Anda di halaman 1dari 23

SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

Tema :

Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di
Institut Pengajian Tinggi

RANGKAP SAJAK MAKSUD

Rangkap 1 Kuhantar kau mengecapi angin baru Penyajak menghantar anaknya menghirup udara
udara lain dari kampung bendang kuningmu kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya
bumantara asing dari yang sering kaumesrai akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab
yang sama sekali berbeza suasana dan persekitaran Bandar dan kampung
dengan suasana suntimu jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga
memesrai azimat dan tangkal mahu anaknya menimba pengalaman baharu di
dari tangga gading. universiti yang bakal mengubah kehidupan
anaknya sebagai mahasiswa di universiti

Rangkap 2 Kulepaskan kau menjadi burung putih Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di
dengan sayap berkembang bandar untuk meluaskan pengalaman
menongkah awan perak dan kabut dingin kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak
mengenal kalimat hujan dan bilah petir mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi
menyelit antara sembilu nasib cabaran dalam kehidupan agar dapat
dan waras akal. mematangkan diri. Dengan berbuat demikian,
pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan
bijaksana menghadapi segala cabaran dalam
kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar
dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara
pada masa hadapan.

Rangkap 3 Di awan kampus yang sarat ilmu Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah
hadir sihir angin bernafas api tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk
di pohon kampus yang tegar status ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun,
berceracak selumbar noda mengabur fikir penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh
di padang kampus yang hijau pertimbangan negatif juga tersebar luas di sana. Oleh hal yang
tumbuh gunung ego menghalau pekerti. demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat
membuat pertimbangan dan keputusan yang
terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap
negatif seperti sombong.

Rangkap 4 Pandai-pandailah kau terbang Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar
menongkah awan mulus dan kabus dingin pandai membawa diri dalam mengharungi
jangan kau pulang kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak
dengan percikan duka dan balutan luka gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.
di sayapmu yang patah
RANGKAP PERSOALAN NILAI PENGAJARAN

Rangkap Perbezaan kehidupan di Berdikari Kita mestilah memberikan kebebasan


1 antara kampung dengan kepada anak-anak kita agar mereka
kehidupan di menara mampu untuk berdikari
gading

Rangkap Keberanian seorang bapa Keberanian Kita mestilah membenarkan anak-anak


2 yang melepaskan anak kita melanjutkan pelajaran di tempat lain
gadis suntinya untuk agar mereka dapat menambahkan
menuntut ilmu di menara pengalaman dalam hidup
gading

Rangkap Kehidupan di kampus Kecekalan Kita mestilah cekal menghadapi dugaan


3 yang banyak cabaran hidup

Rangkap Kemampu mengharungi Kerajinan Kita mestilah rajin belajar


4 kehidupan yang sukar.

Harapan ibu bapa untuk


melihat kejayaan anak
dalam pelajaran

Gaya Bahasa
Sinkope Kuhantar (aku), Kau (engkau)
Responsi kau nikmatilah angin dan udara
ilmu itu
mengenal kalimat hujan dan bilah
petir

Metafora sembilu nasib


Inversi waras akal sepatutnya akal waras
Dingin kabus sepatutnya kabus
dingin

Hiperbola angin nafas


Kata ganda pandai-pandailah
NOTA SAJAK KUDUP PERANG
Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

RANGK PERSOAL PENGAJAR


SAJAK MAKSUD NILAI
AP AN AN
Rangkap 1 Sementara Penyajak Keadilan dan Keadilan Kita haruslah
dia bergelar mengatakan kesaksamaan bersikap adil
panglima bahawa pemimpin selalu dan saksama
laskar perang yang digugat oleh supaya tidak
perang; yang sedang berkuasa pendustaan melakukan
terus- akan sentiasa kezaliman
menerus membuat
membajakan kezaliman dan
kezaliman – menyimpan
sering perasaan dendam.
mengudupka Walau
n putik bagaimanapun,
dendam penyajak masih
kita masih bersyukur kerana
perlu berpeluang
berterima menikmati
kasih kehidupan sambil
kepada jari- mencari-cari
jemari takdir pahlawan sejati.
kerana
membenarka
n sepasang
mata
untuk berlari
dengan
tangan
bergari
sempat juga
menadah
sejambak
puisi
untuk sehari
lagi; sambil
bertanya;
siapakah
pahlawan
yang asli?
Rangkap 2 Memang kita Penyajak sedar Kekeliruan Rasional Kita mestilah
tidak sempat bahawa kita yang dalam biajk memilih
menjenguk hidup pada zaman menyanjung pemimpin
ke luar ini tidak pemimpin yang benar-
jendela; berpeluang sebenar benar
sewaktu fajar menjadi saksi berwibawa
menghembus pertelingkahan dalam
ringkik kuda, antara mereka. menerajui
gemerincing Perlbagai sesebuah
pedang kekeliruan tentang organisasi
pusaka kepahlawanan
dan darah sebenar
yang tiba-tiba menyebabkan
membuak manusia tertanta-
di daerah tanya tentang
angkara – pemimpin sebenar
perciknya yang benar-benar
menumbuhka berkewibawaan
n kelopak mencipta sejarah.
rahsia
dalam keliru,
tertanya-
tanya kita
tangan mana
yang
memenggal
leher sang
pendusta?
Rangkap 3 Andai Penyajak tidak Usaha untuk Keberani Kita
namamu mahu menyanjung mencari an hendaklah
Tuah, kita tuah sebagai kebenaran berani untuk
masih pendekar paling tentang mencari
tidak mahu gagah kerana pahlawan jawapan yang
menyanjungn kesetiaan tuah dan sahih agar
ya pendekar yang tidak pengkhianat tidak membuat
paling gagah berbelah bahagi keputusan
kerana takhta terhadap istana. yang salah
setia terbina Oleh itu, Tuah
di istana tidak akan
wangsa bersikap saksama
bukanlah walaupun adanya
penjamin pendustaan
kukuhnya sehingga sanggup
pasak membiarkan
saksama kesengsaraan
sesekali turut berlaku di kota.
direntakan
daki pendusta
melekatlah
selumbar
sengsara
di tiang
maruah kota
Rangkap 4 Andai Penyajak juga keadilan
namamu tidak menganggap
Jebat, kita Jebat sebagai
masih tidak sebagai
menggelarny pengkhianat
a sebagai kerana dia masih
pengkhianat mengingati
kerana kita perjuangan Jebat
masih mempertahankan
menangisi keadilan. Namun,
peta keadilan pengikut Jebat
yang tersirat telah
– nun, karam beranggapan baha
di lautan wa Jebatlah
kesumat pemimpin yang
sedang warga sebenar.
memanggilny
a keramat
Rangkap 5 Perang pun Penyajak Sifat Keinsafa Kita mestilah
melecurkan menginsafi mementingk n insaf bahawa
lidah bahawa an diri dalam peperangan
muslihat peperangan penuh kalangan dan
bercabang dengan muslihat pemimpin perbalahan
lalu bertemu dan berita palsu tidak akan
bayu palsu; yang Peperangan mendatangkan
bertiup dan menghapuskan membawa kebaikan
memindahka kebenaran dan kesengsaraan
n kebenaran membenarkan hidup Kita
pada yang salah. Perang hendaklah
tempatnya juga gigih berusaha
mewarnakan membangkitkan untuk
keindahan keganasan dalam membina
pada kehidupan yang kebahagiaan
hodohnya damai. Oleh itu, supaya hidup
menjungkitka usaha untuk lebih
n amarah membangunkan bermakna
pada negara amatlah
damainya sukar.
teramat lara
kita menjahit
semula
perca-perca
bahagia –
seperti
perawan
yang
dibungkamka
n cinta
pertama.
Rangkap 6 Sehingga Penyajak sedar
senja tiba, bahawa sehingga
kita masih kini masyarakat
bertengkar masih bertengkar
tentang siapa untuk menentukan
pahlawan atau
sebenarnya. pemimpin sebena
r yang benar-benar
memiliki
ketokohan untuk
menerajui
sesebuah
organisasi

Nada : Patriotik
Gaya Bahasa :
1. Simile – seperti perawan
2. Metafora – peta keadilan, putik dendam
3. Hiperbola – daerah angkara, selumbar sengsara
4. Sinkof – namamu
5. Inversi – sesekali turut direntakan daki pendusta

Prosa Tradisional
(Kepimpinan Melalui Teladan)
SINOPSIS

Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk
menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh
oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan
Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan
permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh
oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala
Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha
seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk
membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung
kepadanya.

Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di
Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli
isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan
agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka
dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah
Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri
daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan
untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya
mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar,
manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat
Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut
untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun
laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang
telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada
laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan
Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut.
Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga
bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju
untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah
diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh
laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada
tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman
penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.
PERSOALAN
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.
WATAK DAN PERWATAKAN

1. Laksamana
 Seorang yang berani
 Seorang yang pemurah
 Seorang yang bijaksana
 Cinta akan keamanan negara
 Taat setia kepada pemerintah
 Pandai dalam ilmu kesaktian
 Memiliki sifat kepahlawanan
2. Kertala Sari
 Anak kepada Petala Bumi
 Berasal dari Majapahit
 Seorang pencuri yang handal
 Seorang yang tamak dan angkuh
 Seorang pendendam
 Pandai dalam ilmu kesaktian
 Suka membuat huru hara
 Taat kepada pemerintah
3. Sultan Melaka
 Seorang yang prihatin
 Seorang pemimpin yang adil
 Seorang yang mengenang budi
4. Patih Gajah Mada
 Berasal dari Majapahit
 Seorang pendendam
LATAR
Latar Masyarakat

1. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .

2. Masyarakat yang bertanggungjawab


Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di negeri Melaka.

3. Masyarakat yang mengenang budi


Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan
ikhlas
serta harta mereka ditemui.

4. Masyarakat yang taat pada pemerintah


Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Latar Tempat

1. Negeri Melaka
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang
kaya di Melaka
2. Majapahit
Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas
kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
3. Di tengah pasar
Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa

4. Malam
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada
sebelah
malam.
5. Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki
pencuri
dan habis segala harta-hartanya.

GAYA BAHASA

1. Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
2. Bahasa pinjaman bahasa Jawa
Contoh: manira,kula,pakanira
3. Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak

NILAI

1. Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
3. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan
berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
4. Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan


terjamin.
2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa
akan datang.
3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa
bahagia.
4. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa
dirahmati tuhan
Soalan:-
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis
kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah , datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada
Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.” Maka
baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan
segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari
malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan
lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya
lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka
dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu
dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.


(2 markah)

(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas
mendengar perintah daripada sultan? (3
markah)

(iii) Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja


mengetahui
berita tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi
dengan
segera?

(3 markah)
* Sumber :

PROSA TRADISIONAL ( BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)

SINOPSIS
Raja Siam mendapat tahu tentang negeri Melaka sebagai sebuah negara yang
kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam
iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya
Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar
menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi
Cakri untuk menyerang Melaka.

Berita Siam hendak menyerang Melaka diketahui oleh Sultan Muzaffar.


Baginda menitahkan semua rakyat lelaki dihimpunkan di Melaka. Tun Perak dari
Kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan keluarga
mereka. Tujuannya supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi
menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan
Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik
sebagai bentara.

Ada seorang orang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan mengadu kepada
Sultan bahawa Tun Perak menganiayainya. Sultan menitahkan Tun Perak supaya
mengadap. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara dan tahu
tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak meminta sultan memecatnya
jika percaya akan fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan jawaban
Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka
Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara
Diraja di balai perjumpaan.
Apabila ada dua orang pembesar, rakyat Melaka berpecah dua. Sebahagian
berpihak kepada Paduka Raja dan sebahagian berpihak kepada Seri Nara Diraja.
Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermuafakat hingga boleh
membinasakan negara. Sultan berdukacita dan bercadang mendamaikan mereka
berdua
.
Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak
Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak
dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri
Nara Diraja turut menyokong Paduka Rajamenjadi Bendahara.

Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah tersebut
iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Mada di
Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.

Siam menyerang Melaka sekali lagi di bawah pimpinan Awi Dicu. Paduka Raja
mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam. Seri Bija Diraja telah
mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai
berhampiran Batu Pahat. Tun Umar yang menaiki perahu bertindak melanggar
banyak perahu Siam hingga Siam kalah. Tindakan Tun Umar itu menyebabkan
tentera Siam berasa sangat hairan.

Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya dinyalakan api


pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api. Cahaya api itu menggambarkan
seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam
ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi
menyerang Melaka.

Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah


persalinan baru. Di Siam, Paduka Bubunnya sangat marah. Anaknya Cau
Pandan bermohon untuk untuk menyerang Melaka dan dilengkapkan dengan
pelbagai kelengkapan serta perahu yang sangat banyak bilangannya.

Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang


warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Tuan Sidi
Arab menghalakan panahnya ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati.
Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan
menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.

Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh


anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda
berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
Contoh : Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan
anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk
mengalahkan Siam.

C. PERSOALAN:
PERSOALAN PERISTIWA
Kebijaksanaan Sultan Muzaffar menggunakan strategi
menggunakan akal mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu
dan strategi untuk untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara
menyelesaikan Diraja.
masalah
Perpecahan dalam Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara
kalangan Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan
pemimpin akan Melaka dalam keadaan bahaya.
membinasakan
negara
Bersiap siaga Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi
dengan ancaman awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
musuh
Kepentingan ilmu Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh
dalam kehidupan membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan
menggunakan panahnya dari Melaka.
Keberanian Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah
menghadapi orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan
cabaran sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik
hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
Taat setia kepada Rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada
pemimpin sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah
negeri yang kuat dan maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

WATAK PERWATAKAN PERISTIWA


bijaksana mengarahkan lelaki Kelang membawa anak
isteri ketika menentang Siam
Tun Perak baik hati menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan
sultan sebelum Tun Kudu berkahwin
semula.
berani memimpin askar Melaka menentang askar
Siam yang hendak menyerang Melaka.
berpengaruh beliau mempunyai pengikut yang
menyokongnya ketika bersengketa dengan
Seri Nara diraja.
mementingkan berusaha mendamaikan Paduka Raja
keharmonian dengan Seri Nara Diraja untuk
Melaka memakmurkan Melaka.
prihatin meraikan askarnya yang menang dengan
SULTAN pemberian hadiah pakaian persalinan.
MUZAFFAR bijaksana mendamaikan pembesarnya dengan
SYAH mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun
Kudu.
tidak terburu- tidak menghukum Tun Perak setelah Tun
buru Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun
Perak untuk menceritakan keadaan yang
sebenarnya.
menghargai memberi anugerah dan pujian kepada Tun
rakyatnya Sidi Arab yang telah membunuh Cau
Pandan.

E. LATAR:
1. Latar tempat:
 Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah.
 Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang
Melaka.
 Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi
Dicu.
 Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
 Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:
 Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan
kuat.
 Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka
selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
 Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi
bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.

F. NILAI:

NILAI PERISTIWA
kebijaksanaan Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api
pada pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api
pada waktu malam hingga cahaya api itu
menggambarkan askar Melaka yang ramai
sehingga menakutkan askar Siam.
baik hati Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang
menang peperangan dengan sepasang persalinan.
bersatu padu Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk
menentang askar Siam.
keikhlasan Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja
dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya
rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
keberanian Tun Perak berani menentang askar Siam yang
ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam
menyerang Melaka menemui kegagalan
pengorbanan Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu
demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja.
berilmu Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan
pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau
Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan
hanya menghalakan panahnya ke Siam.
G. PENGAJARAN:

Pengajaran Peristiwa
Kita mestilah Tun Perak dan tentera-tenteranya berani
berani menentang tentera Siam.
menghadapi
ancaman musuh
demi negara.
Kita mestilah bijak Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam
menggunakan menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja
strategi untuk dengan Padka Raja. Tindakan baginda
menyelesaikan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu,
masalah. iaitu saudara Tun Perak telah berjaya
menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar
dan membawa kepada keharmonian neger Melaka.
Kita mestilah Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan
ikhlas apabila Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka.
melakukan
sesuatu
perbuatan.
Kita mestilah Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan
sanggup bekorban menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan
untuk memperoleh dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut
kebaikan. dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik
dengan Tun Perak.
Kita mestilah Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup
bersatu padu bermuafakat dengan bersatu padu sehingga
supaya negara membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.
menjadi kuat dan
maju.
Kita mestilah Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang
menghargai jasa menang peperangan dengan sepasang persalinan.
dan usaha yang
telah dilakukan
oleh orang lain
kepada kita.
Kita hendaklah Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya
menggunakan ilmu yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang
pengetahuan ingin menyerang Melaka dari jauh demi memastikan
untuk melakukan keamanan Melaka tidak tergugat.
tindakan yang
betul.

* Sumber:- http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2016/02/burung-terbangdipipiskan-lada-
sinopsis.html

2(c) Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
”Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak
isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersunggguh-sungguh hatinya;
kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawan anak isterinya
bersungguh-sungguh."

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah
Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, "Benarlah
seperti kata Tun Perak itu.”

Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun
Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, "Bahawa Tun Perak tiada patut diam
di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada
beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada
alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-
barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh;
itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga,
datang sekarang ini di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun
tumbuh juga, datang sekarang.

(Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam Antologi
Sejadah Rindu)
i. Berikan maksud datang sekarang dalam petikan di
atas.
[2 markah]

ii. Perihalkan perkara yang melibatkan tentera Siam dalam peperangan dengan
Melaka.

[3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah peperangan antara dua buah negara yang
bermusuhan mesti dielakkan?

[3 markah]

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)


Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,


Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,


Boleh ditimpa bahaya besar.
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,


Jika tersua janganlah lari.

Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,


Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,


Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,


Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik


Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bonda di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,


Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,


Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang Baik


Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,


Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat


Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,


Tuhan kelak memberi laknat.
Kalung Bunga Za’ba, 2008 , Dewan Bahasa
dan Pustaka
Maksud Gurindam GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
Rangkap 1 Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang
menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi
sesat.
Rangkap 2 Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama
manusia.
Rangkap 3 Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh
memudaratkan hidup masyarakat.
Rangkap 4 Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan
kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang
besar.
Rangkap 5 Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
Rangkap 6 Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi
jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
Rangkap 7 Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan
kurang sesuai untuk diamalkan.
Rangkap 8 Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.
Rangkap 9 Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di
dalamnya mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
Rangkap 10 Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang
didampinginya.
Rangkap 11 Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama
sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan
bergaul mesra.
Rangkap 12 Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan
disanjung tinggi.
Rangkap 13 Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang
di sekelilingnya.
Rangkap 14 Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk
mendapat bantuan dan pertolongan.
Rangkap 15 Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap
masa.
Rangkap 16 Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu
sebelum menolong sesama manusia
Rangkap 17 Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh
menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.
Rangkap 18 Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama
manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati orang yang berbiat
demikian

Tema
Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan
dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya
dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Persoalan
1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

Bentuk Gurindam
1. Gurindam “Beberapa Petua Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris pertama
ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam
sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi


1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam ”Beberapa Petua Hidup” termasuklah :
a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:


a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.

ii. Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya


perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.
b) Aliterasi. Contohnya:
i. Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang sengketa
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.
ii. Perulangan konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.

Nilai
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang
diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati
orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan
kemahiran.
5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke
arah kebaikan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan kata-
kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk mengelakkan
sengketa.
4. Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik
sesama manusia.
6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu sendiri berada
dalam kesusahan.

7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

LATIHAN GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP


(i) i. Berikan maksud datang sekarang dalam petikan di
atas. [2 markah]

ii. Perihalkan perkara yang melibatkan tentera Siam dalam peperangan dengan
Melaka.
[3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah peperangan antara dua buah negara yang
bermusuhan
mesti dielakkan?
[3 markah]

* Sumber: http://muinmohsein.blogspot.com/2016/02/gurindam-beberapa-petua-
hidup-zaba.html
PROSA MODEN ( CERPEN GERHANA MANUSIA)

SINOPSIS ( Sumbangan Sy. Siti Hajar )

Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material
ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilai
kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar
memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada
Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab
elit mereka.
Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang koma dan
semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia
memberitahu Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang sudah kehabisan stok
tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia supaya menngebahkan masalah itu
kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu mendeerma darahnya
kepada Tuan Besar Musa.
Dalam keadaan dirinya yang seddang koma dan tenat itu, Nusia merasakan
bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidup
bergantung pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut,
bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut
mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan menjenguknya. Doktor
Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup.
Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan
Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi
supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap satu
pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut
sahaja arahan itu.
Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang sedang koma serta
menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat
dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovary. Al-Hafiz pula ditimpa
kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi buangan yang
hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat akibat didera, dan
mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan bahawa selagi
riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Junaidi, maka
selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.
Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek
darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di
hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan
Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan
dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis
makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor
Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya untuk
menyelamatkan nyawanya.
Nusia memberitahu bhawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor
Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah
disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan
Profesor Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan darah tulen kepada Solehah.
Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai status perempuan yang sedang
koma itu jika dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia akur dengan
arahan Profesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke
dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah.
Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di
dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor
Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah golongan
minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah
apabila seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan
Besar Musa yang koma serta memang tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya
empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit
leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi
buangan yang sedang koma.
Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah
diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih
kembali. Juruteknik makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk
kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa
sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalin, dopamine, serta atropine yang
masih merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu
termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya.
Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup
menanggung segala risiko atas tindakannya itu.
Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah,
mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang
boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu
dimasukkan ke dalam Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar
dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa
dengan meningkatkan kadar penggunaa adrenalina,dopamine dan atropina . Namun
demikian,Tuan Besar Musa yang sedang tenat dan koma itu gagal di selamatkan
dan meninggal dunia . Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana kematiannya
menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu .
Doktor Murni datang dan memberikan surat peletakkan jawatannya sebagai
doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap
pesakit. Keadaan itu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan
keputusan Doktor Murni itu . Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan
mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk
disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu .

PERWATAKAN
NUSIA
1. Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah
hospital .
2. Dia merupakan seorang yang akur akan perintah ketua.Contohnya,dia menurut
arahan Profesor Doktor Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada
Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang,iaitu dia amat menyanyangi dan mengambil berat
terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, dia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya
Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
5. Dia seorang yang sangat bersimpati.
Contohnya,dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung
oleh Solehah .

DOKTOR MURNI
1. Doktor Murni merupakan pegawai perubatan muda di sebuah hospital .
2. Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu .
3. Doktor Murni mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. contohnya, dia
menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai doctor kerana tidak berpuas hati
dengan kaedah rawatan untuk pesakit di hospital itu.
4. Dia seorang yang prihatin dan bertanggungjawab . Contohnya,dia memaklumkan
kepada Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu yang
telah kehabisan stok .
5. Dia bersifat tenang ketika merawat pesakit. Contohnya,dia menasihati Nusia
agar
tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar Musa .

PROFESOR DOKTOR JUAIDI


1. Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
2. Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan seorang
jururawat, Nusia.
3. Profesor Doktor Juaidi sudah berumur, bermata bulat dan berkening lebat.
4. Dia amat mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan.
Contohnya, dia berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia
kerana kelab elit hospitalnya akan kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
5. Dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, dia meminta
Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen
untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.

TUAN BESAR MUSA


1. Tuan Besar Musa merupakan seorang elit korporat dan teknorat yang memiliki
gedung perniagaan yang besar.
2. Dia merupakan seorang dermawan.
3. Tuan Besar Musa ialah seorang suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
4. Dia mempunyai sepasang anak yang menjadi penagih dadah berjenis heroin.
5. Tuan Besar Musa mempunyai perut yang buncit.

NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-
pesakitnya.
2. Nilai belas kasihan.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung
oleh Solehah.
3. Nilai tanggungjawab.
Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat
semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan
darah di bank darah, iaitu dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan
darah tersebut daripada hospital lain dengan segera.
5. Nilai sayang akan nyawa.
Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk
menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau
pangkat seseorang.
Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan
pesakit-pesakitnya.
2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang
ditanggung oleh Solehah.
3. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.
Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua
pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Contohnya, Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni menghubungi
hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah bagi mengisi tabung darah di
hospital mereka yang kehabisan.
5. Kita hendaklah bersedia menderma darah untuk menyelamatkan nyawa
pesakit/insan yang memerlukannya.
Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah bagi
menampung bekalan darah yang tidak mencukupi di bank darah hospital.

Anda mungkin juga menyukai