Anda di halaman 1dari 2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU




KEMAHIRAN Mendengar -bertutur
BAND 1
PERNYATAAN STANDARD Mengetahui asas mendengar-bertutur,
membaca dan menulis.

DESKRIPTOR B1 DL1
Mengecam, mengajuk dan
mengesan bunyi yang didengar.

EVIDENS B1 DL1 E1
Mengajuk bunyi yang didengar.

B1 DL1 E2
Menentukan arah bunyi yang
didengar.
AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan
Rakaman bunyi
( bunyi kenderaan, bunyi bayi
ketawa, bunyi belon meletup,
bunyi tapak kasut dan bunyi
gitar )
Langkah Pentaksiran

Murid mendengar rakaman
bunyi dalam kumpulan secara
bergilir-gilir.
Murid mengajuk bunyi yang
didengar.
Murid mencari arah bunyi.


Arahan 1 ( B1 DL1 E1 ):
a. Guru menyediakan 5 stesen. Setiap stesen mempunyai 1 rakaman bunyi.
b. Murid bergerak ke setiap stesen dalam kumpulan masing-masing untuk
mendengar rakaman dengan menggunakan earphoneatau bahan
yang sesuai.
c. Setelah selesai mendengar kesemua bunyi, murid kembali ke tempat
masing-masing.
d. Murid diminta mengajuk semula bunyi-bunyi tersebut.

Arahan 2 (B1 DL1 E2 ):

a. Guru menyembunyikan pita rakaman ( bunyi yang dipelajari) di tempat-
tempat tertentu.
b. Murid dalam kumpulan berkumpul di tengah-tengah kelas dengan mata
ditutup.
c. Murid diperdengar rakaman bunyi satu persatu yang dipasang dari
pelbagai arah.
d. Murid menunjukkan arah bunyi yang diperdengarkan.

NOTA :- Guru boleh menggunakan rakaman bunyi yang sama untuk kedua-dua evidens di atas.
Guru boleh menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian dan peralatan.

Anda mungkin juga menyukai