Anda di halaman 1dari 2

UNIT PELAJARAN 2

INTERAKSI POPULASI KOMUNITI DAN SPESIS

1. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai adaptasi?


a.
b.
c.
d.

Adaptasi organisma berkait rapat dengan pemilihan spesis secara rawak.


Adaptasi suatu spesis berlaku dalam masa yang singkat.
Adaptasi suatu spesis hanya disebabkan oleh persaingan dalam populasi dan komuniti.
Adaptasi suatu spesis menentukan kemandirian dalam populasi.

2. Berikut adalah faktor persekitaran yang mempengaruhi pemilihan dan kemandirian spesis di
alam semulajadi kecuali
a.
b.
c.
d.

persaingan
pemangsaan
perubahan anatomi
tekanan fisiologi

3. Keseluruhan julat sumber atau habitat yang dapat dieksploitasinya sekiranya tiada
persaingan dengan spesies lain adalah merujuk kepada
a.
b.
c.
d.

nic asas
nic nyata
habitat asas
habitat nyata

4. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai prinsip toleransi?


a. Had toleransi adalah lebih kritikal terhadap induknya.
b. Had toleransi adalah sama kritikal antara induk dan anak.
c. Berhampiran dengan had toleransi, kelimpahan menurun kerana jumlah individu yang
dapat bermandiri akibat tekanan daripada faktor pengehad adalah semakin sedikit.
d. Berhampiran dengan had toleransi, kelimpahan meningkat kerana jumlah individu yang
dapat bermandiri akibat tekanan daripada faktor pengehad adalah semakin sedikit.

5. Berikut adalah ciri-ciri pembiakan mengikut strategi Malthus kecuali


a.
b.
c.
d.

pertumbuhan pesat
jangka hayat panjang
aras trofi rendah
anak bersaiz kecil dan banyak

6. Kebolehan fizikal untuk membiak juga dikenali sebagai


e.
f.
g.
h.

kesuburan
fekunditi
kenatalan
kematangan

7. Apakah perbezaan di antara nic asas dan nic nyata?


8. Jelaskan prinsip had toleransi.
9. Apakah perbezaan di antara keluk J dan keluk S.
10. Jelaskan tiga jenis keluk kemandirian dan bincangkan apa yang dapat ia tunjukkan berkenaan
fungsi spesies dalam ekosistem.
11. Nyatakan faktor-faktor yang meningkatkan dan merosotkan sesuatu populasi.
12. Apakah perbezaan antara kesuburan dan fekunditi?
13. Berikan persamaan dan perbezaan antara organisma parasit dan mutualisme.
14. Apakah perbezaaan di antara pemangsaan dan parasitisme.
15. Lengkapkan jadual di bawah dengan kata kunci memberikan manfaat, memberikan
mudarat, tiada kesan.
Jenis interaksi
Kesan ke atas Spesies 1
Kesan ke atas Spesies 2
Komensalisme
Mutualisme
Persaingan interspesifik
Pemangsaan
Parasitisme

Anda mungkin juga menyukai