Anda di halaman 1dari 6

922/1 2022 LATIH TUBI 1

LATIH TUBI BERFOKUS SET 1

Bahagian A: Puisi
[25markah]

Jawab satu soalan sahaja

1. Baca gurindam di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Taat Setia Raja dan Rakyat

Raja muafakat dengan menteri,


Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.],2012


Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
halaman 13)

(a) Huraikan tiga keindahan gaya bahasa dan kesan penggunaannya dalam gurindam di atas.

[9]
(b) Bincangkan empat pemikiran yang terdapat dalam gurindam tersebut [16]

1
STPM 2022-922/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
922/1 2022 LATIH TUBI 1

2. Baca sajak di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Menyongsong Arus
(mengenang Bahaman dan Mat Kilau)

Kemala

Sesekali arus wajar kusongsong kalau tidak


aku akan tetap mendap di kuala di hulu
sungai ada negeri sejuta tahun beribu pohon
belum disentuh sejuta erang cengkerik di
liang-liangnya aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
“tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan tak
kutatap sayang meranum dan
berahiku gigil sendiri” selasih di
genggaman
dan kasih di pautan

Sesekali arus harus kusongsong untuk


kukenal wajah kilatan maut ambil
cemuh, simpan di peti-peti besi
menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah batu-
batu dihakis sejarah seribu kerikil
dengan gigi tajamnya menyeringai
menepis gerimis “dialah yang
melandai tubuhku dentum peluru
sepoi inggeris meringgis kulit, hanya
desis menyibak kebal embun tujuh
subuh dia berlalu meninggal bayang
tak berwajah , hanya dentuman

menerjah cengal, membalik


berdebur ke sungai
penuntun mata angin
taufan dalam diri serigala
mengilau di mata
“nyeberang kuala trenggan!”

Sesekali arus wajar kusongsong


merempuh jeram batu-batu hidup,
angin berdarah membawa alamat
“masih belum kiamat, dik kau tiba
pada senja lewat seribu musim

2
STPM 2022-922/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
922/1 2022 LATIH TUBI 1

aku menggenggam keris lok tujuh


kau menggumam pantun dan
gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!”

Sesekali arus wajar kusongsong


untuk kembalikan kilat diri ke
padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan rintih sejuta cengkerik di
liang-liang rumahnya di hutan purbawi ini.

Ada cermin

di dasar kali

ada amin

di dasar hati
menyongsong kali
menyongsong
diri.

Kuala Tahan
Taman Negara 2000

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Peny.],

2012.Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur;

Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 27-28)

(a) Dengan mengemukakan contoh, huraikan TIGA gaya bahasa perbandingan yang menimbulkan
kesan estetika sajak di atas.
[9m]
(b) Bincangkan empat persoalan yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas.
[16m]

Bahagian B : Prosa Tradisionsal


[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

3
STPM 2022-922/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
922/1 2022 LATIH TUBI 1

3. Hikayat Hang Tuah (bab XIX), memaparkan kebijaksanaan Hang Tuah sebagai tokoh
epik yang telah berjaya menyelesaikan pelbagai cabaran di Benua Keling. Bincangkan cabaran
tersebut dan langkah penyelesaiannya. [25]
4. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Syarat yang kedua, hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala nikmat rajanya dan
hendaklah suka daripada segala anugerahnya dan jikalau pada kesukaannya itu sampai pada sesuatu
mudarat itu dan rugi daripada raja itu hendaklah ia hapuskan mudarat dan rugi itu daripada sempurna
bicaranya dengan segala nikmat dan anugerah yang sudah sampai padanya.

Syarat yang ketiga hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan suatu pekerjaan rajanya mengeluarkan
belanja dengan kebenaran datangnya itu jangan mengeluarkan belanja daripada perbendaharaan
daripada harta dari luar rajanya itu kerana segala harta yang ada dalam perbendaharaan raja itu
kerana sesuatu kesukaran juga adanya. Maka tiada dapat dibelanjakan dengan sia-sia.

