Anda di halaman 1dari 52

MOHD HAFIZ BIN SABRAN

SITI HALIJAH BINTI SUKIMAN


FARAH NADIA BINTI MURAD
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli

Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham

Penulis
Mohd Hafiz bin Sabran
Siti Halijah binti Sukiman
Farah Nadia binti Murad

Pereka Kulit Buku dan Grafik


Suriawati binti Mohd Fadzil

Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti


Cetakan Pertama 2018

© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang
boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan
sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit dan pemilik hak
cipta.

Perpustakaan Negara Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
SERONOKNYA TEKAT
ISBN 978-967-0823-74-4
SERONOKNYA TEKAT

Isi Kandungan
 Pengenalan 1
 Sejarah Sulaman Tekat 3

 Peranan Institusi Dan Istana 5


 Tokoh Sulaman Tekat 6
 Jenis-Jenis Tekat 8

a) Tekat Timbul Bunga Emas 9


b) Tekat Gubah 9
c) Tekat perada 10

 Motif Sulaman Tekat 11

a) Motif Flora 12
b) Motif Geometri 13
c) Motif Fauna 14
d) Motif awan larat 15

 Sulaman Tekat Timbul 16

a) Alatan dan Bahan Sulaman Tekat Timbul 17


b) Proses Menekat Tekat Timbul 23

 Sulaman Tekat Gubah 32

a) Alatan dan Bahan Sulaman Tekat Gubah 33


b) Proses Menekat tekat gubah 38

Rujukan 45
SERONOKNYA TEKAT

1
SERONOKNYA TEKAT

Pengenalan

Seni sulaman tekat juga dikenali dengan nama sulaman bersuji. Menekat
merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu)
berserta mempulur. Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas
untuk membentuk bunga tekat. Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang
emas atau perak yang dijahit dengan penuh kehalusan pada kain dasar baldu.
Seni tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan.
Barang yang biasanya di tekat ialah alas tempat tidur, muka kasut pengantin,
kipas pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas dan bekas
perhiasan.

2
SERONOKNYA TEKAT

SEJARAH SULAMAN
TEKAT

3
SERONOKNYA TEKAT

Sejarah dan Perkembangan

Asal-usul dan perkembangan

tekat secara langsung dikaitkan


dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja
atau istana. Perkembangan awal
seni tekat dapat dikesan pada
awal kurun ke-15, iaitu semasa
zaman keagungan Sultan
Melayu Melaka.

Rajah 1.1 : Motif tekat pada


hiasan pelamin
Sumber : Google Image

Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang


keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-
pakaian tradisional budaya mereka. Hingga ke hari ini seni tekat masih
dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis
tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat
timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

4
SERONOKNYA TEKAT

Peranan Institusi dan Istana

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf


seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini
adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat
benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai
tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara
langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat.

Rajah 1.2 : Motif tekat pada hiasan perkahwinan diraja Perak


Sumber : Google Image

Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,perusahaan


menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi,
ciptaanyang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara.
Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin secara
langsung,kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu
memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan
pelancong luar.

5
SERONOKNYA TEKAT

6
SERONOKNYA TEKAT

Tokoh Tekat Malaysia

 Ahdijah binti Hasim

Ahdijah Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh
Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana
kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya
bernama Anatishaah binti Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala
Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya
ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju
pertabalan Yang Di Pertuan Agong.

 Hajah Azizah binti Mohd Yusof

Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit


Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kemahiran menekat
adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak
turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh
masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau
adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan
Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke
Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi

7
SERONOKNYA TEKAT

JENIS-JENIS
SULAMAN TEKAT

8
SERONOKNYA TEKAT

Jenis-jenis Tekat

Tekat Timbul Emas atau Perak

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan


untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah
kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut
corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi
mempulur di atas kain baldu.

Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan

mempulur sebagai corak gubahan.


Pandai tukang hanya menyulam
dan membentuk corak motif melalui
benang merah yang dipanggil
benang untina. Hiasan corak tekat
diiiringi dengan tambahan hiasan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat
gubah adalah kain biasa.Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung
saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara
perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagain

9
SERONOKNYA TEKAT

Tekat Perada

Kertas yang agak tebal permukaannya

diliputi perada emas tulen berkerawang


yang ditebuk. Kemudian ditampal pada
kain. Bahagian tepi kerrawang disusurkan
dengan empat lembar benang emas ditindih
ikat dengan benang sutera merah.

Kadang kala bahagian bawah kerrawang yang bertebuk dilapikkan dengan


kain bewarna atau cermin untuk mengindahkanya lagi

10
SERONOKNYA TEKAT

MOTIF

SULAMAN TEKAT

Motif Seni Tekat

11
SERONOKNYA TEKAT

Ragam hias atau motif dalam seni tekat masyarakat melayu banyak
diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan seperti motif burung dan
unggas atau dikenali sebagai motif flora dan fauna, motif geometri (bersudut)
juga motif awan larat. Ada juga motif yang diilhamkan dari makanan contoh
potongan wajik.

Motif Flora

Rajah 1.3 : Pelbagai motif flora


Sumber : Google Image

12
SERONOKNYA TEKAT

Motif flora sangat digemari di samping motif fauna dan geometri. Tumbuhan
menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar, terutamanya bunga, daun, akar
menjalar dan kudup bunga.

Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang menarik.
Contoh motif flora yang biasa digunakan ialah bunga cempaka, bunga asam
batu, bunga bakung, bunga bercula kelopak pecah lapan, bunga kenanga,
bunga pecah lima, bunga raya, bunga teratai, bungan atau buah delima, daun
bunga jermin, daun keladi, daun peria, daun atau buah padi dan daun atau
pucuk paku.

Motif Geometri

Rajah 1.4 : Pelbagai motif geometri


Sumber : Google Image

13
SERONOKNYA TEKAT

Motif geometri digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif
geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus,
swastika, gandaan huruf 'S' dan sebagainya.

Motif Fauna

Rajah 1.5 : Pelbagai motif fauna


Sumber : Google Image

Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas.
Motif ini selalunya diolah atau digabungkan dengan motif flora.

14
SERONOKNYA TEKAT

Corak yang berkait-kait berdasarkan berdasarkan sejenis ukiran yang sering


digabungkan dengan motif tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan corak yang
lebih rumit hiasannya.

Motif Awan Larat

Rajah 1.6 : Pelbagai motif Awan larat


Sumber : Google Image

15
SERONOKNYA TEKAT

Sulaman
tekat timbul

16
SERONOKNYA TEKAT

ALATAN DAN
BAHAN
SULAMAN
TEKAT TIMBUL

17
SERONOKNYA TEKAT

Alatan dan Bahan Tekat Timbul

Pemidang Kayu

 digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di


samping mengelakkan kedutan atau lipatan.

 Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis barang
yang hendak dihasilkan.

Cuban

• Ialah
jarum besar untuk melilit benang emas atau perak.

• diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau


tanduk berukir.

18
SERONOKNYA TEKAT

• Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk
palang.

Benang

 digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang perak,


benang putih atau benag kapas dan benang pelbagai warna.

 Benang yang digunakan ini adalah sama dengan benang untuk


membuat songket.

 Benang emas dan perak digunakan sebagai benang hiasan manakala


benang putih digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat emas
pada mempulur.

 Benang putih tidak kelihatan pada permukaan kain.

19
SERONOKNYA TEKAT

Irasan atau Kain Dasar

 kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang berwarna
terang.

 Selalunya kain kapas digunakan kerana ianya fabrik yang paling


sesuai bila diregangkan pada pemidang.

Mempulur

 digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat


daripada rotan sega, kertas tebal dan gam.

20
SERONOKNYA TEKAT

Fabrik Baldu

 Fabrik baldu digunakan untuk penghasilan tekat kerana ianya sesuai


dengan material jahitan yang digunakan serta menaikan lagi
keindahan seni sulaman.

 Terdapat pelbagai warna fabrik baldu, seperti Kain baldu berwarna


merah dan biru paling banyak digunakan oleh para penekat di sampin
warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam.

 Manakala warna kuning di simbolik bagi kegunaan Diraja.

Jarum Jahit

.Jarum jahit digunakan bagi menjahit tekat timbul serta tekat gubah

21
SERONOKNYA TEKAT

Gunting Sulam

.Gunting sulam digunakan untuk kemasan akhir serta memotong lebihan

benang sulaman.

22
SERONOKNYA TEKAT

PROSES
PENGHASILAN
SULAMAN
TEKAT TIMBUL

23
SERONOKNYA TEKAT

Proses penghasilan seni Tekat Timbul

Dalam menghasilkan tekat terdapat beberapa proses yang berbeza.Proses-


proses ini memerlukan ketelitian dalam menghasilkan tekatan yang bermutu
tinggi dan berkualiti.

Proses 1 : Penyediaan Mempulur

Proses pertama ialah membentuk mempulur. Bentuk motif dilukis di atas


beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.
Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang
mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter.

24
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 1

 Menyediakan corak motif pilihan


kajian daripada sumber alam

 Lakar motif pilihan diatas kad


tebal dipotong dan diasingkan.

Langkah 2

 Kertas dipotong mengikut reka


corak.

