Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Penggunaan komputer dan ICT pada masa kini bukanlah seseuatu yang baru dalam
sistem pendidikan kita. Penggunaan ini merupakan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia
yang mengkehendaki setiap guru seboleh-boleh menggunakan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat mempelajari ICT dalam proses pengajaran
tersebut. Perkembangan yang baru ini telah memwujudkan persekitaran pembelajaran yang
baru yang lebih flesibel dari segi masa, tempat kaedah dan bahan pembelajaran ( Abu
Bakar Nordin, 1991). Oleh itu subjek Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam
menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini.

Bagi memastikan keberlangsungan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer ini, maka subjek ini telah diperkenalkan kepada guru pelatih yang
mengambil Major Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk menyediakan para guru pelatih
agar lebih celik akan subjek ini dan memapu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari
sewaktu keluar dari pengajian nanti.

Dalam tugasan ini, guru pelatih diminta untuk meninjau dan mengenalpasti masalah
pembelajaran bahasa berbantukan komputer dalam kalangan guru dan murid dengan
melakukan pembacaan ilmiah dalam jurnal dan menulis esei komputer di sekolah. Setelah
itu, guru pelatih juga diminta untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh guru dan
murid. Penganalisisan tersesbut haruslah dipamerkan dalam bentuk penulisan esei dan
dalam tugasan ini juga guru pelatih diminta untuk memberikan cadangan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Penulisan esei tersebut, haruslah dipaparkan dalam blog
yang dimiliki oleh guru pelatih.










Masalah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu berbantukan komputer
terhadap guru dan pelajar

Pereira Sabin

Pada zaman globalisasi ini, penggunaan komputer telah banyak digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengajaran Bahasa Melayu juga turut
terlibat dalam proses penggunaan komputer ini. Hal ini kerana, alat ini dianggap sesuai
sebagai satu kaedah pengajaran dan menepati keperluan pendidikan pada masa kini.
Namun begitu, terdapat beberapa rungutan daripada pihak guru dan murid sendiri bahawa
kaedah ini terdapat kekangannya sendiri dan kadangkala menganggu proses pengajaran
dan pembelajaran. Persoalannya, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan
murid sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini
dengan menggunakan komputer? Bagaimanakah cara yang sesuai bagi mengatasi setiap
permasalahan yang berlaku dalam masalah ini?

Antara kekangan yang dihadapi oleh para guru dan murid ialah mereka tidak mahir
menggunakan komputer. Hal ini kerana, mereka kurang didedahkan bagaimana untuk
menggunakan komputer dalam sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Yahya Othman, 3.62 % mengatakan mereka kurang mahir menggunakan
komputer disebabkan kurang latihan. Hal ini kerana, terdapat guru veteran yang kurang arif
dalam menggunakan komputer dalam pembelajaran. Mereka memerlukan tunjuk ajar
daripada mereka yang arif agar pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu berbantukan
komputer ini berjalan lancer dan tidak membosankan. Namun begitu, masalah kurang mahir
ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan guru sebaliknya turut menjadi kekangan terhadap
murid. Hal ini disebabkan, kebanyakan murid juga turut diberikan dedahan bagaimana
untuk mengakses komputer terutama sekali murid yang berada di pendalaman. Oleh itu,
kurang mahir dalam menggunakan komputer menjadi kekangan yang dihadapi para guru
dan murid dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dalam
pembelajaran.

Seterusnya, guru hanya bergantung pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus
juga turut menjadi kekangan guru dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Guru dan murid
memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Perisian
untuk pengajaran dan pembelajaran masih terhad (Jones 1987). Masalah yang dihadapi ini
akan membuat proses pengajaran tergendala dan objektif pembelajaran tidak akan tercapai.
Sebagai contoh, seorang guru ingin mengajar mengenai peribahasa dengan menggunakan
komputer tetapi perisian tersebut tidak ada sehingga menyebabkan proses PdP tidak
berjalan seperti apa yang dirancang. Oleh itu, kekangan seperti ini akan mengakibatkan
guru tidak lagi menggunakan komputer ketika pengajaran biasa sebaliknya lebih selesa
menggunakan cara manual.
Sesuatu proses oengajaran dan pembelajaran memerlukan bahan pengajaran yang
mencukupi bagi memastikan keberlangsungan sesuatu proses PdP. Hal ini turut berlaku
dalam PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer. Dalam konteks ini, sistem
penyelenggaraan komputer yang tidak cekap juga menjadi halangan dalam perlaksanaan
PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer ini. Sistem penyelenggaraan ini termasuklah
peralatan-peralatan yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan perisian-perisian
yang terdapat dalam komputer. Bagaimana sistem penyelenggaraan yang tidak cekap
boleh menjadi kekangan terhadap keberkesanan proses PdP Bahasa Melayu berbantukan
komputer? Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian yang dilakukan oleh Yahya.
Dalam kajian tersebut menyatakan sebanyak 2.72 min. Tambahan pula, masalah seperti ini
banyak terjadi di sekolah-sekolah pendalaman yang memang ada diberikan kemudahan
komputer. Namun sesuatu itu tidak akan berguna jika tiada penyelenggaraan yang
dilakukan. Komputer juga seperti manusia, apabila sampai waktunya dia akan sakit dan
memerlukan doktor untuk menyelenggaranya. Hal ini kemungkinan besarnya terjadi kerana
pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan atau tidak mempunyai juruteknik yang mahir
dalam bidang penyelenggaraan. Oleh itu, proses PdP Bahasa Melayu berbantukan
komputer ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik di seluruh sekolah di Malaysia jika
masalah seperti ini terus diabaikan.

