Anda di halaman 1dari 28

1

1.0 KONSEP PEMIKIRAN

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses


pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan
atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

1.1 PENGERTIAN KONSEP PEMIKIRAN

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan


pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah. Ianya melibatkan penerimaan dan
pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep, pentafsiran, dan
penghasilan gerak balas yang sesuai.

Menurut V.R. Ruggiero 1984, pemikiran ialah satu proses mental yang
digunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya membuat
keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan. Beyer pada tahun 1981
pula mengatakan pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input deria dan
menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuat penyesuaian dan asimilasi yang
bertujuan untuk membentuk/memahami sesuatu konsep.
2

Pemikiran juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam


pelbagai kemahiran berfikir. Selain itu ada golongan cendikiawan mendefinasikan
pemikiran sebagai satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan
bahagian otak kiri berfikir secara kritis.

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga
supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui
tafakur. Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran
bolehlah dirumus sebagai :

“Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan
menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi
yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami”.

Input Memproses Output

Apakah perkara Bagaimana kita Jawapan


yang kita fikirkan? memikirkannya? diperoleh. (Hasil)
(operasi) ( (Kandungan)

Rajah 1: Konsep pemikiran


3

1.2 PROSES BERFIKIR

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda


seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu Operasi Kognitif dan Operasi Meta
Kognitif.

Operasi Kognitif adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari,
seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain manakala Operasi Meta
kognitif merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses
kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara
komponen-komponen berfikir.

2.0 PEMIKIRAN DALAM ISLAM

2.1 MAKSUD PEMIKIRAN ISLAM

Pemikiran Islam ialah cara berfikir yang berteraskan wahyu dan sunnah iaitu
berpandukan Al-Quran dan Hadis. Pemikiran Islam bersifat rasional, intelektual, moral
dan spiritual. Dalam pemikiran Islam, ada perkara-perkara yang wajib diamalkan, juga
sunat, makruh dan haram. Pemikiran Islam adalah pemikiran yang khas, lain daripada
pemikiran yang lain. Ini kerana pemikiran Islam berasal dari wahyu Allah s.w.t dan
bersandarkan pada penjelasan wahyu manakala pemikiran-pemikiran yang lain
merupakan agama-agama non samawi, ideologi-ideologi politik dan ekonomi serta teori-
teori sosial yang lahir daripada akal fikiran manusia.

Pemikiran Islam yang berasal dari wahyu yang turun dari langit oleh Allah s.w.t
diturunkan ke bumi adalah untuk menjadi petunjuk bagi manusia di bumi. Pemikiran
Islam kemudiannya menjadi gagasan atau buah fikiran pemikir-pemikir Islam atau
ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk menjawab persoalan-persoalan
manusia dan masyarakat yang timbul disebabkan berbagai-bagai faktor. Antaranya
ialah:
4

 Sebagai usaha untuk memahami atau mengambil pengajaran hukum-hukum


agama mengenai hubungan manusia dengan penciptanya dalam masalah ibadah.
Juga hubungan manusia sesama manusia dalam masalah muamalah. Masalah-
masalah ini berkaitan dengan hal-hal ekonomi, politik, sosial, undang-undang
dan lain-lain.
 Sebagai usaha untuk mencari jalan keluar kepada persoalan-persoalan luar yang
belum ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan pada zaman sahabat atau untuk
memperbaiki tindakan-tindakan tertentu berdasarkan roh Islam.
 Sebagai penyesuaian antara prinsip-prinsip agama dan ajaran-ajarannya dengan
pemikiran asing yang mempengaruhi pemikiran umat Islam.
 Sebagai pertahanan terhadap akidah Islam dengan menolak akidah, kepercayaan
lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menjelaskan akidah Islam yang
sebenarnya.
 Untuk menjaga prinsip-prinsip Islam agar tetap utuh sebagaimana yang diajar
oleh Rasulullah SAW sepanjang masa hingga ke akhir zaman.

2.2 SEJARAH PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


PEMIKIRAN ISLAM

Menurut Prof. Dr. Muhammad al-Bahi, salah seorang ahli fakir Islam semasa dari
Mesir,usaha-usaha berbentuk pemikiran islam tidak begitu ketara dalam sejarah masyarakat Islam
pertama iaitu masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ ar-Rasyidin kerana pada masa
itu umat Islam menumpukan perhatian untuk menyeru penduduk Makkah dan sekitarnya
menganut Islam, menyemaikan akidah, menanamkan unsur-unsur iman dan akhlak yang mulia di
kalangan mereka berdasarkan bimbingan dan tunjuk ajar langsung daripada Rasulullah s.a.w.
Pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup dan wahyu masih diturunkan, umat Islam
merujuk sebarang persoalan kepada wahyu atau pun mendapatkan penjelasan dari
Rasulullah s.a.w sendiri. Jadi tidak timbul pada masa itu usaha-usaha untuk
mendapatkan jawapan dengan pemikiran sendiri.
5

Setelah Rasullah SAW wafat, memang wujud sedikit kekecohan pada awalnya
tetapi dapat diselesaikan sebaik mungkin oleh Saidina Abu Bakar setelah beliau dilantik
menjadi khalifah. Pada era dua khalifah pertama iaitu Abu Bakar danUmar, tidak
nampak banyak masalah sehinggalah membawa kepada zaman pemerintahan khalifah
ketiga iaitu Uthman bin Affan apabila mulai ada bibit-bibit pertikaian dan tidak puas hati
yang secara umumnya berkait dengan masalah politik tetapi cuba dikaitkan bersama
dengan isu-isu akidah. Selepas Uthman dibunuh dan Ali dilantik sebagai khalifah,
keadaan menjadi semakin serius dan berlakulah perang saudara sesama Islam. Selepas
itulah berlakunya perkembangan perbezaan pandangan, khilaf, perbezaan politik dan
membawa kepada kemunculan aliran akidah. Sejarah mencatatkan bahawa keadaan ini
terjadi ¾ akhir abad pertama Hijrah atau abad ketujuh Masihi. Dari tarikh inilah
bermula perkembangan pemikiran Islam secara drastik hampir dalam semua bidang.

Prof. Dr. Muhammad al-Bahi telah membahagikan perkembangan pemikiran


Islam ini kepada tiga peringkat:
 Peringkat Kemunculan
 Peringkat Membina Kembali Masyarakat Islam
 Peringkat Pemikiran Islam Semasa

2.3 PERINGKAT KEMUNCULAN

Pada peringkat kemunculan, lahir berbagai-bagai aliran atau mazhab seperti


aliran akidah, aliran fiqah, sufi, falsafah dan tafsir. Kelahiran aliran dalam bidang
akidah adalah disebabkan kesan yang timbul akibat perpecahan dan permusuhan yang
berlaku di dalam masyarakat Islam. Faktor utama yang menyebabkan perpecahan di
kalangan umat Islam ialah perselisihan pendapat dalam pemilihan ketua negara
(Imamah) dan kerana masalah inilah lahirnya aliran-aliran Khawarij, Syiah, Murjiah,
Mu’tazilah dan Asy’ariyyah. Setiap aliran mengemukakan dalil-dalil atau bukti-bukti
mereka masing-masing yang berbentuk pemikiran yang menyentuh masalah Imamah.
Akhirnya lahir pandangan dan pegangan aliran mereka masing-masing dalam masalah
usul dan i’tiqad (pegangan agama, keyakinan dan kepercayaan). Perselisihan dalam
6

masalah Imamah merupakan punca utama terasasnya aliran berbentuk akidah. Faktor ini
juga telah meninggalkan kesan yang negatif terhadap perpaduan dan kesatuan umat
Islam seterusnya.

Sementara itu, sebab utama kelahiran aliran falsafah pula ialah akibat
meresapnya pengaruh pemikiran-pemikiran asing seperti pemikiran berhala Mesir,
pengaruh agama- agama Timur seperti Buddha, Brahma dan Zarodistar, di samping
pengaruh dari agama Kristian dan Yahudi serta falsafah Greek. Akibatnya lahirlah
dalam sejarah Islam aliran falsafah metafizik (didokong oleh Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd),
aliran falsafah fizik (Abu Bakar al-Razi) dan aliran falsafah Isyraqi (Illuminism) yang
terpengaruh dengan aliran falsafah Neo-Platonism (asy-Sharawardi al-Maqtul.

Kelahiran mazhab-mazhab fiqh pula adalah disebabkan oleh beberapa faktor.


Pertama disebabkan perbezaan pendapat di antara fuqaha mengenai hukum- hukum
cabang dan bukannya asas-asas hukum dalam Islam. Semua ulama fiqh berpendapat
bahawa perselisihan pendapat dalam perkara yang jelas hukumnya terdapat dalam nas
al-Quran dan Sunnah adalah haram. Sedangkan perselisihan pendapat di dalam perkara-
perkara yang belum jelas hukumnya adalah dituntut serta dibenarkan pula berijtihad di
dalam menentukan hukumnya. Perbezaan pendapat dalam masalah hukum cabang ini
pula adalah disebabkan antara lainnya kerana perbezaan maklumat yang mereka terima
daripada Rasullah s.a.w. Sesetengah sahabat menerima lebih banyak hadis daripada
sahabat yang lain. Perbezaan pendapat juga terjadi kerana perbezaan pemahaman
seseorangsahabat terhadap nas-nas yang diterima daripada Rasullah SAW. Begitu juga
suasana sekitar boleh mempengaruhi sesuatu pendapat. Perbezaan dalam sesuatu hukum
adalah semakin jelas apabila sahabat-sahabat itu keluar ke kawasan-kawasan yang baru
dibuka yang suasananya berbeza. Ini boleh melahirkan pendapat yang berbeza di antara
seorang sahabat dengan sahabat yang lain dalam satu masalah yang sama. Pendapat-
pendapat mereka inilah yang akan menjadi sumber maklumat hukum bagi masyarakat
setempat. Pendapat-pendapat merekalah yang akan menjadi ikutan penduduk-penduduk
itu dan di sana akan bertapaklah pemikirannya. Misalnya pendapat-pendapat Ibnu
Mas’ud telah bertapak di Iraq dan pendapat-pendapat Sa’id bin Musayyab bertapak di
7

Hijaz sementara pendapat Abdullah bin Amr Ibnu ‘As bertapak di Mesir. Maka hasil
daripada pendapat-pendapat dan buah fikiran sahabat-sahabat yang berada di pelbagai
tempat di pusat-pusat negara Islam itulah yang menjadi bahan pemikiran fiqh pada
zaman berikutnya dan akhirnya melahirkan pelbagai mazhab fiqh di negara Islam.
Akhirnya hanya empat Imam Mazhab sahaja yang diterima umum untuk diikuti yang
secara kebetulan pada masa itu masih hidup dan mempunyai ramai pengikutnya iaitu
Imam Hanafi (660 – 728 M), Imam Malik (712 – 802 M), Imam Syafi’ (767 –830 M)
dan Imam Ahmad bin Hanbal (782- 856 M).

Lama-kelamaan kegiatan fuqaha dalam menyelesaikan persoalan hukum adalah


berasaskan pemikiran-pemikiran mazhab-mazhab yang dianutinya. Sikap prejudis
terhadap mazhab mulai timbul dan sikap membela pandangan mazhab tertentu jelas
kelihatan di samping terdapatnya tulisan-tulisan yangmemuatkan kritikan-kritikan
terhadap mazhab yang tidak dianutinya. Kerana itu perkembangan pemikiran fiqh pada
masa itu tidak lagi objektif, malah ia merupakan usaha ke arah memberi penjelasan yang
lebih lanjut terhadap imam-imam mazhabnya dengan membawa hujah-hujah baru demi
untuk mempertahankan kebenarannya dan menimbulkan titik-titik kelemahan dalam
mazhab yang lain.

Sikap taqlid yang dijadikan pegangan dalam kehidupan orang-orang Islam pada
waktu itu banyak menjejaskan perkembangan fiqh secara objektif dan pendapat yang
berbeza dalam bidang hukum dijadikan sumber perbalahan di kalangan pengikut-
pengikut mazhab dan ijtihad tidak ditonjolkan. Maka hasil daripada perkembangan
fikiran fiqh yang berlaku kebelakangan itulah yang banyak mempengaruhi
perkembangan pemikiran fiqh di negara-negara Islam kini di mana ia banyak memberi
rintangan terhadap perkembangan pemikiran fiqh dalam bentuk yang lebih luas. Sikap
taqlid ini melahirkan golongan yang fanatik kepada mazhabnya lebih daripada
fanatiknya terhadap agama Islam itu sendiri.

Tetapi malangnya terdapat golongan-golongan yang mengambil kesempatan


menghuraikan ayat-ayat al-Quran berdasarkan pandangan, pendapat dan ideologi
8

masing-masing serta tidak mengendahkan atau menghiraukan syarat-syarat yang telah


digariskan. Oleh itu berlakulah tafsiran yang menyeleweng daripada tafsiranyang
sebenarnya. Berikutan itu, berlaku perkembangan unsur-unsur negatif seperti
berlakunya perpecahan di kalangan umat islam akibat perbezaan pendapat dalam
masalah-masalah akidah, lahirnya sikap taqlid dan sikap ta’sub terhadap mazhab,
lahirnya aliran batiniyyah dan ajaran-ajaran sesat, penafsiran al-Quran melalui ijtihad
yang tidak menepati syarat-syarat yang digariskan dan pelbagai masalah lain yang turut
timbul. Faktor-faktor ini menjadi antara punca yang membawa kepada kelemahan umat
Islam kemudiannya.

2.4 PERINGKAT MEMBINA KEMBALI MASYARAKAT ISLAM

Peringkat ini dimulai dengan kejatuhan kota Baghdad dan pada masa yang sama,
umat Islam juga menghadapi peperangan dengan umat Kristian Eropah dalam siri
peperangan yang diberi nama Perang Salib. Ia merupakan siri peperangan golongan
Kristian Eropah dengan Kaum Muslimin sepanjang tahun-tahun 1097 – 1292 M.
Sepanjang lebih kurang 2 abad itu, umat Islam menghadapi 7 kali perang Salib yang dari
satu segi memperlihatkan kemenangan, tetapi dari segi yang lain merupakan satu
kekalahan bagi umat Islam. Memang dari segi ketenteraan, umat Islam berjaya
menewaskan puak Kristian tetapi dari segi jangka panjangnya, puak Kristian banyak
mengaut keuntungan hasil dari pertembungan danpertemuan mereka dengan tamadun
dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam. Meskipun mereka sentiasa
tewas dalam peperangan ini, namun dengan berlakunya pertembungan dengan dunia
Islam itu membolehkan mereka membawa pulang khazanah ilmu pengetahuan Islam ke
Eropah. Selepas kejatuhan kerajaan Bani Abasiyyah, suasana politik dan pemerintahan
orang-orang Islam berada dalam kehancuran. Memang selepas itu pun masih ada orang
Islam yang dapat mendirikan kerajaan-kerajaan. Umpamanya kerajaan Uthmaniyyah di
Turki, kerajaan Safawi di Parsi dan kerajaan Moghol di India yang berkuasa dari 1500 –
1700 M. Sesudah tahun 1700 M kerajaan mereka mula menurun dan akhirnya kalah
dalam persaingan dengan bangsa lain. Tetapi dari segi pembangunan material dan
tamadun intelektual serta keagamaannya tidaklah lagi mampu memulihkan
9

kegemilangan sebelumnya. Oleh kerana fakta-fakta inilah lahir ahli-ahli fikir Islam
yang merasa terpanggil untuk merubah keadaan ini. Antara usaha-usaha yang telah
mereka laksanakan ialah:
 Menghindarkan sifat fanatik terhadap sesuatu mazhab. Menyeru umat Islam
supaya kembali kepada ijtihad dan menolak taqlid serta cuba menghormati
pandangan ulama-ulama lain dalam masalah-masalah cabang.
 Cuba memperjelaskan serta membezakan ajaran-ajaran serta pandangan hidup
Islam yang sebenarnya dari yang bukan Islam dengan cara kembali kepada ajaran
al-Quran dan Sunnah yang sahih serta menjadikan kedua- dua sumber tadi
sebagai asas berfikir dan asas dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan
umat Islam.

Inilah antara usaha-usaha dan saranan yang dibawa oleh pemikir-pemikir Islam
di peringkat ini. Di antara tokoh yang paling terkenal pada peringkat ini ialah
Taqiyuddin Ibnu Taimiyyah (1262 -1327 M)/ (661 – 726 H). Beliaulah yang dianggap
sebagai polopor gerakan Salafiyyah setelah umat Islam dibelenggu zaman keruntuhan
mental dan fizikal sejak kejatuhan Baghdad. Aliran salafiyyah ialah satu aliran yang
berjuang ke arah mengembalikan umat Islam kepada pegangan dan cara hidup generasi
pertama Islam khususnya zaman Rasullah s.a.w dan para sahabat. Ibn Taimiyyah telah
cuba membangunkan semula kesedaran tentang pentingnya para ulama yang unggul
melakukan ijtihad dalam perkara-perkara keduniaan yang timbul. Beliau telah
mengecam dengan hebat sekali para ulama dan penganut mazhab yang bersifat fanatik
kerana sikap yang sedemikian membawakepada kebekuan atau kejumudan berfikir dan
kerana itu juga fiqh Islam tidak dapat berkembang dan yang parahnya masyarakat Islam
menjadi statik.

Seruan Ibn Taimiyah kepada ijtidah ini telah membuka fikiran dan menimbulkan
kesedaran yang boleh mengendurkan ketegangan di antara pengikut-pengikut mazhab
yang ada dengan mengendurkan sikap fanatik kepada mazhab tertentu dan bersikap
toleransi terhadap mazhab-mazhab lain yang tidak diikuti. Tetapi sayangnya kesan ini
ternyata tidak menyeluruh. Tulisan-tulisan yang bercorak mempertahankan mazhab-
10

mazhab tertentu dan merendahkan mazhab lain berjalan terus menguasai masyarakat dan
maklumat-maklumat demikianlah yang meninggalkan kesan mendalam kepada
masyarakat Islam dan berkekalan terus menerus sehingga kini, dan sumber maklumat
demikian terus dipelajari dan diamalkan. Namun begitu usaha-usaha yang dilakukan
oleh Ibn Taimiyah serta tokoh-tokoh lain pada peringkat ini seperti Ibn Qayyim al-Jauzi
dan lain-lain telah menyedarkan umat Islam tentang pentingnya berijtihad dalam
masalah-masalah cabang dan silapnya fahaman bahawa pintu ijtihad sudah tertutup.

2.5 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan yang dimaksudkan dengan pemikiran Islam
semasa ialah gagasan-gagasan, idea-idea dan fikiran dari perspektif Islam sebagai tindak
balas yang bersifat intelektual kepada persoalan-persoalan manusia dan masyarakat
semasa. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan persoalan semasa (kontemporari) di sini
pastinya merujuk kepada perkembangan dan persoalan yang berlaku hari ini atau
berkisar kepada isu-isu terkini. Jadi pemikiran yang menjadi fokus subjek ini pastinya
kepada perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan yang berlaku dan
menimpa umat Islam semasa dan reaksi atau jawapan-jawapan yang cuba dikemukakan
oleh umat Islam melalui ijtihad mereka dalam menangani tuntutan dan keperluan semasa
umat Islam seluruhnya. Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan
menjadi asas kepada kemajuan dan perubahan umat Islam. Peranan pemikir tidak
kurang pentingnya sebagai pelaksana dan pengurus kepada pemikiran Islam dan
tamadunnya. Islam turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan para
pemikirnya sama ada berkembang ke arah kekuatan ataupun statik beku tanpa sebarang
perubahan.

Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan lagi, antara faktor-faktor yang melahirkan
pemikiran Islam semasa ialah:
 Pertembungan masyarakat Islam dengan kebudayaan dan peradaban Barat.
11

 Rasa terpanggil untuk menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil serta
lahirnya rasa rindu umat Islam sendiri untuk menghayati cara hidup Islam seperti
zaman Rasullah SAW dan para sahabat.

Umat Islam pada hari ini haruslah bersedia menghadapi gelombang, cabaran dan
tentangan dari mana saja yang sentiasa ingin menjatuhkan Islam dan umatnya. Umat
Islam haruslah memiliki kemampuan untuk menampilkan pemikiran yang lurus,
kebudayaan yang benar dan unggul meruntuhkan tembok kemunduran dan mewujudkan
kemajuan dalam meneguhkan kedudukan dan peranan kita di dunia. Caranya ialah
dengan menampilkan pilihan Islam bagi segala yang telah dikemukakan Barat, cuba
merangka dan menjayakannya.

Cabaran Islam tidak akan dijangka kecuali dengan memberikan pilihan


cemerlang dan unggul dalam seluruh bidangnya; pemikiran, kebudayaan, pengetahuan
dan tamadun, selain harus mengukuhkan kejayaan dan keunggulan ini di dalam tamadun
yang tegak di atas pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Islam. Dari celah-celah
badan-badan, sistem dan wasilah ini kemudian pemikiran Islam wujud secara nyata yang
di atasnya tamadun Islam tegak. Dengan demikian kebangkitan islam menjadi
kebangkitan sebenarnya, bukan sekadar impian.

3.0 DEFINISI PEMIKIRAN REFLEKTIF

Untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu pemikiran reflektif, terlebih
dahulu kita perlu memahami konsep reflektif. Konsep pemikiran reflektif (reflective
thinking) mula diperkenalkan oleh John Dewey pada tahun 1911 dalam bukunya yang
ditulis khas untuk guru-guru yang bertajuk How we think. John Dewey (1993)
beranggapan bahawa pembelajaran atau ilmu akan bertambah hanya apabila seseorang
telah melalui proses pemikiran reflektif atau reflection. Pemikiran reflektif menjadi
premis asas kepada penambahan ilmu. Perkataan reflective thinking atau pemikiran
reflektif yang pada mulanya digunakan oleh Dewey adalah sama ertinya dengan
pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran aras tinggi (Samuel Shermis,
12

1999). Shahabudin et al. (2005) mendefinisikan reflektif sebagai inkuiri yang sistematik
pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta memdalami
kefahaman mengenai sesuatu perkara. Seorang guru sentiasa berfikir secara reflektif
untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Selain itu, penilaian dapat dibuat
untuk penambahbaikkan sebarang kelemahan.

Reflektif adalah satu usaha yang tertumpu kepada knowing in action bagi
menganalisis masalah dengan menggunakan kemahiran interaktif dan interpretif (Schon,
1983). Sementara itu, Donald Schon (1987) pula mendefinisikan pengamal reflektif
sebagai seorang yang akan berfikir semasa bertindak balas sementara John Dewey
(1993) pula telah berkali-kali menegaskan kepentingan amalan reflektif dalam
pembelajaran. Menurut John Dewey, semasa membuat refleksi terhadap pengalaman,
seseorang boleh memahami sesuatu situasi yang kabur dialaminya kepada satu situasi
yang jelas.

Sikap keterbukaan untuk menerima tanggungjawab dalam membuat keputusan


serta mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan perkembangan amalan
refleksi seorang pendidik. Keadaan memberi peluang kepada pendidik untuk
menganalisis diri serta menyedari kelebihan dan kekurangan diri. Seterusnya, akan
memperbaiki kekurangan diri dan juga menambahbaikan terhadap proses
pembelajarannya agar lebih efektif. Seorang guru yang reflektif akan mengaitkan
sesuatu idea dengan pengalaman yang sedia ada. Hasil daripada pengalaman itu mereka
dapat memgemukakan soalan-soalan yang mempunyai hipotesis atau andaian awal.
Pendidik juga mampu bertindak dengan mengemukakan pelbagai kemungkinan
penyelesaian yang wajar dan dapat menilai kemungkinan penyelesaian itu secara kritis
dan kreatif.

3.1 TAHAP PEMIKIRAN REFLEKTIF

Dewey. J (1933) mengutarakan 5 tahap pemikiran refleksi. Apabila seseorang


menghadapi keadaan bermasalah, kecenderungannya ialah untuk terus bertindak dalam
13

keadaan berkenaan dan cuba menggunakan sebarang cadangan dalam minda untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Pemikiran refleksi mengehendakkan seseorang
menangguhkan tindakan untuk mencari dan menilai penyelesaian. Justeru itu, tahap
pertama ialah mengenal pasti penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi masalah
berkaitan. Tahap kedua ialah 'problematize' keadaan yang dihadapi atau menyifat dan
menganalisakan keadaan masalah.

Sebaik sahaja keadaan masalah dikenalpasti, pemikir refleksi memasuki tahap


ketiga dan mula menjanakan hipotesis yang mungkin membawa kepada penyelesaian
masalah. Hipotesis merupakan satu andaian atau jangkaan awal yang dijanakan
dianggap sebagai tentatif dan berbentuk 'working hypoteses'. Dalam pada itu, lebih
banyak data diperoleh untuk menghalusi atau menyingkir hipotesis-hipotesis yang telah
dijanakan. Dalam tahap keempat, pemikir menggunakan pemikiran deduktif membuat
konklusi awal untuk menentukan sama ada hipotesis berupaya menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada dan situasi spesifik
mengenai masalah semasa adalah penting dalam tahap ini. Selepas hipotesis-hipotesis
dilaksanankan dengan sepenuhnya, ia diuji dalam tahap kelima dan terakhir. Pengujian
melibatkan tindakan nyata oleh pemikir. Hipotesis tidak lagi berbentuk eksperimen
minda (thought experiment) malah ia diaplikasikan dalam konteks masalah. Pada tahap
ini, pemikir boleh menentukan sama ada aplikasi emipiris hipotesis sepadan dengan
akibat-akibat teori melalui penalaran dan sama ada masalah itu boleh diselesaikan. Jika
tidak, maka proses refleksi kembali ke titik permulaan.

3.2 CARA-CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN REFLEKTIF

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), terdapat berbagai-bagai cara


berkesan digunakan untuk meningkatkan pemikiran reflektif bagi pelajar mahupun bagi
guru itu sendiri. Antaranya ialah :
14

a) Memperkenalkan masalah-masalah terbuka.

Apabila kita sentiasa berfikir mengenai sesuatu situasi secara tidak langsung kita
akan peka dengan perubahan yang berlaku disekeliling kita. Seterusnya fikiran kita akan
mengenal masalah-masalah yang timbul dan cuba untuk mengatasi masalah tersebut.
Sebagai contoh, penggunaan teknologi maklumat (IT). Sebagai seorang guru kita harus
peka dan perlu melengkapkan diri dengan mempelajari ilmu IT, seterusnya mereka akan
mengaplikasikan IT di dalam proses P&P.

b) Melatih pelajar supaya cekap menggunakan teknik penyelesaian masalah.

Dalam proses mendidik pelajar, guru hendaklah menyediakan diri dengan ilmu-
ilmu pengetahuan yang secukupnya. Selain itu, adalah amat penting seorang guru
mempunyai kepelbagaian pengalaman supaya murid tidak mudah bosan dengan P&P
yang dilaksanakan. Guru haruslah memperlengkapkan diri dengan ilmu pedagogi dan
psikologi supaya dapat memahami kehendak murid-murid. Selain itu, guru mestilah
mahir dalam teknik-teknik pengajaran. Salah satu teknik yang perlu dipraktikkan ialah
teknik penyelesaian masalah. Guru mesti pandai mengaitkan subjek pembelajaran
dengan masalah-masalah yang akan menggalakkan mereka berfikir. Contohnya dalam
pembelajaran matematik tambahan, guru mengaitkan bab pembezaan dengan bagaimana
kita dapat mengetahui kuantiti yang tepat untuk pengguaan air di dalam situasi
kekurangan sumber air. Masalah ini kelihatan amat rumit tetapi dengan menggunakan
kaedah-kaedah yang betul, pelajar dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ini dapat
menggalakan pelajar melakukan penyelidikan dalam usaha mencari jawapan.

c) Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan


mentafsir maklumat-maklumat daripada data.

Pemikiran kritis adalah satu bentuk pemikiran yang dikawal oleh satu set
standard yang jelas dan bijaksana (Greg et al., 2002). Antara standard pemikiran kritis
adalah pemikiran yang jelas, tepat, berkaitan, konsisten, logik, sempurna dan adil.
15

Dengan kata yang lebih mudah difahami, pemikiran kritis ini adalah berfikir dari semua
aspek yang mungkin. Di mana apabila seseorang itu diberi sesuat kenyataan, dia tidak
akan sekadar menerima tetapi akan mempersoalkan mengapa begitu? dan mengapa
begini?. Ini adalah untuk membuat sesuatu kesimpulan yang bernas berdasarkan
penelitian yang menyeluruh.

d) Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kreatif untuk membentuk pelbagai


hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang spontan, berimaginasi berani dan


menjadi ciri-ciri pengeluaran seni, penemuan saintifik dan rekaan mekanikal. Secara
ringkasnya, ia adalah kebolehan untuk menghasilkan idea baru dan asli melalui
gabungan idea-idea yang ada. Kemahiran seperti menghubungkait, membuat inferens,
meramal, membuat hipotesis, mensintesiskan dan merekacipta dalam menghasilkan
ideaanya.

e) Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognitisi dan teknik refleksi


untuk menilai kemungkinan-kemungkinan penyelesaian.

Metakognisi ialah berfikir mengenai apa yang difikirkan,mengetahui apa yang


kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Dalam konteks ini guru perlu memainkan
peranan untuk menarik minat pelajar berfikir bagaimana memahami diri. Pelajar harus
berani menyuarakan apa yang mereka tidak faham. Manakala guru pula haruslah
sentiasa mengutarakan pertanyaan untuk menguji sama ada pelajar menerima pengajaran
yang telah diajarkan.

f) Dalam segala proses pemikiran reflektif yang digunakan untuk menyelesaikan


masalah, guru harus menggunakan teknik penyoalan supaya daya pemikiran
reflektif pelajar dapat dipertingkatkan.
16

Teknik penyoalan adalah sangat penting untuk mempertingkatkan pemikiran


reflektif. Pada dasarnya, apabila seseorang itu berfikir secara tidak langsung mereka
sedang berefleksi kerana dalam proses pemikiran masalah itu mereka akan mengaitkan
masalah dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Ataupun mereka akan
menjalankan ekperimen untuk meguji dan mencari penyelesaian. Seterusnya meraka
akan memilih jalan penyelesain yang paling efektif. Strategi pembelajaran amat penting
untuk mengalakkan pelajar sentiasa berfikir. Guru perlu mengenal pasti objektif
pembelajaran seterusnya mengatur strategi supaya objektif tersebut dapat dicapai dengan
menggunakan teknik-teknik yang telah dikenal pasti.

3.3 KEPENTINGAN PEMIKIRAN REFLEKTIF

Kepentingan amalan reflektif yang membentuk pemikiran reflektif kepada guru,


pelajar dan sekolah:
Guru
1. Guru yang menggunakan teknik refleksi dan penilaian kendiri semasa dan
selepas melaksanakan rancangan dan mengajarnya di dalam bilik darjah dapat
meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran. Keberkesanan amalan reflektif ini lebih
terserlah jika guru memikirkan perkara-perkara ini :
a) Adakah set induksi sesuai dan berjaya menarik minat pelajar?
b) Adakah perkembangan pelajaran membantu pelajar memahami konsep dengan
jelas dan membolehkan mereka memperoleh kemahiran baharu mengikut
objektif yang ditetapkan?
c) Adakah isi pelajaran disampaikan secara sistematik, tepat dan lengkap?
d) Adakah murid-murid melibatkan diri dengan cergas dalam aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran (P&P)?
e) Adakah teknik dan kaedah mengajar digunakan sesuai dan berkesan?
f) Adakah aktiviti penilaian diadakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran?
g) Adakah aktiviti penutup sesuai dan berkesan?
h) Adakah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapatmencapai objektif
pelajaran yang ditetapkan?
17

Apabila guru berusaha memikirkan soalan-soalan tersebut dan cuba menjawab, proses
refleksi dan penilaian kendiri sebenarnya telah berlaku. Hasil daripada proses ini, guru
dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kekuatan dan
kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya. Seterusnya, guru akan berusaha
mencari ikhtiar untuk mengatasi bidang kelemahannya dengan menyediakan,
mengubahsuai rancangan serta kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ringkasnya, penggunaan teknik refleksi dan penilaian kendiri adalah amat penting bagi
guru-guru reflektif yang proaktif dan berakauntabiliti untuk memastikan objektif P&P
tercapai dengan jayanya.

2. Guru yang memanfaatkan Penulisan Jurnal atau Reflektif, iaitu yang merupakan
catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu
bidang dan sebagainya, membolehkan guru itu sendiri membuat refleksi, menilai serta
menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan
berkesan. Kajian juga menunjukkan bahawa penulisan jurnal ialah alat untuk mereflek
secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif serta dapat mendorong guru
mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran
dan pembelajaran.

3) Penggunaan Portfolio Reflektif oleh guru sebagai bukti pengalaman


pembelajaran dapat mencerminkan perkembangan pemikiran dan pembelajaran.
Portfolio ini bukan sekadar koleksi bahan dan laporan peristiwa atau pengalaman guru
semata-mata tetapi memanfaatkan guru untuk memperoleh pembelajaran daripada
peristiwa dan pengalaman tersebut. Guru juga dapat merancang dan melaksanakan
tindakan susulan. Melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif
tentang apa-apa yang dilakukan mereka dalam P&P. Portfolio ini juga membantu guru
mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka; membuktikan pengetahuan
profesional mereka dan membuat refleksi tentang ‘APA, BAGAIMANA dan
MENGAPA’mereka melakukan sesuatu tindakan. Dengan mengimbas balik
pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, segala halangan dalam proses P&P dapat
18

dikenal pasti dan difikirkan penyelesaiaannya. Guru juga boleh mengubahsuai atau
mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Proses refleksi juga memandu
guru meneroka idea-idea dari sumber-sumber lain.

4) Mod lain seperti autobiografi, rekod temu bual dan rakaman elektronik juga
boleh digunakan dalam proses reflektif. Tuntasnya, amalan reflektif membantu guru
meningkatkan profesionalisme diri dan merangsang pemikiran baru serta menggalakkan
perbincangan dengan rakan-rakan guru lain tentang kesesuaian teori dan persoalan yang
dipertikaikan. Amalan reflektif juga membawa kepuasan intrinsik apabila guru dapat
menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk
suatu pandangan secara logik.

Pelajar
1) Guru yang mengamalkan reflektif atau mempunyai pemikiran reflektif sudah
tentu memanfaatkan pelajarnya. Secara tidak langsung, pelajarnya juga akan diasuh
agar mempunyai pemikiran reflektif. Pemikiran reflektif pelajar dapat ditingkatkan jika
pelajar menggunakan Log Pembelajaran, iaitu catatan pelajar tentang maklumbalas,
perasaan, pemikiran, idea rakan, sikap, pandangan, pengetahuan dan sebagainya yang
terdapat semasa aktiviti pembelajaran di sekolah. Disamping mencatatkan aktiviti
harian, Log Pembelajaran turut meliputi identifikasi, analisis dan refleksi pembelajaran
pelajar masing-masing. Secara tidak langsung, ini akan membantu meningkatkan daya
fikir dan keintelektualan pelajar.

2) Pelajar juga mendapat manfaat melalui Pemetaan Konsep, iaitu melibatkan


penggunaan peta minda dan pengurusan grafik. Kedua-dua alat berfikir ini paling sesuai
digunakan untuk meningkatkan kemahiranberfikir, termasuk pemikiran reflektif dalam
kalangan pelajar.

3) Penggunaan teknik penyoalan, iaitu melibatkan penggunaan soalan jenis gerak


balas lanjutan sesuai untuk menggalakkan pelajar berfikir secara reflektif. Biasanya,
ketika mengajarkan pelajaran Bahasa Melayu, khususnya karangan, guru menggunakan
19

soalan jenis gerak balas lanjutan seperti membina soalan dengan menggunakan kata
tugas seperti ‘Terangkan, Huraikan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan,
Bagaimanakah,’ dan sebagainya.

4) Menerusi Pembelajaran Rundingan, pelajar-pelajar dapat membuat keputusan


seperti merancang jadual waktu pengurusan bilik darjah, pembahagian peranan-peranan
dalam sesuatu projek, kerja berkumpulan dan sebagainya. Pembelajaran Rundingan
antara pelajar memerlukan penggunaan refleksi kendiri dan pemikiran reflektif dalam
proses perancangan, perbincangan, penilaian dan membuat keputusan. Melalui cara
pembelajaran rundingan, pemikiran reflektif dapat ditingkatkan.

5) Jurnal Reflektif yang diperkenalkan oleh guru kepada pelajar pula merupakan
catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu
bidang dan sebagainya. Catatan itu bertujuan membolehkan pelajar membuat refleksi,
menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang
wajar dan berkesan.

Sekolah
1) Guru dan pelajar merupakan aset penting sesebuah sekolah. Tidak ada pentadbir
yang menginginkan pelajar yang bermasalah dalam aspek kurikulum dan kokurikulum
serta sahsiah diri. Mereka juga tidak mahu tenaga pengajar yang bersifat ‘parasit’di
sekolah, jumud dan tidak mahu bermuhasabah serta tiada wawasan. Dalam bahasa
mudahnya, guru dan pelajar serta sekolah diibaratkan ‘lagu dan irama.’ Jika iramanya
pincang maka rosaklah lagu itu. Justeru, amalan reflektif yang diamalkan oleh warga
pendidik turut memanfaatkan sekolah. Jika guru mampu mengesan masalah dan
mengatasinya secara reflektif dan pelajarnya juga mampu bereflektif, maka outputnya
pasti positif. Prestasi akademik akan dapat diatasi dan masalah disiplin juga akan dapat
ditangani. Lagipun, disiplin asas kejayaan pelajar. Sementara itu, martabat guru akan
dapat ditingkatkan pada pandangan masyarakat dan permuafakatan guru – ibu bapa
dapat dijalinkan. Secara tidak langsung, proses P&P di sekolah akan terurus dengan
baik. Jelaslah di sini bahawa manfaat sekolah bergantung pada guru dan pelajar yang
20

memanfaatkan amalan reflektif. Yang pentingnya,pendidik perlulah menjelmakan teori


yang dipelajari dalam bentuk tindakan.