Langkah 3

 Tepi mempulur dikikis agar lebih


licin,tidak bergerigi apabila
disulam dengan benang emas

25
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 4

• Mempulur bukan hanya sebagai


rangka reka corak tetapi juga
berperanan untuk mengukuhkan dan
juga menimbulkan bentuk ragam hias,
agar kelihatan menonjol keluar
daripada latar (kain dasar)

Proses 2 : Penyediaan Cuban

Langkah 1

 Gulung benang emas pada bod


bersaiz 3’’x 3’’. Gulungan benang
mengikut anggaran ketebalan
yang sama.

26
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 2

 Gulung benang emas pada setiap 4 bod


 Gulungan benang pada 4 bod akan
disatukan dan akan digulung pada laola
sehingga benang pada 4 bod habis.

Langkah 3

 Benang 4 lembar emas disatukan dan


diikat simpul mati

27
SERONOKNYA TEKAT

Proses 3 : Persiapan Pemidang

Langkah 1

 Kain putih (kain dasar) dipotong mengikut ukuran yang diperlukan.

 Tandakan 2 inci basi keliling kain putih dan jahit.

 Gunting (Snip) dibahagian keliling basi yang dijahit.

Langkah 2

 Kain putih ditegangkan pada


pemidang kayu.

 Kayu atau batang pinang


dimasukkan disekeliling kain putih
sebagai bingkai kain.

 Bingkai ini akan diikat pada


pemidang supaya kain putih tadi
cukup tegang

28
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 3

 Kain baldu diletakkan dan


ditegangkan di atas kain putih pada
pemidang kayu dan membentuk
dua lapisan kain

 Kain baldu dijahit diatas kain putih


dengan jahitan sembat.kasar

Proses 4 :Menyulam

Langkah 1

 Mempulur diletakkan diatas kain baldu


dan dijahit dengan jahitan sembat
kasar supaya tidak bergerak ketika
disulam

 Benang emas yang dililit pada


laola/Cuban diletakkan merentasi
mempulur.

29
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 2

 Jarum akan dicucuk agak ke dalam


dari bawah batang mempulur.

 Ikatan benang putih mestilah ketat


dan kukuh.

 Cuban/laola yang dililitkan dengan


benang emas akan merentasi
bahagian batang mempulur

 Setiap kali merentasi batang mempulur,


benang-benang emas haruslah disusun
rapat-rapat supaya batang mempulur
tidak kelihatan dari atas

 Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan


sulaman.

 Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas

30
SERONOKNYA TEKAT

Rajah 1.7 : Contoh Sulaman Tekat Emas


Sumber : Google Image
31
SERONOKNYA TEKAT

Sulaman
tekat gubah

32
SERONOKNYA TEKAT

ALATAN DAN
BAHAN
SULAMAN
Alatan dan Bahan Tekat Gubah

Pemidang Kayu

33
SERONOKNYA TEKAT

 digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di


samping mengelakkan kedutan atau lipatan.

 Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis barang
yang hendak dihasilkan.

Irasan atau Kain Dasar

 kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang berwarna
terang.

 Selalunya kain kapas digunakan kerana ianya fabric yang paling


sesuai bila diregangkan pada pemidang.

Fabrik Baldu

34
SERONOKNYA TEKAT

 Fabrik baldu digunakan untuk penghasilan tekat kerana ianya sesuai


dengan material jahitan yang digunakan serta menaikan lagi
keindahan seni sulaman.

 Terdapat pelbagai warna fabrik baldu, sepertiKain baldu berwarna


merah dan biru paling banyak digunakan oleh para penekat di sampin
warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam.

 Manakala warna kuning di simbolik bagi kegunaan Diraja.

Benang Untina

 Benang untina / ijok (Benang merah) digunakan untuk bingkai motif


sulaman tekat gubah.

35
SERONOKNYA TEKAT

Benang Emas

 Benang emas (Japannese Thread) digunakan bagi menghiasi tekat


gubah.

Benang Span

 Benang Span (Metalic Thread) turut digunakan dalam menjahit


sulaman tekat gubah.

Jarum Jahit

.Jarum jahit digunakan bagi menjahit tekat timbul serta tekat gubah

36
SERONOKNYA TEKAT

Labuci

 digunakan sebagai hiasan serta perincian bagi tekat gubah.

Benang

 digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang perak,


benang putih atau benag kapas dan benang pelbagai warna.

 Benang putih tidak kelihatan pada permukaan kain.

Gunting Sulam

 .Gunting sulam digunakan untuk kemasan akhir serta memotong

lebihan benang sulaman.

37
SERONOKNYA TEKAT

PROSES
PENGHASILAN
SULAMAN
TEKAT GUBAH

38
SERONOKNYA TEKAT

Proses penghasilan Sulaman Tekat Gubah

Dalam menghasilkan tekat gubahterdapat beberapa proses yang berbeza.


Proses-proses ini memerlukan ketelitian dalam menghasilkan tekatan yang
bermutu tinggi dan berkualiti.

Proses 1 : Persiapan Pemidang

Langkah 1

 Kain putih (kain dasar) dipotong mengikut ukuran yang diperlukan.

 Tandakan 2 inci basi keliling kain putih dan jahit.

 Gunting (Snip) dibahagian keliling basi yang dijahit.

Langkah 2

 Kain putih ditegangkan pada


pemidang kayu.

 Kayu atau batang pinang


dimasukkan disekeliling kain putih
sebagai bingkai kain.

39
SERONOKNYA TEKAT

 Bingkai ini akan diikat pada pemidang supaya kain putih tadi cukup
tegang.

Langkah 3

 Kain baldu diletakkan dan


ditegangkan di atas kain putih pada
pemidang kayu dan membentuk
dua lapisan kain

 Kain baldu dijahit diatas kain putih


dengan jahitan sembat kasar

Proses 2 :Melakar motif

 Lakarkan corak bermotifkan Flora atau Fauna dengan imaginasi sendiri


atau dilihat dari corak-corak dari sumber lain.
 Alihkan corak yang telah dilakarkan ke atas kain baldu untuk disulam.

40
SERONOKNYA TEKAT

Proses 3 :Menyulam

Langkah 1

 Lakar motif pilihan diatas kain


baldu/kain dasar pada pemidang
menggunakan pensil

Langkah 2

 Mulakan jahitan di tengah kelopak bunga


 Jarum akan dicucuk dari bawah ke atas
menggunakan benang kapas (warna
merah) ikut kesesuaian warna

Langkah 3

 Benang perak 1 lembar diletakkan


merentasi mengikut garisan lakaran
bulatan

41
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 4

 Setiap ukuran 0.25cm dijahit benang


merah

 Jarum dicucuk dari bawah keatas dan


dari atas kebawah

Langkah 5

 Jahit benang perak membentuk tulang


kelopak.
 Jahit 1 kelopak dahulu

Langkah 6

 Selesai membentuk tulang kelopak,


 Jahit benang perak mengikut rekaan bentuk
kelopak.kreativiti mengikut kesesuaian

42
SERONOKNYA TEKAT

Langkah 7

 Jahit dalam kelopak,jahitbenang perak


haruslah disusun rapat-rapat agar
permukaan kain dasar dapat menutupi
dengan kemas dan cantik.

Langkah 8

 Jahit berulang –ulang mengikut langkah


sehingga benang perak menutupi
keseluruhan kelopak tersebut

Langkah 9

 Selesai kelopak pertama,boleh


membentuk tulang kelopak kedua
 Jahit benang perak dalam kelopak
mengikut langkah yang sama pada
kelopak pertama sehingga selesai menjadi
bunga yang lengkap

43
SERONOKNYA TEKAT

Rajah 1.8: Contoh Sulaman Tekat Gubah


Sumber : Google Image

44
SERONOKNYA TEKAT

45
SERONOKNYA TEKAT

Rujukan

1. Siti Zuraida Bt Maaruf – Syamsul Nor Azlan Bin Mohamad , (2014)


Responsive Budaya Pedagogi Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual
Modul 2 Seni Tekat , Siti Zuraida Bt Maaruf , Fakulti Pendidikan
University Teknologi Mara
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_tekat
3. http://kiliknote.blogspot.com/2014/12/tekat.html
4. ttps://www.scribd.com/doc/41339143/SENI-TEKAT
5. https://www.slideshare.net/mrsnazlan/modul-2-seni-tekat-41133750
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_tekat
7. http://tokohadiguru.blogspot.com/2012/04/pengalaman-penglibatan-dan-
pencapaian_6024.html
8. http://tokohadiguru.blogspot.com/2012/04/pengalaman-penglibatan-dan-
pencapaian_6024.html
9. http://www.kraftangan.gov.my
10. Rung-Tai Lin. Transforming Taiwan Aboriginal Cultural Features
Into Modern Product Design: A Case Study of a Cross-cultural Product
Design Model. International Journal of Design, 2007, 1(2), 45-53.

10. www.mtib.gov.my/index.article

11. Alan Bryman. (2001). Social Research Method Second Edition.

12. www.onlinedesign.teacher.com

13. http://heritage.gov.my/en/intangible-heritage/seni-halus/tekat

14. //www.orangperak.com/seni-tekat-benang-emas-warisan-negeri-
perak.html

46
SERONOKNYA TEKAT

15. https://www.hmetro.com.my/node/195014

16. https://www.youtube.com/watch?v=7yjOCT2q4vo

47

Anda mungkin juga menyukai