Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut


mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar.
Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan
mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang
mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang
memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini.
Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi
yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini
sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini
akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang
tinggi dan mulia akan terjejas.
Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yangmelibatkan
warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi
sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya
mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan
adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada
menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas
pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti
kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.
Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan
yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan
seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan
menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang
mereka anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam
yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid

Anda mungkin juga menyukai