Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA NASARUDDIN 32600 BOTA, PERAK

KERTAS KERJA PROJEK MURAL SURAU

TEMPAT: BANGUNAN BLOK C, DINDING BAHAGIAN LUAR SURAU SK FELCRA NASARUDDIN

TARIKH: 15 JULAI 2013

ANJURAN: GURU PELATIH INTERNSHIP IPG KAMPUS IPOH

MENCERIAKAN BANGUNAN BLOK C, DINDING LUAR SURAU SK FELCRA NASARUDDIN DENGAN MELUKIS MURAL ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP IPG KAMPUS IPOH

1.0 PENDAHULUAN Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang boleh merangsang minda murid. Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para pelajar, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk mengadakan program keceriaan sekolah dengan melukis mural. Program keceriaan sekolah juga merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah.

2.0 RASIONAL Rasional mural diwujudkan adalah untuk menceriakan kawasan sekolah terutamanya dinding yang kosong. Dengan adanya mural maka pemandangan menjadi lebih ceria. Info-info dan nasihat serta ilmu dapat disampaikan melalui lukisan-lukisan. Murid-murid pastinya tertarik untuk membaca atau melihat infoinfo yang ditunjukkan.

3.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif

menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya seperti guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan mural, murid-murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka.

4.0 OBJEKTIF

4.1

Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid-murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

4.2

Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada murid-murid, guru dan kakitangan.

4.3

Hasil kerja guru pelatih internship sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.

4.4

Menyampaikan kepentingan pengimarahan surau dalam kehidupan seharian dalam bentuk lukisan.

5.0

SASARAN TEMPAT Bangunan Blok C, dinding luar surau Sekolah Kebangsaan Felcra

Nasaruddin.

6.0 PELAKSANAAN Tarikh Masa Tempat : : : 15 Julai 2013 1 minggu Bangunan Blok C, dinding luar surau Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat : En. Zulkipli Bin Ali (Guru Besar SK Felcra Nasaruddin) : Pn. Noor Hafizah binti Harun : En. Muhammad Shafiq bin Mohd Azmi : En. Mohamad Shaqif bin Saad : En. Mohd Ridhwan bin Abd Rashid : En. Helmi bin Muhd Nasarudin

Mentor Penyelaras Projek Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

8.0 PELAKSANA En. Mohd Ridhwan bin Abd Rashid En. Muhammad Shafiq bin Mohd Azmi En. Mohamad Shaqif bin Saad

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Perbelanjaan Bil. 1 Cat Pelaka (Merah, Biru, Kuning dan Putih) 2 3 Pen Marker Hitam Berus 4 2 4 RM 12.00 RM 3.00 RM1.00 RM 48.00 RM 6.00 RM 4.00 RM 58.00 Perkara Unit Harga Seunit Jumlah

Jumlah Keseluruhan

9.2 Sumber Kewangan 9.2.1 Pihak Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin

10.0

PENUTUP Diharapkan agar projek mural yang dirancang ini dapat dilaksanakan

dengan lancar dan berkesan. Semoga program keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

.................................................. (MOHD RIDHWAN BIN ABD RASHID) Setiausaha, Projek Mural Surau, Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.

Disemak oleh,

.. (NOOR HAFIZAH BINTI HARUN) Mentor Penyelaras Projek, Projek Mural Surau Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan

Disahkan Oleh,

.. (ZULKIPLI BIN ALI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai