Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM TERAPI AIR DAN

MENAIKI MELAKA RIVER CRUISE

TARIKH : 02 MAC 2011 (RABU)

MASA : 08.00 – 1.10 pm.

KEHADIRAN MURID : 24 ORANG

KEHADIRAN GURU : 10 ORANG

Kami bertolak daripada sekolah pada jam 07.45 pagi dengan menaiki sebuah bas.
Aktiviti pertama yang dilakukan adalah terapi air di Kompleks Renang MBMB, Bandar Hilir.
Terapi renang ini dilakukan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka serta merangsang
psikomotor kasar murid-murid. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran renang
supaya dapat mewakili sekolah dalam kejohanan renang. Setibanya di sana, beberapa orang
jurulatih telah menunggu bagi memulakan aktiviti. Murid-murid dikehendaki melakukan aktiviti
memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti renang supaya tidak berlaku
sebarang kekejangan dan kecederaan semasa berada di dalam air.

Murid-murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap penguasaan


kemahiran renang. Kumpulan pertama adalah bagi murid yang telah mengetahui teknik dan
kemahiran asas renang dan juga berkebolehan untuk berenang dengan sendiri di bawah
penguasaan jurulatih. Kumpulan kedua pula bagi murid yang masih mempelajari kemahiran
asas renang. Manakala kumpulan ketiga adalah bagi murid yang baru membiasakan diri dengan
air untuk membina keyakinan mereka. Guru-guru juga turut mempelajari kemahiran asas
renang dan sekaligus memantau keadaan murid-murid.

Aktiviti renang tamat pada jam 10.00 pagi. Murid-murid dibawa ke kedai makan
berhampiran untuk makan tengahari sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Menu
makanan adalah nasi putih, ayam kari, sayur taugeh dan air sirap. Aktiviti makan selesai pada
jam 10.45 pagi.
Aktiviti seterusnya menaiki Melaka River Cruise. Sepatutnya terapi bowling diadakan
selepas terapi air tetapi berikutan tiada kekosongan untuk bermain bowling maka aktiviti
ditukar pada saat akhir. Aktiviti menaiki Melaka River Cruise ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran sosial murid-murid serta mengenalkan mereka kepada tempat-tempat menarik dan
pelancongan di Melaka. Murid- murid begitu seronok dan teruja menaiki bot kerana berpeluang
merasai pengalaman baru dan melihat keindahan persekitaran Sungai Melaka. Aktiviti ini juga
memberi peluang kepada murid yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan untuk
melihat tempat-tempat pelancongan. Aktiviti ini sememangnya menyeronokkan dan
memberikan pengalaman baru kepada murid dan juga guru. Aktiviti terapi ini akan diteruskan
pada setiap bulan. Diharap penyertaan dan penglibatan semua guru dan murid sentiasa
memberangsangkan.

REFLEKSI GURU PELATIH

Program terapi air dan menaiki Melaka River Cruise ini bukan sahaja menarik dan
menyeronokkan malahan memberikan pelbagai input kepada guru pelatih. Antaranya ialah :

1. Memberi pendedahan kepada guru pelatih bagaimana untuk menguruskan


sesuatu aktiviti dan program yang melibatkan pihak luar.
2. Membantu guru pelatih untuk mengawal disiplin dan tingkah laku murid ketika
melakukan aktiviti luar.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi guru pelatih
berhadapan dengan pihak luar.
4. Membantu guru pelatih memahirkan diri dengan sukan renang.
5. Menambahkan lagi pengetahuan guru pelatih tentang aktiviti terapi yang
sebelum ini hanya diketahui secara teori.
6. Mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin antara guru pelatih dengan murid-murid
dan guru-guru Pendidikan Khas Sk Alai.
GAMBAR AKTIVITI TERAPI

Anda mungkin juga menyukai