2) Sekolah juga mendapat tindak balas positif dengan membiarkan guru melakukan
refleksi dalam proses P&P di sekolah. Sebagai contohnya, Instrumen Pentaksiran Guru
yang diedarkan kepada guru sebelum proses pencerapan di sekolah bukan sahaja dapat
membantu guru meningkatkan prestasi guru, malah memberikan peluang kepada guru
membaiki diri dan memahami kehendak pentadbir sekolah.

3.4 KESIMPULAN PEMIKIRAN REFLEKTIF

Pemikiran reflektif merupakan pemikiran yang terhasil apabila seseorang itu


mengamalkan amalan reflektif. Amalan ini merupakan suatu amalan yang seharusnya
diamalkan oleh setiap individu kerana ia dapat membentuk seseorang menjadi lebih
berfikiran terbuka, berkeyakinan serta berani menyuarakan pendapat dan pandangan
serta idea yang bernas dan baru selaras dengan ledakan teknologi maklumat. Justeru,
adalah satu kewajiban kepada kita untuk mengamalkan pemikiran reflektif untuk
menjamin kesejahteraan hidup dan mencapai matlamat yang hendak dituju dengan
jayanya.

4.0 PEMIKIRAN KONVERGEN

4.1 MAKSUD PEMIKIRAN KONVERGEN

Para pendidik sentiasa mencari asas yang sesuai untuk membuat keputusan
tentang cara pengajaran harus disusun supaya pembelajaran dapat berlaku dengan
berkesan. Dalam usaha ini para pendidik biasanya mengalihkan pandangan kepada
bidang psikologi dan bidang-bidang yang berkaitan untuk mendapatkan panduan.
Kebanyakan amalan dalam bidang perkembangan kurikulum dan pengajaran pada masa
kini berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif yang dikemukakan oleh Piaget, Teori
21

Hierarki Pembelajaran oleh Gagne, Teori Pengukuhan oleh Skinner, Teori Generatif
oleh Wittrock dan Teori Konstruktisme oleh Driver.

Gaya kognitif ini merangkumi darjah seseorang individu bergantung pada


pemikiran konvergen, iaitu kesimpulan yang logik dan paling betul atau kesimpulan
yang terbaik mengikut kebiasaan. Manusia biasanya memiliki dua pola pemikiran, iaitu
secara divergen dan konvergen. Pola pemikiran konvergen ini dapat didefinasikan
sebagai pola pemikiran terarah (fokus) atau khusus (spesifik), sementara pola pemikiran
divergen didefinasikan sebagai pola pemikiran yang menyebar atau menjauh. Ilustrasi
gambaran perbezaan pemikiran konvergen dan divergen adalah seperti dalam rajah
berikut:

Rajah 2: Pemikiran Konvergen dan Divergen

Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya
berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan
seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi
menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.

Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman,


peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen
tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai
22

pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan


atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah
menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza. Pemikiran Konvergen juga
adalah berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada, jawapan tunggal atau
masalah tertutup.

Mengikut Kindsvatter, Wilen dan Ishler (1992), pemikiran konvergen melibatkan


proses kognitif yang paling mudah di mana maklumat yang dipelajari terlebih dahulu
diingati semula dan dikenal pasti. Pemikiran jenis ini dikategorikan sebagai Konvergen
Aras Rendah. Proses pemikiran ini juga mungkin akan melampaui tahap ingatan dan
menuju ke satu tahap yang lebih tinggi sedikit, di mana memperlihatkan pemahaman
tentang maklumat yang diuruskan secara mental. Pemikiran pada tahap ini
dikategorikan sebagai Konvergen Aras Tinggi. Proses mental yang kedua ini dianggap
sebagai tahap pertama dalam proses pemikiran yang produktif. Jawapan ataupun respon
dapat diramal ataupun dapat diagak dengan mudah pada kedua-dua tahap pemikiran ini,
iaitu Konvergen Aras Rendah (KAR) dan Konvergen Aras Tinggi (KAT).

Mengikut Kindsvatter et al. (1992), soalan-soalan konvergen memainkan peranan


penting bagi menggalakkan pengetahuan dan pemahaman asas murid. Soalan-soalan
konvergen sepatutnya dijadikan sebagai dasar bagi menguruskan pemikiran murid ke
arah pemikiran aras tinggi. Manakala soalan-soalan divergen pula menggalakkan murid
untuk menilai kandungan yang dipelajarinya dan melibatkan diri mereka dalam
pemikiran kritis dan kreatif.

Kindsvatter et al. (1992) menyatakan bahawa pemikiran pada KAR hanya


memerlukan murid untuk mengingat semula atau mengenali maklumat. Penekanan
diberi pada pemerhatian dan penghafalan. Respon murid bagi soalan ini mudah diramal
ataupun boleh diagak terlebih dahulu. Murid juga menerangkan maksud, mengenal
pasti, memetik (quote) dan menjawab "ya" ataupun "tidak".
23

4.2 CIRI-CIRI PEMIKIRAN KONVERGEN:


 Jawapan adalah tertumpu berdasarkan pemikiran atau logik akal.
 Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk
mencari satu jawapan.
 Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi
sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat.
 Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi pengetahuannya
dan peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu
jawapan yang paling sesuai.
 Berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang
betul.
 Tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti.
 Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan banyak diuji
dalam peperiksaan awam.

4.3 CONTOH SITUASI YANG MELIBATKAN PEMIKIRAN


KONVERGEN:
Contoh 1:
Sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan. Seorang jurutera awam
perlu mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan pengetahuan serta pengalamannya,
jurutera perlu berusaha mencari sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan
tentang keretakan tembok bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan
menggunakan pemikiran konvergen.
Contoh 2:
Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumus-rumus
untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah menggunakan
pemikiran konvergen.
24

5.0 PEMIKIRAN DIVERGEN ATAU PEMIKIRAN MENYIMPANG

Istilah pemikiran divergen telah dicipta oleh J.P Guilford iaitu seorang ahli
psikologi pada awal tahun 1950-an sewaktu menerangkan dua cara berfikir yang sangat
berbeza ( Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani , 2003). Pemikiran Divergen adalah
bercorak kreatif, selalunya tidak tertumpu kepada satu titik fokus tetapi mencapah ke
pelbagai arah ( Rujuk Rajah 1: Corak Pemikiran Divergen). Pemikiran ini akan
menggunakan segala sumber maklumat atau idea dalam usaha menyelesaikan sesuatu
masalah. Dengan kata lain, pemikiran divergen dapat menghasilkan pelbagai idea
berkenaan sesuatu perkara atau beberapa penyelesaian bagi satu masalah.

Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlan Jantan (2003) pula,
pemikiran divergen adalah pemikiran yang tidak memerlukan kepada satu jawapan yang
betul. Dalam pemikiran divergen ini, pelajar bebas menonjolkan pendapat, idea dan
pandangan yang difikirkan logik. Pemikiran divergen adalah salah satu cara menjana
idea yang baik. Contohnya berapa banyak kegunaan tanah liat?. Daripada sudut
pemikiran Konvergen, jawapannya adalah untuk membuat pasu tetapi daripada sudut
divergen pula, kita akan mengemukakan pelbagai jawapan mengenai kegunaan tanah liat
seperti membuat periuk tanah, alat mainan dan sebagainya. Salah satu cara
menggalakkan pemikiran divergen adalah melalui teknik sumbang saran dan
penggunaan peta minda. Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini
akan menonjolkan idea-idea yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan
pemikiran kreatif. Pemikiran jenis ini banyak digunakan dalam pelajaran sains,
matematik dan teknologi.

Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-


idea atau penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh
beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima. Dalam pemikiran divergen,
pengetahuan atau pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk
menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin.
25

Dalam konsep pengajaran dan pembelajaran di sekolah, untuk menjadi seorang


pelajar yang cemerlang, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran bertanyakan
soalan. Untuk meningkatkan kemahiran bertanyakan soalan, pelajar boleh
menggunakan soalan berbentuk divergen. Soalan divergen ialah soalan yang membuka
ruang pemikiran, bukannya mengecilkan konteks pemikiran. Soalan divergen digunakan
untuk meluaskan konteks dan aspek sesuatu yang dipelajari. Ia tidak bersifat ‘menggali’
tetapi sebaliknya ‘merayau’. Ia juga penting untuk menguatkan kefahaman dan ingatan
pelajar dalam sesuatu subjek. Selain itu, kemahiran guru dalam membahagikan sebuah
tajuk kepada unit-unit yang kecil adalah bertujuan supaya murid-murid dapat
menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.

Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk
menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang
berikut:
i) Apakah yang mengganggu saya?
ii) Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?
iii) Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?

Tajuk- tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam


pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di
bawah:
i) Bagaimana anda menerangkan sesuatu?
ii) Apakah yang menyebabkan sesuatu ?
iii) Apakah yang penting mengenai sesuatu?

Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa


menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah. Contohnya, jika seseorang
pelajar diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia
berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:
i) Menulis dan melukis
ii) Menebuk lubang pada kertas
26

iii) Sebagai senjata


iv) Sebagai alat permainan

Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai


jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal atau unik berasaskan
keupayaan meneroka mindanya yang kreatif. Guilford telah mengenal pasti 4 ciri
pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:

Ciri- ciri Penerangan


1) Kelikatan (Fluidity) Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan
banyak idea dan contoh.
2) Kelenturan (Flexibility) Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan
masalah.
3) Keaslian (Originality) Mampu memikirkan idea- idea baru yang bernas dan
unik.
4) Terperinci (Details) Mampu menjelaskan idea- idea dengan panjang lebar dan
terperinci.
Jadual 1 : Ciri-ciri Pemikiran Divergen

Idea Idea
Idea

Idea

Idea
Rangsangan

Idea
Idea

Rajah 3 : Corak Pemikiran Divergen

5.1 CARA- CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN DIVERGEN


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
27

a) Memberi soalan-soalan bercapah yang menekankan pelbagai jawapan dan


cadangan atau cara penyelesaian.
b) Memberi kebebasan murid menggunakan cara sendiri menyelesaikan masalah
terbuka.
c) Menggunakan teknik penyoalan terbuka atau bercapah.
d) Menggunakan kaedah kumpulan, kaedah perbincangan dan sumbang saran
sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
e) Menggalakkan murid menegluarkan idea kreatif diri sendiri.
f) Mendengar, menerima dan memuji cadangan dan idea luar biasa daripada murid.

6.0 RUMUSAN

Sebagai rumusannya, guru-guru harus memainkan peranan sebagai pencetus


kepada aktiviti kemahiran berfikir di kalangan para pelajarnya dengan cara
mendedahkan pelbagai jenis pemikiran kepada para pelajar. Dengan ini, ianya
membolehkan setiap pelajar meneliti kemahiran berfikir yang ada pada diri masing-
masing.

7.0 RUJUKAN
28

Anjelaktai. (2008). Kaedah Pemikiran Islam. Dicapai pada Mac 12, 2011 di
http://smkapahang.bpi.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=83:kaedah-pemikiran-
islam&catid=43:artikel-menarik&Itemid=67
Baharom Mohamad, Ahmad Esa dan Husin Junoh. Psikologi Pendidikan Dalam PTV.
Fakulti Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn.
Dewey. J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to
the educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Kindsvatter, R.,Wilen,W., & Ishler,M. (1992). Dynamics of effective teaching (2nd ed.).
New York: Longman.
Konsep Umum Pemikiran dan Pemikiran Islam. Dicapai pada Mac 12, 2011 di
http://www.scribd.com/doc/14164166/Konsep-Umum-Pemikiran-Dan-
Pemikiran-Islam
Maimunah osman (2004). Kemahiran berfikir. Kuala lumpur: Institut Tadbir Awam
Negara (INTAN)
Muhammad al-Khaththath. (2007). Karekteristik Pemikiran Islam. Dicapai pada Mac
12, 2011 di http://hayatulislam.wordpress.com/2007/01/29/karakteristik-
pemikiran-islam/New York: Basic Books.
Schon, D. (1983). The reflective practioner: How professionals think in action.
Schon, D. A. (1987). Educating the reflective practitioner: Toward a new design for
teaching and learning in the professions. San Francisco: Jossey-Bass.
Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub ( 2003). Psikologi Pembelajaran dan
Personaliti. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlan Jantan (2003). Psikologi
Pendidikan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shahabudin et al. (2005). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively.
Bloomington, Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Anda mungkin juga menyukai