Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan
teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life
and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam
menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita
mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
Berupaya membuat hubung-kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif
Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi

Anda mungkin juga menyukai