Anda di halaman 1dari 3

ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN

32, JALAN ANGGERIK DORITIS BA 31/BA, KOTA KEMUNING


40460 SHAH ALAM, SELANGOR
Laman web: www.cikgutancl.blogspot.com
e-mel: cikgutancl@hotmail.com
_____________________________________________________________________________

Kepada,
Semua Tuan Pegawai PPD,
Semua Tuan Pengetua,
Semua Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Semua guru Bahasa Melayu
Semua pelajar
Negeri-negeri Zon 1 ( Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang ) 11 FEBRUARI 2019.

Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM BUAL BICARA ILMU:TITISAN ILMU
TABURAN BUDI (TITB) Siri 9/2019
BENGKEL BEDAH KARYA NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 BAGI ZON 1 (PERAK, KEDAH,
PERLIS, PULAU PINANG)

Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan bengkel tersebut
seperti butiran di bawah :-

Tarikh : 6 APRIL 2019 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah ADTEC, Kulim, Kedah
Bilangan peserta : Anggaran 200 orang (guru dan murid )
Bayaran : RM50 seorang
Tentatif program turut dilampirkan.

3. Sehubungan itu, kami ingin sekali mengundang tuan/puan, guru-guru dan pelajar-pelajar dari
sekolah di daerah tuan khususnya Guru Bahasa Melayu untuk sama-sama mengikuti bengkel
Bedah Karya Novel Songket Berbenang Emas dan Jendela Menghadap Jalan yang kami
anjurkan khas untuk guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 nanti.

4. Kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi memanjangkan usaha kecil kami ini
ke semua sekolah di daerah tuan serta guru-guru dan murid-murid agar sama-sama dapat
berkongsi ilmu dan pengalaman sekaligus merangsang murid-murid agar meminati
komponen sastera, terutamanya pembacaan novel.

5. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pihak penganjur di talian 016-
8332757 ( Puan Nor Ashikin bt Mohamed Amin). Semua bayaran boleh dibuat melalui akaun
Maybank : 158051854383 – Nor Ashikin bt Mohamed Amin
6. Semoga undangan kami ini mendapat perhatian dan kerjasama sewajarnya daripada pihak
tuan dan semoga program ini akan memanfaatkan warga pendidik dan murid di Zon 1 khasnya.
Kesudian pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Saya yang benar,

(NOR ASHIKIN BT MOHAMED AMIN)


Penganjur Program
LAMPIRAN

TENTATIF :
PROGRAM BUAL BICARA ILMU “TITISAN ILMU TABURAN BUDI”
BENGKEL BEDAH KARYA NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 BAGI ZON 1/ 2019

7.30 pagi - 8.30 pagi : Pendaftaran Peserta Bengkel


Ucapan Alu-aluan

8.30 pagi – 10.00 pagi : Slot 1 : Bedah Karya Novel Tingkatan 5 dan Tingkatan 4
Penceramah :
Novel Songket Berbenang Emas : Cikgu Khairuddin Ayip
(penulis asal novel)
Novel Jendela Menghadap Jalan – Cikgu Ruhaini Matdarin
(penulis asal novel)
Moderator : Cikgu Tan CL

10.00 pagi – 10.30 pagi : Rehat dan makan pagi

10.30 pagi - 12.00 tengah hari : Slot 2 : Penguasaan Teknik Menjawab Soalan SPM dan Tip
Menjawab Soalan KBAT
Penceramah :
Cikgu Rohaiza Omar (Pemeriksa Kertas BM SPM)
Cikgu Tan CL

12.30 tengah hari – 2.00 petang : Slot 3 :Bengkel Penulisan BM Format Baharu PT3
Penceramah :
Cikgu Tan CL

1.30 petang - 2.00 petang : Penutup dan penyampaian sijil

*Tertakluk kepada pindaan

Anda mungkin juga menyukai