Syarat yang ketujuh, hendaklah menteri itu tatkala itu melihat pekerjaan rajanya tiada hukum syariat
mengingatkan rajanya supaya ia mengubahkan perbuatannya itu dan bagi mengusahakan dengan
barang bicaranya supaya ia mebuangkan perinya itu kerana kebinasaan kerajaannya peri dan
perbuatan itulah.

Syarat yang kelapan, hendaklah menteri itu jangan maghrur pada yang berbesarkan rajanya dan
dimuliakan pangkatnya adanya dan jangan ia menunjukkan kerasnya akan segala rakyat dalam
membesarkan dirinya kerana inilah perinya tanda kebinasaan menteri itu jua.

Syarat yang kesembilan, hendaklah menteri itu dengan sepertinya menghasilkan harta akan raja
membicarakan akan pekerjaan segala hulubalang dan lasykar suruh melengkapkan senjata dan
kudanya kerana alam ini tempat bala dan fitnah juga, tiada diketahui manakala dan dari mana
datangnya bala dan fitnah itu dan jika dihimpunkan harta juga dan tiada membicarakan akan
hulubalang dan lasykar dengan segala kelengkapannya, apabila datang seteru dalam alpanya itu, sia-
sialah segala hartanya itu dan dalam kesukaran itu jikalau sekalipun dibelanjakan harta tiada dapat
dicarikan segala hulubalang dan lasykar itu dengan segeranya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2012.

"Taj Us-Salatin" dalam Permata Sastera Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 108-100)

Pada pendapat anda, bincangkan gambaran sifat menteri jika tidak mematuhi syarat seperti dalam
petikan di atas. [25m]

4
STPM 2022-922/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
922/1 2022 LATIH TUBI 1

Bahagian C: Prosa Moden


[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Che Leh bagaikan berpesta. Dengan kegelojohan
yang tinggi mereka menyauk bapa-bapa sebarau, Temelian, Baung, Tebal Sisik, Lampam
termasuk ibu-ibu mereka yang berperut buncit – belum sempat meluahkan telur. Ibu-ibu
ikan itu tercungap-cungap di permukaan air kerana mabuk. Ada yang sudah mati
terapung terutama anak-anak ikan.
Muka Pak Kasa bangga, Mat Dali pun apa kurangnya, Awang Che Leh pula
sedang membuat campur jumlah yang akan diperoleh apabila dijual ke pasar nanti.
“Cepat! Cepat! Mat Dali, cepat Awang,” arah Pak Kasa kepada rakannya.
“Anak-anak ikan ni macam mana?” tanya Mat Dali.
“Anak cucu ikan yang bergelimpangan itu tinggal saja,” perintah Pak Kasa.
“Mana bapa Haruan besar betis, mana Keli berlemak,mana Puyu?” Mat Dali
merungut kerana kempunan Haruan besar betis.
“Jenis itu membenam. Payah kena tuba,” jawab Pak Kasa.
“Ha, guni aku dah penuh,” laung Awang Che Leh.
“Ambil guni lain,” arah Pak Kasa.
“Kalau orang tanya ikan ini dapat dari mana, nak jawab macam mana?” soal Mat
Dali. Soalan susah hendak dijawab – macam soalan Ustaz Zahari yang minta Pak Kasa
menjawab apa dia sifat dua puluh – kelu lidah orang tua yang selalu ponteng kelas agama
itu untuk menjawabnya.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2012.
Cerpen Anak-anak yang Bergelimpangan dalam Permata Sastera
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka,hlm 169)

(a) Jelaskan tiga nilai negatif masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. [9]

(b) Bincangkan empat pemikiran masyarakat dalam cerpen Anak-anak yang


Bergelimpangan dalam teks Permata Sastera Melayu. [ 16 ]

6. Berdasarkan Drama Asiah Samiah dalam Permata Sastera Melayu karya Johan Jaafar,

(a) Huraikan tiga perwatakan Asiah Samiah Muda dalam drama Asiah Samiah. [9]

(b) Bincangkan empat amanat yang ingin dipaparkan oleh penulis dalam drama ini. [ 16 ]

5
STPM 2022-922/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
922/1 2022 LATIH TUBI 1

6
STPM 2022-922/1/P1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Anda mungkin juga menyukai