Anda di halaman 1dari 7

SJK (C) TAMPOI,

81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM KLINIK BAHASA INGGERIS

PADA:
30 JULAI 2017 24 OGOS 2017

ANJURAN:
GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU
DENGAN KERJASAMA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
TAMPOI, JOHOR BAHRU
1.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, internship merupakan satu peringkat transisi profesional
yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional guru pelatih
dengan tugas guru di sekolah. Guru-guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana
serta menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah. Selain itu, internship juga memberi peluang kepada guru
pelatih untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat
kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan
guru yang cemerlang. Di samping itu, guru pelatih perlu menunjukkan sifat
kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti dan projek di bawah bimbingan
guru pembimbing di sekolah.

Program Klinik Bahasa Inggeris ini khas ditujukan kepada murid-murid Tahun
6 yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Program ini dicadangkan bagi
membolehkan murid-murid Tahun 6 menguasai penggunaan Bahasa Inggeris
terutamanya dalam penulisan dan seterusnya memupuk keyakinan diri semasa
menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September 2017. Selain itu, pihak
sekolah mengharapkan program Klinik Bahasa Inggeris ini dapat memotivasikan
murid-murid untuk bertambah maju dan belajar subjek Bahasa Inggeris dengan
bersungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang memuaskan dalam
peperiksaan UPSR.

2.0 RASIONAL

Kelemahan subjek Bahasa Inggeris sering dijadikan perbincangan,


sedangkan pelbagai pendekatan sudah diambil namum, hasilnya masih belum
memuaskan. Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap
sukar dipelajari oleh murid-murid. Hal ini disebabkan Bahasa Inggeris bukan bahasa
ibunda bagi murid-murid sejak kecil lagi dan mereka juga jarang menggunakan
Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Disebabkan faktor-faktor tersebut,
murid-murid sering mengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris dalam pertuturan
serta penulisan dan seterusnya tidak mahu mencuba untuk mempelajari mata
pelajaran tersebut.

Penguasaan Bahasa Inggeris yang terlalu lemah menyebabkan prestasi dan


keputusan peperiksaan murid-murid tidak memuaskan. Sebahagian murid telah
gagal dalam peperiksaan disebabakan tidak dapat menjawab soalan yang
dikemukakan malah ada murid yang membiarkan kertas soalan kosong tidak
berjawab terutama soalan subjektif atau penulisan esei. Melalui program Klinik
Bahasa Inggeris ini, diharapkan mampu menambahbaikan pengguasaan Bahasa
Inggeris murid-murid Tahun 6 dalam penulisan dan juga meningkatkan keyakinan diri
mereka untuk berusaha sebaik mungkin ketika menghadapi peperiksaan UPSR yang
akan datang. Dengan itu, perancangan dan kerjasama erat antara semua pihak amat
diperlukan dalam bekerjasama untuk mencapai hasrat untuk meningkatkan prestasi
murid-murid yang bakal menghadapi UPSR.

3.0 MATLAMAT
Antara matlamat Program Klinik Bahasa Inggeris adalah:
Meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR 2017.
Menjadikan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris setanding dengan
mata pelajaran teras yang lain dalam peperiksaan UPSR.
Membantu penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
terutamanya dalam menjawab solaan subjektif dan penulisan esei.
Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai subjek yang diminati
dalam kalangan murid di sekolah.
Mempraktikkan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dengan berkesan di
dalam dan luar sekolah oleh murid-murid, guru-guru dan staf sekolah ini.
Meningkatkan tekad dan azam diri murid mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan UPSR.

4.0 OBJEKTIF

Setelah tamat program ini, murid-murid diharapkan akan dapat mencapai objektif
berikut:
Memupuk keyakinan diri dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan semasa
menghadapi peperiksaan UPSR.
Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan subjektif dan soalan esei
dalam peperiksaan UPSR.
Menyediakan murid-murid untuk barhadapan dengan cabaran menguasai
ilmu pengetahuan dalam Bahasa Inggeris pada masa depan.
Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan pembelajaran.
Memupuk serta mengembangkan sikap positif terhadap pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
Melatih murid-murid berfikiran secara positif, iaitu Aku Boleh!

