Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Individu : Berita

CPK 2011 :
KEWARTAWANAN

SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM

D20091035632

PENDIDIKAN GEOGRAFI (AT33)

SEMESTER 2 2010/2011

KUMPULAN : A

PENSYARAH : EN. GHAZALI DIN


Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke-3

Oleh: Zubaidah Ibrahim

Tanjong Malim - Satu persidangan kebangsaan yang berkonsepkan akademik telah berlangsung
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama tiga hari dan bermula pada 8 Februari
sehingga 10 Februari. Persidangan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Geografi dan Alam Sekitar
Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Persatuan
Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Persidangan ini telah berjaya mengumpulkan para
akademik daripada pelbagai bidang bagi membincangkan isu-isu mengenai permasaalahan alam
sekitar dan kesan kepada kehidupan manusia sejagat.

Perasmian persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Aminah bt
Ayob selaku timbalan Naib Canselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Persidangan ini
bertemakan “Kesejahteraan Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Masyarakat dalam Arus
Pembangunan Negara”. Pelbagai isu yang berkaitan alam sekitar dan kehidupan manusia telah
dibangkitkan dalam persidangan ini. Para ahli akademik membentangkan kertas kerja mereka
bagi mencari penyelesaian setiap bencana yang menimpa dunia kini. Persidangan yang
memakan masa selama tiga hari ini telah mengadakan lapan sesi perbentangan. Antara
pembentang yang hadir pada persidangan ini ialah Prof Wan Ruslan bin Ismail dari Universiti
Sains Malaysia yang bertindak sebagai ucaptama pada sesi persidangan tersebut.

Objektif utama persidangan ini adalah untuk mengutarakan pendekatan dan perspektif
baharu dalam meningkatkan status alam sekitar dan kualiti hidup manusia di samping
membincangkan sumbangan Geografi dalam menanggani masalah alam yang timbul. Di
samping itu juga, persidangan ini diharapkan agar dapat menyedarkan masyarakat dan
memahami peranan masing-masing dalam menjaga kualiti alam sekitar sejajar dengan arus
pembangunan negara.