Anda di halaman 1dari 10

ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x

‘3Q Apps’ dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris Murid Prasekolah


ROSEMINI BINTI ABDUL SALAM, ZANARIAH MAT ISA, AZRIZAN ABU BAKAR & MOHD NAZRI BIN MAT
NAWI
rosemini@ipgm.edu.my

ABSTRAK

Bahasa Inggeris merupakan disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid termasuk murid prasekolah.
Penguasaan kemahiran ini di prasekolah adalah sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah
rendah. Namun begitu minat untuk murid prasekolah untuk menguasai kemahiran Bahasa Inggeris masih dalam situasi
yang kurang membanggakan terutamanya di kawasan luar bandar. Murid prasekolah kurang mahir dalam menyebut,
mengecam dan menulis kosa kata dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Pelbagai inisiatif dilakukan seperti penggunaan
bahan bercetak, kad dan buku bergambar. Namun penggunaan bahan bantu ini kurang menarik minat murid. Justeru ‘3Q
Apps’ dibangunkan sebagai alternatif untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
prasekolah. Tujuan utama adalah untuk menarik minat dan meningkatkan kemahiran menyebut, mengecam dan menulis
kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Aplikasi ini merangkumi aktiviti membunyikan, menyebut serta mengecam kosa kata
Bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul. Aplikasi ini mengandungi arahan mudah dan empat set soalan latihan
mengikut pemeringkatan soalan berasaskan Taksonomi Bloom. Seterusnya analisis pencapaian juga turut disediakan.
Data dikumpulkan melalui kaedah soal selidik dan analisis dokumen menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan
peratusan). Seramai 25 orang murid dari sebuah prasekolah di Daerah Besut telah dipilih untuk dinilai tahap
keberkesanan aplikasi ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi 3Q Apps dapat meningkatkan
kemahiran menyebut, mengecam dan menulis kosa kata warna Bahasa Inggeris. Dicadangkan agar lebih banyak
apllikasi tentang kosa kata Bahasa Inggeris untuk tema-tema lain turut dibangunkan selaras dengan kemajuan teknologi
masa kini.
Kata kunci : aplikasi, 3Q Apps, kosa kata warna, Bahasa Inggeris dan murid prasekolah

PENGENALAN

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian amat penting pada masa kini sejajar dengan
perkembangan pendidikan di Malaysia sehingga ke peringkal global. Selaras dengan kedudukannya
sebagai Bahasa rasmi ke dua dalam sistem Pendidikan negara. Semua murid dari peringkat prasekolah
hingga murid prasekolah menengah wajib mempelajari dan menguasai bahasa ini. Pembelajaran
Bahasa Inggeris diberi penekanan dalam Tunjang Komunikasi dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK (Semakan), 2017).
Objektif pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris di prasekolah adalah untuk menyediakan
murid prasekolah agar dapat berkomunikasi dengan cara berkesan samada melaui lisan ataupun bukan
lisan. Ianya sebagai persediaan murid prasekolah melengkapkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Isahak, et. al. (2008) mengatakan untuk menguasai bahasa kedua iaitu
bahasa Inggeris memerlukan masa dan latihan yang secukupnya. Justeru, para guru perlu mencari idea
untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan. Selaras dengan hasrat tersebut
bahan bantu mengajar yang menarik perlu disediakan. Hal ini bertujuan untuk memotivasikan dan
menarik minat murid untuk fokus semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (Sharifah Nor,
2010).

Bahan bantu mengajar yang menarik berbantukan teknologi multimedia seperti aplikasi mudah alih
mula mendapat tempat dalam bidang pendidikan. Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
(2013-2025) yang menyatakan guru harus memanfaatkan penggunaan ICT dalam bilik darjah.
Penggunaan teknologi pembelajaran berbentuk multimedia meningkatkan minat murid prasekolah
untuk terus meneroka (Maszuraini & Hamedi, 2015). Kadar pembelajaran dikatakan berlaku dengan
lebih baik melalui pengamatan dan pengecaman objek-objek (visual, bunyi dan lain-lain) yang
merujuk kepada elemen-elemen multimedia, berbanding pembelajaran cara lama yang bergantung
kepada pembacaan bahan bertulis semata-mata seperti buku amnya (Siti Fadzilah Mat Noor &
Shereena Mohd Arif, 2002).