5.0 TARIKH/HARI
30 Julai 2017 10 Ogos 2017 (Setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu)

6.0 MASA
Hari Isnin : 11.05 12.05 p.m.
Hari Selasa : 10.05 11.05 a.m.
Hari Rabu : 10.05 11.05 a.m.

7.0 TEMPAT
Bilik pemulihan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tampoi

8.0 ANJURAN
Guru pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru dengan kerjasama
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) Tampoi, Johor Bahru.

9.0 PESERTA
6 orang murid dari kelas 6H (Rujuk lampiran 1)

10.0 KEWANGAN

10.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL Perihal barang Kos Seunit Jumlah

.
1. Photostat lembaran kerja RM 5 x 6 RM 30
2. Kertas A4 RM 10x 1 RM 10
Jumlah RM 40

11.0 STRUKTUR JAWATANKUASA


11.1 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Puan Ho Siow Kin

(Guru Besar SJK(C) Tampoi)

Pengerusi : Puan Chia Kooi Hwa


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Tampoi)

Naib Pengerusi : Puan Wong Cheng Yun


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SJK(C) Tampoi)

Setiausaha : Encik Teo Liam Hock


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum SJK (C) Tampoi)
Penasihat : Puan Shieh Kim Peng
(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

11.2 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Encik Chiong Sie Lee


(Guru Pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

Naib Pengerusi 1 : Cik Siti Khadijah binti Deraman


(Guru Bahasa Inggeris SJK (C) Tampoi)

Naib Pengerusi 2 : Encik Tan An Ren


(Guru Bahasa Inggeris SJK (C) Tampoi)

Setiausaha : Cik Lee Jia Min


(Guru Pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

12.0 JADUAL PELAKSANAAN

Minggu Butiran
1 Membuat kertas kerja
Mencari maklumat mengenai Program Klinik Bahasa Inggeris
Perbincangan dengan mentor
Menjalankan sesi ice breaking dengan murid-murid
Memperkenalkan format terkini peperiksaan UPSR
Memperkenalkan teknik-teknik untuk menjawab soalan subjektif
dan soalan esei kepada murid-murid

2 Mencari lembaran kerja yang sesuai bagi penulisan Bahasa


Inggeris (Section A Information Transfer)
Mencetak lembaran kerja
Permantauan mentor tentang lembaran kerja yang dicari
Membimbing murid untuk menjawab soalan-soalan dalam
lembaran kerja.
Membincang kehendak soalan dengan murid-murid
3 Mencari lembaran kerja yang sesuai bagi penulisan Bahasa
Inggeris (Section B and Section C Guided Writing)
Mencetak lembaran kerja
Permantauan mentor tentang lembaran kerja yang dicari
Membimbing murid untuk menjawab soalan-soalan dalam
lembaran kerja dan menunjukkan contoh-contoh esei kepada
murid.
Membuat refleksi dan laporan projek

13.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program Klinik Bahasa Inggeris bukan sahaja
bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR 2017 malahan juga membantu penguasaan murid-murid Tahun 6
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris terutamanya dalam menjawab solaan
subjektif dan penulisan esei. Selain itu, program ini bermatlamat untuk memupuk
keyakinan diri dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan
seterusnys membantu calon UPSR 2017 membuat persedian dari segi mental
(motivasi diri) bagi menghadapi peperiksaan. Diharap program ini dapat memberi
impak yang positif kepada murid-murid yang terlibat. Kerjasama daripada semua
pihak untuk menjayakan program ini amatlah diperlukan dan seterusnya objektif dan
matlamat program dapat dicapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...............................................
(LEE JIA MIN) (CHIA KOOI HWA)

Setiausaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Program Klinik Bahasa Inggeris, SJK (C) Tampoi, Johor Bahru.
SJK (C) Tampoi, Johor Bahru.

Disahkan oleh,

..

(HO SIOW KIN)


Guru Besar
SJK (C) Tampoi, Johor Bahru.

Lampiran 1
Senarai nama murid-murid yang terlibat dalam Program Klinik Bahasa Inggeris

Bil Nama Kelas


1 Benjamin Ngo Bing Hong 6H
2 Lim Jun Hong 6H
3 Rammie Leong Bow Yee 6H
4 Chong Kang Liang 6H
5 Wong Jin Xian 6H
6 Ewe Wei Ming 6H

Anda mungkin juga menyukai