Anda di halaman 1dari 2

NAMA: DARMHAVEERAN A/L RAMESH

NO.KP: 091112070385
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SENANGAN

KESERONOKAN MELAKUKAN AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR


SEKOLAH RENDAH

Dalam era globalisasi ini, program pendidikan luar sekolah rendah adalah
sesuatu perkara yang menarik dan seronok. Murid-murid yang mendapat peluang
untuk menyertai program ini sangat bertuah. Hal ini, kerana program ini memberi
banyak faedah kepada pesertanya.

Program ini mempunyai pelbagai aktiviti yang seronok seperti perkhemahan.


Murid-murid perlu menyediakan khemah dengan pertolongan guru-guru yang
bertanggungjawab. Pada waktu malam, murid- murid berkumpul untuk mengadakan
aktiviti unggun api.

Selepas aktiviti unggun api, murid-murid berkumpul di tepi sungai untuk


menyaksikan haiwan-haiwan melintas sungai. Ia merupakan satu aktiviti yang
menarik, semua murid berasa tidak sabar untuk menyaksikan haiwan-haiwan melintas
sungai. Semua peserta disuruh untuk kekal senyap selepas tiba di tempat tersebut
supaya tidak menganggu haiwan yang melintas. Selepas beberapa minit, semua murid
dan guru nampak beberapa ekor gajah melintas sungai. Murid-murid rasa sangat takut
pada masa itu. Badan gajah yang melintas sungai itu sangat besar. Selepas aktiviti itu,
murid-murid disuruh untuk balik ke khemah dan berehat.

Selain itu, aktiviti yang murid-murid nantikan ialah berkayak. Dua murid
sahaja dibenarkan untuk menduduki di dalam satu kayak. Walaupun, aktiviti ini
sangat berisiko, tetapi amat menyerokkan. Murid-murid menaiki kayak dengan rakan
masing-masing. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan juga dapat
menambahkan kenalan peserta.
Aktiviti seterusnya, adalah berbasikal. Berbasikal adalah aktiviti yang
menyihatkan tubuh badan. Oleh itu, dalam aktiviti ini, murid-murid dapat
mengeluarkan peluh dan mengurangkan tekanan.Tubuh badan juga akan sihat dan
otak menjadi lebih cergas. Sebelum berbasikal murid-murid memakai perlindungan
basikal agar tidak mencederakan tubuh badan.

Akhir sekali, aktiviti yang sangat berisiko antara aktiviti lain ialah mendaki
gunung. Walaupun ia sangat berbahaya, banyak peserta menanti-nantikan untuk
melakukan aktiviti ini. Faedah yang dapat adalah menguji ketahanan diri. Sesetengah
murid tidak menyertai aktiviti ini kerana takut mendaki gunung tinggi.

Kesimpulannya, program ini dapat mengisi lapang dengan aktiviti berfaedah.


Semua murid sangat bangga dan harap dapat menyertai program ini pada masa yang
depan.

Bilangan patah perkataan: (333Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai