Anda di halaman 1dari 8

IKATAN PERSURATAN MELAYU (IPM)

BICARA BUKU ANTOLOGI IPM

ANTOLOGI CERPEN SEPETANG DI KUALA


ANTOLOGI PUISI RAMBAN MUSIM

Tarikh

18 DISEMBER 2021

Hari

Sabtu

Tempat

HOTEL SERI MALAYSIA, MELAKA

Anjuran
IKATAN PERSURATAN MELAYU (IPM) BERSAMA
DBPKL
1
Kertas Cadangan

1.0 Tajuk
BICARA BUKU ANTOLOGI IPM

2.0 Rasional

Bicara karya adalah satu program yang menghimpunkan para penulis, pengarang,
penganalisis sastera, pembaca dan peminat sastera tanahair. Di situ mereka akan
berhimpun bagi membicarakan antologi Cerpen Sepetang di Kuala dan Antologi Puisi
Ramban Musim. Kedua-dua antologi ini menghimpunkan karya-karya ahli Ikatan
Persuratan Melayu yang bukan sahaja bermastautin di Melaka tetapi juga di luar Melaka.
Dua antologi ini diterbitkan sempena 70 tahun Ikatan Persuratan Melayu.

3.0 Objektif
- Mengetengahkan karya sastera ahli-ahli IPM, penulis Melaka dan penulis Johor serta
meningkatkan apresiasi sastera merentasi pelbagai genre.
- Memahami karya yang bagaimana diingini dan diterbitkan oleh IPM
- Meningkatkan kefahaman pembaca tentang teori sastera mutakhir dan proses penghasilan
sesebuah karya sastera
- Mengetengahkan dan mendedahkan hasil karya penulis kepada masyarakat.
- Melahirkan masyarakat yang dapat menyelami penyampaian mesej dan pemikiran yang
tersirat dalam karya yang dibicarakan.
- Melahirkan masyarakat yang bijak menilai dan memanfaatkan isi kandungan
sesebuah karya penulis.
- Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesebuah karya untuk panduan penulis-penulis.
- Mengeratkan hubungan IPM dengan DBPKL.

4.0 Strategi
Antara strategi yang dilaksanakan dalam bengkel ini adalah seperti yang berikut:
 Sidang Pleno/rumusan
 Pembentangan
 Soal Jawab

2
 Kertas Kerja Pembicara
5.0 Penyertaan
Peserta yang akan diundang untuk menyertai Bicara Buku Antologi IPM yang ditulis
oleh ahli-ahli IPM, penulis di sekitar Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dan juga
penulis dan masyarakat luar yang berminat dengan karya sastera. Lebih baik jika diturut
serta murid-murid sekolah menengah di sekitar Melaka Tengah dan juga pelajar-pelajar
IPT yang minat dengan sastera.

6.0 Cadangan Tarikh dan Hari


18 Disember pada hari Sabtu.

7.0 Tempat
Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh

8.0 Jadual Bengkel


Hari Masa Tajuk

9.00 pagi Pendaftaran & Minum Pagi

9.30 pagi UcapanKetua 1 GAPENA

10.00 pagi Antologi Cerpen Sepetang di Kuala oleh Puan


18 Disember Aminah Mokhtar
2021
11.00 pagi Kumpulan Puisi Ramban Musimn oleh Dr
Sabtu Shamsudin Othman

12.00 tengahari Rumusan oleh Pembicara

Sesi Soal Jawab

Ucapan ketua 1 IPM

Penyampaian Cenderahati

01.00 petang Sesi Bergambar

Makan Tengahari dan bersurai

3
9.0 Cadangan Ahli Panel

Moderator
Tn Hj Rani Embi
Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu
Tokoh Penggiat Sastera Negeri Melaka

Pembicara Antologi Cerpen Sepetang di Kuala


Puan Aminah Mokhtar,
Penerima S.E.A Write Award 2020

Pembicara Kumpulan Puisi Ramban Musim


Dr Shamsudin Othman,
Penerima S.E.A Write Award 2019

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan Program Bicara Buku adalah sebanyak RM 1,800 Secara


terperinci, perbelanjaan adalah seperti butiran yang berikut:

Bil. Perkara AnggaranPerbelanjaan


1 Penginapan untuk 2 orang Pembicara untuk 1 malam

- Puan Aminah Mokhtar RM 200 X 2 Pembicara

- Dr Shamsudin Othman =RM 400


2. Sagu Hati untuk 2 ahli panel dan moderator

- Bukudaripada IPM
- Sijil daripada IPM
- RM 300 setiap seorang dibayar RM 300 x 2 = RM 600
-
- Kos perbatuan RM150 x2 RM 150 x2 = RM 300
-
- RM200 untuk moderator RM 200 X 1 + RM 200

= RM 1,100
JUMLAH RM 1,500

4
10.0 Sinopsis Buku Yang Dibicarakan

Antologi Cerpen Sepetang di Kuala


Antologi ini menghimpunkan 16 buah cerpen termasuk ecrpen-cerpen Sayembara sejarah
negeri Melaka pada tahun 2016. 16 penulis yang berbeza latar belakang dan gaya penulisan
menzahirkan pelbagai tema seperti sejarah, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan dan
juga kemanusiaan di dalam antologi ini.

Kumpulan Cerpen Jalur Harapan


Antologi ini memuatkan pelbagai jenis puisi moden juga tradisional yang dihasilkan oleh 39
penulis Ikatan Persuratan Melayu yang memaparkan tentang kekeluargaan, kemanusiaan,
kasih sayang, keinsafan, patriotik, covid-19 dan warisan yang boleh memberi harapan dan
inspirasi kepada para pembaca.

11.0 Biodata Pembicara

Aminah Mokhtar
Aminah Mokhtar dilahirkan pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat
pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas
menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan seabgai
Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga
memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di
Wad Bersalin, Pusat Perubatan Univerisiti Malaya. Aminah Mokhtar juga merupakan
Sasterawan Negeri Johor

Shamsudin Othman

SHAMSUDIN OTHMAN dilahirkan di Tangkak, Johor. Mendapat pendidikan awal di


daerah kelahiran sebelum melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam (1985-86), Maktab
Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1987-1989), Institut Bahasa, Kuala Lumpur
(1994) dan Universiti Malaya (Kelas Pertama – 1998) sehingga memperoleh Ijazah

5
Doktor Falsafah pada tahun 2011 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Pernah memenangi lebih daripada 30 anugerah dalam pelbagai sayembara sastera
peringkat kebangsaan, antarabangsa, antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(HSPM), Anugerah Sastera BH-ITBM, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU),
Anugerah Sastera Darul Ta’zim (ASD) dan lain-lain. Beliau juga sering membentangkan
kertas kerja dalam bidang sastera dan pendidikan sastera di dalam dan luar negara. Pada
tahun 2012, telah dianugerahkan Anugerah Fellowshoip Naib Cancelor UPM kategori
Seni dan Kreativiti. Sebelum ini, pernah berkhidmat sebagai guru selama lapan tahun di
Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat tahun di SK Bandar Easter,
Kota Tinggi, Johor di samping menyumbang kepakaran kepada Lembaga Peperiksan
Malaysia (LPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia (ITBM), serta terlibat secara langung salam Persatuan Penulis Nasional
Malaysia (PENA), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) dan lain-lain.
Kini bertugas sebagai seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan
Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Antara karya
yang teleh diterbitkan ialah kumpulan puisi berjudul Taman Percakapan (DBP: 2006),
Tanah Nurani (PIB: 2009), Taman Maknawi (ITBM: 2013), Taman Insaniah (DBP:
2015), Kudus Kesturi (ITBM: 2015), Apresiasi Sastera (DBP: 2014), Kesusasteraan
Melayu Komunikatif (Oxford Fajar: 2016), Islam dalam Kebudayaan Melayu (OUM:
2015) dan lain-lain.

12.0 Penutup

Bicara Buku Antologi Ikatan Persuratan Melayu (IPM) adalah satu medium untuk
memperkembangkan karya-karya penulis IPM malahan merupakan satu penghargaan
bagi penulis-penulis yang terpilih Karya pelbagai genre ini dapat dimanfaatkan oleh
penulis dan juga pembaca betapa pentingnya sastera daalm kehidupan seharian yang
mampu membina sahsiah diri dan membina keperibadian

6
Jawatankuasa
Program Bicara Buku Antologi IPM

Penyambut Tetamu VIP


Tn Hj Razak Adam
Tn Hj Rani Rmbi

Pendaftaran
Puan Hasnah binti Mohamad Noor
Puan Norliza Md Yamin

Pengacara Majlis
Encik Mohd Rafizi b Isha
Puan Nor Hazila Ahmad Kamsi

Bacaan Doa
Tn Hj Husin Embi

Banting
Cik Norhidayah Mohd Rasid

Dokumentasi
Cik Norhidayah Mohd Rasid

Persediaan tempat sebelum dan selepas


Encik Sufrie b Abu Bakar
Encik Mohd Ab Malek Md Shah

Jurugambar
Tn Hj Shaharudin

7
Buku Program
Encik Mohd Idham Khalil b Ibrahim

Jamuan

Tn Hj Othman b Drus
Cik Norhidayah Mohd Rasid

Cenderahati

Puan Norlinda binti Hasim

Anda mungkin juga menyukai