1
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x

PENYATAAN MASALAH

Pembelajaran Bahasa Inggeris kurang mendapat perhatian dalam kalangan murid prasekolah. Murid
prasekolah kurang berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Murid prasekolah beranggapan
bahawa
Bahasa Inggeris sukar untuk dipelajari. Mereka menunjukkan sikap belajar sambil lewa dengan tidak
memberi sepenuh perhatian semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Bahan bantu
seperti buku bercetak, kad gambar dan kad imbas kurang dapat menarik perhatian murid prasekolah.
Selain itu kaedah pengajaran guru yang masih mengekalkan kaedah pengajaran tradisi menggunakan
papan putih juga kurang mendapat perhatian murid prasekolah. Pembelajaran dan pemudahcaraan
yang
berkesan tidak dapat disampaikan dengan baik kepada murid prasekolah. Lantaran itu murid
prasekolah
menghadapi kesukaran untuk memahami Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya bagi kemahiran
menyebut, mengecam dan menulis kosa kata Bahasa Inggeris. Justeru itu 3Q Apps dibangunkan
sebagai
salah satu alternatif bagi menarik minat murid prasekolah untuk mempelajari Bahasa Inggeris dalam
suasana yang menyeronokkan. Pembangunan 3Q Apps diharap dapat memberi satu galakan baru untuk
murid prasekolah meminati Bahasa Inggeris, Melalui 3Q Apps murid prasekolah bebas untuk
meneroka
dan mencuba paparan yang terdapat dalam aplikasi mudah alih. Aplikasi boleh diakses secara kendiri
ataupun kolabotif bersama rakan-rakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan Aplikasi 3Q bagi menarik minat murid
prasekolah mempelajari kosa kata kata warna Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan.
Objektif kajian adalah seperti berikut:
(i) Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menyebut dan mengecam kosa kata Bahasa
Inggeris murid prasekolah.
(ii) Menganalisa tahap penguasaan kemahiran menulis kosa kata Bahasa Inggeris dengan betul.

KAJIAN LITERATUR

Penggunaan alatan berasaskan teknologi digital sangat luas pada masa kini. Setiap hari kita tidak akan
terlepas daripada menggunakan alatan teknologi ini dalam setiap aktiviti harian (Azhari & Amani
2018). Generasi muda hari ini termasuk murid prasekolah merupakan golangan yang mempunyai
tarikan kuat kepada teknologi ini. Mereka telah didedahkan kepada persekitaran teknologi komputer,
permainan video, telefon bimbit, peranti pintar, dan internet pada peringkat awal usia lagi (Prensky,
2001). Peranti mudah alih seperti iPad mula digunakan sebagai alat bantu pembelajaran interaktif di
sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi di beberapa wilayah di Amerika Syarikat (Moore,
2012), pembinaan aplikasi pembelajaran dan buku-buku digital menjadi semakin popular termasuk
untuk pembelajaran bahasa dan literasi.
Dapatan kajian mendapati bahawa iPad telah meningkatkan masa berkualiti murid prasekolah
dalam menyelesaikan tugasan (Benton, 2012), meningkatkan motivasi murid prasekolah yang lemah
(Lisa, A.M., 2012), serta meningkatkan kemahuan untuk terus belajar (Sung & Mayer, 2013) terutama
dalam kalangan generasi muda (Chen, 2013). Al Mazmi, Aslam dan Rajan (2013) menyenaraikan
beberapa faedah hasil penggunaan peranti teknologi iaitu: (i) Peralatan baru dan medium efektif untuk

2
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x
pendidikan. (ii) Proses pembelajaran boleh ditingkatkan kerana peranti ini memberi peluang untuk
pembelajaran kendiri. (iii) Menyediakan asas yang kukuh untuk perancangan dan membuat
peningkatan yang memberangsangkan. (iv) Permainan video membantu dalam membentuk semangat
berpasukan dan koloborasi sikap setiap individu. (v) Meningkatkan kemahiran inovasi dan pemikiran
kritis di kalangan murid prasekolah yang membolehkan mereka menjadi lebih bijak.
Menurut Zamri dan Nur Aisyah (2011), strategi pembelajaran yang diterapkan dalam perisian dapat
membantu murid menguasai pembelajaran secara dua hala tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.
Ini menunjukkan dengan bantuan media, murid prasekolah mampu belajar secara aktif, kendiri dan
anjal. Dobler (2012) mendapati suasana pembelajaran berbentuk kolaboratif juga dapat diwujudkan di
dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran yang dilakukan secara bersama iaitu dengan berkongsi satu
peranti mudah alih lebih menyeronokkan dan meningkatkan kefahaman dan motivasi murid. Dari
pemerhatian yang dilakukan, dengan berkongsi peranti mudah alih, pembelajaran secara kolaboratif
dapat dimanfaatkan. Murid prasekolah lebih cepat belajar melalui pemerhatian semasa giliran rakan
mereka melakukan aktiviti atau melalui tunjuk ajar rakan semasa mereka melakukan kesilapan. Dalam
masa yang sama, ia mewujudkan suasana kerjasama dan tolak ansur. Pembelajaran secara kolaboratif
ini juga menjadikan mereka lebih gembira apabila dapat berkongsi kegembiraan dengan rakan mereka
bila berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.
Kajian telah dibuktikan oleh Shaharuddin et al. (2011), pengguna akan tertarik untuk belajar
menggunakan multimedia interaktif kerana ia dapat mengurangkan kebosanan ketika belajar. Dengan
adanya aplikasi, guru tidak perlu bimbang tentang kaedah ulang kaji murid prasekolah di rumah kerana
applikasi ini akan bertindak sebagai 'guru' di rumah. Paparan audio dan visual membolehkan murid
prasekolah mengulang kaji secara kendiri dengan pemantauan ibu bapa. Selain itu guru juga boleh
bertindak sebagai fasilitator terhadap murid prasekolah semasa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan berlangsung di dalam bilik darjah. Jika guru tidak mengaplikasikan pembelajaran dan
pemudahcaraan berbantukan teknologi maklumat maka proses pemudahcaraan guru tersebut akan
menjadi hambar, tidak menyeronokkan dan membosankan murid prasekolah. Justeru seseorang guru
mestilah tahu menguasai dan bijak menggunakan alat teknologi terkini di samping dapat
memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (Nordin dan
Rosmidah 2014).

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen untuk melihat keberkesanan 3Q
Apps. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan
peratusan). Seramai 25 orang murid prasekolah dari salah sebuah prasekolah Daerah Besut telah
dipilih untuk diuji tentang keberkesanan aplikasi ini. Sebelum aplikasi 3Q digunakan, murid
prasekolah akan menduduki ujian pra untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menyebut,
mengecam dan menulis kosa kata warna Bahasa Inggeris. Murid prasekolah diminta untuk mengecam,
menyebut dan menulis 10 kosa kata warna Bahasa Inggeris. Skor ujian pra akan direkodkan. Selepas
itu, murid prasekolah akan didedahkan dengan 3Q Apps dalam telefon mudah alih. Aplikasi ini
digunakan selama dua minggu dengan pengguaan aplikasi selama 10 minit setiap hari. Cara peggunaan
aplikasi melalui akses kendiri dan pembelajaran kolaboratif bersama rakan-rakan.

REKA BENTUK 3Q

Pembangunan 3Q Apps menggunakan Aplikasi Android MIT App Inventor atas talian. Aplikasi ini
menggunakan kaedah block programming. Gambar-gambar, teks, grafik, audio, serta video
diprogramkan dalam MIT App Inventor. Aplikasi ini boleh dimuat naik melalui peranti mudah alih
dalam bentuk fail apk. Model reka bentuk ADDIE dijadikan sebagai panduan bagi memastikan proses
pembangunan berjalan secara teratur dan terarah. Model ADDIE dipilih kerana ia adalah antara model
reka bentuk instruksi yang menjadi asas kepada model-model reka bentuk instruksi yang lain

3
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x
(Jamaluddin & Zaidatun, 2003). ADDIE adalah singkatan daripada Analysis (analisis), Design (reka
bentuk), Development (pembangunan), Implementation (perlaksanaan) dan Evaluation (penilaian).

Fasa 1 Analisis: Membuat analisis terhadap murid prasekolah yang terlibat, sasaran pembelajaran,
suasana pembelajaran, dan sumber-sumber pengajaran. Objektif pembelajaran ditetapkan dan
ditentukan bagi memastikan tahap pengetahuan minima murid prasekolah dapat dicapai. Fasa 2 Reka
bentuk: Bahan-bahan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang disesuaikan dengan kebolehan dan minat
murid prasekolah. Reka bentuk perlu peka kepada bagaimana murid prasekolah boleh belajar dengan
aplikasi. Fasa 3 Pembangunan: Berpandukan idea-idea dalam fasa reka bentuk, aplikasi dibangunkan.
Pakar-pakar yang terdiri dari pensyarah teknologi maklumat dan pensyarah prasekolah dirujuk untuk
melihat kesesuaian aplikasi dengan murid prasekolah. Fasa 4 Perlaksanaan: Semakan bahan, teknikal
dan keseluruhan dilaksanakan bagi memastikan aplikasi dapat memberi impak kepada pembelajaran
dan pemudahcaraan Bahasa Inggeris murid prasekolah. Penilaian: Fasa 5 Penilaian aplikasi sama ada
mencapai objektif pembelajaran dan pemudahcaraan serta mempunyai kualiti yang sepatutnya.
Keputusan dari penilaian perlu digunakan untuk memperbaiki bahan pengajaran tersebut dari semasa
ke semasa. Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pembangunan 3Q Apps

FASA 1 : ANALISIS
Analisis keperluan murid prasekolah
Menentukan objektif

FASA 2 : REKA BENTUK


Memilih kaedah, media dan bahan

FASA 5 : PENILAIAN
Penilaian Sumatif
FASA 3 : PEMBANGUNAN  
Menggunakan media dan bahan
Penglibatan pakar
 

FASA 4 : PERLAKSANAAN
Semakan bahan, teknikal dan
keseluruhan
 

RAJAH 1. Proses Pembangunan 3Q Apps.

4
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x

RAJAH 2 : Kandungan 3Q Apps

DAPATAN

Dapatan kajian adalah berdasarkan skor markah yang diperolehi murid semasa ujian sebelum dan
selepas penggunaan 3Q Apps. Kaedah soal selidik dan analisa dokumen hasil kerja murid prasekolah
digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Data telah dianalisa dengan menggunakan
analisis deskriptif kekerapan dan peratusan untuk memenuhi objektif kajian:
1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menyebut dan mengecam kosa kata warna bahasa
Inggeris murid prasekolah.
Kaedah soal selidik melalui aktiviti soal jawab digunakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan
kemahiran menyebut dan mengecam kosa kata warna Bahasa Inggeris murid prasekolah. Sepuluh kad
warna Bahasa Inggeris ditunjukkan kepada murid prasekolah. Murid prasekolah diminta untuk
menyebut dan mengecam nama kad warna tersebut. Tahap penguasaan murid prasekolah dikelaskan
kepada tiga tahap penguasaa berpandukan Standard Prestasi yang digariskan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017),
iaitu Tahap Penguasaan 1 (TP1) bagi murid prasekolah yang mendapat peningkatan skor 10 hingga 30,
manakala Tahap Penguasaan 2 (TP2) bagi murid praekolah yang mendapat peningkatan skor 40
hingga 70 dan Tahap Penguasaan 3 bagi murid prasekolah yang mendapat skor 80 hingga 100. Sila
rujuk jadual dibawah:

JADUAL 1. Tahap Penguasaan murid prasekolah mengikut peningkatan skor

Tahap Penguasaan Peningkatan skor


Tahap Penguasaan 1 (TP1) 10 hingga 30
Tahap Penguasaan 2 (TP2) 40 hingga 70
Tahap Penguasaan 3 (TP3) 80 hingga 100
Hasil analisa data telah menunjukkan peningkatan skor bagi setiap murid prasekolah untuk ujian pra
dan post. Perbandingan skor markah dipaparkan dalam Jadual 2 di bawah. Berdasarkan Jadual 2, tidak
ada seorang pun murid prasekolah yang menguasai TP1, manakala seramai 11 orang murid prasekolah
yang menguasai TP2 dan seramai 14 orang murid prasekolah telah menguasai TP3.

5
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x
JADUAL 2 . Perbezaan markah ujian pra dan pos setiap murid prasekolah bagi penguasaan kemahiran menyebut dan mengecam kosa
kata warna Bahasa Inggeris.

Murid Skor ujian Pra (%) Skor ujian Post (%) Peningkatan Skor
M1 10 90 80
M2 20 80 60
M3 20 100 80
M4 30 80 50
M5 10 80 70
M6 40 100 60
M7 20 70 50
M8 30 70 40
M9 10 80 70
M10 40 90 50
M11 30 90 60
M12 20 90 70
M13 10 90 80
M14 10 100 90
M15 20 90 70
M16 30 100 70
M17 30 90 60
M18 10 90 80
M19 20 90 70
M20 20 60 40
M21 30 70 40
M22 10 80 70
M23 30 100 70
M24 10 90 80
M25 20 80 60

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap penguasaan kemahiran menyebut dan
mengecam kosa kata warna Bahasa Inggeris. Hampir semua murid prasekolah dapat melepasi TP1.
Rumusan hasil analisa soal selidik murid menunjukkan terdapat peningkatan tahap penguasaan
kemahiran menyebut dan mengecam kosa kata warna Bahasa Inggeris selepas menggunakan 3Q Apps.

2. Menganalisa tahap kemahiran menulis kosa kata Bahasa Inggeris dengan betul

Kaedah analisa dokumen hasil kerja murid prasekolah digunakan bagi mengenalpasti tahap
penguasaan kemahiran menulis kosa kata Bahasa Inggeris. Lembaran kerja mengenai kosa warna
diberikan kepada murid prasekolah. Murid prasekolah diminta untuk menulis kosa kata warna di
ruangan yang disediakan. Tahap kemahiran menulis dikelaskan kepada tiga tahap berpandukan
Standard Prestasi yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017), iaitu Tahap Penguasaan 1 (TP1) bagi
murid prasekolah yang mendapat peningkatan skor 10 hingga 30, manakala Tahap Penguasaan 2 (TP2)
bagi murid prasekolah yang mendapat peningkatan skor 40 hingga 70 dan Tahap Penguasaan 3 bagi
murid prasekolah yang mendapat skor 80 hingga 100.
Hasil analisis data telah menunjukkan peningkatan skor bagi tahap kemahiran menulis kosa kata
Bahasa Inggeris bagi setiap murid prasekolah bagi ujian pra dan post. Perbandingan skor markah
dipaparkan dalam Jadual 3 di bawah.

JADUAL 3. Perbezaan markah ujian pra dan pos setiap murid prasekolah bagi penguasaan menulis kosa kata warna Bahasa Inggeriss

6
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x
Murid Skor ujian Pra (%) Skor ujian Post (%) Peningkatan Skor
M1 20 90 70
M2 20 100 80
M3 20 90 70
M4 10 50 40
M5 20 90 80
M6 20 70 50
M7 10 90 80
M8 20 50 30
M9 20 100 80
M10 30 90 60
M11 20 80 60
M12 20 100 80
M13 20 90 70
M14 10 90 80
M15 10 90 80
M16 30 100 70
M17 20 70 50
M18 10 70 60
M19 30 100 70
M20 10 70 60
M21 20 70 50
M22 10 90 80
M23 20 100 80
M24 10 100 90
M25 20 70 50

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap penguasaan kemahiran menulis kosa kata
warna Bahasa Inggeris. Hanya seorang murid prasekolah yang menguasai TP1. Manakala 9 orang
murid prasekolah telah menguasai TP2 dan 15 orang murid prasekolah menguasaiTP3. Rumusan hasil
analisa hasil kerja murid menunjukkkan terdapat peningkatan tahap penguasaan kemahiran menulis
kosa kata warna Bahasa Inggeris murid prasekoah selepas menggunakan 3Q Apps. Rumusan
keseluruhan tahap penguasaaan murid bagi kemahiran menyebut, mengecam dan menulis kosa kata
warna Bahasa Inggeris dapat dilihat melalui Rajah 3 di bawah :

16
14
12
10
8
6
4
2
0
TP1 TP2 TP3

Kemahiran meyebut dan mengecam


Kemahiran menulis
RAJAH 3 : Tahap Penguasaan kemahiran menyebut dan mengecam serta menulis kosa kata warna Bahasa Inggeris

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan 3Q Apps dalam pengajaran dan pemudahcaraan
dapat menarik minat serta meningkatkan kemahiran menyebut, mengecam dan menulis kosa kata
warna dalam Bahasa Inggeris murid prasekolah. Hasil pemerhatian pula menunjukkan murid
prasekolah seronok menggunakan aplikasi ini. Murid mudah memahami paparan menu yang
disediakan dalam 3Q Apps. Murid juga sangat teruja untuk meneroka aplikasi yang ada di dalam 3Q

7
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x
Apps iaitu menjawab soalan-soalan kuiz, permainan suai padan perkataan dengan gambar, mengisi
tempat kosong dengan huruf, mendengar kembali nama kosa kata warna serta aktiviti nyanyian.
Dapatan ini selari dengan hasil kajian oleh Latifah et al. (2011), yang menyatakan bahawa unsur-
unsur reka bentuk grafik, teks, warna dan bunyi mampu membuatkan murid prasekolah memberi
sepenuh perhatian ketika pembelajaran berlangsung di samping kandungan silibusnya yang menepati
cita rasa golongan murid prasekolah. Dapatan ini menyokong hasil kajian Ronaldi Saleh et al., (2011)
iaitu majoriti murid prasekolah tertarik dengan grafik dan animasi. Dua unsur ini juga dapat
mengekalkan fokus mereka terhadap bahan pembelajaran. Di samping itu, dapatan yang sama turut
diperoleh Sawsan Nusir (2012). Beliau mendapati menerusi media interaktif dapat meningkatkan
kemahiran pembelajaran murid prasekolah melalui aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perisian
tersebut.
Paparan visual dan audio dalam 3Q Apps merupakan eleman penting yang dapat meningkatkan
kefahaman murid terhadap kandungan subjek yang hendak diajar oleh guru seperti kemahiran
menyebut, mengecam dan menulis kosa kata Bahasa Inggeris. Kenyataan ini menyokong kajian yang
dijalankan oleh Nordin & Rosmidah (2014) dan Adenan Ayob et al. (2011), menyatakan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan yang dibantu oleh elemen visual didapati dapat meningkatkan
proses pembelajaran sehingga empat kali ganda berbanding pembelajaran dan pemudahcaraan secara
lisan semata-mata. Teknologi multimedia merupakan salah satu media pembelajaran baharu yang
boleh digunakan untuk membantu proses pembelajaran dan pemudahcaraan lebih berkesan. Ini kerana
multimedia menyepadukan pelbagai media: teks, suara, imej, grafik dan animasi serta kebolehan inter
aktiviti yang dapat menarik minat murid prasekolah untuk belajar (Robiatul A’dawiah & Halimah,
2010).
Hasil kajian ini juga mendapati konsep pembelajaran berpusatkan murid dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan. Murid melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan
mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Melalui pembelajaran berpusatkan
murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana pembelajaran
digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan murid. Guru merupakan pemudahcara atau
pembimbing yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak
strategi pembelajaran dan pemudahcaraan yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK (Semakan 2017).

RUMUSAN
Hasil kajian menunjukkan pengunaan 3Q Apps telah meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
menyebut, mengecam dan menulis kosa kata warna Bahasa Inggeris. Murid menunjukkan minat
semasa mempelajari Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti pembelajaran
berbantukan aplikasi peranti mudah menjadikan pembelajaran murid lebih bermakna dan berkesan.
Murid yakin dan berani untuk menyebut dan mengecam kosa kata warna Bahasa Inggeris. Melalui
kajian ini dapat dibuktikan bahawa 3Q Apps boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif bagi
membantu guru semasa pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Hasil dapatan kajian ini
mencadangkan agar penggunaan aplikasi bagi kosa kata Bahasa Inggeris untuk tema-tema lain turut
dibangunkan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan untuk murid
prasekolah selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

RUJUKAN

Adenan Ayob, Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa & Aida Suraya Md Yunus. (2011). Multimedia dalam pemudahcaraan
Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Emeritus Publication
Al Mazmi, M., Aslam, H. & Rajan, A.V. (2013). The influence of technology on children‟s health. International
Conference on Technology and Business Management, March 18-20, 1226-1235.
Azhari bin Hamzah & Amani binti Deraman@Dahlan (2018). Penggunaan Mobile Pembelajaran (Aplikasi Quizizz) dalam
Pembelajaran Abad ke 21 bagi Subjek Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru. Prosiding Seminar Kebangsaan
PdPc Abad ke-21 (Jilid 2) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

8
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x
Benton, B. K. (2012). The ipad as an instructional tool: An examination of teacher implemention experiences. University of
Arkansas.
Chen, X.-B. (2013). Tablets for informal language learning: student usage and attitudes XiaoBin. Language Learning &
Technology, 17(1), 20–36.
Dobler, E. (2012). Using iPads to Promote Literacy in the Primary Grades. International Reading Association, 18–19.
Isahak, H., Abdul Latif, G., Md Nasir, M., Abdul Halim, I., & Mariam,M.N. (2008). Kesan dasar pemudahcaraan
matematik dan sains dalam bahasa inggeris di sekolah rendah. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jamalludian Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Nurul Hidayah Ahmad Zakhi. (2012). Penerapan Nilai Murni dan
Pembentukan Jati diri Murid prasekolah Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Journal Hadhari Special
Edition, 51-65.
Lisa, A.M., W. (2012). The Motivational Effects of Using Mobile Devices in Mathematics Classrooms by Students with
Exceptionalities. University of Ontario Institute of Technology.
Kementerian Murid prasekolahan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017), Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Maszuraini Miswan dan Hamedi Mohd Adnan (2015) Pembangunan Aplikasi Peranti Mudah Alih untuk Kemahiran
Membaca Murid prasekolah: Aplikasi Literasi LINUS (LiLIN) Jld. 17, Bil. 2, 2015: 64–78 | Vol. 17, No. 2, 2015:
64–78 dicapai di http://www.myjurnal.my/public/issue view.php?id=5723&journal_id=38
Moore, A. F. (2012). Piloting the iPad ® : A Case Study Evaluation in a K-12 School District by. Wilmington University.
Nordin Mamat dan Rosmidah Asong (2014) Penggunaan Cd Multimedia Interaktif Dalam Meningkatkan Kefahaman
Bahasa Inggeris Dan Mengubah Tingkah Laku Pembelajaran Murid prasekolah Prasekolah Vol 3 (2014): Jurnal
Pendidikan Awal Murid prasekolah Kebangsaan. Dicapai di
http://202.45.132.61/index.php/JPAK/article/view/791
Prensky, M. (2001). Digital Natives, Digital Immigrants Part 1. On the Horizon, 9(5), 1–6.
doi:10.1108/10748120110424816
Robiatul A’Dawiyah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman. (2010). Pakej pembelajaran sains murid prasekolah
prasekolah untuk tema meneroka angkasa menggunakan pendekatan cerita animasi interaktif. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Ke-4, 715-725.
Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif , (2002). Pendekatan Multimedia Dalam Perisian Kursus Kisah Teladan
Wanita Islam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM. Dicapai di
(http://www.ftsm.ukm.my/jabatan/tp/shereen/ISOIT.pdf#search=%22multimedia%20kepada%20kanak kanak
%22)
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). tahap kesediaan penggunaan ict dalam pemudahcaraan dan
kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34
Sawsan Nusir, Izzat Alsmadi, Mohammed Al-Kabi & Fatima Sharadga. (2012). Studying the impact of using multimedia
interactive progras at children ability to learn basic math skills. 5(2): 17-32
Shaharuddin Md. Salleh & Ahmad Khairi Mat Ali. (2011). Pembangunan Web EPembelajaran Menggunakan Elemen
Video Dalam Topik ‘Work And Energy’ Berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial. Fakulti Pendidikan: Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Sung, E., & Mayer, R. E. (2013). Online multimedia learning with mobile devices and desktop computers: An experimental
test of Clark’s methods-not-media hypothesis. Computers in Human Behavior, 29(3), 639–647.
doi:10.1016/j.chb.2012.10.022
Zamri Mahamod dan Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam
pemudahcaraan komponen sastera bahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, 11(3), 163-177
Ronaldi Saleh Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. (2011). Menggunakan animasi di
dalam instruksi khas untuk murid prasekolah disleksia, Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2): 27-38.

9
ICTE’20: International Conference Teacher Education – Vol x

10

Anda mungkin juga menyukai