Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca obesiti dalam kalangan

murid dan langkah-langkah mengawalnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan
mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba menyatakan bahawa angka itu
menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran
mengenainya tidak diberi perhatian secara serius, peratusannya mungkin bertambah. Statistik menunjukkan
obesiti dalam kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak dalam tempoh 10 tahun dari 1996
hingga 2006 dan senario ini membimbangkan pelbagai pihak.
Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi
lemak di kantin sekolah semata-mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai punca dan amat tidak wajar menuding
jari kepada satu-satu jenis makanan yang menyumbang kepada masalah tersebut. Menurut Timbalan Menteri
Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar
sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi punca kegemukan. Selain makanan segera, ada juga kalangan
murid yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang sememangnya tidak membawa sebarang
khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan
aktiviti fizikal. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi.
Kajian mendapati pertambahan berat badan ketika ibu mengandung juga merupakan satu daripada faktor
penyebab obesiti kanak-kanak.
Perkembangan teknologi pada masa ini turut mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak mengisi
masa yang ada. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti di dalam rumah yang
mengehadkan pergerakan mereka seperti menonton televisyen dan bermain komputer selain permainan
elektronik. Perubahan persekitaran sosial termasuk kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau
pemakanan anak-anak menyebabkan anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan. Kita juga harus
melihat perspektif yang lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran
pemasaran dengan menampilkan label makanan yang menarik di samping menawarkan pelbagai hadiah
iringan. Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara telah mengharamkan
kempen atau pengiklanan makanan yang kurang berkhasiat.
Selain pemakanan, obesiti turut dikaitkan dengan faktor genetik. Buktinya, ada individu yang mengadu
bahawa mereka mengalami masalah kegemukan walaupun mengawal tabiat pemakanan. Secara tuntas, satu
pendekatan yang menyeluruh perlulah diambil untuk menangani masalah tersebut. Kita khuatir jika langkah
segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Obesiti Murid, Perlu Pemantauan Serius' oleh
Hj. Samat Buang, Fokus SPM, Jun 2011)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata peningkatan yang ketara.[2 markah]

(ii) Nyatakan bukti yang menunjukkan masalah obesiti membimbangkan pelbagai pihak.[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan obesiti terhadap murid-murid?[4 markah]

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan faktor-faktor berlakunya obesiti dalam kalangan murid-murid di negara kita / di
Malaysia.

ISI TERSURAT – Punca-punca obesiti dalam kalangan murid


1. Pengambilan makanan segera.
2. Membabitkan pengambilan makanan berlebihan
3. Kurang melakukan aktiviti fizikal.
4. Pertambahan berat badan ketika ibu mengandung.
5. Pilihan dan jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak.
6. Kanak-kanak lebih gemar melakukan aktiviti di dalam rumah
7. Perubahan persekitaran sosial/ kesibukan ibu bapa bekerja
8. Industri makanan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran pemasaran
9. Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak
10. Faktor genetik.

ISI TERSIRAT - Langkah-langkah mengawal obesiti


1. Ibu bapa perlu mengawal pemakanan anak-anak.
2. Ibu bapa membawa anak-anak mengikuti aktiviti kecergasan.
3. Pihak kementerian perlu mengawal penjualan makanan di kantin sekolah.
4. Pihak sekolah mewajibkan murid-murid menjalani pemeriksaan kesihatan.
5. Pihak kementerian menjalankan pemeriksaan kesihatan di sekolah.
6. Pihak swasta bekerjasama mengadakan kempen pengurangan berat badan dalam kalangan murid-
murid sekolah.
7. Pihak media menyiarkan iklan tentang cara mengawal berat badan melalui media massa.
8. Sentiasa melakukan aktiviti fizikal
9. Mengamalkan gaya hidup sihat.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah obesiti dalam kalangan murid-murid perlu ditangani agar kesihatan mereka tidak
terganggu.

SOALAN 2 (a) – Petikan Umum


(i) Maksud rangkai kata peningkatan yang ketara ialah pertambahan yang jelas/ nyata.

(ii) Bukti yang menunjukkan masalah obesiti membimbangkan pelbagai pihak:


- Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan
mengalami obesiti pada tahun ini.
- Ketua Pegawai LPKM, Dr Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding
tahun-tahun sebelum ini.
- Jika kesedaran mengenainya tidak diberi perhatian serius peratusannya mungkin lebih daripada itu.
- Statistik menunjukkan obesiti dalam kalangan dewasa negara ini meningkat mendadak dalam
tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006.

(iii) Kesan obesiti terhadap murid-murid:


- gangguan kesihatan/ cepat berasa penat
- kesukaran untuk bergerak
- penyakit kronik - diabetes, paras kolesterol yang tinggi, darah tinggi
- kesukaran untuk bergiat aktif dalam kokurikulum
- sukar untuk bergaul dengan rakan sebaya
- kurang keyakinan diri/ rendah diri
- kurang tumpuan terhadap pelajaran

Anda mungkin juga menyukai