Anda di halaman 1dari 2

Nama Pelajar : Hayati Hidayah & Siti Rahimah Tajuk : Ciri-ciri pelajar cemerlang

Berderap seiring berjalan pulang, Mawar disisip hiasan si dara. Remaja kini berperibadi cemerlang, Menjadi tunjang aspirasi negara
Belakangan ini, kita sering melihat di dada-dada akhbar tentang berita kejayaan pelajarpelajar di Malaysia yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Menjadi pelajar cemerlang merupakan impian setiap pelajar. Terdapat pelbagai kriteria yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar cemerlang mampu membawa kebaikan kepada negara.

Antaranya, pelajar cemeralng mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Contonhnya, menghormati antara satu sama lain, membantu rakan, tidak sombong dan murah hati. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa menghargai masa. Masa lapang di isi dengan perkaraperkara yang berfaedah seperti beriadah , membaca buku dan bersukan. Bagi mereka masa itu emas. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan. Pelajar yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Di samping itu, ciri-ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberi tumpuan semasa guru mengajar. Perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang disamping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang

dipelajari. Sebagai contoh, seorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.Mereka harus menghargai setiap waktu dalam proses tersebut kerana masa itu itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia kan memotong kita. Intihanya, kriteria-kriteria yang baik perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan anak-anak mereka yang juga merupakan pemimpin bagi generasi akan datang sentiasa berusaha untuk membaiki diri menjadi pelajar yang cemerlang bagi meyumbang kepada kemajuan negara.

(380 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai