sekiranya tidak
menggunakan kaedah hafalan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini dapat membantu dan berguna untuk semua tahap murid yang ingin
menguasai sifir 2 hingga sifir 9. Murid akan dapat mengingati cara untuk menulis
sifir sekiranya mereka tidak dapat menghafal sifir 2 hingga sifir 9. Mereka akan
mendapat banyak faedah daripada petak sifir tersebut terutamanya untuk
menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban.
Dalam kajian kitaran kedua, pengkaji menggunakan kaedah hafalan untuk
untuk mengisi sifir 6, 7 dan 8 dan dapatan kajian menunjukkan kaedah tersebut
kurang berkesan dalam meningkatkan penguasaan sifir murid. Bagi kajian lanjutan,
pengkaji boleh menggunakan kaedah latih tubi untuk penambahbaikkan dalam
kitaran kedua bagi membina dan mengisi petak sifir tersebut. Hal ini kerana, murid
akan lebih ingat dan dapat menguasai sepenuhnya pembinaan petak sifir tersebut
sekiranya mereka melakukannya berulang kali dan seterusnya boleh membantu
mereka membina petak sifir dengan lebih mudah dan cepat ketika menduduki ujian
atau peperiksaan.
Pengkaji boleh menggabungkan kaedah lain dalam Kaedah Petak Sifir ini.
Sebagai contoh, pengkaji boleh menggabungkan Kaedah Hafalan Nombor Ajaib
seperti yang dijalankan oleh Yong (2010) dalam kajian beliau dalam membantu
murid menghafal sifir 7. Dalam Kaedah Petak Sifir tersebut, pengkaji boleh
menggunakan kaedah susunan sifir 7 dalam Kaedah Hafalan Nombor Ajaib untuk
menulis sifir 7.
Dalam kajian ini, soalan yang digunakan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
adalah soalan yang sama. Dalam kajian lanjutan di masa hadapan, para pengkaji
dicadangkan untuk menggunakan soalan yang berlainan bagi menguji kemahiran
peserta dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dalam Ujian Pra, soalan ujian disusun
mengikut urutan sifir. Untuk kajian selanjutnya, soalan kajian bagi Ujian Pasca
hendaklah disusun secara rawak dan tidak mengikut urutan sifir. Ini bertujuan untuk
melihat peningkatan yang boleh dilakukan oleh peserta dengan lebih ketara dan
tepat.
Pertimbangan perlu dibuat dalam penyelidikan tindakan dalam menentukan
halangan pembelajaran yang dihadapi oleh peserta untuk mencapai hasil
pembelajaran yang maksimum. Sebagai contoh, dalam kajian ini, halangan yang
dihadapi oleh peserta dalam kitaran pertama ialah mereka keliru untuk mengisi petak
sifir secara melintang. Mereka tidak dapat mengaitkan bahawa sifir tetap sama
walaupun diisi secara menegak atau melintang. Dalam kitaran kedua, halangan yang
dihadapi oleh peserta ialah masalah ingatan jangka pendek. Walaupun mereka telah
menghafal sifir tersebut, tidak lama selepas itu mereka akan lupa apa yang telah
mereka hafal.

24
Sharinie Binti Pelin & Hu Laey Nee

RUMUSAN

Dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa kaedah yang bersifat


‘hands-on’ memberikan kesan yang positif kepada prestasi pelajar. Kaedah Petak
Sifir sebagai contoh menjelaskan tentang prinsip ‘hands-on’ tersebut. Dalam hal ini,
murid mengalami sendiri dan merasai proses membina dan mengisi petak sifir
tersebut sehingga dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap sifir 2 hingga
sifir 9. Kaedah hafalan agak kurang sesuai digunakan tetapi sekiranya dilakukan
pengubahsuaian, kelebihan dan faedah pengajaran tersebut dapat diperolehi dan
dimanfaatkan. Dengan kata lain, kepelbagaian dalam kaedah pengajaran, khususnya
dalam pengajaran Matematik dapat meningkatkan minat dan sikap murid terhadap
mata pelajaran tersebut. Jesteru itu, para guru seharusnya berusaha mempelbagaikan
kaedah pengajaran supaya murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang optimum.

RUJUKAN

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino. Journal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.
Atherton, J. (2010). Memory.[Online]. Available:
http://www.learningandteaching.info/learning/memory.htm. [2011, Julai 2]
Bahagian Pendidikan Guru.(2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk
Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Menggunakan Kaedah Mudah
Sifir.Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPTAR. Sarawak: Institut Perguruan
Tun Abdul Razak, 10-16.
Fischbein, E.et al. (2006).The Role of Implicit Models in Solving Verbal Problems in Multiplication
and Division.[Online]. Available:
http://www.gismosite.org/ems512/articles/JRME1985FischbeinDeriNelloMarino.pdf. [2011,
Julai 10]
Guskov, V. (2010).Time Tables-Causes of Difficulties (1-3). [Online]. Available:
http://www.eioba.com/a124602/time_tables_causes_of_difficulties_1_3 [2011, Julai 14]
Janting Ringkai. (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-murid Tahun 5
Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10. [Online].
Available:http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janti
ng.pdf. [2011, Julai 12]
Mario Ganny Micheal. (2006). Meningkatkan Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab di Kalangan
Murid-murid Tahun6B SK Beladin Melalui Pendekatan Permainan Domino in Prosiding
Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan Tun
Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 25-33.
Marten, M. (2008).Using Arrays to Teach MultiplicationFacts.[Online]. Available:
http://www.helium.com/items/967903-using-arrays-to-teach-multiplication-facts. [2011, Julai
3]
Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pelatih Matematik. Tesis
Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Thesok Kumar. (2009). Action Research for the Effective Ways to Improve the Multiplication Skills of
Year 3 Pupils.[Online]. Available: http://thesok19.blogspot.com/2009/05/action-research-for-
effective-waysto.html. [2011, June 20]
Yong Bing Sing. (2010). Magic Number Memorization: A Teaching to Memorize Multiplication Table
7. Tesis Sarjana Muda. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
1
Email: sharin428@yahoo.com, 2huln1234@gmail.com
25
KAEDAH TABULAR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN PENDARABAN

SITI NUR MARIANA BT. MD. AMIN1


HU LAEY NEE2

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid tahun 4 dalam


meningkatkan penguasaan kemahiran pendaraban dengan menggunakan kaedah
tabular. Penyelidikan tindakan ini berasaskan model Kurt Lewin yang dilaksanakan
sebanyak dua kitaran di sebuah sekolah rendah di bandaraya Miri. Pemilihan
responden berdasarkan ujian progresif yang telah dijalankan dan 3 responden telah
dipilih. Hasil ujian progresif mendapati bahawa murid mempunyai kesukaran dalam
kemahiran pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2 digit. Kajian ini
berfokuskan penggunaan kaedah tabular dalam mempelajari kemahiran pendaraban.
Instrumen kajian yang menentukan keberkesanan kaedah tabular dan prestasi
pencapaian responden ialah ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Hasil
pemerhatian dan temu bual digunakan untuk menentukan masalah yang wujud
semasa pengaplikasian kaedah tabular. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan
pencapaian yang positif pada setiap responden. Terdapat empat masalah yang telah
dikenalpsti semasa pengaplikasian kaedah tabular iaitu kecuaian, kekeliruan, murid
mengambil masa yang lama dan murid tidak dapat mengingat.

ABSTRACT

An action research was conducted to help students in Year 4 to improve their


multiplication skills by using tabular methods. This action research model based on
Kurt Lewin was conducted in two cycles in a primary school of Miri. Three
respondents were selected based on the progressive test conducted. The progressive
test results found that students have trouble with the 3-digit number multiplication
skills with a 2-digit number. This study focused on the use of tabular methods in
learning multiplication skills. Research instruments that determine the effectiveness
of the tabular method and the performance of the respondents were a pre-test, a
post-test 1 and a post-test 2. Observations and interviews were used to determine the
problems that existed during the application of tabular methods. The findings
showed a positive performance by each respondent. There were four problems
identified in the application of this method which are carelessness, confusion,
students time management and failure to remember the steps.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan matapelajaran major yang amat penting untuk dikuasai


oleh murid-murid di mana-mana peringkat persekolahan. Bagi peringkat sekolah
rendah, penguasaan subjek ini amat penting manakala kegagalan menguasai subjek
ini akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pembelajaran di peringkat yang
lebih tinggi.
Penguasaan operasi asas ini adalah penting kepada persediaan murid untuk
menguasai topik yang lebih kompleks atau tinggi aras kemahirannya. Terdapat murid
yang tidak menguasai operasi asas ini kerana mereka menyatakan matematik
merupakan subjek yang agak susah untuk difahami, tidak menarik, sukar dan
26
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera,
latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996).
Dalam mencapai status negara maju dalam tahun 2020, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan perubahan dalam proses memperkasa
sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pengalaman praktikum, ketidakupayaan murid untuk menguasai


tajuk yang diajar adalah disebabkan mereka mempunyai asas matematik yang lemah.
Mereka mempunyai masalah dalam asas pendaraban. Masalah pendaraban yang
sering dialami ialah masalah mendarab 3 digit nombor dengan 2 digit nombor
dengan menggunakan bentuk lazim pendaraban.
Kajian ini berfokuskan penggunaan kaedah tabular dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menilai kesan pengaplikasian kaedah tabular dalam meningkatkan
penguasaan pendaraban yang melibatkan nombor 3 digit dengan nombor 2 digit.
Penguasaan topik nombor bulat amat penting kerana ia merupakan asas
kepada topik lain yang lebih kompleks. Bagi menyelesaikan masalah nombor bulat
yang melibatkan operasi darab, murid biasanya akan menggunakan kaedah “Long
Multiplication” dan “Lattice Multiplication”. Masalah mulai timbul apabila murid
menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor 3 digit dengan nombor 2 digit.
Kekeliruan mulai berlaku apabila mereka keliru nombor yang mana satu patut
didarab dengan nombor lain. Ini menyebabkan setiap kali murid menyelesaikan
masalah mereka akan memperolehi jawapan yang tidak tepat.

Dengan ini, kajian ini menggunakan kaedah tabular bagi mengatasi masalah
ketidakupayaan murid menguasai kaedah “Long Multiplication” di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu


a) Menentukan keberkesanan kaedah tabular dalam membantu murid-murid
menguasai pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2 digit.
b) Mengenalpasti masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah tabular
dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2
digit.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut :


a) Adakah kaedah tabular berkesan dalam membantu murid-murid mempelajari
kemahiran pendaraban 3 digit nombor dengan 2 digit nombor?
b) Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah tabular dalam
menyelesaikan soalan darab yang melibatkan 3 digit nombor dengan 2 digit
nombor?

27
Siti Nur Mariana Bt. Md. Amin & Hu Laey Nee

TINJAUAN LITERATUR

Konsep Kaedah Tabular

Kaedah tabular merupakan petak yang mengandungi susunan nombor tertentu


mengikut nilai tempat bagi tujuan pendaraban. Setelah mengenalpasti digit nombor
yang akan didarab maka petak grid akan dibina. Pendaraban menggunakan kaedah
tabular mengaplikasikan susunan nombor mengikut nilai tempat dalam memudahkan
pendaraban dan kaedah ini juga melibatkan penambahan. Berdasarkan Mooney et al.
(2003), pemahaman kepada nilai tempat adalah penting sebelum murid menguasai
algoritma penulisan yang piawai. Langkah-langkah membina kaedah tabular
ditunjukkan pada Rajah 1.

a) Langkah 1 dalam Rajah 1a ialah meletakkan nombor mengikut nilai tempat.


Sebagai contoh, 145 × 13 memerlukan dua lajur dan tiga baris.
b) Langkah 2 dalam Rajah 1b, 145 akan dipisahkan menjadi 10 + 3. 10 dan 3
akan ditulis di dalam petak lajur pertama iaitu ditulis daripada kiri mengikut
nilai tempat puluh dan satu. Manakala, 100, 20 dan 4 akan ditulis di sebelah
kiri bermula dengan baris pertama ke bawah
c) Langkah 3 dalam Rajah 1c, nombor di baris akan didarab dengan nombor di
lajur.
d) Langkah 4 dalam Rajah 1d, nombor pada setiap baris akan dijumlahkan dan
diletakkan pada petak jumlah.
e) Langkah 5 ialah pengiraan menggunakan bentuk lazim digunakan iaitu setiap
nombor dalam bahagian petak jumlah perlu ditambah untuk mendapatkan
penyelesaian.

Kaedah Tabular Dalam Matematik

Pengkaji mendapati bahawa kaedah tabular mempunyai persamaan dengan


corak di dalam jadual sifir. Kaedah tabular dan corak di dalam jadual sifir
mempunyai persamaan dari segi menghubungkaitkan corak nombor di dalam jadual.
Bagi kaedah tabular, corak yang dihasilkan ialah meletakkan nombor di dalam jadual
mengikut nilai tempat. Haylock (2003) menyatakan

“This means making connections- relating together the result within


the tables, connecting them to concrete situations and pictures, and
above all, discovering, articulating and using the amazing amount of
pattern that is built into them”.

Kaedah tabular merupakan kaedah alternatif yang bukannya diambil daripada


buku teks seperti kaedah bentuk lazim pendaraban. Menurut Charlesworth dan Lind
(2007) yang dipetik daripada Sharon Yeo (2010), guru di sekolah rendah cenderung
untuk hanya bergantung kepada buku teks, buku kerja dan bahan-bahan cetakan.
Kaedah tabular juga melibatkan kepentingan penggunaan nilai tempat.
Menurut Mooney et al. (2003), yang dipetik daripada Fazli Ali Karim (2010),
sebelum murid menguasai algoritma penulisan yang piawai adalah penting bagi
murid untuk memahami tentang nilai tempat.
28
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Pendaraban Dalam Matematik

Pendaraban merupakan operasi asas yang harus dikuasai oleh murid pada
peringkat rendah. Menurut Sharon Yeo (2010), murid mula mempelajari pendaraban
selepas menguasai penambahan. Terdapat beberapa faktor murid tidak dapat
menguasai pendaraban seperti yang dinyatakan oleh Guskov (2010) yang dipetik
daripada Sharon Yeo (2010), “there were three main causes of difficulties in
mastering the multiplication table.” Faktor pertama, murid tidak mengenalpasti
pendaraban adalah penambahan berulang. Faktor kedua, murid mempelajari sifir
tanpa membuat hubung-kait persamaan fakta. Faktor ketiga, murid mengingat sifir
dengan menghafal semata-mata.

× Jumlah × 10 3 Jumlah

100

40

Rajah 1a Rajah 1b

× 10 3 Jumlah × 10 3 Jumlah

100 1000 300 1300 100 100 × 10 100 × 3

40 400 120 520 40 40 × 10 40 × 3

5 50 15 65 5 5 × 10 5×3

Rajah 1d Rajah 1c

1 300
+ 520
65
1 885

Rajah 1 : Pembinaan petak grid dan proses pendaraban 145 × 13 dengan kaedah tabular
29
Siti Nur Mariana Bt. Md. Amin & Hu Laey Nee

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 4 di sebuah
sekolah di kawasan Miri. Kajian ini melibatkan tiga orang responden iaitu dua orang
responden lelaki dan seorang responden perempuan dan kesemua responden berumur
10 tahun. Berdasarkan penilaian ujian progresif, pencapaian responden kajian dalam
topik pendaraban adalah diketegorikan sangat lemah yang hanya memperolehi
markah kurang daripada 40%.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian tindakan ini berpandukan model Kurt Lewin yang berbentuk kitaran
dan setiap kitaran melibatkan perancangan, perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Kajian ini mempunyai dua kitaran yang dijalankan seperti berikut :

Kitaran 1

a) Perancangan
Langkah pertama adalah merancang. Berdasarkan masalah yang berlaku kepada
murid tahun 4, pengkaji telah mengenalpasti ketidakupayaan murid dalam
menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor 3 digit dengan nombor
2 digit. Pengkaji telah mengenalpasti kaedah yang sesuai iaitu kaedah tabular.

b) Perlaksanaan
Sebelum memulakan sesi rawatan responden yang telah dipilih diberikan ujian pra
Pengkaji memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan
kaedah tabular. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji
memperkenalkan kaedah tabular kepada responden. Setelah responden menguasai
kaedah tabular responden diberikan ujian pasca bagi menilai perbezaan pencapaian di
antara ujian pra dan ujian pasca.

c) Pemerhatian
Semasa sesi rawatan dijalankan pengkaji membuat dua jenis iaitu pemerhatian
pengkaji dan pemerhatian rakan kritikal. Pemerhatian ini dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran kaedah tabular diaplikasikan. Rakan kritikal diberikan
borang semakan bagi memudahkan pemerhatian. Pengkaji juga membuat penilaian
dengan berdasarkan perbezaan markah peratusan ujian pra dan ujian pasca.

d) Refleksi
Pengkaji mendapati bahawa terdapat masalah yang timbul apabila kaedah tabular ini
dijalankan. Oleh itu, penambahbaikan ataupun kitaran kedua perlu dibuat bagi
mengatasi masalah ini.

Kitaran 2

a) Perancangan
Masalah telah dikenalpasti dan pengkaji telah mengubahsuai teknik yang digunakan
untuk kaedah tabular bagi mengatasi masalah yang timbul.

30
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

b) Perlaksanaan
Pada kitaran 1 kaedah tabular mempunyai 3 petak jadual manakala pada kitaran 2,
kaedah tabular telah diubahsuai menjadi 1 petak jadual (Rajah 4). Pengubahsuaian
bertujuan menjimatkan masa dan tidak mengelirukan responden Seterusnya, ujian
pasca akan diberikan sekali lagi bagi tujuan menilai tahap penguasaan dan
pencapaian responden melalui perbezaan peratusan markah ujian pos kitaran 1
dengan ujian pos kitaran 2.

× 10 3 Jumlah
1 300
+ 520
100 1000 300 1300
65
40 400 120 520 1 885

5 50 15 65

Rajah 4 : Pembinaan petak grid dan proses pendaraban 145 ×13 dengan kaedah
tabular
c) Pemerhatian
Pemerhatian dalam kitaran 2 masih menggunakan pemerhatian pengkaji,
pemerhatian rakan kritikal dan peratusan markah ujian pos. Pemerhatian yang
dijalankan masih lagi sama dengan pemerhatian pada kitaran 1. Tujuannya adalah
menguji keberkesanan kaedah tabular bagi membantu responden menguasai
kemahiran mendarab.

d) Refleksi
Pengkaji telah mendapati bahawa responden menunjukkan peningkatan dari segi
pencapaian markah berdasarkan keputusan ujian pasca 2. Keputusan ujian pasca 2
menunjukkan bahawa keberkesanan kaedah tabular dalam membantu menguasai
kemahiran pendaraban. Responden dilihat berminat untuk menggunakan kaedah
tabular dalam menyelesaikan masalah pendaraban dan masalah yang timbul selepas
kitaran 1 dijalankan dapat diatasi.

CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian tindakan ini menggunakan empat instrumen iaitu ujian pra, ujian
pasca, pemerhatian dan temu bual. Ujian pra dan ujian pasca digunakan dalam
pengumpulan data. Ujian Pra dijalankan sebelum menggunakan kaedah tabular yang
mengandungi enam soalan. Ujian Pasca dijalankan selepas pengkaji menggunakan
kaedah tabular dan masih menggunakan soalan yang sama. Perbandingan markah di
antara ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk mengetahui pencapaian murid
dengan mengambilkira peratusan markah yang diperolehi oleh responden.
Pemerhatian dan temu bual digunakan untuk mengenalpasti masalah-masalah
yang timbul sepanjang proses kaedah tabular dijalankan. Pemerhatian pegkaji dan
pemerhatian rakan kritikal diambilkira bagi mengenalpasti masalah yang timbul.

31
Siti Nur Mariana Bt. Md. Amin & Hu Laey Nee

Pemerhatian pengkaji dilakukan ke atas hasil kajian seperti buku latihan responden.
Pemerhatian rakan kritikal berdasarkan 4 kriteria pemerhatian yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran kaedah tabular yang mengkehendaki rakan
kritikal menanda pada Ya atau Tidak dan catatan atau komen akan dicatatkan bagi
setiap pemerhatian jika perlu.
Temu bual dijalankan secara bersemuka di antara pengkaji dengan responden.
Pengkaji telah bertanyakan soalan tentang penguasaan pendaraban nombor 3 digit
dengan nombor 2 digit. Pengkaji mencatatkan maklumat atau hasil temu bual dengan
menggunakan 6 kriteria.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian pra dan ujian pasca dianalisis menggunakan peratusan markah.


Perbezaan markah yang terdapat daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah penting
bagi mengenalpasti peningkatan penguasaan responden Jika responden mendapat
markah di antara 70% - 100%, bermaksud responden dapat menguasai. Jika
responden mendapat markah di antara 40% - 69%, bermaksud responden tidak
menguasai. Manakala jika responden hanya mendapat markah di antara 0% - 39%,
bermaksud responden tidak dapat menyelesaikan masalah.
Data pemerhatian berdasarkan pemerhatian pengkaji iaitu semasa
pengaplikasian kaedah tabular dan pemerhatian rakan kritikal yang menggunakan
borang semakan rakan kritikal. Pemerhatian ini digunakan untuk melihat masalah-
masalah yang timbul dan melalui keputusan ujian pra dan ujian pasca juga pengkaji
telah mengetahui masalah yang dihadapi oleh responden.dan temu bual dianalisis
untuk mengetahui dilakukan sepanjang proses pengajaran kaedah tabular.
Data temu bual juga dianalisis untuk melihat masalah yang timbul semasa
pengaplikasian kaedah tabular. Data diperolehi melalui soalan tidak berstruktur
semasa kaedah tabular dijalankan dan selepas kaedah tabular dijalankan bagi
memperolehi respon yang positif ataupun negatif.

DAPATAN KAJIAN
Kitaran 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca 1
Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah di antara ujian pra dan ujian pasca 1
bagi ketiga-tiga responden yang terlibat dalam kajian ini. Responden R1 dan R3
menunjukkan peningkatan positif iaitu bagi responden R1, peningkatan markah
sebanyak 16% dan responden R3, peningkatan markah sebanyak 17%. Manakala
responden R2 tidak menunjukkan sebarang peningkatan iaitu 0% kerana tiada
perbezaan markah yang diperolehi.

32
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jadual 2 : Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1

Markah Markah
Perbezaan
Responden Ujian Pra Ujian Pasca
Markah (%)
(%) 1 (%)
R1 17 33 16
R2 67 67 0
R3 33 50 17

Kitaran 1 : Pemerhatian

Berdasarkan permerhatian yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi rawatan


ini dijalankan, pengkaji mendapati bahawa responden berminat untuk mempelajari
kaedah tabular. Hasil analisis pemerhatian mendapati responden :
a) Mempersoalkan kaedah tabular yang mempunyai banyak petak jadual
b) Responden R2 kurang aktif iaitu lambat memberikan jawapan.

Hasil pemerhatian rakan kritikal mendapati bahawa :


1) Ketiga-tiga responden menumpukan perhatian.
2) Responden tidak berminat setelah mengetahui mereka perlu membina 3 petak
jadual.
3) Responden tahu cara setelah diberikan bimbingan daripada pengkaji.
4) Responden R2 tidak dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan
kaedah tabular dan hanya responden R1 dan R3 sahaja yang dapat
menyelesaikan masalah ini.

Kitaran 1 : Temu bual

Temu bual telah dijalankan selepas ujian pasca 1 dijalankan. Hasil analisis
temu bual mendapati bahawa terdapat masalah yang timbul iaitu :
a) Kaedah tabular ini susah untuk dikuasai kerana menimbulkan banyak
kekeliruan.
b) Pembinaan 3 petak jadual ini mengambil masa yang lama menyebabkan
mereka lupa apa yang patut disikan ke dalam petak jadual.
c) Responden juga tidak begitu yakin dengan jawapan yang diperolehi dengan
alasan takut salah.

Kitaran 2 : Dapatan Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Jadual 3 menunjukkan perbezaan markah diantara ujian pasca 1 dan ujian


pasca 2 bagi ketiga-tiga responden. Ketiga-tiga responden menunjukkan peningkatan
yang positif iaitu responden R1, peningkatan markah sebanyak 34%. Responden R2,
peningkatan markah sebanyak 33% dan responden R3 juga peningkatan markah
sebanyak 33%.

33
Siti Nur Mariana Bt. Md. Amin & Hu Laey Nee

Jadual 3 : Perbezaan Markah bagi Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Markah Ujian Markah Ujian Perbezaan


Responden
Pasca 1 (%) Pasca 2 (%) Markah (%)
R1 33 67 34
R2 67 100 33
R3 50 83 33

Kitaran 2 : Pemerhatian

Hasil pemerhatian mendapati bahawa berlaku perubahan yang positif apabila


pengubahsuaian 3 petak jadual dikurangkan menjadi 1 petak jadual. Pengkaji
mendapati bahawa responden menunjukkan sikap yang positif untuk mempelajari
kaedah tabular lebih berminat dan bermotivasi untuk menyelesaikan masalah
pendaraban.

Hasil pemerhatian rakan kritikal mendapati bahawa :


1) Ketiga-tiga responden menumpukan perhatian.
2) Responden berminat untuk mempelajari kaedah tabular.
3) Permulaannya memerlukan bimbingan daripada pengkaji tetapi responden
berupaya menyelesaikan masalah sendiri.
4) Ketiga-tiga responden dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan
kaedah tabular.

Kitaran 2 : Temu bual

Melalui temu bual yang telah dijalankan selepas sesi rawatan dijalankan,
responden telah memahami kaedah tabular dan kaedah ini dapat membantu mereka
menyelesaikan masalah pendaraban. Ketiga-tiga responden mempunyai keyakinan
untuk menjawab soalan. Responden menyatakan bahawa setelah mempelajari kaedah
tabular yang hanya memerlukan 1 petak jadual sahaja, mereka tidak lagi keliru dan
masa tidak lagi terbuang untuk membina 3 petak jadual.

Analisis Masalah Pelajar

Hasil analisis masalah pelajar diperoleh melalui keputusan perbezaan ujian


pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2, hasil pemerhatian dan hasil temu bual. Hasil
analisis ketiga-iga data ini mendapati bahawa terdapat masalah yang dihadapi pelajar
semasa kitaran 1 dijalankan iaitu
a) Kecuaian yang mengakibatkan responden banyak membuat kesalahan
b) Kekeliruan iaitu responden keliru untuk meletakkan jawapan di petak grid
yang betul.
c) Responden mengambil masa yang lama untuk membina 3 petak jadual.
d) Responden tidak dapat mengingat langkah seterusnya yang perlu dibuat
menyebabkan responden kerap bertanya kepada pengkaji.

34
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Kesan Kaedah Tabular Dalam Menguasai Pendaraban Nombor 3 Digit Dengan


Nombor 2 Digit

Pada kitaran 1, responden kurang menunjukkan pencapaian yang positif.


Keputusan yang tidak memuaskan ini menunjukkan kaedah tabular kurang
membantu responden menguasai pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2 digit.
Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah di antara ujian pra dan ujian pasca
1. Perbezaan markah ini menunjukkan peningkatan yang positif markah kedua-dua
responden iaitu responden R1 dan R3 menunjukkan peningkatan yang positif,
mereka masih tidak dapat menguasai kaedah tabular dalam membantu menyelesaikan
masalah yang melibatkan pendaraban. Manakala responden R2 tidak menunjukkan
sebarang perubahan. Ini menunjukkan kaedah tabular belum menjadikan responden
dapat menguasai pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2 digit.
Jadual 3 menunjukkan perbezaan markah di antara ujian pasca 1 dan ujian
pasca 2 yang menunjukkan peningkatan yang positif markah ketiga-tiga responden.
Keputusan ini menunjukkan kaedah tabular dapat membantu respondan dalam
menguasai pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2 digit.
Responden menunjukkan peningkatan positif pada kitaran 2. Setelah pengkaji
mengubah kaedah tabular iaitu daripada 3 petak jadual kepada 1 petak jadual,
responden lebih memahami kaedah ini.

Masalah Dalam Pengaplikasian Kaedah Tabular Dalam Menyelesaikan Soalan


Pendaraban Nombor 3 Digit Dengan Nombor Dua Digit

Pengkaji telah mengenalpasti empat masalah utama yang wujud semasa sesi
rawatan ini dijalankan. Berdasarkan dapatan kajian mendapati bahawa responden
menghadapi empat masalah utama yang wujud pada kitaran 1 iaitu sebelum
pengubahsuian dilakukan pada kitaran 2. Empat masalah yang wujud ialah kecuaian,
kekeliruan, tidak dapat mengingat dan melambatkan masa.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kaedah tabular yang telah dijalankan kepada 3 responden telah menunjukkan


keberkesanan dalam membantu responden menyelesaikan masalah pendaraban 3
digit nombor dengan 2 digit nombor. Ketiga-tiga responden telah menunjukkan
peningkatan yang positif selepas menggunakan kaedah tabular ini. Terdapat enam
cadangan untuk kajian lanjutan bagi kajian ini. Cadangan pertama ialah
menggabungkan kaedah tabular dengan kotak sifir seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 7. Rasional penggabungan ini ialah dapat membantu murid-murid yang tidak
dapat menguasai sifir bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban.
Cadangan kedua ialah kajian ini juga bersesuaian dengan murid-murid kelas
pemulihan atau pelajar lemah. Pelajar yang tidak berupaya untuk menguasai asas
pendaraban boleh menggunakan kaedah tabular untuk menyelesaikan masalah.
Cadangan ketiga ialah kajian lanjutan juga boleh dibuat dengan pendaraban digit
nombor yang berlainan seperti nombor 1 digit dengan nombor 1 digit, nombor 2 digit
dengan nombor 1 digit dan seterusnya. Cadangan ketiga ialah kajian ini boleh
digunakan dengan menambahkan bilangan responden. Cadangan keempat ialah
35
Siti Nur Mariana Bt. Md. Amin & Hu Laey Nee

kajian ini boleh dilanjutkan kepada tahun lain iaitu murid-murid tahun 3 dan tahun 5.
Cadangan kelima ialah jangka masa yang lebih panjang dicadangkan untuk menilai
keberkesanan kajian ini dalam mempelajari pendaraban nombor 3 digit dengan
nombor 2 digit.

× 2 3 4 5 6 7 8 9

2 4 6 8 10 12 14 16 18

3 6 9 12 15 18 21 24 27

4 8 12 16 20 24 28 32 36

5 10 15 20 25 30 35 40 45

6 12 18 24 30 36 42 48 54

7 14 21 28 35 42 49 56 63

8 16 24 32 40 48 56 64 72

9 18 27 36 45 54 63 72 81

Rajah 7 : Kotak sifir

RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah tabular dalam


membantu murid-murid menguasai pendaraban nombor 3 digit dengan nombor 2
digit. Berdasarkan hasil dapatan kajian, responden menunjukkan peningkatan
pencapaian yang positif dan kaedah tabular dapat membantu murid dalam
menyelesaikan masalah pendaraban. Kajian kaedah tabular merupakan titik
permulaan bagi membantu murid yang lemah dalam menyelesaikan masalah
pendaraban dan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru
sekolah dan penyelidik lain dalam membantu dan mempertingkatkan penguasaan
murid terutamanya dalam kemahiran pendaraban.

RUJUKAN

Aplin, N., dan Saunders J. (1996). Values and Value Priorities of Singaporean and Australian
Swimmers., [Online]. Australian Association for Research in Education. :
http://www.swim.edu.au/aare/conf96/APLIN96.422. [2011, January 23]
Bahagian Pendidikan Guru (2010). Garis Panduan Amalan Profesional Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fadzli Ali Karim (2010), Improving Year 4 Pupils’Achivement in Subtraction of Two Four Digit
Numbers that Involve Regrouping with Hands-On Kit. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Haylock D. Cockburn A. (2003). Understanding Mathematics in the Lower Primary Years: A Guide
for Teachers of Children 3 – 8. 2nd edition. London: Paul Chapman Publishing.

36
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Mooney, C., Ferrie, L., Fox, S., Hansen, A. dan Wrathmell, R. (2002). Primary Mathemathics :
Knowledge and Understanding. Exeter: Learning Matters.
Paul Lau, N. K. (2004). Mathematics Education: Exploring issues to improve performance. Kuching:
Dimension Advertising and Design House.
Sharon Yeo, T. T. (2010). Tic-Tac-Toe: Helping Year Five Pupils To Memorize Multiplication Table
Seven. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1sitinurmariana@gmail.com, 2huln1234@gmail.com

37
KAEDAH PEMBENTUKAN SIFIR 12, 13 DAN 14 DALAM MEMBANTU
MURID TAHUN 5 MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK
YANG MELIBATKAN OPERASI BAHAGI

RUSDI RABI1
BALKISNAH SHAHARUDDIN2

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi tentang hasil implikasi
kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 serta keberkesanannya dalam membantu
murid tahun lima menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi bahagi.
Teknik ini telah diimplikasikan di dalam sebuah kelas tahun lima dan telah melibatkan
tiga orang peserta. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pra,
Ujian Pasca, Ujian Progresif, temu bual, pemerhatian dan dokumen. Kajian literatur
telah disediakan berdasarkan artikel yang relevan dalam membentuk dan merancang
tesis ini. Data dikumpul dan dianalisis selama lima minggu untuk membantu dalam
pencarian konklusi. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah pembentukan sifir
mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 12, 13 dan
14 di mana min markah setiap ujian murid menunjukkan peningkatan yang positif.
Selain itu, kaedah pembentukan sifir mendatangkan kesan yang positif terhadap sikap
murid-murid.

ABSTRACT

The purpose of this paper is to share the results of teaching the technique in building
times table 12, 13 and 14 and their effectiveness in helping year five students to solve
mathematics problem involving the operation of multiplication and division. The
technique was implemented into year five class and involving five selected pupils.
The instruments that had been used to collect data were pre-test, post-test, progressive
test, interview, survey and also documents. A literature review is provided for all
relevant articles used to create and plan this project. Five weeks data is analyzed to
provide helpful final conclusions. The results showed that the technique method
brought positives impact on students achievement in times tables 12, 13, 14. This is
prove where there min results in each test shows positive enhancement. Besides, the
technique brought positives impact on the students attitudes.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat
penting selain mata pelajaran teras yang lain. Subjek ini amat penting untuk dikuasai
oleh murid-murid khususnya murid-murid sekolah rendah. Ini adalah kerana
kegagalan dalam menguasai subjek ini semenjak di bangku sekolah rendah lagi akan
mendatangkan kesan yang buruk apabila berada di peringkat yang lebih tinggi kelak.
Dalam proses mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai dasar
telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasa sistem
pendidikan di Malaysia. Dalam perubahan sistem pendidikan ini, ia turut melibatkan
subjek Matematik. Ini adalah kerana, penguasaan dalam subjek ini dianggap sebagai

38
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

satu keutamaan di dalam rangka melahirkan modal insan yang berkualiti dan berguna
untuk negara dan masyarakat.
Keputusan untuk melaksanakan kajian berkaitan menyelesaikan masalah
matematik yang melibatkan operasi bahagi dengan sifir 12, 13 dan 14 dipilih setelah
saya mengamati ketiga-tiga sekolah tempat saya menjalani praktikum. Saya dapati
ketiga-tiga sekolah ini berhadapan dengan masalah yang sama dalam kalangan
pelajarnya iaitu operasi bahagi yang melibatkan pembahagi sifir yang melebihi 12.
Keputusan ini juga saya ambil kerana sepanjang tempoh praktikum terakhir ini saya
telah diberikan kelas tahap dua yang menghadapi masalah yang sama seperti di dua
buah sekolah terdahulu. Tambahan pula, peluang mengajar tahap dua yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah lebih memudahkan saya untuk menjalankan kajian
yang berkaitan.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini ialah untuk mengaplikasi kaedah pembentukan sifir 12, 13
dan 14 dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menilai kesan
pengaplikasian kaedah pembentukan sifir dalam membantu murid-murid
menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bahagi. Selain itu, kajian
ini juga memberi fokus kepada mengenal pasti kesan pengaplikasian kaedah
pembentukan sifir 12, 13 dan 14 terhadap pencapaian murid-murid dalam
menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bahagi.
Berdasarkan pengalaman praktikum lepas yang pengkaji jalankan di tiga buah
sekolah, pengkaji merasakan perlu ada usaha untuk membantu murid yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran ini. Murid yang terlibat dalam kajian ini
ialah murid-murid yang mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan masalah
matematik yang melibatkan penggunaan sifir 12, 13 dan sifir 14. Apabila mereka
diberikan soalan matematik yang melibatkan operasi bahagi, ternyata mereka tidak
dapat menjawab dengan betul kerana mereka mempunyai kelemahan dalam
kemahiran membina dan menghafal sifir 12, 13 dan sifir 14.
Dengan memberikan teknik yang betul dalam membina sifir-sifir tersebut,
pengkaji mengharapkan teknik ini dapat membantu mempermudahkan murid-murid
untuk menjawab soalan-soalan matematik yang melibatkan operasi bahagi dengan
betul dan tepat sekaligus membantu mereka dalam mendapat markah yang baik
untuk subjek matematik dalam peperiksaan yang akan datang.
Kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 merupakan salah satu kaedah untuk
murid-murid membentuk sifir 12, 13 dan 14 tanpa perlu menghafal sifir-sifir
berkenaan. Namun begitu, murid-murid perlu menguasai sifir satu, dua, tiga dan sifir
empat kerana kaedah pembentukan ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan sifir-
sifir berkenaan. Pembinaan sifir 12, 13 dan 14 menggunakan kaedah pembentukan sifir 12,
13 dan 14 sebenarnya mengaplikasikan corak nombor dalam memudahkan pendaraban
kerana ia melibatkan susunan nombor yang membentuk corak nombor yang tertentu. Berikut
merupakan kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14.

39
Rusdi Bin Rabi & Balkisnah Shaharuddin

Sifir 1 dan sifir 2 Sifir 1 dan sifir 3 Sifir 1 dan sifir 4

12 =12 13 =12 14 =14

24=24 26=24 28=28

36=36 39=36 12=42


3
48=48 12=52
4 16=56
10=60 4
5 15=65
5 20=70
12=72 5
6 18=78
6 24=84
14=84
7 21=91 6
7 28=98
16=96 7
8 24=104
8 32=112
18=108
9 27=117 8
9 36=126
9

Rajah 1 : Kaedah Pembentukan Sifir 12, 13 dan 14

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Mario (2006) kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan


murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi
darab dan bahagi. Keputusan kajian Mario (2006) ini telah disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Aida (2006) yang juga mengatakan kesukaran mengingat fakta asas
darab menyebabkan murid mengambil masa yang lama apabila melibatkan soalan
yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
Menurut Mohd Faizul (2009), adalah amat penting bagi murid-murid untuk
menguasai teknik atau cara untuk menghafal sifir sebagai langkah pertama dalam
proses menjawab soalan matematik yang berkaitan dengan operasi darab dan bahagi.
Pernyataan ini telah disokong oleh Cooper (1994) yang menyatakan;

“Obviously, the division facts are the reverse of multiplication fact;


therefore, students who do not know the multiplication facts are not
able to master the division facts.”

40
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang


sukar dikuasai oleh murid-murid. Masalah penguasaan operasi darab atau boleh kita
spesifikkan lagi ialah masalah penguasaan sifir menyebabkan murid bermasalah
dalam topik bahagi. Ini adalah kerana, tanpa penguasaan yang baik tentang
kemahiran membina dan menghafal sifir, sudah tentu pelajar tidak dapat
menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan operasi bahagi. Punca
kepada masalah ini jelas sekali kerana pelajar menghadapi masalah dalam membina
dan menghafal menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan

“The number facts of multiplication are more difficult for some


students because the patterns are less obvious and the number are
larger. However, there are students who count the addition facts but
know the multiplication facts. This phenomenon occurs because the
students are instructed to memorize the multiplication facts, but are
allowed to count the addition facts.”

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu;

a. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan


14 terhadap pencapaian murid dalam sifir 12, 13 dan 14.
b. Menilai keberkesanan kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 dalam
membantu menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi bahagi
dengan pembahagi sifir 12,13 dan 14.

Berdasarkan isu dan objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, persoalanan
berikut akan cuba untuk diselesaikan;
a. Adakah pengaplikasian kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14
mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam
menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi bahagi dengan
pembahagi sifir 12, 13 dan 14.
b. Adakah kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 dapat membantu murid
menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi bahagi dengan
pembahagi sifir 12,13 dan 14.

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dengan kajian tindakan ini ialah murid tahun lima yang
datang daripada salah sebuah sekolah di Miri. Bilangan murid yang terlibat dengan
kajian ialah tiga orang yang terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Ketiga-tiga orang murid ini berusia 11 tahun.
Berdasarkan markah penilaian Ujian Progresif bulan Februari 2011, prestasi
pencapaian peserta-peserta kajian dalam mata topik bahagi berada dalam kategori
yang lemah. Ketiga-tiga peserta yang dipilih ini merupakan antara murid-murid yang
mempunyai markah kurang daripada 40%. Melalui maklumat yang diperolehi
41
Rusdi Bin Rabi & Balkisnah Shaharuddin

daripada guru mata pelajaran Matematik yang mengajar mereka, ketiga-tiga peserta
ini memang murid-murid yang berada dalam kategori yang lemah untuk topik bahagi
di dalam kelas mereka.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin
sebagai panduan untuk melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima
langkah yang utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan,
melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi ke atas
segala tindakan.
Langkah pertama ialah mengenal pasti aspek amalan yang digunakan. Bagi
tujuan ini, tiga kaedah telah digunakan iaitu temu bual dengan guru subjek
Matematik Tahun 5 secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dan juga melalui analisis markah ujian dan latihan yang
telah diberikan kepada meraka. Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 5 dalam kemahiran
membahagi.
Langkah seterusnya ialah merancang dan memberikan rawatan menggunakan
strategi yang telah ditentukan oleh pengkaji. Dalam langkah ini, kaedah
pembentukan sifir 12, 13 dan 14 telah dipilih oleh pengkaji bagi mengatasi masalah
yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama melibatkan lima sesi
manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua sesi.
Bagi sesi rawatan yang pertama, sebanyak lima sesi akan dijalankan. Semasa
sesi pertama, murid akan diberi latih tubi berkenaan pembinaan sifir satu, dua, tiga
dan sifir empat. Latih tubi ini diberikan untuk menyegarkan semula ingatan mereka
tentang sifir satu, dua, tiga dan empat. Latih tubi ini amat penting sebab jika mereka
masih lemah dalam pembinaan sifir satu, dua, tiga dan empat, maka mereka akan
menghadapi masalah dalam sesi yang seterusnya.
Semasa sesi yang kedua, murid akan didedahkan dengan perkaitan sifir satu
dan dua dalam membina sifir 12. Selepas didedahkan, murid akan diajarkan teknik
membina sifir 12. Diakhir sesi kedua, murid akan diminta untuk membina sifir 12
menggunakan teknik yang diajarkan.
Semasa sesi yang ketiga, murid akan didedahkan dengan perkaitan sifir satu
dan tiga dalam membina sifir 13. Selepas didedahkan, murid akan diajarkan teknik
membina sifir 13. Di akhir sesi kedua, murid akan diminta untuk membina sifir 13
menggunakan teknik yang diajarkan.
Semasa sesi yang keempat, murid akan didedahkan dengan perkaitan sifir
satu dan empat dalam membina sifir 14. Selepas didedahkan, murid akan diajarkan
teknik membina sifir 14. Diakhir sesi kedua, murid akan diminta untuk membina sifir
14 menggunakan teknik yang diajarkan.
Semasa sesi yang terakhir iaitu sesi yang kelima, murid akan didedahkan
semula tentang perkaitan antara sifir satu, dua, tiga dan sifir empat dalam membina
sifir 12, 13 dan sifir 14. Selepas itu, murid akan diminta untuk membina sifir 12, 13
dan sifir 14 menggunakan teknik yang telah diajarkan.
Langkah yang seterusnya adalah membuat penilaian terhadap strategi yang
telah dilaksanakan ke atas tiga orang peserta kajian. Tujuan penilaian ini
dilaksanakan adalah untuk menilai keberkesanan rawatan yang telah diberikan

42
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

kepada peserta-peserta kajian. Penilaian ini dibuat dengan membuat analisis data
mengikut instrumen kajian yang telah ditetapkan.
Langkah yang terakhir ialah membuat refleksi terhadap hasil analisis data
yang telah diperoleh. Setelah menilai dan mengambil kira data yang telah dikumpul
dan diperoleh, pengkaji meneruskan lagi satu kitaran bagi tujuan menambahbaik dan
mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam rawatan kitaran yang pertama.
Penggunaan strategi akan cuba diperbaiki dalam kitaran yang kedua. Strategi yang
akan diperbaiki ialah kesilapan menulis sifir dan kesilapan yang kedua ialah memberi
penekanan kepada tertib atau susunan semasa membuat sifir 12, 13 dan 14.

MENGENAL PASTI ASPEK MERANCANG


AMALAN  Menyelesaikan masalah
 Pernyataan masalah dengan menggunakan
a. Temu bual tidak rasmi kaedah pembentukan sifir.
b. Pemerhatian tidak  Penggumpulan data
berstruktur a. Ujian Pra
c. Analisis markah ujian dan b. Ujian Pasca
latihan c. Ujian Progresif
d. Temu bual
e. Pemerhatian
f. Dokumen

KITARAN SETERUSNYA TINDAKAN/IMPLEMENTASI


 Melaksanakan strategi
yang telah dipilih

MELIHAT KESAN TINDAKAN


 Menganalisis data
REFLEKSI menggunakan
 Menganalisis dan a. Ujian Pra
menilai b. Ujian Pasca
 Membuat refleksi c. Ujian Progresif
mengenai keberkesanan d. Temu bual
dan membuat tindakan e. Pemerhatian
penambahbaikan f. Dokumen

(Diadaptasi daripada Bahagian Pendidikan Guru, 2002)

Rajah 2 : Kerangka Konseptual Model Kurt Lewin

43
Rusdi Bin Rabi & Balkisnah Shaharuddin

CARA PENGGUMPULAN DATA


Dalam kajian ini, enam instrumen telah digunakan pengkaji untuk membuat
pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, Temu bual,
Pemerhatian, dan dokumen.
Ujian Pra mengandungi 36 soalan berkenaan dengan sifir 12 sehingga sifir 14
diberikan kepada peserta dimana soalan tidak mengikut urutan sifir tertentu
manakala Ujian Pasca mengandungi 36 soalan juga yang hanya melibatkan sifir 12
sehingga sifir 14. Oleh itu, terdapat soalan-soalan yang berulang dan tidak mengikut
urutan sifir yang berkenaan. Bagi Ujian Progresif, hanya lima soalan yang telah
dikemukakan. Soalan Ujian Progresif ini melibatkan soalan yang melibatkan operasi
bahagi dengan pembahagi sifir 12, 13 dan 14.
Bagi instrumen temu bual, lima soalan temu bual telah digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan
kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 dalam membantu murid tahun 5
menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bahagi. Dalam kajian ini
juga, pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian yang digunakan adalah berbentuk pemerhatian tidak berstruktur.
Perkara yang diperhatikan adalah seperti sikap dan kesilapan peserta dalam
mengaplikasikan kaedah pembentukan sifir. Selain itu, dokumen dalam bentuk hasil
kerja peserta kajian iaitu latihan juga merupakan sebahagian daripada data dalam
kajian ini. Hasil kerja peserta disemak dan dianalisis bagi mengesan masalah yang
timbul semasa penggunaan strategi kaedah pembentukan sifir dalam mempelajari
kemahiran pembentukan sifir 12, 13 dan 14.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratusan
dan min. Setiap soalan membawa pemberat sebanyak 1%. Bagi menentukan markah
setiap peserta, kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan sama ada peserta
menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau salah. Setiap soalan yang
dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak 1%. Ujian Progresif dalam kajian
ini juga dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa
pemberat 20%. Markah yang diperolehi peserta adalah ditentukan melalui sama ada
jawapan yang diberikan adalah betul atau salah.
Data yang diperolehi melalui temu bual telah dianalisis berdasarkan respon
peserta-peserta kajian. Pengkaji akan menilai sama ada peserta memberikan maklum
balas yang positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan. Bagi
menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai sama
ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji juga menganalisis apakah kesilapan yang
dilakukan murid dalam menjawab soalan yang diberikan sama ada semasa menjawab
soalan dalam Ujian Pra mahupun soalan dalam Ujian Progresif.

44
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

DAPATAN KAJIAN

Kesan Pengaplikasian Kaedah Pembentukan Sifir 12, 13 dan 14 Terhadap


Pencapaian
Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
dalam kitaran pertama

Jadual 1 : Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1 (%) Perbezaan Markah (%)

P1 65 97 32

P2 64 92 28

P3 76 93 17

Daripada Jadual 1, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang telah


dicapai oleh kesemua peserta kajian. Perbezaan adalah positif dimana berlaku
peningkatan markah oleh kesemua ketiga-tiga peserta kajian. Bagi peserta P1,
peningkatan markah yang dicapai adalah sebanyak 32%, peserta P2 adalah sebanyak
28%, peserta P3 adalah sebanyak 17%.

Jadual 2 : Markah Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%) Perbezaan Markah (%)

P1 97 98 1

P2 92 96 4

P3 93 93 0

Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah Ujian Pasca kitaran pertama


dengan kitaran kedua kajian. Dalam ujian tersebut, seorang peserta mengekalkan
markah yang sama, dua orang peserta telah mencapai peningkatan markah. Peserta
P1 dan peserta P2 telah memperolehi peningkatan markah iaitu sebanyak 1% bagi
peserta P1 dan 4% bagi peserta P2. Bagi peserta P3, prestasi yang cemerlang telah
dikekalkan dengan mendapat markah 93% dalam Ujian Pasca bagi kedua-dua kitaran
kajian.

45
Rusdi Bin Rabi & Balkisnah Shaharuddin

Jadual 3 : Markah Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Ujian Progresif 1 Ujian Progresif 2 Perbezaan


Peserta
(%) (%) Markah (%)
P1 90 80 -10

P2 70 80 10

P3 60 80 20

Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah Ujian Progresif kitaran pertama


dan kitaran kedua kajian. Berdasarkan analisis data bagi Ujian Progresif seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3, dua orang peserta telah mencapai peningkatan markah
dalam kedua-dua kitaran kajian, dan seorang peserta telah mencapai penurunan
markah kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Peserta yang mendapat
peningkatan markah adalah peserta P2 iaitu sebanyak 10%, peserta P3 sebanyak
20%. Peserta yang mendapat penurunan markah pula adalah peserta P1. Penurunan
markah yang dialami peserta P1 adalah sebanyak 10%.

Jadual 4 : Min markah setiap ujian

Jenis Ujian Min (%)

Ujian Pra 68.3

Ujian Pasca kitaran pertama 94

Ujian Pasca kitaran kedua 94.3

Ujian Progresif kitaran pertama 73.3

Ujian Progresif kitaran kedua 80

Jadual 4 pula menunjukkan min markah bagi semua jenis ujian yang
dijalankan dalam kajian ini. Min markah yang dicapai oleh ketiga-tiga peserta kajian
dalam Ujian Pra adalah sebanyak 68.3% dan meningkat sehingga 94% dan 94.3%
dalam Ujian Pasca kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Min markah Ujian
Progresif kitaran pertama pula adalah 73.3% dan meningkat sehingga 80% dalam
kitaran kedua kajian. Jika dibuat perbandingan, berlaku peningkatan min sebanyak
25.7% dalam Ujian Pra dengan Ujian Pasca kitaran pertama kajian. Min markah
Ujian Pasca telah meningkat lagi sebanyak 0.3% dalam kitaran kedua jika
dibandingkan dengan min markah kitaran pertama kajian. Jika dibuat perbandingan
Ujian Progresif pula, min markah telah meningkat sebanyak 6.7% bagi kedua-dua
kitaran kajian.

46
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Kesan Pengaplikasian Kaedah Pembentukan Sifir 12, 13 dan 14

Hasil analisis instrumen temu bual dan pemerhatian mendapati


pengaplikasian kaedah pembentukan sifir memberikan kesan yang positif kepada
peserta dimana kaedah tersebut berkesan dalam membantu peserta dalam
menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bahagi dengan
pembahagi sifir 12, 13 dan 14.
Respon yang di terima daripada ketiga-tiga peserta kajian amatlah
memberangsangkan di mana mereka menjawab bahawa mereka gembira dan sangat
suka untuk menggunakan kaedah ini kerana lebih mudah dan menjimatkan masa
untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan iaitu soalan matematik yang
melibatkan operasi bahagi dengan pembahagi sifir 12, 13 dan 14. Walaupun begitu,
pengkaji menekankan beberapa perkara kepada peserta kajian. Antara aspek yang di
tekankan ialah pengkaji mengingatkan peserta agar sentiasa membuat latih tubi agar
mereka tidak lupa mahupun keliru dengan kaedah pembentukan sifir tersebut.
Pengkaji juga menekankan agar peserta bertanya jika mereka menghadapi kekeliruan
dalam memahami kaedah pembentukan sifir tersebut.
Secara rumusannya, respon yang diberikan oleh para peserta yang terlibat
dalam kajian ini menampakkan respon yang positif dan membina. Ini menunjukkan
pengaplikasian kaedah pembentukkan sifir 12, 13 dan 14 ini menampakkan impak
yang positif dalam proses pelajar-pelajar belajar subjek matematik khususnya soalan-
soalan matematik yang melibatkan operasi bahagi dengan pembahagi sifir 12, 13 dan
14. Selain melakukan temu bual, pengkaji juga melakukan pemerhatian dan hasil
pemerhatian menunjukkan peserta-peserta kajian sangat berminat dengan subjek
matematik. Ini dibuktikan di mana peserta-peserta kajian selalu bertanya bila lagi
sesi pertemuan mereka untuk tujuan kajian tindakan ini. Selain itu, peserta-peserta
kajian juga menampakkan tingkah laku yang baik dimana mereka sangat patuh dan
dengar dengan semua arahan yang diberikan oleh pengkaji.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa pengaplikasian kaedah


pembentukan sifir mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid
dalam sifir 12 sehingga sifir 14. Kesan ini ditunjukkan melalui dapatan bahawa
berlaku peningkatan dalam min markah dalam semua jenis ujian yang dijalankan
kepada peserta kajian dalam kedua-dua kitaran kajian. Hasil daripada dapatan kajian
ini telah disokong oleh di dalam salah satu kajian oleh Yusniza Mohamad Yusoff
(2004) dan Rizal Jusoh (2005) yang mana telah berlaku peningkatan dalam Ujian Pra
dan Ujian Pasca setelah kajian dijalankan ke atas responden. Hasil analisis temu
bual dan pemerhatian yang mendapati setelah diperkenalkan dengan kaedah
pembentukan sifir, peserta yang tidak hafal sifir lebih seronok, ceria, dan suka
mempelajari subjek matematik. Mereka juga didapati lebih yakin dalam menjawab
soalan yang diberikan kepada mereka. Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa
kaedah tersebut dapat membantu mereka menyelesaikan soalan yang matematik yang
melibatkan operasi bahagi dengan pembahagi sifir 12, 13 dan 14 walaupun mereka
tidak hafal sifir. Dapatan ini telah disokong dalam salah satu dapatan Faddren Jingan
(2006) yang mendapati kaedah yang diperkenalkannya dapat menarik minat pelajar
dalam mempelajari Matematik. Hasil kajian ini juga telah disokong di dalam salah
satu dapatan Aida Ibrahim (2006) yang mendapati telah berlaku peningkatan dari

47
Rusdi Bin Rabi & Balkisnah Shaharuddin

segi minat, sikap, dan pencapaian murid dalam Matematik setelah tindakan
dijalankan ke atas responden kajiannya.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk tujuan kajian lanjutan, berikut merupakan beberapa cadangan kajian


lanjutan yang difikirkan sesuai untuk menambahbaik lagi kajian ini.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah dengan mengintegrasikan
kajian ini dengan kajian tindakan lepas yang lain yang juga berkaitan dengan
pembentukan sifir. Ini adalah kerana, dalam proses peserta menguasai kaedah
pembentukan sifir 12, 13 dan 14. Antara pra-syarat peserta ialah mereka hendaklah
menguasai sifir satu, dua dan sifir tiga. Walaupun sedikit, tetapi pengkaji yakin ada
antara murid-murid di sesetengah sekolah yang masih lemah dalam penguasaan sifir-
sifir asas ini. Dengan pengintegrasian kajian ini dengan kajian-kajian lepas yang lain
contohnya cara kaedah kotak magik, sebelum menguasai kaedah pembentukan sifir
12, 13 dan 14, murid boleh menguasai dahulu sifir-sifir asas ini melalui pendedahan
kepada kaedah kotak magik contohnya dan kemudian diteruskan dengan kaedah
pembentukan sifir 12, 13 dan 14.
Cadangan yang kedua ialah dengan meluaskan tahap umur peserta yang
terlibat dengan kajian ini agar tidak hanya tertakhluk kepada murid tahun lima sahaja
tetapi juga kepada murid-murid tahun empat dan juga murid-murid tahun enam.
Sepertimana yang kita maklum, bermula tahun empat hingga tahun enam,
penguasaan sifir yang melebihi sifir 12 adalah amat dititikberatkan kerana aplikasi
sifir-sifir ini amat meluas bukan sahaja di dalam topik bahagi malahan topik-topik
matematik yang lain.
Cadangan yang ketiga dan terakhir ialah dengan meluaskan sifir-sifir yang
terlibat dalam kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 ini. Jika kita meneliti secara
lebih mendalam, kita akan dapati bahawa corak pembentukan sifir 12, 13 dan 14 ini
boleh juga diaplikasikan untuk sifir-sifir yang lain dan boleh mencecah hingga sifir
99. Dengan meluaskan kaedah pembentukan sifir ini, pengkaji yakin ia akan dapat
membantu murid-murid dalam proses menghafal sifir selain sifir 12, 13 dan 14
sahaja sekaligus membantu mereka dalam topik-topik matematik yang lain.

RUMUSAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan kaedah
pembentukan sifir 12, 13 dan 14 dalam membantu murid tahun 5 menyelesaikan
masalah matematik yang melibatkan operasi bahagi dan seterusnya mengaplikasikan
kaedah tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Hasil
analisis kajian, didapati kaedah pembentukan sifir 12, 13 dan 14 telah mendatangkan
kesan yang positif terhadap pencapaian dan sikap pelajar. Semoga lebih banyak
kajian tindakan dijalankan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan murid dalam
matapelajaran Matematik khasnya melibatkan topik bahagi.

48
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

RUJUKAN

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13
Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk
Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cooper, R.(1994). Alternative math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertationsa[Online]aAvailable:http://eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/searc
h/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_Search [2011,
Mac 8]
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir dalam
Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan
Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16
Mario Ganny Michael. (2006). Meningkatkan Kemahiran Mencongak Fakta Asas di Kalangan Murid-
murid Tahun 6 di SK Beladin Melalui Pendekatan Permainan Domino dalam Prosiding
Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan Tun
Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 25-33.
Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil
Belajar dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2005. Diterbitkan oleh
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Maktab Perguruan
Perlis: Maktab Perguruan Perlis, 173-185.
Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka Melebihi 2 Digit
Dengan 2 Digit Bagi Murid-murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004: Maktab
Perguruan Perlis, 115-127.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1sayarusdirabi@gmail.com, 2kiss9093@yahoo.com

49
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID-MURID TAHUN 4 DALAM
PENDARABAN DUA NOMBOR DUA DIGIT MELALUI
KAEDAH PENDARABAN BERGAMBARAJAH

ASSILA ABDULLAH1
LEE CHUO HIONG2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menguji sama ada kaedah Pendaraban Bergambarajah dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun 4 yang sangat lemah dalam menyelesaikan
masalah pendaraban dua nombor dua digit. Ini berpunca daripada masalah murid yang sukar
untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. Kesilapan juga berlaku sewaktu
penyusunan nombor. Seramai enam orang murid Tahun 4 dari salah sebuah sekolah rendah di
bandaraya Miri, Sarawak telah dipilih sebagai responden kajian. Kesemua responden kajian ini
dikenalpasti melalui dua kaedah iaitu temu bual bersama guru matapelajaran Matematik yang
mengajar mereka sejak dari Tahun 1 dan Ujian Diagnostik. Reka bentuk kajian ini ialah kajian
tindakan dua kitaran berasaskan model Kurt Lewin. Instrumen kajian untuk menentukan
peningkatan pencapaian responden ialah melalui Ujian Pra, Ujian Pasca I, Ujian Pasca II,
pemerhatian tidak berstruktur oleh penyelidik dan pemerhatian berstruktur oleh rakan kritikal.
Min peratus Ujian Pra ialah 27%. Nilai ini meningkat kepada 43% dalam Ujian Pasca I dan
seterusnya menjadi 70% dalam Ujian Pasca II. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa
kaedah Pendaraban Bergambarajah adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian kesemua
responden dalam pendaraban dua nombor dua digit.

ABSTRACT

This research was conducted to test whether Pendaraban Bergambarajah method can improve
Year 4 very weak students' achievement in solving the multiplication of two two digit numbers.
This problem occurs due to the difficulty to memorize and remember the multiplication tables
among the pupils. The error also occurred during the compilation of numbers. Six Year 4
pupils from a primary school in Miri, Sarawak was chosen as research respondents. The
respondents were identified through two methods which are interview with a teacher who
taught them Mathematics since they were in Year 1 and Diagnostic Test. The design of this
research is the two cycles action research based on Kurt Lewin model. Research instruments to
determine the improvement is through Pre-Test, Post-Test I, Post-Test II, unstructured
observations by researcher and structured observations by a critical friend. Pre-Test mean
percentage was 27% and increased to 43% in the Post-Test I. As for the Post-Test II had
increased again to 70%. The findings prove that this method is effective in improving the
respondents’ achievement in multiplication of two two digit numbers.

PENDAHULUAN

Peri pentingnya pendidikan dalam pembangunan tamadun hidup manusia


memang tidak dapat dinafikan. Kesejahteraan bangsa dan masa depan negara banyak
bergantung kepada keupayaan sistem pendidikan melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Untuk memenuhi keperluan
masa kini dan masa hadapan, sistem pendidikan negara perlu diubahsuai dari semasa
ke semasa sebagai langkah untuk melahirkan generasi yang dapat berfungsi secara
berkesan, kreatif, dan produktif dalam proses keharmonian, perpaduan, dan

50
Assila Abdullah & Lee Chuo Hiong

pembangunan negara. Oleh itu, beberapa usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia
khususnya dalam subjek Matematik.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan Kaedah


Pendaraban Bergambarajah dalam membantu meningkatkan pencapaian murid-murid
dalam menyelesaikan pendaraban dua nombor dua digit. Ini adalah bertujuan untuk
membantu murid-murid yang sangat lemah serta tidak menguasai operasi asas darab.
Kaedah ini dipercayai dapat membantu murid-murid ini walaupun mereka
menghadapi kesukaran untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari.
Selain itu, kesilapan yang berlaku sewaktu penyusunan nombor dipercayai dapat
dielakkan.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai satu objektif iaitu:

a. Menguji keberkesanan penggunaan kaedah Pendaraban Bergambarajah dalam


membantu meningkatkan pencapaian murid-murid yang sangat lemah dalam
pendaraban dua nombor dua digit.

Kajian ini cuba menjawab soalan berikut:

a. Adakah kaedah Pendaraban Bergambarajah berkesan dalam membantu


murid-murid yang sangat lemah meningkatkan pencapaian mereka dalam
menyelesaikan pendaraban dua nombor dua digit?

TINJAUAN LITERATUR

Pembelajaran menggunakan pelbagai teknik dan kaedah adalah sangat


penting dalam menjadikan penguasaan seseorang individu itu meningkat. Menurut
Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2008), secara umumnya manusia belajar
melalui proses perkaitan antara rangsangan dengan rangsangan. Sekiranya sesuatu
teknik yang digunakan begitu menarik perhatian dan merangsangkan pemikiran
seseorang individu, maka sesuatu teknik itu berhasil untuk menjadikan individu itu
mahir dan dapat menguasai apa yang dipelajari.
Wittich dan Schuller (1973, seperti dinyatakan oleh Muhd. Hassan Abdul
Rahman, 2000) menerangkan bahawa grafik adalah terdiri daripada bahan visual
yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan
penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya
tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Mereka sentiasa ingin tahu tentang
dunia sekeliling. Dengan adanya bantuan grafik moden, pendidikan yang mereka
terima dapat membantu memenuhi naluri ingin tahu.
Tinjauan awal yang dibuat oleh Yusniza Mohamed Yusoff (2004), murid-
murid menyatakan mereka begitu keliru apabila hendak mengumpul semula

51
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

pengiraan operasi darab dan meletakkan angka pada nilai tempat yang betul. Masalah
yang timbul berpunca daripada guru yang kurang mahir mengajar dan teknik yang
digunakan juga kurang berkesan untuk menimbulkan minat kepada murid-murid.
Kaedah Pendaraban Bergambarajah yang digunakan dalam kajian ini
membolehkan murid-murid menjawab soalan pendaraban dengan mudah iaitu
dengan hanya mewakilkan nombor-nombor kepada garisan-garisan. Jawapan akhir
diperoleh daripada pengiraan titik persilangan. Ini disokong oleh Brown (2003)
bahawa murid harus memiliki kemampuan untuk mencari cara-cara dalam mewakili
nombor seperti membuat tanda, mengenali dan menulis nombor. Pada peringkat
awal, murid perlu mengembangkan pemahaman tentang apa yang digunakan untuk
mewakili nombor. Selain itu, murid juga diberikan kemampuan untuk memahami
operasi menghubungkaitkan antara satu sama lain (Seefeldt dan Galper, 2008).
Terdapat kajian lepas yang menamakan kaedah Pendaraban Bergambarajah
sebagai kaedah Mayan. Berdasarkan kajian tersebut, pencapaian pelajar dalam Ujian
Pra, Pasca I dan Pasca II telah menunjukkan peningkatan yang baik. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa kaedah ini telah membantu murid-murid meningkatkan
keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang telah dipelajari
serta menjadikan suasana pembelajaran lebih bersemangat dan ceria. Murid-murid
juga telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik terutamanya di
dalam operasi darab (Cepoi, 2010). Selain itu, kaedah yang diperkenalkan ini
memudahkan responden untuk mengelak daripada mengingati langkah kerja dan
rumus yang panjang di dalam minda mereka. Proses ‘lupa’ dan kesukaran
mengaplikasikan rumus yang kompleks akan mencacatkan mutu jawapan dan
seterusnya mempengaruhi jawapan akhir pelajar (Seethadevi, 2001).
Menurut Kamus Dewan (2005), pendaraban merupakan satu proses
penambahan berulang. Manakala kemahiran mendarab didefinisikan sebagai
kecekapan atau kepandaian dalam memperkalikan sesuatu nombor.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah pendaraban. Suggate (1998) telah menyatakan tiga kaedah yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan pendaraban nombor dua digit dengan satu digit iaitu
mental method, traditional algorithm dan ten first method. Selain itu, terdapat enam
kaedah untuk menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor dua digit iaitu
‘building up’, splitting multiplier and using distributive law, ‘cabbage patch’ sums,
traditional algorithm, egyptian multiplication dan lattice (Chinese) multiplication.
Banyak kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji lain dalam usaha
untuk meningkatkan kemahiran mendarab. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh
Yusniza Mohamed Yusoff (2004) menunjukkan kaedah yang dijalankan telah
membantu meningkatkan kemahiran mendarab responden kajian. Keputusan Ujian
Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan sebanyak 60%. Dapatan daripada
soal selidik juga menunjukkan maklum balas yang positif. Hasil dapatan kajian yang
diperolehi oleh Sharon Yeo (2010) dalam kajiannya untuk membantu murid-murid
menghafal sifir 7 dengan menggunakan kaedah Tic-Tac-Toe ialah perbezaan markah
yang tinggi antara Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu antara 80% hingga 100%. Ini
menunjukkan bahawa murid-murid berupaya menghafal sifir 7 dengan lebih baik
dengan menggunakan kaedah tersebut. Dalam kajian Zutaut dan Kay (2002, seperti
dinyatakan dalam Azizi, 2010), didapati bahawa latihan fakta asas darab
menggunakan kaedah mnemonik tidak menghasilkan perbezaan yang signifikan
dalam skor min pelajar gred keempat semasa ujian pendaraban.
Isahak Haron (2009) menyatakan dalam laporan beliau tentang dapatan kajian
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2007 telah

52
Assila Abdullah & Lee Chuo Hiong

menunjukkan bahawa skor purata pencapaian pelajar Malaysia untuk Matematik dan
Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia
dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003. Dalam kalangan 59 negara yang mengambil
bahagian dalam kajian TIMSS 2007 ini, penurunan skor purata pencapaian pelajar
Malaysia dalam subjek Matematik dan Sains adalah signifikan dan terbesar sekali.

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian ini terdiri daripada enam orang murid Tahun 4 dari salah
sebuah sekolah di bandaraya Miri di mana penyelidik menjalani praktikum fasa 3.
Responden yang telah dipilih iaitu tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid
perempuan merupakan murid-murid yang paling lemah dalam operasi pendaraban
antara dua nombor dua digit.

PROSEDUR TINDAKAN

Temu bual bersama


Guru Matematik
6
Pemilihan Responden responden
terpilih
Ujian Diagnostik

Pelaksanaan kajian
Ujian Pra berdasarkan
Model Kurt Lewin
Kitaran 1: sebanyak 2 kitaran
Merancang
Melaksana
Pemerhatian
Refleksi
Pemerhatian:
 Tidak Ujian Pasca I
berstruktur
oleh
Penyelidik Kitaran 2:
 Berstruktur Merancang
oleh Rakan Melaksana
Kritikal Pemerhatian
Refleksi

Ujian Pasca II

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Model Kurt Lewin

53
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Penyelidik telah menemubual guru Matematik dan kemudiaannya memberi


Ujian Diagnostik kepada 30 orang murid untuk memilih murid-murid yang sangat
lemah dalam pendaraban dua nombor dua digit. Hasilnya, 6 orang murid telah dipilih
sebagai responden kajian.
Kajian tindakan ini adalah berdasarkan Model Kurt Lewin sebanyak 2
kitaran. Sebelum kitaran pertama dijalankan, penyelidik memberikan Ujian Pra
kepada kesemua responden untuk mengukur tahap pencapaian awal mereka.
Kemudian, sesi rawatan untuk kitaran pertama dijalankan sebanyak dua kali iaitu
satu jam untuk setiap sesi dalam tempoh seminggu. Dalam sesi rawatan, penyelidik
membantu para responden untuk mengimbas kembali bagaimana pendaraban
tradisional (iaitu bentuk lazim) yang biasa mereka lakukan semasa menjawab soalan.
Kemudian, penyelidik mendemonstrasikan cara penggunaan kaedah Pendaraban
Bergambarajah. Penyelidik telah memberikan beberapa soalan untuk melatih
responden dengan kaedah baru ini dan responden dikehendaki menjawab setiap
soalan secara individu. Setelah itu, penyelidik memberikan Ujian Pasca I untuk
mengukur tahap pencapaian mereka setelah diajar dengan kaedah baru. Pemerhatian
tidak berstruktur oleh penyelidik dan pemerhatian berstruktur oleh rakan kritikal
dijalankan sepanjang kitaran pertama. Hasil pemerhatian mendapati bahawa kaedah
ini telah berjaya menarik minat para responden di mana mereka terlibat secara aktif
sepanjang sesi rawatan berlangsung. Mereka juga menyatakan bahawa kaedah ini
lebih mudah dan menyeronokkan daripada kaedah pendaraban tradisional. Namun
begitu, penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa orang responden sering
membuat kesilapan semasa mewakilkan nombor dengan garisan dan juga semasa
mengira titik persilangan. Oleh itu, penyelidik menilai semula perancangan untuk
memperbaiki kelemahan yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam kitaran
kedua.
Dalam kitaran kedua, penyelidik telah mengubah beberapa strategi iaitu
responden diarahkan untuk menyelesaikan soalan latihan secara berpasangan di mana
soalan diberikan secara satu persatu. Selepas menyiapkan satu-satu soalan, proses
semakan jawapan dilakukan bersama. Setelah itu, soalan seterusnya diberikan.
Proses ini berlangsung sehingga kesemua soalan telah dijawab. Selain itu, setiap
responden telah disediakan dengan pen pelbagai warna untuk memudahkan mereka
melihat garisan dan titik persilangan dengan jelas. Sesi rawatan bagi kitaran kedua
dilakukan sebanyak dua kali iaitu satu jam untuk setiap sesi dalam tempoh seminggu.
Kemudian, Ujian Pasca II diberikan untuk mengukur pencapaian setiap responden
dan untuk membandingbeza keputusan yang diperoleh dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca I. Pemerhatian tidak berstruktur oleh penyelidik dan pemerhatian berstruktur
oleh rakan kritikal juga dilakukan sepanjang kitaran kedua dilaksanakan.

Langkah-langkah di dalam kaedah Pendaraban Bergambarajah.

Memandangkan kaedah Pendaraban Bergambarajah difokuskan untuk


menyelesaikan pendaraban dua nombor dua digit, langkah-langkah Pendaraban
Bergambarajah yang akan dijelaskan adalah berdasarkan soalan pendaraban 22×13.
Bagi menyelesaikan pendaraban ini, mulakan dengan melukis dua garisan yang
condong ke kanan, seterusnya melukis dua lagi garisan yang selari dengan dua
garisan yang sebelumnya serta terletak ke bawah dua garisan yang pertama seperti
garisan-garisan ungu dalam Rajah 1.

54
Assila Abdullah & Lee Chuo Hiong

Rajah 2: Langkah 1

Seterusnya lukiskan satu garisan yang condong ke bawah dan kanan serta
bersilang dengan garisan-garisan ungu (garisan biru dalam Rajah 2). Selepas itu,
bergerak ke atas dan lukiskan tiga garisan yang selari dengan garisan yang baru
dilukis tadi seperti garisan berwarna biru dalam Rajah 2.

Rajah 3: Langkah 2

Sekarang kira bilangan titik persilangan di setiap penjuru Rajah 3 yang telah
dilukis. Didapati bahawa bilangan titik persilangan di sebelah kiri rajah (berlorek
hijau) adalah digit pertama hasil darab antara 22 dan 13. Seterusnya,
jumlahkan bilangan titik persilangan pada penjuru atas dan bawah segi empat
(kawasan lorekan biru); ini merupakan digit tengah hasil darab. Manakala bilangan
titik persilangan pada pepenjuru kanan segi empat dalam Rajah 3 (kawasan berlorek
oren) adalah merupakan digit terakhir bagi jawapan 22×13.

×
Rajah 4: Langkah 3

Kaedah ini boleh digunakan untuk pendaraban semua nombor dua digit
dengan tepat, dan jika bahagian yang berlorek hijau, biru ataupun oren mengandungi

55
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

10 atau lebih titik persilangan maka bawa digit “puluh” ke sebelah kiri seperti kaedah
yang digunakan dalam penambahan.
Terdapat konsep Matematik yang tersembunyi di sebalik kaedah ini. Kaedah
ini berkesan disebabkan bilangan garisan yang terdapat dalam gambar rajah
memainkan peranan sebagai pemegang tempat (berdasarkan kuasa 10: iaitu tempat
“sa”, “puluh”, “ratus” dan seterusnya), manakala bilangan titik persilangan di setiap
penjuru adalah hasil darab bilangan garisan. Maka dari segi Matematik kita
sebenarnya sedang menjalankan operasi seperti di bawah:

Petunjuk:
* = operasi darab

22×13 = ( 2*10 + 2 ) * ( 1*10 + 3 )


= 2*1*100 + 2*3*10 + 2*1*10 + 2*3
= 286

Pendaraban ini digambarkan melalui Rajah 3 iaitu kawasan berlorek hijau


mewakili 2*1= 2 titik. Manakala di kawasan berlorek biru terdapat 2*3+2*1= 8 titik.
Sementara itu di kawasan berlorek oren pula terdapat 2*3= 6 titik. Maka dari sini
jelas bahawa kaedah pendaraban ini juga mengikut operasi yang sama dengan kaedah
pendaraban biasa di mana kita menambahkan jumlah pada setiap baris.

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan


kualitatif. Empat jenis instrumen telah digunakan dalam kaedah kuantitatif iaitu
Ujian Diagnostik, Ujian Pra, Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II. Dalam kaedah
kualitatif, tiga jenis instrumen telah digunakan iaitu temu bual bersama guru
Matematik, pemerhatian tidak berstruktur oleh penyelidik, dan pemerhatian
berstruktur oleh rakan kritikal.
Dalam proses pemilihan responden, temu bual bersama guru Matematik telah
dijalankan. Kemudian, Ujian Diagnostik diberikan kepada 30 orang murid. Ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti murid-murid yang sangat lemah dalam
menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor dua digit.
Ujian Pra, Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II mengandungi jenis item yang
sama. Ini adalah untuk membandingbeza pencapaian keputusan setiap ujian. Ujian
Pra diberikan kepada responden sebelum sesi rawatan dijalankan. Ujian Pasca I
diberikan pada akhir kitaran pertama manakala Ujian Pasca II diberikan pada akhir
kitaran kedua.
Dalam setiap kitaran, pemerhatian demi pemerhatian telah dilakukan iaitu
pemerhatian tidak berstruktur oleh penyelidik, dan pemerhatian berstruktur oleh
rakan kritikal. Aspek yang diberi keutamaan dalam setiap pemerhatian adalah aspek
penglibatan setiap responden.

56
Assila Abdullah & Lee Chuo Hiong

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis data dibuat mengikut tiga langkah iaitu analisis kitaran pertama,
analisis kitaran kedua, dan analisis keseluruhan. Bagi kitaran pertama, penyelidik
membuat analisis dengan membandingkan markah setiap responden dalam Ujian Pra
dan Ujian Pasca I. Selain itu, penyelidik menganalisis dua pemerhatian iaitu
pemerhatian tidak berstruktur yang dibuat oleh penyelidik dan pemerhatian
berstruktur yang dibuat oleh rakan kritikal.
Bagi kitaran kedua, penyelidik membuat analisis dengan membandingkan
markah setiap responden dalam Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II. Selain itu,
penyelidik menganalisis dua pemerhatian iaitu pemerhatian tidak berstruktur yang
dibuat oleh penyelidik dan pemerhatian berstruktur yang dibuat oleh rakan kritikal.
Analisis keseluruhan dijalankan dengan menggabungkan data yang telah
dianalisis bagi Ujian Pra, Ujian Pasca I, dan Ujian Pasca II. Semua data
dipersembahkan dalam bentuk jadual. Kemudian, graf bar berkembar dibina
berdasarkan jadual tersebut. Penjadualan data dan gambaran visual dapat
memudahkan proses menganalisis data kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Dengan merujuk kepada Jadual 1 dan Graf 1, kesemua responden yang


dilabelkan sebagai R1, R2, R3, R4, R5 dan R6 telah menunjukkan peningkatan
dalam kemahiran mendarab dua nombor dua digit dalam ketiga-tiga ujian iaitu
Ujian Pra, Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II. Dengan aplikasi kaedah Pendaraban
Bergambarajah, para responden telah meningkat daripada kategori yang sangat
lemah ke kategori yang lebih baik. Min keseluruhan responden dalam Ujian Pra
hanyalah 27%. Nilai ini meningkat kepada 43% dalam Ujian Pasca I dan seterusnya
meningkat kepada 70% dalam Ujian Pasca II. Ini merupakan pencapaian yang cukup
memberangsangkan.

Jadual 1: Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II

Responden Ujian Ujian Ujian


Pra Pasca I Pasca II
% Gred % Gred % Gred
R1 30% D 40% D 60% C
R2 40% D 60% C 80% B
R3 10% E 30% D 60% C
R4 40% D 70% B 100% A
R5 20% E 30% D 70% B
R6 20% E 30% D 50% C
Min 27% 43% 70%

57
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Keputusan Ujian Pra, Pasca I dan Pasca II


100
90
80
70
Markah (%)

60
50 Ujian Pra
40
Ujian Pasca I
30
20 Ujian Pasca II
10
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6
Responden

Graf 1: Keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II

Jadual 2 : Pemerhatian tidak berstruktur penyelidik

No. Kitaran 1 Kitaran 2


1 Kesemua responden memberi maklumbalas yang baik. Ini dapat dilihat pada
penglibatan aktif setiap responden sepanjang sesi rawatan dijalankan.
2 Responden menunjukkan minat yang tinggi setelah mereka diajar tentang
kaedah baru iaitu kaedah Pendaraban Bergambarajah. Ini adalah kerana
kaedah ini berbeza dengan kaedah pendaraban lazim yang sering mereka guna
sebelum ini.
3 Kelemahan: Cara mengatasi:
Beberapa responden menunjukkan Membahagi responden kepada 3
kurang keyakinan diri semasa pasangan untuk menjawab soalan
diarahkan untuk menjawab soalan- latihan. Nampaknya responden
soalan latihan secara individu. kelihatan lebih yakin dan bersemangat
dengan adanya rakan yang boleh
dibawa berbincang.

Beberapa kesalahan semasa Penyelidik menyediakan pen


melukis garisan dan semasa berwarna kepada setiap responden.
mengira titik persilangan. Mereka menggunakan warna yang
berbeza untuk melukis garisan dan
mengira titik persilangan. Hasilnya,
setiap responden kurang melakukan
kesilapan berbanding kitaran pertama.

58
Assila Abdullah & Lee Chuo Hiong

Jadual 3 : Pemerhatian berstruktur rakan kritikal

No Pemerhatian Kitaran 1 Kitaran 2


1 Adakah responden Ya, kesemua mereka Ya.
berminat untuk nampak begitu teruja
mempelajari kaedah sekali.
Pendaraban
Bergambarajah?
2 Adakah responden Terdapat seorang Ya.
menumpukan responden yang
perhatian semasa kurang menumpukan
proses rawatan perhatian di awal
dijalankan? proses rawatan.
3 Apakah tahap Aktif. Sangat aktif. Responden yang
penglibatan pada mulanya kurang
responden semasa menumpukan perhatian pada
proses pengajaran awal kitaran pertama telah
dan pembelajaran? berubah menjadi lebih aktif.
4 Adakah responden Ya. Mereka sering Ya, nampaknya mereka
bersemangat semasa bertanya kepada guru. bersemangat menjawab
menyelesaikan soalan soalan latihan secara
latihan? berpasangan.

5 Adakah responden Terdapat beberapa Ya, penggunaan pen


berupaya responden sering berwarna sangat membantu
mengaplikasikan melakukan kesilapan mereka.
kaedah Pendaraban semasa melukis
Bergambarajah garisan dan mengira
dengan betul ketika titik persilangan.
menjawab soalan
latihan?
6 Bolehkah responden Tidak. Ya, sekiranya mereka diberi
menjawab soalan lebih banyak masa.
latihan dengan betul?
Komen: Sesi rawatan berjalan Rawatan pada kitaran kedua
dengan lancar. ini menunjukkan peningkatan
Namun begitu, yang amat
kelemahan beberapa memberangsangkan.
responden yang Kesemua responden
sering melakukan menunjukkan minat dan
kesilapan semasa semangat yang tinggi.
melukis garisan dan
mengira titik
persilangan
hendaklah diambil
berat untuk
penambahbaikan.

59
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Hasil pemerhatian daripada penyelidik dan rakan kritikal dalam kedua-dua


kitaran telah menunjukkan peningkatan dari segi penglibatan dan prestasi kesemua
responden. Ini mengukuhkan lagi dapatan kajian.
Kesimpulan daripada dapatan kajian ini mendapati bahawa kaedah
Pendaraban Bergambarajah adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid-
murid yang sangat lemah dalam menyelesaikan pendaraban dua nombor dua digit.
Selain itu, kaedah ini boleh meningkatkan minat murid-murid untuk mempelajari
Matematik khususnya pendaraban.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil analisis data menunjukkan min peratus Ujian Pra yang telah dicapai
oleh keenam-enam responden ialah 27%. Min peratus ini telah meningkat kepada
43% dalam Ujian Pasca I. Dapatan ini menunjukkan bahawa telah berlaku
peningkatan min sebanyak 16% bagi kitaran pertama kajian.
Min peratus Ujian Pasca II telah meningkat kepada 70%. Dapatan ini
menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan min sebanyak 27% dalam Ujian
Pasca II kitaran kedua apabila dibandingkan dengan min peratus Ujian Pasca I
kitaran pertama.
Berdasarkan dapatan kajian daripada analisis data yang telah dibuat,
penyelidik menyimpulkan bahawa Kaedah Pendaraban Bergambarajah adalah
berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian murid-murid yang sangat
lemah dalam menyelesaikan pendaraban dua nombor dua digit. Dapatan kajian ini
selaras dengan dapatan beberapa penyelidik lain seperti Cepoi (2010) di mana
pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pasca I dan Pasca II telah menunjukkan
peningkatan yang baik. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Yusniza
Mohamed Yusoff (2004), keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan
peningkatan sebanyak 60%. Selain itu, Sharon Yeo (2010) dalam kajiannya telah
menyatakan dapatan kajian beliau iaitu perbezaan markah yang tinggi antara Ujian
Pra dan Ujian Pos iaitu antara 80% hingga 100%.
Pemerhatian tidak berstruktur yang dilakukan oleh penyelidik dan
pemerhatian berstruktur oleh rakan kritikal telah menunjukkan bahawa kaedah
menggunakan gambarajah telah meningkatkan minat kesemua responden dalam
mempelajari Matematik. Ini disokong oleh Wittich dan Schuller (1973, seperti
dinyatakan oleh Muhd. Hassan Abdul Rahman, 2000) menerangkan bahawa grafik
adalah terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian
tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-
gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan.
Mereka sentiasa ingin tahu tentang dunia sekeliling. Dengan adanya bantuan grafik
moden, pendidikan yang mereka terima dapat membantu memenuhi naluri ingin
tahu.
Pengubahsuaian yang dilakukan dalam kitaran kedua juga telah berjaya
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikesan dalam kitaran pertama. Ini dapat
dilihat apabila kesemua responden kelihatan lebih bersemangat dan yakin untuk
menjawab soalan latihan dengan adanya rakan yang boleh dibawa berbincang setelah
penyelidik membahagikan mereka kepada tiga pasangan. Selain itu, penggunaan pen
berwarna yang berbeza untuk melukis garisan dan mengira titik persilangan ketika
menjawab soalan latihan dalam kitaran kedua telah mengurangkan kadar kesilapan
yang dilakukan oleh responden jika dibandingkan dengan kitaran pertama. Hasil

60
Assila Abdullah & Lee Chuo Hiong

dapatan pemerhatian kajian ini adalah selaras dengan Cepoi (2010) iaitu kaedah ini
telah membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya
ingatan terhadap sesuatu yang telah dipelajari serta menjadikan suasana
pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan ceria. Murid-murid juga telah
menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik terutamanya di dalam operasi
darab.
Kaedah yang diperkenalkan ini memudahkan responden untuk mengelak
daripada mengingati langkah kerja dan rumus yang panjang di dalam minda mereka.
Proses ‘lupa’ dan kesukaran mengaplikasikan rumus yang kompleks akan
mencacatkan mutu jawapan dan seterusnya mempengaruhi jawapan akhir pelajar
(Seethadevi, 2001).

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kaedah Pendaraban Bergambarajah yang digunakan oleh penyelidik di dalam


kajian ini telah terbukti berkesan dalam meningkatkan pencapaian keenam-enam
responden dalam menyelesaikan pendaraban dua nombor dua digit. Ini merupakan
satu titik tolak yang positif di mana guru-guru di sekolah boleh mengaplikasikan
kaedah ini untuk meningkatkan prestasi murid-murid.
Sebagai penambahbaikan kepada kajian ini, terdapat beberapa cadangan
kajian lanjutan. Yang pertama, kaedah ini boleh diubahsuai supaya menjadi lebih
efektif. Sebagai contoh, penyelidik boleh selitkan penggunaan manipulatif supaya
murid-murid boleh membina pengetahuan sendiri dengan lebih bermakna.
Yang kedua, penyelidik boleh menggabungkan kaedah lain di dalam kaedah
Pendaraban Bergambarajah. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah
pembelajaran koperatif. Dengan gabungan dua kaedah ini dipercayai boleh
meningkatkan lagi pencapaian murid-murid.
Yang ketiga, kaedah ini boleh diaplikasikan ke matapelajaran yang lain
seperti Sains dan sebagainya. Mungkin beberapa pengubahsuaian diperlukan, tetapi
idea utama iaitu pembelajaran melalui gambarajah boleh digunakan.
Yang keempat, kajian ini boleh juga diaplikasikan kepada murid-murid di
luar bandar atau pedalaman. Memandangkan kaedah ini adalah mudah dan tidak
memerlukan kos yang tinggi, maka kaedah ini tidak membebankan murid-murid,
guru atau pihak sekolah.
Yang kelima, skop kaedah ini boleh diluaskan lagi. Kajian ini hanya tertumpu
pada pendaraban dua nombor dua digit. Oleh itu, penyelidik boleh luaskan lagi skop
kepada pendaraban antara tiga nombor tiga digit dan seterusnya.
Yang keenam, bilangan responden boleh dipertingkatkan. Kajian ini hanya
terdiri daripada enam orang responden. Penyelidik boleh tingkatkan lagi bilangan
responden kepada satu kelas yang terdiri daripada ramai murid.
Yang ketujuh, tambah tempoh masa untuk melaksanakan kajian. Kajian ini
dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat iaitu kira-kira tiga bulan.
Memandangkan penyelidik mempunyai banyak tanggungjawab lain kerana menjalani
praktikum semasa melaksanakan kajian, maka tempoh tiga bulan tersebut adalah
singkat dan kelas diadakan juga adalah sedikit. Oleh itu, penyelidik boleh bina
sebuah kelas khas supaya lebih tumpuan diberikan kepada murid-murid.
Kesimpulannya, sekiranya penambahbaikan dilakukan, pencapaian murid-
murid dalam pendaraban khususnya pendaraban dua nombor dua digit atau digit
yang lebih besar dapat dipertingkatkan dengan lebih efektif.

61
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

RUMUSAN

Hasil daripada dapatan keseluruhan penyelidikan tindakan ini, penyelidik


mendapati pencapaian kesemua responden telah meningkat. Dengan ini, objektif
kajian telah dicapai dan persoalan kajian telah dijawab. Secara tuntasnya, kaedah
Pendaraban Bergambarajah telah berjaya meningkatkan pencapaian murid-murid
yang sangat lemah dalam pendaraban dua nombor dua digit.

RUJUKAN

Azizi Subeli. (2010). Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab. Tesis
Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Brown, T. (2003). Meeting the standards in primary mathematics a guide to the ITTNC. Routledge
Falmer.
Cepoi. (2010). Kajian Tindakan Matematik SKG. [dari talian]:
http://iltizamskg.blogspot.com/2010/02/lemah-darab.html [4 Februari 2011]
Isahak Haron. (2009). Dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2007 tentang Prestasi Pelajar 8th Grade
(Tingkatan 2) Malaysia dalam Ujian Matematik dan Sains. [dari talian]:
http://www.scribd.com/doc/12928259/Kajian-a-TIMSS-2007-Prestasi-Pelajar-Malaysia [26
Jun 2011]
Kamus Dewan. (2005). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ma’rof Redzuan & Haslinda Abd. (2008). Psikologi Edisi Ketiga. Malaysia: McGraw-Hill9
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Pengajaran Bahan Pengajaran Berkesan. Selangor:
Universiti Putra Malaysia Serdang.
Seefeldt, C., and Galper, A. (2008). Active experiences for active children mathematics.second
edition. Pearson: Merrill prentice hall.
Seethadevi Narayanan. (2001). Pengajaran dan Pembelajaran Rumus Secara Berkesan Dalam
Matematik Tambahan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2000, 57-
63.
Sharon Yeo, T.T. (2010). TIC-TAC-TOE: Helping Year 5 pupils to memorize multiplication table
seven. Tesis Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Suggate, J., Davis, A., dan Goulding, M. (1998). Mathematical Knowledge for Primary Teacher.
London: David Fulton Publishers.
Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka Melebihi Dua Digit
Dengan Dua Digit Bagi Murid-Murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004: Maktab
Perguruan Perlis, 115-127.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1sagigurl88@gmail.com, 2leechuohiong@gmail.com

62
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCONGAK
FAKTA ASAS DARAB MELALUI
PERMAINAN DOMINO

TAN MOI YEN @ AISYA HUMAIRA TAN1


LU CHUNG CHIN2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab
hingga 12 x 12 di kalangan murid- murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah di
Miri melalui permainan Domino. Pengkaji telah mengenalpasti 4 orang responden
yang lemah dalam menguasai fakta asas darab dan juga dalam menyelesaikan
masalah melibatkan operasi darab. Pengkaji menjalankan kajian sebanyak dua
pusingan dalam tempoh sebulan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik
untuk minat terhadap matematik dan kemahiran mencongak manakala Ujian Pra,
dan Ujian Pos untuk melihat pencapaian responden sebelum dan selepas
permainan Domino diperkenalkan. Data diilustrasi menggunakan graf dalam
peratusan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian oleh responden
kajian.

ABSTRACT

The research is conducted to improve the capability of pupils in Year 4 in


multiplying the numbers faster until 12 x 12 through Domino in one of the
primary schools in Miri. The researcher has identified 4 respondents who are
weak in memorizing the timetables and solving problems involving
multiplication. There are two cycles involved in the research and have been
carried out in a month. Instruments used are survey to identify pupils’ interest in
mathematics and mental calculation skill in multiplication while Pre- test and Post
Test are used to assess respondents’ achievement before and after Domino game
is introduced. Data illustrated using graph in percentage. The research finding
shows great improvement in respondents’ achievement.

PENDAHULUAN

Penyelidikan tindakan iaitu satu bentuk penyelidikan yang dilaksanakan oleh


guru untuk guru dan tentang guru. Segala peranan, fungsi, amalan, budaya dan norma
di sekolah lebih difahami oleh guru berbanding dengan penyelidik pihak ketiga. Oleh
itu, lebih bertepatan untuk guru menyiasat amalan diri dalam situasi sekolah di
tempat beliau bertugas menurut Stenhouse (1983) seperti dinyatakan dalam Noriata
A. Rashid et al. (2010).
Justeru itu, melalui kaedah bermain dapat menambah keseronokan sambil
belajar dan menanamkan nilai-nilai positif di kalangan murid- murid seperti tidak
mudah berputus asa, semangat berkumpulan dan positif terhadap pembelajaran
terutamanya subjek matematik yang lebih kepada logik dan praktikal.

63
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini ialah untuk membantu murid- murid mengatasi masalah sifir
sekaligus menguasai fakta asas darab melalui permainan Domino. Mohd Zain
Mukmin (1984, seperti dinyatakan dalam Zainudin Bin Abu Bakar dan Mohd.
Rashidi Bin Mat Jalil, n.d.) mendapati bahawa kelemahan pelajar di dalam
matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila
fakta asas darab dikuasai, matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah.
Oleh yang demikian, permainan Domino digunakan untuk membantu murid-
murid ini mengatasi masalah yang mereka hadapi. Kaedah ini telah diadaptasi
daripada Aida Ibrahim (2006) dan hasil kajian mendapati bahawa kaedah permainan
Domino dapat meningkatkan penguasaan fakta asas darab hingga 9 x 9 di kalangan
murid- murid Tahun 5. Permainan dimulakan dengan membahagikan kad Domino
sama banyka kepada kedua- dua kumpulan. Kemudian letakkan kad permulaan
(rujuk Rajah 1.1) di tengah- tengah. Kumpulan yang memulakan permainan akan
membuat padanan (rujuk Rajah 1.2) pada hujung kad permulaan tadi. Permainan
diteruskan sehingga kedua- dua kumpulan menghabiskan kad Domino yang dimiliki.

4×4 56 11×2
Hasil darab

8×7 63 36

8×7 63 9×7 63 6×6

5×3 15

Soalan fakta asas darab


49

7×7 84

1.1 Kad Permulaan 1.2 Padanan yang telah dibuat


Rajah 1: Kaedah Permainan Kad Fakta Asas Darab Domino

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ialah:


a) Mengenalpasti keberkesanan permainan Domino dalam meningkatkan
kemahiran mencongak fakta asas darab bagi murid- murid Tahun 4.

Soalan kajian ialah:


a) Adakah permainan Domino boleh meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab bagi murid-murid Tahun 4?

64
Tan Moi Yen @ Aisya Humaira Tan & Lu Chung Chin

TINJAUAN LITERATUR

Aida Ibrahim (2006) mendapati bahawa kaedah permainan Domino dapat


meningkatkan penguasaan fakta asas darab hingga 9 × 9 di kalangan murid- murid
Tahun 5. Cadangan beliau untuk kajian seterusnya ialah mengaplikasikan kajian ini
untuk kumpulan sasaran lain. Justeru itu, pengkaji merasakan ini satu cabaran untuk
mengaplikasikan kaedah ini untuk kumpulan sasaran Tahun 4 pula dalam kajian
tindakan kali ini.
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik menurut D' Augustine
(1973). Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa
menyelesaikan pelbagai masalah matematik.
Kecenderungan di usia kanak- kanak yang gemar bermain dan berasa
seronok, Mayke (2000) seperti dinyatakan dalam Dewi Gustini (2010).
mengemukakan bahawa belajar dengan bermain memberi kesempatan kepada anak
untuk memanipulasi, mengulang-ulang, menemukan sendiri, bereksplorasi,
mempraktikkan, dan mendapatkan bermacam-macam konsep serta pengertian yang
tidak terhitung banyaknya. Di sinilah proses pembelajaran terjadi, melalui permainan
memberikan pengalaman belajar pada peserta didik. Dengan perasaan seronok
bermain, kanak- kanak belajar bukan sahaja dapat menambah minat dan penglibatan
terhadap permainan malah penguasaan terhadap penguasaan sesuatu topik seperti
operasi- operasi asas dalam Matematik.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah 4 orang responden yang dipilih daripada 46


orang murid Tahun 4D di sebuah sekolah di bandaraya Miri. Kumpulan sasaran ini
ialah responden yang kurang mampu mencongak fakta asas darab dan lemah dalam
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab namun bukan yang mendapat
markah terendah dalam ujian bulanan. Maklumat kumpulan sasaran yang telah
dipilih seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Maklumat Responden

Responden Jantina Umur Bangsa Markah Ujian Bulanan (%)


A L 10 tahun Iban 50
B P 10 tahun Iban 53
C P 10 tahun Kayan 54
D P 10 tahun Melayu 55

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian tindakan ini dilaksanakan selama empat minggu melalui dua kitaran
pada selepas waktu persekolahan dengan adanya kebenaran daripada pihak sekolah.
Rajah 2 menunjukkan peta konsep kajian tindakan yang telah dilaksanakan.

65
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Gagal menghafal Permainan Domino Peningkatan


fakta asas darab untuk ingat fakta asas dalam ujian
darab operasi darab

(diadaptasi dari Yong Bing Sing, 2010)

Rajah 2: Peta Konsep Kajian Tindakan

Prosedur tindakan telah diadaptasi daripada daripada model Kurt Lewin


(1946). Terdapat 4 fasa utama dalam model ini iaitu fasa perancangan, fasa
tindakan, fasa pengumpulan data dan fasa penanalisisan data. Pengumpulan data
awal diperoleh melalui satu temu bual lisan ringkas dan markah ujian bulanan yang
lepas daripada guru matematik kelas berkenaan. Setelah dikenalpasti, Ujian Pra
dijalankan terhadap responden dan diperuntukkan 15 minit. Kecenderungan
responden terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas
darab dikenalpasti dengan menjawab soalan soal selidik.
Tindakan seterusnya ialah memperkenalkan permainan Domino, dimana
responden diberi penerangan cara bermain dan peraturan- peraturannya sebelum
memulakan sesi permainan dan bimbingan. Permainan menggunakan kad fakta asas
Domino dan dadu. Setiap kali selepas selesai permainan, 3 set Ujian cepat kira fakta
asas darab yang mengandungi 60 soalan diberikan dengan memperuntukkan masa 8
minit, 6 minit dan 4 minit bagi setiap set. Pusingan pertama diakhiri dengan Ujian
Pos 1 diberikan selepas 2 minggu sesi permainan dan bimbingan dijalankan.
Pusingan kedua diteruskan dan dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu pengubahsuaian soalan Ujian cepat kira fakta
asas darab. Ujian Pos 2 dijalankan bagi mengakhiri pusingan kedua. Pusingan kedua
memfokus lebih kepada penguasaan fakta asas darab bagi sifir yang lebih besar.

CARA PENGUMPULAN DATA

Ujian Pra
Tempoh masa 15 minit diberikan untuk menjawab kesemua soalan. Soalan-
soalan pada Ujian Pra adalah rekaan sendiri oleh pengkaji dan telah disemak oleh
guru pembimbing semasa menjalani praktikum di sekolah berkenaan. Ujian pra
66
Tan Moi Yen @ Aisya Humaira Tan & Lu Chung Chin

dilakukan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan responden dalam


menyelesaikan soalan pendaraban. Setiap soalan diperuntukkan 3 markah
maksimum.

Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2


Selepas dua minggu bimbingan menggunakan permainan Domino dan ujian
cepat kira fakta asas darab, pengkaji mengemukakan Ujian Pos 1 untuk menguji
kecekapan, kepantasan dan ketepatan jawapan murid kumpulan sasaran. Masa
selama 15 minit telah diperuntukkan untuk menjawab 5 soalan pendaraban. Ujian
Pos 2 dijalankan dua minggu kemudian.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra

Ujian Pra diberikan kepada murid-murid. 5 soalan subjektif yang perlu


dijawab dan ditunjukkan langkah kerjanya. Setiap soalan memberi 3 markah di mana
2 markah untuk langkah kerja dan 1 markah untuk jawapan yang betul. Markah yang
diperoleh oleh setiap responden akan diberi gred mengikut setiap markah berikut.

Jadual 3: Gred Markah Ujian

Markah (%) Gred


80 – 100 A
60 - 79 B
40 – 59 C
0 - 39 D

Markah yang diperoleh oleh setiap responden akan ditukar ke peratus


menggunakan rumus berikut:
× 100 = y % , x mewakili jumlah markah untuk jawapan yang betul.
y mewakili jumpah markah dalam peratus.

Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Peratusan markah Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Keduanya akan dikira
menggunakan rumus × 100 = y % dimana x ialah bilangan markah yang diperoleh
manakala y ialah jumlah markah dalam peratus. Gred markah yang digunakan seperti
pada Ujian Pra yang ditunjukkan dalma Jadual 3.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan daripada Ujian Pra menunjukkan penguasaan dan kemampuan


responden untuk mencongak fakta asas darab. Pengkaji mendapati kesemua
responden menggunakan pelbagai teknik untuk menjawab soalan yang melibatkan
operasi darab. Markah yang diperoleh responden dalam peratusan ditunjuk dalam
Rajah 3.
67
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Markah Ujian Pra (%)


50
40
30
20 Markah Ujian Pra (%)
10
0
A B C D

Rajah 3: Markah Ujian Pra Responden

Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Prestasi responden direkodkan ke dalam Jadual 6. Masing- masing responden


A, B dan C mendapat markah penuh, 100% dengan peningkatan sebanyak 26.7%,
20.0% dan 13.3%. Manakala responden D mencatat peningkatan paling banyak iaitu
53.4% yang hanya mendapat 33.3% pada Ujian Pos 1 dan mendapat 86.7% pada
Ujian Pos 2. Rajah 4 menunjukkan pencapaian markah ujian setiap responden dalam
peratusan.

Jadual 6: Markah Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2

Responden A B C D
Markah Ujian Pos 1 (%) 73.3 80.0 86.7 33.3
Markah Ujian Pos 2 (%) 100.0 100.0 100.0 86.7
Peningkatan (%) 26.7 20.0 13.3 53.4

Pencapaian setiap Responden


100

50

0
A B C D

Markah Ujian Pra (%) Markah Ujian Pos 1 (%) Markah Ujian Pos 2 (%)

Rajah 4: Markah Ujian setiap Responden

68
Tan Moi Yen @ Aisya Humaira Tan & Lu Chung Chin

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Satu persoalan telah dikemukakan untuk kajian tindakan ini iaitu


mengenalpasti keberkesanan permainan Domino dalam meningkatkan kemahiran
mencongak fakta asas darab hingga 12 × 12. Dapatan kajian menunjukkan hasil yang
selari dengan dapatan Aida Ibrahim (2006).
Kecenderungan di usia kanak- kanak yang gemar bermain dan berasa
seronok, Mayke (2000) seperti dinyatakan dalam Dewi Gustini (2010)
mengemukakan bahawa belajar dengan bermain memberi kesempatan kepada anak
untuk memanipulasi, mengulang-ulang, menemukan sendiri, bereksplorasi,
mempraktikkan, dan mendapatkan bermacam-macam konsep serta pengertian yang
tidak terhitung banyaknya bersesuaian dengan transformasi permainan Domino
dalam pembelajaran Matematik yang diaplikasikan. Permainan ini peluang untuk
murid- murid mengulang- ulang permainan dan belajar sendiri di samping
meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab.
Setiap kali selepas aktiviti permainan Domino, pengkaji mengadakan tiga set
aktiviti cepat kira fakta asas darab dengan memberikan soalan yang sama. Secara
tidak langsung, latih tubi dibuat oleh responden. Amalan ini selari dengan penyataan
oleh Ibrahim Md. Noh (1995) seperti yang dinyatakan dalam Agnes Voo Tun Chuan
(2005) yang menyatakan bahawa Matematik dianggap sebagai ilmu kira mengira.
Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran
matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan
membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan. Amalan inilah yang masih
perlu diterapkan bagi mengekalkan penguasaan dalam matematik.
Pendekatan permainan Domino yang digunakan telah menunjukkan
peningkatan pada pencapaian responden dan pendekatan ini turut disokong oleh
pernyataan D' Augustine (1973) yang berpendapat bahawa permainan adalah satu
kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk
minat terhadap matematik. Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan
jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penggunaan
aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah adalah berlandaskan prinsip 'bermain sambil belajar’.
Kesimpulannya, dengan adanya revolusi, permainan Domino boleh
diubahsuai dan diinovasikan menjadi bahan bantu mengajar fakta asas darab yang
berkesan di samping menarik minat murid- murid terhadap mata pelajaran matematik
terutamanya bagi topik atau kemahiran yang dirasakan sukar untuk dikuasai murid.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dalam setiap kajian tindakan, sesungguhnya terdapat aspek- aspek yang


boleh ditambahbaik untuk kajian seterusnya. Antara kekangan yang dihadapi semasa
menjalankan kajian ini ialah masa , peralatan dan ruang yang diperlukan untuk
bimbingan dan permainan Domino. Ini kerana tempoh permainan agak lama dan
tidak sesuai untuk masa pengajaran dan pembelajaran dan susunan kad Domino tidak
tetap, responden bebas untuk membuat padanan pada mana- mana hujung kad
Domino asalkan padanan yang dibuat adalah tepat dan ini menambah kemungkinan
saiz atau keluasan ruang yang diperlukan lebih luas dan hanya beberapa orang murid
boleh dibimbing dalam satu- satu masa.

69
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Oleh yang demikian, dicadangkan supaya penggunaan ICT boleh


diaplikasikan dan aktiviti boleh dilajalankan dengan melibatkan lebih ramai
responden atau pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalannya dengan
menayangkan permainan Domino pada skrin dan responden secara bergilir
menyusun kad Domino maya pada susunan yang dikehendaki. Malahan, tempoh
kajian boleh dipanjangkan bagi mendapat hasil yang lebih ketara sekaligus
membantu mengatasi masalah penguasaan kemahiran mencongak fakta asas di
kalangan murid- murid.
Selain itu, penambahan instrumen penilaian seperti pemerhatian, temu bual
dan dokumentasi boleh digunakan bagi mendapatkan data yang lebih sah dan kukuh
mengenai kajian yang dijalankan. Aspek- aspek yang dinilai dan diperhatikan boleh
ditambah dan dikategorikan mengikut kesesuaian objektif kajian yang diutarakan.
Malah, adalah lebih baik sekiranya kajian ini boleh dilanjutkan untuk topik-
topik lain seperti tambah, tolak, bahagi, pecahan, ukuran dan sebagainya yang
bersesuaian. Kad Domino bolehlah dihasilkan sendiri oleh pengkaji mengikut tahap
kesesuaian murid yang menjadi responden.

RUMUSAN

Kajian menunjukkan pengaruh permainan dalam peningkatan prestasi murid-


murid. Seper yang telah dikemukakan oleh Mayke (2000) seperti dinyatakan dalam
Dewi Gustini (2010) bahawa belajar dengan bermain memberi kesempatan kepada
anak untuk memanipulasi, mengulang-ulang, menemukan sendiri, bereksplorasi,
mempraktikkan, dan mendapatkan bermacam-macam konsep serta pengertian yang
tidak terhitung banyaknya. Malah, kanak- kanak membesar dengan bermain secara
imaginasi yang tak terjangkaukan.
Tuntasnya, tidak semua murid belajar melalui kaedah hafalan semata- mata.
Pendidik harus kreatif untuk mengaplikasikan pelbagai jenis permainan untuk
menjadikan pembelajaran murid- murid lebih bermakna dan seronok.

RUJUKAN

Agnes Voo Tun Huan. (2005). Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap Dua.
Retrieved from http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760026/1/. [20 Mac 2011].
Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui
Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006.Retrieved from
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf. [29 Januari 2011].
D' Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School.
New York: Harper & Row Publisher.
Dewi Gustini (2010). Artikel Belajar Matematik melalui Permainan itu menyenangkan. Retrieved
from http://www.pnfi.kemdiknas.go.id/artikel/20100613193802/BELAJAR-
MATEMATIKA-MELALUI-PERMAINAN-ITU-MENYENANGKAN.html. [29 Januari
2011].
Noriata A. Rashid, Boon, Poh Ying, Wong, Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan Profesional
Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yong Bing Sing. (2010). Magic Number Memorization: A Technique to Memorize Multiplication
Table 7. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan. IPGM Kampus Sarawak.
Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (n.d.). Keberkesanan Kaedah Petak Sifir
Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah
Kebangsaan Mersing Johor. Retrieved from
http://eprints.utm.my/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Dalam_Penguasaan_Fakt
a_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf. [29 Januari 2011].
70
Tan Moi Yen @ Aisya Humaira Tan & Lu Chung Chin

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1yena15@yahoo.com, 2adyabc@gmail.com

71
KEBERKESANAN TEKNIK ‘COUNTING UP’ DALAM MEMBANTU
MURIDTAHUN TIGA MENGUASAI OPERASI TOLAK
MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

ZURAIDAH BINTI JAMAHARI1


ENCIK MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA2

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 3 di sebuah
sekolah di bandar raya Miri bagi meningkatkan kemahiran dalam operasi tolak
dengan menggunakan teknik ‘counting up’. Kajian tindakan ini berasaskan kitaran
model Kurt Lewin dan dijalankan sebanyak 2 kitaran. Kajian tindakan ini
menggunakan 3 instrumen untuk mengumpul data iaitu ujian (ujian pra, ujian
pasca 1 dan ujian pasca 2), pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur. Teknik
‘counting up’ menggunakan jari-jemari tangan dan lukisan kayu stik
diperkenalkan di dalam kajian tindakan ini. Tiga responden telah dipilih
berdasarkan markah ujian diagnostik. Setelah ujian pra dijalankan, didapati
responden menghadapi kesukaran menyelesaikan kemahiran asas menolak
melibatkan pengumpulan semula. Dapatan kajian mendapati Responden A dan
Responden B meningkat sebanyak 100% manakala Responden C telah meningkat
sebanyak 50% dalam ujian bermula daripada ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian
pasca 2. Melalui instrumen pemerhatian rakan kritikal dan temu bual tidak
berstruktur mendapati responden kajian menunjukkan kesan positif seperti
peningkatan minat dan penglibatan yang aktif responden dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kajian tindakan ini sedikit sebanyak mampu membantu guru di
sekolah mengajar operasi tolak yang diaplikasi dalam setiap tajuk dalam mata
pelajaran matematik selain menyediakan teknik alternatif kepada guru-guru
matematik.

ABSTRACT

This action research was conducted to assist the Year Three pupils in one of the
selected schools in Miri to improve their ability in subtraction skill using counting
up techniques. The research was modeled after Kurt Lewis’s circle model and is
conducted twice using three different instruments which included pre, post 1 and
post 2 assessments, observation and interview method. The assessment was
conducted using finger and sticks illustration and accomplished by three
respondents which were selected based on their diagnostic test result. From the
assessment which was fully accomplished by the three respondents above, the
results shows the respondents were having difficulties in solving basic subtraction
operation with regrouping. From the three assessments done, Respondent A and
Respondent B improved by 100%, while respondent C improved by 50%. The
observation and random interview data showed that the respondents has disclosed
their interest and reacted positively to the teaching methods and learning process.
The pupils positive response and the result of the assessment showed that the
counting up technique can be used by mathematic teachers as an alternative method
in teaching subtraction.

72
Zuraidah Bt Jamahari & Mohamad Zailani B. Jaya

PENDAHULUAN

Guru-guru memainkan peranan penting untuk mendidik murid-murid untuk


berfikir dengan lebih terbuka apabila mengajar matematik di dalam kelas. Guru
sepatutnya menjadikan matematik sesuatu yang menyeronokkan dan sangat penting
dalam kehidupan harian murid-murid supaya murid-murid tidak takut dengan
matematik dan berani untuk menghayati matematik.
Murid-murid mula didedahkan kepada proses matematik untuk menghasilkan
sesuatu keputusan matematik dan bukan hanya terhad kepada penggunaan hasil
matematik sahaja (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).
Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian ini untuk membantu murid untuk
menguasai kemahiran asas menolak melibatkan pengumpulan semula dengan lebih
mudah dengan menggunakan teknik yang diperkembangkan iaitu ‘counting up’.
Teknik ini menekankan cara menyelesaikan masalah untuk mendapat hasil dengan
lebih cepat dan mudah tanpa mengelirukan murid.

FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini dijalankan untuk memperkembangkan teknik ‘counting


up’ dalam kemahiran asas penolakan melibatkan pengumpulan semula. Semasa
menjalani praktikum, ramai murid menghadapi masalah jika diberi soalan penolakan
melibatkan pengumpulan semula berbanding tanpa pengumpulan semula.
Masalah ini timbul apabila mereka cuai apabila melakukan pengiraan
memandangkan nombor yang digunakan lebih daripada 10 iaitu lebih daripada
bilangan jari tangan mereka. Selain itu, kekeliruan untuk melakukan peminjaman
daripada rumah digit yang lain juga menjadi salah satu faktor murid tidak mampu
untuk menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula.
Dengan ini, kajian ini menggunakan teknik ‘counting up’ yang memudahkan
murid untuk mengira penolakan melibatkan pengumpulan semula kerana nombor
yang akan dikira akan menjadi kurang daripada 10 dan jari-jemari tangan sahaja
sudah mencukupi untuk mengira.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 3 Bestari di


salah sebuah sekolah di bandaraya Miri untuk melakukan kemahiran asas menolak
melibatkan pengumpulan semula. Teknik yang diperkenalkan boleh menjadi teknik
alternatif kepada guru-guru Matematik untuk mengajar kemahiran asas menolak.

Objektif kajian ini ialah;


a) Menguji keberkesanan teknik ‘counting up’ dalam menyelesaikan operasi
asas menolak melibatkan pengumpulan semula.
b) Mengenalpasti masalah yang wujud untuk menjawab soalan penolakan yang
melibatkan pengumpulan semula dengan teknik ‘counting up’.
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:
a) Adakah teknik ‘counting up’ berkesan dalam menyelesaikan operasi asas
menolak melibatkan pengumpulan semula?

73
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

b) Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian teknik ‘counting up’


dalam menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan
semula?

TINJAUAN LITERATUR

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), matematik merupakan


matapelajaran wajib yang dipelajari pelajar sehingga peringkat tertinggi. Dalam
proses yang memakan enam tahun di pendidikan rendah, pelajar dibimbing untuk
mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah
yang logik (Nik Azis,1992). Keadaan ini memerlukan murid untuk menguasai
konsep asas matematik.
Dalam kaedah menolak nombor melibatkan pengumpulan semula
menggunakan teknik ‘counting up’, murid menggunakan jari untuk menolak nombor.
Murid-murid terlebih dahulu melakukan pengiraan mental dengan membayang
nombor. Selepas itu barulah mereka menolak nombor selebihnya menggunakan jari-
jemari. Kaedah mental ini telah menunjukkan murid tersebut berkebolehan mengira
dengan sangat pantas dan tepat. Kajian ini juga selaras dengan kajian oleh Hayashi
(2000) dan Kawano (2000) di negara Jepun. Kaedah ini melibatkan murid secara
aktif dan stimulasi otak dengan menjana kecerdasan minda untuk meningkatkan
prestasi dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik. Di samping itu,
penggunaan teknik yang lebih konkrit ini mendatangkan keseronokan kepada murid
(Janting Rangkai,2005).

“subtraction with or without regrouping is a very early topic anyway.


A deep understanding of mathematics skills (subtraction) is necessary
in order for the pupils to have the corresponding range of learning
opportunities.”
(Liping Ma, 1999)

Guru-guru di sekolah rendah perlu menunjukkan pengetahuan yang meluas


dalam suatu kemahiran. Ini boleh meningkatkan kemahiran berfikir bagi kanak-
kanak dalam teknik yang pelbagai dalam menyelesaikan kemahiran asas penolakan.

“…misconceptions can arise from early experiences…subtraction,


especially involving decomposition will also be handicapped by poor
understanding …”
(Steven Chinn, 2004)

Menurut Steven Chinn (2004), tersalah faham konsep boleh bermula dari
pengalaman awal murid-murid belajar konsep. Oleh itu, guru-guru
bertanggungjawab untuk menerapkan konsep yang betul melalui proses yang betul.

“…Mastery of a basic concept means that a child can give a quick


response without resorting to non-efficient means, such as counting..”
(John A. Van de Walle, 2004)

Berdasarkan kenyataan oleh John A. Van de Walle (2004), penguasaan


konsep asas boleh membantu murid dalam menyelesaikan soalan yang diberi kepada

74
Zuraidah Bt Jamahari & Mohamad Zailani B. Jaya

mereka. Secara logiknya, murid tidak akan mampu melakukan sesuatu tanpa
pengetahuan asas. Oleh itu, kajian ini yang mengajar tentang menolak nombor
melibatkan pengumpulan semula adalah selari dengan isu dalam pendidikan
matematik pada hari ini.

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian adalah murid Tahun Tiga di salah sebuah sekolah di


kawasan Miri. Responden kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan dan
seorang murid lelaki. Berdasarkan ujian diagnostik dalam lingkungan operasi
penolakan yang dijalankan, ketiga-tiga responden telah mendapat markah kurang
daripada 40% dan mereka layak mengikuti kajian ini dan mendapatkan rawatan
teknik ‘counting up’ untuk membantu mereka.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan Model Kurt Lewin
sabagai panduan kajian. Pada setiap kitaran, terdapat empat langkah dalam model ini
iaitu perancangan, perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi. Kajian tindakan ini telah
dijalankan sebanyak dua kitaran.

Kitaran 1

Langkah yang pertama ialah membuat perancangan. Setelah ujian diagnostik


yang dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-
murid dalam operasi asas penolakan iaitu apabila melibatkan pengumpulan semula.
Oleh itu, pengkaji telah membuat perancangan iaitu menggunakan teknik ‘counting
up’ dalam menyelesaikan operasi asas penolakan.
Langkah yang kedua ialah pelaksanaan. Pada peringkat yang pertama,
pengkaji telah menjalankan ujian pra. Setelah markah ujian pra direkodkan, empat
peringkat yang seterusnya ialah sesi rawatan bagi memperkenalkan teknik ‘counting
up’ dan mengaplikasikan teknik tersebut dalam operasi asas penolakan terutama
apabila melibatkan pengumpulan semula.
Langkah yang ketiga ialah membuat pemerhatian. Pengkaji telah melakukan
pemerhatian sebelum, semasa dan selepas responden diperkenalkan dengan teknik
‘counting up’. Aspek yang diperhati ialah sikap atau sahsiah responden terhadap
matematik dan terutamanya dalam sub topik penolakan melibatkan pengumpulan
semula. Selain itu, perubahan pencapaian responden dalam setiap latihan dalam
peringkat dan juga markah-markah ujian pra dan ujian pasca amat dititikberatkan
untuk mengukur keberkesanan teknik ‘counting up’ seperti yang telah diperkenalkan
kepada mereka.
Langkah yang seterusnya ialah membuat refleksi. Pengkaji mendapati
bahawa teknik ‘counting up’ yang diperkenalkan kepada responden telah mendapat
hasil yang sangat memuaskan. Mereka cepat memahami teknik ini dan mampu
mengaplikasi teknik ini dalam setiap soalan melibatkan operasi asas penolakan.
Pencapaian mereka dalam setiap latihan semakin meningkat dan hasil ujian pasca
menunjukkan peningkatan yang amat memuaskan.

75
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Kitaran 2

Setelah kitaran 1 selesai, pengkaji membuat perancangan untuk kitaran 2.


Pengkaji telah merancang teknik ‘counting up’ menggunakan lukisan kayu stik.
Dalam pelaksanaan kajian dalam kitaran 2, pengkaji banyak menekankan
penggunaan teknik ‘counting up’ menggunakan lukisan kayu stik. Data di kumpul
dan dianalisis sama seperti yang dilakukan dalam kitaran 1
Dalam langkah pemerhatian, pengkaji telah memerhati peningkatan
penguasaan murid dalam menguasai kemahiran asas menolak melalui markah latih
tubi dan juga ujian pasca. Selain itu, motivasi dan minat mereka terhadap matematik
juga diperhati.
Dalam langkah refleksi, pengkaji telah membuat penilaian terhadap
keberkesanan teknik ‘counting up’ dalam membantu murid menguasai kemahiran
asas menolak.

CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian tindakan ini menggunakan tiga istrumen untuk mengumpul data iaitu
ujian, pemerhatian, dan temu bual tidak berstruktur. Bagi instrumen ujian, terdapat
tiga jenis ujian telah dijalankan iaitu ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca 1 dan
ujian pasca 2. Ujian diagnostik telah menentukan peserta kajian yang terlibat dalam
kajian tindakan ini. Bagi ujian pra pula, markah yang diperolehi akan
diperbandingkan dengan markah ujian pasca. Hasil perbandingan ini akan
menentukan keberkesanan teknik ‘counting up’ dan sama ada gelungan kedua perlu
dilaksanakan ataupun tidak.
Pemerhatian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung di dalam kelas. Pengkaji telah memerhatikan perkembangan peserta
sebelum dan selepas teknik ‘counting up’ diajarkan kepada peserta. Pengkaji juga
membuat pemantauan kerap agar murid boleh bertanya kepada pengkaji jika murid
mempunyai permasalahan berkenaan teknik yang telah diajarkan. Selain itu, pengkaji
juga menggunakan khidmat rakan kritikal untuk membuat pemerhatian ketika
pengkaji mengadakan sesi rawatan bersama responden.
Temu bual tidak berstruktur pula akan di buat sebelum, semasa dan selepas
kajian dijalankan bagi memperolehi maklumat tentang responden. Temu bual
dijalankan bersama murid-murid tahun tiga Bestari termasuklah responden sendiri
dan juga guru Matematik yang mengajar kelas tersebut. Maklumat hasil temu bual
amat membantu pengkaji dalam memahami masalah responden dan pengkaji dapat
merancang sesi rawatan dengan baik bersesuaian dengan tahap penerimaan
responden tanpa menimbulkan sebarang tekanan dan perasaan tidak selamat apabila
responden bersama dengan pengkaji.
Kertas-kertas ujian dan hasil kerja responden telah disimpan oleh pengkaji untuk
tujuan membuat analisis terhadap keputusan peserta setelah teknik ‘counting up’
tersebut diajarkan kepada mereka.

CARA MENGANALISIS DATA

Bagi tujuan penganalisisan data pula, pengkaji akan membuat analisis


berdasarkan tiga kaedah yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu ujian, pemerhatian dan

76
Zuraidah Bt Jamahari & Mohamad Zailani B. Jaya

temu bual tidak berstruktur berdasarkan dapatan data yang dikumpul daripada ketiga-
tiga instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan temu bual yang telah
digabungjalin agar data yang diperolehi dapat diproses menjadi dapatan kajian.
Keputusan markah bagi ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 telah
direkod. Setiap soalan bagi ujian pra dan ujian pasca 1 membawa pemberat sebanyak
10% manakala setiap soalan bagi ujian pasca 2 membawa pemberat sebanyak 5%.
Markah penuh bagi setiap ujian ialah 100%. Markah ujian yang direkod telah dinilai
mengikut klasifikasi seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 1: Markah dan Penerangan

Markah Penerangan
80 % - 100% Berjaya menguasai kemahiran asas menolak melibatkan
pengumpulan semula menggunakan teknik ‘counting up’
40% - 79% Tidak dapat menguasai kemahiran asas menolak
melibatkan pengumpulan semula menggunakan teknik
‘counting up’.
0% - 39% Gagal melakukan kemahiran asas menolak melibatkan
pengumpulan semula menggunakan teknik ‘counting up’.

Tujuan ujian ini dijalankan ialah untuk menilai peningkatan pencapaian untuk
menguji keberkesanan teknik ‘counting up’ dalam menguasai kemahiran asas
menolak melibatkan pengumpulan semula. Peningkatan dapat diperhati melalui
peningkatan individu dan juga peningkatan keseluruhan. Berikut merupakan formula
untuk menilai peratusan peningkatan responden:

% Peningkatan Individu: (% Markah Ujian Pasca 1 - % Markah Ujian Pra)


+
(% Markah Ujian Pasca 2 - % Markah Ujian Pasca 1)

% Peningkatan Keseluruhan : % hasil tambah semua kemajuan individu ÷ 5

Manakala bagi dapatan data daripada temu bual tidak berstruktur dan data
dari pemerhatian rakan kritikal telah dianalisis secara terus dari pemahaman pengkaji
sendiri melalui tutur kata dan juga mimik muka responden ketika kedua-dua
instrumen dijalankan. Mohd Khalil Mohd Yussof (2005), dalam kajiannya
menyatakan bahawa melalui mimik muka ia memerihalkan enam jenis emosi iaitu
gembira, sedih, hairan, takut, marah dan jijik. Ekspresi muka merupakan gambaran
kepada jiwa manusia. Dengan itu, pengkaji telah menggunakan pengalaman dan
pemerhatian pengkaji sendiri menilai dan mentafsir tingkah laku responden dan juga
temu bual bersama responden.

77
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

DAPATAN KAJIAN

Adakah teknik ‘counting up’ berkesan dalam menyelesaikan operasi asas


menolak melibatkan pengumpulan semula?

Jadual 2: Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1

Responden Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan


(%) (%) (%)
A 0 100 100
B 0 90 90
C 50 80 30

Merujuk Jadual 2, Responden A dan Responden B masing-masing telah


mendapat 0% dalam ujian pra, manakala Responden C telah mendapat 50% markah
dalam ujian pra. Pemberat bagi ujian pra ini ialah 10% bagi setiap soalan. Responden
C telah mendapat 5 soalan dengan betul. Namun kelima-lima soalan tersebut hanya
dalam lingkungan kemahiran asas menolak tanpa pengumpulan semula.
Setelah sesi rawatan iaitu memperkenalkan teknik ‘counting up’dijalankan
dalam 5 peringkat, ujian pasca 1 telah menunjukkan peningkatan markah yang sangat
baik. Set soalan ujian pra dan ujian pasca 1 adalah sama. Responden A telah
mendapat 100% dalam ujian pasca 1 dan mencatatkan 100% peningkatan.
Responden B pula telah mendapat 90% dalam ujian pasca 2 dan mencatatkan 90%
peningkatan. Manakala bagi Responden C pula, beliau telah mendapat 80% markah
dalam ujian pasca 1 dan mencatatkan 30% peningkatan. Walaupun begitu, kitaran
kedua dijalankan untuk sedikit penambahbaikan dan keputusan untuk perbezaan
ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 adalah seperti berikut:

Jadual 3: Perbezaan Markah Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Responden Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2 Perbezaan


(%) (%) (%)
A 100 100 0
B 90 100 10
C 80 100 20

Berdasarkan Jadual 3 di atas, keputusan menunjukkan perbezaan markah


ujian pasca 1 dan markah ujian pasca 2 bagi ketiga-tiga responden. Dalam ujian
pasca 2, pemberatan soalan adalah sebanyak 5% bagi setiap soalan. Ketiga-tiga
responden telah mendapat 100% dalam ujian tersebut. Ini bermakna, Responden A
berjaya mengekalkan pencapaiannya dengan mendapat 100% dalam kedua-dua ujian.
Bagi responden B, telah berlaku peningkatan sebanyak 10% iaitu daripada 90%
dalam ujian pasca 1 kepada 100% dalam ujian pasca 2. Responden C pula telah
berjaya meningkat sebanyak 20% iaitu daripada 80% dalam ujian pasca 1 telah
meningkat kepada 100% dalam ujian pasca 2. Maka jelas disini bahawa ketiga-tiga
responden telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dan membawa makna
bahawa teknik ‘counting up’ telah membantu murid untuk menyelesaikan kemahiran
asas menolak melibatkan pengumpulan semula.
Selain daripada ujian, pemerhatian yang dibuat sepanjang kajian dijalankan
juga menunjukkan dapatan yang positif terhadap respon murid tentang penggunaan

78
Zuraidah Bt Jamahari & Mohamad Zailani B. Jaya

teknnik ‘counting up’ ini, responden kajian kelihatan lebih aktif dan memberi respon
yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih
bersemangat dan sentiasa bersedia jika diberikan soalan berbentuk ayat matematik
walaupun melibatkan pengumpulan semula, berbanding sebelum teknik ‘counting
up’ diperkenalkan kepada mereka.
Melalui pemerhatian semasa sesi rawatan dijalankan setelah penambahbaikan
dijalankan iaitu dengan melukis stik kayu dalam teknik ‘counting up’, didapati
bahawa murid-murid semakin bersemangat dalam mengikuti sesi rawatan. Mereka
akan datang pada sesi rawatan seawal mungkin dan berlumba-lumba untuk
menyiapkan latih tubi
Pada awal sesi rawatan, responden kajian merungut apabila diberi soalan latih
tubi. Namun setelah diperkenalkan dengan teknik ‘counting up’ mereka kerap
mendapat jawapan yang betul menyebabkan mereka lebih teruja untk membuat lebih
banyak latihan.
Temu bual tidak berstruktur telah dijalankan sepanjang kajian dijalankan
terutama ketika sesi rawatan dijalankan. Berikut merupakan respon responden
apabila ditanya tentang teknik ‘counting up’ ini.

‘…senang..boleh kira pakai jari..saya faham cikgu..’


Responden A
‘..sebelum ni saya susah nak kira sebab pakai jari tangan dan jari
kaki..sekarang boleh guna jari tangan sahaja..seronok..tak payah bukak
stoking pun boleh dapat jawapan...’
Responden B
‘ …saya suka cara cikgu..tak payah lukis banyak benda..tak payah
guna banyak jari..saya faham menolak sekarang..senang macam
menambah..’
Responden C

Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian teknik ‘counting up’ dalam
menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula?

Pengkaji telah memperkenalkan teknik ‘counting up’ kepada responden.


Pengkaji mendapati responden boleh menguasai dan mengaplikasi teknik ‘counting
up’ tersebut dalam ayat matematik penolakan. Namun, terdapat beberapa masalah
yang wujud dalam perlaksanaan kajian ini. Masalah yang wujud kebanyakkannya
berlaku akibat kecuaian dan kekeliruan murid itu sendiri.
Melalui analisis ujian dan juga dokumen, di dapati responden banyak
melakukan kecuaian dalam melakukan proses penolakan menggunakan teknik
‘counting up’. Ini berlaku apabila responden menggunakan jari untuk mengira dan
mereka tidak dapat mengingat jumlah jawapan mereka apabila mereka menggunakan
jari tersebut untuk menulis jawapan.
Selain itu, responden kajian juga cuai apabila menulis kembali ayat
matematik. Contohnya menulis 35 – 17 = ___ menjadi 37 – 15 = ___. Walaupun
jawapan yang diberi betul namun, secara logiknya beliau telah melakukan kesilapan
sejak dari mula.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa sesi rawatan dijalankan,
didapati murid mengalami kekeliruan apabila menggunakan teknik ‘counting up’. Ini
terjadi apabila mereka keliru ketika mengira dalam susunan yang betul. Apabila
mereka tersalah sebut susunan nombor, jadi mereka akan keliru dengan jawapan

79
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

yang betul. Namun, setelah mereka menggunakan lukisan kayu stik, mereka boleh
melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan. Mereka berpeluang untuk menyemak
jawapan mereka beberapa kali dan seterusnya mereka boleh menguji jawapan
mereka dengan menggunakan jari-jemari.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Refleksi dapatan kajian akan membincangkan tentang dapatan kajian


berdasarkan dua soalan kajian melalui tiga instrumen kajian iaitu ujian, pemerhatian
dan temu bual.

Teknik ‘counting up’ bagi menyelesaikan operasi asas menolak melibatkan


pengumpulan semula
Jadual 4 : Peratusan Peningkatan Murid

Ujian Ujian Perkembangan


pasca pasca responden
Ujian Ujian Ujian
1– 2– dalam
Responden pra Pasca Pasca
Ujian ujian menggunakan
(%) 1 (%) 2 (%)
pra pasca teknik kajian
(%) 1 (%) (%)
A 0 100 100 100 0 100
B 0 90 100 90 10 100
C 50 80 100 30 20 50
Kemajuan Keseluruhan 83

Berdasarkan Jadual 6 di atas, jelas bahawa ketiga-tiga responden telah


menunjukkan peningkatan yang ketara bermula dari ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian
pasca 2. Secara keseluruhan, mereka telah mencapai 83% peningkatan dalam
menggunakan teknik ‘counting up’ dalam menyelesaikan kemahiran asas menolak.
Berdasarkan keputusan tersebut, jelas bahawa responden kajian telah
memahami konsep asas menolak menggunakan teknik kajian. Peningkatan
kemahiran mereka menolak menggunakan teknik ‘counting up’ diakui sendiri oleh
responden kajian bahawa mereka berasa seronok dan suka untuk membuat lebih
banyak latih tubi kerana mereka berpeluang untuk mendapat markah yang baik dan
mereka sentiasa berlumba-lumba menyiapkan latihan yang diberi. Menurut Saleha
Salleh (2006), sekiranya murid dapat memahami dengan jelas setiap subjek atau bab
dalam suatu matapelajaran sudah pasti hal ini akan meningkatkan minat mereka
terhadap matapelajaran tersebut. Penguasaan konsep asas boleh membantu murid
untuk memberi respon yang tepat dan pantas (John, A. Van de Walle, 2004)
Selain itu, responden kajian juga menunjukkan minat terhadap teknik
‘counting up’ ini kerana mereka boleh menggunakan jari untuk mengira. Penggunaan
jari-jemari tangan ketika mengira memberi pengalaman yang konkrit kepada
responden (Janting Ringkai, 2005). Menurut Hamden bin Gani (2006), pemilihan
teknik yang sesuai adalah penting untuk mengajar kemahiran asas penolakan
melibatkan pengumpulan semula. Ini adalah selari dengan pendedahan pengkaji
terhadap penggunaan lukisan kayu stik dalam teknik ‘counting up’ selain daripada
penggunaan jari-jemari untuk menyelesaikan operasi asas menolak melibatkan
80
Zuraidah Bt Jamahari & Mohamad Zailani B. Jaya

pengumpulan semula. Menurut Norriah A. Majid (2006), anak murid yang berada di
kelas hujung bukannya terlalu lemah tetapi cara pengajaran dan pembelajaran
mereka di kelas hendaklah dipelbagaikan kaedahnya supaya mereka lebih memahami
dan mengingati apa yang diajar.
Selain itu, teknik ‘counting up’ ini memudahkan responden untuk mengira
hasil penolakan tanpa melakukan banyak jalan kerja seperti teknik ‘take away’ yang
memerlukan mereka membayangkan jumlah nombor yang besar sebelum melakukan
operasi tolak. Proses mengaplikasikan rumus yang konpleks akan mencacatkan mutu
jawapan dan seterusnya akan mempengaruhi jawapan akhir murid. (Seethadevi,
2001).
Di akhir kajian, teknik ‘counting up’ yang diperkenalkan terbukti mampu
membantu responden menyelesaikan operasi asas menolak melibatkan pengumpulan
semula. Selain daripada peningkatan dari segi markah, responden juga didapati lebih
bersikap positif. Ini boleh diperhati daripada respon mereka ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku, mereka kelihatan tersenyum dan berani mencuba untuk
menawarkan diri untuk menjawab soalan. Menurut Ee (1993) di dalam kajian Farm
(2007), keseronokkan semasa pengajaran dan pembelajaran akan memberi
pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid.

Masalah yang wujud dalam pengaplikasian teknik ‘counting up’ dalam


menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula
Faktor kelemahan murid dalam menyelesaikan operasi tolak melibatkan
pengumpulan semula ialah mereka tidak tahu meminjam daripada rumah yang mana
(nilai tempat). Menurut Steven Chinn (2004), murid yang tidak menguasai konsep
nilai tempat akan mengalami masalah untuk melakukan penolakan melibatkan
pengumpulan semula.
Guru seharusnya membantu murid memahami sesuatu konsep bermula
daripada apa yang murid boleh kuasai (Suhaidah Tahir et al., 2008) . Dengan itu,
‘counting up’ ini adalah kesinambungan daripada operasi tambah. Menurut temu
bual tidak berstruktur dengan murid-murid, kebanyakkan mereka suka membuat
operasi tambah kerana tambah lebih mudah difahami berbanding tolak. Oleh itu,
‘counting up’ menggabungkan operasi tambah untuk menyelesaikan operasi tolak.
Faktor kelemahan responden dalam menyelesaikan operasi tolak melibatkan
pengumpulan semula juga ialah tersalah kira kerana melibatkan angka lebih daripada
10 iaitu lebih daripada bilangan jari-jemari tangan mereka. Memahami strategi yang
digunapakai oleh murid-murid dapat membantu guru mengatur strategi pengajaran
dan pembelajaran seterusnya (Suhaidah Tahir et al., 2008). Melalui ‘counting up’,
mereka tidak perlu risau kerana jari-jemari tangan mereka mencukupi untuk mengira.
Sebelum teknik ‘counting up’ diajar kepada mereka, mereka cenderung untuk
menggunakan jari kaki mereka untuk mengira. Keadaan ini menyebabkan mereka
malas untuk mengira kerana terpaksa membuka kasut dan stoking. Selain itu, selalu
berlaku ‘miscounting’ kerana kecuaian dan kekeliruan yang timbul apabila
melibatkan angka-angka yang bernilai besar. Angka yang besar dan banyak boleh
menyebabkan kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah rendah (Santhi
Periasamy, 2008).

81
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini boleh diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menambah baik
lagi kualiti kajian ini dan memperkenalkan kepada murid-murid teknik-teknik baru
dalam mengenali matapelajaran mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk
mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Selain itu, kecuaian murid dalam melakukan pengiraan dan kekeliruan
mereka semasa melakukan peminjaman semasa berhadapan dengan penolakan
melibatkan pengumpulan semula perlu dititikberatkan semasa menjalankan kajian.
Oleh itu, empat cara telah dikenalpasti bagi kajian ini dapat diteruskan pada
masa akan datang iaitu dengan menambah bilangan responden kajian supaya lebih
banyak data dapat dikumpul dan lebih tepat hasil dapatan kajian, menambah masa
interaksi supaya responden mempunyai kesempatan untuk menguasai teknik tersebut
dan bertanya jika terdapat sebarang persoalan dan sentiasa memotivasi murid untuk
mempelajari teknik baru dan mengaplikasi teknik tersebut.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu


responden meningkatkan kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula
dengan menggunakan teknik ‘counting up’. Hasil dapatan kajian menunjukkan
peningkatan pencapaian oleh ketiga-tiga responden. Ini membuktikan bahawa teknik
‘counting up’ ini adalah satu teknik yang mudah dipelajari dan berkesan.

RUJUKAN

Hayashi, T. (2000). What abacus education ought to be for the development of the right brain. Jepun:
Osaka Prefecture University. [Online] Available:
http://www.syuzan.net/english/brain/brain.html/
Janting Anak Rangkai (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-murid
menguasai sifir darab 1 hingga 10. [Online] Available:
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting.pdf.
John A. Van De Walle (2004). Elementary And Middle School Mathematics. United States Of
America: Pearson Education, Inc
Kawano, K. (2000). Image thinking of abacus users in higher ranks by a study on brain waves. Jepun:
Nippon Medical School, Center for informatics and sciences.[online] Available:
http://www.syuzan.net/englishibrainlbrain.html/.
Liping Ma (1999). Knowing And Teaching Elementary Mathematics. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates, Publishers
Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala
Lumpur: DBP
Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V ., & Smith, N. L. (2007). Helping Children Learn
Mathematics. United States: John Wiley & Sons, inc.
Steven Chinn (2004). The Trouble With Mathematics. NY: Routledge Falmer Taylor & Francis
Group, London: 41
Suhaidah Tahir, Muhammad Kasim bin Basir & Munirah bt Ghazali. (2008). Strategi Penyelesaian
Masalah Kanak-kanak Sekolah Pedalaman. Dlm. Cerana Jurnal Pendidikan 2008. Johor :
Jabatan Penyelidikan dan Inovatif Profesonalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussien Onn, Johor, 78-85.

82
Zuraidah Bt Jamahari & Mohamad Zailani B. Jaya

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1zuraidahjamahari@gmail.com. 2mohdzailani@hotmail.com

83
PENGGUNAAN LAGU SIFIR UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN TIGA
MENGUASAI SIFIR 2, 3, 4 DAN 5

AHMAD NOOR BIN ROSLAN1


ABU BAKAR BIN ABDULLAH2

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan lagu


sifir untuk membantu murid tahun tiga menguasai sifir 2, 3, 4 dan 5. Kajian ini
dijalankan dalam 2 kitaran yang mengambil masa selama 6 minggu. Peserta kajian
terdiri daripada empat orang murid tahun tiga yang mempunyai prestasi yang lemah
dan sederhana dalam matapelajaran Matematik. Instrumen kajian yang digunakan
adalah ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, dan temu bual. Dapatan kajian
dianalisis dengan menggabungjalinkan dapatan data daripada ketiga-tiga instrumen
yang digunakan untuk memberi makna dan membuat refleksi kajian. Penguasaan
peserta terhadap sifir 2, 3, 4 dan 5 dinilai melalui pencapaian yang diperolehi dalam
ujian pra dan ujian pasca. Faktor-faktor yang menyebabkan peserta lemah dalam
penguasaan sifir pula dikenalpasti melalui temu bual manakala kesan lagu sifir
terhadap sikap peserta dalam pembelajaran sifir dikaji melalui pemerhatian. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa lagu sifir menunjukkan kesan yang positif ke atas sikap
peserta dalam pembelajaran sifir dan antara faktor yang menyebabkan peserta tidak
dapat menguasai sifir 2, 3, 4 dan 5 adalah disebabkan oleh kurang pendedahan
terhadap teknik-teknik penguasaan sifir yang berkesan dan menarik. Hasil Kajian
juga menunjukkan keempat-empat peserta telah menunjukkan penguasaan terhadap
sifir 2, 3, 4 dan 5 melalui ujian pasca yang dilaksanakan selepas lagu sifir
diperkenalkan.

ABSTRACT

This research was carried out to examine the effectiveness of using times table song
to help Year 3 students to master times tables 2, 3, 4 and 5. This study was
conducted in two cycles within 6 weeks. The participants of the research consist of
four Year 3 pupils which have poor and intermediate level of performance in
Mathematics. The instruments used were pre-test and post-test, observation and
interview. The outcomes of the research were analyzed by combining the data
obtained from the three instruments which have beed used to define the research and
produce the reflection of the research. The mastery of the participants towards times
tables 2, 3, 4 and 5 was assessed by their achievement in the pre-test and post-test.
The factor of participants failing to master the times tables was identified via
interview while the effect of the times table song on the participants’ attitude
towards the learning of times tables were investigated through observation. The
research findings illustrated that the times table song showed positive effect towards
the participants’ attitudes in the learning of times tables and among the factor of
participants failing to master times tables 2, 3, 4 and 5 are the lack of exposure
towards effective and interesting times tables mastery techniques. The outcomes of
the research also illustrated that the participants had shown mastery towards times
tables 2, 3, 4 and 5 via post test which was conducted after the introduction of the
times table song.

84
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2011)

PENDAHULUAN

Menurut Kementerian Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), kurikulum


Matematik sekolah rendah menggariskan empat operasi asas yang perlu dikuasai
oleh setiap murid iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi. Di antara operasi-operasi
tersebut, operasi darab dan bahagi dilihat sebagai sesuatu yang seringkali
mendatangkan masalah kepada murid-murid kerana ianya melibatkan penguasaan
sifir. Justeru itu, penguasaan sifir di kalangan murid dianggap sebagai satu tuntutan
yang amat penting dan perlu diberikan perhatian khusus oleh para pendidik.
Dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap sifir, pelbagai
strategi, kaedah, serta teknik boleh dilaksanakan. Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan bagi menilai sejauhmanakah pengaplikasian teknik nyanyian melalui
penggunaan lagu sifir dapat membantu murid untuk menguasai sifir-sifir tertentu.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan


proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik pendaraban, kajian ini berfokuskan
kepada keberkesanan kaedah nyanyian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan lagu sifir untuk membantu murid tahun tiga menguasai sifir 2, 3,
4 dan 5. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor-faktor
yang menyebabkan peserta lemah dalam penguasaan sifir dan kesan penggunaan
lagu sifir terhadap sikap peserta dalam pembelajaran sifir.
Lagu sifir yang yang diperkenalkan kepada peserta merupakan satu idea yang
dimodifikasi daripada kajian Kamaliah Aminah (2006) yang bertemakan Penggunaan
Ransangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir. Berikut merupakan konsep lagu sifir
yang digunakan dalam kajian ini:

Lagu sifir diadaptasi daripada lagu kanak-kanak yang telah sedia ada seperti lagu
Burung Kakak Tua, Lompat Si Katak Lompat, Anak Itik Tok Wi, dan Bangau Oh
Bangau. Lagu sifir ini dinyanyikan dengan rentak dan irama yang serupa seperti
lagu kanak-kanak tersebut, namun lirik lagu-lagu tersebut digantikan dengan lirik
yang terdiri daripada jawapan-jawapan bagi setiap sifir yang ingin dikuasai.

Lagu Sifir 2: Burung Kakak Tua

Burung kakak tua, Dua, empat, enam,


hinggap di jendela, lapan, sepuluh, dua belas,
nenek sudah tua. empat belas, enam belas, lapan belas,
giginya tinggal dua. sifir dua jelas.

85
Ahmad Noor Roslan & Abu Bakar Abdullah

Lagu Sifir 3: Anak Itik Tok Wi

Anak itik tok wi, Tiga, enam, sembilan,


mandi dalam kolam, dua belas, lima belas,
sakit apa tok wi, lapan belas, dua puluh satu,
sakit sendi tulang. dua puluh empat, dua puluh tujuh.

Lagu Sifir 4: Lompat Si Katak Lompat

Lompat si katak lompat, Empat, lapan, dua belas,


lompat la tinggi-tinggi, enam belas, dua puluh, dua puluh
cepat la adik cepat, empat,
siapa cepat dia yang dapat. dua puluh lapan,
tiga puluh dua, tiga puluh enam.

Lagu Sifir 5: Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau, Lima, sepuluh,


kenapa engkau kurus, lima belas, dua puluh,
bagaimana aku tak kurus, dua puluh lima, tiga puluh
ikan tak mahu timbul, tiga puluh lima empat puluh,
ikan tak mahu timbul. empat puluh lima.

Rajah 1: Konsep Lagu Sifir

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

a. Menilai keberkesanan penggunaan lagu sifir untuk membantu murid tahun


tiga menguasai sifir 2, 3, 4 dan 5.
b. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan murid lemah dalam penguasaan
sifir.
c. Mengkaji kesan penggunaan lagu sifir terhadap sikap murid dalam
pembelajaran sifir.

Berdasarkan objektif kajian di atas, persoalan berikut akan cuba diselesaikan:

a. Adakah lagu sifir dapat membantu murid untuk menguasai sifir 2, 3, 4 dan 5?
b. Apakah faktor yang menyebabkan murid lemah dalam penguasaan sifir?
c. Apakah kesan penggunaan lagu sifir terhadap sikap murid dalam
pembelajaran sifir?

86
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2011)

TINJAUAN LITERATUR

Beberapa kajian dalam pendidikan menunjukkan bahawa penguasaan sifir


merupakan satu kemahiran asas yang sukar dikuasai oleh murid dan mengakibatkan
murid bemasalah dalam topik pendaraban (Mario Ganny Michael 2006 seperti
dinyatakan dalam Aida Ibrahim (2006). Ini adalah kerana, tanpa penguasaan yang
baik tentang kemahiran membina dan menghafal sifir, sudah tentu pelajar tidak dapat
menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan operasi darab. Punca
kepada masalah ini jelas sekali kerana pelajar menghadapi masalah dalam membina
dan menghafal menghafal sifir.
Kamaliah (2006) mendapati bahawa kaedah hafalan konvensional yang biasa
digunakan oleh kebanyakan guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh
murid. Oleh sebab itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan,
dan tidak meransang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir.
Pernyataan ini telah disokong oleh Agnes Voo (2005) yang menyatakan;

“Pendekatan hafalan yang ringkas telah menyebabkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi tidak bermakna.”

Dapatan kajian Janting Ringkai (2005) menunjukkan bahawa murid-murid


sekolah rendah memerlukan pelbagai teknik yang menarik dan pelbagai untuk
menguasai sifir. Kaedah dan juga teknik yang digunakan perlu bersifat lebih
praktikal agar mampu difahami serta diaplikasikan oleh semua murid tanpa mengira
tahap keupayaan intelek masing-masing. Sekiranya teknik yang sesuai dapat
dilaksanakan, murid pasti merasakan bahawa mengingati dan menguasai sifir adalah
perkara yang mudah dan menyeronokkan.
Menyentuh penggunaan lagu sebagai alat untuk mengukuhkan penguasaan
sifir di kalangan pelajar, Daud Mohd Noor (1982) yang dipetik daripada Kamaliah
(2006) menyatakan bahawa penggunaan rangsangan lagu boleh diimplementasikan
ke dalam pembelajaran secara berkesan jika ianya dirancang lebih awal dan
dilaksanakan secara teratur dan bersistem. Lagu mampu memberikan kesan yang
mendalam kepada murid memandangkan elemen ini menyentuh mengenai
keseronokan dan kegembiraan. Maka, penggunaan ransangan lagu adalah amat
disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan
membosankan pelajar.
Menurut Norhayati Zakaria (1993), lagu ialah salah satu daripada unsur
muzik yang merupakan sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya
masyarakat. Secara fitrahnya, kanak-kanak memberi respon secara semulajadi
terhadap bunyi dan mereka merasa senang untuk menerima sesuatu melalui lagu.
Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada kanak-kanak mempunyai peranan
tertentu di dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiah. Dengan itu,
aktiviti berunsurkan lagu dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Pendapat ini disokong oleh Ab. Rahman (2004) yang menyatakan bahawa
lagu memainkan peranan penting dalam pendidikan. Seni kata yang baik dan diadun
pula dengan irama muzik yang menyegarkan, merangsang kanak-kanak untuk
memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung dalam senikata lagu
tersebut. Untuk tujuan tersebut, ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti
dalam kelas, ketika bermain, ketika berada di rumah dan sebagainya.
Berdasarkan teori kecerdasan muzik yang dikupas dalam Teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Howard Gardner (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001), elemen lagu

87
Ahmad Noor Roslan & Abu Bakar Abdullah

ini dipilih kerana pengaruhnya yang besar kepada golongan murid. Antara
kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk menerima persamaan dan perbezaan antara individu
dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan. Ia juga penting untuk meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, dan
motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan

KUMPULAN SASARAN

Peserta kajian ini terdiri daripada 4 orang murid tahun tiga yang mempunyai
pencapaian yang sederhana dan lemah dalam matapelajaran Matematik melalui
markah yang diperolehi bagi ujian Matematik akhir tahun 2010. Keempat-empat
peserta ini juga merupakan murid yang mencatatkan markah terendah bagi ujian
diagnostik yang dilaksanakan oleh pengkaji ke atas salah satu kelas tahun tiga di
salah sebuah sekolah di bandaraya Miri. Kajian ini tidak mempunyai penekanan
khusus tentang jantina, bangsa, latar belakang keluarga dan status ekonomi peserta.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai
panduan untuk melaksanakan kajian. Terdapat lima langkah utama yang disenaraikan
dalam model Kurt Lewin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Mengenalpasti Aspek Amalan

Merancang Tindakan

Melaksanakan Tindakan KITARAN


SETERUSNYA

Melihat Kesan Tindakan

Membuat Refleksi

(Diadaptasi daripada Bahagian Pendidikan Guru, 2002)

Rajah 2 : Model Kurt Lewin

Langkah 1 : Mengenalpasti Aspek Amalan


Pengkaji mengadakan temu bual tidak berstruktur dengan guru Matematik
untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid tahun tiga di sekolah tersebut terhadap

88
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2011)

sifir 2, 3, 4, dan 5. Pengkaji turut menganalisis markah ujian Matematik akhir tahun
2010 dan juga markah ujian diagnostik yang dilaksanakan ke atas murid-murid tahun
tiga di dalam kelas yang diajar untuk mengenalpasti murid-murid yang ingin dipilih
sebagai peserta kajian.

Langkah 2 : Merancang Tindakan


Pengkaji merancang prosedur pelaksanaan kajian dan mengumpul maklumat
berkaitan tindakan yang ingin dilaksanakan iaitu penggunaan lagu sifir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sifir. Pengkaji juga merancang cara mengumpul dan
menganalisis data kajian.

Langkah 3 : Melaksanakan Tindakan


Pengkaji menjalankan ujian pra dan juga temu bual ke atas peserta-peserta
kajian sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran lagu sifir. Proses
pengajaran dan pembelajaran lagu sifir dilaksanakan secara berperingkat dan
berulang-kali sehingga peserta dapat menguasai lagu tersebut dengan sepenuhnya
sebelum ujian pasca diberikan. Pelaksanaan tindakan yang melibatkan pengajaran
dan pembelajaran lagu sifir telah dilaksanakan dalam dua kitaran.

Langkah 4 : Melihat Kesan Tidakan


Pengkaji menganalisis data yang diperolehi melalui instrumen-instrumen
kajian yang telah dirancang dan dilaksanakan iaitu temu bual, pemerhatian, ujian pra
dan ujian pasca. Data-data yang diperolehi dianalisis bagi menilai sejauh manakah
tindakan yang dilaksanakan telah memberikan hasil yang diinginkan ataupun
sebaliknya.

Langkah 5 : Refleksi
Pengkaji membuat refleksi terhadap dapatan kajian yang telah diperolehi. Ini
bertujuan untuk menilai sejauh manakah persoalan kajian telah terjawab dan
keberkesanan pelaksanaan tindakan dapat disahkan. Pengkaji menilai dapatan kajian
dan membuat keputusan untuk melaksanakan kitaran yang kedua setelah mendapati
bahawa terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas penggunaan
lagu sifir untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam ujian pasca II.

CARA PENGUMPULAN DATA

1. Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada peserta kajian bagi mendapatkan tahap
pengetahuan sedia ada murid dan juga mengenalpasti tahap penguasaan sifir murid-
murid tersebut sebelum lagu sifir diajarkan. Ujian ini mengandungi 30 soalan yang
terdiri daripada fakta asas sifir 2, 3, 4, dan 5. Peserta diberi masa selama 3 minit
untuk menjawab kesemua soalan tersebut.

2. Ujian Pasca
Terdapat dua ujian pasca yang diberikan kepada para peserta iaitu ujian pasca
I dan ujian pasca II. Ujian pasca I diberikan pada kitaran pertama setelah lagu sifir
diajarkan manakala ujian pasca II diberikan pada kitaran kedua. Kedua-dua ujian
terdiri daripada 30 soalan yang sama seperti ujian pra. Ujian pasca diberikan untuk

89
Ahmad Noor Roslan & Abu Bakar Abdullah

melihat perbezaan markah peserta setelah lagu sifir diajarkan dan sekaligus menilai
tahap penguasaan peserta terhadap sifir 2, 3, 4, dan 5.

3. Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran lagu sifir
oleh pengkaji dengan menggunakan satu set item yang berupa senarai semak
berbentuk dikotomi berhubung tingkahlaku sama ada ianya dipamerkan ataupun
tidak oleh peserta kajian. Pemerhatian yang dijalankan adalah bertujuan untuk
mengkaji kesan lagu sifir terhadap sikap peserta dalam pembelajaran sifir.

4. Temu bual
Temu bual dijalankan sebelum lagu sifir diajarkan bertujuan untuk menilai
mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan peserta lemah dalam menguasai sifir.
Temu bual yang dijalankan terdiri daripada satu set item yang mengandungi lima
soalan yang bersifat separa terbuka.

CARA MENGANALISIS DATA

1. Ujian Pra dan Ujian Pasca


Ujian pra dan ujian pasca dianalisis secara peratusan di mana markah setiap
n
peserta dikira dengan menggunakan rumus × 100%, n merupakan jumlah
30
bilangan soalan yang dijawab dengan tepat. Bagi mengesahkan penguasaan para
peserta terhadap sifir 2, 3, 4, dan 5, pengkaji telah menetapkan bahawa setiap peserta
perlu mencapai markah 50% dan ke atas atau dengan erti kata lain, menjawab
sekurang-kurangnya 15 soalan dengan tepat daripada keseluruhan 30 soalan. Min
markah ujian turut dikira bagi mendapatkan pandangan secara menyeluruh
berhubung penguasaan para peserta setelah mempelajari lagu sifir. Min markah
dikira menggunakan rumus:

Hasil tambah markah semua peserta


Min =
Jumlah peserta

2. Pemerhatian
Senarai semak pemerhatian yang dijalankan mengandungi enam tingkahlaku
yang melibatakan dua aspek utama iaitu tumpuan dan penglibatan sebagai contoh
duduk di tempat yang sepatutnya, tidak bercakap-cakap, tumpuan mata, kesediaan
menerima dan mendengar arahan, pelaksanaan arahan serta aktif dan kerjasama .
Sekiranya tingkahlaku yang tersenarai ada dipamerkan oleh peserta, kotak YA
ditandakan (√) dan sekiranya tingkahlaku tersebut tidak dipamerkan, kotak TIDAK
ditandakan (√). Peserta perlu sekurangnya-kurangnya ditandakan lima daripada enam
tingkahlaku tersebut pada kotak YA bagi mengesahkan kesan positif lagu sifir
terhadap sikap peserta dalam pembelajaran sifir.

3. Temu bual
Temu bual yang dijalankan bersifat separa terbuka dan bertujuan untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan peserta lemah dalam menguasai sifir.
Oleh yang demikian, respon daripada setiap peserta dianalisis secara interpretatif
bagi menentukan samada respon yang diberikan adalah positif ataupun sebaliknya.

90
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2011)

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh keempat-empat peserta


kajian dalam ujian pra, ujian pasca I, dan ujian pasca II.

Jadual 1: Markah Peserta Bagi Ujian Pra, Ujian Pasca I, dan Ujian Pasca II

Ujian Pra Ujian Pasca I Ujian Pasca II


Peserta
(%) (%) (%)
P1 46.7 63.3 80
P2 43.3 56.7 70
P3 43.3 60 76.7
P4 30 43.3 63.3

Berdasarkan Jadual 1, keempat-empat peserta mencatatakan markah kurang


daripada markah minimum sebanyak 50% yang telah ditetapkan oleh pengkaji dalam
ujian pra untuk mengesahkan penguasaan mereka terhadap sifir 2, 3, 4, dan 5.
Namun demikian, P1, P2, dan P3 berjaya mencatatkan markah melepasi markah
minimum dalam ujian pasca I iaitu masing-masing dengan 63.3%, 56.7%, dan 60%
manakala P4 pula sebaliknya dengan 43.3%. Bagi ujian pasca II pula, keempat-
empat peserta berjaya mencatatkan markah melebihi markah minimum dengan
masing-masing mencatatkan 80%, 70%, 76.7%, dan 63.3%.
Min markah bagi ketiga-tiga ujian pula ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Min Markah Bagi Ujian Pra, Ujian Pasca I, dan Ujian Pasca II

Ujian Min (%)


Ujian Pra 40.8
Ujian Pasca I 55.8
Ujian Pasca II 72.5

Seterusnya, bagi instrumen pemerhatian, keputusan senarai semak


pemerhatian bagi setiap peserta ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Keputusan Senarai Semak Pemerhatian Peserta

Bilangan Kotak Bertanda (√)


Peserta
YA TIDAK
P1 6 -
P2 6 -
P3 6 -
P4 5 1

91
Ahmad Noor Roslan & Abu Bakar Abdullah

Berdasarkan Jadual 3, P1, P2, dan P3 berjaya mencatatkan 6 bilangan tanda


(√) pada kotak YA dan tiada tanda (√) pada kotak TIDAK. Ini menunjukkan bahawa
P1, P2, dan P3 ada mempamerkan keenam-enam tingkahlaku yang disenaraikan
semasa proses pemerhatian. Bagi P4 pula, 5 bilangan tanda (√) dicatatkan pada
kotak YA dan 1 tanda (√) pada kotak tidak.
Bagi instrumen temu bual pula, berikut merupakan antara respon setiap peserta
apabila diajukan soalan berhubung faktor-faktor yang menyebabkan mereka lemah
dalam penguasaan sifir.

“…susah nak ingat semua, cikgu…saya selalu lupa…”


Peserta 1

“…saya hafal tengok di belakang buku ini, cikgu (sambil menunjukkan jadual
sifir pada buku latihan)...”
Peserta 2

“…sifir 2 senang, cikgu…bole tambah-tambah…tapi yang lain susah…”


Peserta 3

“…saya tak tau (sambil menggelengkan kepala)…”


Peserta 4

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Faktor Kelemahan Peserta Untuk Menguasai Sifir

Berdasarkan respon yang diberikan oleh peserta dalam temu bual yang
dijalankan, pengkaji menyimpulkan bahawa penyumbang utama terhadap kelemahan
peserta untuk menguasai sifir adalah kurangnya pendedahan terhadap teknik-teknik
yang berkesan untuk menguasai sifir. Ini bertepatan dengan pendapat Janting Ringkai
(2005) yang menyatakan bahawa murid-murid sekolah rendah memerlukan pelbagai
teknik yang menarik dan pelbagai untuk menguasai sifir. “...saya hafal tengok
belakang buku...”. Begitulah pengakuan yang diberikan oleh salah seorang daripada
peserta kajian. Disebabkan kurangnya pendedahan yang diberikan kepada peserta
tersebut, beliau bergantung sepenuhnya kepada jadual sifir yang terdapat di bahagian
belakang buku latihan murid dan ini boleh mendatangkan kebosanan kepada
seseorang murid tersebut memandangkan teknik berkenaan tidak mempunyai daya
penarik yang kukuh.

Kesan Lagu Sifir Terhadap Sikap Peserta Dalam Pembelajaran Sifir

Berdasarkan keputusan senarai semak pemerhatian yang dijalankan oleh


pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran lagu sifir, dapat disimpulkan
bahawa lagu sifir telah menunjukkan kesan yang positif ke atas sikap peserta dalam
pembelajaran sifir. Keempat-empat peserta telah mempamerkan sekurang-kurangnya
lima daripada enam tingkahlaku positif yang disenaraikan oleh pengkaji di dalam
senarai semak pemerhatian. Peserta-peserta telah mempamerkan tingkahlaku-
tingkahlaku seperti duduk di tempat yang sepatutnya semasa guru mengajar,
memberikan tumpuan mata yang sepenuhnya, melaksanakan arahan yang diberikan

92
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2011)

oleh guru, serta bersikap aktif dan memberikan kerjasama. Pengkaji membuat
kesimpulan bahawa sikap yang positif menyumbang ke arah pencapaian yang baik
dalam pembelajaran. Ini disokong oleh pendapat Abu Bakar (1991) yang dipetik
daripada Ashiqin Najmuddin (2008), yang menyatakan bahawa pencapaian akademik
yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang signifikan
dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut.

Keberkesanan Lagu Sifir Untuk Membantu Murid Tahun Tiga Menguasai Sifir
2, 3, 4, dan 5.

Berdasarkan keputusan ujian pra, ujian pasca I, dan ujian pasca II, pengkaji
menyimpulkan bahawa lagu sifir yang diperkenalkan telah berjaya membantu peserta
untuk menguasai sifir 2, 3, 4, dan 5. Walaupun terdapat sedikit ralat berhubung
markah P4 dalam ujian pasca I yang tidak menepati pencapaian minimum yang telah
ditetapakan oleh pengkaji, namun ianya telah dapat dibaiki semasa ujian pasca II.
Min markah yang dicatatkan oleh peserta bagi ketiga-tiga ujian juga mencatatkan
peningkatan yang positif sekaligus mengesahkan keberkesanan lagu sifir untuk
membantu murid tahun tiga menguasai sifir 2, 3, 4, dan 5.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian lanjutan kepada kajian ini amatlah digalakkan dengan melibatkan


bilangan peserta yang lebih ramai bagi mendapatkan kepelbagaian data dan juga
dapatan kajian. Seterusnya, tempoh pelaksanaan bagi kajian masa depan juga
dicadangkan agar dipanjangkan bagi membolehkan peserta mendalami dan
menguasai teknik yang diperkenalkan dengan lebih lama sekaligus dapat menilai
keberkesanan teknik tersebut untuk jangka masa panjang. Pengkaji juga digalakkan
memperluaskan lagi ruang lingkup lagu sifir yang diajarkan dengan mengambil kira
sifir-sifir lain yang tidak disentuh sepanjang pelaksanaan kajian ini seperti sifir 6, 7,
8, dan juga 9. Akhir sekali, pemilihan peserta berdasarkan faktor pencapaian juga
perlu dikaji semula dengan cara memilih peserta kajian berdasarkan tiga tahap
pencapaian yang berbeza iaitu pencapaian bagi tahap baik, sederhana, dan lemah. Ini
membolehkan pengkaji menilai keberkesanan teknik yang diperkenalkan dengan
lebih tepat dan konsisten tanpa mengambil kira diskriminasi terhadap tahap
pemahaman dan penguasaan peserta.

RUMUSAN

Daripada kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji telah dapat mengenalpasti


faktor yang menyebabkan murid lemah dalam penguasaan sifir dan juga kesan lagu
sifir yang diperkenalkan terhadap sikap murid dalam pembelajaran sifir. Selain itu,
pengkaji juga telah dapat menilai sejauh mana penggunaan lagu sifir dapat
membantu murid tahun tiga untuk menguasai sifir 2, 3, 4, dan 5.
Dapatan kajian yang dianalisis telah berjaya menepati objektif kajian dan
juga menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan. Secara keseleruhannya,
kajian ini telah berjaya memperlihatkan keberkesanan penggunaan lagu sifir untuk
membantu murid tahun tiga menguasai sifir 2, 3, 4, dan 5.

93
Ahmad Noor Roslan & Abu Bakar Abdullah

RUJUKAN

Ab. Rahman Kamaruddin. (2004). Nilai-Nilai Murni Dalam Lagu Kanak-Kanak Azah Aziz Dan Lagu-
Lagu KBSR. Tesis Sarjana. Bangi: UKM.
Agnes Voo. (2005). Penguasaan Sifir Darab Dalam Matematik Tahap Dua. Dalam database
Educational Forum. [Online] Available:
http://www.eduforum.com/bicaraakademik/search/infomatematik/penguasaan+sifir+darab+d
alam+matematik+tahap+dua /topic/760026/1/. [2011, Mac 9].
Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.
Ashiqin Najmuddin (2008). Kesan Pencapaian Akademik Kepada Sikap Terhadap Pelajaran. Jurnal
Psikologi Malaysia. 7: 41-60.
Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk
Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Janting Ringkai (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5
Menguasai Sifir 1 Hingga 10. Dalam database Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan
Tahun 2005. [Online] Available: http://www.docstoc.com [2011, Mac 23].
Kamaliah. (2006). Penggunaan Ransangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir Pelajar-Pelajar Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Tesis Sarjana Muda. Johor Bahru:
UKM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Norhayati Zakaria. (2001). Penerapan Unsur Muzik Dalam Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Di
kalangan Guru Permulaan Lepasan KDPM Bukan Pengkhususan Pendidikan Muzik.Jurnal
Penyelidikan IPDA 2002: Institut Perguruan Darul Aman, 26-39.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak
Email: 1supersamba87@yahoo.com.my, 2abubakarsp@yahoo.com

94
POLA PENDARABAN SIFIR 21, 22 DAN 23 MEMBANTU MURID TAHUN 5
DALAM MENYELESAIKAN OPERASI BAHAGI NOMBOR BULAT
DENGAN PEMBAHAGI 21, 22 DAN 23

MOHAMAD AIMAN BIN MOHAMAD SA’ED1


LU CHUNG CHIN2

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan pola pendaraban sifir 21, 22
dan 23 dalam membantu murid menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23.
Kajian ini telah dijalankan dalam 2 kitaran selama 6 minggu. Sebanyak 3 orang
responden yang digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Pola
Pendaraban Sifir 21, 22 dan 23, Soalan Berpembahagi 21, 22 dan 23, temu bual
tidak berstruktur, Ujian Pra dan Ujian Pasca. Data yang diperolehi kemudian
dianalisis dengan membandingkan markah dan masa yang diperlukan oleh
responden dalam menyiapkan sifir 21, 22, 23 dan menyelesaikan soalan
berpembahagi 21, 22 dan 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pola
pendaraban ini dapat membantu responden membina sifir 21, 22 dan 23 dalam masa
yang lebih singkat. Kajian juga mendapati pola pendaraban sifir 21, 22 dan 23 telah
membantu responden dalam menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23.

ABSTRACT
This study was conducted to examine the effectiveness of pattern multiplication
tables of 21, 22 and 23 to help the students to solve division that involve questions
with the divider of 21, 22 and 23. This study had been conducted in two cycles
within 6 weeks. There were only 3 respondents taken in this study. The instruments
used were The Pattern of Multiplication Table of 21, 22 and 23, Questions With
Divider of 21, 22 and 23, Unstructured Interviews, Pre-Test and Post-Test. The data
obtained were then analyzed by comparing the scores and the time required for the
respondents to complete the multiplication tables of 21, 22, 23 and solve the
questions with divider of 21, 22 and 23. The study showed that the patterns of
multiplication method can help the respondents to construct the multiplication tables
of 21, 22 and 23 in a shorter time. The study also found that the patterns of
multiplication tables 21, 22 and 23 had been helpful in helping the respondents in
solving the division with divider of 21, 22 and 23.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan matapelajaran wajib dalam sistem pendidikan rendah


dan menengah di negara kita. Pada peringkat pengajian tinggi pula, terdapat kursus
yang menawarkan matematik sebagai matapelajaran major dan juga minor. Ini
menunjukkan betapa pentingnya matematik dan apikasinya dalam kehidupan.
Sekiranya kita dapat mengaplikasikan ilmu matematik dan menghasilkan suatu
inovasi baru, kita akan sentiasa bergerak ke satu langkah ke hadapan daripada orang
lain dalam mencapai kejayaan.

95
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

FOKUS KAJIAN
Pengkaji berpendapat bahawa, apabila pelajar tidak dapat membina sifir dua
digit tersebut dengan betul, secara tidak langsung mereka tidak akan dapat
menyelesaikan masalah bahagi dengan betul. Oleh yang demikian, pengkaji telah
bercadang untuk membantu pelajar dengan mengajar mereka pola pendaraban sifir
21, 22 dan 23 sebagai batu loncatan untuk membantu mereka membahagi dengan
betul. Walaupun dalam huraian sukatan pelajaran tiada memperuntukkan pelajar
menghafal sifir 21, 22 dan 23, pola pendaraban ini boleh membantu murid-murid
membina sifir 2 digit dalam masa yang singkat. Berikut merupakan cara sifir 21
dibentuk dengan menggunakan pola pendaraban.

Rajah 1: Pola pendaraban sifir 21

Rajah 2: Pola pendaraban sifir 22

96
Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Lu Chung Chin

Rajah 3: Pola pendaraban sifir 23

Setelah responden diajarkan dengan pola pendaraban, pengkaji akan


mengajarkan mereka cara untuk mengaplikasikan sifir yang telah dibina ke dalam
soalan berpembahagi 21, 22 dan 23. Apabila mereka diberikan masa untuk
melakukan soalan yang diberikan sama berulang kali, akhirnya mereka dengan
sendirinya boleh menjustifikasi bagaimana cara pembahagian itu berlaku. Berikut
merupakan cara pembahagian berlaku yang menggunakan pola pendaraban sifir 21
sebagai rujukan:

1 0 1 5 5
0 0 rumah
21 2 1 3 2 5 5
1 21 -2 1

2 42 3
- 0
3 63
3 2
4 84 - 2 1
1 1 5
5 105
- 1 0 5
6 126 1 0 5
7 147 - 1 0 5

8 188 0

9 189

Rajah 4 : Cara penyelesaian soalan berpembahagi 21

97
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian:
1. Mengenalpasti keberkesanan pola pendaraban untuk membina sifir 21, 22 dan
23.
2. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan sifir 21, 22 dan 23 dalam
membantu murid dalam menyelesaikan soalan bahagi yang melibatkan
pembahagi 21, 22 dan 23.

Soalan Kajian:
1. Adakah pola pendaraban berkesan untuk membantu murid membina sifir 21,
22 dan 23?
2. Adakah penggunaan sifir 21, 22 dan 23 berkesan dalam membantu murid
dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan pembahagi 21, 22 dan 23?

TINJAUAN LITERATUR
Pengenalan kepada operasi darab juga boleh diajar dengan menggunakan
konsep pembelajaran Mathematical Modelling. Menurut Fan (2006), Mathematical
Modeling merupakan suatu langkah alternatif dalam memperkenalkan prosedur
pengajaran secara sistematik bagi membolehkan mereka melihat dan menghayati
dengan sendiri dan seterusnya memberi justifikasi disebalik penggunaan rumus dan
operasi matematik yang dikenalpasti. Apabila mereka sudah dapat melihat perkaitan
diantara konsep darab, mereka akan dapat menyelesaikan masalah yang diberikan
dengan mengaplikasikan rumus dan pemahaman mereka.
Kita juga sedar bahawa setiap benda perlulah diimbas kembali supaya kita
tidak lupa. Inilah yang diterapkan oleh sistem pendidikan di negara kita yang banyak
mengulangi konsep yang sama semasa di sekolah rendah supaya konsep tersebut
tersemat baik di dalam minda murid. Ini adalah kerana, apabila murid jarang
menggunakan ilmu yang telah diajar, murid mudah lupa tidak kiralah dalam bidang
matematik mahupun bidang-bidang yang lain. Teknik pembelajaran inilah yang
ditekankan dalam teori pembelajaran Thorndike, iaitu Laws of exercise and effects
(Dale, 2000).
Semasa menjalankan praktikum fasa 1 dan fasa 2, murid akan mula
menghadapi masalah apabila mereka didedahkan dengan operasi darab. Ini adalah
kerana operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai oleh murid.
Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah
dalam topik yang seterusnya iaitu bahagi. Ini adalah kerana, tanpa sifir, pelajar sudah
tentu tidak dapat menyelesaikan bahagi.
“ …number facts of multiplication are more difficult for some students
because the patterns are less obvious and the number are larger.
However, there are students who count the addition facts but know the
multiplication facts. This phenomena occurs because the students are
instruct to memorize the multiplication facts, but are allowed to count
the addition facts.”
(Cooper, 1994)

98
Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Lu Chung Chin

Menurut Kamus Dewan (2005), kemahiran mendarab adalah kecekapan atau


kepandaian dalam memperkalikan sesuatu nombor. Pendaraban juga telah
didedahkan kepada murid-murid seawal mereka memasuki tahun 2 lagi di mana
pendaraban adalah diperkenalkan sebagai penambahan berulang (Curriculum
Development Centre, 2003a). Pendaraban dilihat sebagai satu kes yang istimewa
bagi penambahan dimana semua penambah adalah sama saiz (Reys et al. 2007).
Dewasa ini, terdapat perbezaan yang jelas di antara hasrat penggubal
kurikulum dengan apa yang sebenarnya berlaku di kelas matematik (Poon, 2005).
Matematik sendiri merupakan matapelajaran yang mengkehendaki pelajarnya bukan
sahaja tahu untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi memahaminya melalui
pembinaan ilmu secara aktif dari pengalaman dan pengetahuan lepas mereka (Reys
et al. 2007). Segelintir guru hanya bermatlamatkan murid mendapat keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan. Sebagai seorang guru, kita haruslah cuba
menyelami pemikiran kanak-kanak bagaimana mereka menyelesaikan masalah
matematik. Memahami strategi yang murid ambil dapat membantu guru mengatur
strategi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya (Suhaidah Tahir et al. 2008)
Menurut Mario Ganny Michael (2006), kesukaran mengingat fakta asas darab
menyebabkan murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang
melibatkan operasi darab. Murid harus tahu sifir pada tahun 2 kerana terdapat hasil
pembelajaran yang secara spesifik yang menekankan agar murid menghafal sifir 2
sehingga 5 (Curriculum Development Centre, 2003a) manakala pada tahun 3, murid
telahpun diperkenalkan dengan sifir 6 sehingga 9 (Curriculum Development Centre,
2003b). Ini bermakna, pada tahun 5, murid sepatutnya sudah menguasai semua sifir 1
sehingga 9. Mereka juga sepatutnya sudah boleh membina sifir dua digit dengan
mengaplikasikan operasi darab terhadap nombor-nombor tersebut.

KUMPULAN SASARAN
Antara kriteria-kriteria yang dipilih untuk kumpulan sasaran adalah berdasarkan :

a) Murid boleh membaca dan menulis.


b) Murid sudahpun menguasai sifir 1, 2 dan 3.
c) Murid lemah dalam pembinaan sifir 2 digit.
d) Murid lemah dalam pembahagian berpembahagi 2 digit.
e) Murid mendapat keputusan gagal dalam ujian matematik.

99
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

PROSEDUR TINDAKAN

(Kitaran Pertama)
Mengenalpasti Pemerhatian Pemerhatian
masalah

Pola pendaraban
diajarkan kepada Refleksi Refleksi
murid

Aplikasi pola (Kitaran Kedua) Cara


pendaraban untuk pembahagian
membahagi diajarkan

Rajah 5: Prosedur Tindakan

CARA PENGUMPULAN DATA


Instrumen pola pendaraban sifir 21, 22 dan 23.
Setiap responden diajar cara untuk membina sifir 21, 22 dan 23 mengikut
pola pendaraban. Mereka akan diberikan kertas kosong dan diberikan masa 15 minit
untuk menyiapkan sifir 21, 22 dan 23.

Instrumen soalan berpembahagi 21, 22 dan 23.


Setelah menguasai pola pendaraban, responden diberikan soalan berpembahagi
21, 22 dan 23. Pengkaji tidak mengehadkan masa supaya mereka boleh
menjustifikasi cara untuk melakukan pembahagian dengan sendiri.

Temu bual
Selepas responden diajar dengan menggunakan kaedah pola pendaraban, temu
bual bersama dengan responden dilakukan. Satu set soalan berjawapankan “ya”
ataupun “tidak” disediakan sebelum responden ditemu bual.

Ujian Pra
Pengkaji menggunakan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23 untuk menguji
keberkesanan pola pendaraban dalam membantu responden menyelesaikan masalah
dalam pembahagian. Instrumen pada peringkat ini lebih dikenali sebagai ujian pra.
Pada peringkat ini, pengkaji hanya memerhatikan responden menyelesaikan soalan
yang diberikan mengikut kefahaman mereka sendiri.

Ujian Pasca
Setelah pola pendaraban sifir 21, 22, 23 dan cara pembahagian yang berkesan
diajarkan, soalan berpembahagi 21, 22 dan 23 diberikan kepada responden.. Masa

100
Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Lu Chung Chin

yang diberikan adalah 30 minit dan responden tidak dibenarkan berbincang. Ujian ini
dijalankan sebanyak 4 kali pada masa yang berlainan.

CARA MENGANALISIS DATA


Bagi menganalisis pola pendaraban, jumlah jawapan yang betul bagi setiap
jawapan sifir yang dibina dikumpul dan jawapan yang betul sebelum dan selepas
pola pendaraban sifir 21, 22 dan 23 diajarkan dibandingkan. Perbandingan akan
menentukan samaada responden berjaya ataupun tidak dalam membina sifir melalui
kaedah pola pendaraban. Kemudian markah responden bagi setiap ujian dicari
dengan menggunakan rumus, markah: × 100%, di mana adalah bilangan sifir
yang betul yang berjaya dijawab oleh responden. Data yang diperolehi kemudiannya
ditunjukkan dalam bentuk graf.
Bagi soalan berpembahagi 21, 22 dan 23 pula, setiap soalan yang telah dibuat
oleh responden daripada Ujian 1 (U1) sehinggalah Ujian 5 (U5) dikumpul.
Kemudian, markah responden bagi setiap ujian dicari dengan menggunakan rumus,
markah: × 100%, di mana adalah markah bagi cara kerja yang ditunjukkan oleh
responden semasa menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23. Markah
responden dibandingkan dari Ujian 1 sehingga Ujian 5 untuk memastikan sama ada
pola pendaraban ini berjaya membantu responden menyelesaikan soalan
berpembahagi 21, 22 dan 23 ataupun sebaliknya. Data yang diperolehi kemudiannya
ditunjukkan dalam bentuk graf.
Temu bual tidak berstruktur juga telah dijalankan dengan ketiga-tiga
responden. Sekiranya lebih banyak ruangan jawapan “ya” ditandakan di jadual, ini
bermaksud kaedah yang diajar ini bukan sahaja disukai oleh responden, malah
berjaya membantu mereka membina sifir dan membantu mereka mengaplikasikan
pembinaan sifir dalam operasi bahagi yang melibatkan pembahagi 21, 22 dan 23.
Bagi menganalisis ujian pra dan pasca pula, markah jawapan yang betul yang
berjaya diperoleh oleh responden dalam ujian pra dibandingkan dengan ujian pasca.
Peningkatan ataupun penurunan peratusan markah menjadi penanda aras sama ada
teknik pola pendaraban ini membantu responden membahagi ataupun sebaliknya.

DAPATAN KAJIAN
Pengkaji memberikan setiap responden sekeping kertas kosong untuk
membina sifir 21, 22 dan 23 dengan menggunakan pola pendaraban. Bagi setiap
percubaan, pengkaji mencatatkan masa mereka menyiapkan sifir tersebut.
Berdasarkan dapatan kajian, masa responden membina sifir 21, 22 dan 23 menjadi
semakin singkat setelah percubaan mereka yang ketiga.

101
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jadual 1: Perbandingan masa responden bagi setiap percubaan

Peserta Percubaan 1 (minit) Percubaan 2 (minit) Percubaan 3 (minit)


R1 15 9 7
R2 14 8 6
R3 15 10 7

Selain daripada itu juga, pengkaji telah melakukan ujian sebanyak empat kali,
untuk menguji keberkesanan pola pendaraban untuk membina sifir 21, 22 dan 23.
Berdasarkan jadual bagi keempat-empat ujian dibawah, jelas menunjukkan bahawa
pola pendaraban ini membantu responden dalam membina sifir 21, 22 dan 23. Graf
di bawah juga jelas sekali menunjukkan peningkatan yang ketara daripada ujian yang
pertama sehinggalah ujian yang seterusnya.
Jadual 2: Markah responden bagi keempat-empat ujian dalam membina sifir 21, 22
dan 23 dengan menggunakan pola pendaraban

Peserta U1 U2 U3 U4
R1 48% 96% 100% 96%
R2 48% 96% 100% 96%
R3 59% 100% 100% 96%

120
100
80 U1 (%)
60 U2 (%)
40 U3 (%)
20
U4 (%)
0
R1 R2 R3

Rajah 6: Perbandingan ujian 1, ujian 2, ujian 3, ujian 4 untuk


pembinaan sifir 21, 22 dan 23 bagi setiap responden
Selepas pola pendaraban diajarkan, pengkaji memberikan soalan
berpembahagi 21, 22 dan 23. Responden menyelesaikan pembahagian tersebut tanpa
diajar oleh pengkaji. Ini lebih dikenali sebagai ujian pra. Seterusnya, barulah
pengkaji mengajarkan cara untuk mengaplikasikan pola pendaraban dalam
menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23. Ujian ini dijalankan sebanyak
lima peringkat, termasuk ujian pra di mana ujian kelima adalah ujian pasca.
Berdasarkan jadual dan graf di bawah, jelas sekali pola pendaraban sifir 21, 22 dan
23 membantu responden menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23.

102
Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Lu Chung Chin

Jadual 3: Peratusan jawapan yang betul apabila menggunakan pola


pendaraban dalam menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22
dan 23

Peserta R1 R2 R3
U1 27% 80% 13%
U2 53% 53% 13%
U3 80% 93% 100%
U4 87% 93% 60%
U5 100% 100% 100%

120

100

80 U1 (%)
U2 (%)
60
U3 (%)
40 U4 (%)
20 U5 (%)

0
R1 R2 R3

Rajah 7: Perbandingan ujian 1, ujian 2, ujian 3, ujian 4 dan 5 untuk


soalan berpembahagi 21, 22 dan 23 bagi setiap responden

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN


Pengaplikasian Pola Pendaraban terhadap pembinaan sifir 21, 22 dan 23
Setelah menjalankan sesi bersama dengan responden, pengkaji merasakan
perlunya penggunaan pen yang berlainan warna semasa menerangkan pola
pendaraban kepada responden. Matematik sendiri merupakan matapelajaran yang
mengkehendaki pelajarnya bukan sahaja tahu untuk menyelesaikan masalah
matematik, tetapi memahaminya melalui pembinaan ilmu secara aktif dari
pengalaman lepas mereka (Reys et al. 2007). Setelah responden dapat membezakan
penambahan di setiap rumah berdasarkan warna tulisan, responden boleh
menjustifikasi sendiri bagaimana pola pendaraban boleh berlaku dan seterusnya
memberikan pemahaman bahawa pembinaan sifir 2 digit tidaklah sukar untuk
dilakukan. Setelah mereka faham, barulah mereka dapat membina sifir tanpa perlu
ditunjuk ajar berulang kali.

103
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Menurut Fan (2006), Mathematical Modeling merupakan suatu langkah


alternatif dalam memperkenalkan prosedur pengajaran secara sistematik bagi
membolehkan mereka melihat dan menghayati dengan sendiri dan seterusnya
memberi justifikasi di sebalik penggunaan rumus dan operasi matematik yang
dikenalpasti. Ini adalah amat sesuai diaplikasikan semasa pengkaji memberikan
penerangan kepada responden untuk melakukan pola pendaraban dan pembahagian.
Pengkaji perlu memastikan tulisannya kemas supaya reponden tidak terkeliru apabila
membina sifir dengan menggunakan pola pendaraban tersebut. Secara tidak
langsung, apabila mereka menjadikannya praktikal dalam pembelajaran, mudah bagi
mereka memahaminya dan kecuaian dapat dielakkan.
Selain daripada itu juga, pengkaji haruslah memberikan masa yang relevan
kepada responden. Sebagai contoh, 15 minit diperuntukkan kepada mereka untuk
menyelesaikan sifir 21, 22 dan 23. Oleh yang demikian, mereka tidak berlumba-
lumba untuk menyiapkan sifir mereka dan berasa tertekan apabila rakan mereka yang
lain lebih awal siap darinya. Keputusan ini selari dengan dapatan Mario Ganny
Michael iaitu kesukaran mengingati fakta asas darab menyebabkan murid mengambil
masa yang lama untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi darab. Setelah
mereka berjaya menguasai fakta asas iaitu pola pendaraban sifir 21, 22 dan 23, sudah
tentu masa mereka dapat disingkatkan dan masa tersebut boleh digunakan untuk
pembahagian yang melibatkan pembahagi 21, 22 dan 23.
Pengaplikasian Pola Pendaraban dalam menyelesaikan operasi bahagi yang
melibatkan pembahagi 21, 22 dan 23.
Pengkaji mendapati responden sangat lemah dalam pembahagian, lebih-lebih
lagi nombor yang melibatkan lebih dari satu digit. Punca kepada masalah ini jelas
sekali kerana responden menghadapi masalah dalam membina sifir yang
mengakibatkan mereka lemah dalam proses pembahagian. Ini adalah kerana fakta
nombor pendaraban adalah lebih sukar bagi sesetengah pelajar kerana coraknya
kurang jelas dan nombor yang dilibatkan adalah lebih besar (Cooper, 1994). Oleh
yang demikian, fungsi pola pendaraban ini memudahkan murid di mana mereka
boleh melihat bagaimana proses pendaraban yang melibatkan dua digit dengan satu
digit berlaku. Secara tidak langsung, mereka akan lebih cenderung mendapat
jawapan yang betul seperti yang telah dikaji dalam 5 ujian dengan menggunakan
pola pendaraban dalam menyelesaikan soalan berpembahagi 21, 22 dan 23.
Selain daripada itu juga, pengkaji perlulah memberikan masa yang cukup
supaya responden dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam membina sifir yang
diberikan. Apabila mereka dapat memahami fakta asas sifir 21, 22 dan 23, barulah
keyakinan diri mereka terbentuk dan bersemangat untuk membina sifir yang
diberikan. Seterusnya, mereka akan belajar dari kesalahan yang dibuat dan kesalahan
inilah yang memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada mereka apabila
pembetulan dilakukan bersama dengan mereka. Ini terbukti apabila responden dapat
menyiapkan sifir 21, 22 dan 23 dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan
cara yang pernah sering mereka gunakan sebelum diajarkan pola pendaraban (Sila
rujuk jadual 1). Adalah wajar masa yang lebih diberikan kepada responden untuk
menyelesaikan masalah matematik yang diberikan kerana murid sukar untuk
mengingati fakta asas darab dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi
darab (Mario Ganny Michael, 2006).

104
Mohamad Aiman Bin Mohamad Sa’ed & Lu Chung Chin

Pengkaji juga perlu mengingatkan responden supaya sentiasa menulis dengan


jelas dan kemas. Ini termasuklah cara menulis nombor dengn betul, tempat
meletakkan nombor di “rumah” nombor yang sepatutnya, dan tidak lupa menulis
simbol tolak dan anak panah turun semasa melakukan pembahagian. Oleh yang
demikian, latihan perlulah diberikan dengan kerap supaya mereka membiasakan diri
dengan membuat latihan di samping dapat memperbaiki tulisan dan cara kerja
matematik yang betul. Apabila latihan kerap diberikan, mereka tidak mudah untuk
lupa, sebaliknya semakin mahir membuat operasi yang dilakukan. Menurut teori
pembelajaran Thorndike, Laws of Exercise and Effects (Dale, 2000) menekankan
apabila murid jarang menggunakan ilmu yang telah diajar, mereka akan menjadi lupa
tidak kiralah dalam bidang matematik mahupun bidang-bidang yang lain. Sebaliknya
pula berlaku, apabila kita kerap menggunakan ilmu yang telah dipelajari, kita akan
menjadi lebih mahir dan kompeten.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Setelah menjalankan kajian, pengkaji merasakan kajian ini boleh dilanjutkan
lagi di masa akan datang. Pengkaji lain boleh melakukan pembahagian yang
melibatkan pembahagi 3 digit yang melibatkan nombor yang lebih besar. Kajian juga
boleh ditambahbaik lagi agar matlamat pendidikan di negara dapat dicapai.
Bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh, pengkaji
mencadangkan agar tempoh masa kajian dipanjangkan. Ini adalah kerana,
pemantauan terhadap perkembangan responden dapat dilakukan dengan lebih
terperinci dan tepat. Selain daripada itu juga, pengkaji boleh menambahbaik
prosedur-prosedur yang tertentu supaya responden tidak berasa bosan dengan kaedah
pola pendaraban.
Selain daripada itu juga, pengkaji telah menggunakan ujian yang sama dalam
ujian 1, ujian 2, ujian 3, ujian 4 dan ujian 5. Oleh yang demikian, pada masa
hadapan, pengkaji mencadangkan supaya ujian yang berlainan digunakan untuk
mengkaji keberkesanan pola pendaraban dalam proses pembahagian.
Antara penambahbaikan lain yang boleh digunakan dalam kajian ini adalah
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kelebihan
menggunakan perisian ini bukan sahaja mudah bagi pengkaji untuk menganalisis
data, bahkan sesuai untuk digunakan menyiapkan kajian tindakan pada setiap
peringkat pendidikan tinggi termasuklah ijazah mahupun peringkat doktor falsafah.
Sebagai seorang pengkaji, adalah wajar sekiranya pengkaji mendapatkan
temu bual bersama dengan guru matematik daripada sekolah yang berlainan.
Tujuannya di sini supaya para guru terutamanya guru pakar dapat berkongsi idea
dalam penggunaan pola pendaraban ini di sekolah. Ini membolehkan pengkaji
melihat keberkesanan penggunaan pola ini dalam proses pembahagian ataupun
sebaliknya.
Akhir sekali, pengkaji mencadangkan supaya maklumat yang digunakan
adalah baru, dan bukannya maklumat lama. Sekurang-kurangnya maklumat yang
digunakan adalah 10 tahun kebelakang. Tujuannya di sini, maklumat yang diperoleh
mempunyai kesahan dan kebolehkepercayaan yang tinggi.

105
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

RUMUSAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan pola pendaraban
sifir 21, 22 dan 23 dalam membantu murid tahun 5 dalam menyelesaikan operasi bahagi
yang melibatkan pembahagi 21, 22 dan 23. Hasil analisis kajian, didapati pola
pendaraban ini dapat meningkatkan peratusan markah murid yang menggunakan kaedah
pola pendaraban dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan pembahagi 21, 22 dan 23.

RUJUKAN
Cooper, R. (1994). Alternative math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertations [Online]. Available:
http://eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetails.jsp?searchtype=ke
yword&pageSize=10&ERICExtSearch_Search [2011, Mac 8]
Curriculum Development Centre. (2003a). Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Kuala
Lumpur: Ministry of Education Malaysia.
Curriculum Development Centre. (2003b). Curriculum Specifications Mathematics Year 3. Kuala
Lumpur: Ministry of Education Malaysia.
Dale H.S. (2000). Learning Theories And Education Perspective. New York: Prentice – Hall, Inc.
Fan, S.P. (2006). Mathematical Modeling Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah-
sekolah Menengah Daerah Besut Terengganu dalam Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan IPSMB 2006. Terengganu: Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu,
90 -109.
Mario Ganny Michael. (2006). Meningkatkan Kemahiran Mencongak Fakta Asas di Kalangan Murid-
murid Tahun 6 di SK Beladin Melalui Pendekatan Permainan Domino dalam Prosiding
Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan Tun
Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 25-33.
Poon, C. Y.. (2005). Kurikulum yang dihasratkan dan Kurikulum yang Dilaksanakan Pengajaran
Penyelesaian Masalah KBSM dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS. Sarawak. Maktab
Perguruan Sarawak, 11-26.
Reys, R. E., Lindquist M.M., Lambdin D.V. dan Smith N.L. (2007). Helping Children Learn
Mathematics. United State of America: John Wiley & Sons, Inc.
Suggate, J., Davis, A., dan Goulding, M. (1998). Mathematical Knowledge for Primary Teacher.
London: David Fulton Publishers.
Suhaidah Tahir, Muhammad Kasim bin Basir & Munirah Bt. Ghazali. (2008). Strategi Penyelesaian
Masalah Kanak-kanak Sekolah Pedalaman dalam Cerana Jurnal Pendidikan 2008. Johor:
Jabatan Penyelidikan dan Inovatif Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn, Johor, 78-85.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
Email: 1mr_dubey88@yahoo.com , 2luccmiri@yahoo.com.my

106
PENGGUNAAN SUSUNAN NOMBOR TELEFON MEMBANTU MURID
TAHUN 3 MENGUASAI SIFIR 7 DAN 9

1
FRANKIE ANAK PETER LANGAN
2
HU LAEY NEE

ABSTRAK

Masalah yang dihadapai oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran mendarab


dalam Matematik sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Punca utama
masalah ini disebabkan oleh murid-murid yang tidak menguasai sifir darab. Maka,
kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Susunan Nombor
Telefon dalam membantu meningkatkan penguasaan sifir 7 dan 9 di kalangan murid
yang dipilih di sebuah sekolah kebangsaan di Miri. Kajian ini merupakan kajian
tindakan berdasarkan Model Kurt Lewin. Responden kajian terdiri daripada enam
orang murid Tahun 3. Pemerhatian, temu bual dengan para responden, ujian pra-
pasca dan kuiz progresif merupakan instrumen dalam kajian ini. Data yang
dikumpul dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan Susunan Nombor Telefon membantu meningkatkan penguasaan murid
dalam sifir 7 dan 9. Kajian ini juga menunjukkan perubahan sikap murid yang
positif terhadap pembelajaran sifir 7 dan 9 serta dapat membantu dalam
menyelesaikan soalan pendaraban.

ABSTRACT

It is not arguable that students have problems in mastering the multiplying skill in
Mathematics. This is because the students are unable to master the multiplication
table. Thus, this research is conducted to study the effectiveness of the use of
Telephone Number Arrangement in improving the mastery of seven and nine
multiples among the students chosen from one of the schools in Miri. The research
is an action research based on the Kurt Lewin Model. The respondents consist of six
Primary 3 students. The instruments used in this research are observation, interview
with the respondents, pre and post tests and progressive quizzes. The data collected
is being analyzed descriptively. The outcome of the research shows that the use of
Telephone Number Arrangement increases the mastery of the students in seven and
nine multiples. Besides that, it shows the positive changes in students’ attitude
towards the learning of seven and nine multiples and assists in solving the
multiplication questions.

PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia telah mengalami


perubahan ketara. Perubahan ini dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan
di Malaysia. Murid perlu dibawa keluar dari pemikiran yang sempit terhadap subjek
Matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan
pemahaman konsep. Matematik sekolah rendah di Malaysia menekankan empat
konsep operasi asas iaitu tambah, tolak, bahagi dan darab. Sifir darab diperkenalkan
kepada murid-murid di sekolah rendah mulai Tahun 2. Mengikut Ellis-Christensen
(2010), sifir darab terbentuk daripada titik pertemuan dua nombor pada satu grid
yang mempunyai paksi-x dan paksi-y. Pemahaman konsep pendaraban merupakkan

107
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk mempelajari
Matematik. Pelbagai kaedah dan teknik telah dicadangkan dan dibentukkan untuk
memudahkan murid-murid dalam menguasai sifir darab. Susunan Nombor Telefon
juga merupakan satu kaedah yang digunakan dalam menguasai sifir darab.

FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mendarab


dengan penggunaan Susunan Nombor Telefon dalam membantu murid-murid
menguasai sifir 7 dan 9. Kajian ini adalah penting dalam membantu murid-murid
menguasai sifir 7 dan 9 dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah
pendaraban yang membabitkan sifir 7 dan 9.

Guru-guru sering mendengar aduan murid-murid yang mengatakan bahawa


Matematik merupakan satu subjek yang sukar dikuasai. Ada juga yang mengatakan
bahawa subjek Matematik terutamanya topik pendaraban merupakan satu perkara
yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi?

Murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak mahir dalam
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab merupakan satu faktor masalah
utama. Punca utama masalah ini adalah kerana mereka tidak menguasai atau lemah
dalam sifir darab. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak
adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokuskan
kepada penggunaan Susunan Nombor Telefon yang menggunakan corak nombor
dalam membantu murid-murid menguasai sifir 7 dan 9.
Kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam menguasai sifir 7 dan 9
seterusnya meningkatkan keyakinan mereka dalam mempelajari Matematik.
Sekiranya keyakinan murid bertambah, secara tidak langsung mereka akan meminati
subjek Matematik dan dapat menguasai apa yang mereka pelajari. Ini disokong oleh
kenyataan Ashcraft & Kirk (2001) yang dipetik daripada kajian Tiong (2010), beliau
telah mengambarkan kepercayaan umum bahawa disebabkan “mengelak Matematik
dan penguasaan mereka lebih kurang dari Matematik yang tidak dapat dielakkan dan
kualitinya hanya kurang kompeten disebabkan atas kecemasan individu dalam
Matematik”.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian adalah:

a) Meningkatkan penguasaan sifir 7 dan sifir 9 dengan penggunaan Susunan


Nombor Telefon.
b) Meninjau perubahan sikap murid terhadap pembelajaran sifir 7 dan sifir 9
dengan menggunakan Susunan Nombor Telefon.
c) Menggunakan penguasaan sifir 7 dan sifir 9 melalui Susunan Nombor
Telefon dalam menyelesaikan soalan pendaraban.

108
Frankie Peter Langan & Hu Laey Nee

Persoalanan kajian adalah:

a) Adakah murid-murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan sifir darab


7 dan sifir 9 selepas penggunaan Susunan Nombor Telefon?
b) Adakah terdapat perubahan sikap murid terhadap pembelajaran sifir 7 dan
sifir 9 dengan menggunakan Susunan Nombor Telefon?
c) Dapatkah menggunakan penguasaan sifir 7 dan sifir 9 melalui Susunan
Nombor Telefon dalam menyelesaikan soalan pendaraban?

TINJAUAN LITERATUR

Konsep Susunan Nombor Telefon

Susunan Nombor Telefon adalah menggunakan grid yang mempunyai dua


belas petak di dalamnya. Setiap petak diisi dengan susunan nombor tertentu bagi
tujuan pendaraban sifir 7 dan 9. Setiap petak akan diisikan dengan nombor yang
sama seperti urutan susunan nombor yang digunakan di telefon iaitu bermula dari
nombor 1 hingga nombor 9. Petak-petak tersebut kemudiannya diisikan dengan
nombor 0 hingga 8 yang akan ditempatkan pada ruangan tempat perpuluhan puluh.
Nombor di ruangan tempat perpuluhan puluh untuk sifir 7 dan sifir 9 adalah tidak
sama.

Tinjauan Literatur Susunan Nombor Telefon

Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna


dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada
penggunaan Susunan Nombor Telefon dalam membantu murid-murid menguasai
sifir 7 dan 9 kerana kaedah ini turut menekankan pengunaan corak nombor. Ini
selaras dengan pendapat Dienes (1973) yang dipetik daripada kajian Samsudin
Drahman (2003) yang menyatakan bahawa konsep Matematik menjadi lebih mudah
difahami jika konsep itu dipersembahkan kepada murid dengan menggunakan contoh
dan bahan yang konkrit.
Penggunaan Susunan Nombor Telefon untuk menguasai sifir ini bukanlah
sesuatu yang baru tetapi kaedah ini sentiasa dimodifikasi mengikut keperluaan
murid-murid. Yong (2010), menyatakan bahawa melalui dapatan kajian dalam
pelaksanaan “Magic Number Memorization” terhadap murid tahun empat
menunjukkan setiap responden memiliki sikap pembelajaran yang positif semasa
pembelajaran sifir pendaraban menggunakan kaedah ini. Kaedah Susunan Nombor
Telefon juga menggunakan teknik yang sama seperti teknik yang digunakan dalam
“Magic Number Memorization”.
Penggunaan Susunan Nombor Telefon turut mempunyai persamaan dengan
kaedah mencari pola. Tiong (2010) dengan kajiannya yang bertajuk “Looking For
The Pattern: A Method To Mastery Multiplication Table 7” menyatakan bahawa
keputusan kajian tersebut telah menunjukkan kaedah mencari pola sangat berkesan
dalam membantu murid-murid menguasai sifir darab 7 serta dapat meningkatkan
keyakinan pelajar dalam pembelajaran Matematik.
Kaedah Tic Tac Toe Math merupakan kaedah yang hampir sama dengan
penggunaan Susunan Nombor Telefon. Menurut Cooper (1994), kaedah Tic Tac Toe

109
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Math menggunakan corak visual bagi membolehkan seseorang untuk mengira sifir
sehingga nilai yang tidak tertakrif. Kaedah Tic Tac Toe Math juga menggunakan grid
sembilan petak untuk membina jadual sifir. Murid-murid menggunakan grid
sembilan petak itu, untuk membina sifir darab untuk sebarang nombor sehingga ke
nilai yang tidak tertakrif.

Tinjauan Literatur Kemahiran Mendarab

Pendaraban selalunya dilihat sebagai kes yang istimewa bagi penambahan


dimana semua penambah adalah sama saiz (Azizi Subeli, 2010). Pendaraban juga
merupakan satu proses penambahan berulang. Kemahiran mendarab merupakan
kecekapan atau kepandaian dalam memperkali sesuatu nombor (Kamus Dewan,
2005).
Mohd Fairuz Dollah (2010) dalam kajiannya yang bertajuk membantu murid
Tahun 3 meningkatkan kemahiran mendarab sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan menggunakan
jari menyatakan bahawa antara faktor yang menyebabkan responden tidak menguasai
sifir 6, 7, 8 dan 9 adalah kerana sifir berkenaan mempunyai nombor pendarab yang
bernilai besar.
Menurut Yusniza Mohammed Yussof (2004) yang dipetik dari kajian Mohd
Fairuz Dollah (2010) menyatakan bahawa penyumbang utama terhadap kelemahan
Matematik di peringkat rendah adalah kelemahan dalam kemahiran asas,
terutamanya yang melibatkan operasi mendarab.
Reys et al. (2007) yang dipetik daripada kajian Azizi Subeli (2010)
menyatakan terdapat enam strategi berfikir untuk pendaraban. Strategi-strategi
tersebut adalah commutativity, hitungan meloncat, penambahan berulang,
memisahkan hasil darab kepada bahagian-bahagian, mendarab dengan satu dan sifar
dan corak.
Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pengkaji dalam meningkatkan
kemahiran mendarab dan salah satunya adalah kajian yang dilakukan oleh Faddren
Jingan (2006) yang bertajuk menguasai fakta asas sifir darab dengan kaedah mudah
sifir. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa kaedah yang diperkenalkan berkesan
untuk menarik minat murid dalam mempelajari Matematik.

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini merupakan murid Tahun 3 di salah
sebuah sekolah rendah di Miri. Kajian ini melibatkan enam orang murid, iaitu tiga
orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Peserta-peserta yang dipilih
adalah berdasarkan pretasi ujian Matematik semasa dan ujian pra yang dijalankan.
Pencapaian peserta-peserta kajian yang dipilih adalah digolongkan dalam kategori
yang sederhana dalam subjek Matematik.

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam bahagian ini, pengkaji menjelaskan tentang prosedur dalam


pelaksanakan kajian tindakan ini. Penyelidikan Tindakan ini telah dijalankan

110
Frankie Peter Langan & Hu Laey Nee

sebanyak dua kitaran berdasarkan model Kurt Lewin seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1 yang diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2008). Proses yang sama berterusan untuk kitaran kedua kajian.

MEREFLEK
KE GELUNG
SETERUSNYA JIKA PERLU
Muhasabah/merefleksi diri
bagi melihat kekuatan dan
kelemahan p&p diri sendiri

GELUNG 1

MEMERHATI MERANCANG
 Pengkaji mengumpul dan  Pemerhatian.
menganalisis segala data  Perbincangan dengan guru
yang diperolehi. subjek.
 Pilih tajuk dan instrumen.

BERTINDAK

 Temu bual guru subjek.


 Ujian Pra 1.
 Kuiz progresif.
 Pemerhatian.
 Ujian pasca 1.
 Temu bual para
responden

Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Kurt Lewin

CARA PENGUMPULAN DATA

Temu bual

Dalam kajian ini, temu bual dijalankan untuk mengumpul data secara terus
daripada para responden. Temu bual dijalankan secara tidak formal. Hasil data
daripada temu bual dengan para responden digunakan untuk menguji persoalanan
kajian yang kedua iaitu meninjau perubahan sikap murid terhadap sifir 7 dan sifir 9
dengan menggunakan Susunan Nombor Telefon.

111
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan sepanjang kajian dalam kitaran pertama dan kitaran


kedua untuk meninjau perubahan sikap para responden terhadap pembelajaran sifir 7
dan sifir 9 dengan menggunakan Susunan Nombor Telefon. Ini turut membantu
memberi gambaran kepada pengkaji tentang keberkesanan penggunaan Susunan
Nombor Telefon semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.

Ujian Pra – Pasca

Ujian Pra-Pasca diberikan kepada para responden untuk mengumpul data


mengenai kesan terhadap para responden sebelum dan selepas penggunaan Susunan
Nombor diperkenalkan kepada mereka. Ujian Pra sifir 7 dan sifir 9 diberikan kepada
responden sebelum kaedah kajian diperkenalkan. Ujian Pasca pula diberikan selepas
para responden diperkenalkan dengan Susunan Nombor Telefon.

Kuiz Progresif

Kuiz progresif merupakan satu jenis penilaian formatif. Kuiz progresif


dilaksanakan sebelum bermula setiap proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menjawab persoalanan kajian yang ketiga iaitu “dapatkah menggunakan penguasaan
sifir 7 dan sifir 9 melalui Susunan Nombor Telefon dalam menyelesaikan soalan
pendaraban?” Pengkaji menjalankan kuiz progresif ini dengan memberikan soalan-
soalan yang melibatkan kemahiran mendarab.

CARA MENGANALISIS DATA


Temu bual

Setiap soalan yang dikemukan kepada para responden semasa sesi temu bual
memerlukan jawapan “Ya” atau “Tidak”. Hasil temu bual dianalisis berdasarkan
maklum balas daripada para responden terhadap setiap soalan“Ya” dan “Tidak”
tersebut. Peratusan yang menjawab “Ya” dan “Tidak” untuk setiap soalan dikira dan
dibandingkan.

Pemerhatian

Hasil pemerhatian terhadap para responden dianalisis dengan


membandingkan dapatan data yang diperolehi pada awal kitaran pertama dengan
dapatan data selepas para responden mahir menggunakan Susunan Nombor Telefon
iaitu pada akhir kitaran pertama dan kitaran kedua.

Ujian Pra – Pasca

Pengkaji menganalisis dapatan daripada ujian Pra berdasarkan jawapan yang


betul dan salah. Dapatan akhir melalui ujian Pra ditukarkan ke dalam bentuk peratus.
Dapatan kedua-dua ujian Pra dan Pasca dibandingkan untuk melihat perbezaan
peratus dalam menguasai sifir 7 dan 9 selepas melalui rawatan diberikan.

112
Frankie Peter Langan & Hu Laey Nee

Kuiz progresif

Dapatan data yang diperolehi semasa kitaran pertama dan kitaran kedua bagi
setiap responden dianalisis dengan menyemak jawapan yang diberikan untuk
mendapatkan markah dan seterusnya menukarkan kepada bentuk peratus. Peratusan
untuk setiap kuiz progresif bagi setiap responden dicatatkan. Purata markah yang
diperolehi oleh setiap responden untuk kuiz progresif pada kitaran pertama dan
kitaran kedua dicatatkan dan seterusnya dibandingkan.

DAPATAN KAJIAN

Peningkatan Penguasaan Sifir 7 dan 9 Dengan Penggunaan Susunan Nombor


Telefon

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra 1, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

PURATA
UJIAN PRA UJIAN UJIAN
RESPONDEN MARKAH
1 (%) PASCA 1 (%) PASCA 2 (%)
(%)
R1 33 61 94 63%
R2 27 50 88 55%
R3 39 67 100 69%
R4 33 61 94 63%
R5 27 56 83 55%
R6 22 50 94 55%

Jadual 1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh para responden


sepanjang tempoh kajian. Jika diteliti, kita dapat lihat bahawa keenam-enam
responden menunjukkan peningkatan markah daripada ujian Pra 1 hingga ke ujian
Pasca 2 dan memperolehi purata markah yang baik untuk ujian pra-pasca.

Perubahan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Sifir 7 dan Sifir 9 Dengan


Menggunakan Susunan Nombor Telefon

Jadual 2 menunjukkan dapatan data yang diperolehi melalui pemerhatian 1,


pemerhatian 2 dan pemerhatian 3. Daripada Jadual 2, para responden menunjukkan
perubahan sikap terhadap pembelajaran sifir 7 dan sifir 9 dengan menggunakan
Susunan Nombor Telefon. Setiap aspek (aspek 1 hingga aspek 5) menunjukkan
perubahan sikap yang positif. Ini diperhatikan sepanjang tempoh kajian daripada
pemerhatian 1 (P1), pemerhatian 2 (P2) hinggalah ke pemerhatian 3 (P3).

113
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jadual 2: Hasil Pemerhatian 1, 2 Dan 3

KRITERIA YANG DIPERHATIKAN SEMASA SESI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RESPONDEN ASPEK 1
P1 ASPEK 2 ASPEK 3 ASPEK 4 ASPEK 5
P2
P3
P1
P2
P3
P1

P2

P3
P1
P2
P3
P1
P2
P3
R1 √ √ √ X √ √ X √ √ X √ √ X √ √
R2 √ √ √ X √ √ X √ √ X √ √ X √ √
R3 √ √ √ X √ √ X X √ X √ √ X √ √
R4 X √ √ X √ √ X X √ X √ √ X √ √
R5 X X X X X √ X X √ X √ √ X X √
R6 X √ √ X X √ X X √ X √ √ X X √

Instrumen temu bual digunakan oleh pengkaji pada akhir kitaran 1 dan
kitaran 2 kajian. Ini adalah untuk melihat perubahan pada sikap pembelajaran para
responden. Jadual 3 menunjukkan dapatan data temu bual 1 (T1) dan temu bual 2
(T2).
Jadual 3: Hasil Temu bual 1 Dan Temu bual 2

YA (√)/ TIDAK (X)

PERKARA T1 T2 T1 T2 T1 T2 T1 T2 T1 T2 T1 T2

R1 R1 R2 R2 R3 R3 R4 R4 R5 R5 R6 R6

A √ √ √ √ X √ X √ X √ X √

B X √ X √ X √ X √ X √ X √

C √ √ X X X X X X X X X X

D X √ X √ X √ X √ X √ X √

E X √ X √ X √ X √ X √ X √

Dalam Jadual 3, perkara A mewakili isi temu bual “saya sangat meminati
subjek Matematik”, perkara B mewakili isi temu bual “saya telah menguasai sifir 7
dan 9, perkara C mewakili “kaedah hafalan membantu saya dalam menguasai sifir 7

114
Frankie Peter Langan & Hu Laey Nee

dan sifir 9”, perkara D pula mewakili “penggunaan Susunan Nombor Telefon dalam
menguasai sifir 7 dan sifir 9 senang difahami dan perkara E mewakili “penggunaan
Susunan Nombor Telefon dalam menguasai sifir 7 dan sifir 9 sangat sesuai untuk
saya”.
Daripada Jadual 3, hasil temu bual 1, hanya 2 orang (33%) responden yang
menyatakan diri mereka meminati. Keputusan ini meningkat pada temu bual 2 iaitu
100% daripada bilangan responden menyatakan yang mereka mula meminati subjek
Matematik.
Untuk isi temu bual perkara B pada temu bual 1, keenam-enam responden
belum menguasai sifir 7 dan 9. Keputusan temu bual ini berubah pada temu bual 2
dimana keenam-enam responden berjaya menguasai sifir 7 dan 9. Ini menunjukkan
perubahan yang positif terhadap sikap pembelajaran para responden.
Daripada Jadual 3 juga, 5 orang responden ataupun 83% menyatakan bahawa
kaedah sedia ada iaitu kaedah hafalan tidak membantu mereka dalam menguasai sifir
darab 7 dan 9. Hanya seorang respoden iaitu 17% yang menyatakan kaedah hafalan
membantu diri responden menguasai sifir 7 dan 9. Keputusan yang sama diperolehi
untuk temu bual 2.
Keenam-enam responden menyatakan bahawa penggunaan Susunan Nombor
Telefon dalam menguasai sifir 7 dan 9 adalah sukar difahami pada temu bual 1.
Perubahan yang positif telah berlaku pada sikap pembelajaran diri responden di mana
kesemua responden menyatakan bahawa penggunaan susunan nombor telefon dalam
menguasai sifir 7 dan 9 senang difahami pada temu bual 2.
Dalam temu bual 1 juga, kesemua responden menyatakan bahawa
penggunaan Susunan Nombor Telefon ini tidak sesuai untuk diri mereka. Perubahan
sikap pembelajaran yang positif ditunjukkan oleh para responden pada temu bual 2,
di mana keenam-enam responden menyatakan bahawa kaedah kajian yang
diperkenalkan adalah sangat sesuai untuk diri mereka.

Penguasaan Sifir 7 Dan Sifir 9 Melalui Susunan Nombor Telefon Dalam


Menyelesaikan Soalan Pendaraban

Berdasarkan dapatan data bagi kuiz progresif yang dijalankan pada kitaran
pertama dan kedua seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4, responden R1
menunjukkan peningkatan min markah yang tertinggi iaitu sebanyak 30%.
Responden R2 pula meningkat dari 73.33% pada kitaran 1 kepada 95% pada kitaran
2. Ini menunjukkan yang responden R2 meningkat sebanyak 21.67%. Responden R4
menunjukkan peningkatan min markah yang kedua tertinggi iaitu sebanyak 28.33%.
Responden R3, R5 dan R6 turut menunjukkan peningkatan min markah untuk kedua-
dua kitaran iaitu masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 18.33%, 16.66%
dan 11.67%.

115
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jadual 4: Perbandingan Min Markah Kuiz Progresif bagi Kitaran Pertama dan
Kedua.

MIN KUIZ MIN KUIZ PERBEZAAN


RESPONDEN PROGRESIF PROGRESIF MIN MARKAH
KITARAN 1 (%) KITARAN 2 (%) (%)
R1 51.67 81.67 30.00
R2 73.33 95.00 21.67
R3 80.00 98.33 18.33
R4 56.67 85.00 28.33
R5 66.67 83.33 16.66
R6 78.33 90.00 11.67

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menekankan tiga persoalan. Melalui kajian ini,
pengkaji berjaya menjawab ketiga-tiga persoalan berikut. Persoalanan yang pertama
adalah “adakah murid-murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan sifir 7 dan
9 selepas penggunaan Susunan Nombor Telefon?”. Persoalanan ini dijawab
menggunakan instrumen ujian Pra-Pasca. Hasil keseluruhan kajian mendapati
bahawa penggunaan kaedah susunan nombor telefon telah memberi kesan yang
positif terhadap peningkatan penguasaan sifir 7 dan 9 melalui ujian Pra 1, Pasca 1
dan Pasca 2 yang telah dijalankan.
Persoalanan kajian yang kedua ialah “adakah terdapat perubahan sikap murid
terhadap pembelajaran sifir 7 dan sifir 9 dengan menggunakan Susunan Nombor
Telefon?”. Persoalanan ini dijawab dengan menggunakan instrumen pemerhatian dan
temu bual. Melalui maklum balas yang positif dan menggalakkan daripada responden
semasa sesi temu bual dan pemerhatian, didapati bahawa pembelajaran
menggunakan Susunan Nombor Telefon dalam mempelajari sifir 7 dan sifir 9 telah
memberi kesan terhadap perubahan sikap murid-murid. Ini adalah selaras dengan
hasil kajian Aida Ibrahim (2006) yang dipetik daripada kajian Azizi Subeli (2010)
yang mendapati telah berlaku peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian
murid dalam Matematik selepas tindakan ke atas responden kajiannya.
Persoalanan ketiga adalah berkaitan dengan penguasaan sifir 7 dan sifir 9
melalui Susunan Nombor Telefon dalam menyelesaikan soalan pendaraban.
Persoalan ini dikaji menggunakan instrumen kuiz progresif. Hasil daripada dapatan
kajian, telah berlaku peningkatan min markah sepanjang kuiz progresif. Oleh itu,
pengkaji berpendapat bahawa penggunaan Susunan Nombor Telefon meningkatkan
penguasaan sifir 7 dan 9 dalam menyelesaikan soalan pendaraban. Ini merupakan
kesan yang positif terhadap penguasaan sifir 7 dan 9 dalam menyelesaikan soalan
pendaraban. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Azizi Subeli (2010)
yang turut menyatakan bahawa berlaku peningkatan dalam ujian progresif setelah
rawatan dijalankan ke atas responden.

116
Frankie Peter Langan & Hu Laey Nee

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam kajian ini melibatkan enam
orang responden. Untuk kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan agar bilangan
responden diperbanyakkan, contohnya menggunakan satu kelas untuk melaksanakan
kajian ini.
Kajian ini juga terbatas kepada responden yang berumur 9 tahun yang
merupakan murid Tahun 3 sahaja. Untuk kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan
agar kajian ini diuji dan dijalankan kepada murid-murid yang umurnya lebih dewasa.
Ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan kajian ini terhadap responden yang
lebih matang. Ini juga membolehkan pengkaji menambahbaik penggunaan Susunan
Nombor Telefon agar penggunaannya tidak terhad kepada murid-murid Tahun 3
sahaja.
Pengkaji menggunakan kuiz progresif dalam kajian ini. Soalan yang terdapat
di dalam kuiz tersebut adalah sama untuk setiap kuiz yang diberikan oleh pengkaji.
Untuk kajian lanjutan bagi memantapkan kajian ini, dicadangkan agar pengkaji
seterusnya mengubah soalan yang digunakan di dalam kuiz progresif ini mengikut
perkembangan responden.

RUMUSAN

Kajian ini telah menunjukkan Susunan Nombor Telefon dalam membantu


menguasai sifir 7 dan 9 bagi murid Tahun 3. Ini dibuktikan apabila hasil keseluruhan
kajian mendapati bahawa penggunaan Susunan Nombor Telefon telah meningkatan
penguasaan sifir 7 dan 9 melalui ujian Pra 1, Pasca 1 dan Pasca 2 yang telah
dijalankan.

Melalui maklum balas yang positif dan menggalakkan daripada responden


semasa sesi temu bual dan pemerhatian, didapati bahawa pembelajaran
menggunakan Susunan Nombor Telefon dalam mempelajari sifir 7 dan sifir 9 telah
memberi kesan terhadap perubahan sikap murid-murid
Selain daripada itu, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan Susunan
Nombor Telefon meningkatkan penguasaan sifir 7 dan 9 dalam menyelesaikan
soalan pendaraban selepas menganalisis dapatan data yang diperolehi. Ini merupakan
kesan yang positif terhadap penguasaan sifir 7 dan 9 dalam menyelesaikan soalan
pendaraban.

RUJUKAN

Azizi Subeli. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab. Tesis
Ijazah Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008).
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertations. [Online]. Available: http// www.eric. ed.gov.eserv.uum.edu.my/
ERICWebPortal/search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSear
ch_Search. [2 Februari 2011].
Ellis-Christensen, T. (2010). What is Multiplication Table? [Online]. Available:
http://www.squidoo.com/multiplication. [31 Februari 2011].

117
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir dalam
Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan
Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16.
Kamus Dewan. (2005). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Fairuz Dollah. (2010). Membantu Murid Tahun 3 Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 6,
7, 8 dan 9 Dengan Menggunakan Jari. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak
Samsudin Drahman. (2003). Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah
Matematik KBSR. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Sains Malaysia.
Tiong, Hoe Ding. (2010). Kaedah Mencari Pola: Satu Kaedah Penguasaan Sifir Pendaraban 7. Tesis
Ijazah Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Yong, Bing Sing. (2010). Magic Number Memorization: Satu Teknik Menguasai Sifir Darab Tujuh.
Tesis Ijazah Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
1 2
Email: frankiepl2003@yahoo.com, huln1234@gmail.com

118
PENGGUNAAN KAPUR BERWARNA DALAM MEMBANTU MURID
DARJAH EMPAT MENYELESAIKAN OPERASI
PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN
NOMBOR PERPULUHAN

MOHD AZWAN BIN KAMIS1


ABU BAKAR BIN ABDULLAH2

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan
kapur berwarna untuk meningkatkan prestasi dalam operasi penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan untuk darjah empat. Kapur berwarna digunakan di
pengajaran topik penambahan dan penolakan nombor perpuluhan di mana nombor
sa, puluh dan ratus menggunakan warna putih, nilai tempat persepuluh berwarna
biru dan rumah tempat perseratus berwarna merah. Seramai empat responden dipilih
melalui ujian diagnostik. Data kajian diperolehi dan dianalisis melalui ujian pra dan
pasca serta temu bual bersama responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan
peningkatan yang positif ke atas kesemua responden. Melalui data yang telah
dianalisis, inovasi ini berjaya meningkatkan prestasi murid tahun empat dalam
operasi dan penolakan nombor perpuluhan dimana purata peningkatan keempat-
empat responden selepas ujian pra dan pasca diberikan ialah 45 peratus. Responden
juga menunjukkan minat yang lebih mendalam ke atas topik penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan.

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine the effectiveness of the use of colored
chalk to improve performance in addition and subtraction of decimal numbers for
Year Four. Colored chalk used in teaching addition and subtraction topics of
decimal number where the number m, the tens and hundreds using white, blue-tenth
of the place and the house where the red percentile. A total of four respondents were
selected through a diagnostic test. Research data obtained and analyzed through pre
and post tests and interviews with respondents. The findings showed a positive
increase for all respondents. Through data analysis, innovation is successful in
raising student achievement in the operation and the rejection of four decimal
numbers, where the average increase in all four of the respondents after the pre-and
post tests are given is 45 percent. Respondents also indicated greater interest on the
topic of addition and subtraction of decimal numbers.
.

PENDAHULUAN

Kesilapan konsep matematik adalah jawapan yang diperoleh guru dalam


mengenal pasti punca-punca kelemahan murid dalam suatu topik matematik. Murid
sering memperoleh tahap pencapaian yang rendah dalam topik nombor perpuluhan
Pembelajaran nombor perpuluhan sukar difahami dan seringkali dianggap sukar oleh
murid-murid. Ini adalah disebabkan murid terkeliru dengan cara penyebutan nombor
perpuluhan kerana mengalami masalah dalam istilah matematik. Kegagalan
memahami konsep dalam sesuatu topik merupakan faktor utama dalam pencapaian

119
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

matematik . Oleh sebab itu, kegagalan pelajar dalam menguasai konsep nombor
perpuluhan menjadi faktor penghalang pemahaman murid dalam topik ini.
Penggunaan nombor perpuluhan di dalam topik wang, jarak, berat dan isipadu cecair
menjadikan topik perpuluhan menjadi satu topik penting kurikulum matematik
sekolah rendah. Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid
untuk meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan
nombor perpuluhan dengan topik pecahan dan topik wang. Menurut Skemp (1997) ,
pembelajaran suatu konsep matematik sangat perlu dan penting untuk dilaksanakan
dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru matematik harus memberi
penekanan terhadap topik ini bagi memastikan kemahiran dalam topik perpuluhan
dapat dikuasai dengan sepenuhnya

FOKUS KAJIAN

Kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan penggunaan kapur


berwarna untuk meningkatkan prestasi dalam penambahan dan penolakan nombor
perpuluhan. Penggunanan kapur berwarna digunakan untuk membantu murid
memahi konsep penambahan dan penolakan nombor perpuluhan dan melihat
keberkesanan kapur berwarna dapat meningkatkan prestasi murid ataupun tidak.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif am kajian ini ialah mengenalpasti faktor yang menyebabkan murid


lemah didalam operasi penambahan dan penolakan nombor perpuluhan. Objektif
khusus bagi kajian ini ialah mengenalpasti keberkesanan penggunaan kapur berwarna
dalam pengajaran penambahan dan penolakan nombor perpuluhan.
Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada soalan-
soalan kajian berikut:
a) Apakah faktor yang menyebabkan murid lemah di dalam penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan?
b) Adakah kapur bewarna dapat menambahkan pemahanan pelajar terhadap
konsep nombor perpuluhan?

TINJAUAN LITERATUR

Kurikulum matematik KBSR membekalkan pendidikan matematik yang


umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus
kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan
kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan
masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 1992).
Dapatan kajian Faridah Ibrahim (1999), menunjukkan pelbagai cara yang telah
digunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan penyelesaian kepada
perpuluhan. Masih ramai pelajar keliru dengan maksud perpuluhan apabila beliau
menjalankan temu bual dengan beberapa pelajar tahun lima. Omar Hamat (1994)
berpendapat bahawa topik nombor perpuluhan adalah satu topik yang sukar dikuasai
oleh murid. Claire Mooney Et. Al. (2003) juga menyatakan Untuk menguasai
pengiraan dalam bentuk lazim, seseorang individu itu perlu menguasai pemahaman

120
Mohd Azwan Bin Kamis & Abu Bakar Bin Abdullah

tentang konsep nilai tempat. Murid masih lagi mempunyai masalah dengan
pemahaman nilai tempat nombor perpuluhan. Penggunaan warna dapat membantu
murid untuk lebih memahami konsep nombor perpuluhan. Ini disokong oleh Yusup
Hashim (1997) dimana beliau berpendapat warna memberi suatu dimensi untuk
pemahaman yang lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan
sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat.
Daripada hasil tinjauan literatur, dapat disimpulkan bahawa pelajar
mengalami masalah dengan nombor perpuluhan sama ada operasi penambahan dan
penolakan perpuluhan dan penggunaan kapur berwarna boleh membantu murid
dalam operasi penambahan dan penolakan nombor perpuluhan.

KUMPULAN SASARAN

Kajian melibatkan empat orang murid tahun 4. Dua orang murid adalah lelaki
dan dua orang murid adalah perempuan. Dari segi pencapaian akademik, prestasi
mereka adalah lemah bagi kelas ini dengan mendapat gred C dalam matapelajaran
Matematik.

PROSEDUR TINDAKAN

Prosedur pertama : Mereka soalan diagnostik.


Prosedur kedua : Ujian diagnostik.
Prosedur ketiga : Ujian pra
Prosedur keempat : Menggunakan kapur berwarna dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengkaji menggunakan kapur berwarna
untuk mengajar murid di dalam operasi penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan. Pengkaji mengunakan
warna putih sebagai nombor bulat. Bagi nilai tempat
persepuluh pula, pengkaji akan menggunakan warna biru
dan bagi nilai tempat perseratus pula ialah warna biru.
Setiap warna untuk setiap nombor hendaklah ditambah
ataupun ditolak dengan warna yang sama.

Gambar 1 : Contoh penggunaan kapur berwarna

Prosedur kelima : Ujian Pasca 1


Murid-murid diberi ujian pasca 1. Pengkaji merekodkan markah dan membuat
perbandingan dengan ujian pra.

121
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Prosedur keenam : Pengkaji melaksanakan kitaran kedua. Murid menggunakan


pensel warna untuk menyelesaikan operasi penambahan dan
penolakan nombor perpuluhan. Murid menggunakan tiga
warna iaitu hitam, biru dan merah. Murid menggantikan
warna putih dengan warna hitam kerana warna putih hanya
sesuai digunakan pada papan tulis dan tidak sesuai
digunakan dalam kertas. Cara penambahan dan penolakan
adalah sama seperti yang telah ditunjukkan oleh pengkaji.
Prosedur ketujuh : Ujian Pasca 2

Murid-murid melalui ujian pasca 2. Pengkaji merekodkan markah dan membuat


perbandingan dengan markah ujian pasca 1.

Prosedur kelapan : Temu bual


Temu bual dijalankan keatas murid dengan menggunakan temu bual separa
berstruktur. Ia adalah untuk mengenalpasti pemahaman murid.

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen iaitu:


a) Ujian diagnostik
b) Ujian pra dan pasca 1 & 2
c) Temu bual.

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik terdiri daripada 10 soalan subjektif operasi penambahan dan


penolakan nombor perpuluhan. Soalan hendaklah dijawab dalam bentuk lazim. Ia
adalah berdasarkan struktur dan format Sukatan Pelajaran Matematik KBSR Tahun 4
(PPK, 2006).

Ujian Pra dan Pasca

Ujian ini mengandungi 10 soalan. Murid-murid dikehendaki menjawabnya


dalam masa lima belas minit. Ujian pra dilaksanakan sebelum tindakan dilaksanakan.
Ujian Pasca 1 dan 2 masing-masing dilaksanakan selepas kitaran 1 dan 2
dilaksanakan. Ia juga adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat peningkatan
dalam pencapaian murid dan keberkesanan penggunaan kapur berwarna di dalam
operasi penambahan dan penolakan nombor perpuluhan.

Temu bual

Temu bual dijalankan selepas ujian diagnostik, pra dan pasca dijalankan.
Temu bual dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas bersemuka dengan lebih
tepat tentang pemahaman konseptual murid. Soalan dalam temu bual ialah separa
berstruktur. Respon temu bual yang menyokong tindakan kajian akan menunjukkan
keberkesanan kajian tindakan ini.

122
Mohd Azwan Bin Kamis & Abu Bakar Bin Abdullah

CARA MENGANALISIS DATA

Data kajian telah dianalisis seperti berikut:

Ujian Diagnostik

Data ujian diagnostik dianalisikan dalam bentuk peratus markah ujian dan
min. Markah ujian dikategorikan kepada empat tahap, iaitu cemerlang (80 -100) ,
baik (60-79) , memuaskan(40-59) dan lemah (0-39). Data pencapaian
dipersembahkan dalam bentuk carta bar.

Ujian Pra dan Pasca

Kemajuan dilihat melalui dua cara, iaitu secara individu dan secara keseluruhan.
Formula berikut digunakan untuk melihat kemajuan tersebut:

Kemajuan Individu : (ujian pasca 1 – ujian pra) +


(ujian pasca 2 – ujian pasca 1)
Kemajuan Kesuluruhan : hasil tambah semua kemajuan individu ÷ 4

Temu bual

Untuk mendapat kerjasama daripada murid, temu bual telah dibuat pada luar
waktu persekolahan. Temu bual ini adalah untuk menyokong kesahan dan
kebolehpercayaan data kajian terhadap fokus kajian. Temu bual dianalisis
berdasarkan respon yang diberikan.

DAPATAN KAJIAN

1. Ujian diagnostik

Markah Murid dalam Ujian Diagnostik


100
80
60
60 50
40 40
40
20
0
A B C D

Graf 1 : Markah Murid dalam Ujian diagnostik

123
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jadual 1: Markah Murid dalam Ujian Diagnostik

Murid Markah (%) Gred


A 40 Baik
B 60 Memuaskan
C 50 Baik
D 40 Memuaskan

Dalam ujian diagnostik, soalan yang diberikan melibatkan operasi


penambahan dan penolakan nombor perpuluhan. Soalan ujian ini juga melibatkan
penambahan dan penolakan dua nombor perpuluhan yang mempunyai bilangan
tempat perpuluhan yang berlainan. Didapati semua murid dapat menjawab soalan
operasi penambahan dan penolakan nombor perpuluhan yang mempunyai tempat
nilai perpuluhan yang sama. Seorang murid dapat menjawab dua soalan penambahan
perpuluhan yang melibatkan dua nombor perpuluhan yang berlaianan manakala
seorang lagi hanya menjawab satu soalan yang melibatkan penambahan dua nombor
perpuluhan yang berlaian tempat perpuluhan. Murid tidak mempunyai masalah
dengan operasi penambahan dan penolakan tetapi mempunyai masalah dengan
penambahan dan penolakan dua nombor perpuluhan yang berbeza bilangan tempat
perpuluhan.

2. Ujian pra dan pasca 1& 2

Ujian Pra, Pasca 1 dan 2 telah dijalankan untuk menilai prestasi murid dalam
kajian penyelidikan ini. Sekiranya terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca 1
dan 2 berbanding markah ujian pra, maka tindakan yang dijalankan dalam kajian ini
menunjukkan keberkesanannya. Jadual 2 telah menunjukkan peningkatan hasil tahap
pencapaian dari ujian pra sehingga ujian pasca 2. Dari ujian pra ke ujian pasca 1, min
telah meningkat sebanyak 22.5 markah. Dari ujan pasca 1 ke ujian pasca 2, min
pencapaian murid telah meningkat sebanyak 22.5 markah.

Jadual 2 : Perbandingan Markah Empat antara Orang Murid dari Ujian Pra ke Ujian
Pasca 2

Murid Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%)
A 30 50 70
B 40 60 90
C 30 60 80
D 40 60 80
Min 35 57.5 80

124
Mohd Azwan Bin Kamis & Abu Bakar Bin Abdullah

Jadual 3 : Peratusan Peningkatan Murid dalam Ujian pra, pasca 1 dan pasca 2

Perkembangan
Ujian
Ujian responden
Ujian Ujian pasca 2
Ujian pasca 1 dalam
Responden Pasca 1 Pasca 2 – ujian
pra (%) – Ujian menggunakan
(%) (%) pasca 1
pra (%) teknik kajian
(%)
(%)
A 30 50 70 20 20 40
B 40 60 90 20 30 50
C 30 60 80 30 20 50
D 40 60 80 20 20 40
Kemajuan Keseluruhan 45 %

3. Temu bual

Melalui analisis temu bual, pengkaji mendapati murid masih mempunyai


masalah apabila menjawab soalan nombor perpuluhan yang melibatkan lebih dari
dua nombor perpuluhan. Murid masih terkeliru dengan operasi yang melibatkan lebih
dari dua nombor perpuluhan apabila tidak menggunakan warna. Namun, semua
murid dapat menjawab soalan yang melibatkan dua nombor perpuluhan. Murid-
murid juga lebih menyukai pendekatan menggunakan kapur berwarna ini.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, kaedah yang diperkenalkan dapat membantu


murid dalam operasi penambahan dan penolakan nombor perpuluhan. Markah murid
meningkat daripada ujian pra hingga ke ujian pasca 2. Kesemua murid menunjukkan
peningkatan dan tiada seorang murid pun yang menunjukkan penurunan markah dari
ujian pra ke ujian pasca 2. Ini menunjukkan keberkesanan penggunaan kapur
berwarna dalam pengajaran. Murid biasanya lebih tertarik dengan sesuatu yang
berwarna jika dibandingkan dengan kapur putih yang selalu digunakan di dalam
kelas. Penggunaan kapur berwarna ini jelas membantu murid dalam operasi
penambahan dan penolakan nombor perpuluhan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki didalam kajian ini. Antaranya
ialah pengkaji boleh menambahkan bilangan respoden untuk kajian. Dengan
penambahan bilangan responden, banyak variasi markah yang diperolehi serta
keputusan yang akan diperolehi mungkin berada diluar jangkaan. Selain daripada itu,
pengkaji boleh menjalankan kajian di sekolah yang terletak di bandar. Persekitaran
yang berlainan mungkin boleh memberi variasi serta punca masalah yang berlainan.

125
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

RUMUSAN

Melalui kajian ini, terbukti penggunaan kapur berwarna dapat membantu


murid menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan nombor perpuluhan. Ia
dibuktikan melalui peningkatan markah daripada ujian pra hingga ke ujian pasca 2.
Jika teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, maka ia boleh
member impak yang besar didalam Matematik. Penggunaan kapur berwarna ini harus
diteruskan untuk membantu murid menyelesaikan operasi penambahan dan
penolakan.

RUJUKAN

Claire mooney, Lindsay Ferrie, Sue Fox, Alice Hansen, Reg Wrathmell (2003) Primary Mathematics
Knowledge and Understanding. Great Britain: Bell & Bain Ltd, Glasgow
Faridah Mohd Ibrahim. (1999). Kajian Penyelesaian Nombor Perpuluhan Oleh Pelajar Tingkatan 1,
Universiti Malaya.
Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala
Lumpur: DBP.
Omar Hamat. (1994). Gaya dan amalan pengajaran matematik peserta kursus KSPK di MPKB. Jurnal
Pendidikan Matematik & Sains. Jilid 1 : 51 - 56.
Skemp, R. (1997). Psychology Of Learning Mathematics. London L Lawrence Erlbaum Association.
Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Jabatan Matematik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1mohdazwankamis@gmail.com. 2 abubakarsp@yahoo.com

126
PENGGUNAAN TEKNIK PENAMBAHAN BERULANG DI DALAM
MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK YANG
MELIBATKAN OPERASI DARAB

MOHD FAZLIE BIN ASBI1


ABU BAKAR BIN ABDULLAH2

ABSTRAK

Tujuan utama tesis ini dijalankan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai teknik
penambahan berulang dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan
operasi darab. Hampir keseluruhan murid disekolah mengalami masalah dalam
menyelesaikan operasi darab akibat daripada kegagalan murid untuk menghafal sifir.
Penguasaan asas dalam teknik pendaraban amatlah penting dalam memastikan
kecemerlangan murid didalam menyelesaikan masalah operasi darab. Teknik yang
dikaji ini telah diaplikasikan kepada salah sebuah kelas tahun 4. Data telah diperoleh
melalui tiga cara iaitu melalui ujian pra, ujian pasca 1 dan pasca 1 dan juga ujian
progresif 1 dan ujian progresif 2. Daripada data yang diperolehi, analisis data secara
jadual telah dijalankan bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknik ini terhadap
pembelajaran murid. Data juga telah diperolehi melalui cara temu bual. Masalah
dalam penggunaan teknik ini juga dikenalpasti bagi memperbaiki kajian ini di masa
akan datang. Kajian literatur telah disediakan berdasarkan artikel yang relevan dalam
membentuk dan merancang tesis ini. Data dikumpul dan dianalisis selama lima
minggu untuk membantu dalam pencarian konklusi akhir. Cadangan bagi kajian
lanjutan juga disediakan bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dan
diteruskan pada masa akan datang.

ABSTRACT

The purpose of this paper is to share the results of teaching the technique of repeated
additon for solving mathematics problems which involvded multiplication problem.
Many teachers face a serious problem when their students lack basic mathematical
knowledge in solving the mathematic problems which involved multiplication
problem. A firm foundation of basic skills is the first step towards success in
mathematics. The technique was implemented into year four class and involving four
selected pupils. The instruments that had been used to collect data were pre-test, post-
test, progressive test, interview, survey and also documents. A literature review is
provided for all relevant articles used to create and plan this project. Five weeks data
is analyzed to provide helpful final conclusions.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran


yang amat penting di sekolah pada masa kini. Mata pelajaran ini amat di titik
beratkan sama ada pada peringkat sekolah menengah ataupun peringkat sekolah
rendah. Ini adalah kerana kegagalan dalam menguasai subjek ini semenjak di bangku
sekolah rendah lagi akan mendatangkan kesan yang negatif apabila melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang seterusnya mahu pun akan mendatangkan masalah di
dalam kehidupan seharian. Dalam proses mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020, pelbagai dasar telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
127
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

memperkasa sistem pendidikan di Malaysia. Dalam perubahan sistem pendidikan ini,


ia turut melibatkan subjek Matematik. Ini adalah kerana, penguasaan dalam subjek
ini dianggap sebagai satu keutamaan di dalam rangka melahirkan modal insan yang
berkualiti dan berguna untuk negara dan masyarakat.
Keputusan untuk melaksanakan kajian berkaitan menyelesaikan masalah
matematik yang melibatkan operasi darab telah dipilh oleh saya memandangkan
sepanjang saya menjalankan sesi praktikum di tiga bauh sekolah, masalah darab
merupakan satu masalah utama yang mengjadi penghalang kepada murid-murid
sekolah untuk mendapatkan markah yang baik semasa menjalani peperiksaan. Ini
juga kerana masalah menghafal sifir atau pun sikap malas pelajar untuk menghafal
sifir yang mendorong saya untuk melaksanakan kajian ini.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini ialah untuk mengaplikasi teknik penambahan berulang di


dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan masalah darab serta serta
menilai keberkesanan teknik tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran murid
tersebut di dalam kelas.
Berdasarkan pengalaman praktikum lepas yang pengkaji jalankan di tiga buah
sekolah, pengkaji merasakan perlu ada usaha untuk membantu murid yang
menghadapi masalah dalam pembeajaran ini. Murid yang terlibat dalam kajian ini
ialah murid-murid yang mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan masalah
matematik yang melibatkan masalah sifir yang mana murid-murid tersebut tidak
dapat menghafal sifir dua hingga sembilan atau pun mereka malas untuk menghafal
sifir. Keberkesanan teknik ini dalam membantu murid-murid tersebut dalam
menyelesaikan masalah mereka akan menjadi fokus utama.
Dengan memberikan teknik yang betul dalam dalam menyelesaikan masalah
sifir tersebut, pengkaji mengharapkan teknik ini dapat membantu mempermudahkan
murid-murid untuk menjawab soalan-soalan matematik yang melibatkan operasi
darab dengan betul dan tepat sekaligus membantu mereka dalam mendapat markah
yang baik untuk subjek matematik dalam peperiksaan yang akan datang.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Azmi (2009), hasil kajian daripada guru-guru matematik sekarang,


selalunya kelemahan murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik yang
melibatkan operasi darab sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh tidak dapat
menghafal sifir, tidak faham konsep darab dan salah dalam penyusunan nombor
mengikut “place value”. Pendapat ini disokong oleh beberapa orang iaitu Zainal
(2009) dan Khairi Abdullah (2009). Menurut Zainal, sebilangan besar murid-murid
tahan dua yang gagal dalam menyelesaiakan masalah yang melibatkan sifir adalah
berpunca daripada kelemahan mereka dalam menghafal sifir sejak di tahap satu lagi.
Khairi Abdullah (2009) pula menyatakan bahawa penghafalan sifir didalam
pembelajaran matematik merupakan tunjang utama dan asas yang penting bagi setiap
murid. Kedua-dua individu ini menyokong penuh pendapat yang disuarakan oleh
Azmi (2009).
Chee Yong Siew (2001) menyatakan bahawa didalam penyelesaian masalah
matematik, focus utama yang harus diutamakan adalah penghafalan sifir. Ini

128
Mohd Fazlie Bin Asbi & Abu Bakar Bin Abdullah

disebabkan, operasi asas lain seperti tambah, dan bahagi mempunyai hubung kait
yang sangat rapat dengan operasi darab iaitu penghafalan sifir. Oleh yang demikian,
bagi murid yang berjaya mengusai operasi darab ( sifir ), murid tersebut tidak akan
menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang
melibatkan operasi lain dengan baik.
Menurut Ibrahim Md. Noh, (1995).Matematik pada ketika itu dianggap
sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-
murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan,
menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan.
Daripada pernyataan berikut, dapat dilihat bahawa betapa pentingnya pengukuhan
asas bagi setiap topik didalam matematik. Bagi topik darab, penghafalan sifir
amatlah penting dan harus diambil berat oleh setiap murid.
Menurut Asiah Abu Samah, (1982). Berikutan dengan reformasi pendidikan
yang berlaku diseluruh dunia ‘matematik moden’ telah mula diperkenalkan di
sekolah -sekolah di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai dua objektif dan persoalan iaitu;


Objektif kajian ini ialah;
a. Murid dapat menggunakan teknik penambahan berulang untuk menjawab
soalan matematik yang melibatkan operasi darab setelah murid-murid
diperkenalkan dengan teknik tersebut.
b. Murid menguasai dan akan menggunakan teknik penambahan berulang setiap
kali menjawab soalan operasi darab.
Persoalanan kajian ini ialah;
a. Adakah murid akan dapat menggunakan teknik penambahan berulang bagi
menyelesaikan masalah operasi darab dengan jayanya setelah murid
diperkenalkan dengan teknik tersebut?
b. Adakah murid akan dapat menguasai dan akan menggunakan teknik
penambahan berulang ini apabila setiap kali menjawab soalan operasi darab?

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini adalah murid tahun 3. Murid-
muird ini adalah murid daripada salah sebuah sekolah dibahagian daerah Miri.
Murid-muird ini adalah terdiri daripada 4 orang iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang
perempuan. Kesemua murid ini berusia pada umur yang sama iaitu 9 tahun. Murid-
muird ini juga merupakan murid daripada kelas yang sama dan sekolah yang sama.

129
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin
sebagai panduan untuk melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima
langkah yang utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan,
melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi ke atas
segala tindakan.
Langkah pertama ialah mengenal pasti aspek amalan yang digunakan. Bagi
tujuan ini, tiga kaedah telah digunakan iaitu temu bual dengan guru subjek
Matematik Tahun 4 secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dan juga melalui analisis markah ujian dan latihan yang
telah diberikan kepada meraka. Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 dalam kemahiran
membahagi.
Langkah seterusnya ialah merancang dan memberikan rawatan menggunakan
strategi yang telah ditentukan oleh pengkaji. Dalam langkah ini, teknik penambahan
berulang dipilih oleh pengkaji bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti.
Rawatan bagi kitaran pertama melibatkan 4 sesi manakala rawatan bagi kitaran
kedua hanya melibatkan dua sesi.
Bagi sesi rawatan yang pertama, sebanyak lima sesi akan dijalankan. Semasa
sesi pertama, murid akan diberi latih tubi berkenaan cara untuk menyelesaikan
masalah matematik yang melibatkan darab menggunakan teknik penambahan
berulang. Latih tubi ini diberikan untuk memberikan pendedahan terhadap murid-
murid mengenai cara untuk menyelesaikan masalah darab menggunakan teknik
penambahan berulang..
Semasa sesi yang kedua, murid akan didedahkan dengan soalan-soalan yang
memerlukan para murid-murid untuk menyelesaiakn masalah tersebut menggunakan
teknik penambahan berulang yang telah diajarkan pada sesi yang pertama. Ini adalah
untuk melihat sejauh mana kefahaman para murid-murid dalam menggunakan
teknik yang telah diajarkan.
Semasa sesi yang ketiga, murid akan didedahkan soalan-soalan yang lebih
susah daripada soalan pada sesi yang kedua. Pada peringkat ketiga ini, kemahiran,
kecekapan dan aplikasi yang dilakukan oleh murid-murid dalam menyelesaikan
masalah matematik yang menggunakan teknik yang telah diajarkan akan diambil kira
serta pencapaian murid aka direkodkan.
Semasa sesi yang keempat iaitu sesi yang terakhir, murid akan didedahkan
denagn soalan yang memerlukan mereka untuk mengaplikasi secara terus teknik
yang telah diajarkan. Soalan pada peringkat ini adalah soalan yang paling susah
memandangkan sesi ini adalah sesi pengukuhan pada murid-murid sejauh mana
mereka memahami teknik yang telah diajarkan.
Langkah yang seterusnya adalah membuat penilaian terhadap strategi yang
telah dilaksanakan ke atas keemapt-empat orang peserta kajian. Tujuan penilaian ini
dilaksanakan adalah untuk menilai keberkesanan rawatan yang telah diberikan
kepada peserta-peserta kajian. Penilaian ini dibuat dengan membuat analisis data
mengikut instrumen kajian yang telah ditetapkan.
Langkah yang terakhir ialah membuat refleksi terhadap hasil analisis data
yang telah diperoleh. Setelah menilai dan mengambil kira data yang telah dikumpul
dan diperoleh, pengkaji meneruskan lagi satu kitaran bagi tujuan menambahbaik dan
mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam rawatan kitaran yang pertama.
Penggunaan strategi akan cuba diperbaiki dalam kitaran yang kedua.

130
Mohd Fazlie Bin Asbi & Abu Bakar Bin Abdullah

MENGENAL PASTI ASPEK MERANCANG


AMALAN  Menyelesaikan masalah
 Pernyataan masalah dengan menggunakan
a. Temu bual tidak rasmi kaedah pembentukan sifir.
b. Pemerhatian tidak  Penggumpulan data
berstruktur a. Ujian Pra
c. Analisis markah ujian dan b. Ujian Pasca
latihan c. Ujian Progresif
d. Temu bual
e. Pemerhatian
f. Dokumen

KITARAN SETERUSNYA TINDAKAN/IMPLEMENTASI


 Melaksanakan strategi yang
telah dipilih

MELIHAT KESAN TINDAKAN


 Menganalisis data
REFLEKSI menggunakan
 Menganalisis dan a. Ujian Pra
menilai b. Ujian Pasca
 Membuat refleksi c. Ujian Progresif
mengenai keberkesanan d. Temu bual
dan membuat tindakan e. Pemerhatian
penambahbaikan f. Dokumen

(Diadaptasi daripada Bahagian Pendidikan Guru, 2002)

Rajah 2 : Kerangka Konseptual Model Kurt Lewin

CARA PENGGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, enam instrumen telah digunakan pengkaji untuk membuat
pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, Temu bual,
Pemerhatian, dan dokumen.
Ujian Pra adalah bertujuan untuk memperkenalkan atau mengajar para
peserta mengenai teknik yang akan digunakan. Pada ujian ini juga, kebolehan asas
peserta dapat diuji untuk melihat sejauh mana kelemahan para peserta dalam
menghadapi masalah darab.
Ujian Pasca adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta
terhadap teknik yang telah diajarkan kepada mereka. Pada peringkat ini, penilain
berterusan akan di ambil dan direkodkan sebagai bukti kajian dan juga sebagai
pemantauan berterusan didalam kajian ini.

131
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Ujian Progresif bertujuan unutk melihat kemajaun yang telah dilakukan oleh
para peserta setelah teknik ini diajarkan. Pada peringkat ini juga, pengukuhan para
peserta terhadap teknik yang diajarkan akan dijalankan.
Sebagai instrumen kajian dari segi temu bual, pemerhatian dan dokumen,
instrumen ini dijalankan khusus untuk mendapatkan maklum balas daripada para
peserta untuk mengenal pasti kelemahan teknik yang diajarkan.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratusan
dan min. Setiap soalan membawa pemberat sebanyak 1%. Bagi menentukan markah
setiap peserta, kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan sama ada peserta
menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau salah. Setiap soalan yang
dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak 1%. Ujian Progresif dalam kajian
ini juga dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa
pemberat 20%. Markah yang diperolehi peserta adalah ditentukan melalui sama ada
jawapan yang diberikan adalah betul atau salah.
Data yang diperolehi melalui temu bual telah dianalisis berdasarkan respon
peserta-peserta kajian. Pengkaji akan menilai sama ada peserta memberikan maklum
balas yang positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan. Bagi
menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai sama
ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji juga menganalisis apakah kesilapan yang
dilakukan murid dalam menjawab soalan yang diberikan sama ada semasa menjawab
soalan dalam Ujian Pra mahupun soalan dalam Ujian Progresif.

DAPATAN KAJIAN

Kesan Pengaplikasian Teknik Penambahan Berulang Terhadap Pencapaian


Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
dalam kitaran pertama

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra Ujian Pasca 1 Perbezaan


(%) (%) Markah(%)

P1 61 94 33
P2 53 90 37
P3 80 100 20
P4 64 94 30

Jadual 2 menunjukkan markah bagi keempat-empat peserta yang telah


menjalani Ujian Pra dan Ujian Pasca. Peserta P1 telah mendapat 61% didalam Ujian
Pra dan telah mendapat 94% pada ujian Pasca 1. P2 pula telah memperolehi 53%
pada Ujian Pra dan 90% pada Ujian Pasca 1. Bagi P2 pula, peserta tersebut telah
132
Mohd Fazlie Bin Asbi & Abu Bakar Bin Abdullah

memperolehi 80% pada Ujian Pra dan juga menperolehi 100% pada Ujian Pasca 1.
Bagi P4 pula, peserta tersebut telah memperolehi 64% pada Ujian Pra dan 94% pada
Ujian Pasca 1.

Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%) Perbezaan Markah (%)

P1 64 70 6

P2 70 80 10

P3 84 90 6

P4 70 74 4

Jadual 2: Markah Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kitaran kedua.

Peserta Ujian Ujian Perbezaan


Progresif 1 Progresif 2 Markah(%)
(%) (%)
P1 70 80 10
P2 60 100 40
P3 80 100 20
P4 60 90 30

Berdasarkan analisis data bagi Ujian progresif seperti yang ditunjukkan


dalam Jadual 3, kesemua peserta tersebut menunjukkan peningkatan yang amat
positif dimana peserta-peserta tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara pada
Ujian Progresif 1 dan Ujian Progresif 2. Peserta P1 menunjukkan 10% peningkatan
pada perbezaan markah, peserta P2 pula menunjukkan 40% peningkatan pada
perbezaan markah, peserta P3 pula menunjukkan 20% peningkatan pada perbezaan
markah dan peserta P4 pula menunjukkan 30% peningkatan pada perbezaan markah.
Kesemua peserta tidak mengekalkan peratus markah mereka dimana mereka
menunjukkan peningkatan dari Ujian Progresif 1 kepada Ujian Progresif 2. Dua
peserta iaitu peserta P2 dan peserta P3 mendapat markah penuh iaitu 100% bagi
Ujian Progresif 2.

Masalah Pengaplikasian Teknik Penambahan Berulang

Di sepanjang pemerhatian kajian, pengkaji mendapati terdapat beberapa


masalah yang timbul disepanjang kajian ini dijalankan. Masalah yang timbul ini
adalah hasil daripada kelemahan teknik yang digunakan ini.
Masalah pertama yang timbul adalah, disepanjang kajian ini, para peserta
yang mendapt jawapan yang salah adalah hasil daripada kesilapan yang dilakukan
oleh para peserta itu sendiri. Masalah ini adalah hasil daripada kecuaian mereka
sendiri. Tumpuan yang penuh adalah perlu dalam mengaplikasikan teknik ini
didalam menyelesaikan masalah yang melibatkan masalah matematik. Keempat-
empat pelajar yang menjalani kajian ini kadang kala mengalami hilang tumpuan
akibat daripada menganggap soalan tersebut senang dan mudah untuk diselesaikan.
133
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Masalah kedua yang timbul dalam mengaplikasikan kajian ini adalah


disebabkan oleh penggunaan masa yang amat lama dalam menyelesaikan setiap
masalah. Jika dilihat, teknik ini mengambil masa yang agak lama dalam
menyelesaikan setiap masalah matematik yang diselesaikan. Akibat daripada itu,
para peserta terpaksa mengorbankan masa yang lama untuk menyelesaikan masalah
walaupun masalah tersebut mudah.
Masalah yang ketiga adalah, teknik ini mengambil jalan penyelesaian yang
panjang. Oleh sebab teknik ini melibatkan jalan penyelesaian yang panjang, terdapat
beberapa kemungkinan yang akan berlaku kepada peserta iaitu seperti peserta akan
hilang tumpuan dalam menyelesaiakan masalah yang dikemukana. Peserta juga akan
menghadapi masalah serabut dalam melihat jalan penyelesaian masalah yang amat
panjang. Ini akan menyebabkan para peserta boleh hilang keyakinan ataupun berasa
bosan untuk menyelesaiakn masalah tersebut.
Masalah keempat yang berlaku adalah, para peseta menghadapi masalah
semasa melakukan penambahan yang berulang-ulang kali. Akibat daripada proses
penambahan berulang yang berulang kali, ini memungkinkan para peserta bingung
dan kerap kali akan menghadapi masalah terlupa jawapan sebelum atau pun tersalah
jawapan sebelum.
Masalah yang kelima adalah, kesalahan berangkai. Sekiranya pengiraan pada
peringkat awal telah salah, maka para peserta tidak akan dapat memperolehi jawapan
yang betul akibat jawapan pada peringkat awal telah pun salah. Ini adalah risiko
besar yang perlu di hadapi dalam menggunakan teknik ini. Sekiranya para peserta
gagal dalam mendapatkan jawapan para peringkat jalan penyelesaian yang awal,
maka peserta akan gagal untuk mendapatkan jawapan sebenar soalan yang diberikan.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada dapatan kajian mendapati bahawa pengaplikasian teknik


penambahan berulang ini amat memberikan kesan yang amat positif kepada pelajar
dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan masalah darab. Ini dapat
dibuktikan dengan adanya hasil dapatan kajian yang menunjukkan hasil yang
meningkat pada peringkat ujian pusingan pertama juga pusingan yang kedua.
Dapatan kajian ini telah mendapat sokongan daripada beberapa pihak iaitu Azmi
(2009) dan Chee Yong Siew (2001) yang mana telah berlaku proses peningkatan
prestasi responden didalam Ujian Pasca dan juga Ujian Progresif bagi dua kitaran
yang dijalankan terhadap responden. Hasil analisis daripada instrumen temu bual dan
juga pemerhatian yang telah dijalankan terhadap responden, didapati para responden
yang tidak hafal sifir lebih bertambah minat mereka mempelajari subjek matematik
setelah diperkenalkan dengan teknik ini. Mereka juga didapati lebih yakin dalam
menjawab soalan yang diberikan kepada mereka. Selain dariapda itu, mereka juga
sependapat bahawa yang teknik yang tersebut dapat membantu mereka
menyelesaikan soalan yang matematik yang melibatkan operasi darab walaupun
mereka tidak hafal sifir. Dapatan ini telah disokong dalam salah satu dapatan Khairi
Abdullah (2009).

134
Mohd Fazlie Bin Asbi & Abu Bakar Bin Abdullah

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk tujuan kajian lanjutan, beberapa cadanagn telah difikirkan untuk


menambahbaik kajian ini pada masa hadapan sebagai kajain lanjutan.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah dengan mengintegrasikan
kajian ini dengan kajian tindakan lepas yang lain yang juga berkaitan dengan
penyelesaian masalah darab. Ini kerana sekiranya kajian tindakan yang lepas
digabungkan dengan yang ini, maka segala kelemahan dapat diatasi dan juga dapat
membentuk satu kajian tindakan yang sempurna.
Cadangan yang kedua ialah dengan meluaskan tahap umur peserta yang
terlibat dengan kajian ini agar tidak hanya tertakhluk kepada murid tahun empat
sahaja tetapi juga kepada murid-murid tahun lima dan juga murid-murid tahun enam.
Sepertimana yang kita maklum, bermula tahun empat hingga tahun enam,
penguasaan sifir yang melebihi sifir 12 adalah amat dititikberatkan.
Cadangan yang ketiga dan terakhir ialah dengan memperluaskan lagi kajian
literatur agar dapat mencari dan membentuk satu kajian yang baik yang bermutu
tinggi.

RUMUSAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan teknik penambahan berulang ini dalam membantu murid-murid dalam
mempelajari dan menyelesaikan masalah matematik sama ada pada sesi pengajaran
dan pembelajaran ataupun pada kehidupan seharian. Hasil analisis daripada kajaian
yang telah dijalankan, dapat dikatakan bahawa yang teknik penambahan berulang ini
meninggalakan kesan yang positif kepada para pelajar dimana terknik tersebut
sangat-sangat membantu dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan
masalah darab.

RUJUKAN

Azli Bin Abdul Kadir (2004), Kajian Tindakan ‘Mengatasi Kelemahan Murid Dalam Menguasai
Soalan Darab ; Teluk Intan : Sekolah Kebangsaan Sungai Durian.
Kamus Dewan. (2005) Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2002 ). Modul 1 Pendekatan Pelajaran Dan Pembelajaran
Matematik KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2002 ). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSR Tahun 2.
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lee Gik Lean, Rabiyah Binti Fakir Mohd and Wan Yusuf Bin Ngah (2005), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah – KBSR : Mathematics Teacher’s Exercise book Year 2, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzita Binti Puteh, Mohamad Khairuddin Bin Yahya dan Santi Periasamy (2006), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 3, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ministry Of Education Malaysia (2003). Integrated Curriculum For Primary Schools (Curriculum
Specifications : Mathematics Year 3). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mok, Soon Sang (1998).Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah,
Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Mok Soon Sang. (1989).Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan, Siri Pendidikan Perguruan:
Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998).Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian Sukatan
Pelajaran Matematik Tahun 3.
135
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000).Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR. Pulau
Pinang: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Poon, C. Y..(2005). Kurikulum yang dihasratkan dan Kurikulum yang Dilaksanakan Pengajaran
Penyelesaian Masalah KBSM dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS.
Sarawak. Maktab Perguruan Sarawak, 11-26.
Tan, Y. P., & Yeoh, M. H. (2002). Latihan Progresif Matematik, Petaling Jaya, Selangor: Pustaka
Zaman Sdn. Bhd.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1faz_alg@yahoo.com, 2abubakarsp@yahoo.com

136
KAEDAH LATTICE: MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 3
MENYELESAIKAN MASALAH PENDARABAN

MASTURA BINTI HERMAN 1


JONG CHEE FOOK 2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah Lattice


terhadap murid-murid tahun 3 dalam menyelesaikan masalah pendaraban. Kajian
ini melibatkan empat orang peserta yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan
seorang peserta perempuan. Kesemua peserta merupakan murid-murid tahun 3 dan
berumur 9 tahun. Pemilihan peserta ini dibuat berdasarkan pencapaian mereka
(sederhana dan lemah) semasa menyelesaikan masalah pendaraban dalam ujian
diagnostik. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca 1
dan 2, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua
masalah yang wujud semasa mengaplikasikan kaedah ini iaitu (1) kesilapan semasa
menambah dan tidak meletakkan nombor di rumah puluh ke kotak sebelah kiri
apabila hasil tambah melebihi 9 (2) kesilapan menulis hasil darab dua nombor.
Namun, hasil dapatan kajian juga menunjukkan kaedah Lattice ini berkesan dan
peserta-peserta kajian lebih mudah menyelesaikan soalan pendaraban menggunakan
kaedah Lattice berbanding kaedah tradisi.

ABSTRACT

This research is carried out to test the effectiveness of Lattice method among year 3
pupils to answer questions involving multiplication. This research involved four
participants, three boys and a girl. All participants selected are year 3 pupils from
the age of nine. The selections of the participants are based on their achievement
(moderate and weak) in a diagnostic test. The instruments used are the pre test, post
test 1 and 2, interview and observation. From the research findings, two problems
occurred when applying this method. The problems are (1) errors when adding the
numbers and when the sum of the number is more than 9, the number were not put
in tens home to the left (2) wrong product of multiplication. The research findings
also found that it is easier to solve multiplication questions using Lattice method
compared to the traditional method.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang amat penting dan
perlu dikuasai oleh setiap murid di sekolah. Kegagalan murid-murid dalam
menguasai Matematik semasa berada di sekolah rendah akan mendatangkan
kesukaran mereka apabila melangkah ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Dalam
mata pelajaran Matematik, terdapat empat operasi asas yang perlu dikuasai oleh
setiap murid samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Operasi-operasi
tersebut adalah operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), salah satu perkara yang
difokuskan ialah membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran
asas tersebut. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai keempat-empat
kemahiran asas tersebut, mereka akan mengalami kesukaran untuk menguasai tajuk-
137
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

tajuk lain yang lebih sukar apabila mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
Kemahiran Matematik juga bukan hanya terhad dalam bidang Matematik. Ianya juga
boleh digunakan dalam bidang lain dan dalam kehidupan seharian kita.

FOKUS KAJIAN

Operasi darab merupakan salah satu operasi yang sukar untuk dikuasai lebih-
lebih lagi untuk murid-murid yang tidak menghafal sifir dengan sepenuhnya.
Daripada pemerhatian dan pengalaman pengkaji semasa menjalani praktikum, murid-
murid seringkali melakukan kesilapan semasa menjawab soalan yang melibatkan
operasi darab lebih-lebih lagi apabila soalan tersebut melibatkan nombor yang besar.
Salah satu faktor berlakunya masalah ini ialah ketidakfahaman murid-murid
menyelesaikan masalah pendaraban menggunakan kaedah tradisi iaitu kaedah bentuk
lazim atau juga disebut sebagai Standard Written Method. Oleh yang demikian,
kajian ini dijalankan untuk membantu peserta-peserta menjawab soalan yang
melibatkan operasi darab menggunakan kaedah lain iaitu kaedah Lattice selain
daripada kaedah bentuk lazim.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian:

a) Mengenalpasti masalah yang wujud semasa menyelesaikan soalan yang


melibatkan operasi darab menggunakan kaedah Lattice.
b) Menilai keberkesanan kaedah kaedah Lattice dalam menyelesaikan soalan
yang melibatkan operasi darab.

Soalan Kajian:

a) Apakah masalah yang wujud semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan


operasi darab menggunakan kaedah Lattice?
b) Adakah kaedah Lattice berkesan dalam membantu peserta kajian
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab?

TINJAUAN LITERATUR

Matematik dapat didefinisikan daripada pelbagai sudut. Menurut Khoo


(1988) daripada kajian Gan et al. (2005), Mathematics is a kind of special language
which is useful to solve particular problem. Reys et al. (2007), matematik
didefinisikan sebagai pembelajaran corak dan perkaitannya, salah satu cara
pemikiran, seni, bahasa dan alat penting dalam kehidupan. Bagaimana pula dengan
pendaraban? Pendaraban merupakan satu proses penambahan berulang. Kemahiran
mendarab pula adalah kecekapan atau kepandaian dalam memperkalikan sesuatu
nombor (Kamus Dewan, 2005).
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji, murid-murid
menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan yang melibatkan operasi darab.

138
Mastura Binti Herman & Jong Chee Fook

Antara sebabnya ialah tidak memahami konsep penyelesaian darab menggunakan


kaedah tradisi iaitu kaedah bentuk lazim.
Terdapat sembilan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan soalan
yang melibatkan operasi darab. Kaedah-kaedah tersebut ialah mental method,
traditional algorithm, ten first method, ‘building up’, splitting multiplier and using
distributive law, ‘cabbage patch’s law, traditional algorithm, Egyptian
multiplication dan lattice multiplication (Suggate et al., 1998). Peterson (1999)
menyatakan The Lattice Form of Multiplication dates back to the 1200s or before in
Europe. Kaedah Lattice merupakan kaedah pendaraban yang mudah kerana
pengiraannya adalah tersusun dan teratur.

“Multiplication really takes three steps: multiply, carry, add. The


method we typically use does the multiply and carry steps together.
The lattice method does all three steps separately, so it’s really
easier! Centuries ago, the Germans had a method for doing all
three steps at once. That method takes a lot of concentration! It
gets its name from the fact that to do the multiplication you fill in a
grid which resembles a lattice one might find ivy growing on.”
(Manson, 1996)

Kaedah Lattice juga merupakan satu kaedah yang terkandung dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah. Kaedah ini dicadangkan untuk
diperkenalkan kepada murid-murid sebagai salah satu kaedah pendaraban selain
daripada kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah bentuk lazim (Curriculum
Development Centre, 2006).
Daripada kajian Abdul Jamil Othman (1999), majoriti pelajar yang
diperkenalkan dengan kaedah Lattice menyatakan kaedah ini senang dan selesa
digunakan untuk menjawab soalan pendaraban berbanding kaedah tradisi.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun 3 di sebuah sekolah di


bandaraya Miri. Mereka terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan.
Kesemua peserta berumur 9 tahun dan dipilih selepas mereka menduduki ujian
diagnostik. Keempat-empat peserta kajian ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka
yang sederhana dan lemah dalam menguasai kemahiran mendarab menggunakan
kaedah bentuk lazim.

PROSEDUR TIDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan 2 kitaran. Pengkaji menggunakan


Model Kurt Lewin sebagai panduan untuk menjalankan kajian ini. Dalam Model
Kurt Lewin, terdapat 4 langkah penting iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek. Rajah 1 menunjukkan prosedur tindakan yang diadaptasi daripada Model
Kurt Lewin.

139
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

2. Perancangan 3. Pelaksanaan
 Ujian Pra  Memperkenalkan kaedah
 Temu bual Lattice
 Ujian pasca
 Pemerhatian

1. Isu Kajian 4. Rekleksi


 Terdapat sebilangan  Menganalisis dan
murid yang mengalami menilai data yang
kesukaran untuk kaedah diperoleh.
bentuk lazim.

Kitaran 2

Rajah 1: Prosedur Tindakan yang diadaptasi daripada Model Kurt Lewin

CARA PENGUMPULAN DATA

Ujian Pra

Ujian pra mengandungi 10 soalan subjektif. Peserta-peserta kajian


dikehendaki menjawab kesemua soalan yang diberikan dalam bentuk lazim. Ujian
pra dijalankan sebelum pengkaji memperkenalkan kaedah Lattice. Ujian pra
bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh ketiga-
tiga peserta apabila menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dalam bentuk
lazim.

Ujian Pasca 1 dan 2

Dalam ujian pasca 1 dan 2, 10 soalan yang juga berbentuk subjektif diberikan
kepada peserta kajian. Soalan-soalan dalam ujian pasca 1 ini adalah sama dengan
soalan-soalan yang telah diberikan dalam ujian pra dan yang berbeza hanyalah cara
peserta-peserta mendapatkan jawapan. Ujian pasca 1 yang diberikan bertujuan untuk
mengenalpasti masalah-masalah yang wujud semasa para peserta menjawab soalan
menggunakan kaedah Lattice. Selain itu, ujian pasca 1 juga dijalankan untuk
mengenalpasti sejauhmana keberkesanan kaedah Lattice dalam menjawab soalan-
soalan yang diberikan. Selepas ujian pasca 1 diberikan, keempat-empat peserta ini
sekali lagi diberikan ujian pasca yang kedua. Ujian pasca 2 ini bertujuan untuk
mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan jitu.

140
Mastura Binti Herman & Jong Chee Fook

Temu bual

Pengkaji menjalankan temu bual ke atas keempat-empat peserta sebelum dan


selepas mereka diperkenalkan dengan kaedah Lattice. Dalam setiap temu bual,
sebanyak 3 soalan yang telah diberikan kepada setiap peserta. Soalan-soalan yang
diberikan bertujuan untuk mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada
peserta-peserta kajian tentang kaedah bentuk lazim dan kaedah Lattice.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan instrumen pengumpulan data yang digunakan


sepanjang kajian tindakan ini dijalankan. Pemerhatian bertujuan untuk mengikuti
perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. Melalui
pemerhatian juga, pengkaji dapat merancang tindak susul yang sesuai dengan proses
pembelajaran seterusnya. Pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian tidak
berstruktur. Pengkaji menggunakan senarai rekod anekdot untuk merekod
pemerhatian yang dibuat.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Keputusan ujian pra dan ujian pasca direkod dalam bentuk pemarkahan.
Markah-markah dikategorikan kepada 4 gred iaitu gred A, B, C dan D. Setiap soalan
yang dijawab dengan betul membawa pemberat sebanyak 10%. Pengredan markah-
markah tersebut ditunjukkan pada jadual 1.

Jadual 1: Gred Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Diubah suai daripada Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS)

Gred Markah
A 80 – 100
B 60 – 79
C 40 – 59
D 0 – 39

Temu bual

Untuk instrumen temu bual, 3 soalan telah diajukan kepada setiap peserta
selepas ujian pra dan selepas kaedah peserta kajian diperkenalkan dengan kaedah
Lattice. Respon atau jawapan yang diberikan oleh peserta akan untuk setiap soalan
yang diberikan akan direkodkan dalam jadual. Respon setiap peserta dapat memberi
petunjuk kepada pengkaji samada peserta-peserta menyenangi dan memahami
kaedah Lattice ataupun tidak.

141
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan instrumen pengumpulan data yang digunakan


sepanjang kajian tindakan ini dijalankan. Pemerhatian yang dibuat direkod dalam
rekod anekdot.

DAPATAN KAJIAN

a. Masalah yang wujud apabila menggunakan kaedah Lattice

Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji telah mengenalpasti 2 masalah yang


wujud semasa menggunakan kaedah Lattice untuk menyelesaikan operasi darab.
Masalah-masalah tersebut adalah:

i. Kesilapan semasa menambah dan tidak meletakkan nombor di rumah puluh


ke kotak sebelah kiri apabila hasil tambah melebihi 9
ii. Kesilapan dalam mendapatkan hasil darab dua nombor

b. Keberkesanan kaedah Lattice dalam menyelesaikan soalan yang


melibatkan operasi darab

Pencapaian peserta dalam ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2.

Jadual 2: Markah Peserta dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Markah Ujian Markah Ujian Pasca Markah Ujian


Pra (%) & Gred 1 (%) & Gred Pasca 2 (%) & Gred
1 30 (D) 80 (A) 90 (A)
2 30 (D) 100 (A) 100 (A)
3 40 (C) 80 (A) 90 (A)
4 40 (C) 70 (B) 100 (A)

Perbandingan markah setiap peserta dalam ketiga-tiga ujian iaitu ujian pra,
ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 ditunjukkan dalam graf 1.

142
Mastura Binti Herman & Jong Chee Fook

Perbandingan Markah Peserta dalam Ketiga-tiga


Ujian
120
100

Markah (%)
80
60 Ujian Pra
40 Ujian Pasca 1
20 Ujian Pasca 2
0
Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4
Peserta Kajian

Graf 1: Perbandingan Markah Setiap Peserta dalam Ketiga-tiga Ujian

Temu bual

Jadual 3: Rekod Temu bual Pertama

Soalan
Peserta Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3
Peserta 1 “..tak faham..” “..tak tahu..” “..tak tahu mana
yang nak didarab
dulu..”
Peserta 2 “..faham sikit- “..mesti tahu sifir, “..susah nak kira
sikit..” letak simbol darab sebab tak ada
dan susunan kotak macam
nombor..” Lattice..”
Peserta 3 “..faham..” “..mesti tahu sifir..” “..susah nak kira
sebab tak ada
kotak..”
Peserta 4 “..faham..” “..mesti darab ikut “..tak tahu..”
susun..”

Jadual 4: Rekod Temu bual kedua

Soalan
Peserta Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3
Peserta 1 “..faham..” “..kotak mesti macam “..ya, sebab ada kotak-
ni..” (garisan serong) kotak. Senang nak
tambah..”
Peserta 2 “..faham..” “..kotak dengan Mengangguk. “..tak
garisan serong..” keliru sebab ada kotak.
Jadi cepat untuk kira..”
Peserta 3 “..faham..” “..sifir, kotak..” “..mudah. kalau ada
143
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

kotak senang nak kira.


Kat rumah saya belajar
pakai cara macam ni..”
Peserta 4 “..faham..” “..nombor mesti ikut “..ya.. (Peserta hanya
kotak. Garisan ni mendiamkan diri apabila
(serong) mesti ditanya sebab untuk
panjang supaya jawapan yang diberi).
senang kira..”

Pemerhatian

Jadual 5: Rekod Anekdot Pemerhatian 1

(Pengenalan Kaedah Lattice & Latih Tubi)

Tarikh : 28 March 2011 – 06 April 2011


Masa : Sepanjang Kelas Matematik
Tempat : Kelas (Masa Matematik)
Peserta 1 (P1) :
P1 bersikap agak pasif di dalam kelas namun memberikan perhatian ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. P1 juga tidak yakin untuk
menyelesaikan soalan dihadapan. Dalam proses P&P menggunakan kaedah Lattice,
P1 nampak menyukai kaedah ini berbanding kaedah bentuk lazim. Daripada hasil
kerja P1 menunjukkan kesilapan yang sama sering terjadi iaitu apabila mencari hasil
darab dua nombor dan mencari hasil tambah.
Peserta 2 (P2) :
P2 merupakan peserta yang aktif di dalam kelas. P2 sentiasa memberikan perhatian
semasa guru mengajar dan suka apabila dipanggil kehadapan. Riak wajah yang
bersahaja ditunjukkan setiap kali latihan diberikan. P2 juga dapat menyiapkan latihan
yang diberikan dalam masa yang singkat. P2 kurang membuat kesilapan kerana P2
sentiasa menyemak semula latihan sebelum menghantar latihan tersebut untuk
disemak.
Peserta 3 (P3) :
Sikap P3 sama dengan P1. Sentiasa diam semasa P&P dan penyertaan semasa P&P
juga agak kurang kecuali diarahkan oleh pengkaji. P3 tidak menunjukkan sebarang
reaksi samada suka atau tidak suka apabila menggunakan kaedah Lattice. Hasil kerja
P3 menunjukkan bahawa P3 selalu melakukan kesilapan semasa mencari hasil
tambah.
Peserta 4 (P4) :
Semasa P&P, P4 sering berkhayal dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.
Penyertaan P4 juga kurang memuaskan. P4 tidak akan datang kehadapan untuk
menyelesaikan soalan secara sukarela. Hasil kerja P4 adalah baik namun seringkali
juga melakukan kesilapan yang sama seperti rakan-rakannya yang lain.

144
Mastura Binti Herman & Jong Chee Fook

Jadual 6: Rekod Anekdot Pemerhatian 2

(Ujian Pasca 1)

Tarikh : 04 April 2011


Masa : 0830 – 0930
Tempat : Kelas (Masa Matematik)
Peserta 1 (P1) :
P1 kelihatan fokus dan menyanyi dengan suara yang kecil semasa menyiapkan
soalan-soalan yang diberikan dalam ujian pasca. P1 juga menunjukkan ekspresi
wajah yang bersahaja hasil ujian pasca 1 P1 menunjukkan peningkatan berbanding
ujian pra. Namun, kesilapan yang sama masih lagi diulangi iaitu kesilapan semasa
menambah dan kesilapan mencari hasil darab dua nombor.
Peserta 2 (P2) :
P2 juga kelihatan fokus dan bersungguh-sungguh semasa menjawab soalan-soalan
dalam ujian pasca ini. Pada awalnya P2 ada melakukan kesilapan tetapi disedari
selepas menyemak semula jawapan yang diberi.
Peserta 3 (P3):
P3 sentiasa memandang rakan-rakannya semasa menjawab soalan. P3 mengambil
masa yang paling lama untuk menyiapkan semua soalan yang diberikan kerana
sentiasa melengah-lengahkan masa. Kesilapan yang sama masih diulangi.
Peserta 4 (P4):
P4 sentiasa memandang rakan disebelahnya semasa menjawab soalan yang
diberikan. Peserta ini seakan-akan ingin bertanyakan sesuatu tetapi tidak berani
hendak bersuara. Daripada pemerhatian pengkaji, P4 banyak membuat kesilapan
semasa menambah hasil nombor yang telah didarab.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

a. Masalah yang Wujud Apabila Menggunakan Kaedah Lattice

Walaupun keempat-empat peserta menyenangi kaedah Lattice sebagai cara


untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab, pengkaji mendapati
terdapat beberapa kesilapan yang wujud dalam kaedah ini. Kesilapan pertama yang
dapat dikenalpasti ialah semasa peserta mendapatkan jawapan dengan menambahkan
nombor secara pepenjuru. Ada peserta yang tidak menambah dengan berhati-hati
seterusnya memberikan hasil tambah yang salah. Terdapat juga peserta yang terlupa
untuk meletakkan nombor di rumah puluh ke kotak sebelah kiri apabila hasil tambah
melebihi 9. Kesilapan seperti ini menjadikan jawapan yang diberikan kurang tepat.
Walaupun sudah diingatkan untuk meletakkan nombor di rumah puluh ke kotak
sebelah kiri apabila hasil tambah melebihi 9, masih terdapat peserta yang mengulangi
kesilapan yang sama.
Kesilapan kedua yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji ialah kesilapan
mendapatkan hasil darab dua nombor. Kesilapan seperti ini bukan hanya terjadi
ketika menggunakan kaedah Lattice, tetapi juga dalam kaedah bentuk lazim.
Kesilapan seperti ini sepatutnya dapat dikenalpasti sekiranya peserta-peserta
menyemak semula jawapan dan hasil kerja mereka selepas mereka selesai menjawab

145
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

semua soalan yang diberikan. Contoh kesilapan menulis hasil darab yang dikesan
daripada peserta kajian adalah seperti 3 6 = 24, 9 9 = 54, 9 9 = 72 dan 8 2 = 18.

b. Keberkesanan Kaedah Lattice Dalam Menyelesaikan Masalah


Pendaraban

Penggunaan kaedah Lattice dapat dilihat keberkesanannya dalam keputusan


ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 yang diperoleh keempat-empat peserta. Di dalam
ujian diagnostik, markah yang diperoleh oleh murid-murid di dalam kelas tersebut
dan peserta-peserta yang dipilih dalam ujian diagnostik dan ujian pra jelas sekali
menunjukkan bahawa mereka mempunyai penguasaan yang lemah dalam operasi
darab menggunakan kaedah bentuk lazim.
Namun, selepas mereka diajar cara menjawab soalan yang melibatkan operasi
darab menggunakan kaedah Lattice, pencapaian mereka meningkat naik. Hasil
daripada temu bual juga menunjukkan mereka menyukai kaedah ini kerana ianya
lebih mudah, senang untuk difahami, senang untuk dikira dan tidak mengelirukan.
Daripada graf 1 dalam bahagian dapatan kajian, kesemua peserta
menunjukkan menunjukkan peningkatan markah yang memberangsangkan dalam
ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Ianya membuktikan pelaksanaan kaedah Lattice ini
memberi kesan yang positif terhadap pencapaian para peserta. Keputusan ini
dikukuhkan lagi dengan temu bual yang dijalankan terhadap keempat-empat peserta.
Mereka memberikan respon yang positif terhadap kaedah Lattice.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Beberapa cadangan kajian lanjutan dikemukakan untuk memperbaiki lagi


kajian yang sedia ada ini. Kajian ini terbatas untuk empat orang peserta sahaja.
Untuk kajian masa hadapan, adalah lebih baik sekiranya bilangan peserta
diperbanyakkan. Sekiranya bilangan peserta lebih ramai, dapatan kajian akan lebih
sempurna dalam menentukan keberkesanan kaedah yang diperkenalkan.
Selain daripada bilangan peserta yang sedikit. Kajian ini juga agak terbatas
dari aspek umur peserta. Kajian ini hanya memfokuskan kepada murid-murid yang
berada pada tahun 3. Dalam kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan agar memilih
peserta yang berada pada tahun 4 dan 5. Ini kerana silibus matapelajaran Matematik
pada tahun 4 dan 5 adalah lebih tinggi berbanding silibus pada tahun 3. Ianya akan
lebih mencabar sekiranya lingkungan nombor yang digunakan lebih besar.
Kajian ini juga agak terbatas dari aspek pencapain peserta. Dalam kajian ini,
peserta yang dipilih merupakan murid-murid yang mempunyai pencapain yang
sederhana dan lemah dalam operasi darab. Dalam kajian lanjutan, pengkaji
mencadangkan agar pemilihan peserta dibuat berdasarkan tiga tahap pencapaian iaitu
pencapaian yang baik, pencapaian yang sederhana dan pencapaian yang lemah.
Sekiranya pemilihan peserta dibuat berdasarkan tiga tahap pencapaian ini, data yang
dikumpul akan lebih pelbagai dan lebih mudah untuk pengkaji membuat
perbandingan terhadapt pencapaian peserta-peserta kajian.
Disamping itu juga, pengkaji mencadangkan agar instrumen pengumpulan
data pada kajian lanjutan dipelbagaikan dan diperbanyakkan untuk mendapat
maklumat yantg banyak, tepat dan pelbagai. Kitaran kajian juga boleh ditambah agar
peningkatan terhadap pencapaian peserta dapat dilihat dengan lebih terperinci.

146
Mastura Binti Herman & Jong Chee Fook

Cadangan yang terakhir ialah dengan menjalankan kajian lanjutan dengan


tempoh masa yang lebih panjang. Sekiranya tempoh masa lebih panjang, dapatan
kajian akan lebih teratur. Tempoh masa yang lebih lama juga tidak akan member
tekanan kepada pengkaji, kepada peserta dan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
dalam sesuatu kajian.

RUMUSAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kaedah


mendarab Lattice kepada murid-murid yang terlibat. Kaedah Lattice ini
diperkenalkan untuk membantu murid-murid menjawab soalan pendaraban selain
daripada menggunakan kaedah tradisi iaitu kaedah bentuk lazim. Hasil dapatan
kajian, kaedah ini dapat membantu murid yang sukar untuk memahami kaedah
bentuk lazim untuk menjawab soalan.

RUJUKAN

Abdul Jamil Othman. (1999). Keberkesanan Kaedah Lattice Untuk Mencari Hasil Darab Dengan
Menyumpul Semula Dalam Matematik Tahun Lima: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan
Toh Sajak Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan. Fakulti Pendidikan, UTM: UTM.
Curriculum Development Centre. (2006). Curriculum Specifications Mathematics Year 4. Kuala
Lumpur: Ministry of Education Malaysia.
Gan T.H, Wong W.C, Mohd Nordin, Lau T.K & Haslan Manja (2005). Getting Ready to Teach
Primary Mathematics: A Preparatory Text for KPLI Mathematics Studies. Diterbirkan oleh
Maktab Perguruan Sarawak: Maktab Perguruan Sarawak.
Kamus Dewan. (2005). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manson. (1996). The Math Forum. Ask Dr. Math: Questions & Answers from our Archieve. [Online].
Available: http://mathforum.org/library/drmath/view/52468.html. [2011, June 10].
Peterson. (1999). The Math Forum. Ask Dr. Math: Questions & Answers from our Archieve. [Online].
Available: http://www.oerrecommender.org/visits/86279. [2011, June 10]
Reys, R. E., Lindquist M. M., Lambdin D. V. & Smith N. L. (2007). Helping Children Learn
Mathematics. United State of America: John Wiley & Sons, Inc.
Suggate, J., Davis, A. & Goulding, M. (1998). Mathematical Knowledge for Primary Teacher.
London: David Fulton Publisher.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak
Email: 1masturaherman@gmail.com,2 jongcf@yahoo.com

147
PENGGUNAAN KAEDAH “TIC-TAC-TOE” DALAM MEMBANTU MURID
MENGUASAI SIFIR ENAM

SITI SAFINAH BINTI ULIS1


JONG CHEE FOOK2

ABSTRAK

Ramai murid menghadapi masalah untuk menghafal dan menguasai sifir. Oleh itu,
kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Tahun 3 di salah sebuah sekolah di Miri untuk menguasai sifir enam dengan
menggunakan kaedah tic-tac-toe.Penyelidikan tindakan ini berasaskan model Kurt
Lewin dilaksanakan sebanyak dua kitaran dalam masa empat minggu. Seramai 3
orang murid Tahun 3 yang lemah dalam topik pendaraban telah dipilih sebagai
responden kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian
Pra sebagai indikator. Satu temu bual telah dijalankan sebelum melaksanakan kaedah
tic-tac-toe untuk mengenal pasti sejauh mana minat murid-murid dalam
matapelajaran Matematik dan dalam penguasaan asas pendaraban. Sikap responden
terhadap tic-tac-toe dikaji melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik. Faktor-
faktor utama responden gagal menghafal sifir diselidik melalui temu bual dan soal
selidik. Pencapaian responden dalam ujian sifir dinilai melalui ujian pra dan ujian
pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki sikap pembelajaran
yang positif semasa pembelajaran tic-tac-toe. Faktor-faktor utama responden gagal
menghafal sifir ialah sikap responden, pengurusan masa dan faktor peribadi. Hasil
kajian menunjukkan tic-tac-toe dapat membantu responden menguasai sifir enam.

ABSTRACT

Many students have difficulty in memorizing and mastering multiplication tables.


Therefore, this action research was implemented to overcome the problems faced by
Year 3 students in a primary school in Miri to master the six times-table by using the
tic-tac-toe method. This action research was implemented for two cycles within four
weeks based on Kurt Lewin model. Three participants from Year 3 were chosen. An
initial survey was carried out using the Pre-Test as an indicator. An interview was
conducted prior to implementing the “Tic-Tac-Toe to identify the pupil`s interest in
mathematics and multiplication. The participant`s attitude towards “ Tic-Tac-Toe”
was investigated through interview, observation and questionnaire. The main
factor(s) of participants failing to memorize multiplication table was identified via
interview and questionnaire. The achievement of the participants in the
multiplication table test are evaluated through a pretest and a post-test. The
research findings showed that the respondents have positive attitudes during the
implementation of tic-tac-toe. The main factors of participants failing to memorize
the multiplication tables were respondents’ attitudes, time management and personal
factors. The research findings illustrated that tic-tac-toe was effective in helping
pupils to master the multiplication six.

148
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

PENDAHULUAN

Matlamat pendidikan Matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan


mengembangkan pelajar dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Namun,
untuk memastikan penguasaan ilmu Matematik dikuasai sepenuhnya oleh pelajar, ia
perlu bermula dari asas Matematik iaitu jadual sifir. Seawal bermulanya
persekolahan, pelajar telah didedahkan dengan aturan sifir. Sekiranya kemahiran ini
tidak dikuasai, seseorang pelajar akan mengalami masalah untuk memahami konsep
Matematik yang seterusnya kerana hampir keseluruhan ilmu Matematik adalah
berpaksikan sifir. Munurut Jerama (2008), yang dipetik daripada kajian Sharon
(2010), beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa panduan untuk
mengingat dan menghafal sifir. Cara pertama yang digunakan untuk
menghafal dan mengingati sifir adalah dengan cara mengajar murid-murid
cara mengingat yang cepat dan pantas.

FOKUS KAJIAN

Pendaraban adalah satu ilmu yang penting yang mesti dipraktikkan dalam
kehidupan seharian. Berdasarkan pengalaman praktikum yang telah dilalui oleh
pengkaji, masalah utama yang dihadapi oleh murid adalah untuk menguasai dan
menghafal sifir. Fokus kajian ini adalah untuk mengaplikasikan kaedah tic-tac-toe
bagi membantu murid-murid menghafal dan menguasai sifir sifir 6. Banyak cara
yang boleh digunakan untuk mengajar murid dalam menguasai sifir supaya lebih
seronok dan dapat menarik minat pelajar. Salah satu kaedah tersebut adalah dengan
menggunakan tic-tac-toe. Kaedah yang diajar ini bukan sahaja untuk membantu
peserta menguasai sifir enam, namun dapat mengubah sikap negatif mereka terhadap
Matematik sekaligus dalam topik pendaraban.
Pengkaji berharap dengan menggunakan keadah ini, murid-murid akan dapat
menguasai sifir asas 6 dan seterusnya menghafal sifir ini sebaiknya. Hal ini amat
penting untuk memastikan mereka bersedia untuk menyelesaikan masalah lain yang
melibatkan operasi darab dan sifir. Jika mereka dapat menghafal sifir sebaiknya,
mereka dapat menjimat masa mereka untuk menyelesaikan soalan-soalan yang lain.
Pengkaji berharap agar murid-murid ini akan mencapai kecemerlangan selepas ini.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kebolehan murid-murid
dalam penguasaan sifir 6 dan membantu mereka menyelesaikan masalah Matematik
lain. Kaedah tic-tac-toe ini diajar di kalangan murid-murid tahun 3 untuk
memastikan mereka benar-benar menguasai sifir pada tahap 1 iaitu pada tahap
pembangunan semua konsep asas Matematik.

Kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu;


a. Mengenal pasti kebolehan murid dalam penguasaan sifir 6.
b. Mengenal pasti reaksi murid-murid terhadap kaedah “tic-tac-toe”.

149
Siti Safinah Bt Ulis & Jong Chee Fook

c. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah “tic-tac-toe” terhadap


pencapaian murid dalam menguasai sifir 6.
Berdasarkan isu dan objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, persoalanan
berikut akan cuba untuk diselesaikan;
a. Apakah kebolehan murid untuk mengimbas kembali sifir 6?
b. Apakah reaksi murid-murid terhadap kaedah “tic-tac-toe”?
c. Adakah penggunaan kaedah “tic-tac-toe” memberikan keberkesanan positif
terhadap pencapaian murid-murid untuk menguasai sifir 6?

TINJAUAN LITERATUR

Bahagian ini membincangkan tiga perkara iaitu tinjauan literatur mengenai


sikap murid-murid terhadap matapelajaran Matematik, tinjauan literatur kaedah tic-
tac-toe dan tinjauan literatur kemahiran mendarab yang melibatkan sifir.

Sikap murid-murid terhadap matapelajaran Matematik

Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik Baharudin Omar,


Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s.
12), menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik adalah
berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa Matematik itu susah.
Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri untuk
menerima matapelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Adnan
Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya menunjukkan
bahawa pelajar tidak suka belajar Matematik kerana Matematik merupakan satu mata
pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar
mempelajari Matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar hilang minat untuk
belajar Matematik. Kesannya pencapaian terhadap Matematik kurang memuaskan.
Sementara itu, Crow dan Crow, 1986 (dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s
18 ) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari
penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertai
dengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi
minat dalam sesuatu perkara. Jadi, murid-murid memerlukan minat yang mendalam
untuk menguasai sesuatu asas dalam Matematik terutama sekali dalam menguasai
asas darab dan sekaligus menguasai dan menghafal sifir 6.

Kaedah Tic-Tac-Toe
Cooper (1994) yang dipetik daripada kajian Sharon (2010) memperkenalkan
kedah tic-tac-toe dalam kajiannya sebagai teknik perhubungan nombor yang paling
efektif kepada murid-murid yang masih menghadapi masalah untuk menghafal sifir.
Kaedah ini membolehkan murid-murid untuk menggambarkan bentuk-bentuk
nombor dalam bentuk jadual yang menggunakan sembilan kotak grid. Kotak grid
membolehkan murid-murid membuat sifir dengan lebih mudah.
Menurut Cooper (1994) yang dipetik daripada kajian Azizi (2010), kaedah
tic-tac-toe menggunakan corak visual bagi membolehkan seseorang untuk mengira
sifir sehingga nilai yang tidak tertakrif. Kaedah tic-tac-toe juga menggunakan

150
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

kedudukan sembilan grid untuk membina jadual. Dengan menggunakan grid itu, ia
membolehkan murid-murid untuk membina sifir darab untuk sebarang nombor
sehingga yang tidak tertakrif. Menurut Cooper (1994) juga, sesetengah murid
mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh hal yang
demikian, fakta yang dikeluarkan oleh Cooper ini sememangnya dapat membantu
murid untuk mempelajari ilmu pendaraban berdasarkan corak tertentu dalam kaedah
tic-tac-toe.
Kemahiran mendarab yang melibatkan sifir

Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir
atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah pendaraban
adalah murid tidak tahu cara membina ayat Matematik bagi operasi darab, tidak ada
asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk
bertanya.
Menurut Mario Ganny Michael (2006) yang dipetik daripada kajian Azizi
(2010), kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid mengambil masa
yang lama untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Kajian
ini telah disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Aida Ibrahim (2006) yang juga
mengatakan kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid mengambil
masa yang lama apabila melibatkan soalan yang melibatkan operasi darab dan
bahagi.
Ramai murid menghadapi masalah dengan topik yang melibatkan
pendaraban.Punca kepada masalah ini jelas sekali kerana pelajar menghadapi
masalah dalam membina dan menghafal menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan:

“ …number facts of multiplication are more difficult for some students


because the patterns are less obvious and the number are larger.
However, there are students who count the addition facts but know the
multiplication facts. This phenomenon occurs because the students are
instructed to memorize the multiplication facts, but are allowed to
count the addition facts.”

KUMPULAN SASARAN
Murid yang terlibat dengan kajian tindakan ini ialah murid tahun tiga yang
menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan fakta asas sifir
6. Bilangan murid yang terlibat dalam kajian ialah tiga orang yang terdiri daripada
dua orang perempuan dan seorang lelaki. Mereka adalah murid yang mempunyai
tahap penguasaan yang sederhana dan agak lemah di dalam kelas. Kesemua peserta
yang terlibat dalam kajian ini adalah berumur sembilan tahun.Mereka dipilih
berdasarkan latihan yang mereka lakukan, berdasarkan ujian diagnostik, ujian akhir
tahun 2010 dan berdasarkan tindak balas mereka di dalam kelas.

151
Siti Safinah Bt Ulis & Jong Chee Fook

PROSEDUR TINDAKAN
Pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan
melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin berbentuk kitaran dan setiap kitaran
melibatkan merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan
tindakan dan membuat refleksi atas segala tindakan. Rajah 1 menunjukkan kerangka
konseptual bagi kajian ini.

Kitaran 1
a) Merancang pelan tindakan
Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid iaitu penguasaan
sifir enam, pengkaji telah mengenalpasti kaedah yang sesuai iaitu tic-tac-toe.

b) Pelaksanaan pelan tindakan


Ujian pra telah ditadbirkan sebelum rawatan diberikan kepada peserta. Pengkaji
memulakan rawatan dengan pengajaran dan pembelajaran kaedah tic-tac-toe.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, bimbingan berterusan diberikan
oleh pengkaji kepada peserta.

c) Pemerhatian
Semasa rawatan dilakukan, pengkaji membuat pemerhatian terhadap pelbagai
aspek yang dialami oleh responden. Hasil pemerhatian direkodkan dalam rekod
anekdot. Temu bual secara berstruktur dan tidak berstruktur turut dijalankan oleh
pengkaji untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah ini kepada respoden.

d) Refleksi
Pengkaji mendapati terdapat masalah yang dihadapi oleh responden semasa
proses pengajaran dan pembelajaran tic-tac-toe. Oleh itu, kitaran 2 perlu
dilakukan sebagai penambahbaikan kepada segala masalah yang dihadapi.

Kitaran 2

a) Perancangan
Pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh peserta dan menukar
strategi pelaksanaan. Pengkaji menggunakan kaedah latih tubi dan peneguhan
positif kepada peserta serta mengubah kotak tic-tac-toe menjadi lebih mudah.

b) Pelaksanaan
Pada kitaran kedua ini, pelaksanaannya adalah hampir sama dengan kitaran 1.
Akan tetapi sedikit perubahan dilakukan. Kotak tic-tac-toe dipermudahkan cara
melukisnya. Selain itu, pada kitaran kedua ini pengajaran secara berulang-ulang
dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ujian pos telah dilaksanakan
selepas kitaran 1 dan kitaran 2 dijalankan untuk mengukur pencapaian
responden.

c) Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan dalam kitaran 2 adalah sama dengan kitaran 1 dan
temu bual turut dijalankan. Tujuannya adalah untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan data adalah tinggi.

152
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

d) Refleksi
Pengkaji mendapati bahawa responden menunjukkan peningkatan yang positif
setelah ujian pra dan ujian pos dijalankan. Keputusan ini menunjukkan tic-tac-
toe membantu responden untuk menguasai dan menghafal sifir enam serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sifir enam secara betul dan tepat.
Responden dilihat berminat untuk mengaplikasikan kaedah ini.

MERANCANG:
MENGENAL PASTI
ASPEK AMALAN:  Menyelesaikan masalah dengan
menggunakan kaedah “tic-tac-
 Pernyataan Masalah toe”.
a) Temu bual tidak rasmi  Pengumpulan data
b) Pemerhatian tidak a) Ujian Pra
berstuktur b) Ujian Pos
c) Analisis markah ujian c) Temu bual
Akhir Tahun 2010 d) Pemerhatian
e) Soal selidik
f) Dokumen

TNDAKAN/ IMPLEMENTASI:
Kitaran seterusnya  Melaksanakan strategi yang
telah dipilih.

MELIHAT KESAN TINDAKAN:

 Menganalis data dengan


menggunakan :
a) Ujian Pra
b) Ujian Pos
REFLEKSI:
c) Temu bual
 Menganalisis dan menilai. d) Pemerhatian
 Membuat refleksi mengenai e) Soal selidik
keberkesanan tindakan f) Dokumen
berdasarkan data yang
dikumpul.

( Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002 )

Rajah 1: Prosedur Tindakan

153
Siti Safinah Bt Ulis & Jong Chee Fook

CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian ini adalah melibatkan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif.


Pengumpulan data adalah penting sebagai medium untuk menganalisis tahap
pencapaian murid dalam menguasai dan menghafal sifir 6. Dalam kajian ini,
terdapat 6 instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data. 6
instrumen tersebut adalah Ujian Pra, Ujian Pos, temu bual, pemerhatian, soal selidik
dan dokumen.
Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan dan mengandungi 10 soalan.
Ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan juga mengandungi 10 soalan.
Pencapaian peserta dinilai melalui perbezaan markah yang diperolehi oleh peserta
dalam ujian pra dan ujian pos secara peratusan.
Pemerhatian dan temu bual digunakan untuk mengenalpasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh peserta dan untuk melihat reaksi peserta terhadap apa yang diajar.
Selain itu, instrumen ini digunakan untuk melihat keberkesanan kaedah tic-tac-toe
kepada murid-murid. Hasil temu bual dan pemerhatian seterusnya direkodkan dalam
rekod anekdot.
Soal selidik (skala Likert 5-Point) pula digunakan untuk menilai kesan tic-
tac-toe kepada peserta dan meninjau perubahan sikap peserta setelah ujian pos
ditadbirkan. Instrumen dokumen pula digunakan untuk mengumpul semua hasil
kajian.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan peratusan markah. Perbezaan
markah yang diperolehi peserta penting untuk menilai keberkesaan tic-tac-toe kepada
peserta. Sekiranya responden mendapat markah pada julat 70 – 100%, ini memberi
makna responden telah berjaya untuk menguasai sifir 6 sekaligus dapat
mengaplikasikan kaedah tic-tac-toe untuk membantu mereka menguasai sifir 6
dengan jayanya. Jika respoden memperolehi julat 40 – 69%, bermaksud responden
kurang dan kurang menguasai dan jika markah berada pada julat 0 – 39%, bermakna
responden tidak menguasai dan tidak dapat menyelesaikan masalah.
Bagi menganalisis instrumen temu bual, pengkaji telah menilai sama ada
murid-murid berminat atau tidak dalam mata pelajaran Matematik dan dalam operasi
darab serta masalah-masalah yang dihadapi dalam matapelajaran ini. Pengkaji
seterusnya melihat tindak balas yang diberikan oleh responden sepanjang temu bual
dijalankan sama ada positif ataupun negatif.Temu bual telah dijalankan secara
berstuktur dan tidak berstuktur.
Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah
pemerhatian tidak berstruktur. Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap
responden sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran kaedah tic-tac-toe
termasuk sewaktu mempraktikkan kaedah ini dalam kitaran 1 dan 2. Pemerhatian ini
dilakukan untuk melihat perubahan tingkah laku murid-murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Terdapat 6 pernyataan yang diajukan dalam Skala Likert 5 point. Responden
dikehendaki memilih satu skala untuk setiap pernyataan. Perkara-perkara yang
dinyatakan ini adalah berdasarkan kepada keberkesanan kaedah tic-tac-toe untuk
membantu murid-murid menguasai sifir 6 seterusnya dapat mengaplikasikan
kemahiran yang ada untuk menyelesaikan soalan Matematik yang lain yang ada

154
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

melibatkan pendaraban sifir 6. Jadual 1 menunjukkan pemeringkatan soal selidik


dianalis.
Pengkaji perlu mencari purata murid-murid yang yang menganggap bahawa
tic-tac-toe adalah penting bagi membantu mereka menguasai dan menghafal sifir
enam dengan melakukan pengiraan ke atas hasil dapatan soal selidik. Langkah
pengiraan adalah seperti berikut:

 (bilanganpeserta yang memilihskala X skala)


6 pernyataanX 3 orang peserta

Jadual 1: Pemeringkatan Nilai Purata Skala Likert 5 Point

Pemeringkatan Nilai Tindak Balas Responden


Purata
4.3 – 5.0 a) Tic-tac-toe amat penting untuk membantu
responden.
b) Responden mempraktikkan tic-tac-toe
sepenuhnya.
3.5 – 4.2 a) Tic-tac-toe adalah penting bagi responden.
b) Responden akan mengaplikasikan tic-tac-toe
apabila diperlukan sahaja.
2.7 – 3.4 a) Tic-tac-toe adalah kurang penting bagi
responden.
b) Responden tidak akan menggunakan tic-tac-
toe dengan kerap.
1.9 – 2.6 a) Tic-tac-toe tidak penting bagi responden.
b) Responden hanya mempraktikkan kaedah
yang dipelajari atas arahan guru atau
pengkaji.
1.0 – 1.8 a) Tic-tac-toe sangat tidak penting bagi peserta.
b) Responden akan mencari alternatif lain untuk
menguasai sifir enam.

Dalam kajian ini, hasil kerja setiap murid akan direkodkan untuk dijadikan
analisis bagi melihat sejauh mana pencapaian murid-murid dalam menguasai kaedah
yang diajar. Analisis yang akan dijalankan adalah untuk menilai setiap permasalahan
yang dihadapi oleh responden, cara mereka menjawab soalan dan kesilapan-
kesilapan yang dilakukan oleh peserta. Pendokumentasian ini penting untuk
memastikan keperluan kitaran yang satu dan dua dapat memenuhi kehendak
persoalan kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Ujian pra dan ujian pos

Jadual 2 menunjukkan markah yang diperolehi oleh responden dalam ujian


pra dan ujian pos serta perbezaan markah yang diperolehi oleh responden. Ketiga-
tiga responden menunjukkan perubahan dan peningkatan yang positif. Semua peserta
155
Siti Safinah Bt Ulis & Jong Chee Fook

berjaya menjawab semua soalan dengan tepat dalam ujian pos. Rajah 2 pula
menunjukkan graf perbezaan markah yang diperolehi oleh responden setelah ujian
pra dan ujian pos dijalankan. Perbezaan masa yang diperlukan oleh peserta turut
direkodkan dalam jadual 3.
Jadual 2 : Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) Perbezaaan


Markah (%)
A 40 100 60
B 20 100 80
C 50 100 50

Jadual 3: Perbezaan Masa yang Digunakan dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Peserta Ujian Pra (Minit) Ujian Pos (Minit) PerbezaaanMasa


(Minit)
A 15 5 10
B 20 4 16
C 18 3 15

Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


120
Markah Ujian Pra dan

100
80
Ujian Pos

60
40 Ujian Pra (%)
20 Ujian Pos (%)
0
A B C

Peserta

Rajah 2 : Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Temu bual
Temu bual telah dijalankan sebelum dan selepas rawatan diberikan. Temu
bual tidak berstuktur (fasa pertama) dijalankan sebelum rawatan diberikan manakala
temu bual berstuktur (fasa kedua dan ketiga) dijalankan selepas rawatan diberikan.
Bagi temu bual fasa yang pertama, pengkaji mendapati bahawa (1) responden
kurang meminati sifir dan (2) responden bersikap negatif terhadap Matematik dan
pendaraban. Bagi temu bual fasa yang kedua pula, pengkaji menyediakan 5 soalan
untuk dijawab oleh responden dan 2 soalan disediakan pada fasa yang ketiga. Jadual

156
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

4 menunjukkan hasil temu bual fasa yang kedua dan Jadual 5 menunjukkan hasil
temu bual fasa ketiga.

Jadual 4 : Hasil Temu bual Fasa Kedua

Soalan 1 2 3 4 5
Senang
Sukar
Peserta Agak Kurang 2 6 Hitung Susah, suka
A menyukai minat menggunakan bermain,
jari malas untuk
mengira.
Peserta Agak Kurang 5 7 Melukis Malas untuk
B menyukai minat mengira, lupa,
ada sifir di
belakang
buku,
Peserta Agak Kurang 2 8 Penghitungan Malas untuk
C menyukai minat secara mental menghafal,
dan banyak kerja
dilafazkan rumah.

Jadual 5: Hasil Temu bual Fasa Ketiga

Peserta Soalan
1 2
A Ya Baru
B Ya Baru
C Ya Baru

Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan semasa peserta mempelajari kaedah tic-tac-toe dalam
kitaran 1 dan kitaran 2. Jadual di bawah menunjukkan aspek yang telah dipenuhi
oleh peserta. Terdapat perubahan yang ketara dalam aspek yang dipenuhi oleh
peserta dalam kitaran 1 dan kitaran 2.

Jadual 6: Kriteria Peserta (Kitaran Pertama)

Peserta Aspek yang dipenuhi


A Integrasi
B Perhatian, kecekapan dan integrasi
C Perhatian, kecekapan, keyakinan

157
Siti Safinah Bt Ulis & Jong Chee Fook

Jadual 7: Kriteria Peserta (Kitaran Kedua)

Peserta Aspek yang dipenuhi


A Semua aspek dipenuhi
B Semua aspek dipenuhi
C Semua aspek dipenuhi

Soal Selidik
Berpandukan data yang dikumpul, purata yang diperolehi daripada skala
Likert 5-Point ialah 4.5. Purata yang diperolehi adalah tinggi kerana kesemua peserta
memahami kaedah yang diajar dan lebih berminat pada topik pendaraban. Mereka
mengetahui kepentingan untuk menghafal dan menguasai sifir. Kaedah tic-tac-toe
yang diajar kepada peserta juga amat membantu mereka menguasai dan menghafal
sifir enam sekaligus menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sifir enam
dengan betul dan tepat. Peserta juga bersetuju mengatakan bahawa keadah tic-tac-toe
banyak membantu mereka menguasai dan menghafal sifir enam. Mereka berasa
gembira kerana diberi peluang untuk mempelajari tic-tac-toe yang telah banyak
membantu mereka menguasai sifir enam dan membetulkan perspektif mereka yang
mengatakan sifir adalah sukar.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji membuat refleksi kajian yang bertujuan untuk
membuat perbincangan bagi menjawab persolan kajian yang meliputi tiga perkara
iaitu (1) kebolehan murid-murid untuk mengimbas kembali sifir enam, (2) reaksi
murid-murid terhadap kaedah tic-tac-toe dan (3) kesan kaedah tic-tac-toe terhadap
pencapaian murid-murid untuk menghafal sifir enam.

Kebolehan murid-murid untuk mengimbas kembali sifir enam


Jadual 2 menunjukkan kesemua responden berjaya menjawab semua soalan
dengan betul dan tepat dalam ujian pos. Ini menunjukkan kebolehan responden untuk
mengusai sifir enam membantu mereka menyelesaikan semua masalah dalam masa
yang singkat.Tic-tac-toe membantu mereka dalam menguasai sifir enam dengan
jayanya. Jingan (2006) yang dipetik daripada kajian Sharon (2010) juga telah
menjalankan kajian mengenai cara yang berkesan untuk menghafal dan menguasai
sifir adalah dengan menggunakan cara sendiri kerana cara sendiri lebih
menyeronokkan. Ini menunjukkan bahawa kaedah tic-tac-toe merupakan salah satu
cara yang menyeronokkan untuk membantu responden menguasai sifir enam dengan
jayanya sekaligus dapat menjawab soalan yang mengandungi sifir enam dengan betul
dan tepat.
Reaksi murid-murid terhadap kaedah tic-tac-toe

Pengkaji dapat mengenalpasti reaksi peserta terhadap tic-tac-toe menerusi


pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Pengkaji dapat memerhati perubahan
158
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

tingkah laku yang dialami oleh peserta sewaktu rawatan diberikan iaitu sewaktu
kitaran 1 dan kitaran 2 dijalankan. Responden menunjukkan reaksi yang positif
terhadap tic-tac-toe dalam kitaran 2. Mereka mampu melukis kotak tic-tac-toe
dengan tepat dan mengisikan nombor-nombor di dalam kotak mengikut susunan
yang betul dan tepat. Pada akhirnya, mereka mampu untuk menyenaraikan sifir enam
dan menghafal sifir enam dengan jayanya. Mereka juga memahami corak yang
terhasil dalam sifir enam. Menurut Brown (2003) yang dipetik daripada kajian
Sharon (2010) menjelaskan bahawa corak nombor adalah penting kepada murid-
murid untuk mempelajari Matematik kerana Matematik tidak akan lari dari corak
(pattern).

Kesan kaedah tic-tac-toe terhadap pencapaian murid-murid untuk menghafal


sifir enam

Ujian pos telah diberikan kepada semua peserta untuk mengenalpasti tahap
pencapaian serta peningkatan mereka dalam mempelajari sekaligus menguasai sifir
enam. Semua peserta berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan tepat serta
dalam jangka masa yang amat singkat. Soal selidik (Skala Likert 5-Point) juga telah
dijalankan untuk mengetahui keberkesanan dan kepentingan kaedah tic-tac-toe
kepada peserta. Hasil purata yang tinggi menunjukkan bahawa tic-tac-toe banyak
membantu responden menghafal dan menguasai sifir enam. Peserta juga
mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan soalan yang
mengandungi sifir enam.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini amat bermakna dan berguna untuk semua tahap murid. Terdapat
beberapa cadangan untuk kajian lanjutan jika kajian ini bakal diteruskan pada masa
akan datang.
Dalam kajian ini, keadah ini dijalankan kepada murid Tahun 3. Pada masa
akan datang, tic-tac-toe sepatutnya diperkenalkan kepada semua peringkat murid di
sekolah rendah. Ini adalah untuk mendapatkan hasil perbezaan yang lebih tinggi
kesahannya.Murid seharusnya mempelajari tic-tac-toe dari awal supaya mereka
berasa seronok dan mudah untuk menghafal sifir.
Selain itu, dalam kajian ini pengkaji memperkenalkan kaedah tic-tac-toe
untuk menguasai sifir enam. Walaubagaimanapun, tic-tac-toe juga boleh digunakan
untuk menghafal dan menguasai sifir 7,8 dan 9 yang mana sifir ini turut merangkumi
sifir yang susah untuk dihafal. Jadi diharap dalam kajian yang akan datang, pengkaji
akan memperkenalkan keadah ini dalam sifir yang lain.
Kajian tindakan merupakan kajian yang berterusan. Pada masa yang akan
datang, pengkaji diharap agar menambah bilangan responden dari pelbagai tahap dan
kebolehan. Semakin besar saiz kajian, semakin tepat data yang dikumpul. Peserta
yang dipilih juga harus difokuskan kepada semua peserta yang menghadapi masalah
berkaitan dengan sifir yang dikaji. Selain itu, soalan dalam ujian pra dan pos juga
dalam temu bual dan soal selidik boleh ditambah lagi supaya kesahan yang tinggi
boleh diperolehi.

159
Siti Safinah Bt Ulis & Jong Chee Fook

Pengkaji juga boleh menjalankan kajian ini dengan melibatkan peserta secara
berpasangan supaya interaksi positif di kalangan mereka terhasil. Mereka boleh
membantu antara satu sama lain dalam memahami konsep tic-tac-toe.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya untuk membantu responden


menguasai dan menghafal sifir enam. Persoalanan kajian juga berjaya dijawab.
Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif berlaku dalam kalangan peserta
melibatkan tingkah laku dan pencapaian akhir mereka. Kajian ini juga memberi
kesan positif kepada pengkaji bahawa murid memerlukan keseronokan untuk
membuahkan minat mereka belajar. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada
guru-guru untuk mempelbagaikan strategi pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian dalam matapelajaran Matematik.

RUJUKAN

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13
Azizi Subeli (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab. Tesis
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cooper, R.(1994). Alternative math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertations
[Online].Available:http://eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetail
s.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_Search [2011, Mac 25]
Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di Daerah Kulai,
Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor, Malaysia.
Jerama, S (2008). Mastering Multiplication.[Online]. Available:
www.homeschoolersguide.ca/pdf/win08/winter08_magazine11_20.pdf.[2011,July 11]
Kamus Dewan. (2005) Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mario Ganny Michael. (2006). Meningkatkan Kemahiran Mencongak Fakta Asas di
Kalangan Murid-murid Tahun 6 di SK Beladin Melalui Pendekatan Permainan Domino
dalam Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut
Perguruan Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 25-33.
Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran
Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Laporan
Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia.
Seefeld.C, Galper.A (2008). Active experiences for active children: Mathematics. New Jersey:
Pearson Education . [Online]. Available: http://library.um.ac.id/free-
contents/index.php/search/ldr.html. [ 2011, Julai 22]
Sharon Y.T.T (2010). Tic-Tac-Toe: Helping Year 5 Pupils To Memorize Multiplication Table Seven.
Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Yong B.S. (2010). Magic Number Memorization: A technique To Memorize Multiplication Table 7.
Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam,98000 Miri, Sarawak.
Email: 1wardatunnasuha@yahoo.com, 2jongcf@yahoo.com
160
KAEDAH LELAYANG UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN
PENDARABAN DUA DIGIT NOMBOR DENGAN
DUA DIGIT NOMBOR YANG LAIN

SITI MAZULLAH BT ABDULLAH1


BALKISNAH SHAHARUDDIN2

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah lelayang dalam
pendaraban yang melibatkan dua digit nombor dengan dua digit nombor yang lain di
kalangan emрat murid-murid tahun 5 di sebuah sekolah di kawasan bandar Miri.
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti adakah kaedah ini lebih berkesan
berbanding dengan kaedah yang sedia ada iaitu kaedah lazim. Data dikumрul melalui
рemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian рra dan ujian рasca. Рemerhatian digunakan
untuk memerhati resрon рelajar semasa рengajaran dan рembelajaran berlangsung.
Temu bual dan soal selidik dibuat untuk mengenal рasti keyakinan рelajar dalam
рembelajaran Matematik. Ujian рra digunakan untuk memerhati kefahaman mereka
untuk menjawab soalan yang melibatkan soalan yang melibatkan рendaraban dua digit
nombor dengan dua digit nombor yang lain dengan menggunakan kaedah lazim. Ujian
рasca digunakan untuk memerhati samada mereka daрat menjawab soalan yang sama
seрerti soalan yang terdaрat dalam ujian рra dengan menggunakan kaedah lelayang.
Keрutusan kajian menunjukkan mereka daрat menjawab kebanyakan soalan dengan
betul berbanding kaedah lazim. Ia juga daрat meningkatkan keyakinan di kalangan
рelajar dalam memрelajari Matematik.

ABSTRACT

Action research was conducted to evaluate the effectiveness of the research by using
"kite" method in multiplication which involves two digits numbers with another two
digits numbers for Year Five students from one of the school in Miri. This research
was conducted to evaluate the effectiveness of this method compared to previous
method which is vertical form method. Data was collected through observation,
interviews, questionnaires, рre test and рost test. Observation is used to observe
рuрil΄s response during teaching and learning. Interview and questionnaires is used to
identify рuрils΄ confidence in learning Mathematics. Рre test is used to observe their
understanding how to solve the questions which involve multiplication of two digit
numbers with two digits number by using vertical form method. Рost test is used to
observe whether they can answer the same question in рre test by using "kite"
method. The result shows that they can answer most of the questions correctly rather
than vertical form method. It also enhances рuрils΄ confidence in learning
Mathematics.

PENDAHULUAN
Sebagai seorang guru saya sedar akan perbezaan tahap individu dalam
menguasai pelajaran yang dipelajari. Bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan
oleh Dunn (1978) dalam bukunya berjudul ‘Teaching Students Through Their
Individual Learning Styles’ :

161
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

“We were amazed to find an abundance of literature that had been


accumulated over an eight-year period repeatedly verifying that each
student learns in ways that are different from his or her peers.”

Kata-kata ini menjelaskan bahawa setiap pelajar belajar dengan cara yang
berbeza dari rakan sebayanya.
Oleh itu kaedah lelayang ini diperkenalkan bagi menangani masalah yang
dihadapi oleh murid-murid yang tidak dapat menguasai pendaraban dua digit
menggunakan kaedah lazim seterusnya membantu mereka menyelesaikan masalah
pendaraban dua digit dengan menggunakan kaedah yang baru.

FOKUS KAJIAN

Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada


kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya
mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-
murid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid
dengan baik. Kepentingan kajian ini ialah, diharapkan hasil yang diperolehi akan
dapat memberikan satu gambaran yang jelas tentang sejauh manakah kaedah ini
dapat membantu responden untuk menghadapi masalah dan menjawab soalan yang
berkaitan dengan pendaraban dua digit nombor dengan dua digit nombor kelak.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a. Mengenalpasti keberkesanan kaedah lelayang ini membantu responden dalam
menyelesaikan masalah pendaraban yang melibatkan dua digit nombor
dengan dua digit nombor yang lain.
b. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menyelesaikan soalan yang
melibatkan pendaraban dua digit nombor dengan dua digit nombor yang lain.
c. Menarik minat dan meningkatkan motivasi responden dalam pembelajaran
Matematik.

Persoalan yang timbul sepanjang kajian saya adalah:


a. Adakah kaedah lelayang berkesan dalam membantu responden dalam
menyelesaikan masalah pendaraban yang melibatkan dua digit nombor
dengan dua digit nombor yang lain?
b. Adakah kaedah lelayang ini dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar
dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban dua digit nombor
dengan dua digit nombor yang lain?
c. Adakah kaedah ini dapat menarik perhatian dan meningkatkan minat
responden dalam pembelajaran Matematik?

162
Siti Mazullah Bt Abdullah & Balkisnah Shaharuddin

TINJAUAN LITERATUR
Menurut Zainuddin dan Mohd Rashidi, Aplikasi fakta asas kira darab juga
amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam Matematik seperti tajuk
pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, Matematik harian, wang, timbangan, masa dan
waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu menguasai
Matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan
kemahiran Matematik dalam bidang ilmu yang lain.
Menurut mereka lagi, masalah ini sudah mula wujud di Tahun 4 lagi.
Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek Matematik di kalangan pelajar
sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas Matematik
seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan
perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut.
Terdapat Sembilan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
soalan yang melibatkan operasi darab seperti mental method, traditional algorithm,
ten first method, building up, splitting multiplier and using distributive law, cabbage
patch law, Egyptian multiplication dan lattice multiplication. (Suggate et al., 1998).

“Multiplication really takes three steps: multiply, carry, add. The


method we typically use does the multiply and carry steps together.
The lattice method does all three steps separately, so it’s really easier!
Centuries ago, the Germans had a method for doing all three steps at
once. That method takes a lot of concentration! It gets its name from
the fact that to do the multiplication you fill in a grid which resembles
a lattice one might find ivy growing on”.
(Manson, 1996)

Kaedah lelayang
Contoh soalan: 12 × 13 =

Langkah-langkah penyelesaian adalah seperti di bawah:


1. Buat lima bulatan seperti di bawah, seperti bentuk lelayang (rhombus):

2. Untuk dua nombor digit pertama, 12, cara letaknya adalah melintang ke atas,
di tepi bulatan sebelah kiri manakala dua digit yang kedua pula iaitu 13, cara
letaknya adalah melintang ke bawah, di tepi bulatan sebelah kanan. Bulatan
tengah biarkan kosong. Lihat contoh di bawah:

163
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

12 13
2 1

1 1 2 3

1 3

3. Kemudian, nombor sebelah kiri dan kanan bulatan didarabkan. Hasil darab di
letak di dalam bulatan seperti di bawah:

2 2 1

1 1 1 2 6 3

× ×
1 3 3

×
4. Langkah seterusnya, tambah nombor dalam bulatan atas dan bawah.
Kemudian hasil tambah letak dalam bulatan yang berada di tengah seperti di
bawah:

2 2 1

1 1 1 5 + 2 6 3

1 3 3

5. Jawapan dibaca secara melintang bagi nombor-nombor yang berada di


bulatan tengah. Jawapan boleh diperoleh terus dari nombor yang berada di
tengah jika nombor tersebut terdapat hanya satu digit.

164
Siti Mazullah Bt Abdullah & Balkisnah Shaharuddin

2 2 1

1 1 1 5 2 6 3

1 3 3 Jawapan: 156

6. Jawapan juga boleh diperoleh melalui cara berikut, gunakan nombor-nombor


dalam ketiga-tiga bulatan yang berada di tengah-tengah

Nombor kedua dan ketiga


Nombor pada
disusun seperti ditunjuk.
bulatan pertama ___ ___
Nombor puluh diletakkan
___ ___ pada petak di bawah tempat
Nombor pada ‘sa’ di atas.
bulatan kedua
+ ___ ___
Jawapan: hasil
Nombor pada
tambah di atas.
bulatan ketiga

KUMPULAN SASARAN

Pelajar yang dipilih adalah pelajar menghadapi masalah menyelesaikan


masalah contohnya responden saya yang pertama, dia tahu cara untuk menjawab
soalan tetapi terlalu yakin dalam memberi jawapan. Dia yakin jawapannya betul
kerana cara yang digunakan untuk menjawab soalan adalah betul tetapi sebenarnya
dia salah sifir dan cuai. Masalah yang sama juga dihadapi oleh responden saya yang
kedua. Bagi responden saya yang ketiga, dia mempunyai konsep asas yang kukuh
tetapi saya ingin menguji dia samada dia mempunyai konsep yang kukuh mengenai
kaedah lain dan menguji tahap penguasaan dia terhadap kaedah yang baru.
Responden saya yang terakhir dipilih kerana dia tidak mempunyai konsep asas yang
kukuh untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah lazim. Dia
menghadapi masalah menyusun nombor dan tidak tahu pola untuk menjawab soalan.
Oleh itu kajian dibuat dengan menggunakan kaedah lelayang bagi membantu mereka
menangani masalah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pelajar yang dipilih terdiri
daripada dua murid lelaki dan dua murid perempuan.

165
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

PROSEDUR TINDAKAN
TINDAKAN II

 Kitaran 2
PERANCANGAN I  Ujian Post

 Temu bual cikgu (tahaр рembelajaran


murid )
 Bacaan sifir
 Рemerhatian (kerja murid)
 Рengumрulan data: рemerhatian, temu
bual, soal selidik, ujian рre-рost

TINDAKAN I

 Ujian рra
REFLEKSI I
PUTARAN  Temu bual
 Analisis data dan KAJIAN keyakinan murid
interрret data TINDAKAN terhadaр
Matematik
 Ujian рost
 Kitaran 1
PEMERHATIAN I

 Рemerhatian terhadaр
рenglibatan рembelajaran
resрonden ketika kitaran 1

REFLEKSI II
PEMERHATIAN II
 Analisis data dan interрret
 Рemerhatian рenglibatan
data
рembelajaran resрonden
 Kesimрulan kajian ketika kitaran 2
(objectif tercaрai)

(Adaptasi daripada McNiff & Whitehead, 2006)

Rajah 1 : Kitaran Kajian Tindakan

CARA PENGUMPULAN DATA


Dalam prosedur pengumpulan data, instrument yang digunakan adalah
pemerhatian, temu bual berstruktur, soal selidik dengan skala likert dan ujian pra-
pasca.
Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Di samping itu pemerhatian juga dibuat melalui respon mereka semasa
membaca sifir, respon semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan secara lisan,
semakan latihan yang diberi dan melalui ujian yang diberikan iaitu ujian pra dan
ujian pasca. Pemerhatian juga dibuat untuk memerhatikan penglibatan mereka
semasa diajar kaedah baru dan tahap tumpuan mereka semasa mempelajari
166
Siti Mazullah Bt Abdullah & Balkisnah Shaharuddin

Matematik. Sikap dan kerjasama mereka semasa belajar juga diperhatikan.


Pemerhatian dibuat semasa mengadakan kaedah pada kitaran 1 dan mengajar kaedah
pada kitaran 2.
Kaedah temu bual yang dijalankan terhadap empat orang pelajar ini adalah
untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai minat mereka terhadap pengajaran
Matematik. Soalan temu bual berstruktur ini melibatkan dua jawapan iaitu ‘Ya’ dan
‘Tidak’ supaya jawapan lebih spesifik dan mengelakkan kekeliruan. Ada sepuluh
soalan semuanya.
Skala likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi
seseorang atau sekelompok orang tentang fenomena sosial. Dengan skala likert,
variabel yang akan diukur dijabarkan menjadi indikator variabel. Kemudian indikator
tersebut dijadikan sebagai titik tolak untuk menyusun item-item instrumen yang
dapat berupa pertanyaan atau pernyataan. Jawapan setiap item instrumen yang
menggunakan skala likert mempunyai gradasi dari sangat positif sampai sangat
negatif seperti berikut:

Jadual 1 : Penerangan Kedudukan Soal Selidik Dengan Skala Likert

Kedudukan Skala Likert Penerangan


5 Sangat setuju
4 Setuju
3 Sederhana
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju

Ujian pra diberi untuk menguji sejauh mana responden memahami cara
menjawab soalan dengan menggunakan kaedah yang sedia ada iaitu kaedah lazim.
Ianya mengandungi 10 soalan yang melibatkan pendaraban dua digit nombor dengan
dua digit nombor yang lain dari soalan yang mudah kepada soalan yang lebih sukar.
Ujian pasca dibuat setelah responden diajar mengenai kaedah yang baru iaitu
kaedah lelayang untuk menguji sejauh mana tahap pemahaman mereka mengenai
kaedah baru. Soalan yang sama dengan soalan pra diberikan untuk menguji
keberkesanan antara dua kaedah ini dan memberi responden peluang untuk memilih
kaedah mana yang lebih senang untuk menjawab soalan.

CARA MENGANALISIS DATA


Data analisis akan dibincangkan dengan lebih terperinci pada bahagian ini.
Sikap dan tahap minat responden diperhatikan sebelum dan selepas kaedah baru
diajar dan juga ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Aspek yang
dilihat melalui penglibatan adalah kerjasama mereka sesama rakan dan saya, minat
mereka terhadap subjek Matematik dan tumpuan mereka semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Apa yang boleh saya perhatikan, responden memberikan
penglibatan dan tumpuan yang sangat baik pada setiap aktiviti tidak kira semasa
mengajar mahupun semasa membuat latihan dan ujian.
Sepuluh soalan diberikan untuk menguji tahap keyakinan dan minat mereka
terhadap pembelajaran Matematik. Teknik ini diambil sebelum kaedah lelayang

167
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

diajar. Data dikumpul dan dianalisis mengunakan peratus (100%) di mana 0%-49%
dinilai sebagai kurang keyakinan manakala 50%-100% adalah dinilai sebagai
mempunyai keyakinan yang tinggi dalam pembelajaran Matematik. Dalam pada itu,
aspek persekitaran diambil kira supaya tiada gangguan yang boleh mempengaruhi
jawapan responden seperti aspek bising, jarak dengan rakan yang lain dan
sebagainya.
Keputusan soal selidik dengan skala likert digunakan untuk menguji tahap
keyakinan dan minat responden terhadap Matematik. Keputusan yang diperolehi
adalah seperti berikut:

Jadual 2 :Keputusan Soal Selidik Dengan Skala Likert

Jumlah item yang dipilih dari keseluruhan soalan


Responden 5 4 3 2 1
(sangat (setuju) (sederhana) (tidak (sangat tidak
setuju) setuju) setuju)
A 7 3 0 0 0
B 3 7 0 0 0
C 3 7 0 0 0
D 0 6 0 4 0

Maka dari keputusan di atas dapat disimpulkan, kebanyakkan responden


meminati subjek Matematik dan menganggap Matematik adalah satu topik yang
sangat digemari. Di sini juga kita dapat lihat tahap keyakinan mereka mempelajari
Matematik tinggi.
Responden dikehendaki menjawab soalan ujian pra dengan menggunakan
kaedah lazim dalam temрoh masa ditetaрkan iaitu 20 minit, kebanyakkan mereka
hanya dapat menjawab sebahagian jawapan dengan betul. Soalan yang lain dijawab
dengan salah kerana cuai dalam meletak nombor dan salah pengiraan. Apabila
melihat mereka salah meletak nombor dapat diperhatikan mereka kurang kukuh
mengenai konsep atau fakta asas mereka untuk menjawab soalan menggunakan
kaedah bentuk lazim.
Setelah kaedah lelayang diajar, soalan yang sama diberikan dan temрoh masa
juga sama. Disini, saya dapat lihat responden dapat menjawab soalan dengan betul
dengan lebih pantas berbanding soalan pada ujian pra. Ujian pra dan pasca ini dibuat
untuk menguji tahap pemahaman dan penguasaan mereka mengenai kaedah-kaedah
yang telah diajar. Kesimpulannya, mereka dapat membuat perbandingan kaedah yang
mana lebih mudah difahami dan senang.

DAPATAN KAJIAN
Data dikumpul daripada kajian dianalisis dan dinilai. Dapatan digunakan
untuk menjawab persoalan kajian. Pemerhatian dibuat sepanjang pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakkan pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan.
Kebanyakkan mereka memberikan tumpuan semasa menjawab soalan. Semasa
kitaran 1 bagi ujian рra, iaitu menggunakan kaedah lazim untuk menjawab soalan,
kebanyakkan mereka tahu untuk menjawab soalan tetapi masalah mereka cuai dan
salah meletak nombor pada tempat yang sepatutnya dan mengakibatkan jawapan
akhir salah.
168
Siti Mazullah Bt Abdullah & Balkisnah Shaharuddin

Bagi kitaran 1 dan 2 pula, selepas diajar kaedah baru iaitu kaedah lelayang,
kebanyakkan mereka dapat menjawab hampir kesemua soalan dengan tepat dan
cepat. Mereka dapat menguasai teknik ini dengan baik. Apa yang dapat diperhatikan
tahap tumpuan dan penglibatan mereka kepada pengajaran juga semakin meningkat.
Mereka boleh bekerjasama dan saling menolong rakan-rakan yang lemah dan yang
menghadapi kekeliruan untuk menjawab soalan. Mereka juga mengikuti arahan
dengan baik. Di sini dapat diperhatikkan minat mereka untuk mencuba menjawab
soalan dengan menggunakan kaedah lelayang juga meningkat dan ada sebilangan
mereka membuat soalan sendiri dan menjawabnya ketika cuti sekolah. Apabila
sekolah buka, mereka meminta saya untuk menyemak kerja mereka. Saya dapat
melihat respon yang positif daripada responden saya dan saya juga berasa bangga
dengan penglibatan mereka kerana kebanyakkan jawapan yang diberikan adalah
betul.
Temu bual berstruktur ini dijalankan sebelum tindakan dilakukan yang
berpandukan minat mereka terhadap pembelajaran Matematik. Dalam temu bual ini,
tahap keyakinan tinggi adalah di antara lingkungan 50% - 100% manakala 0% -49%
adalah keyakinan rendah untuk mempelajari Matematik. Daripada jawapan yang
diberikan semasa saya membuat temu bual adalah 77.5% responden berminat dan
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mempelajari Matematik manakala 22.5%
lagi kurang berminat. Mereka memberitahu bahawa subjek ini adalah seronok tetapi
kadang-kadang cara untuk menyelesaikan masalah yang membuat mereka merasa
susah untuk menjawab. Ada juga merasa matematik susah kerana cara pembelajaran
guru yang membosankan kerana banyak memberi latihan.
Jadual 3 menunjukkan keputusan temu bual daripada empat orang responden
yang saya pilih sebelum tindakan seterusnya diambil.
Jadual 3 : Keputusan Temu bual Berstruktur antara empat orang responden

Soalan Yes(√) No (X)


1. Adakah anda meminati Matematik? 4 0
2. Adakah anda mendapati Matematik adalah subjek 3 1
yang menarik?
3. Adakah anda mempunyai keyakinan untuk 4 0
mempelajari matematik?
4. Adakah anda dapat menjawab semua soalan 2 2
Matematik yang diberikan oleh guru anda?
5. Adakah pengajaran guru anda menarik minat anda? 3 1
6. Adakah anda rasa subjek Matematik adalah subjek 2 2
yang mudah?
7. Adakah anda seronok mempelajari Matematik? 4 0
8. Anda sudah menghafal kesemua sifir dari sifir 2-9? 3 1
9. Adakah menjawab soalan pendaraban mudah bagi 2 2
anda?
10. Adakah anda rasa menyelesaikan masalah 4 0
Matematik menarik?
Jumlah 31 9

169
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Soal Selidik dengan Skala Likert


Respon responden terhadap keyakinan mereka untuk mempelajari Matematik
dianalisis selepas tindakan diambil dengan menggunakan Skala Likert di mana
terdapat lima skala iaitu sangat setuju, setuju, sederhana, tidak setuju dan sangat tidak
setuju.

Jadual 4: Tahap Keyakinan dan Minat Responden


Terhadap Pembelajaran Matematik.

Item /
responden 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A 4 5 4 5 5 5 4 5 5 5
B 4 4 4 5 5 5 4 4 4 4
C 4 4 4 5 5 5 4 4 4 4
D 4 4 2 4 4 2 2 4 2 4

Cara pengiraan adalah seperti berikut:


Jadual 5: Cara Pengiraan Mengikut Skala Bagi Setiap Item

Item Jumlah skala yang dipilih Item darab(x) skala


1 0 0
2 4 8
3 0 0
4 23 92
5 13 65
Jumlah 165
Jumlah ÷ (4 responden x 10 item) = 4.125
Keputusan menunjukkan tahap keyakinan dan minat responden terhadap
pembelajaran Matematik adalah tinggi. Keputusan diperolehi adalah 4.125 iaitu di
dalam lingkungan 4-5 iaitu jawapan yang diberikan adalah setuju ataupun sangat
setuju maka hasil menunjukkan kebanyakkan responden bersetuju bahawa mereka
minat dan tahap keyakinan mereka tinggi dalam pembelajaran Matematik.

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Рada kitaran 1, responden dikehendaki menjawab soalan ujian pra dengan
menggunakan kaedah lazim dalam temрoh 15 minit. Seperti yang ditunjukkan pada
keputusan temu bual berstruktur dan keputusan soal selidik, dapat diperhatikan
walaupun kebanyakkan responden meminati subjek Matematik namun yang
kebanyakkan mereka hanya dapat menjawab sebahagian jawapan dengan betul.
Soalan yang lain dijawab dengan salah kerana cuai dalam meletak nombor dan salah
pengiraan. Ini menunjukkan kurangnya tahap penguasaan mereka terhadap fakta asas
darab menggunakan bentuk lazim.
Setelah kaedah lelayang diajar, soalan yang sama dan tempoh masa yang
sama juga digunakan dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Disini, saya dapat lihat

170
Siti Mazullah Bt Abdullah & Balkisnah Shaharuddin

responden dapat menjawab kebanyakkan soalan dengan betul berbanding soalan pada
ujian pra.
Ujian pra dan pasca ini dibuat untuk menguji tahap pemahaman dan
penguasaan mereka mengenai kaedah-kaedah yang telah diajar. Selain itu, ia diuji
untuk melihat masa responden untuk menjawab soalan yang diberikan.
Kesimpulannya, mereka dapat membuat perbandingan kaedah yang lebih mudah
difahami dan senang. Keputusan ujian adalah seperti berikut:

Jadual 6 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Kitaran 1 2
Repomden Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pasca
A 60% 100% 100%
B 70% 90% 100%
C 90% 100% 90%
D 0% 100% 100%

Berpandukan jadual 6, markah-markah bagi kesemua responden


menunjukkan peningkatan dan sangat memuaskan. Oleh sebab keputusan bagi ujian
pasca pada kitaran 1 adalah sangat memuaskan maka saya tidak membuat
perancangan bagi kitaran kedua, saya teruskan dengan ujian pasca bagi kitaran kedua
untuk menguji tahap penguasaan mereka terhadap kaedah lelayang. Apa yang dapat
diperhatikan, kesemua responden mendapat markah yang amat membanggakan bagi
ujian pasca pada kitaran kedua.
Ini menunjukkan kaedah ini dapat membantu responden dalam menjawab
permasalahan yang melibatkan pendaraban dua digit nombor dengan dua digit
nombor yang lain. Ini dibuktikan sendiri oleh responden D dimana kita lihat pada
ujian pra yang menggunakan kaedah lazim dia tidak memperoleh apa-apa markah
tetapi setelah diajar dengan menggunakan kaedah lelayang, markah responden
terbabit melonjak naik iaitu sebanyak 100%. Ini adalah suatu pencapaian yang amat
membanggakan. Kaedah ini amat berkesan bagi responden terbabit. Sebagai
makluman, responden D adalah salah seorang pelajar yang tidak mempunyai minat
terhadap pembelajaran Matematik tetapi hasil yang diperolehi selepas dia
mempelajari kaedah ini dan menyelesaikan masalah amat mengejutkan dan
membanggakan. Apa yang dapat saya perhatikan, minat dan tahap penguasaannya
meningkat. Manakala dua responden lagi iaitu responden A dan responden B, markah
yang diperoleh semakin meningkat bagi ketiga-tiga ujian yang telah diadakan. Ini
menunjukkan kaedah ini amat berkesan bagi keempat-empat responden dalam kajian
saya. Respon yang saya perolehi juga positif dan mereka juga menunjukkan minat
yang mendalam dalam penggunaan kaedah ini.

171
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Rajah 2 : Graf Keputusan Bagi Ketiga-tiga Ujian Yang Telah Dijalankan Oleh
Empat Responden

120%

100%

80%
Ujian Pra
60%
Ujian Pasca 1
40% Ujian Post 2

20%

0%
responden A responden B responden C responden D

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN


Melalui pemerhatian yang dibuat, apa yang dapat diperhatikan tahap tumpuan
dan penglibatan mereka kepada pengajaran juga semakin meningkat. Mereka boleh
bekerjasama dan saling menolong rakan-rakan yang lemah dan menghadapi
kekeliruan untuk menjawab soalan. Mereka juga mengikuti arahan dengan baik. Di
sini dapat diperhatikkan minat mereka untuk mencuba menjawab soalan dengan
menggunakan kaedah lelayang juga meningkat dan ada sebilangan mereka membuat
soalan sendiri dan menjawabnya ketika cuti sekolah. Apabila sekolah buka, mereka
meminta saya untuk menyemak kerja mereka. Saya dapat melihat respon yang positif
daripada responden saya dan saya juga berasa bangga dengan penglibatan mereka
kerana kebanyakkan jawapan yang diberikan adalah betul.
Kebanyakkan responden menjawab kebanyakkan soalan dengan betul pada
ujian pasca pada kitaran 1 dan 2 berbanding dengan ujian pra pada kitaran 1. Ini
menunjukkan kaedah lelayang dapat membantu mereka untuk menjawab soalan dan
hasil yang diberikan oleh responden adalah positif dan kebanyakkan mereka merasa
lebih berkeyakinan dan seronok untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan
kaedah lelayang. Bagi saya, murid-murid hendaklah mencuba dan mencari sendiri
kaedah yang mereka sendiri rasa senang dan boleh memudahkan mereka seperti yang
dikatakan oleh Seefeldt & Wasik (2006), “In order to have opportunities to learn
math, children need firsthand concerning these experiences and time to reflect on the
experiences”.

KAJIAN LANJUTAN
Bagi saya, kaedah ini masih baru bagi responden dan sekolah terbabit, untuk
langkah seterusnya, saya akan mengajar kaedah ini kepada guru-guru dan kelas yang
saya sendiri ajar. Apa yang saya dapat harapkan, mereka juga dapat berkongsi kaedah
ini dengan rakan-rakan yang lain dan disebarkan kepada seluruh sekolah.
Bagi saya teknik ini tidak salah diperkenalkan kerana memberi peluang murid
lain untuk memilih kaedah yang mereka sendiri rasa senang dan selesa dengannya.
172
Siti Mazullah Bt Abdullah & Balkisnah Shaharuddin

Cara pembelajaran murid berbeza mengikut tahap dan cara penerimaan. Oleh itu,
saya berharap ianya juga boleh dijalankan ke atas pelajar yang kurang mempunyai
minat terhadap subjek Matematik, mungkin kaedah ini dapat menarik minat mereka
terhadap Matematik seperti yang telah berlaku pada responden D saya.
Kaedah ini dapat membantu mereka untuk menjawab nombor besar dengan
lebih mudah dan sekiranya mereka mahir dengan teknik ini, kemungkinan besar
mereka sendiri dapat menyelesaikan masalah pendaraban tiga digit nombor dengan
tiga digit nombor yang lain dengan menggunakan kaedah yang sama dengan
menambah jumlah bulatan dan bentuk lebih besar.
Saya berharap kaedah ini dapat membuka ruang murid dan guru untuk
mencuba kaedah lain selain kaedah yang sedia ada, iaitu kaedah lazim dan kaedah
lattice yang sering digunakan oleh kebanyakkan sekolah pada masa kini. Selain itu
juga, saya berharap dengan adanya kaedah ini, ianya dapat meningkatkan prestasi
pelajar dalam ujian Matematik.

RUMUSAN

Kesimpulannya, objektif bagi membantu responden dalam menyelesaikan


masalah pendaraban yang melibatkan dua digit nombor dengan dua digit nombor
yang lain dengan menggunakan kaedah lelayang tercapai. Tahap keyakinan mereka
terhadap pembelajaran Matematik juga meningkat dan seterusnya meningkatkan
motivasi mereka dalam pembelajaran Matematik.

RUJUKAN
Apa itu kajian tindakan. [atas talian]: http://lawtuabeng.blogspot.com/2009/04/pengenalan-konsep-
dan-proses-kajian.html [26 Januari 2011]
Doctor Manson. (1996). The Math Forum. Ask Dr. Math: Question & Answers from our archieve.
[atas talian]: Available: http://mathforum.org/library/drmath/view/52468.html. [15 Jun 2011]
Jacqueline Tiong Hoe Ding (2010), Looking For The Pattern: A Method To Mastery Multiplication
Table 7, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Sarawak.
Kajian tindakan satu pengertian. [atas talian]: http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm
[26 Januari 2011]
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
NoorMala binti Ali, Mohamed Sharif bin Mustaffa & Roslee bin Ahmad. Pendekatan Temu bual
Sebagai Metod Kajian Kes. Suatu Perseрsi Di Kalangan Pelajar Peremрuan Cemerlang
Terhadaр Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling [atas talian] :
http://eprints.utm.my/2212/1/91.DrMuhdSharif%26Roslee.pdf [22 Jun 2011]
Pelan tindakan panitia matematik tahun 2000 hingga tahun 2005 [atas talian]:
http://www.sabah.edu.my/sk.pghapsah/bemate.htm [25 Januari 2011]
Pendaraban- bentuk lazim. [atas talian]: http://chekguisza.blogspot.com/2010/04/pendaraban-bentuk-
lazim.html [8 Januari 2011]
Suggate. J., Davis, A. & Goulding, M. (1998). Mathematical Knowledge for Primary Teacher.
London: David Fulton Publisher.
Tipe Skala Pengukuran (2007). [atas talian]: http://ta-tugasakhir.blogspot.com/2007/10/tipe-skala-
pengukuran.html [22 Jun 2011]
Zainuddin bin Abu Bakar & Mohd Rashidi bin Mat Jalil. Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam
Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4. Universiti Teknologi Malaysia

173
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email : 1ctmaz0601@yahoo.com, 2kiss9093@yahoo.com

174
RANGSANGAN MUZIK DAN NYANYIAN: MEMBANTU PENGUASAAN
SIFIR 6 HINGGA 8 BAGI MURID TAHUN LIMA

HELI LISTRIAN BINTI DATONG1


JONG CHEE FOOK2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan


rangsangan muzik dan nyanyian di dalam hafalan untuk menguasai sifir 6, 7 dan 8
bagi murid tahun lima. Terdapat empat orang responden yang terlibat di dalam
kajian ini dan merupakan murid yang bersekolah di salah sebuah sekolah di Miri.
Instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian dan ujian yang terdiri daripada Ujian
Pra/ Pasca dan Ujian Progresif. Ketiga-tiga instrumen ini digunakan untuk menguji
keberkesanan kaedah yang diperkenalkan di samping melihat sama ada responden
lebih berminat untuk menguasai sifir setelah didedahkan dengan rangsangan muzik
dan nyanyian di dalam hafalan sifir. Kajian ini adalah berpaksikan kepada tiga teori
utama iaitu teori Behaviourisme, teori Kecerdasan Pelbagai (muzik dan logik
matematik) dan Prinsip Premack yang mengaitkan perkara yang tidak diminati
dengan perkara yang diminati. Setelah lima sesi hafalan dijalankan, dapatan kajian
menunjukkan tiga daripada empat responden memberikan tindakbalas yang positif
dalam penguasaan sifir dan berminat untuk menguasai sifir. Oleh kerana manusia
mempunyai kecerdasan yang berbeza, sebelum kajian dijalankan, tinjauan awal
kecerdasan dan minat harus dijalankan sebelum sesi hafalan dimulakan.
Penggunaan satu, dua atau tiga rangsangan sahaja bagi tujuan hafalan sifir juga
sesuai untuk aplikasi pada masa akan datang.

ABSTRACT

This research was conducted to review the effectiveness of using music and singing
as stimuli in memorization to master the multiplication tables 6, 7 and 8 for year
five pupils. There were four respondents who participated in this research and they
were attending one of the schools in Miri. The instruments of this research were
observations and tests which included pre/ post-test and progressive test. All these
three instruments were used to test the effectiveness of the method and to see
wheter respondents like to learn multiplication table after received the music and
song stimuli. The research was implemented based on three theories, namely
Theory of Behaviorism, Theory of Multiple Intelligence which stresses on the
relationship between music and logic-mathematics and finally Premack Principle
which relates things that are likeable or not. After five memorization sessions were
conducted, the findings showed that three out of four respondents gave positive
reactions in memorizing the multiplication tables and like to master the
multiplication table. Since people have different intelligences, then, before the
research was conducted, researcher had to carry out survey to verify the interest and
intelligence of the respondents. It must be conducted before the memorizing session
started. The usage of one, two or three stimuli in memorizing multiplication tables
were also suitable for future applications.

PENDAHULUAN

Masalah dalam hafalan sifir bukanlah suatu masalah baru dan sering berlaku
pada setiap peringkat pembelajaran di sekolah. Ia bagaikan suatu fenomena
175
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

‘kelaziman’ yang sering berlaku dan tidak pula menimbulkan perasaan pelik dan
curiga. Akan tetapi jika ‘kelaziman’ ini jika tidak dibendung dan dihapuskan dari
akar umbinya, ia akan menjadi duri dalam daging yang akan membahayakan
sesebuah institusi atau sekolah itu sendiri. Hal ini kerana sifir merupakan nadi utama
penguasaan subjek matematik yang lebih mendalam.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan tentang cara untuk mengatasi masalah murid yang
tidak mengenal dan sukar untuk menghafal, menguasai dan memahami konsep sifir
terutamanya sifir 6, 7 dan 8 dengan menggunakan rangsangan muzik dan nyanyian.
Berdasarkan pemerhatian pada praktikum lepas, setiap kali perhimpunan,
beberapa orang murid akan dipanggil dan dikehendaki untuk menyebut sifir di
hadapan umum sama ada sifir 2 hingga sifir 9. Walaupun begitu, tidak semua murid
mampu untuk menyebut dan menghafal sifir. Keseronokan dalam menghafal sifir
juga tidak terpancar pada wajah mereka dan tidak melampau jika dikatakan mereka
bosan dan terpaksa untuk menghafal benda yang tidak menarik minat mereka.
Berdasarkan temu bual tidak rasmi pengkaji dengan beberapa orang murid
tahap dua, mereka menyuarakan bahawa sifir menjadi suatu benda yang menakutkan
mereka kerana mereka terpaksa menghafal sifir kerana takut dimarahi guru dan
sebagainya. Diharapkan kajian ini dapat membantu murid meningkatkan daya
ingatan dalam menghafal dan menguasai sifir di samping berasa seronok dalam
mendalami ilmu sifir yang dipraktikkan.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mensasarkan dua objektif dan dua persoalan. Objektif utama kajian
ini adalah pengkaji ingin mengenalpasti sama ada penggunaan rangsangan muzik dan
nyanyian dapat meningkatkan prestasi penguasaan sifir 6, 7 dan 8 dalam kalangan
murid tahun lima. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti jika murid lebih
berminat untuk menghafal sifir setelah didedahkan dengan rangsangan muzik dan
nyanyian di dalam hafalan sifir.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Kamaliah Aminah Binti Abdullah @ Abu Bakar (2006), kaedah


konvensional yang digunakan hari ini untuk menguasai sifir iaitu dengan kaedah
hafalan biasa yang kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi
yang lazim dilalui oleh murid. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang
menarik, membosankan dan tidak merangsang keinginan murid untuk bersungguh-
sungguh menguasai sifir. Kaedah ini juga hanya sesuai bagi sesetengah murid dan
tidak praktikal bagi murid yang mempunyai masalah lemah daya ingatan. Mereka
akan merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah perkara yang sangat sukar.
Murid-murid yang dikatakan lemah dalam penguasaan sifir ini sering
dianggap sebagai murid-murid yang bermasalah dan kurang berpengetahuan. Ini
adalah sangkaan yang perlu dihapuskan sama sekali. Murid-murid yang lemah ini
berkemungkinan besar amat susah untuk menghafal sifir dalam keadaan yang

176
Heli Listrian Bt Datong & Jong Chee Fook

terpaksa dan terdesak. Mereka memerlukan rangsangan lain yang menjadi


kebijaksanaan, kelebihan dan yang menjadi minat mereka seperti dengan
menggunakan rangsangan muzik dan nyanyian. Kenyataan ini dikukuhkan lagi
dengan petikan daripada sebuah buku siri pendidikan yang ditulis oleh Mok Soon
Sang yang berpandukan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner,

“To develop potential so as to produce and appreciate rhytm, pitch,


timbre as well as form of musical expressiveness, teachers should
integrate music or rhythms with the teaching of mathematics, songs
and languages, especially rhymes and verse.”
(Mok, 2008)
Penyantuman dua elemen utama iaitu sifir dan muzik serta nyanyian yang
merupakan antara aktiviti yang dirasakan kurang menarik oleh murid-murid
(menghafal sifir) dan aktiviti yang menarik (muzik dan nyanyian), berdasarkan
Prinsip Premack, pengukuhan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati
akan meningkat. Penguasaan murid-murid terhadap sifir juga akan meningkat. Hal
ini kerana, Prinsip Premack ialah suatu prinsip mengaitkan aktiviti kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap
aktiviti yang kurang di minati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai ”Grandma’s
Rule” yang berasaskan kenyataan, ”kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis
memakan sayur-sayuran”. Sebagai guru, kita boleh menyelangkan aktiviti yang
menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan
kadar pembelajaran murid (Azizi Jaafar, 2009).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Schon et. al. (2007), beliau
membuktikan bahawa lagu (muzik dan nyanyian) didapati memudahkan lagi
pembelajaran berbanding dengan pertuturan khasnya dalam pembelajaran sesuatu
bahasa baru. Lagu mendatangkan fungsi emosi (keterbukaan dan kesenangan), dan
juga memudahkan proses pembelajaran atas sebab strukturnya yang mudah dan
berulang.
Ayat di bawah merupakan terjemahan ayat Al Quran dalam Surah Al
Muzzammil ayat keempat yang mana dalam ayat ini Allah S.W.T. memerintahkan
Nabi Muhammad S.A.W. supaya membaca Al Quran secara tartil, iaitu membaca Al
Quran dengan perlahan-lahan dengan bacaan yang fasih serta mendalami erti dan
maksud daripada ayat-ayat yang di baca tersebut sehingga berkesan di dalam hati.
“atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al quran itu dengan
perlahan-lahan.”
(Surah al Muzzammil: 4)
Waluyo Al Fadhil (2011) menyatakan di dalam laman web rasmi beliau,
Bimbingan Belajar Cepat Al Quran, membaca Al Quran secara tergesa-gesa atau
dengan lagu yang baik tetapi tidak memahami ertinya adalah suatu indikasi bahawa
si pembaca tidak mendalami isi ayat yang terkandung dalam ayat-ayat yang
dibacanya. Situasi ini adalah seiras dengan fenomena murid-murid di sekolah pada
masa dulu dan kini yang menggunakan teknik hafalan dan penguasaan sifir dengan
cara yang tergesa-gesa tanpa mengerti apa yang dihafalkan mereka. Oleh kerana itu,
dengan menggunakan rangsangan muzik dan nyanyian, sedikit sebanyak teknik
menghafal sifir dapat membantu dalam penguasaan sifir bagi murid-murid di sekolah
rendah.

177
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun lima. Dua orang daripadanya
adalah perempuan dan dua lagi adalah lelaki. Murid-murid ini dipilih berdasarkan
temu bual yang akan dijalankan dan pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas.
Melalui pemerhatian yang dilakukan, keempat-empat murid ini mempunyai
pengetahuan yang sederhana dalam subjek matematik dan mempunyai daya ingatan
yang kurang baik di mana mereka cepat lupa akan apa yang diajarkan guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

PROSEDUR TINDAKAN

Rangsangan yang diberikan dijalankan dalam lima sesi. Sesi yang pertama
dijalankan dengan memberikan ujian pra kepada responden. Setelah itu, responden
diberikan jadual sifir 6 (lirik) dan diajarkan menyanyikan lagu sifir 6 menggunakan
melodi dan muzik lagu ‘Lompat Si Katak Lompat’. Sesi kedua dijalankan untuk
menghafal dan menyanyikan sifir 7. Akan tetapi, sebelum sesi menghafal sifir 7
dijalankan, nyanyian sifir 6 dijalankan menggunakan rangsangan muzik tanpa
merujuk kepada lirik yang diberikan. Setelah itu responden dikehendaki
melengkapkan jadual sifir 6 secara bertulis. Sesi menyanyikan sifir 7 adalah
menggunakan melodi dan muzik adaptasi dari lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ berpandukan
lirik yang diberikan. Sesi yang ketiga berlangsung dengan menyanyikan lagu sifir 6
dan 7 tanpa berpandukan lirik. Seperti sebelumnya, jadual sifir 6 dan jadual sifir 7
harus dilengkapkan sebelum sesi menyanyi dan menghafal sifir 8 dijalankan dengan
menggunakan melodi dan muzik lagu ‘Enjit-enjit Semut’ sebagai rangsangan dengan
berpandukan lirik yang diberi pengkaji di awal sesi. Sesi yang keempat dimulakan
dengan menyanyikan lagu sifir 6, 7 dan 8 tanpa merujuk kepada jadual sifir yang
diberikan. Seperti sebelumnya, latihan melengkapkan tempat kosong di dalam jadual
sifir 6, 7 dan 8 dijalankan. Sesi yang terakhir dijalankan secara individu di mana
responden harus menyanyikan ketiga-tiga sifir iaitu sifir 6, 7 dan 8 dengan iringan
muzik tanpa berpandukan jadual sifir/ lirik yang dibekalkan pada sesi-sesi yang
sebelumnya. Setelah itu, ujian pasca dijalankan bagi menguji keberkesanan kaedah
yang diberikan kepada responden.

CARA PENGUMPULAN DATA

Tiga instrumen digunakan bagi tujuan pengumpulan data iaitu Ujian Pra/
Pasca, Ujian Progresif dan Pemerhatian. Pemerhatian dijalankan semasa sesi hafalan
sifir dijalankan. Pemerhatian dikhususkan kepada sikap, minat dan juga tahap
penglibatan responden. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi hafalan dimulakan dan
mengandungi soalan yang lebih kepada melengkapkan jadual sifir. Ujian Pasca pula
dijalankan setelah sesi hafalan selesai keseluruhannya. Seterusnya, Ujian Progresif
dijalankan selepas Ujian Pasca. Ujian ini mengandungi 10 soalan yang melibatkan
pendaraban nombor 1-digit dengan 1-digit dan berfokuskan kepada sifir 6, 7 dan 8
sahaja.

178
Heli Listrian Bt Datong & Jong Chee Fook

CARA MENGANALISIS DATA

Data-data yang diperoleh daripada ketiga-tiga instrumen; pemerhatian, Ujian


Pra/ Pasca dan Ujian Progresif dianalisis mengikut kaedah yang tertentu. Analisis
data pemerhatian dilakukan dan diringkaskan di dalam bentuk jadual. Tahap
penglibatan, minat dan sikap diwakilkan dalam bentuk ikon (smiley) yang mana ikon
yang menunjukkan mimik muka yang senyum menunjukkan tahap penglibatan,
minat dan sikap yang positif manakala ikon yang menunjukkan mimik muka yang
sedih menunjukkan tahap penglibatan, minat dan sikap yang negatif semasa sesi dan
aktiviti hafalan sifir dijalankan. Markah yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian
Pasca yang diberikan akan direkodkan dalam bentuk peratus. Hal ini adalah untuk
memberi kemudahan kepada pengkaji dalam menganalisis dan mengikuti
perkembangan murid sebelum, semasa dan selepas diberikan pendedahan kepada
rangsangan muzik dan nyanyian dalam hafalan sifir. Markah-markah responden akan
dikira kemudiannya dalam bentuk min menggunakan rumus yang berikut:

Jumlah markah semua responden


Min =
Jumlah semua responden

Seperti ujian pra dan pasca, pengiraan markah bagi ujian progresif juga
direkodkan dalam bentuk peratus. Ujian ini mengandungi 10 soalan dan setiap soalan
mengandungi pemberat markah sebanyak 10%. Markah yang diperolehi responden
adalah berdasarkan jawapan yang diberikan sama ada betul ataupun salah. Jawapan
yang betul akan mendapat 10% bagi setiap jawapan yang betul dan 10% lagi akan
ditolak bagi setiap jawapan yang salah. Min markah bagi ujian ini akan dintentukan
melalui rumus yang berikut:

Jumlah markah semua responden


Min =
Jumlah semua responden

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang pertama berkisarkan markah bagi Ujian Pra/ Pasca untuk
kitaran pertama yang diperoleh keempat-empat responden kajian. Perbezaan markah
direkodkan di dalam jadual bagi mengenalpasti tahap penguasaan responden sebelum
dan selepas menjalani aktiviti hafalan sifir yang melibatkan rangsangan muzik dan
nyanyian.

