Anda di halaman 1dari 11

PQI 6004

MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI

2160207

SOALAN 1

Beza bandingkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai dan kenapakah anda

memilih model berkenaan dalam topik pengajaran anda.

Saya telah memilih Model Assure sebagai rekabentuk pengajaran saya di dalam kelas

kerana Model Assure ini bertujuan untuk merekabentuk pengajaran dengan penggunaan

media secara sistematik. Saya yakin dengan penggunaan media semasa di dalam kelas dapat

menarik lebih perhatian dalam kalangan murid-murid lebih-lebih lagi murid yang akan saya

ajar adalah murid yang berada di kawasan luar bandar Sabah. Seperti yang kita maklum, rata-

rata murid yang berada di kawasan luar bandar Sabah kurang diberi pendedahan terhadap

penggunaan media seperti projector, lcd dan laptop. Saya yakin dengan adanya penggunaan

media dapat menarik perhatian mereka dan sekaligus memotivasikan murid dalam melibatkan

diri dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, maksud Model Assure itu sendiri

adalah memastikan, jadi model ini bermaksud yang proses pengajaran dan pembelajaran

akan pasti berlaku di dalam kelas. Ia juga menumpukan kepada pembelajaran dan elemen

yang wujud di dalam kelas seperti guru, pelajar, kurikulum dan kemudahan. Di samping itu,

penggunaan Model Assure ini juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai amalan nilai

moral yang tinggi, semangat kebangsaan, kesedaran budaya dan global, kesedaran diri, dan

kemahiran interpersonal. Penggunaan model ASSURE mempunyai asas yang kukuh

dijadikan panduan pembinaan bahan media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

berdasarkan kajian lalu, model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam

pengajaran dan pembelajaran malahan ciri-ciri yang terkandung dalam model ini mampu
mengubah tanggapan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu

diperkatakan membosankan.Oleh itu kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan objektivisme atau konstruktivisme akan memastikan hasil

pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu mengajar amat

penting agar murid merasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Berbeza dengan model lain, model Assure lebih sesuai kerana pihak pengurusan

sekolah menitikberatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran di kalangan para guru bagi

menarik minat para pelajar yang dikenalpasti kurang bermotivasi dan mempunyai tahap fokus

yang pendek. Model ini menengahkan penggunaan media yang sesuai bagi menarik lebih

perhatian pelajar berbanding model yang lain. Contohnya, Model ADDIE merupakan model

rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan

pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.


SOALAN 2

Tulis sekurang-kurangnya tiga objektif untuk pelajaran yang anda akan mengajar.

Pilih topik yang membolehkan anda menulis matlamat lebih daripada satu domain.

Objektif pelajaran:

Kognitif:

a) Murid dapat mengenalpasti ciri-ciri obesiti yang terdapat di Malaysia.

b) Murid dapat membezakan makanan yang sihat dan tidak sihat

c) Murid dapat mengenalpasti kepentingan pemilihan diet yang seimbang.

Afektif:

a) Pentingnya menjaga kesihatan diri dengan mengambil pemakanan yang seimbang.

b) Memupuk gaya hidup sihat di dalam diri melalui pemakanan.

c) Menerima pandangan orang lain dalam perbincangan


SOALAN 3

Reka bentuk pengajaran yang memperincikan maklumat pelajar, topik dan tahap gred.

Sertakan maklumat tentang aktiviti pengajaran, bahan pembelajaran, hasil

pembelajaran, cara penilaian dan bagaimana teknologi memudahcara proses

pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MODEL ASSURE)

1. Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

2. Tingkatan : 5 Morinda

3. Bilangan Murid : 20 orang (12 lelaki 8 perempuan)

4. Tarikh : 23 Januari 2024

5. Hari : Selasa

6. Masa : 8.20-9.20 pagi

7. Tempoh : 60 minit (1 jam)

8. Tema : Pemakanan

9. Tajuk : Pengurusan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat

10. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

a) Menjelaskan maksud pengurusan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat.

b) Mengaplikasikan kemahiran pengurusan diet seimbang dan sihat mengikut

keperluan diri.

c) Menilai kepentingan pemilihan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat.