Selain itu, sikap murid sewaktu proses PdP berbantukan komputer turut menjadi
punca masalah dalam pelaksanaannya. Walaupun penggunaan komputer menimbulkan
minat kepada murid terhadap sesuatu pembelajaran, murid akan lebih tertarik kepada
teknologi berbanding isi kandungan pelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran melalui
komputer ini sangat baik bagi mereka yang betul-betul mengikut prosedur pembelajaran
namun apabila masuk ke bahagian pembelajaran berasaskan web, murid akan menjadi leka
terutama sekali murid yang kurang berdisiplin. Tambahan pula, kaedah seperti ini juga
meletakkan tanggungjawab yang berat kepada murid dan hanya murid yang mahu belajar
sahaja akan berjaya. Selain itu, dengan sikap murid yang sedemikian, penguasaan
kemahiran menulis kurang berkesan. Hal ini kerana, apabila melibatkan pencarian bahan
murid-murid yang kurang berdisiplin itu akan menyalahgunakan peluang itu dengan mencari
bahan-bahan yang tidak berkaitan. Oleh itu, sikap seseorang murid itu haruslah dilihat agar
dia tidak menganggu proses pelaksanaan PdP bahasa Melayu berbantukan komputer.

Penguasaan kemahiran berbahasa yang kurang dalam kalangan murid juga turut
menyumbang terhadap kekangan pelaksanaan proses PdP Bahasa Melayu berbnatukan
komputer. Roselan (2003) mengatakan kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas
yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rashid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai
kemahiran berbahasa menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai subjek Bahasa
Melayu dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam PdP Bahasa Melayu berbantukan
komputer. Sebagai contoh, seorang guru melakukan ulangkaji dengan meminta mereka
menulis karangan dengan menggunakan komputer. Namun begitu, terdapat segelintir murid
yang tidak dapat menulis karangan kerana belum menguasai kemahiran tersebut. Maka
murid tersebut tidak dapat mengarang cerita sekali gus pengajaran penulisan dengan
menggunakan komputer tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, seharusnya murid
menguasai terlebih dahulu kemahiran berbahasa agar mudah diaplikasikan apabila
menggunakan komputer.

Setiap kekangan yang berlaku sudah semestinya terdapat jalan penyelesaiannya.
Oleh itu bagi mengatasi kekangan-kekangan yang dihadaip oleh guru dan murid, beberapa
cadangan jalan penyelesaian diberikan bagi memboleh pelaksanaan proses PdP
berbantukan komputer dapat dijalankan dengan jayanya. Antara cadangan yang diberikan
ialah mengadakan kursus pengkomputeran kepada semua guru Bahasa Melayu. Hal ini
bertujuan untuk memastikan setiap guru tahu menggunakan komputer dan boleh memberi
tunjuk ajar kepada murid-murid. Kajian Bakhtiar (1995) juga menyatakan kepentingan
kemahiran bagi seseorang guru untuk menggunakan komputer dengan baik di dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Apabila guru sudah menghadiri kursus dan
bengkel pengkomputeran, maka pihak sekolah harus mewujudkan satu jawatankuasa yang
mahir dalam bidang pengkomputeran agar mereka dapat membantu guru-guru yang masih
kurang mahir dalam bidang komputer. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa berusaha untuk
memahirkan diri dalam apa bidang sekali pun agar sesuatu proses pengajaran dapat
berjalan dengan lancar.

Seterusnya, bagi menyelesaikan masalah mengenai perisian yang kurang terhad
guru atau pihak sekolah boleh membina perisian tertentu yang berkaitan dengan pengajaran
kemahiran berbahasa. Oleh itu, penguasaan daripada segi pelbagai bentuk penggunaan
komputer dilakukan oleh semua guru. Hal ini kerana, sistem pendidikan pada masa kini
sering mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer.
Nashcita (2000) turut menyokong pendapat tersbut dengan mengatakan bahawa dalam
pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan
serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran email atau CD-ROM untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta masalah kekurangan perisian untuk
tujauan pengajaran. Oleh itu, seseorang guru itu harus memahirkan diri dalam bidang ini
agar kita tidak hanya bergantung kepada perisian yang sedia ada tetapi bangkit dengan
menyediakan perisian khusus untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Selain itu, guru juga harus memantau perlakuan murid ketika melaksanakan PdP ini.
Hal ini kerana, sikap murid sewaktu melaksanakan tugas ini hanya dapat diatasi dengan
pemantauan yang kerap dan betul. Oleh yang demikian, bagi memastikan murid sama-
sama terlibat dalam proses pengajaran, guru boleh mencipta beberapa aktiviti yang melibat
murid serta penggunaan komputer. Hal ini kerana, menurut Skinner (1974), pembelajaran
akan berlaku apabila seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan dan
kemudiannya diberikan pengukuhan. Oleh itu, aktiviti seperti demostrasi, sesuatu yang
menggunakan perisian CD-ROM, latihan yang dikawal oleh sistem serta pembelajaran
secara ekspositori boleh merangsang murid. Tambahan, aktiviti seperti ini boleh menambah
pengetahuan murid sekali gus mengelakkan mereka menyalahgunakan komputer untuk
tujuan yang lain. Namun begitu, guru haruslah pandai menggunakan peluang yang ada
untuk membuat aktiviti dan melakukan persediaan yang rapi bagi memastikan PdP
tersebuat berjalan dengan lancar. Guru boleh membahagikan kumpulan kepada kumpulan
murid yang cemerlang dan lemah serta memberikan tugasan yang hamper sama Cuma
tahapnya sahaja berbeza. Sebagai contoh, murid yang cemerlang diberikan tugasan untuk
membuat karangan manakal murid yang masih lemah diminta untuk melakukan rangka
karangan namun masih menggunakan komputer. Melalui cara ini, kita boleh melihat
bagaimana pengaplikasian kemahiran berbahasa dilakukan melalui komputer dan sikap
murid yang kurang berdisiplin dapat diatasi.

Akhir sekali, peranan kerajaan dan sekolah dalam memastikan mutu peralatan
komputer dan perisiannya. Masalah komputer yang sering menjadi aduan para guru ialah
masalah teknikal yang dihadapi dan masalah penggunaan bilik komputer. Pihak kerajaan
haruslah memandang serius mengenai masalah penyelenggaraan komputer dan berusaha
menangani masalah ini daripada segi kemudahan peralatan, sistem, aplikasi dan maklumat
di semua sekolah terutama sekali di kawasan pendalaman. Pihak kerajaan juga haruslah
menubuhkan satu unit khas untuk memantau setiap sekolah setiap hujung bulan dan
menetapkan satu polisi yang patut diikuti oleh setiap sekolah akan penggunaan komputer
dalam proses pengajaran. Selain itu, pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan yang
penting dalam memastikan setiap prasarana lengkap dan dikendalikan dengan baik oleh
warga sekolah. Tamabah pula, tugas-tugas penyelaras ICT yang terdapat di sekolah juga
harus dipantau bagi memastikan dia menjalankan tugasnya dengan baik. Penyelaras ICT
menjadi toggak utama dalam menjayakan perlaksanaan pengajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer ini dengan memeriksa semua peralatan komputr dalam keadaan
yang baik dan segra melaporkan jika terdapat sebarang masalah dengan peralatan tersebut.
melalui cara ini, maka guru boleh bersedia dengan menggunakan kaedah yang lain
daripada membuang masa begitu sahaja. Oleh itu, peranan kerajaan dan sekolah amatlah
penting dalam memastikan kebaikan semua peralatan agar tiada masalah teknikal berlaku
semasa proses pengajaran sehingga mengganggu proses pengajaran.

Konklusinya, pelaksanaan proses PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer
memang mempunyai kekangan dalam proses pelaksanaannya. Namun begitu, kekangan-
kekangan atau kelompongan yang terdapat dalam pelaksanaan tersebut dapat diatasi
dengan kerjasama daripada semua pihak. Jika semua pihak memainkan peranan dalam
memastikan keberlangsungan PdP ini, maka kita bukan sahaja membangunkan insan yang
celik dalam bidang Bahasa Melayu tetapi juga dalam bidang pengkomputeran. Oleh itu
aplikasi pengajaran bahasa ini dalam pengkomputeran haruslah diberikan sokongan yang
kuat bagi memastikan kecelikan ilmu dalam insan yang dibina oleh pendidik.




REFLEKSI

Pada zaman globalisasi ini, penggunaan ICT sangat digalakkan dalam sistem
pendidikan disebabkan oleh keperluan tenaga mahir dalam bidang ini. Oleh itu,
setiap subjek di sekolah rendah mahu pun sekolah menengah digalakkan
menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengaplikasan pengajaran Bahasa Melayu dalam bidang pengkomputeran juga turut
dilakukan. Dalam tugasan yang diberikan kepada saya, saya dikehendaki untuk
membuat pembacaan ilmiah mengenai tajuk ini dan menbuat analisis akan masalah
yang dihadapi oleh guru dan murid. Ketika melakukan tugasan, saya dan beberapa
orang rakan mencari jurnal berkaitan dengan tajuk ini dan juga melakukan pencarian
format penulisan yang dikehendaki oleh pensyarah di perpustakaan dan juga
internet. Jika dilihat pada tajuknya, mungkin tugasan ini dilihat senang tetapi tidak
sebenarnya. Hal ini kerana, saya harus mengkaji dengan teliti apakah sebenarnya
masalah yang dihadapi dan apakah punca kekangan-kekangan tersebut.

Ketika melakukan tugasan ini, cabaran utama yang saya hadapi ialah
melakukan penganalisisan terhadap masalah ini. Penganalisisan yang dibuat bukan
hanya melihat apa masalah yang dihadapi tetapi juga menuntut kami melihat
bagaimana masalah itu terjadi hingga mengakibatkan keberlangsungan proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak menjadi lancar dan efektif
kepada murid. Selain itu, cabaran dari segi pencarian bahan yang boleh dipercayai
akan kesahihannya juga turut mempengaruhi proses penganalisisan tersebut.
namun begitu, dengan berkat pertolongan yang diberikan oleh pensyarah dan rakan-
rakan, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dan dapat dibuat penilaian.

Kesan ketika melakukan tugasan ini ialah, saya dapat mempelajari
bagaimana untuk membuat sesuatu analisis terhadap sesuatu pembacaan. Hal ini
kerana, mempelajari untuk membuat satu analisis merupakan perkara yang penting
ketika melakukan tugasan serta kepada kami yang bakal menjadi guru ini. Melalui
analisis tersebut, saya boleh melakukan taakulan dan juga mendapat ilmu dengan
lebih terperinci akan sesuatu perkara. Tugasan ini juga turut memberi kesan
kepada saya daripada segi pembacaan yang saya lakukan. Melalui pembacaan
tersebut, saya memperolehi ilmu yang baru mengenai pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu berbantukan komputer ini. Saya mengetahui apakah tujuannya,
pelaksanaannya serta kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi oleh para guru
dalam melaksanakan proses pengajaran ini di dalam kelas. Tambahan pula, dalam
tugasan ini juga, saya dapat mengembangkan pemikiran saya dengan memberikan
cadangan terhadap masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan ini. Cadangan itu
merupakan perkembangan idea hasil pembacaan ilmiah yang dilakukan dan
mencabar minda saya sebagai seorang guru pelatih. Oleh itu, saya berharap agar
stiap implikasi yang saya peroleh ketika melakukan tugasan ini dapat saya gunakan
pada masa hadapan dan juga tugasan-tugasan yang akan datang. Saya juga
berharap agar ilmu ini juga dapat saya aplikasikan ketika tamat pengajian nanti.























RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (od). Kurikulum : Perpektif dan
pelaksanaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di kalangan guru-
guru sekolah di negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM
Johari Hassan, Siti Norazlina Kamisan. Halangan Terhadap Penggunaan Komputer
Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) di Kalangan Guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar di Daerah Kulai Jaya Johor .
diperolehi pada 17 Mac 2014 daripada
http://eprints.utm.my/11032/1/Halangan_Terhadap_Penggunaan_Komputer_
Dan_Ict_Di_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran.pdf
Journal of Management information systems, vol 9 (1), ms 33.
Nabila Hamid. Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Diperolehi pada 17 Mac 2014 daripada
http://nabilahabdhamid.blogspot.com/2011/09/pengintergrasian-teknologi-
maklumat-dan.html
Yahya Othman (2007). Bahan Bantu mengajar mengukuhkan Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa
: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan, diperolehi pada
17 Mac 2014 daripada http://eprints.utm.mt/5968/1/08-Yahya.PDF.

Anda mungkin juga menyukai