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Pertama

Responden Ujian Pra Ujian Pasca I Perbezaan Markah


(%) (%) (%)
A 41 52 11
B 56 67 11
C 37 37 0
D 74 82 8

179
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Berdasarkan Jadual 1, Responden A dan B mendapat kenaikan markah


sebanyak 11% daripada Ujian Pra kepada Ujian Pasca untuk kitaran yang pertama.
Responden A telah mendapat 41% markah semasa Ujian Pra dan 52% semasa Ujian
Pasca I manakala Responden B telah mendapat 56% dan 67% markah masing-
masing bagi Ujian Pra dan juga Ujian Pasca I. Responden C pula mendapat markah
yang sama bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca I iaitu 37% manakala
Responden D mendapat peningkatan markah dari 74% semasa ujian pra ke 82%
semasa Ujian Pasca. Graf (Rajah 1) menunjukkan perbezaan markah yang diperolehi
oleh keempat-empat responden bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Perbezaan Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian


Pasca I
100
Markah (%)

80
60
40
Ujian Pra
20
0 Ujian Pasca I
A B C D
Responden

Rajah 1: Perbezaan Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca I

Daripada Jadual 1, markah bagi kedua-dua ujian yang dijalankan meningkat


bagi tiga responden dan seorang responden lagi iaitu Responden C tidak mencapai
apa-apa peningkatan atau penurunan markah setelah rangsangan muzik dan nyanyian
dalam hafalan sifir dijalankan. Peningkatan yang amat positif berlaku ke atas kedua-
dua responden perempuan yang mencapai peningkatan sehingga 11% manakala
Responden D yang merupakan murid lelaki juga menerima pencapaian yang baik
iaitu sebanyak 8%.
Analisis dapatan seterusnya adalah perbezaan markah bagi kedua-dua Ujian
Pasca dari gelungan pertama dan kedua. Dapatan kajian bagi perbezaan ini
diringkaskan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Markah bagi Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kedua

Responden Ujian Pasca I Ujian Pasca II Perbezaan Markah


(%) (%) (%)
A 52 59 7
B 67 70 3
C 37 30 -7
D 82 78 -4

Jadual 2 menunjukkan peningkatan markah bagi kedua-dua responden


perempuan dan penurunan markah bagi kedua-dua responden lelaki dari Ujian Pasca
dalam kitaran pertama dan kedua. Responden A mendapat 52% markah pada Ujian
Pasca pertama dan meningkat sebanyak 7% dalam Ujian Pasca kedua dengan
mendapat 59% markah. Responden B pula mencapai peningkatan sebanyak 3%
180
Heli Listrian Bt Datong & Jong Chee Fook

dengan mendapat 67% markah pada Ujian Pasca kitaran pertama dan 70% markah
pada Ujian Pasca kitaran kedua. Responden C pula mencapai penurunan yang agak
tinggi iaitu sebanyak 7% dengan mendapat 30% pada Ujian Pasca kitaran kedua dan
37% pada Ujian Pasca kitaran pertama. Responden terakhir iaitu responden D juga
mengalami penurunan markah dengan mendapat 82% dan 78% pada Ujian Pasca
kitaran pertama dan kedua dengan peratus markah menurun sebanyak 4%. Graf
(Rajah 2) menunjukkan perbezaan markah bagi Ujian Pasca pada kitaran pertama
dan kitaran yang kedua.

Perbezaan Markah Bagi Ujian Pasca I dan


Ujian Pasca II
100
Markah (%)

80
60
40
Ujian Pasca I
20
0 Ujian Pasca II
A B C D
Responden

Rajah 2: Perbezaan Markah Bagi Ujian Pasca I dan Ujian Pasca II

Rajah 2 menunjukkan sebuah graf yang menjelaskan lagi perbezaan markah


yang diperolehi keempat-empat responden bagi Ujian Pasca untuk kitaran yang
pertama dan Ujian Pasca untuk kitaran yang kedua.
Jadual seterusnya pula menunjukkan markah bagi kedua-dua Ujian Progresif
yang dijalankan pada kitaran pertama dan kedua kajian (Jadual 3). Berdasarkan
Jadual 3, tidak ada penurunan markah berlaku bagi keempat-empat responden.
Responden A menunjukkan peningkatan markah sebanyak 10% dengan mendapat
60% markah bagi Ujian Progresif kitaran pertama dan 70% bagi Ujian Progresif
kitaran kedua. Tidak ada penurunan dan peningkatan markah berlaku bagi
Responden B dan C yang mana mereka mendapat 70% markah dan 40% markah
masing-masing untuk kedua-dua Ujian Progresif dalam kedua-dua kitaran kajian.
Peningkatan yang amat baik dan tertinggi dalam kedua-dua Ujian Progresif dialami
oleh Responden D yang mendapat 80% markah Ujian Progresif kitaran pertama dan
markah penuh pada Ujian Progresif kitaran kedua dengan peningkatan markah
sebanyak 20%. Graf (Rajah 3) menunjukkan perbezaan markah bagi Ujian Progresif
untuk kitaran pertama dan kitaran kedua.

Jadual 3: Markah bagi Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kedua

Responden Ujian Progresif I Ujian Progresif II Perbezaan Markah


(%) (%) (%)
A 60 70 10
B 70 70 0
C 40 40 0
D 80 100 20

181
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Perbezaan Markah Bagi Ujian Progresif I dan


Ujian Progresif II
120
100

Markah (%)
80
60
40 Ujian Progresif I
20 Ujian Progresif II
0
A B C D
Responden

Rajah 3: Perbezaan Markah Bagi Ujian Progresif I dan Ujian Progresif II

Jadual 4 menunjukkan min markah bagi kesemua ujian-ujian yang telah


diberikan kepada responden. Di dalam Ujian Pra min markah bagi keempat-empat
responden adalah sebanyak 52.0% dan min markah mereka meningkat pada Ujian
Pasca kitaran pertama sebanyak 7.5% iaitu dengan mendapat 59.5%. Penurunan tipis
min markah berlaku pada Ujian Pasca kitaran kedua sebanyak 0.2%. Akan tetapi,
min markah meningkat dalam Ujian Progresif kitaran pertama dan kitaran kedua iaitu
daripada 62.5% pada kitaran pertama dan 70.0% pada kitaran seterusnya.

Jadual 4: Min Markah Bagi Setiap Ujian

Jenis ujian Min


Ujian Pra 52.0
Ujian Pasca I 59.5
Ujian Pasca II 59.3
Ujian Progresif I 62.5
Ujian Progresif II 70.0

Graf (Rajah 4) di bawah menunjukkan peratus min markah bagi setiap ujian
yang telah dilalui responden iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan
kedua beserta Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kedua.

Min Markah Bagi Setiap Ujian


80
60
Min

40
20
0
Ujian Ujian
Ujian Ujian Ujian
Progresif Progresif
Pra Pasca I Pasca II
I II
Min 52 59.5 59.3 62.5 70

Rajah 4: Min Markah Bagi Setiap Ujian

182
Heli Listrian Bt Datong & Jong Chee Fook

Berdasarkan dapatan pada Jadual 4, didapati walaupun berlaku penurunan


min markah daripada Ujian Pasca bagi kitaran yang pertama kepada Ujian Pasca
untuk kitaran yang kedua, peningkatan yang amat baik berlaku pada Ujian Progresif
dalam kitaran pertama dan kitaran kedua. Hal ini membuktikan bahawa terdapat
peningkatan yang memberangsangkan terhadap responden.
Dapatan kajian yang seterusnya adalah melalui instrumen pemerhatian. Data
pemerhatian dianalisis dalam bentuk jadual. Jadual 5 menunjukkan analisis daripada
pemerhatian yang didapati daripada kelima-lima sesi bagi kitaran pertama dan kedua.
Berdasarkan pemerhatian (Jadual 5) yang dilakukan, dalam kelima-lima sesi
bagi kitaran pertama dan kedua terdapat perbezaan sikap dan penglibatan responden.
Pada kitaran pertama, Responden A menunjukkan minat dan penglibatan yang tinggi
di sepanjang sesi pertama, kedua dan ketiga. Akan tetapi, semasa sesi keempat
berlangsung, Responden A kelihatan seperti kurang berminat dan menunjukkan sikap
acuh tak acuh semasa proses menghafal sifir berjalan. Walaupun begitu, hal ini cuma
berlaku sementara dan pada sesi yang terakhir, Responden A kembali menunjukkan
minat dan terlibat aktif semasa aktiviti dijalankan. Pada kitaran yang kedua pula,
Responden A menunjukkan minat yang tinggi serta penglibatan yang aktif di
kesemua sesi. Secara keseluruhan, Responden A memberikan penglibatan yang amat
baik di sepanjang sesi hafalan sifir menggunakan rangsangan muzik dan nyanyian
dijalankan baik pada kitaran pertama mahupun kitaran yang kedua.

Jadual 5: Analisis Pemerhatian Lima Sesi Bagi Kitaran Pertama dan Kedua

Sesi Pemerhatian/ Responden Responden Responden Responden


Analisis A B C D
K1 K2 K1 K2 K1 K2 K1 K2
Minat        
1 Penglibatan        
Sikap        
Minat        
2 Penglibatan        
Sikap        
Minat        
3 Penglibatan        
Sikap        
Minat        
4 Penglibatan        
Sikap        
Minat        
5 Penglibatan        
Sikap        

Petunjuk bagi Jadual:


K1 = Kitaran pertama
K2 = Kitaran kedua
 = Berminat
 = Kurang berminat
 = Tidak berminat

183
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Responden B pula mempunyai mood yang berubah-ubah dan sukar dijangka.


Pada kitaran pertama, untuk sesi pertama, ketiga dan keempat, Responden B
menunjukkan minat dan penglibatan yang sederhana. Responden ini tidak kelihatan
terlalu berminat atau tidak berminat dengan sesi yang dijalankan. Akan tetapi, pada
sesi kedua dan kelima, responden ini menunjukkan minat yang tinggi akan tetapi
penglibatan yang kurang aktif semasa sesi tersebut berjalan. Pada kitaran kedua pula,
di awal-awal sesi iaitu pada sesi pertama, kedua dan ketiga, responden ini
menunjukkan minat tinggi akan tetapi kurang aktif dari segi penglibatan. Setelah
melalui ketiga-tiga sesi yang awal, pada sesi keempat dan kelima minat yang
ditunjukkan adalah baik dan pada masa yang sama, penglibatan yang diberikan juga
semakin aktif dan memuaskan. Secara keseluruhannya, walaupun responden ini
kelihatan polos, akan tetapi agak sukar untuk mengenalpasti fiil dan sikap beliau.
Responden C pula kurang menunjukkan minat pada sesi pertama dijalankan
untuk kitaran yang pertama. Tahap penglibatan juga tidak tinggi. Reaksi seperti ini
ditunjukkan oleh Responden C bukan untuk sesi yang pertama sahaja, akan tetapi
ianya berlanjutan sehingga ke sesi yang keempat. Pada sesi yang kelima, minat yang
ditunjukkan meningkat walaupun tahap penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan
adalah tidak memuaskan. Semasa kitaran yang kedua dijalankan, untuk sesi yang
pertama dan kedua, responden ini juga masih kurang berminat dan tidak memberikan
kerjasama yang tinggi dari segi melibatkan diri semasa aktiviti berlangsung. Akan
tetapi, hal ini tidak berterusan, pada sesi yang ketiga hingga keakhirnya, Responden
C menunjukkan peningkatan dari segi minat, penglibatan dan juga sikap. Secara
keseluruhannya, responden ini agak kurang berminat dengan sesi yang dijalankan.
Pada kitaran yang pertama, Responden D menunjukkan minat yang tinggi,
penglibatan yang aktif serta sikap yang baik pada setiap sesi yang dijalankan. Akan
tetapi, pada sesi yang ketiga untuk kitaran yang pertama, pengkaji mendapati
terdapat perubahan sikap terhadap responden ini. Responden ini juga kurang aktif
semasa aktiviti dijalankan. Pada kitaran yang kedua, Responden D memberikan
kerjasama yang tinggi dan tidak menunjukkan tanda-tanda sikap yang negatif dalam
kesemua sesi. Tahap penglibatan yang ditunjukkan juga aktif. Responden D juga
kelihatan amat berminat untuk melakukan segala aktiviti di sepanjang kesemua sesi
berlangsung. Secara keseluruhannya, responden ini memberikan maklumbalas yang
memuaskan dan tidak mengecewakan pengkaji.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Sepanjang menjalankan kajian ke atas empat orang responden yang terpilih di


salah sebuah sekolah di Miri ini, terdapat banyak kelemahan dan kelebihan yang
dapat dikenalpasti. Melalui markah-markah yang dikumpul hasil ujian sebelum,
sepanjang dan selepas kelima-lima sesi dijalankan, didapati kaedah rangsangan
muzik dan nyanyian dalam hafalan sifir yang diberikan kepada responden memberi
sedikit sebanyak impak positif kepada responden dari pelbagai sudut. Impak positif
yang dapat dilihat adalah dari segi peningkatan penguasaan sifir terhadap keempat-
empat responden khususnya sifir 6, 7 dan 8. Hal ini dapat dilihat melalui prestasi
responden A, B dan D. Mereka menunjukkan peningkatan yang baik setelah dibuat
perbandingan antara ujian-ujian yang telah mereka jalankan.
Responden A menunjukkan peningkatan markah yang baik dan berterusan
bermula daripada Ujian Pra sehinggalah ke Ujian Progresif II. Responden ini juga
tidak mengalami apa-apa penurunan markah. Hal ini menunjukkan Responden A

184
Heli Listrian Bt Datong & Jong Chee Fook

akhirnya dapat menguasai sifir 6, 7 dan 8 setelah diberikan rangsangan muzik dan
nyanyian di dalam hafalan sifir.
Responden B pula menunjukkan peningkatan markah yang baik dan tidak
mengalami apa-apa penurunan markah bagi kelima-lima ujian yang diduduki. Akan
tetapi, responden ini tidak mengalami apa-apa kenaikan atau penurunan markah
semasa Ujian Progresif I dan Ujian Progresif II dilangsungkan. Walaupun begitu,
responden ini menunjukkan peningkatan penguasaan sifir yang baik setelah
menjalani aktiviti yang melibatkan hafalan sifir dengan menggunakan rangsangan
muzik dan nyanyian.
Responden C pula tidak menunjukkan apa-apa peningkatan markah untuk
kesemua ujian yang diduduki. Responden ini juga menunjukkan penurunan markah
yang agak drastik setelah perbandingan dibuat untuk Ujian Pacsa I dan Ujian Pasca
II. Secara keseluruhan, responden ini tidak menunjukkan apa-apa peningkatan yang
baik dari segi tahap penguasaan sifir 6, 7 dan 8 malahan mendapat markah yang
paling rendah diantara keempat-empat responden bagi kajian ini.
Responden yang keempat pula iaitu Responden D memberikan markah yang
baik untuk kesemua ujian yang dijalankan. Akan tetapi, sama seperti Responden C,
responden ini mengalami penurunan markah daripada Ujian Pasca I ke Ujian Pasca
II. Walaupun begitu, responden ini merupakan responden yang memberikan markah
yang paling tinggi. Penguasaan terhadap sifir 6, 7 dan 8 juga meningkat.
Dengan penggabungan kedua-dua elemen muzik dan nyanyian ke dalam sifir,
di dapati, proses menghafal sifir menjadi lebih seronok, enjoyable dan tidak memberi
tekanan kepada murid-murid untuk terpaksa menghafal sesuatu yang mereka tidak
minati. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji disepanjang sesi hafalan
sifir berlangsung, Responden A dan D menunjukkan minat, penglibatan dan sikap
yang amat baik. Kedua-dua responden ini menerima baik kaedah hafalan sifir yang
diperkenalkan disamping memberikan kerjasama yang baik sekali semasa sesi
hafalan berlangsung. Responden B pula menunjukkan minat, penglibatan dan sikap
yang sederhana semasa sesi hafalan sifir pada kitaran pertama dan awal sesi hafalan
sifir kitaran yang kedua. Walaupun begitu, di akhir sesi kitaran yang kedua,
responden ini menunjukkan minat, penglibatan dan sikap yang baik. Keseluruhannya
ketiga-tiga responden ini menunjukkan minat yang mendalam setelah diberikan
pendedahan kepada hafalan sifir yang menggunakan rangsangan muzik dan nyanyian
untuk membantu mereka menguasai sifir 6, 7 dan 8.
Akan tetapi, tidak semua responden memberikan respon yang positif terhadap
rangsangan yang diberikan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
mendapati terdapat seorang responden (Responden C) tidak memberikan
maklumbalas yang positif sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan. Responden
ini selalu kelihatan murung dan tidak menunjukkan minat dan penglibatan semasa
aktiviti menghafal sifir dijalankan. Hampir kesemua sesi yang dijalankan pada
kitaran pertama dan kedua, Responden C tidak menunjukkan minat, sikap dan
penglibatan yang memberangsangkan. Seperti yang dinyatakan oleh Howard Gardner
(1983), setiap murid mempunyai jenis kecerdasan dan kelebihan yang tersendiri dan
pelbagai. Pengkaji berpendapat, Responden C tidak mempunyai kelebihan dan
kecerdasan ataupun minat dalam bidang muzik dan nyanyian. Responden ini
mempunyai kelebihan dan kecerdasan yang lain dan tidak sesuai untuk diberikan
rangsangan ini. Hal ini disokong melalui pemerhatian yang dijalankan pengkaji, yang
mana responden ini tidak minat untuk mengikut rentak nyanyian ataupun boleh
dikenalpasti sebagai seseorang yang tone deaf.

185
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Kesimpulannya, tiga daripada empat responden yang terpilih untuk kajian ini
menunjukkan prestasi yang baik dan peningkatan yang memberangsangkan dalam
penguasaan sifir 6, 7 dan 8. Hal ini merupakan kejayaan yang membanggakan
walaupun seorang daripada empat responden bagi kajian ini tidak menunjukkan
perubahan prestasi penguasaan sifir.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji berpendapat, pada masa hadapan, sebelum rangsangan muzik dan


nyanyian diberikan kepada murid sasaran, pengkaji harus memastikan murid-murid
yang terlibat mempunyai minat dan kecerdasan dari segi nyanyian dan muzik. Hal ini
kerana, terdapat murid yang tidak dapat belajar atau menjalankan proses hafalan
dengan iringan muzik sebagai rangsangan. Oleh itu, pemerhatian dan kaji selidik
awal tentang minat murid adalah penting bagi memastikan murid dapat menguasai
sifir seperti yang diharapkan. Kaedah yang sama tetap digunakan akan tetapi sedikit
pengubahsuaian diperlukan untuk memastikan kesesuaian, keselesaan dan
keberkesanan kaedah rawatan.
Oleh kerana manusia mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai dan
berbeza, pada masa hadapan, kajian ini boleh diperkayakan dengan menggunakan
alternatif atau rangsangan lain selain daripada muzik dan nyanyian sesuai dengan
tahap kecerdasan murid. Rangsangan lain yang boleh digunakan untuk menghafal
sifir adalah seperti menggunakan satu, dua atau tiga rangsangan dalam satu masa dan
digabungkan dengan sifir yang ingin dihafal. Sebagai contoh rangsangan yang
diberikan boleh dalam bentuk muzik dan sifir sahaja, muzik dan nyanyian berserta
sifir sahaja ataupun hasil gabungan rangsangan muzik, nyanyian dan pergerakan
untuk menghafal sifir.
Pengaplikasikan kaedah rangsangan muzik dan nyanyian ini boleh digunakan
untuk sifir yang lain bermula daripada sifir 2 hingga sifir 9. Akan tetapi, lagu dan
muzik yang dipilih haruslah berbeza mengikut sifir yang ingin dihafal. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam menghafal dan menguasai sifir yang
berkaitan.

RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun lima yang


mempunyai kesukaran dalam menghafal sifir khususnya sifir 6, 7 dan 8. Penggunaan
rangsangan muzik dan nyanyian dalam hafalan sifir untuk meningkatkan prestasi
penguasaan sifir di kalangan murid-murid tahun lima adalah merupakan satu
alternatif yang bijak dan mendapat respon yang positif. Kajian juga mendapati
peningkatan dari segi penguasaan sifir 6, 7 dan 8 di kalangan responden meningkat.
Responden juga lebih berminat dan seronok menghafal sifir dengan menggunakan
rangsangan muzik dan nyanyian. Penggunaan rangsangan lain seperti pergerakan
juga akan dijalankan pada masa akan datang dengan pengaplikasian yang lebih
meluas bermula dari sifir 2 hingga sifir 9.

186
Heli Listrian Bt Datong & Jong Chee Fook

RUJUKAN

Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia. (2007). Hiburan dan muzik. [Atas talian]:
http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sd=405. (5 Mac
2011).
Azizi Jaafar. (2009). Teori behavioris. [Atas talian]: http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-
behavioris.html. (12 Mac 2011).
Haniey Nasir. (2007). Peranan muzik memupuk minda kanak-kanak. [Atas talian]:
http://intim.wordpress.com/2007/08/16/peranan-muzik-memupuk-minda-kanak-kanak/. (6
Mac 2011)
Kamaliah Aminah Binti Abdullah @ Abu Bakar. (2006). Penggunaan rangsangan muzik terhadap
penguasaan sifir pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Farizal Bin Hassim. (2008). Muzik dan Matematik. [Atas talian]:
http://cikgufarizal.com/matematik-dan-muzik/. (15 Mac 2011).
Mok, Soon Sang. (2008). Educational psychology & pedagogy: Learner and learning environment.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Aziz Nik Pa. (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala
Lumpur: DBP.
Noorhaqmal Mohamed Noor. (2009). Muzik dan Pembelajaran: Satu Penelitian. [Atas talian]:
http://www.facebook.com/note.php?note_id=95508682258. (15 Mac 2011).
Olson, K. D. (1996). The Effects of Music on The Mind. [Atas talian]:
http://www.reversespins.com/effectsofmusic.html. (15 Mac 2011).
Pendidikan Muzik. (2010). Asas Muzik. [Atas talian]: http://pendidikanmuzik.blogspot.com/. (12 Mac
2011).
Schon, D. et. al. (2007). Songs as an Aid for Language Acquisition. Canada: Universite de Montreal.
Waluyo Al Fadhil. (2011). Bimbingan Belajar Cepat Al Quran: Q.S. Al Muzzammil ayat 4. [Atas
talian]: http://belajarcepatbacaquran.com/q-s-al-muzzammil-ayat-4/. (15 Mac 2011).
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1994). Ekonomi bijak dahulu bijak sekarang, ke arah merangsang,
membudayakan ilmu matematik. Berita Harian, 12 Nov 1994: 6.
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2011). Muzik. [Atas talian]: http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik (12
Mac 2011).
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2011). Nyanyian. [Atas talian]:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nyanyian (12 Mac 2011).

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Emel: 1heli.listrian@yahoo.com, 2jongcf@yahoo.com

187
TEKNIK MEMBINA GAMBARAJAH SIFIR DALAM MEMBANTU
MURID MENGUASAI SIFIR 2, 3 DAN 4

NOR AMILIA BINTI UNI1


HABIBAH BINTI MARZUKI2

ABSTRAK

Sifir merupakan salah satu asas matematik yang paling penting dikuasai terutamanya
untuk pelajar di sekolah rendah. Tanpa kemahiran sifir,ianya akan menyebabkan
pelajar tidak dapat melakukan operasi darab dan bahagi. Seterusnya akan
menyebabkan pelajar akan mengalami kesukaran untuk menguasai pelajaran
matematik kerana kemahiran sifir adalah merupakan kunci utama pelajaran
tersebut.Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan sifir darab dua hingga empat
murid-murid Tahun 5 di sekolah tempat kajian. Kajian ini mencuba pendekatan
alternatif selain teknik menghafal sifir darab untuk menguasai sifir darab.
Pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan gambarajah sifir. Kajian
ini telah melibatan dua kitaran selama 3 minggu. Responden kajian terdiri daripada
tiga orang murid PROTIM ( Program Pemulihan 3M ) Tahun Lima. Instrumen yang
digunakan adalah ujian,temu bual, pemerhatian dan dokumen. Hasil dapatan kajian
menunjukkan impak positif dimana ianya telah berjaya membantu responden
membina dan mengaplikasi teknik membina gambarajah sifir.

ABSRACT

Multiplication is one of the most basic skills that must be mastered by pupils in
primary school. It will lead to a failure in solving multiplication and division
problem if they could not master the timetable. It will also cause a problem to
master other Mathematics’ topics because most of the topics are related to
multiplication. The objectives of this study are to help pupils in year 5 to master
time table 2, 3 and 5 and to apply it in the multiplication problems. This study tried
alternative solution to master the time tables instead of memorizing them. The
alternative solution is by using pictures. This study was held within 2 weeks and
involving 2 cycles. The respondents chosen are 3 year 5 PROTIM’s( 3R Recovery
Program) pupils. The instruments used in this study are test, interview and
observation. The result of the study shows a positive impact of the respondents. The
technique was able to help the respondents to master and apply the time tables’
picture.

PENDAHULUAN

Sifir dalam bahasa yang mudah bermaksud nombor yang berkali-kali atau
nombor yang berulang-ulang. Sifir juga adalah singkatan bagi operasi darab dan
dalam erti kata yang lain ia adalah pendaraban antara dua nombor yang
menghasilkan nombor ketiga yang berganda.Sifir merupakan perkara asas yang
mesti dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat sekolah rendah lagi. Adalah satu
kerugian sekiranya pelajar masih tidak dapat menguasai asas sifir kerana di sinilah
bermulanya segala cabang penyelesaian soalan matematik yang lain seperti operasi
darab, penyelesaian dalam operasi bahagi, pecahan, algebra dan lain-lain. Justeru itu
kemampuan pelajar menguasai sifir ini memudahkan pelajar untuk menguasai

188
Nor Amilia Binti Uni & Habibah Binti Marzuki

matapelajaran Matematik dalam topik-topik yang berikutnya. Impaknya pelajar akan


mula rasa seronok setiap kali dapat menyelesaikan soalan matematik seterusnya
dapat menguasai topik-topik dalam Matematik dengan mudah.

FOKUS KAJIAN

Fokus untuk kajian ini ialah membantu murid menguasai sifir 2, 3 dan 4
menggunakan teknik gambarajah sifir. Setelah mereka menguasai sifir 2, 3 dan 4,
mereka diharap akan dapat menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan sifir 2,
3 dan 4. Murid yang terlibat dalam kajian ini ialah murid-murid yang mempunyai
kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan penggunaan
sifir dua,tiga dan empat. Apabila mereka diberikan soalan matematik yang
melibatkan operasi darab, ternyata mereka tidak dapat menjawab dengan betul
kerana mereka mempunyai kelemahan dalam kemahiran memahami dan menghafal
sifir. Apabila ditanya bagaimana operasi mendarab, mereka menjawab tidak tahu
kerana sebelum ini mereka ditekankan untuk menghafal bukan memahami konsep
sifir. Murid yang terlibat ini tidak dapat menghafal sifir, jadi mereka tidak berminat
untuk menjawab soalan melibatkan operasi darab. Terdapat responden yang cuba
menghafal sifir,tetapi tidak berjaya kerana faktor ingatan yang lemah. Selain itu,
mereka juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan jawapan kepada sifir
kerana mereka tidak faham bahawa konsep sifir adalah penambahan berulang.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini khususnya bertujuan untuk membantu murid- murid Tahun Lima
yang lemah dalam matapelajaran Matematik.
Objektif kajian ini ialah;
a. Murid dapat menggunakan teknik gambarajah sifir untuk membina sifir 2,3
dan 4 setelah murid-murid diperkenalkan dengan teknik tersebut
b. Murid dapat mengaplikasikan teknik membina sifir 2, 3 dan 4 untuk
menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi darab.
c. Mengenalpasti masalah murid dalam membina dan mengaplikasi teknik
gambarajah sifir 2, 3 dan 4.
Berdasarkan isu dan objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, persoalanan
berikut akan cuba untuk diselesaikan;
a. Adakah murid akan dapat menggunakan teknik membina gambarajah untuk
membina sifir 2,3 dan 4 setelah murid-murid diperkenalkan dengan teknik
tersebut.
b. Adakah murid akan dapat mengaplikasikan teknik membina gambarajah sifir
2, 3 dan 4 apabila menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi
darab.
c. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid dalam membina dan mengaplikasi
teknik gambarajah sifir 2,3 dan 4.

189
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

TINJAUAN LITERATUR

Pendaraban merupakan satu proses penambahan berulang. Kemahiran


mendarab pula adalah kecekapan atau kepandaian dalam memperkalikan sesuatu
nombor( Kamus Dewan,2005).
Menurut Mohd Faizul Hafiz Bin A.Razak (2009), adalah amat penting bagi
murid-murid untuk menguasai teknik atau cara untuk menghafal sifir sebagai
langkah pertama dalam proses menjawab soalan matematik yang berkaitan dengan
operasi darab dan bahagi. Pernyataan ini telah disokong oleh Cooper (1994) yang
menyatakan;
“Obviously, the division facts are the reverse of multiplication fact;
therefore, students who do not know the multiplication facts are not
able to master the division facts.”
Menurut Mario Ganny Michael (2006) kesukaran mengingat fakta asas darab
menyebabkan murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang
melibatkan operasi darab dan bahagi. Kajian ini telah disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Aida Ibrahim (2006) yang juga mengatakan kesukaran mengingat
fakta asas darab menyebabkan murid mengambil masa yang lama apabila melibatkan
soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi
tidak bermakna (Ibrahim 1994). Murid-murid lebih banyak menghafal rumus,
'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar
(Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993). Keadaan ini tentunya
akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik
dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep
atau kemahiran matematik (Tengku Zawawi 1997).
Mook Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajar-
pelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan
tepat. Kajian ini membuktikan bila sifir ataupun fakta asas darab dapat dikuasai,
soalan operasi darab tidak lagi menjadi masalah kepada murid sekolah rendah.

KUMPULAN SASARAN

Murid yang terlibat dengan kajian tindakan ini ialah murid tahun lima yang
datang daripada salah sebuah sekolah di Miri. Bilangan murid yang terlibat dengan
kajian ialah tiga orang pelajar lelaki. Setelah ujian pra dijalan terhadap murid dalam
sebuah kelas, didapati 3 orang murid ini menghadapi masalah dalam menyelesaikan
soalan melibatkan sifir 2,3, dan 4. Untuk makluman, ketiga-tiga murid ini adalah
murid PROTIM( Program Pemulihan 3M )

190
Nor Amilia Binti Uni & Habibah Binti Marzuki

PROSEDUR TINDAKAN

Berikut merupakan peta minda prosedur tindakan berdasarkan Model Spiral


Kurt Lewin.

Rajah 1: Model Spiral Kurt Lewin

Berdasarkan model kajian tindakan Kurt Lewin, langkah pertama ialah


mengenalpasti idea. Idea dikenalpasti melalui tinjauan awal masalah. Bagi
mengenalpasti masalah yang dihadapi murid, maka satu tinjauan awal telah
dilakukan pengkaji. Bagi tujuan ini, tiga instrumen telah digunakan oleh pengkaji
iaitu instrumen ujian pra, instrumen dokumen (tugasan,latihan murid, jurnal, dan
senarai semak) dan instrumen temu bual.
Ujian pra merupakan salah satu instrumen yang telah dipilih oleh pengkaji
bagi tujuan ingin mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Ujian ini
diberikan kepada semua murid tahun 5 yang terlibat. Manakala soalan yang
diberikan pula adalah berdasarkan topik darab.
Pemerhatian dijalankan ke atas hasil kerja murid semasa prosess pengajaran
dan pembelajaran juga diambil sebagai salah satu instrumen untuk proses tinjauan
awal masalah. Sepanjang pengkaji mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran
juga, tugasan dan hasil kerja murid dikumpulkan sebagai salah satu intrumen untuk
pengkaji. Hasil kerja ini dinilai berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan
matematik yang melibatkan darab.
Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara
tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak
langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran
sifir darab. Semasa sesi temu bual dijalankan,pelbagai soalan diajukan bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Langkah kedua dalam Model Kurt Lewin ialah mencari fakta. Oleh
itu,sebelum melaksanakan kajian ini, pengkaji membuat tinjauan masalah berkenaan
kajian yang dijalankan. Bagi tujuan tinjauan masalah ini, pengkaji menjalankan
ujian. Ujian ini terdiri daripada dua fasa iaitu, fasa yang pertama ialah ujian membina
sifir 2, 3 dan sifir 4 manakala fasa yang kedua ialah dengan memberikan soalan
matematik yang melibatkan operasi darab 2,3 dan 4.
Langkah yang seterusnya selepas menganalisis tinjauan awal masalah ialah
memberikan kaedah penyelesaian kepada mereka iaitu dengan teknik gambarajah
sifir seperti berikut.
191
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

Sifir 2

Sifir Gambarajah Jawapan


1×2 2
2×2 4
3×2 6
4×2 8
5×2 10
6×2 12
7×2 14
8×2 16
9×2 18

Rajah 2 : Cara membina sifir 2

Dalam memberi pendedahan teknik ini kepada peserta, sebanyak lima sesi
yang akan diadakan dan setiap sesi akan mengambil masa selama setengah jam.
Semasa sesi pertama, murid diperkenalkan kepada apakah kumpulan dalam
sifir 2,3 dan 4. Kemudian murid akan dilatih tubi mengenai kumpulan dalam sifir.
Semasa sesi kedua, murid diperkenalkan bagaimana cara membina
gambarajah sifir. Dalam sesi ini, murid telah diberikan sebuah jadual sifir yang
kosong dan murid melukiskan gambarajah di dalam ruangan berkenaan. Selepas itu,
murid mengira jumlah gambarajah dan mengisi ruangan jawapan untuk sifir darab
.Untuk sesi ini, murid hanya dilatih untuk sifir 2 sahaja.
Selepas itu, semasa sesi ketiga murid telah disuruh mengingatkan kembali
gambarajah sifir dua semasa sesi pertama. Selepas itu, mereka telah didedahkan
dengan perkaitan antara sifir 2 dan 3. Seperti sesi yang pertama, murid telah
diberikan sebuah jadual sifir 3 yang perlu diisikan gambarajah dan mereka perlu
mengira jumlah gambarah tersebut sebagai jawapan sifir.
Semasa sesi yang keempat, mereka telah ditunjukkan kembali gambarajah
sifir 2 dan 3 yang mereka telah buat. Selepas itu, mereka cuba melukiskan
gambarajah sifir 3 dan mengira jumlah gambarajah untuk memperolah jawapan
kepada sifir 4.
Semasa sesi yang kelima, latih tubi dibuat untuk kesemua sifir. Mereka
diberikan jadual kosong untuk sifir 2, 3 dan 4 diminta untuk melukiskan gambarajah.
Selepas itu mereka akan lebih nampak perkaitan antara ketiga-tiga sifir tersebut.
Selepas tindakan ini dirancang, maka ia dilaksanakan bagi memenuhi langkah ke 4
dalam Model Kurt Lewin.
Selepas memberi pendedahan dan mengajarkan teknik kepada peserta
penilaian berikan dalam bentuk ujian. Ujian pasca merangkumi soalan matematik
yang melibatkan operasi darab 2,3 dan 4. Penilaian ini amat penting kerana
melaluinya, kita dapat mengenalpasti keberkesanan teknik yang kita ajarkan kepada
murid tersebut. Selepas ujian pasca diberikan, data dianalisis dan dinilai. Keputusan
yang diperoleh telah mencapai sasaran yang ditetapkan kecuali seorang responden
yang masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Maka, pengkaji membuat
192
Nor Amilia Binti Uni & Habibah Binti Marzuki

keputusan untuk melaksanakan gelung kedua untuk memperbaiki hasil dapatan


kajian. Untuk gelung kedua ini, pengkaji telah membuat modifikasi terhadap strategi
dalam mengajarkan teknik membina sifir tersebut agar dalam penilaian yang
seterusnya, hasil penilaian murid akan meningkat dan mencapai sasaran pengkaji. Ia
adalah langkah seterusnya yang boleh diambil dan merupakan langkah terakhir
dalam Model Kurt Lewin.

CARA PENGUMPULAN DATA


Bagi tujuan pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah iaitu
ujian pra dan ujian pasca, kaedah pemerhatian dan temu bual. Ketiga-tiga kaedah ini
digunakan sebelum,semasa dan selepas kajian dijalankan. Data-data ini adalah
penting untuk mendapatkan maklumat serta maklumbalas daripada responden
mahupun guru Matematik.
Ujian pra ini telah dijalankan pada 2 Ogos 2011 yang melibatkan 10 orang
murid. Kemudian, pengkaji memanggil semula 3 orang responden yang menepati
ciri-ciri yang diperlukan untuk diajarkan teknik membina gambarajah sifir. Selepas 3
sesi perjumpaan diadakan, ujian pasca pula diberikan iaitu pada 9 Ogos 2011.
Manakala untuk kitaran kedua,ujian pasca diberikan pada12 Ogos 2011. Markah
yang diperoleh responden telah pun direkod dalam bentuk peratus untuk tujuan
penilaian kemajuan.
Saya juga telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.
pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah dan juga pemerhatian terhadap dokumen-dokumen. Untuk merekodkan
pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan penbelajaran, jurnal dan senarai semak
telah digunakan. Jurnal ini juga dijadikan sebagai rujukan jika ada masalah yang
timbul semasa kajian dijalankan. Ia bertujuan mengimbas dan menyemak semula
perkara-perkara yang telah berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Manakala Senarai semak telah disediakan oleh pengkaji sebelum sesi mengajar
diadakan. Senarai semak ini merangkumi senarai respon ataupun reaksi terhadap
responden semasa mereka proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji
menandakan setiap respon atau reaksi responden berdasarkan senarai semak tersebut.
Dokumen lain seperti kertas-kertas ujian murid telah disimpan oleh pengkaji untuk
tujuan membuat analisis terhadap keputusan peserta setelah teknik membina sifir
tersebut diajarkan kepada mereka. Analisis dibuat berdasarkan kepada bagaimana
mereka menjawab soalan.
Temu bual yang digunakan adalah temu bual tidak berstruktur. Beberapa
soalan telah ditanyakan kepada responden dan juga guru Matematik sepanjang kajian
berlansung.

CARA MENGANALISIS DATA

Bagi tujuan penganalisisan data pula, pengkaji akan membuat analisis


terhadap data yang dikumpul oleh pengkaji melalui ujian pra dan ujian pasca dan
pemerhatian dan temu bual.
Setelah ujian pra dan ujian pasca dijalankan, markah yang diperoleh murid
direkodkan dalam bentuk peratus. Markah yang diperoleh dipersembahkan dalam
jadual untuk membuat perbandingan markah yang diperolah responden. Ini adalah
supaya perkembangan murid sebelum dan selepas diajarkan teknik membina sifir
193
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

dapat dilihat dengan berkesan.Formula berikut digunakan untuk melihat kemajuan


tersebut.
Kemajuan individu : (markah pasca 1- markah pra 1)
+ ( ujian pasca 2- ujian pasca 1)

Kemajuan keseluruhan : Hasil tambah semua kemajuan individu ÷ 3

Selain itu, pemerhatian dicatat dalam jurnal harian. Jurnal telah dibuat setelah
sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Di dalam penulisan
jurnal, beberapa aspek telah dikenalpasti seperti apakah masalah semasa
menjalankan kajian , huraian masalah dan juga tindakan yang akan diambil bagi
mengatasi masalah tersebut. Selain itu, catatan juga dibuat sama ada tindakan
tersebut berjaya atau tidak dan apakah tindakan selanjutnya.
Disamping itu, pemerhatian juga dibuat melalui dokumen murid dan senarai
semak. Kertas-kertas ujian murid disimpan oleh pengkaji untuk tujuan membuat
analisis terhadap keputusan peserta setelah teknik membina sifir tersebut diajarkan
kepada mereka. Analisis dibuat berdasarkan cara murid menjawab soalan. Daripada
dokumen ini, pengkaji boleh menilai adakah terdapat peningkatan terhadap cara
mereka menjawab soalan. Senarai semak telah disediakan oleh pengkaji dalam
bentuk borang yang ditandakan oleh pengkaji. Bedasarkan senarai semak ini,
pengkaji dapat menganalisis data berdasarkan dapatan daripada hasil menandakan
senarai semak tersebut.
Temu bual yang dijalankan adalah temu bual tidak berstruktur. Daripada
maklum balas yang diterima oleh pengkaji melalui temu bual, pengkaji dapat
menganalisis data berkenaan dan dapat merancang strategi pengajaran yang
bersesuaian dengan responden. Temu bual yang dijalankan juga berupaya
mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi oleh responden untuk
mengenalpasti kelemahan teknik ini.
Data-data yang diperoleh telah disimpulkan dengan ringkas sepanjang kitaran
1 dan 2 kajian ini dijalankan.

DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian ini telah digunakan untuk menjawab soalan kajian yang
telah ditentukan sebelum menjalankan kajian.

Adakah murid akan dapat menggunakan teknik membina gambarajah untuk


membina sifir 2, 3 dan 4 setelah murid-murid diperkenalkan dengan teknik
tersebut?
Sebelum teknik diaplikasikan, pengkaji ingin mengetahui adakah responden
berjaya membina sifir menggunakan gambarajah setelah diperkenalkan dengan
teknik tersebut. Daripada instrumen-instrumen yang telah dianalisis keputusannya,
ternyata kesemua responden telah berjaya membina sifir 2, 3 dan 4 dengan betul.
Mereka berupaya mendapatkan jawapan kepada sifir-sifir tersebut walaupun
mengambil masa untuk menyiapkannya. Responden A dan B menampakkan
peningkatan yang amat memberangsangkan di mana setelah diberikan sedikit
pendedahan tentang teknik membina sifir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
kedua-dua responden dapat menggunakan teknik tersebut. Lebih menakjubkan,
194
Nor Amilia Binti Uni & Habibah Binti Marzuki

responden A dan B malahan telah menggunakan mental calculation untuk membina


sifir 2, 3 dan 4. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati kedua-dua
responden A dan B ini telah menjangkaui matlamat kajian. Kedua-kedua responden
ini telah menjadikan teknik membina gambarajah sifir sebagai panduan dalam
membina sifir.
Daripada pemerhatian yang dijalankan, responden A menampakkan reaksi
yang paling positif dimana dia nampak seronok kerana berjaya mendapatkan
jawapan untuk setiap sifir. Semasa diberikan ujian pasca untuk membina sifir,dia
sangat suka dan mengatakan bahawa ianya senang sahaja.
Jadual berikut merupakan keputusan Ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 dalam
membina sifir 2, 3 dan 4 dan perbandingan secara keseluruhan.

Responden Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Perkembangan


Pra 1 Pasca 1 Pasca 2 Pasca 1- Pasca responden
Ujian 2- Ujian dalam
Pra1 Pasca 1 menggunakan
teknik kajian

Responden A 33% 100% 100% 67% 0% 67%

Responden B 42% 100% 100% 58% 0% 58%

Responden C 33% 88% 100% 67% 12% 79%

Kemajuan keseluruhan 68%

Jadual 1: Menunjukkan Peratusan Peningkatan Pencapaian Responden untuk


Membina Sifir Dalam Ujian Pra, Ujian Pasca kitaran 1 dan Ujian Pasca Kitaran 2

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga responden A, B dan C berjaya memahami


konsep sifir iaitu penambahan berulang. Responden A dan B telah faham konsep sifir
dan mereka tidak memerlukan gambarajah untuk membina sifir 2, 3 dan 4. Manakala
Responden C telah mengaplikasikan teknik ini dengan jayanya.

Adakah murid dapat mengaplikasikan teknik gambarajah sifir 2, 3 dan 4


apabila menjawab soalan matematik yang melibatkan operasi darab dengan
berkesan?

Daripada keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca pada kedua-dua kitaran,
keputusan yang diperolehi telah menunjukkan kemajuan yang positif bagi semua
responden. Responden A mencatatkan peningkatan sebanyak 50%, Responden B
meningkat sebanyak 34% manakala responden C telah meningkat sebanyak 50%.
Secara keseluruhannya, responden mencatatkan peningkatan 100% di mana
kesemua responden menunjukkan kemajuan setelah diperkenalkan dengan
gambarajah sifir.
Faktor peningkatan kepada kemajuan ini adalah kerana responden lebih
mudah faham dan tahu apa yang responden perlu lakukan semasa mendarab. Dengan
adanya gambarajah, ianya dapat membantu responden mendapatkan jawapan dengan
mengira jumlah gambarajah yang responden telah dilukiskan. Berbanding Responden
A dan Responden C, Responden B mencatatkan kemajuan yang sangat sedikit

195
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

berbanding responden lain. Faktor perkara ini terjadi adalah kerana Responden B
kurang memberikan perhatian kepada teknik yang diajarkan. Selain itu, responden B
juga kurang mahir dalam menambah jika soalan melibatkan nombor yang besar
nilainya. Selain itu juga, Responden B tidak menguasai pendaraban melibatkan
nombor 2 digit.
Daripada pemerhatian pula, pengkaji dapat melihat bahawa kesemua
responden boleh mengaplikasikan teknik gambarajah sifir untuk sifir 2, 3 dan 4.
Kesemua responden mengikuti pembelajaran dengan aktif kecuali Responden B yang
kurang menumpukan perhatian. Semasa mengaplikasikan teknik gambarajah sifir,
responden C lebih cepat faham berbanding responden lain. Selain itu, responden C
juga paling kurang melakukan kesalahan semasa mengaplikasikan teknik yang
diajarkan dan akan bertanya jika menghadapi masalah.
Di samping itu, melalui temu bual yang dijalankan bersama responden,
mereka mengatakan bahawa mereka mampu mengaplikasikan teknik yang diajarkan
kerana ianya mudah difahami selain mereka tidak perlu menghafal sifir yang terlibat
untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan operasi pendaraban.
Jadual berikut merupakan keputusan Ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 dalam
mengaplikasi teknik membina gambarajah sifir 2, 3 dan 4 dan perbandingan secara
keseluruhan.

Responden Ujian Ujian Ujian Ujian Ujian Perkembangan


Pra 1 Pasca 1 Pasca 2 Pasca Pasca responden
1-Ujian 2- dalam
Pra1 Ujian menggunakan
Pasca teknik kajian
1

Responden A 33% 50% 83% 17% 33% 50%

Responden B 33% 50% 67% 17% 17% 34%

Responden C 33% 33% 83% 0% 50% 50%

Kemajuan keseluruhan 45%

Jadual 2 : Menunjukkan Peratusan Peningkatan Pencapaian Responden untuk


Mengaplikasi Teknik Membina Gambarajah Sifir Dalam Ujian Pra, Ujian Pasca
kitaran 1 dan Ujian Pasca Kitaran 2

Apakah masalah yang dikenalpasti dalam membina dan mengaplikasi teknik


gambarajah sifir 2, 3 dan 4.

Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa


masalah dalam mengaplikasi gambarajah sifir ini. Melalui pemerhatian, masalah
yang boleh dikenalpasti ialah responden mudah untuk membuat kesilapan dalam
penambahan untuk mendapatkan jawapan hasil darab.
Selain itu, ada juga responden yang melukis gambarajah dengan tidak teratur.
Ini menyebabkan mereka sendiri keliru untuk menambahnya. Apabila disuruh
membina sifir darab dengan nilai yang besar, mereka mudah berasa bosan dan akan
melukis gambarajah tersebut tanpa menghiraukan betul mahupun salah.

196
Nor Amilia Binti Uni & Habibah Binti Marzuki

Disamping itu juga, melalui temu bual yang dijalankan, terdapat responden
yang mengatakan bahawa dia berasa letih mengira gambarajah yang banyak terutama
untuk darab nombor 2 digit.
Selain itu, teknik ini kurang sesuai diaplikasikan terhadap operasi bahagi.
Responden tidak dapat melihat perkaitan diantara gambarajah sifir dan bahagi.
Kelemahan ini juga disebabkan responden tidak menguasai asas bahagi. Kesemua
responden tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi dengan
menggunakan teknik ini.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, teknik gambarajah sifir yang telah diperkenalkan


telah membantu responden dalam membina sifir 2 , 3 dan 4. Responden A
menunjukkan peningkatan sebanyak 67%, responden B menunjukkan peningkatkan
sebanyak 58% manakala responden C menunjukkan peningkatan sebanyak 79%
sahaja.
Bedasarkan temu bual bersama responden, pengkaji mendapati mereka lebih
berminat membina sifir kerana mereka lebih tahu apa yang perlu mereka lakukan.
Jika sebelum ini, mereka akan menulis apa-apa nombor sebagai jawapan, kini
mereka akan menggunakan gambarajah sebagai panduan untuk mengira. Di samping
itu, responden A dan B tidak lagi memerlukan gambarajah sebaliknya
membayangkan gambarajah tersebut sebagai panduan sahaja.
Manakala dalan mengaplikasikan sifir 2, 3 dan 4, Responden A menunjukkan
peningkatan sebanyak 50%, Responden B meningkat 34% dan Responden C
sebanyak 50%. Peratus perkembangan responden dalam mengaplikasi teknik
membina gambarajah sifir telah dijelmakan ke dalam bentuk graf seperti di bawah.
Jelas di sini responden A dan C mencatatkan perkembangan tertinggi iaitu 50%
manakala Responden B paling sedikit iaitu 34% sahaja.
Para responden juga mengakui bahawa mereka berasa lebih berminat
menjawab soalan soalan melibatkan pendaraban kerana mereka tahu apa yang
mereka perlu lakukan untuk mendapatkan kepada sifir yang diperlukan. Sekiranya
murid dapat memahami dengan jelas setiap subjek atau bab dalam mata pelajaran
sudah pasti hal ini akan meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran
tersebut.(Saleha Salleh, 2006). Melalui pemerhatian dan temu bual yang telah
dijalankan, pengkaji mendapati mereka lebih berminat untuk belajar sifir kerana
mereka mudah untuk menguasainya. Pada kitaran pertama, ada responden yang
masih tidak boleh mengaplikasikan teknik ini kerana mereka masih keliru untuk
mengaplikasikannya untuk darab melibatkan 2 digit nombor. Selain itu, kesemua
responden tidak mampu menjawab soalan yang melibatkan bahagi kerana mereka
tidak nampak perkaitan antara gambarajah sifir dan operasi bahagi. Ini juga adalah
disebabkan mereka mempunyai asas bahagi yang sangat lemah. Apa yang dapat
pengkaji simpulkan di sini ialah, teknik membina gambarajah sifir ini tidak sesuai
untuk diaplikasikan untuk operasi bahagi.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Jika kajian ini bakal diteruskan pada masa akan datang, maka terdapat
beberapa cadangan yang difikirkan perlu untuk memperbaiki kajian ini. Kajian

197
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2011)

seterusnya diharap dapat menggunakan bilangan responden yang lebih banyak


daripada bilangan responden yang digunakan oleh pengkaji.
Selain itu, kajian akan datang juga boleh memberikan lebih banyak soalan
dalam mengaplikasikan sifir 2, 3 dan 4 supaya lebih jelas dan nampak adakah
responden benar-benar mampu mengaplikasikan teknik ini. Seterusnya, kajian akan
datang juga haruslah tidak melibatkan operasi bahagi kerana ianya kurang sesuai
untuk mereka yang lemah. Gambarajah tersebut tidak dapat membantu dalam
menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi.
Di samping itu, kajian yang akan datang perlulah menekankan aspek motivasi
kepada responden. Ini adalah kerana ia boleh menjadikan responden lebih
bersemangat dan seterusnya dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada
pengkaji.
Selain daripada itu, kajian seterusnya diharapkan agar tempoh kajian dapat
dipanjangkan lagi supaya dapatan kajian lebih baik di mana responden mempunyai
lebih banyak masa untuk mendalami teknik menguasai darab menggunakan
gambarajah ini. Selain itu, pengkaji juga akan berpeluang menambahkan bilangan
latih tubi dan latihan yang diberikan untuk mengoptimumkan kesannya kepada
responden. Dengan ini juga, responden akan rasa lebih tenang kerana mempunyai
banyak masa bagi mendalami serta memahami apa yang diajarkan oleh pengkaji.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membantu responden dalam


membina dan mengaplikasikan gambarajah sifir. Penggunaan gambarajah telah
banyak membantu responden untuk memperbaiki dan memperkembangan
pengetahuan mereka dalam sifir. Di harap, kajian ini boleh diteruskan dengan
penambahbaikan pada masa akan datang.

RUJUKAN

Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13
Cooper, R.(1994). Alternative math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertationsv[Online].Available:vhttp://eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/sear
ch/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_Search [2011,
Mac 25]
Kamus Dewan. (2005) Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mario Ganny Michael. (2006). Meningkatkan Kemahiran Mencongak Fakta Asas di Kalangan Murid-
murid Tahun 6 di SK Beladin Melalui Pendekatan Permainan Domino dalam Prosiding
Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan Tun
Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 25-33.
Mok,Soon Sang.(1990). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Heinemn Sdn Bhd.
Saleha Salleh. (2005). Kajian Tindakan Masalah Pelajar Tingkatan 3 Tidak Hadir Kelas Tambahan
2005 Bagi Matapelajaran Sains Dan Matematik. Dlm Seminar Penyelidikan Pendidikan
2006. Selangor : Institut Perguruan Islam Selangor, 22-52.
Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal(1997). Kepercayaan dan Pengetahuan Pedagogikal Kandungan
Guru. Isu Pengajaran Matematik. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.
Kementerian Pendidikan Malaysia: iab.

198
Nor Amilia Binti Uni & Habibah Binti Marzuki

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email : 1noramiliauni@gmail.com, 2bibmarzuki@yahoo.com

199

Anda mungkin juga menyukai