11. Bahan Bantu Mengajar

 Komputer riba

 Alat pembesar suara

 Projektor

 Skrin Projektor

 Pembesar suara (speaker)

12. Nilai

Menyayangi diri, bekerjasama dan mematuhi arahan.

13. Unsur Kemahiran Berfikir

a) Pelajar membezakan jenis-jenis makanan yang seimbang.

b) Menjana idea, berfikir secara kreatif dan kritis.

14. Belajar Cara Belajar:

Pelajar mencatat nota.

15. Unsur Patriotisme

Menerapkan nilai-nilai sayang dan bangga terhadap diri sendiri.


Prosedur Pelaksanaan/Masa Isi Pembelajaran Catatan

Set induksi (10 minit) 1. Video pemakanan BBM:

1. Murid memerhati yang seimbang -Video, projector

tayangan video 2. Soalan: dan speaker

mengenai amalan a) ‘Apakah maksud Teknik:

pemakanan seimbang. pemakanan yang -Soal jawab

2. Guru memilih beberapa seimbang? -Penerangan

murid untuk b) “Kesan tidak Kognitif:

menerangkan tentang mengambil -Murid mendapat

video yang pemakanan yang ilmu baru yang

ditayangkan. seimbang” lebih tepat

3. Guru memberitahu 3. Tajuk: berkenaan

tajuk yang akan diajar Pengurusan diet kepentingan

dengan video yang seimbang dan sihat pengambilan

telah ditayangkan. sepanjang hayat makananan.

Behavioris:

-Guru memberi

stimulus (video)

kepada murid.

Murid memberi

respon (output)
Langkah 1 (20 minit)

1. Murid-murid diminta 1. Menerangkan tajuk Nilai:

untuk menumpukan yang akan diajar -Menyayangi diri

perhatian ke arah pada hari tersebut. -Mematuhi arahan

persembahan 2. Memberi BBM:

multimedia pengenalan kepada -Slide powerpoint

(Powerpoint) yang murid supaya Teknik:

bertajuk Pengurusan skema baru dapat -Penerangan

diet seimbang dan sihat dibentuk. Kemahiran Berfikir:

sepanjang hayat. 3. Murid mendapat -Membanding dan

2. Antara kandungan: maklumat yang membeza jenis

a) Pengurusan diet lebih tepat untuk makanan yang sihat

seimbang. menambah ilmu dan tidak sihat.

b) Tujuan pengurusan sedia ada. -Menjana idea

diet seimbang. 4. Murid dapat Kaedah berpusatkan

c) Kepentingan mengaplikasikan murid:

pengurusan diet maklumat dalam -Murid mampu

seimbang dan sihat. kehidupan harian membezakan jenis

d) Kemahiran memilih kelas makanan yang

diet seimbang dan berlainan dan dapat

sihat sepanjang mengetahui

hayat. kepentingan serta

e) Kepentingan fungsi makanan

pemilihan diet yang

seimbang.
Langkah 2 (25 minit)

1. Murid dibahagikan 1. Murid Sumber digunakan:

kepada 4 kumpulan. membincangkan -Kertas mahjong

2. Setiap kumpulan pemakanan -Pen marker

diberikan tugasan. seimbang yang Nilai murni:

3. Satu kertas mahjong sesuai. -Bekerjasama

akan diberikan kepada 2. Murid lebih -Mematuhi arahan

setiap kumpulan. memahami jenis Unsur Kemahiran

4. Tugasan: makanan yang sihat Berfikir:

a) Lukis dan nyatakan dan tidak sihat. -Pelajar

pemakanan yang 3. Menyenaraikan membezakan jenis-

seimbang di dalam jenis makan yang jenis makanan yang

sebuah pinggan. sesuai dimakan seimbang.

b) Makanan seimbang pada waktu pagi, -Menjana idea,

untuk sarapan, tengahari dan berfikir secara

makan tengahari malam. kreatif dan kritis.

dan makan malam.

5. Murid diberikan masa

hanya 10 minit untuk

menyelesaikan tugasan.

6. Setiap kumpulan harus

tampil kehadapan

untuk membentangkan

tugasan.
Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan 1. Rumusan isi: Teknik:

mengenai tajuk a) Mengenali maksud -Soal jawab

pembelajaran pada hari pengurusan diet. -Perbincangan

tersebut. b) Mengaplikasikan Kemahiran berfikir:

2. Guru memberi soalan kemahiran -Berfikir dengan

kuiz pemakanan yang pengurusan diet kreatif dan kritis

seimbang sebagai seimbang dan sihat Humanistik:

pengukuhan. mengiikut -Guru membuka

keperluan diri. ruang untuk murid

c) Menilai untuk mengeluarkan

kepentingan pandangan

pemilihan diet berkenaan tajuk

seimbang dan sihat yang dibincangkan.

sepanjang hayat

Model ASSURE

A: Analyze Learner (Analisis Pelajar)

Analisis pelajar dapat dilihat di dalam rancangan pengajaran harian di atas. Analisis pelajar

dapat dilihat melalui maklumat yang diperoleh iaitu mata pelajaran, tahun atau tingkatan

yang diajar, bilangan murid, tarikh, hari, masa, tempoh, tema dan tajuk.

S: State Objektif (Nyatakan Objektif)


Objektif dalam rancangan pengajaran harian di atas mempunyai tiga objektif seperti yang

dinyatakan diatas. Tiga objektif tersebut ialah:

a) Mengenali maksud pengurusan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat.

b) Mengaplikasikan kemahiran pengurusan diet seimbang dan sihat mengikut keperluan

diri.

c) Menilai kepentingan pemilihan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat.

S: Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

Penggunaan ini dapat dilihat melalui bahan bantu mengajar yang digunakan. Bahan bantu

mengajar yang digunakan ialah slide, lcd projektor, komputer riba dan speaker. Lcd projektor

dan komputer riba digunakan untuk membuka video bagi menarik perhatian murid seawal

permulaan kelas. Slide digunakan untuk memudahkan guru untuk mengajar. Speaker pula

digunakan bagi memudahkan murid untuk mendengar apa yang disuarakan di dalam video.

U: Utilize media and materials (Penggunaan media dan bahan)

Penggunaan bahan dapat dilihat di awal permulaan kelas apabila guru menggunakan lcd

projektor dan komputer riba untuk membuka video. Semasa mengajar, guru juga

menggunakan bahan bantu mengajar untuk membuka persembahan multimedia (Powerpoint).

R: Require learner participation (Penglibatan pelajar)

Penglibatan pelajar dapat dilihat apabila guru membahagikan murid kepada beberapa

kumpulan bagi memastikan semua murid dapat bersama-sama mempelajari topik. Tugasan

diberikan kepada setiap kumpulan supaya tidak ada seorang murid pun yang tertinggal dalam

topik yang dipelajari.


E: Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula)

Di bahagian penutup, guru membuat kuiz soal jawab kepada murid supaya guru dapat menilai

dan kaji semua pembelajaran pada hari tersebut. Di akhir sesi pembelajaran juga, guru

merumuskan apa yang dipelajari agar semua objektif pembelajaran pada hari tersebut

tercapai.

i. Penilaian formatif yang terdapat dalam rutih pengajaran harian di atas ialah pada langkah 2

di rutin pengajaran harian. Murid diberikan kertas mahjong dan harus melakukan tugas yang

diberikan oleh guru. Setiap murid terlibat kerana murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan dan setelah masa yang diberikan tamat, murid harus membentangkan apa yang

dilakukan oleh mereka.

ii. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam rutin pengajaran harian di

atas ialah dengan menggunakan alat bantuan mengajar. Penggunakan seperti video di awal

kelas dapat menarik minat murid untuk menumpukan pelajaran yang akan diajar pada hari

tersebut. Alat bantu mengajar yang digunakan ialah komputer riba dan juga projector yang

merupakan teknologi yang digunakan.

iii. Di akhir sesi kelas, penggunaan sesi soal jawab atau kuiz dilakukan bagi memastikan

objektif bagi pembelajaran pada hari tersebut dapat dicapai dengan sempurna. Dalam model

ASSURE, kita dapat lihat pada evaluate and revise (Nilai dan kaji semula) merupakan teknik

bagi memastikan objektif bagi sesuatu rutin pengajaran harian itu tercapai.

Anda mungkin juga menyukai