Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

1.

Butiran Am : Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Umur Mata pelajaran Tema Tajuk

: : : : : : : :

14 Ogos 2012 10.50 pagi 11.50 pagi (60 minit) 5 Bestari 15 orang 11 tahun Bahasa Melayu Kebudayaan Malaysia Warisan Disemai Budaya Dikekal

2.

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk. Aras 1 i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Fokus Sampingan : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai. Aras 1 i. Menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkan sesuatu topik yang dibualkan. Objektif Pelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat : i. Membina ayat ringkas berkaitan gambar dengan betul. ii. Menyatakan pendapat mengenai sesuatu bahan dengan menggunakan ayat sendiri. iii. Memilih dan mengenal pasti penggunaan kata adjektif yang betul dalam binaan ayat.

3.

4.

Sistem Bahasa : i. Tatabahasa ii. Kosa kata

: Kata adjektif : ekspo, kebudayaan

5.

Pengisian Kurikulum : i. Ilmu : Pendidikan Sivik, Kebudayaan. ii. Nilai Murni : Bekerjasama, prihatin, tanggungjawab iii. Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir : Menghubungkait, membuat memberi pendapat, menjana idea. Kecerdasan pelbagai : Verbal-linguistik, interpersonal.

penilaian,

6.

Bahan Bantu Mengajar : i. Petikan teks. ii. Lembaran kerja. ii. Set gambar. Pengetahuan Sedia Ada : i. Murid pernah melihat barang-barangan warisan budaya. ii. Murid diajar untuk menghargai warisan budaya yang dimiliki supaya sentiasa terpelihara dan dijaga.

7.

Langkah/ Masa Set Induksi (5 Minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran i. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan hasil barangan warisan budaya. ii. Guru menunjukkan beberapa gambar berkaitan barangan warisan budaya. iii. Murid diminta memberikan pendapat mengenai bahan yang terdapat dalam gambar. iv. Guru menyatakan tajuk pelajaran. i. Murid diberikan satu set gambar berkaitan pameran budaya. ii. Murid diminta meneliti gambar yang telah dipaparkan oleh guru. iii. Beberapa murid dipilih secara rawak untuk memberikan pendapat mengenai gambar yang ditunjukkan. iv. Murid diminta untuk memberikan pendapat sendiri. v. Guru membimbing jawapan murid dan membuat pembetulan terhadap jawapan yang kurang tepat.

Catatan

Soalan: i. Apakah yang kamu faham mengenai warisan budaya? ii. Apakah hasil barangan warisan budaya yang kamu ketahui? iii. Tajuk pelajaran: Warisan Disemai Budaya Dikekal.

i. KB - Menjana idea iii. Teknik -Soal jawab iii. Nilai murni -Berbudi bahasa -Prihatin

Langkah 1 (15 minit)

i. Set gambar : -Ekspo Kebudayaan Malaysia

FS 1.5 Aras 1 i. KB -Menjana idea ii. BBM -Set gambar iii. Nilai murni -Berbudi bahasa -Prihatin

Langkah 2 (15 minit)

i. Set gambar ii. Soalan latihan : -Membina lima ayat lengkap

i. Guru meminta murid untuk membina lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar. ii. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. iii. Setiap kumpulan dikehendaki membina satu ayat lengkap tersebut berdasarkan kepada gambar. iv. Wakil daripada setiap kumpulan dipilih untuk menjawab soalan tersebut di hadapan. iv. Guru membincang dan membimbing jawapan murid dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.

FU 8.1 Aras 1 i. KB -Menjana idea ii. BBM -Set gambar iii. Nilai murni -Bekerjasama -Prihatin

Langkah 3 (10 minit)

i. Tatabahasa : Kata Adjektif

i. Murid diterangkan mengenai kata adjektif oleh guru. ii. Murid melihat ayat yang dibina dan mengenal pasti ayat kata adjektif. iii. Setiap kumpulan diminta untuk membacakan kata adjektif yang terdapat dalam ayat. iv. Guru membimbing jawapan murid.

i. KB -Menjana idea -Membuat kaitan dan perhubungan ii. BBM -Lembaran kerja iii. Nilai murni -Bekerjasama -Prihatin

Langkah 4 (10 minit)

Latihan penilaian : -Binaan ayat -Tatabahasa (Kata Adjektif)

i. Murid diberikan lembaran kerja berkaitan binaan ayat dan tatabahasa yang telah dibincangkan. ii. Murid dikehendaki untuk menyelesaikan soalan latihan binaan ayat dan latihan tatabahasa yang diberikan. iii. Guru membimbing jawapan murid.

i . KB -Menjana idea -Merumus ii. BBM -Lembaran kerja iii. Nilai murni -Tanggungjawab -Prihatin

Penutup (5 minit)

Penutup Kognitif i. Guru bertanya kepada murid mengenai kefahaman murid berdasarkan tajuk pembelajaran pada hari ini. Penutup Sosial i. Guru mengucapkan tahniah kepada muridmurid kerana berjaya mengikuti pembelajaran pada hari ini.

i. Guru merumus keseluruhan isi pelajaran kepada murid. ii. Murid memberikan pendapat berkaitan warisan budaya negara. iii. Guru menyatakan nilai murni yang terdapat dalam pelajaran dan memberi tepukan sebagai peneguhan positif.

i. KB -Menjana idea ii. Nilai murni -Bekerjasama -Prihatin

Anda mungkin juga menyukai