Anda di halaman 1dari 31

1.

0 Pengenalan

Manusia dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition
Device) untuk membolehkan bahasa dapat dikuasai mereka. Bahasa ialah alat yang
digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain, dengan
menggunakan bunyi-bunyi yang bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang terdapat
di dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi ini tersusun mengikut hukum-hukum
bahasa yang ada dalam masyarakat pengguna bahasa tersebut.

Bahasa dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan
keinginan manusia itu. Walau bagaimanapun, bagi setiap kanak-kanak yang baharu
dilahirkan, mereka memulakan kehidupannya tanpa bahasa. Proses pemerolehan
bahasa dalam kalangan kanak-kanak akan berlaku sedikit demi sedikit, mengikut
perkembangan mental dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri secara
keseluruhan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mental,
kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka. Sehubungan
dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak mungkin dapat dipisahkan
daripada corak kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut. Seseorang kanak-kanak itu, dari
saat kelahirannya, mereka sudah mengeluarkan bunyi dari mulutnya dalam bentuk
tangisan, tetapi bunyi ini tidaklah dikatakan bahasa.

Hal ini demikian kerana bunyi tangisan tidak mempunyai pola-pola yang teratur yang
dapat menyampaikan fikiran dan perasaan dengan setepat-tepatnya. Peringkat ini.
dikatakan peringkat membebel oleh para sarjana psikologi kanak-kanak. Peringkat ini
berlaku ketika peringkat bayi, iaitu yang berumur 0 hingga satu tahun dan bunyi yang
dikeluarkan tidak mempunyai makna yang jelas.

Kanak-kanak hanya boleh dikatakan mempunyai bahasa apabila mereka sudah
dapat menghasilkan dan membezakan satu bunyi ujaran daripada bunyi yang lain dalam
hubungannya dengan orang lain. Bahasa yang diperoleh kanak-kanak itu
dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahasa egosentrik dan bahasa perhubungan
(sosialized speech).




Bahasa perhubungan atau socialized speech, kanak-kanak akan bertukar-tukar
fikiran dengan orang lain dengan menggunakan pelbagai cara seperti bercerita, bertengkar,
mengulas, membantah, bertanya, dan sebagainya. Hal ini membayangkan bahawa pada
tahap ini, bahasa digunakan oleh kanak-kanak untuk menanggap dunia di sekeliling mereka.
Pola pemikiran kanak-kanak adalah jelas terpancar dalam bahasa yang digunakan oleh
mereka ketika berkomunikasi.


Jika ditinjau dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, kata-kata yang mula-
mula sekali dipelajari seseorang kanak-kanak ialah kata-kata utama, iaitu kata-kata yang
penting kepada kanak-kanak yang merujuk kepada nama,
seperti emak, ayah, susu, mandi, air, makan, kucing, adik, dan lain-lain
lagi . Hal ini membayangkan bahawa pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu pada kata-kata
dan objek-objek yang konkrit. Kata-kata abstrak tidak wujud lagi ketika itu. Oleh sebab itu,
kata tugas sepertidan, pada dan dari, tidak akan timbul dalam bahasa kanak-kanak
pada peringkat awal.


Perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku tanpa disedari. Hal ini demikian
kerana seseorang kanak-kanak menguasai bahasanya secara meniru dan tanpa secara
langsung. Hal ini bermaksud seseorang bahawa kanak-kanak tidak perlu
mendapatkan pendidikan formal untuk mempelajari bahasa pada peringkat awal, sebaliknya
memperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli masyarakat di persekitarannya.

Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak ada hubung
kaitnya dengan perkembangan mental seseorang kanak-kanak itu. Justeru, bagi
memastikan berlakunya perkembangan bahasa yang sihat, seseorang kanak-kanak itu
perlu diberi pengayaan bahasa oleh ahli masyarakatnya. Pelbagai bentuk ragam bahasa
perlu didedahkan kepada kanak-kanak supaya penguasaannya lebih menyeluruh, iaitu tidak
terhad kepada tujuan untuk memperoleh ilmu semata-mata, tetapi juga untuk menjadi insan
yang berketerampilan, berkemahiran, dan beroleh kecekapan dalam berkomunikasi.







Peringkat
perkembang
an bahasa
kanak-kanak
Peringkat
bayi
Umur 0
hingga 1
tahun
Peringkat
awal kanak-
kanak
1 hingga 2
tahun
Peringkat
kanak-kanak
2 hingga 3
tahun
3 hingga 5
tahun
5 hingga 8
tahun
2.0 Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak
Bahasa merupakan satu media komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal.
Berkomunikasi menggunakan bahasa bermaksud membunyikan suara atau perkataan untuk
menyampaikan sesuatu maksud. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan
apa yang dirasai atau yang difikir. Perasaan atau fikiran ini boleh melahirkan sama ada
melalui tulisan, bahasa isyarat, air muka atau melalui lukisan. Pendek kata bahasa
membolehkan manusia behubung antara satu sama lain. Bahasa sebagai pemangkin
perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa da rakan
sebaya. Mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku
di persekitaran mereka.

Perkembangan berbahasa memudahkan proses pengajaran (BERK 2001) dan ia
rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Ia akan memudahkan pelajar mempelajari
konsep-konsep abstrak (SANTROCK, 2007). Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat
dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Dengan
perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam
perbualan. Perkembangan bahasa akan dibincangkan melalui beberapa peringkat
perkembangan kanak-kanak










Rajah 1: Peringkat perkembangan bahasa




mengeluarkan bunyi berulang 'ba,ba,ba' 'ma,ma,ma'
Babbling
Mengeluarkan bunyi 'OC' seperti "oo" dan "roo"
menggunakan bunyi ini untuk berinteraksi dengan penjagaannya.
Cooing
Berinteraksi tekanan terhadap pelbagai perkara seperti lapar, sakit
dan sebagainya.
Menangis
mula menunjukkan isyarat seperti merunding jari,anggukan kepala
(dari bulan 8-12 bulan)
Isyarat
2.1 Peringkat umur 0 hingga 1 tahun

Bayi yang baru dilahirkan dapat berinteraksi dengan orang lain pada kadar yang
paling minimum dengan menggunakan pancainderanya. Ia merasa, menghidu, mendengar,
melihat dan mengeluarkan bunyi tertentu semata-mata untuk melahirkan perasaan dan
kehendaknya. Sehinggalah usianya sebulan bunyi yang keluar dari mulut bayi yang boleh
dianggap sebagai pertuturannya cuma terhad dalam bentuk tangisan. Bunyi tangisan da
nada suara itu pula berbeza dari segi nyaring, kuat dan perlahan. Perbezaan bunyi tangisan
menggambarkan perasaan dan kehendak yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa bayi
sudah mula untuk memperkatakan pada orang lain akan perasaan dan emosinya ketika itu.

Bayi belum bersedia untuk mempelajari sesuatu bahasa sehingga ia berupaya
mendengar dan membezakan setiap bunyi yang didengari. Seawal lima minggu selepas
dilahirkan, bayi menunjukkan rasa teruja, mengeluarkan bunyi-bunyi ketawa dan memberi
fokus mata kepada orang berkepentingan iaitu ibu yang merangsang komunikasi tersebut.
Apabila umur bayi meningkat satu setengah bulan hinggalah umurnya tiga setengah bulan,
ia mula mengeluarka satu bunyi yang dikenali sebagai kukur. Bunyi yang dihasilkan ialah
bunyi konsonan seperti c, k dan g. Bayi pada peringkat umur ini telah dapat mengenal dan
kadang kala boleh bertindak balas kepada sesuatu bunyi yang dihasilkan oleh orang lain.

Pada umur 3 hingga 4 bulan, bayi sering mengeluarkan suara balasan iaitu
babbling, cooing, menangis, isyarat seperti dinyatakan dalam rajah 2 seolah-olah
menggunakan bahasanya sendiri untuk berinteraksi dengan orang lain. Permainan suara
balasan antara ibu bapa dan anak seperti dadada atau yayay bukan sahaja membawa
kegembiraan dan kerapatan antara dua pihak, malah merupakan langkah awal membantu
bayi mempelajari sesuatu bahasa.





Rajah 2: bahasa bayi




Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibubap, penjaga dan
orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh
bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama.

Pada usia 5 bulan, bayi boleh meniru ekspresi wajah orang lain. Menurut Bee dan
Boyd (2007), isyarat dan ekspresi muka yang dilihat dan ditiru oleh bayi dapat membantu
mempercepatkan proses perkembangan bahasa pada peringkat ini. Apabila umurnya enam
bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mempunyai
maksud-maksud tertentu. Ini merupakan sifat semula jadi kanak-kanak dalam lingkuan umur
ini termasuk kanak-kanak bisu dan dan pekak. Pada mulanya bayi akan membunyikan
perkataan ma, da,ba,ugh dan na. Bunyi-bunyi ini seringkali diulang-ulang sehingga
menghasilkan ucapan ma ma atau ba ba. Perkembangan pada peringkat ini penting sebagai
asas latihan bercakap untuk perkembangan bahasa seterusnya.

Pada usia 9 hingga 12 bulan, bayi boleh mengekalkan komunikasi melalui bahasa
yang dikenali secara kreatif untuk menyatakan keperluan dan kehendaknya. Pada
penghujung tahun pertama, bayi berupaya mengeluarkan atau kehendaknya. Pada
penghujung tahun pertama, bayi berupaya mengeluarkan bunyi yang mempunyai corak
tertentu disebut patterned speech. Apabila bayi dapat mengecam dan membunyikan
beberapa fonem, kumpulan bunyi atau unit kecil dalam pertuturan, bayi itu sudah bersedia
menyebut perkataan pertamanya.

Sebelum bayi berumur 12 bulan, ia jarang kelihatan menggunakan perkataan dalam
perlakuan komunikasinya dengan orang lain. Hal ini menunjukkan mereka menggunakan
bahasa resepsi (receptive language) sebelum menguasai bahasa ekspresif (expressive
language). Oleh hal yang demikian, bayi sudah memahami bahasa sebelum dapat
melafazkan bahasa tersebut.








2.2 Peringkat umur 1 hingga 2 tahun

Apabila bayi menjangkau umur satu tahun, mereka mula menggunakan bahasa
yang mempunyai corak tertentu, iaitu bunyi yang dikeluarkan mirip kepada intonasi atau
bentuk bahasa yang sering didengari dalam persekitarannya. Semasa bayi dalam lingkuan
12 bulan hingga 18 bulan, dia sudah mulai menuturkan perkataan. Oleh itu bayi hendaklah
diberi peluang bercakap supaya dia tidak akan mengalami gangguan emosi. Pada peringkat
ini juga bayi sudah mullah belajar berjalan dan mungkin menumpukan lebih perhatian
kepada keininan untuk berjalan. Kecenderungan ini mungkin menyebabkan perkembangan
bahasanya terhenti sebentar. Setelah pandai berjalan perhatiannya tertumpu semula
kepada penguasaan bahasa. Hanya sedikit perbendaharan kata yang akan dipelajari kanak-
kanak semasa umurnya 12 hingga 15 bulan.

