Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

PENDERAAN KANAK-KANAK
Pada hari jumaat 28 Jun 2019 yang lepas, saya telah meluangkan
masa untuk mencari maklumat tentang langkah-langkah menangani isu
penderaan kanak-kanak secara meluas. Saya juga telah menyumbang
idea untuk mencari maklumat melalui internet kerana isu ini semakin
hangat diperkatakan. Saya juga menyumbang tenaga dalam usaha
mencari maklumat tambahan dengan menggunakan surat khabar harian
dan juga buku teks Pendidikan Moral.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan


diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan
mengadakan kempen "Keluarga Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa
tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-
galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna.
Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita.
Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan
daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa seperti Badan Bukan Kerajaan(NGO) juga


haruslah memimpin masyarakat dengan mengambil tindakan yang
lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa
atau sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan nilai melindungi hak kanak-
kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh
menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak
berperikemanusiaan.

Pihak kerajaan juga perlulah rajin mengadakan kelas-kelas


bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap
pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat
penting kepada setiap pasangan bagi mengawal keadaan sebagai
usaha mengurangkan kemelut ini. Mereka aka:n lebih prihatin tentang
cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami
atau isteri dengan baik.Mereka juga akan bertindak rasional sebelum
melakukan sesuatu penderaan terhadap anak-anak mereka. Dengan itu,
masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.

Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada


berlaku,peranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah
sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat
salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak,
mereka haruslah memberi kerjasama segera dengan melaporkan
kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa
mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan
keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan.
Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang
berani membuang bayi secara sesuka hati serta dapat memastikan
kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti
oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini,
penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara
bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak
diingini serta mencurigakan daripada berlaku. Kalau sikap tolak ansur
tertanam dalam hati masyarakat, lama-lama kemelut ini akan
dikurangkan.

Kesimpulannya, saya telah sedar bahawa menangani penderaan


kanak-kanak dengan mengikut cara-cara yang dinyatakan di atas adalah
amat signifikan. Daripada tugasan harian saya yang dijalankan, saya
dapat mengambil ikhtibar bahawa kerjasama masyarakat dan ibu bapa
adalah kunci untuk mengurangkan masalah ini. Saya telah insaf bahawa
masyarakat pada hari ini sibuk mementingkan kehidupan sendiri dan
tidak mementingkan perakara yang berlaku di sekitar mereka.Perkara
ini akan meningkatkan kes penderaan kanak-kanak. Selepas saya
membaca berita dan artikel, saya akan berubah sikap untuk menjadi
seorang yang prihatin terhadap masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai