Anda di halaman 1dari 5

STANDARD KANDUNGAN 1.

2 Mengenali dan memahami elemen sastera


1.3 Membuat kritikan sastera
STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.3 Mengenali dan memahami prosa tradisional (karya
klasik)
1. Membaca, memahami dan menyatakan sinopsis
2. Menerangkan tema dan persoalan
3. Membincangkan watak dan perwatakan
4. Menyatakan latar masa, tempat dan masyarakat
5. Menerangkan binaan plot
6. Menghuraikan teknik plot
7. Membincangkan nilai
8. Menghuraikan pengajaran
1.3.1 Memberikan pandangan, sanjungan dan saranan
terhadap karya yang dibaca

NAMA LATIHAN LATIH TUBI 4


NAMA PELAJAR
TINGKATAN
TARIKH LATIHAN 17/2/2021
TARIKH SERAH LATIHAN 20/2/2021
TARIKH LATIHAN DISEMAK

BAB V: PERKAHWINAN RADEN MENTERI DIKETAHUI


OLEH AYAHANDA DAN BONDANYA

1. Berikan dua sebab Permaisuri murka kepada Raden [ 4 markah ]


Inu.
Jawapan

2. Jelaskan dua alasan Sang Nata tidak sehaluan dengan [ 4 markah ]


pendapat Permaisuri tentang tindakan Raden Inu.
Jawapan

3. Huraikan dua perwatakan Ken Tambohan yang [ 4 markah ]


tergambar dalam bab ini.
Jawapan
4. Pada pendapat anda,huraikan dua sebab pentingnya [ 4 markah ]
‘suri’ dalam sesebuah pemerintahan.
Jawapan

Berdasarkan petikan yang diberi, jawab soalan-soalan yang telah disediakan.


5. Maka Wira Wani pun dititahkan datang dengan segera. Apabila tiba,
bertanyalah Sang Nata kepadanya ke mana perginya Raden Menteri.
Sembah Wira Wani, “Ampun tuanku, barang yang salah harap diampuni.
Adapun paduka anakanda Raden Menteri ada dalam istana Ken
Tambohan.”
Mendengar sembah Wira Wani itu tersenyum Sang Nata tetapi
Permaisuri amat murka. Bersabda Permaisuri, “Hendaklah beta yang
terlebih dahulu memberi isteri kepada anakanda beta. Jika sudah beta
memberinya isteri barang ke mana pun ia mencari sendiri tidaklah beta
larang. Hanya tiga bulan sahaja lagi akan meminang ke Banjor Kulon.”
m.s.33
a. Berikan satu nilai berserta contoh. [ 2 markah ]
Jawaban
b. Jelaskan satu persoalan berserta contoh yang terdapat [ 4 markah ]
dalam petikan.
Jawaban
c. Huraikan dua teknik penulisan berserta contoh yang [ 4 markah ]
terdapat dalam petikan.
Jawaban

6. Mendengar sabda Sang Nata itu menjeling Permaisuri kepada baginda


seraya bersabda, “Sungguhpun Ken Tambohan itu anak raja besar,
tetapi ia orang tawanan. Harapan adinda biarlah anakanda Menteri
berkahwin dengan yang dicarikan. Sekarang demikian pula bicara
kakang. Kakang biarkan sahaja perbuatan anakanda Menteri.”
“Jika kakang pergi menghadap Dewata Mulia Raya, siapakah yang
akan memerintah di negeri Cempaka Jajar ini menggantikan kakang, jika
tidak anakanda Menteri? Apabila anakanda Menteri menjadi ratu
siapakah yang akan menjadi suri? Adapun Ken Tambohan itu tidak layak
menjadi suri kerana ia anak jarahan.”
m.s.34
a. Berikan satu teknik plot berserta contoh. [ 2 markah ]
Jawaban
b. Nyatakan dua sikap ‘Permaisuri’ berserta contoh. [ 4 markah ]
Jawaban
c. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan. [ 4 markah ]
Jawaban

BAB VI: RADEN MENTERI DIPERINTAH PERGI BERBURU


1. Berikan tafsiran Raden Menteri dan Ken Tambohan [ 2 markah ]
tentang mimpi yang dialami Raden Menteri.
Jawapan

2. Berikan dua latar tempat berserta contoh [ 4 markah ]


Jawapan

Jawaban anda haruslah berdasarkan petikan.


3. Suatu malam Raden Menteri bermimpi Ken Tambohan ditangkap
harimau lalu ghaib ke dalam hutan. Apabila ia terkejut maka
diceterakanlah dari hal mimpinya itu kepada Ken Tambohan.
Menangislah kedua-dua suami isteri itu kerana mereka mengetahui
bahawa takbir mimpi itu ialah penceraian antara mereka berdua.
Pada esoknya, setelah santap, Raden Menteri meminta kebenaran
daripada Ken Tambohan hendak ke istananya untuk menghadap
ayahanda dan bondanya. Permintannya ditunaikan. Maka berangkatlah
Raden Menteri pulang ke istana ayahanda dan bondanya.
m.s. 35
a. Nyatakan peristiwa yang berlaku dalam mimpi [ 2 markah ]
tersebut.
Jawaban
b. Jelaskan dua perwatakan Raden Menteri berserta [ 4 markah ]
contoh.
Jawaban
c. Huraikan dua latar masyarakat berserta contoh. [ 4 markah ]
Jawaban

4. Seketika kemudian datang dayang-dayang memberitahu Raden Menteri


bahawa Permaisuri menyuruhnya datang menghadap dengan segera.
Raden Menteri pun pergilah.
Apabila tiba di istana Permaisuri, ia pun menyembah. Permaisuri
tersenyum melihat wajah anakanda baginda itu. Tetapi dalam hati
baginda, baginda sangat murka akan anakanda itu.
Seketika kemudian bersabda Permaisuri, “Aria ningsun, marilah duduk
di sisi bonda. Adapun bonda ini tersangat rindu akan anakanda.”
Raden Menteri tunduk menyembah lalu pergi ke sisi bondanya.
“Aria ningsun, tuan santaplah sirih ini. Mengapa tuan tidak datang
menghadap bonda selama tujuh hari? Ke mana anakanda pergi?
Mengapa wajah anakanda pucat?
m.s. 36
a. Berikan satu teknik penceritaan berserta contoh. [ 2 markah ]
Jawaban
b. Huraikan dua perwatakan Permaisuri berserta contoh. [ 4 markah ]
Jawaban
c. Berikan dua nilai berserta contoh yang terdapat pada [ 4 markah ]
watak Raden Menteri.
Jawaban

Anda mungkin juga menyukai