Anda di halaman 1dari 5

KBD 60204 KURIKULUM MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Terdapat beberapa faktor perkembangan bahasa yang dapat membantu pencapaian bahasa
dan akademik murid pekak di sekolah pendidikan khas dan di PPKI. Faktor pertama merupakan
faktor kecedasan. Zakaria et al.(2020) menyatakan bahawa kebolehan atau kecerdasan
individu sebenarnya bersifat multidimensional. Kecerdasan dan kebolehan berbahasa amat
berkait rapat. Sebagai contoh, murid-murid pekak yang mempunyai genetik cerdas, maka
mereka lebih cepat menguasai bahasa disbanding dengan murid-murid pekak yang kurang
cerdas. Hal ini dapat membantu mereka lebih dekat dengan bahasa yang dituturkan oleh orang
lain dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan akademik mereka.
Selain itu, faktor keadaan keluarga juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi penguasaan bahasa mereka. Menurut Melvin dan Shahlan (2020), ibu bapa
merupakan elemen yang ditekankan dari segi penglibatan dan penyertaan dalam pembelajaran
dan pengajaran. Perkembangan bahasa murid-murid yang dalam keadaan keluarga yang
mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain akan lebih pesat jika dibanding dengan
murid-murid yang menghadapi masalah keluarga. Sebagai contoh, murid yang mempunyai
hubungan yang erat dalam keluarga akan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
Secara tidak langsung penggunaan isyarat tangan akan digunakan secara lebih kerap sejak
murid-murid kecil lagi dapat membantu mereka dalam pencapaian bahasa dan akademik di
sekolah.
Justeru, faktor persekitaran juga akan membantu murid-murid pekak dalam pencapaian
bahasa dan akademik. Menurut Wong dan Faridah (2021), persekitaran fizikal mempunyai
kesan pada pembelajaran dan perkembangan seseorang kanak-kanak, termasuk
perkembangan kognitif. Sebagai contoh, sekiranya sekeliling murid-murid dikelilingi dengan
orang yang pandai berbahasa sama ada dalam bahasa isyarat tangan ataupun Kod Tangan
Bahasa Melayu, maka murid tersebut akan lebih cepat menguasai bahasa berbanding dengan
murid yang tidak mempunyai rakan yang pandai menggunakan bahasa isyarat.
Persoalan seterusnya pula merupakan kaedah-kaedah pengajaran akan membantu
pencapaian bahasa dan akademik murid pekak di sekolah-sekolah pendidikan khas dan di
Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Kejayaan murid menguasai ilmu bergantung
kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu (Prof Dr Abdul
Rasid Jamian,2021). Pertamanya, merupakan gerak badan guru sesuai bagi mereka yang
mampu memberi konsentrasi yang tinggi kepada bibir penutur. Kaedah ini juga menekankan
penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat
gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur perlu berada di tempat yang
terang dan jelas dilihat.
KBD 60204 KURIKULUM MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Penggunaan BBM dalam bentuk visual perlu digalakkan, murid masalah


pendengaran  mengalami kekurangan dari segi penerimaan maklumat dan kefahaman ayat.
Murid bermasalah pendengaran tidak dapat memberi respon yang positif jikalau guru kelas
menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Dengan penggunaan BBM berbentuk
visual, murid dapat melihat dan mengingati pengajaran guru hari tersebut secara visual.
Kaedah pertuturan kiu melibatkan sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan
bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan. Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang
bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk mendentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif.
Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir
mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan. Ini bermakna petuturan kiu
membolehkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat dan secara tidak
langsung dapat memudahkan murid pekak dalam meningkatkan pencapaian bahasa dan
akademik .
Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu merupakan salah satu kaedah
pengajaran kepada murid bermasalah pendengaran. Hal ini memberi keterangan bahawa guru
menggunakan pelbagai media seperti isyarat, lakon dan juga lisan semasa berinteraksi dalam
pengajaran dan pembelajaran bersama para pelajar yang terlibat untuk disesuaikan dengan
kebolehan murid yang pelbagai tahap pendengaran. Komunikasi seluruh juga digunakan oleh
guru bagi berinteraksi dan seterusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, isyarat yang digunakan adalah mimik muka, lakonan serta pertuturan.
Revolusi Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur pengurusan, industri dan
komersil yang menekankan pembangunan teknologi digital bagi mengurangkan kos tenaga
manusia dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi. Sistem pembelajaran yang
fleksibel dan interaktif seperti mengadakan smart class room perlu diperluaskan tidak kira di
peringkat sekolah pendidikan khas agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik serta mampu merangsang minat murid sekalis gus dapat membantu meningkatkan
prestasi akademik murid. Noor Azizah Noorashid (2019) menyatakan bahawa dengan gaya
pembelajaran yang lebih fleksibel dan secara atas talian, sikap para pendidik perlu lebih
berintegriti dan profesional.
Menurut Norakyairee et al. (2018), perkembangan teknologi maklumat dilihat dapat
memberikan impak dan potensi yang besar terutama dalam bidang pendidikan. Para pendidikan
telah menggunakan kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang fleksibel dan
berpatutan dengan tahap kebolehan dan intelektual para pelajar termasuklah golongan MBK
bermasalah pendengaran. Terdapat dua jenis teknologi yang sering dikaitkan dengan
KBD 60204 KURIKULUM MURID BERMASALAH PENDENGARAN

pendidikan khas, iaitu teknologi bantuan yang membantu MBK dalam keperluan fizikal mereka
dan teknologi pengajaran yang membantu MBK dalam pembelajaran (Peng & Daud, 2017).
Kepentingan teknologi bantuan seperti alat bantuan pendengaran dan implan koklea dalam
memperbaiki pengalaman auditori MBK bermasalah pendengaran tidak pernah dipertikaikan.
Teknologi pengajaran seperti komputer, augmented reality (AR), perisian
multimedia,  internet dan laman web juga amat membantu murid dari segi pencapaian
bahasa dan akademik murid pekak di sekolah-sekolah pendidikan khas dan di Program
Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI).
Menurut  Rahman et al. (2020), pandemik wabak Covid-19 banyak mengubah corak
pembelajaran yang kebiasaannya dijalankan secara bersemuka namun kini telah dijalankan
secara dalam talian sewaktu PKP dijalankan. Oleh hal yang demikian, pihak kementerian
berperanan untuk menyediakan tenaga pengajar dengan memberi pendedahan kepada
teknologi-teknologi semasa serta menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan teknik
pembelajaran selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Selain itu juga, pihak kementerian perlu
memilih teknologi yang terbaik dan praktikal untuk melengkapi proses PdP dan tidak
menyukarkan para pendidik untuk menggunakan teknologi tersebut.
Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan pendekatan dwibahasa dan
dwibudaya dalam bilik darjah di Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran di
Malaysia. Pendekatan dwibahasa dwibudaya ,erujuk kepada penggunaan kelas yang terdiri
daripada dua bahasa dan dua budaya yang berbeza, iaitu budaya pekak dan budaya bukan
pekak (Renny et al., 2019). Pertamanya, penggunaan bahasa isyarat dalam mengajar
kandungan mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Sebagai contoh, guru boleh menyampaikan maklumat dan idea dengan lebih mudah
kepada murid bermasalah pendengaran dengan penggunaan bahasa isyarat.
Selain itu, penggunaan bahasa isyarat untuk mengeratkan hubungan silahturrahim
dalam kelompok murid bermasalah pendengaran yang mempunyai budaya yang
berlainan. Sebagai contoh, murid yang berbangsa cina akan menggunakan Bahasa Isyarat
Malaysia semasa berkomunikasi di kawasan sekolah. Secara tidak langsung mereka akan lebih
erat kerana mereka akan menggunakan bahasa yang sama tanpa mengira bangsa dan
budaya.Mereka juga dapat menyambut hari peristiwa bersama dan lebih memahami antara satu
sama lain dengan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia.
Isi seterusnya merupakan menggunakan Bahasa Isyarat yang sama dalam perbualan
dan pengajaran di semua kelas. Hal ini kerana penggunaan bahasa isyarat yang digunakan
dalam Malaysia terdiri daripada Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia
KBD 60204 KURIKULUM MURID BERMASALAH PENDENGARAN

sahaja. Oleh itu, semua pihak berkenaan memainkan peranan penting iaitu tidak menggunakan
bahasa isyarat negara lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Rujukan

Azman Ab Rahman , Nurul Nadia Nozlan , Hussein Azeemi Abdullah Thaidi , Muhammad
Firdaus Ab Rahman & Mohamad Anwar Zakaria, 2022. Pandemik COVID-19: Isu
Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar
Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia.

Chong, Ai Peng and Mohd Daud, Shaffe (2017) Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan


(PTPK) dalam kalangan guru pendidikan khas bermasalah pendengaran. International
Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1-11. ISSN 2462-2079.

Melvin Anak Maxwell dan Shahlan Surat, 2020. Pengaruh Latar Belakang Keluarga Dan
Pencapaian Akademik Pelajar Di SMK Bau. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan. e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1,
227-233, 2020

Noor Azizah Noorashid, 2019. REVOLUSI INDUSTRI 4.0: IMPAK TERHADAP


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA. Fakulti Pendidikan dan Sains
Sosial, Widad University College, BIM, 25200 Kuantan Pahang, Malaysia.

Norakyairee Mohd Raus, Siti Rahmah Ahmad Razuan, Syar Meeze Mohd Rashid, Ab. Halim
Tamuri & Norshidah Mohamed Salleh.,2018. Teknologi Al-Quran Bagi Orang Kurang
Upaya. Kertas Kerja Pembentangan Seminar Konvensyen Fiqh Teknologi. Islamic &
Human Development Centre Universiti Malaysia Pahang.

Renny Sri Herdianty, Achmad Hufad, Didi Tarsidi, Imas Diana Aprilia, 2019.Bilingual / Bicultural
Education for Children with Hearing Impairment . (ICES 2018) Advances in Social
Science, Education and Humanities Research, volume 214

Prof Dr Abdul Rasid Jamian,23 Febuari 2021. Teknik, kaedah pengajaran berkesan elak murid
bosan.https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/02/789204/teknik-kaedah-pengajaran
-berkesan-elak-murid-bosan
KBD 60204 KURIKULUM MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Wong Poh Yee, Faridah Yunus,2021. Jurnal Dunia Pendidikan.ASIAN SKesan Persekitaran
Fizikal Dan Sosial Kepada Perkembangan Kanak-Kanak Dari Perspektif Neurosains:
Kajian Sorotan Sistematik.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Malaysia. e-ISSN: 2682-826X| Vol. 3, No. 2, 98-112, 2021

ZAKARIA, Siti Kausar; DAUD, Mohd Noor. Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar IPTA
Berdasarkan Jantina. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 3, p. 237-253, nov. 2020.
ISSN 2682-826X. 

Anda mungkin juga menyukai