Bilangan kata akan bertambah setelah umurnya 18 bulan. Pada perngkat ini mereka
mula menggunakan perkataan-perkataan kecil. Contohnya, ayah disebut yah tidur disebut
tete. Ayat dua perkataan mula muncul antara 18 hingga 20 bulan dan sering terdiri
daripada kata kerja dan kata nama terutamanya untuk meluahkan idea perkaitan seperti
mama baju, kucing tidur, dan sebagainya. Kanak-kanak dalam lingkuan umur 18 hingga
24 bulan sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain secara bersendirian atau
dengan orang lain. Ketika ini juga kanak-kanak sudah boleh memahami dan bertindak balas
terhadap sebarang suruhan yang mudah. Pada peringkat ini, bayi mampu memiliki jumlah
hampir 300 patah perkataan (Driscoll & Nagel, 2002).

Pada peringkat awal ini, mereka bersedia mempelajari perkataan dan maksud
perkataan yang dibunyikan. Antara perkataan-perkataan pertama adalah terdiri daripada
perkataan berunsur social seperti bye-bye, suka, tak nak, saying dan sebagainya. Jumlah
dan bentuk perbendahan kata yang dituturkan bergantung kepada kemampuan kanak-
kanak awal untuk mendengar dan mempunyai peluang berhubung dengan orang lain setiap
hari. Pada peringkat ini juga kanak-kanak berupaya menggunakan sifat nama,
kata bilangan dan kata tempat dalam membentuk perkataan pertama semasa umur
1 tahun juga menyebut perkataan mengenal nama benda atau orang. Semasa umur
1 - 2 tahun mula menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi



iaitu perkataan yang penting sahaja seperti tikar untuk mak, saya nak roti bakar,
roti sedapuntuk sedapnya roti ini.

Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah
dengan tepat seperti Ambilkan buku mak.,Mana roti adik.?. Kanak-kanak pada umur awal
12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan perkataandengan intonasi yang berbeza.
Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan muladigunakan seperti ayat penyata Saya
minum., Kunci kakak., Nenek balik., ayat negatif Ibu belum masak. dan ayat perintah:
Jangan tutup radio.

2.3 Peringkat umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang
kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia
awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada
masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus
mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik.


Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan
memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian,
penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata.
Susunan bahasa masih belum sempurna. Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan
satu perkataan seperti apabila dia sedang lapar. Dia akan kata mamam. Apabila dia tunjuk
roti yang dijual di kedai dan berkata mamam bermaksud dia nak makan roti itu. Apabila dia
melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelengkan kepala bermaksud
makanan sudah habis.

Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna
perkataan tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam pelbagai konsep, maksud
mereka telah dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, dalam
peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak.
Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara
umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan



dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa.
Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu
sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.

Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan
bahasa, perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga
kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.Pengaruh
sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu
bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas. Pada
peringkat ini iaitu semasa 2 hingga 3 tahun kanak berupaya untuk
membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti Adik nak makan.


2.4 Peringkat umur 3 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang
berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan
dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara
mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.
Apabila umur dalam lingkungan 2 hingga 4 tahun kanak-kanak mula
menyebut gabungan 3 perkataan dengan menggunakan strategi sebutan untuk perkataan
rumit seperti didi untuk tv atau alan untuk jalan.

Pada umur 4 tahun perkembangan bahasa amat pesat, berbeza daripada kanak-
kanak berumur tiga tahun kerana sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaab dan
suasana yang sesuai, dapat mengawal dan tahu menggunakan bahasa. Mereka banyak
bercakap, suka bertanya, suka bermain ayat-ayat dan bercakap tentang apa sahaja yang
menarik minatnya. Cara mereka menjawab meleret-leret, di samping itu kanak-kanak sudah
pandai memberi komen tentang diri seseorang.

Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak
menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri.
Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar
seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur



Penglihatan yang baik.
Pendengaran yang
baik.
Kecerdasan yang
normal.
Mempunyai sahsiah
yang matang.
Aktif dan cergas.
Faham dan pandai
menggunakan
perbendaharaan kata
Berminat dan
berkebolehan untuk
belajar dan mendengar
cerita.
Memberi penuh
tumpuan terhadap
sesuatu kerja.
Dapat menyesuaikan
diri dengan keadaan
sekeliling.
mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa
kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati

bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut yang
terdapat dalam rajah 3.









Rajah 3: Ciri-ciri penerimaan bahasa

2.5 Peringkat umur 5 hingga 8 tahun

Antara umur lima hingga lapan tahun, kanak-kanak berada pada pringkat
perkembangan pertengahan kanak-kanak. Kemahiran bahasa berkembang dengan pantas
pada umur prasekolah. Tatabahasa dan ayat-ayat semakin kompleks dan kanak-kanak
menguasai sintaksis dan struktur ayat dengan lebih mantap. Pada peringkat ini, orang
berkepentingan dalam hidup kanak-kanak berkenaan memainkan peranan yang amat
penting dalam mengembangkan potensi mereka untuk belajar membaca dan menulis.
Morrison (2007) menegaskan dalam dapataan kajiannya bahawa pengalaman awal
pembelajaran bahasa mempunyai impak terhadap kemampuan berbahasa dan kemahiran
membaca pada tahu-tahu berikutnya.

Semasa peringkat ini berlaku percetusan perbendaharaan bahasa sebanyak 10000
perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah selain itu juga memahami lawak jenaka
dan metafora, memahami cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku dan memahami
dan menghafal seni kata lagu atau puisi. Semasa umur 5 hingga 6 tahun
mereka ayat gabungan 3-6 perkataan seperti Roti coklat itu makanan kegemara adik.





Pada peringkat ini, juga boleh dapat menghasilkan cerita pendek. Sebutan
bertambah baik. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengulang dan dapat mengubahsuai
senikata lagu ataupun pantun mudah.


























3.0 PENGENALAN KEMAHIRAN BAHASA

Lisan adalah pertuturan atau percakapan,iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara
verbal melalui suara atau sebutan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu
juga sebaliknya.kemahiran bertutur yang baik pula bukan bermakna kita meniru cara atau
gaya percakapan orang lain tetapi diperoleh daripada aktiviti mendengar yang
baik.justeru,untuk menguasai kemahiran lisan tersebut,kanak-kanak perlu dilatih unutk
menggunakannya secara cekap dan kerap dan mengajarkanya secara terancang.Ini
bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan
bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai
kedua-dua kemahiran ini.Bagi kanak-kanak,kemahiran mendengar dan bertutur ini perlu
dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai bahasa yang lain.Jika mereka boleh
menguasai kedua-dua kemahiran ini dengan baik,mereka juga berpotensi untuk menguasai
kemahiran-kemahiran lain dengan baik juga. Kamarudin Hj. Husin berpendapat( Apabila
diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar
terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan
seterusnya bercakap). Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak
sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.Ini bermaksud kemahiran
mendengar dan bertutur atau secara ringkasnya kemahiran lisan merupakan titik tolak
kepada perkembangan kemahiran-kemahiran lain bagi kanak-kanak.

3.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami
perkara yang didengar dan ditutur oleh seseorang dalam pelbagai situasi pengucapan sama
ada perbualan harian atau situasi formal.

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di
peringkat kanak-kanak dan dewasa.Mendengar merupakan salah satu daripada komponen
berbahasa.mendengar merupakan langkah pertama dalam mempelajari kemahiran
berkomunikasi. Proses mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran, iaitu peringkat
membezakan yang bermakna kata, frasa, kalausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi
bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar.
Pengetahuan sedia ada pendengar, pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan
yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa akan membolehkan seseorang
memahami bunyi bahasa dengan lebih senang.

3.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Status Sosial




Faktor status sosial ini melibatkan asal-usul kanak-kanak itu. latar belakang
keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan
mendengar. Emosi juga memainkan peranan dalam proses pendengaran kanak-kanak. Jika
emosi kanak-kanak tidak stabil mereka tidak akan dengar mesej kita bagi. Kanak-kanak
yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa
yang didengar. komunikasi antara ibu bapa dengan anaknya sangat penting kerana
kominikasi menjadi asas kepada pendengaran seseorang.

Perubahan Respons

Dalam perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur, idea yang berlainan
akan menyebabkan fokus pada aktiviti pendengaran akan terganggu. Setiap daripada
mereka yang mempunyai idea yang berbeza akan berusaha menegakkan idea masing-
masing. Apabila seseorang ingin berkongsi pandangan mereka akan dengar dengan teliti. Ia
dapat mengkukuhkan pendengaran mereka. Selain itu, Menyampuk merujuk kepada
gangguan perbualan ,apabila penutur-penutur ingin bertutur dalam masa yang sama.
Fenomena ini menggangu pendengaran kerana mesej dan idea yang diutarakan tidak
sempurna. Gangguan bahasa juga merujuk kepada kefahaman pendengar terhadap bahasa
yang disampaikan penutur.pendengaran boleh terganggu sekiranya perbezaan dari segi
bahasa yang dirtuturkan.


Fizikal

Deria kanak-kanak normal berbeza dengan deria kanak-kanak yang cacat
pendengaran.gangguan memang agak terjejas bagi mereka yang kurang daya
pendengaran. murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat
kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula
yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Kemahiran
mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar
melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap
pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar. Selain itu
semasa mendengar interaksi mata sangat penting. Ia akan membantu untuk meningkat
kefahaman seseorang. Jika interaksi mata tidak berlaku maka murid tidak Berjaya
menguasai kemahiran mendengar. Guru perlu menekankan perkara ini semas
berkomunikasi dengan murid-muridnya.


Jantina




Kajian menunjukkan kanak-kanak permpuan lebih cepat belajar berbanding kanak-
kanak lelaki.dalam usia 7-9 tahun ,gangguan pada pendengaran kanak-kanak lelaki
mungkin terganggu akibat faktor jantina ini. Terdapat perbezaan kemahiran mendengar
antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki
yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding
dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.


Faktor Kecerdasan

Kecerdasan juga menggagu pendengaran kanak-kanak.jika kanak-kanak itu adalah
seorang yang slow leaner atau kurang cerdas mentalnya,mungkin pendengarannya juga
agak terhad dan perlahan berbanding kanak-kanak normal. kemahiran mendengar berkait
rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan
melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan
mempengaruhi kecekapan mendengar mereka. Mendengar dengan fikiran yang tertutup
boleh menggugat sistem pendengaran kita.kita akan kehilangan maklumat penting yang
cuba disampaikan penutur kepada kita.

Kebosanan

Aktiviti pendengaran kita boleh terganggu akibat daripada rasa bosan yang kita
alami.ia akan menyebabkan kita gagal untuk menyerap dan memahami input yang
disampaikan penutur. Pelbagai aktiviti boleh dikelolakan oleh guru dalam pengajaran
mereka untuk menambahkan lagi kemahiran ini. Menurut Dakin (1980) adalah aktiviti-aktiviti
seperti menghafal sajak, nyanyian atau ucapan, membaca secara lisan, bersoal jawab dan
permainan bahasa dapat membina kemahiran lisan murid-murid agar lebih cekap. Aktiviti-
aktiviti yang dinyatakan merupakan bentuk aktiviti yang membolehkan pelajar mengamalkan
bahasa dalam bidang komunikasi yang paling hamper dengan situasi kehidupan seharian.
Menurut Brooks aktiviti bacaan daripada drama dalam kelas untuk meningkatkan
kepelbagaian, menyediakan model-model yang berguna untuk mendengar di samping
menjadikan pembelajaran lebih menarik. Dengan memberikan pendedahan yang cukup
melalui bacaan dan lisan, kemahiran mendengan akan dapat diperkembangkan.

3.2 KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks, yang melibatkan
proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang
bermakna. Di samping mengeluarkan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan
unsur-unsur prosodi dan para linguistic semasa bertutur bagi menguatkan maksud



pertuturan. Unsur-unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala
unsur para lingustik ialah bahasa isyarat ialah dan pergerakkan badan. Oleh itu, pengajaran
dan pembelajaran bertutur harus membolehkan kanak-kanak.


Menurut pandangan tokoh Kamaruddin Hussin (1999), bertutur merupakan kegiatan
melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alatsebutan manusia. Ini bermaksud
bertutur ialah satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara dan sebutan. Kemahiran
bertutur berlaku pada peringkat produktiviti iaitu berlaku setelah si penutur dapat mendengar
dan memahami dengan baik apa yang didengarnya dengan memberi respon
melaluipenyampaian mesej dalam bentuk pertuturan. Dalam kemahiran ini juga, bertutur
merupakan satu kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.


3.2.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR

Fizikal

Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya
ialah faktor fizikal. Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia
seperti bibir, lidah, lelanggit dan sebagainya. Jika secara fizikalnya didapati organ ini tidak
berfungsi maka pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Biasanya Kanak-
kanak mengalami masalah gagap, sengau, lidah tebal tidak dapat bertutur dengan jelas.
Maklumat yang diberikan oleh mereka tidak sampai kepada seseorang. Jika seseorang
kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka
terganggu contohnya penyakit sawan, kencing manis. Penyakit-penyakit seperti ini
mengganggu fizikal kanak-kanak menjadi lemah dan tidak akan memberi kekuatan untuk
berfikir untuk bercakap. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang
semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada
yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka
tidak tergolong dalam cacat pendengaran.stevick (1967) menyatakan pengkaedahan
mengajar dapar memeperkembangkan keupayaan berkomunikasi dalam sesuatu bahasa.
Guru perlu menjalankan aktiviti aktiviti berpusatkan murid untuk memberi peluang mereka
bertutur.Contohnya Guru boleh mengadakan aktiviti bercerita, lakonan, main peranan,
berpuisi bagi meningkatkan kemahiran bertutur. Selain itu, guru juga boleh menjalankan
aktiviti pemintal lidah bagi murid yang gagal menguasai kemahiran ini aktiviti ini membantu
mereka supaya menjadi mahir dalam pertuturan.


Jantina




Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara
mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan,misalnya kanak-kanak lelaki
yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan
kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Melalui kajian-kajian yang telah
dijalankan didapati kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini
disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan
urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Sebagai
contohnya, bayi perempuan bercakap dulu apabila berbanding dengan bayi lelaki. Menurut
Atan Long (1988) perkembangan kanak-kanak perempuan lebih cepat bebanding dengan
lelaki.


Sosioekonomi

Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk
kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan
mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi
kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. Contohnya seseorang kanak-kanak
yang mempunyai masalah di rumah seperti kekurangan kasih sayang, penderaan kanak-
kanak tidak dapat bergaul dengan rakan sebaya. Mereka berkelihatan muram dan tidak aktif
di bilik darjah jadi guru mengenal anak muridnya dan perlu menyelesaikan masalahnya
untuk melibatkan merekan dalam aktiviti sosial.

Bunyi

Faktor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa bertutur biasanya seseorang
itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi
kebolehan mendengarnya. Selain itu, pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi
bahasa yang dilafazkan. Pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si
penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarkanya.
Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi,
struktur, intonasi dan pengusaan sistem bunyi yang lain. Guru perlu memberi perhatian
kepada aspek ini dalam kemahiran bertutur.



3.3 KEMAHIRAN MEMBACA




Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010),
membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah
lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang
diterima. Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada
proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan
mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Menurut Abu Basar
(1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan proses menyuarakan lambang-
lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt
dalam Mastuti Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.


Pelakuan membaca merupakan gabungan dari beberapa proses yang kompleks.
Pelakuan membaca melibatkan kemahiran pengamatan yang diskriminatif (untuk mengenal
dan membezakan huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi
dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangi oleh huruf, mengabungkan
penyebutan bunyi-bunyi itu bagi membentuk perkataan dan seterusnya berkebolehan
memindahkan lambing-lambang yang dibaca itu kepada otak untuk menterjemah dan
memahami apa yang dibaca. Ini bermakna pelakuan membaca memerlukan dua komponen
kemahiran, iaitu kemahiran kognitif dan mekanis. Marie (1981) berpendapat, membaca
melibatkan pengutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentuk-bentuk visual.


3.3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MEMBACA

Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi
kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya.Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya
diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak
perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-
kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca
dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia
melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi. Membaca
merupakan satu proses yang amat kompleks yang melibatkan aspek kognitif, ingatan dan
aspek-aspek tingkah laku yang lain. Marie (1981) berpendapat, membaca melibatkan
prngutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentu-bentuk visual. Sebagai satu proses
komunikasi, membaca membolehkan berlakunya i9nteraksi di antara pembaca dengan
penulis, dan inilah caranya bagaimana khazanah ilmu pengetahuan itu tersebar. Walaupun



hamper keseluruhan aktiviti membaca intu melibatkan perkara-perkaraini, namun kita
mempunyai beberapa alas an lain yang menyebabkan kita membaca.


Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna
akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan
kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke
kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya. Keadaan
rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan
sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap
membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsung mempengaruhi kemahiran
membaca kanak-kanak.


Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran
membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan,
kestabilan sosioekonomi, corak interaksi, dan komunikasi ke atas pembelajaran. Ahli
keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam
membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh
itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk
meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.


Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak.
Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan
kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran
membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi
kemahiran membaca murid, termasuklah seperti rajah 3.






Pemilihan bahan
Jenis soalan yang ditanya
Jenis maklum balas yang diberi
Suasana pembelajaran
Dorongan
Pengukuhan yang digunakan.







Rajah 1: kebolehan membaca

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan
respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka dapat
menguasai kemahiran membaca.

Budaya

Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh
kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca, dan
sebagainya. Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi
kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan oleh setiap guru dan murid agar
peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru
mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh
mempengaruhi kemahiran membaca murid.

Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa
berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka.
Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang
mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya, memberi
tuisyen, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan,
prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca, dan seumpamanya. Semua ini dapat
meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.


3.3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHAN MEMBACA

Kematangan




Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan
boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial, dan
kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan
merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Selain itu,
seseorang yang mempunyai konsep diri yang negative biasanya mempunyai kurang
keyakinan tentang kebolehan diri. Mereka biasanya berasa tidak dapat membaca. Keadaan
ini dibuktikan oleh kajian-kajian Zimmerman dan allerbrand (1965) serta Harris dan Sipay
(1980), yang menunjukkan bahawa pembaca yang lemah kebanyakkannya mempunyai
konsep diri yang negative.


Pengalaman

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada
kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat
menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.
Pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang terbatas, akan menghadapi
masalah dalam pembacaan mereka. Ini kerana kefaman seseorang pelajar bergantung
kepada pelbagai faktor. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada akan menjasi asas
kepada kemahiran membaca seperti memberikan makna konsep-konsep bagi
memperluaskan perdendaharan kata.


Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat
merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling
membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat
bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat
peluang yang sama.


Emosi, Motivasi, dan Sahsiah

Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh



mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Pada kebiasaannya, seseorang itu akan
memberikan gerak balas yang lebih spontan dan bermakna jika bahan yang dibacanya itu
menarik minatnya. Malahan, sering didapati bahan yang dianggap susah dapat dibaca
dengan baik. Ini berdasarkan keinginan dan minat pelajar untuk membaca. Begitu juga,
pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk membaca akan dapat memberi gerak
balas yang positif terhadap bahan bacaan dan kegiatan membaca

Kecerdasan

Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran
membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya. Kecerdasan dan kebolehan membaca adalah saling berkaitan kecerdasan
memberi kesan kepada kebolehan seseorang untuk memberi perhatian pada
pembacaannya, mengingat, mengekalkan apa yang dibaca, dan menggunakan pemikiran
yang tinggi dalam pembacaannya, mengingat, mengekalkan apa yang dibaca dan
menggunakan pemikiran yang tinggi dalam pembacaannya. Pertalian yang rapat di antara
kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara di kalangan murid peringkat
menengah. Menurut Roe, Stoodt dan Burns (1978), keadaan ini wujud kerana di peringkat,
pelajar memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk membaca bahan-bahan yang lebih
kompleks dan canggih. Walau bagaimanapun, guru-guru tidak seharusnya mengambil kira
kecerdasan sebagai indeks kebolehan membaca seseorang pelajar secara tepat.



Pengamatan

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya
diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Pendengaran mempengaruhi pencapaian
membaca kerana ada perttalian rapat di antara bacaan secara lisan dan tulisan. Pembaca
mengaitkan cara perkataan disebut secara lisan dengan perkataan yang ditulis atau dicetak
apabila ingin membentuk makana perkataan. Ketidakupayaan seseorang untuk mendengar
dengan baik dan jelas, akan membuatkan seseorang itu gagal membezakan bunyi kata.
Selain itu proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan yang hendak
bibaca. Pembaca yang lemah sering menghadapi masalah pada penglihatan mereka untuk
membezakan huruf-huruf dan perkataan. Semasa membaca, kanak-kanak perlu
mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.








Penguasaan Bahasa

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran
membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat
manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.
Pelajar yang kurang pengusaan pebendaharan kata dan lemah tatabahasa, biasanya
menghadapi masalah untu membaca. Begitu juga dengan pelajar yang lemah dalam
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa baku akan menghadapi masalah dalam
bacaan . hal ini berkaitan dengan kemahiran bertutur dan mendengar. Ia menyediakan asas
yang kukuh bagi pelajar berkomunikasi secara lisan atau tulisan dan seterusnya membaca.

3.4 KEMAHIRAN MENULIS

Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan
bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea
kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis
ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.


Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat
mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu
bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan
menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran
mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan
dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas,
melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini
diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak
juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan dan permainan
tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti
boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.


Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di



menggunakan pelbagai jenis ayat
mencatat dan menyusun maklumat
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif
membuat ulasan tentang bahan yang
didengar, ditonton dan dibaca.
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini meliputi beberapa aspek, seperti
dinyatakan dalam rajah 2.










Rajah 2: kemahiran menulis


3.4.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENULIS

Fizikal

Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis. Terutama
sekali perkembangan motor halus. Perkembangan motor halus ini ialah pertumbuhan atau
perkembangan otot-otot kecil pada bahagian jari seorang kanak-kanak yang membolehkan
mereka memegang objek-objek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap.
Perkembangan motor halus yang sempurna membolehkan seseorang kanak-kanak menulis
dengan tulisan yang cantik dan cekap. Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik
beratkan kerana dalam aspek perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan
tangan akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia unuk
menulis atau tidak. Aktiviti-aktiviti yang bolah dilakukan untuk meningkatkan perkembangan
motor halus seperti merantai manik, menjahit kad lubang, menconteng kertas, mengunting,
melukis gambar dan sebagainya. Tambahan pula, kebolehan menulis memerlukan
kematangan urat saraf yang mengawal jari dan tangan. Kematangan urat saraf
menghasilkan penyelerasan di antara mata dengan tangan, iaitu satu penyelerasan yang
penting bagi kebolehan menulis. Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan
jari dan tangan mereka untuk menconteng-conteng dan melukis gambar mengikut
tanggapan mereka. Contengan ini merupakan asas kebolehan menulis. Sambil kanak-kanak
mempelajari tentang fungsi lambing huruf sebagai mewakili bunyi suara, mereka dapat
membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan.






Persekitaran

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak
mereka dapat menulis dengan baik. Ibu bapa harus menyediakan barang-barang mainan
yang dapat menggalakan perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot-otot halus
di jari. Selain itu, guru juga harus menyediakan bahan-bahan latihan yang sesuai kepada
kanak-kanak seperti huruf putus-putus. Gueu boleh menjalankan aktiviti mewarna, melukis,
menguntai manik, menjahit sebagainya untuk menguatkan motor halus kanak-kanak.
























4.0 Halangan-halangan dalam penguasaan bahasa kedua (Bahasa Inggeris) dalam
kalangan kanak-kanak.
4.1 Pendahuluan
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Ianya penting kepada setiap
individu apabila berkomunikasi dengan masyarakat dunia dalam pelbagai bentuk media
seumpama midea sosial, surat-menyurat, email dan sebagainya. Penguasaan bahasa ini
membawa pelbagai kelebihan dalam kalangan kanak-kanak khususnya dalam bidang
pendidikan. Dengan penguasaan ini ilmu dalam pelbagai bidang dapat dituntut dengan
mudah. Hal ini disebabkan terdapat banyak maklumat dan ilmu dalam bahasa tersebut
dalam midea elektronik. Namun begitu, kanak-kanak kita menghadapi pelbagai halangan
dalam penguasaan bahasa kedua itu dalam kalangan kanak-kanak. Antara halangan-
halangannya seperti berikut;
4.2 Halangan 1 - Usia
Usia merupakan faktor utama dalam penguasaan sesuatu bahasa. Penguasaan
sesuatu bahasa lebih mudah pada usia kanak-kanak berbanding dengan dewasa. Fakta ini
dijelaskan dalam teori masa kritikal. Menurut teori tersebut jangka masa yang paling baik
untuk pembelajaran sesuatu bahasa adalah dalam lingkungan usia kanak-kanak. Teori ini
juga mengatakan bahawa, jika seseorang itu sudah melebihi usia balighnya, semakin sukar
untuk menguasai sesuatu bahasa kerana otaknya sudah berkembang sepenuhnya. Oleh itu
penguasaan bahasa asing atau bahasa kedua perlu dipelajari sejak kecil lagi.
4.3 Halangan 2 Amalan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Halangan yang kedua untuk menguasai bahasa Inggeris adalah apabila seseorang
individu tidak mengamalkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Untuk lebih menguasai
pemerolehan bahasa kedua, kanak-kanak perlulah sentiasa berusaha mempelajarinya dan
tidak berputus asa mendapatkannya. Latihan yang berulang-ulang untuk pemerolehan
bahasa kedua boleh dilakukan untuk menguasainya. Kanak-kanak lebih pantas menguasai
perbendaharaan kata dan sruktur gramatikal pada usia 5 tahun.
4.4 Halangan 3 Kaedah Pembelajaran Bahasa Kedua
Dalam penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, pelbagai kaedah yang
menarik perlu digunakan untuk menguasainya. Penggunaan pelbagai media turut
membantu kanak-kanak menguasai sesuatu bahasanya. Antara kaedahnya bersimulasi,
bercerita, nyanyian lagu bahasa Inggeris, lakonan, main peranan, berforum, perbincangan
dalam kumpulan, permainan bahasa dan sebagainya. Penggunaan pelbagai media seperti



internet, video, television, radio, surat khabar, buku cerita, lagu, kartoon, big book dan
sebagainya.
4.5 Halangan 4 Pengaruh Bahasa Pertama
Antara faktor lain yang sering menjadi halangan untuk memperolehi bahasa kedua
adalah pengaruhan bahasa pertama atau bahasa ibunda. HaI ini dijelaskan oleh Stephen
Krashen, pensyarah Bahasa Inggeris. Menurut beliau, bahasa pertama dibelajari secara
secara semulajadi melalui perbualan seharian. Manakala, pembelajaran bahasa kedua pula
berlaku dalam keadaan formal dan dikawal, dimana tidak berpeluang bertutur dalam
kehidupan harian. Penggunaan bahasa keduanya terhad. Selain itu, kanak-kanak masih
dalam proses pembelajaran awal untuk menguasai bahasa kedua, mereka berkemungkinan
untuk terikut-ikut konsep dan peraturan hukum bahasa pertama yang mungkin berbeza
dengan konsep dan hukum bahasa kedua.
4.6 Halangan 5 Bahasa Inggeris menjadi Bahasa Ketiga
Penguasaan bahasa Inggeris menjadi lebih mencabar kepada sesetengah kanak-
kanak apabila bahasa Inggeris menjadi bahasa ketiga. Bagi masyarakat India dan Cina di
Malaysia bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kedua dan bahasa ibundanya sebagai
bahasa pertama. Dalam keadaan ini penggunaan bahasa Inggeris menjadi terhad kurang
diberi perhatian. Oleh sebab itu, masyarakat India dan Cina di Malaysia mempunyai
masalah untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mudah. Sekiranya kanak-kanak itu
dibiasakan mendengar dan bertutur bahasa tersebut pada usia lebih awal, mereka boleh
bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih fasih.
4.7 Halangan 6 Tiada Latihan Pengukuhan
Kekurangan latihan pengukuhan juga menjadi faktor kepada kanak-kanak tidak
menguasai bahasa kedua itu. Kanak-kanak perlu diberi peluang dan ruang untuk bertutur
dalam bahasa kedua. Kanak-kanak juga perlu menggunakan bahasa itu untuk
berkomunikasi dengan rakan sebayanya. Pengulangan istilah atau bahasa dalam proses
pembelajaran turut membantu kanak-kanak menguasai bahasa tersebut. Kanak-kanak
berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua perlu memperbanyakan perbendaharaan dan
menguasai tatabahasa asas. Selain itu mereka juga perlu menguasai struktur ayat yang
mudah.

4.8 Halangan 7 Sikap Peribadi Kanak-kanak



Antara halangan-halangan yang lain dalam menguasai bahasa kedua adalah sikap
kanak-kanak itu sendiri. Apabila kanak-kanak tidak mempunyai keinginan untuk membelajari
bahasa kedua, maka, mustahil untuk menguasainya. Walaupun kanak-kanak didedahkan
akan kepentingan bahasa kedua namun mereka tidak mempunyai keazaman dan motivasi
yang tinggi untuk menguasainya. Corak pemikiran yang lemah akan mempengaruhi mereka.
Tambahan lagi, kebanyakan kanak-kanak khuatir menggunakan bahasa tersebut untuk
berkomunikasi dengan pihak lain. Hal ini kerana mereka berasa malu dan takut akan diejek
atau diperlikan kelemahannya.
4.9 Kesimpulan
Kesimpulannya masih terdapat banyak halangan-halangan yang lain dihadapi oleh
kanak-kanak dalam penguasaan bahasa kedua ini yang perlu diatasi. Bagi itu pihak-pihak
yang berkaitan perlu berganding bahu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kanak-
kanak perlu didedahkan kepentingan penguasaan bahasa kedua ini dalam kehidupan.
Pelbagai istilah sains dan matematik serta teknologi terkini adalah dalam bahasa Inggeris.
Bagi mencapaian aspirasi kerajaan untuk menjadi negara berpendapat tinggi penggunaan
bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh generasi masa depan.


















5.0 SLOT LESSON PLAN

Class : Kindergarten

Date : 06 / 04 / 2014

Time : 8.00-8.30 morning (30 minutes)

No. of pupils : 25

Age : 6

Module : Physical Development and Aesthetic

Theme : Parts of body

Focus : Listening and Speaking skills

Contents Strand : (BI 1.5) Listen to and enjoy nursery rymes, action
songs, poems and stories

Learning Strand : (BI 1.5.1) Listen to and recite and act out nursery
rhymes and action songs.

Integrated Strand : BI 3.2.2 Read simple words.

Slot Outcome Learning : End of this lesson pupils will able to:



i. Pronounce the names of body parts with
perfect pronounce
ii. Sing a song title parts of body with
movements

Prior knowledge : Pupils already know the parts of body

Thinking Skills : Categories

Fucul MI : Kinesthetic, Music, Linguistic

Moral Value : Brave, Confidence

Material : Laptop, LCD, Picture Cards, Flash Cards

Vocabulary : Head, Shoulders, Knees, Toes, Eyes, Ears, Nose
and Mouth
TIME CONTENT ACTIVITIES NOTES
Induction Set
(3 minutes)
Song : Head and Shoulder

Head, Shoulders
knees and toes,
Knees and toes x2
Eyes, ears, nose and mouth
Head, Shoulders
knees and toes,
Knees and toes
1. Teacher plays a video
song for pupils.
2. Pupils are asked to
watch the video song
carefully.
3. Pupils are asked to list
out the parts of body in
the video song.
4. Pupils are asked to
guess the titles of
todays learn.
Video
Step 1
(10 minutes)
Development


1. Pupils are asked to sing
the song with music.
2. Pupils pronounces the
song lyrics word-by-
word, followed by the
Picture Cards
Word Cards





pupils.
3. Teacher introduce parts
of body to pupils using
picture cards.
4. Teacher emphasise
pupils to say the words
with correct
pronunciation.
5. Pupils sing songs with
teacher guides.
Step 2
(10 minutes)
Make an order
1. Teachers strike the
words card (name of
parts of body) on board.
2. Randomly choose 8
pupils and provides
picture cards.
3. The other pupils are
asked to name the parts
of body.
4. Pupils who have picture
cards have to match
with words card
correctly.
Picture card
Step 3
(5 minutes)
Assessment
1. Teacher paste a sketch
of the human body on
the board.
2. Teacher gives some
word cards to pupils.
3. Pupils pronounce the
words correctly.
4. Pupils paste the words
card at the correct
parts.
scissors,
card
Closer
(2 minutes)
Reflection
1. Pupils make a summary
of today's learn. By
Video



teacher guide.
2. Pupils sing the song
with action.
3. Pupils list the parts of
body that they learned
today.




























6.0 RUMUSAN
Secara konklusi, bahasa merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk
berhubung dan menyatakan kehendaknya . Adalah amat penting bagi orang dewasa untuk
memahami isyarat mereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku
secara berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses
perkembangan bahasa di peringkat kanak-kanak bergantung kepada kuantiti
perbendaharaan kata yang Berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga
mempengaruhi perkembangan daya pemikiran kanak-kanak. Jadi bagi melahirkan kanak-
yang bijak dan petah berkata-kata persekitaran memainkan peranan yang penting. Oleh itu,
amat mustahak bagi pihak ibu bapa,keluarga dan masyarakat termasuk golongan pendidik
seperti guru prasekolah memahami keadaan ini. Mereka perlu menyediakan persekitaran
yang meransangkan bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru
perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik
dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan,
bijak serta matang di rumah bagi melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar

Anda mungkin juga menyukai